Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng
Orang-Orang Yang Menyeleweng
المحرّفــون
Mereka adalah pemerintah yang pada zahirnya Islam dan ulamak suuk yang tidak beramal.
|
a.
Muqaddimah
4. Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6. Udul – Makshum
7. Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul
|
Dan juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan
peraturan-peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah, bahkan ia membantu
untuk terus berkuasa lebih lama dan untuk lebih mudah melaksanakannya,
terutamanya jika yang membantu mereka dalam keadaan jahil agama dalam
masyarakat Islam dan wujud ulamak suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku
pada negara-negara Islam hari ini.
Para ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana
pemerintah yang tidak adil kebanyakannya mengisyaratkan dari tindakan dan
perbuatannya secara umum dalam usaha memerangi Auliak Allah untuk
mengeluarkannya dan memerangi syariatnya, tetapi ulamak yang tidak beramal
boleh mengenakan pakaian ahli abid pertapa, maka ia akan dapat misalnya,
berpura-pura berjalan kaki, lemah lembut dalam ucapannya, dan mungkin
berkelakuan dengan menghinakan diri dan bergaul bersama pengikutnya. Tetapi
jika saudara menyiasat dengan lebih dekat lagi, saudara akan dapati ia sombong
dan rosak (agamanya), mereka-reka kebaikan dan merendah diri, tetapi hanya pada
zahirnya. Dia mengisyaratkan kepada sifat dalamannya, diterbitkan dari terlalu
banyak untuk melepaskan dirinya yang akhirnya mendedahkan dalamannys yang
Hitam, Maka (Apa yang dibina dalam tulang akan keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab - pentj].
Dan kemungkinan menjadi ulamak suuk berpanjangan walaupun selepas kematian
mereka, akan kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan fatwa mereka
yang tidak betul, dan akan kekal pengikut mereka kerana mereka mempunyai
sifat-sifat munafik dan kerosakan yang tersembunyi di hati mereka, atas
sebab-sebab banyaknya penyelewengan mereka, seperti menuntut kepimpinan agama,
dan memuaskan keinginan nafsu diri.
Termasuk: Mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan (saya tidak tahu),
tetapi tuntutan ini untuk mengetahui kitab Allah dan ilmu turunnya ayat dan
tafsiran ayat muhkam dan mutasyabihat, walaupun mereka mempunyai fatwa setiap
masalah syariah, dan menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah.
Mungkin keangkuhan membawa mereka pada setiap apa yang dibawa, dengan melihat
diri mereka sebagai ulamak dan yang lain-lain jahil. Dan mereka lebih baik
daripada semua orang dan lebih tahu dari semua orang.
Mungkin dari anggapan terhadap penyelewengan kerana takut pemerintah taghut
penzalim, mereka berfatwa untuk memuaskannya dan untuk mengelakkan pertembungan
dengannya, sebagai contoh, keharusan terlibat dalam barisan angkatan tentera
yang matlamat terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan melemahkan agama
Allah di muka bumi dan menghapuskannya sama sekali jika boleh.
Mungkin ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji tambahan
rasa bimbang terhadap dunia dan harta kekayaan, maka mereka akan bersikap lemah
lembut kepada taghut penzalim, dan menyesatkan orang Islam dengan
memutarbelitkan syariah.
Imam al-Shadiq (as) berkata: (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan
merendahkan agama, kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.)
[130].
Beliau (as) berkata: (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as), jangan
jadikan di antara Aku dan orang berilmu yang terpesona dengan dunia kamu ini
lebih kamu utamakan dari jalan mencintaiKu, kerana mereka termasuk jalan
hamba-hambaKu yang lain, sesungguhnya paling rendah apa yang Aku buatkan untuk
mereka, Aku telah mencabut dari rasa
nikmatnya bermunajat kepada-Ku
dari hati mereka ) [131].
