Apakah
Agama Islam Juga Menyeleweng
Kelima:
Membelakangkan Quran dan Sunnah
خامساً:
الإعراض عن القرآن والسنة
Membelakangkan,
sama ada kurang belajar, kurang mentafsir dan kurang menghayati makna
al-Qur'an dan kurang (atau tidak) melihat (mencari) dalam al-Quran dan Sunnah
Nabi dan keluarga ma'sumnya (sawas). Tafsiran Al-Quran jauh dari riwayat
ma'sumin (as) dan penggunaan kaedah-kaedah tatabahasa dan falsafah tafsiran
yang kebanyakannya berbaur khilafiyah tidak pernah dan tidak akan bebas dari
percanggahan di dalamnya.
|
a.
Muqaddimah
4. Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6. Udul – Makshum
7. Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul
|
Adapun dengan
mentafsirkan Al-Quran mengikut pendirian dan hawa nafsu peribadi, kesemuanya
adalah percubaan untuk membawa Al-Quran secara sesuka hati, dan oleh kerana
dirinya menjadi penakut dan tunduk kepada penzalim, tidak didapatinya
panggilan Al-Quran untuk berjihad terhadap penguasa zalim bagi umat ini;
tetapi mendapati bahawa ketaatan mereka adalah wajib dan bertaqiyah tanpa
sempadan . Apa yang penting bagi mereka ialah untuk terus hidup, dan tidak
ada yang tinggal dengan Islam melainkan namanya!! Kerana tunduk kepada hawa
nafsu tidak terjumpa panggilan (seruan) dalam al-Quran untuk zuhud di dunia
ini, tetapi dia dapat seruan untuk memuaskan nafsu daripada kekayaan
orang-orang Islam yang akan menyempurnakannya, dan berkatalah mereka, “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah.” Tidak pula mengatakan Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan ahli-ahli ugama atau ulamak yang tidak beramal
dan pembantu mereka untuk makan harta orang ramai secara batil.
Tetapi
dia terus mengikut Iblis Imam orang-orang yang sombong tidak pula ia dapati
dalam Al-Quran seruan untuk merendah diri, bahkan dia dapat seruan untuk
merendahkan orang-orang beriman, dan menghina dan tidak menghormati mereka.
Oleh
itu, mereka membawa Al-Quran mengikut keinginan mereka sendiri, dan panduan
mengenai keinginan-keinginan, dan pendapat Quran:
كم من
قارئ للقرآن والقرآن يلعنه
(Berapa ramai dari pembaca Quran tetapi Al-Quran melaknatnya
) [114] seperti riwayat mereka (as).
قال
أمير المؤمنين (ع) في وصف حال القائم مع هذه الأمة وعلمائها عند ظهوره: (يعطف
الهوى على الهدى إذا عطفوا الهدى على الهوى، ويعطف الرأي على القران إذا عطفوا
القرآن على الرأي)
Amirul
Mukminin (as) dalam menyatakan keadaan al-Qaim umat ini dan dan ulamak mereka
ketika ia bangkit -: (kemewahan (keinginan) bersesuaian dengan petunjuk,
apabila petunjuk bersesuaian dengan kemewahan (keinginan), pendapat
bersesuaian dengan Al-Quran apabila Al-Quran bersesuaian dengan pendapat)
[115].
Berkata
Al-Shadiq (as): (akal manusia tidak jauh dari Al-Quran ) [116].
Beliau
(as) berkata: (sesiapa mentafsir menurut pendapatnya satu ayat dari kitab
Allah telah kafir.) [117].
Beliau
(as) berkata: (Tidak bertentangan (menentang) seorang lelaki dengan
sebahagian dari bahagian Al-Quran melainkan telah Kafir ) [118].
Beliau
(as) berkata:
المتشابه
ما اشتبه على جاهله
(Al
Mutasyaabih (kesamaran) apa yang mutasyabihat adalah kejahilannya.) [119].
Abu
Ja’far (as) berkata: (Kami tetap teguh serta mendalam dalam bidang ilmu,
kami tahu takwilannya (tafsirannya.)) [120].
Berkata
Abu Abdillah (as): (ditafsirkan Al-Quran menurut pendapatnya, tidak
merosakkan penggunaan, kesilapan itu adalah satu dosa) ([ 121].
Kata
Abu Jafar al-Baqir (as) berkata dalam satu perbualan dengan Qatadah, Qatadah
telah terkhilaf dalam mentafsir ayat, beliau (as) berkata: (Celakalah Ya
Qatadah, Sesungguhnya Al-Quran tahu siapa yang membicarakannya ) [122].
