Apakah
Agama Islam Juga Menyeleweng
Penyelewengan Umat Islam Dari Jalan Yang Lurus
الانحراف في الأمة الإسلامية عن الصراط المستقيم
Yang Maha Tinggi Berfirman:
|
a.
Muqaddimah
4. Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6. Udul – Makshum
7. Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul
|
بسم الله
الرحمن الرحيم ﴿ الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا
وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ
حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا
يَحْكُمُونَ * مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ
إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ﴾
Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. * Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji? * Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. * Bahkan patutkah
orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari
azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. * Sesiapa yang percaya
akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan
oleh Allah itu akan tiba; dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. * Dan sesiapa yang berjuang (berjihad) maka sesungguhnya dia
hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya
daripada sekalian makhluk. [Surah Al-Angkabut 29:1-6.].
Penyelewengan
dari jalan yang lurus tidak dapat dielakkan berlaku pada umat Islam, sama ada
dalam Aqidah-aqidah (al-‘Aqa’id) atau Hukum Syari’at (Al-Ahkam wa as-Syari’ah):
﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ
قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾
("Sunnatullah"
(peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak
akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. [Surah
Al-Fath 48:23],
﴿لَتَرْكَبُنَّ طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾
Sesungguhnya kamu tetap
melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, [Surah
Al-Iinsyiqaq 84:19]
وقال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن
من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة، حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم
سنة بني إسرائيل)
Rasulullah (sawas)
bersabda: (Demi Yang diriku ditanganNya dan Sesungguhnya kamu akan ikut cara
golongan sebelum kamu contoh setapak demi setapah Dan langkah demi langkah,
Sehingga mereka merasa tidak berdosa dengan cara mereka, tidak sesat seperti sunnah (cara) Bani Israil,)
[27].
عن عبد الله بن عمرو قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لبأتين على أمتي ما أتى على بني اســــرائيل حذو النعل بالنعل حتى ان كان منهم من بأتي أمه علانية لكان في أمتي من يصنع ذالك , وان بني اســـرائيل تفرقت على ثنتين وســبعين ملة, وتفترق أمتي على ثلاث وســبعين ملة كلهم فى النار الا واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله ؟ قال : " مـــا أنا عليه وأصـــحابي". ( الترمذي و الآجري واللا لكائي وغيرهم. حـــسن بشــواهد كثيرة )
Artinya:
Dari Abillah Bin ‘Amr berkata, Rasulullah (S) bersabda: “ Akan datang kepada
umatku sebagaimana yang terjadi kepada Bani Israil. Mereka
meniru perilakuan seseorang dengan sepadannya, walaupun diantara
mereka ada yang menggauli ibunya terang-terangan niscaya akan ada diantara
umatku yang melakukan seperti mereka. Sesungguhnya bani Israil berkelompok
menjadi 72 golongan. Dan umatku akan berkelompok menjadi 73 golongan, semua di
neraka kecuali satu. Sahabat bertanya; siapakah ia Ya Rasulullah? Rasulullah
menjawab: “ Apa yang Aku atasnya dan sahabat-sahabatku “ ( HR.
At-Tirmidzi, Al-Ajiri, Al-lalkai. Hadits hasan)
Pengajaran daripada riwayat di atas yang pertama perkara yang akan dilakukan Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah mengubah penyelewengan ini , mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (sawas), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As- Samiriyah.
عن أبي
بصير، قال: قال الإمام الصادق (ع): (الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ
فطوبى للغرباء. فقلت: اشرح لي هذا أصلحك الله. فقال (ع): يستأنف الداعي منّا دعاء
جديداً كما دعا رسول الله (ص))
Dari Abu Basir, berkata: Imam Ash-Shadiq (as):
“Islam dimulai sebagai sesuatu yang asing (ghariban) dan akan kembali asing
sebagaimana mulanya diberkati (beruntung) bagi yang asing.” Aku berkata:
“Jelaskan kepadaku yang diislahkan Allah, “Dia (as) berkata: “Akan dibuka
kembali dakwah dari kita seru (dakwah) baru seperti yang diseru Rasulullah
(sawas).”
