Monday 10 November 2014

Islam Adalah Buah Dari Agama-Agama Allah Di Bumi

Islam Adalah Buah Dari Agama-Agama Allah Di Bumi
الإسلام ثمرة الأديان الإلهية في الأرض

(ومحمد هو عيسى وموسى وإبراهيم (ع)
والقرآن هو التوراة والإنجيل وصحف إبراهيم
(
Islam adalah buah dari agama-agama Ilahi di Bumi
Dan Muhammad adalah Isa, Musa dan Ibrahim a.s.
Dan Qur'an adalah Taurat, Injil dan Suhuf Ibrahim)

Allah SWT berfirman:

﴿شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيه﴾ 

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu dari agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. [1].

Allah SWT berfirman:

﴿قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعاً مِنَ الرُّسُلِ وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلا بِكُمْ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إِلَيَّ وَمَا أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ * قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كَانَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَكَفَرْتُمْ بِهِ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ بَنِي إِسْرائيلَ عَلَى مِثْلِهِ فَآمَنَ وَاسْتَكْبَرْتُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾

Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan".Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Quran itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang tersebut dalam) Al Quran lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".[2]

Allah SWT berfirman:

﴿إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَى * صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى﴾

Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (iaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa. [3]


Islam, sebagai agama al-Ilahi, tidak berbeza daripada agama Yahudi, Kristian atau agama Hanafi, dan ia bukan sesuatu yang boleh diubah suai, ia mungkin berbeza beberapa bahagian butiran yang disyariatkan dalam agama-agama ini, beberapa butiran perundangan adalah berbeza, dan Islam datang dengan beberapa butiran yang berbeza termasuk yang sepadan dengan perjalanan perhubungan kemanusiaan di atas muka bumi ini. Kerana kepercayaan Ilahi semua agama adalah Satu, dan ia adalah untuk beriman kepada Allah, malaikat-malaikat Nya, Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya, kerana mereka adalah satu bangsa dan seruan mereka adalah satu.

Bagi dakwaan, sebahagian yang tidak mendengar dengan baik, mereka mengatakan salah, bahawa agama Kristian atau yang lain adalah menyeru untuk berpaling dari kehidupan kebendaan dan memberi perhatian kepada kehidupan rohani sahaja, dan itulah sebabnya ia tidak berjaya, dan Islam adalah seruan pembaharuan kedua-dua rohani dan jasmani, dan oleh itu adalah paling kuat.

Saya katakan: Sebenarnya dakwaan ini tidak benar, dan orang yang mahu menyebarkan Islam perlu menjadi pendakwah yang mempunyai matlamat dan tidak melakukannya secara sembarangan, yang menghina Nabi-Nabi Allah dan RasulNya, secara sedar atau tidak. Malah, salah anggap terhadap Allah dengan kejahilan dan kurang bijaksana di bawah alasan menyebarkan Islam. Jadi di sini kita dengar daripada sebahagian ulama Islam yang bercakap tentang Zionis (semoga Allah melaknat mereka) dengan mengatakan: Solomon (Sulaiman) mereka dan haikal (kuil) mereka. Bukan begitu, sebaliknya, dia Solomon kita dan haikal kita, kerana kita, orang Islam, adalah lebih memuliakan nabi dan peningalan mereka daripada orang-orang Yahudi dan lain-lain, Allah SWT berfirman:

﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ * وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ * يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بآيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ * يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾

{Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman.. Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyadarinya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya). Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya? } [ 4].


Jadi Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama-agama Samawi, dan Muhammad, Isa dan Musa a.s. adalah nabi-nabi, dan seruan semua nabi-nabi adalah Satu, karena mereka menyeru manusia ke jalan Allah SWT dan untuk berjalan di atasnya, dan untuk menuju kesempurnaan rohani dan amalan, dan syariat mereka (Tuhanku berselawat atas mereka) yang kebanyakannya terdiri daripada peraturan beramal dan bersyariat yang sah yang akan memperbaiki dunia kebendaan yang menyenangkan masyarakat manusia secara ekonomi, kemasyarakatan dan politik .

Adapun apa yang boleh diulas dari kata-kata mereka, dari berulang-ulang menyeru supaya menuju kesempurnaan rohani dan amalan, dan berpaling dari dunia kebendaan , itu hanya masalah persamaan, untuk apa yang mereka lihat sebagai manusia yang berpaling dari kesempurnaan rohani dan pergi ke dunia jasmani, dan yang dikuasai olehnya [dunia jasmani] dengan cara tidak normal, dan juga , hari ini, kita tidak perlu untuk mengarahkan manusia, dalam masyarakat Islam kita, dunia jasmani karena mereka selalu ditempati olehnya, dan mereka tidak dapat melihat apa yang ada di sebaliknya, sebenarnya kita perlu memanggil mereka untuk menuju Allah, Dia SWT berfirman menegur bekalan kemanusiaan yang bersikap tidak peduli dengan kebendaan dan Kerohanian

﴿ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ﴾

{Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka).} [5], yang berarti bersenang-senang dan berkerja memuaskan diri mereka di Dunya .

Adapun apa yang disebutkan dalam kata-kata para nabi a.s. - dan itu sebenarnya sedikit [kata] membandingkan dengan orang lain - dari mengarahkan beberapa kelompok dalam masyarakat ilahi untuk bekerja, mendapatkan dan menikmati apa yang Allah disediakan bagi mereka, ia adalah disebabkan bahawa sangat sedikit di antara orang-orang beriman mungkin percaya bahawa Allah SWT membenci mereka yang menikmati apa yang Dia sediakan untuk mereka dari benda-benda yang baik-baik, dan juga sebahagian orang yang hanya ingin duduk dan ibadah sahaja - seperti yang didakwa - dan bahawa orang-orang membawa roti dan menyuap ke mulutnya, dan ini sebenarnya tidak ada hubungan dengan agama, karena yang satu ini berehat-rehat dengan nyaman yang duduk di tempat yang dingin dan tidak mahu tubuhnya penat. Sedangkan para petani yang mandi keringat di bawah matahari, dan dia sendiri mengambil roti dan menyuap ke dalam mulutnya .


----------------------------------------
[1]. Surah Ash- Shura (42) : 13.
[2]. Surah Al -Ahqaf (46 ): 9-10.
[3]. Surah Al- A'la (87 ): 18-19 .
[4]. Surah Al- Imran (3): 68-71 .
[5] . Surat Al - Hijr ( 15 ) : 3 .




No comments:

Post a Comment