Dan
berkata Amirul Mukminin (as): (Jangan sekali-kali mentafsir Al-Quran pada
pendapat kamu walaupun difahamkan dari ulamak – iaitu
Imam-imam (as ) – sesungguhnya Tuhan menurunkannya
menyamai kata-kata manusia yang merupakan Kalam Allah dan tidak boleh
ditafsir (ditakwil) dan disamakan dengan kata-kata manusia, dan seperti mana
tiada sesuatu pun dari ciptaanNya menyerupai Dia, tidak sama perbuatanNya
Tabaraka wa Taala sesuatu perbuatan manusia, tidak akan sama sesuatu KalamNya
dengan kata-kata manusia, dan Kalam Allah Tabaraka wa Taala, adalah sifatNya,
dan kata-kata manusia perbuatan mereka , tidak sama Kalam Allah dengan
kata-kata manusia yang akan binasa dan sesat ) [123].
Dan
Imam Hussein (as) dalam kitabnya (surat) kepada peduduk Basrah, berkata:
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, Ada pun
kemudiannya, tidaklah merendah diri dan berbahas dalam Al-Quran tanpa ilmu,
bahawa aku telah mendengar datukku Rasulullah (sawas) bersabda: sesiapa yang
membicarakan dari al-Quran tanpa ilmu , maka hendaklah dia mengambil
tempatnya di neraka ) [124].
Ia
bermaksud dengan ilmu dari Allah sebagaimana di sisi Al-Ma'sumin (as) atau
yang diambil dari mereka.
Dan
Imam Al-Ridha, dari bapanya, dari Amirul Mukminin (as), beliau berkata:
(Rasulullah (sawas) bersabda, Allah Jalla Jalalah berfirman: Tidak beriman
denganKu sesiapa yang mentafsir dengan pendapatnya pada Kalam Ku, dan tidak
mengenal Ku sesiapa yang menyamakan Ku dengan ciptaanKu, dan (tidak mengenal)
atas agamaKu sesiapa yang mengamalkan qiyas (kias) dalam agamaKu) [125].
Rasulullah
(sawas) bersabda: (Sesungguhnya aku bimbang, umatku selepas ku atas tiga
perkara; iaitu yang mentakwil Al-Quran kepada selainnya, atau mengikut orang
berilmu (alim) yang tergelincir, atau berlumba-lumba kepada harta kekayaan
mereka sehingga melampau dan terpesona, dan aku akan terangkan
kepadamu jalan keluar daripadanya, dan adapun Al-Quran diketahui dengan
Muhkamah dan diimani pada Mutasyabihat, dan adapun orang berilmu (alim) dan
berhati-hatilah, jangan mengikut kesilapannya, dan adapun harta kekayaan
disyukuri nikmatnya itu, dan tunaikan haknya) [126].
Pentakwilan
Al-Quran atau tafsirannya tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah dan
orang-orang teguh serta mendalam ilmunya, dan mereka adalah Muhammad dan
keluarga Muhammad (sawas). Bahawa Al-Quran sendiri mengatakannya, ayat-ayat
Mutasyabihat dijelaskan dengan hadits-hadits mereka supaya diketahui atas
sebabnya dan daripada mereka, telah diriwayatkan dari mereka (as) tafsiran
Al-Quran perlu dirujuk kepada hadits-hadits mereka. Mereka (as) menuliskan
laluan dan jalan yang lurus yang menerangkan ayat-ayat Kitab Suci Al-Quran
Al-Karim. Dengan mentafsirkannya atau menerangkannya, bahawa tidak boleh
mengambil ringan jalan itu supaya tidak tergelincir telapak kakinya
terjerumus ke dalam al-Jahim (neraka), bahkan jangan membuka peluang
untuk mentafsirkannya oleh diri yang tidak suci. Firman Yang Maha Tinggi:
﴿لا يَمَسُّهُ إِلَّا
الْمُطَهَّرُونَ﴾
tidak
menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [Al-Waqi3ah 56:79]
[127]).
Adapun
orang berilmu (alim) yang tergelincir; karena sesungguhnya dia telah
sesat dan menyesatkan pula umat yang mengikutnya, seperti mana Samiri menysesatkan
Bani Israel.
Adapun
untuk harta kekayaan, maka oleh kerana manusia yang kaya harta biasanya
kurang memandang (tawajjuhnya) kepada Allah untuk meminta keperluan
(hajat-hajat)nya),
﴿كَلَّا إِنَّ
الْإِنْسَانَ لَيَطْغَى* أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى﴾
Ketahuilah!
Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, * karena dia melihat
dirinya serba cukup (kaya). [Al-3alaq 96:6-7] [128].
Tetapi
apabila menjadi fakir (serba kurang) dan menerima bala’ (ujian) biasanya akan menyeru (berdoa) berpaling (bertawajjuhnya)
kepada Allah dan rujuk kembali kepadaNya .
Adapun
pengubatan (rawatan) yang disaring (penapisan), yang telah ditunjukkan
kepadanya oleh Al-Mushthafa (sawas), adalah sejauh mana imannya dengan
ayat-ayat Mutasyabihat Al-Quran, kerana sesungguhnya ia diturunkan Allah dan
wajib ditafsir (ditakwil) dengan merujuk kepada keluarga Muhammad (sawas).
Ayat-ayat Mutasyabihat Al-Kitab adalah Dalil-dalil Yang Agung iaitu
dalil-dalil dari Imam-imam mereka untuk umat ini, dan Mungkin kerana
dianggarkan banyak hukum-hukum pada hari ini dan tiada pengetahuan halal dan
haram; memperkuat pernyataan betapa perlunya (berhajatkan) Penutup Aushiak,
Al-Mahdi (as) .
Bagi
para ulamak, asas pemikiran mereka dan hal keadaan mereka, oleh kerana mereka
bukan maksumin (tidak sempurna), dan mungkin pula mereka termasuk al-Samiri danimam-imam sesat.
Dan kamu boleh bertaklid dan menjadi orang yang buta kerana mengikuti
orang yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal maka jadilah
kamu penyembahnya dan tidak kepada Allah.
Mereka
(as) telah memberi amaran kepada ulamak yang tidak beramal yang sedang
berusaha menghancurkan hadits-hadits (riwayat) mereka (as) dan meninggalkan
puncak hembusan angin yang terpecah ([129].
Untuk
harta kekayaan, maka bersyukurlah atas nikmat, dan tunaikanlah hak-haknya,
iaitu: dengan bertawajjuh berpaling kepada Allah, dengan beribadah dan taat,
dan gunakan harta kekayaan ini untuk menyokong agama dan meninggikan Kalimah
[لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah, dan selebihnya kepada yang
fakir-fakir.
Ini
adalah penyelewengan yang paling penting (besar) kepada umat Islam dan pada
keseluruhannya. Ia adalah perkara biasa (tabi3i) untuk mempunyai sebahagian
daripadanya mungkin juga kesemuanya disebabkan oleh perbuatan khianat, yang
bermaksud untuk menyesatkan manusia. Ia adalah tabi’ei (fitrah) untuk menjadi dari syaitan-syaitan manusia dan
hamba-hamba kepada abdi Iblis, mungkin sebahagian daripada imam-imam ini yang
menyeru kepada api (neraka) dengan sangkaan bahawa mereka berbuat yang
sebaik-baiknya.
✡✡✡✡✡
---------------------------------
[114]
– Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 4 halaman 250 ,
Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 184, pada: (رب تال للقرآن والقرآن يلعنه).
[115]
- Nahj Al-Balaghah, Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 21 , Bihar Al-Anwar:
Jilid 31halaman 549.
[116]
- Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 18, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 335 , Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 111.
[117]
- Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 18, Wasa’il
Syi3ah: Jilid 27 halaman 60 , Bihar Al-Anwar Jilid 89 halaman 111.
[118]
– Tsawab Al-A3mal: halaman 280, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 390.
[119]
- Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 12 , Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 93
, Mizan Al-7ikmah: Jilid 3 halaman 2534 .
[120]
– Bashair Al-Darajat: halaman 224, Al-Kafi: Jilid 1 halaman 213, dan
diriwayatkan daripada Al-Shadiq (as) . Dan juga Wasa’il
Syi3ah: Jilid 27 halaman 179 dari (as) , Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman
199.
[121]
- Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 17, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 337, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 110.
[122]
– Al-Kafi: Jilid 8 halaman 312, Wasa’il Syi3ah:
Jilid 27 halaman 185, Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 238.
[123]
- Tauhid Al-Shaduq: halaman 265, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 326,Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 69 , Bihar
Al-Anwar: Jilid 8 halaman 107.
[124]
– Tauhid Al-Shaduq: 50 , Wasa’il Syi3ah: Jilid 27
halaman 189 , Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 223.