[28]..
Dan
dari Ash-Shadiq (as), beliau berkata: “Dikerjakan - iaitu al-Qaim - apa yang
dikerjakan Rasulullah (sawas), Akan dipadam apa yang datang sebelum beliau
sebagaimana Rasulullah (sawas) memadamkan urusan Jahiliyah, Islam diperbaharui
semula.” [29]..
وعن ابن
عطاء، قال: (سألت أبا جعفر الباقر (ع) فقلت: إذا قام القائم (ع) بأي سيرة يسير في
الناس؟ فقال (ع): يهدم ما قبله كما صنع رسول الله (ص)، يستأنف الإسلام جديداً)
Dan dari Ibn 'Ata' ,
bertanya: “Aku bertanya kepada Aba Jafar al-Baqir (as) dengan kataku, Jika
al-Qaim (as) bangkit, sirah (perjalanan hidup) siapa yang diikutinya?” Dia (as)
berkata: “Beliau menggantikan apa yang sebelumnya sebagaimana dikerjakan
Rasulullah (sawas), Islam diperbaharui semula.” [30].
عن الباقر
(ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا رسول الله (ص)، وإنّ
الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء).
Dari Al-Baqir (as) ,
beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia perintah
yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (sawas), dan bahawa Islam bermula
sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah
orang-orang asing. [31].
Dan
mungkin ada yang menyangka bahawa ia adalah penyelewengan yang jauh dari
As-Sunnah, kerana mereka meninggalkan dari berpegang dengan Aali An-Nabi
(keluarga Nabi) Imam dua belas (as), yang akibatnya membawa mereka kepada
penyelewengan pada kedua-dua Aqidah atau Hukum-hakam, tetapi hakikat bahawa
hadits-hadits dan riwayat dari Ahli Bait Nabi (Shalawatu Allah ‘alaihim)
sebagai penunjuk penyelewengan masyarakat yang batil sebelum bangkitnya Imam
Mahdi (as), seperti mana perselisihan dalam Aqidah atau Hukum-hukum Syariah dan
di kalangan ulamak Islam, sama pada kedua-dua Sunnah dan Syiah, atau di antara
para ulamak sendiri pada setiap firqah masing-masing.
Untuk
itu, perlu diketahui masalah berlakunya perselisihan (khilaf) di antara para
Ulamak Muslimin, walaupun secara ringkas, supaya tidak bebas atau berfungsi
esok apabila kemunculan Imam Mahdi (as) menjadi mangsa mudah kepada salah satu
imam-imam sesat As-Samiriyah, - mempengaruhi kita - kerana kejahilan kita
tentang hakikat-hakikat - musuh-musuh Imam Mahdi (as) dan kita fikir kita
berada di jalan yang lurus dan kita melakukannya dengan baik. Dengan itu
berikut saya akan cuba paparkan sebahagian daripadanya, secara ringkas, dan
mungkin keseluruhannya, Semoga Allah melimpahkan taufiqNya.
Dipetika dari mukadimah Kitab Al-3ijl (Berhala Anak Lembu) - Kitab Imam Ahmad Al-Hassan (as)
✡✡✡✡✡
----------------
[24] – Surah Al-Angkabut 29:1-6.
[25] - Surah: A-Fath 48:23.
[26] - Surah Al-Iinsyiqaq 84:19.
[27] – Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman
304, Tafsir Al-Shafi: Jilid 2 halaman 26, Bihar Al-Anwar Jilid 13 halaman 180.
[28] - Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman
303, Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 337, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.
[29] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 236
Cukup Mudah Khilaf, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 353.
[30] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 238, Bihar
Al-Anwar Jilid 52 halaman 354.
[31] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 336,
Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.
|
No comments:
Post a Comment