Bencana
Hari Khamis, Dan Wasiat Rasulullah (S) Di Malam Kekewafatannya
Apakah
Urusan Al-Rasul (S) Adalah Urusan Dimesyuaratkan Dengan Para Sahabatnya?
-
Bahawa perkara itu (urusan itu) bukanlah suatu urusan besar dan wajib, dan
tidak boleh dijadikan rujukan, dan menjadikannya rujukan adalah berdosa,
tetapi ia hanyalah urusan mesyuarat, dan baginda 3alaihi Al-Salam telah
merujuknya di dalam beberapa urusan seperti itu, terutamanya Umar, bahawa baginda
mengetahui bahawa dirinya (Umar) bermuafakat hanya untuk tujuan pengislahan,
dan dia mendapat ilham dari Allah Ta’ala, dan mahu meringankan Nabi dan
ditakuti bertambah letih yang ditimbulkan karena menuliskannya dalam keadaan sakit
dan kepayahan, dia melihat, dengan tidak membawakan lembaran dan tinta adalah
lebih baik, dan mungkin takut dan bimbang
|
8.
Arahan lain dari kejadian itu, dan
jawabannya
9.
... Dan aku lupa yang ketiga
10. Tetapi
adakah ditulis Wasiat itu?
11. Dalil
Wasiat mesti ditulis: Pertama - Ayat-ayat Al-Quran
12. Kedua:
Abu Bakar wasiatkan Umar dan kumpulan Umar yang cadangkan sekumpulan.
13. Ketiga:
sabda Rasulullah (S) Akan menulis yang tidak akan tersesat selepasnya
14. Keempat:
isi perintah itu disokong oleh Al-Quran dan banyak Hadits yang menunjukkan
pelantikan kepimpinan ilahi
Rujukan |
Nabi 3alaihi Al-Salam akan menulis perkara-perkara yang membingungkan manusia, maka tidak patut dihukum kerana yang dinyatakannya itu sesuatu yang tidak penting pada ijtihadnya, mungkin ditakuti orang-orang munafik akan memfitnah (menjelekkan) kesahihan tulisan itu kerana dilakukan dalam keadaan sakit maka akan menjadi penyebab perselisihan (fitnah), ia berkata: Cukuplah bagi kita Kitab Allah, kerana Dia SWT mengatakan:
﴿مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ﴾
(Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab,)
dan firmanNya:
﴿الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ﴾
(Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,)
dan dengan itu akan selamat umat dari kesesatan dari Tuhan kerana Allah telah menyempurnakan agamaNya dan telah mencukupkan nikmatNya.
Jawapannya:
Sesungguhnya
perkataan baginda (S) yang diucapkan: Tidak akan tersesat,
menyatakan bahawa perkara itu adalah perkara besar dan perkara wajib, kerana
usaha padanya adalah menetapkan terselamat dari kesesatan, dengan memerlukan
keupayaan atasnya tanpa kebimbangan, dan kebencian di antara mereka dan kata-kata
baginda kepada mereka, Keluarlah kamu (bawakan kedua tinta dan lembaran),
manakala mereka tidak mematuhi
perintahnya menunjukkan bukti lain atas perkara itu bahawa ia adalah untuk
menetapkan bukan untuk dibincangkan (dimesyuaratkan). Bermakna ia adalah
bukti bahawa mereka telah meninggalkan suatu tugas yang diwajibkan ke atas mereka.
Adapun
mereka yang mengatakan: bahawa Umar telah bermuafakat hanya untuk tujuan
pengislahan, dan dia mendapat ilham dari Allah Ta’ala, Ini adalah kerana dia
tidak memberi perhatian kepada kedudukan (makam) kami ini, Kerana ia
bertujuan dengan yang beresuaian dengan kejadian itu tetapi tidak berada di
sebelah Nabi (S), dan ilhamnya pada hari itu adalah lebih benar daripada
wahyu yang disebut dari Al-Shadiq
Al-Amin (yang jujur lagi boleh dipercayai) Rasulullah (S).
Sebagaimana
yang mereka katakan: bahawa beliau mahu meringankan Nabi (S) dan ditakuti
bertambah letih yang ditimbulkan karena menuliskannya dalam keadaan sakit dan
kepayahan, tetapi hakikat sebaliknya, dalam penulisan yang akan ditulis
adalah keselesaan hati Nabi, dan keluar dari hati suci baginda, dan penyejuk mata
baginda, adalah keselamatan umat baginda (S), dari kesesatan. Bahawa baginda
atas ketaatan, dan atas kehendak yang suci, dengan kewujudan kemuliaannya dialihkan
keduanya daripada baginda, dan sesungguhnya yang baginda mahu – demi bapa dan
ibu ku – adalah dibawakan tinta dan lembaran, dan arahan baginda bukan sesuatu
yang diarahkan baginda atau bertentangan dengan kehendaknya iaitu kehendak firman
SWT:
﴿وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ
وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّـهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ
الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن
يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا﴾
(Dan
tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat,
sesat yang nyata.). [Al-Ahzab 33:36]
Bahawa
mereka telah melanggar perintah baginda dalam tugas penting yang besar ini, tetapi
mereka lagha (tidak peduli), keliru dan berselisih dengan baginda, ia adalah
lebih berat dan sukar daripada menetapkan bahawa menuliskan sesuatu yang
menyelamatkan umat baginda dari kesesatan, dan ditakuti dari keletihan baginda
yang ditimbulkan karena menuliskannya bagaimana boleh menentang baginda dan memeranjatkan
baginda dengan mengatakan baginda meracau?!
|
No comments:
Post a Comment