Dan dari kata-kata Nabi Isa (as): (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk),
dan kamu menerima ganjaran, tetapi membuang amalan, hampir-hampir Tuhan kamu
menuntut untuk berbuat demikian, dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam
kubur yang gelap dan sempit) [132].
Kedua-duanya adalah – di antara ulamak suuk yang tidak beramal, dan
pemerintah taghut penzalim yang memerintah negara-negara Islam hari ini - yang
lebih berbahaya dari Kafir Harbi seperti Zionis terhadap Islam; Ini adalah
kerana kekalnya ulamak suuk yang bermakna kekalnya pemerintah taghut penzalim
yang memerintah orang Islam, dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya
kekalnya Zionis yang menduduki tanah umat Islam, dan kekalnya orang Amerika
menguasai umat Islam untuk mengembalikan mereka dari kecelakaan dan kemusnahan;
kerana pemerintah-pemerintah ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam, sama
ada secara sedar atau janji-janji kekacauan yang melulu, dan seperti mana
Zionis lakukan di sepanjang bulan-bulan perjuangan (intifadhah) yang diberkati
di bumi Palestin, telah membunuh seratus orang atau lebih sedikit.
Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka membunuh beratus-ratus orang
sehari, malah beribu-ribu umat Islam. Seperti mana Zionis membunuh umat Islam
untuk menjaga tanah yang dirampasnya, selama ini pemerintah taghut penzalim dan
sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin, kerana mereka gemar menumpahkan
darah. Mereka taghut penzalim ini dan penyokong mereka tenggelam dalam sifat
kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal erti kebaikan
sedikit pun
﴿صُمٌّ بُكْمٌ
عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan
yang benar), [Al-Baqarah 2:18] [133].
Pertempuran pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan ulamak suuk yang
tidak beramal, dan kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang
menguasai negara-negara Islam, dan kemudian diikuti dengan pemerintah taghut
penzalim yang menguasai seluruh dunia, tetapi sebelum semua itu kita mesti bermula dengan diri kita sendiri dan menyingkiran tentera-tentera
syaitan. Rasulullah (sawas) mulakan gerakan pengislahan di Ummu Al-Qura di
Mekah, sebuah bandar yang mewakili pihak berkuasa agama Hanafi dan bandar
tempat menunaikan haji bagi penganut Hanafi, kemudian pergi ke kampung-kampung
sekitarnya di Semenanjung Arab, dan kemudian ke empayar di sekitar baginda
shalawatu Allah 3laihi wa 3la Aalihi.
Adalah tabi’ei (lumrah) untuk menghadapi semua arus kejahilan dan
menghadapi pemimpinnya yang sukar dan perlu kepada kekuatan dari Zat Allah,
keazaman dan kesabaran dari mara bahaya.
Dan mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya melainkan dengan
sokongan ma’shum dari Allah SWT dan dia adalah Imam Mahdi (as). Tugas kita hari
ini adalah menyusun atur (mempersiapkan) kerajaannya (as), mengislah semua
jenis penyelewengan yang wujud, sebanyak mungkin, atau sekurang-kurangnya mengenalkannya
kepada manusia, bukan untuk leka berdiri, berpeluk tubuh dan hanya mengatakan لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali
dengan Allah.
Ya, لا حول ولا وقوّة إلاّ
بالله - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali
dengan Allah.,
وإنّا لله وإنا إليه راجعون - dan kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,
tetapi Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji
kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan kita telah bermohon
kepada Allah untuk mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as) yang memberkati
kita dan dengan kelebihannya dan sebagai karuniaNya dan memulakan kemuliaanNya
dengan kezuhurannya dan untuk memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus,
dan membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada
kita Manasik dan Hukum Syariat yang sebenarnya.
✡✡✡✡✡
-----------------------------------
[130] – 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman
245, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 107.
[131] - 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman
245, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46 dari Rasulullah (sawas).
[132] – Maniyah Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39,
Sunan Al-Daramiy: Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.
[133] – Al-Baqarah:18.
No comments:
Post a Comment