[125]
– 3amaliy Al-Shaduq: halaman 55, Wasa’il Syi3ah:
Jilid 23 halaman 45, Al-I7tihijaj: Jilid 2 halaman 191, Bihar Al-Anwar: Jilid
2 halaman 297.
[126]
– Al-Khishal Al-Shaduq: halaman 164 , Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman
42, Mi3dan Al-Jauhar, Al-Karajiki: halaman 31.
[127]
– Al-Waqi3ah: 79.
[128]
– Al-3alaq: 6-7.
[129]
- Mereka (as) menunjukkan apa yang diriwayatkan dari datuk mereka Amirul
Mukminin (as), diriwayatkan dari Sheikh al-Kulayni Amirul Mukminin (as),
beliau berkata:
(Bahawa
ciptaan yang paling dibenci Allah Azza wa Jalla adalah dua jenis lelaki. Seorang
lelaki yang Allah telah membiarkan semua untuk dirinya sendiri dan dia
menyimpang dari jalan keadilan dan sangat tertarik ke arah kata-kata bidaah. Dia
seolah-olah ahli dalam melaksanakan puasa dan solat tetapi adalah pemfitnah untuk
menipu manusia, dia telah sesat dari hidayah kepada orang
mengelirukan mereka yang mungkin mengikutinya dalam hidupnya dan selepas
kematiannya, dia memikul dosa-dosa orang lain. dan menggadai
dosanya sendiri.
Dan
seorang lagi (kedua) yang mengumpul kejahilan orang yang jahil,
yang juga seorang tawanan kesamaran fitnah,.orang-orang yang dipanggil
dan yang kelihatan seperti seorang alim tetapi beliau tidak sedemikian
walaupun untuk satu hari satu malam. Yangtelah membuat satu
usaha awal untuk memperbanyak, yang menunjukkan bahawasedikit adalah
lebih baik daripada banyak dan dengan cara ini dia telah memadamkan
dirinya dengan air yang tercemar dan telah menghargai apa yang tidak berguna.
Dia duduk di kalangan manusia sebagai hakim untuk menjalankan
tanggungjawab yang mengelirukan dan tidak menentu kepada orang lain. Dia juga
boleh menentang keputusan hakim itu di hadapannya, tiada siapa yang boleh mengatakan sama
ada penghakimannya akan kekal sah atau hakim selepas dia akan mengubahnya
seperti yang telah dilakukan kepada penghakiman hakim-hakim sebelumnya.
Jika ia akan menghadapi salah satu masalah yang berat dan sukar dia
datang dengan satu timbunan pendapat peribadinya dan kemudian dia
membentuknya sebagai suatu penghakiman yang jelas. Malah, dirinya telah
berpakaian dengan perkara ragu-ragu seperti sarang labah-labahyang rapuh.
Dia tidak pasti jika dia telah melakukan perkara yang betul atau yang salah.
Dia tidak pertimbangkan kebenaran bahawa di dalam masalah yang
tidak diketahui mempunyai ilmu yang diperlukan dan tidak
melihat bahawa di sebalik pendapatnya terdapat aliran mazhab. Dia
bandingkan suatu perkara kepada perkara yang lain tetapibukan perkara asal,
tiada masalah jika pendapatnya akan berubah menjadi satu pembohongan.
Jika masalah buntu (tidak diketahui) kepadanya dia menyembunyikannya
untuk menyembunyikan kejahilannya jadi orang ramai tidak akan berkata dia
tidak tahu. Dia kemudiannya memutuskan dengan berani dan
itulah kunci kepada bahaya, seorang penunggang keraguan, bingung dalam
kejahilan dan tidak pernah kesal oleh kekurangannya. Tahap
pengetahuannya tidak pernah naik untuk mencapai keyakinan,supaya
dia akan mendapat manfaat. Dia mengeluarkan Hadith seperti menghembuskan
rumput kering. Warisan menangis kerananya, darah-darah (hukuman pembunuhan)
menjerit terhadapnya. Hubungan perkahwinan yang sah diharamkan kerana
penghakimannya dan yang menyalahi hukum menjadi sah. Dia tidak
mempunyai keyakinan dalam masalah penghakiman, penghakimannya tidak
boleh dipercayai, dia boleh melakukannya tetapi tidak
layak, atas apa yang mungkin telah dilakukannya dalamkebanyakan perkara
yang didakwanya, dia mempunyai pengetahuan yang benar.")
Al-Kafi Jilid 1 halaman 55, telah disebut (as) dalam perbahasan mencari bukti
kepada keperluan untuk menghentikan fatwa pada halaman 36 .
|
No comments:
Post a Comment