M
1>Laman Utama>Aluan
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
السلام
عليكم ورحمة الله و بركاته
Salam
ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
الحمد لله
رب العالمين
وصلى الله
على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
.
Segala
pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat (sanjungan) Allah atas Muhammad dan keluarga baginda, para
Imam dan Mahdi- Mahdi dan Salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.
Saudara dan Saudari sekelian,
Laman
web ini dibina demi menyahut seruan (dakwah) seorang hamba Allah bernama
Al-Syed Ahmad bin Al-Syed
Ismail
Membawa gelaran Ahmad
Al-Hassan
Kelahiran Basrah Iraq –
1968 M
Apabila bertemu dengan
bapanya (datuknya dalam nasab keturunan) Imam Muhammad bin Al-Hassan 3askariy, Imam Mahdi
(as) di alam nyata dan mulakan dakwah
dengan tugasan pertama di Hauzah Ilmiyah di Najaf (bukan menyeru manusia
beriman padanya) Disember 1999 – 2002 Di Najaf Al-Sharif Iraq.
Kemudian Imam Mahdi (as)
mengarahkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan untuk memberitahu orang ramai bahawa dia
(as) adalah pewaris (washiy)utusan Imam Mahdi (as) dan pada Julai 2002
bersamaan Jamadil Awwal 1423 Bai’ah Yang Pertama.berlaku selepas
mereka melihat melalui (rukya) mimpi, kasyaf dan mukjizat tetapi kemudian mereka
mengundurkan diri melainkan sebilangan
kecil yang masih setia – dia beruzlah.
Mereka datang kembali
memberi taat setia (bai’ah) dan memaksa dia keluar dari kediamannya. Maka ini
adalah Baiah Yang Kedua. Setelah itu dakwah tersebar luas dan
berkembang menyebabkan bertambahnya bilangan mereka yang
beriman.
Setelah berlakunya
murtad Haider Al-Mushattat dan kelompoknya, tiada yang kekal dengan perjanjian
Allah melainkan sedikit yang masih setia. Maka, beliau kembali beruzlah. Dan kemudian dengan kehendak Allah SWT mereka memperbaharui
semula taatsetia (baiah) mereka, Baiah Yang Ketiga setelah dua kali
terpukul dengan teruk dikepalanya.
Dan pada dua hari
terakhir bulan Ramadan pada tahun 1424 tahun Hijrah ini (pada bulan November
2004) Imam Mahdi (as), mengarahkan beliau untuk menyeru penduduk Bumi
keseluruhannya.
Pada 2007 rumahnya di
pinggir Najaf dirampas penzalim taghut setelah 2 jam meninggalkannya
(dilindungi AllaH)
Pada 2011 dakwahnya
tersebar ke seluruh dunia.
Mei 2013 saya berbai’ah
dan beriman dengan dakwahnya.
Persoalan
Imam
Mahdi (as) adalah Khalifah Allah yang dinanti-nanti oleh semua lapisan umat
Islam tanpa mengira aliran firqah dan cara memegang agama Allah ini. Tetapi
mengapa pewarisnya (washiy) yang keluar dahulu.
1. Apakah
ia sesuai dengan Khabar Ghaib (Hadits) Rasulullah?
2. Apakah
dia juga Al-Mahdi kerana kadangkala ada banyak ciri dan peristiwa yang sangat
sulit difahami?
3. Benarkan
ini masanya muncul zaman Al-Hidayah (Al-Mahdawiyah) yang dijanjikan Allah dan
RasulNya?
4. Sejauh
mana kita patut iltizam (terlibat) di dalamnya atau hanya menjadi pendengar dan
masih menunggu?
5. Apakah
syarat seorang pemegang urusan (Shohib Al-Amr) dan pemilik zaman (Shohib Al-Zaman)
sebagai Hujjah Allah dan Khalifah Allah di BumiNya? Dan masih ada banyak pertanyaan
yang memerlukan jawapannya?
Haq dan Hidayah Allah
Alhamdu
Lillah, mujurlah saya seorang pencari, pencari kebenaran Allah dan sentiasa positif
dengan yang baru, walaupun kadang kala ia membazir masa kerana ternyata
akhirnya ia batil dan bukan yang haq. Tetapi ia lebih baik dari menolak sebelum
ditelaah dan dikaji, dan bukannya setuju dengan membabi buta kerana
الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا
تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran itu adalah
dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.
[Al-Baqarah 2:147]
Keraguan
hanyalah syak wasangka, tekaan dan agakan yang tidak boleh dijadikan asas
keimanan dan ketaqwaan. Sebab itulah ilmu dan makrifah (pengetahuan dan
kepastian) ditinggikan oleh Allah berbanding Jahil dan ragu-ragu. Jahil dan
ragu-ragu adalah pakaian mereka yang ingkar (kafir), yang nifaq (pura-pura) dan
yang inad (bersetuju tapi tetap menentang). Untuk beriman, untuk arif dan yakin
kita perlu mencari, menuntut (belajar) mengkaji malah membedah perkara (urusan)
tersebut terutama apabila ia sesuatu yang menyangkut perkara (urusan) ghaib.
﴿الم * ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى
لِّلْمُتَّقِينَ * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ *وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا
أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ * أُولَـٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُولَـٰئِكَ
هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾
Alif Laam
Miim.*
Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertakwa, * (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan
shalat, dan menafkahkan rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
* dan mereka yang beriman kepada apa yang telah diturunkan
kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelummu, serta dengan akhirat mereka meyakininya.
* Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang-orang yang beruntung. [Al-Baqarah 2:1-5]
Cukupalah
ayat di atas sebagai dalil dan petunjuk. Dan ayat ini juga ditafsir oleh ulamak
sebagai ayat yang menyangkut Al-Mahdi.
Akhir
sekali saya bawakan kata-kata Al-Syed Ahmad bin Al-Syed Ismail, yang kami
panggil Imam Ahmad Al-Hassan, Al-Yamani (as):
Seruan dakwah ini
disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari sifat
Al-Ana (keakuan - ego), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta
tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali
pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka,
seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti
berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta)
(La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.
Semoga
Allah memberi taufiq (kejayaan) kepada saudara dan menyelematkan kita semua
daripada kerosakan agama dan kezaliman para pelampau (tghut).
Wal
Allahu A3lam. Wal hamdu Lillahi Rabb
AL-3alamin.
Penyusun
Aba
Al-Hussaini
No comments:
Post a Comment