Tuesday, 11 November 2014

Bagaimana saya boleh menyahut seruan (dakwah) Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Bagaimana saya boleh menyahut seruan (dakwah) Imam Ahmad Al-Hassan (as) sebagai pewaris (washiy) dan Utusan (Rasul) Imam Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hassan Al-3askari (as)

Salam atas kamu rahmar Allah dan keberkatanNya.

Bismi Allah Al-Rahmaan Al-Rahiim

Puji-pujian untuk Allah, Tuhan sekelian 3alam. Ya Allah Sanjungan ke atas Muhammad Aali Muhammad, Imam-Imam dan Mahdi-mahdi dengan salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.


Saudara saudari sekelian,

Celoteh

Sejak kita dilahirkan, kita dihidupkan, membesar...dan ...dan... yang tak mungkin dapat kita nukilkan perjalanan tersebut. Saya hanya dapat ringkaskan kepada dua perkataan Hamba Allah. Hamba yang mengabdi kepada Tuhannya. Pengabdian dalam hidup mesti berada pada jalan yang lurus yang diredhaiNya, dalam menerima apa sahaja ketentuan dariNya dan mengawasi perilaku, perbuatan dan tindakan semasa hidup. Perjalanan hidup yang akan dinilai adalah empat:

Menerima Nikmat dari Allah
Menerima Bala’ dari Allah
Melakukan Taat kepada Allah
Melakukan Maksiat kepada Allah

Setiap detik masa berlalu, setiap kali turun naik nafas tidak akan terlepas dari sifir dua dan sifir empat di atas (kehidupan): Sebab itulah hanya, cara, kaedah, laluan, jalan dan Agama adalah penyelesaiannya. Jalan Yang Lurus atau Agama Yang Menyerah (Islam) adalah penyelesaiannya. Jalan Yang Lurus itu Satu. Agama Yang Benar itu Satu. Kebenaran tidak ada duanya hanya Satu. Ia membawa kepada Risalah Tauhid, kepada Agama Tauhid.

Apabila menerima Nikmat dari Allah bersyukurlah
Apabila menerima Bala’ dari Allah bersabarlah
Apabila melakukan Taat kepada Allah Ikhlaskanlah
Apabila melakukan Maksiat kepada Allah Istighfarlah

Ya Tuhan lorongkan aku ke Jalan Yang Lurus. Jalan yang Engkau Nikmatkan mereka. Bukan (jalan) mereka yang Engkau benci dan bukan orang yang sesat.

Risalah Tauhid adalah panduan menilai. Menilai bukan dengan perasaan, menilai bukan dengan sangkaan, menilai bukan dengan meniru dan ikut-ikutan. Menilai mesti dengan Akal. Akal yang kita junjung ini cukup penting kerana

Dengan akal kita mengenal
Dengan akal kita membeza
Dengan akal kita menyelesai
Dengan akal kita mengingat
Dengan akal kita menyimpan (ilmu)
Dengan akal kita memilih
............ Allah lebih mengetahui

Latar belakang.

Aku kelahiran muslim Sunni, Malaysia. Cenderung Kesufiaan dan Politik Islam Kepartaian bawaan bapa. Sehinggalah bahang Revolusi Islam Iran membawa persoalan mana yang benar muslim Sunni atau muslim Syi3i. Banyaknya aliran dalam Islam.

Perubahan

Walau aku bukan pelajar mana-mana institusi menengah dan tinggi pengajian Islam kecuali sekolah Agama Rakyat 3 tahun, tetapi aku ahli Usrah Ala Abim dan PAS (ikhwan Muslimin). Al-Quran memang aturan pertama usrah. Aku penggemar Sirah dan Ilmu Kesufian dan sedikit-sedikit hadits.

Ilmu Al-Quran, Sejarah, Sirah dan sedikit-sedikit hadits.itu membuatku mudah memahami bahang Revolusi Islam Iran. Banyak istilah baru diperkenalkan . Aku terbiasa dengan mengambil mana yang lebih benar. Dari kecil abah sentiasa mengulangi dan meminta kami membaca dan menghafalnya. :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ 
           
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap" [Al-Israa’17:81]  dan
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaaan yang nyata, [Al-Fath 48:1] 

Dakwah Syi’ah Imamiyah membuka banyak perkara baru

1.      Mendalami Ilmu hadits Sunniyah
2.      Mendalami Sirah perpecahan Umat
3.      Memahami beberapa istilah penting
a.      Ayat Al-Mawaddah – Hadits-hadits Ahl Al-Bait
b.     Ayat Khairul Bariyah – Hadis Safinah
c.      Ayat Tahirah - Ahlil- Bait - tMakshum
d.     Ayat Mubahalah-Hadits Al-Kisa’
e.      Ayat Tabligh- Hadits Al Ghadir
f.        Ayat Wilayah dan Hadits Tsaqalain
g.     Mengapa berselawat kepada Muhammad dan Keluarga Muhammad
h.     Perbezaan Al-Syi’ah yang mengutamakan Imamah selepas Allah dan Rasulnya dan Ahl Al-Sunnah Wal-Jama’ah yang mengutamakan Al-Sahabah selepas Allah dan Rasulnya
4.      Imam Mahdi adalah Muhammad bin Hassan Al-’Askari (as)

Tetapi yang peliknya aku masih seorang sunni yang mengagungkan Ahl AlBait Rasulullah. Aku tidak berapa faham dengan Al-Marji3iyah. Senang  cakapnya aku Sunni-Syi3i.

Seruan (dakwah) Al-Yamani

Zaman internet membuat kita lebih terdedah dengan berbagai jalan yang disarankan untuk diikuti. Walaupun sentiasa haus dengan taqarrub pada Allah tetapi hati belum pernah puas dan tenang. Hakikat dan Makrifat belum tsabit dan jazam.


Sehinggalah di awal persaraanku aku menemukan pautan (link) Seruan (dakwah) Al-Yamani:


Inilah kesan dakwah, dakwah ansar Imam Mahdi (as) Nusantara pengikut Imam Ahmad Al-Hassan (as) seorang pewaris dan utusan kepada:
                                                                                                        
1.      Imam Zaman, Imam Muhammad bin Hassan Al-’Askari (as) – Zaman Ghaibah Al-Kubra.
2.      Nabi Isa (as) (Nabi Umat Keristian) yang diangkat dan akan diturunkan di akhir zaman
3.      Nabi Ilya (as) (Nabi Umat Yahudi) yang ghaib dan dikekalkan hidup sehingga ke akhir zaman
4.      Khidir (as) yang berjaya mandi 3ain Al-Hayah, dikekalkan hidup sehingga ke akhir zaman

Khabar kedatangan Khalifah Allah kepada umat manusia sentiasa menjadi Sunnah Allah (aturan), seperti kedatangan Nabi Muhammad (S) telah dikhabarkan dan beritanya tersebar luas, betapa ungkapan Allah:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. [Al-Baqarah 2:146] 

Seperti khabar khabar kedatangan (Muhammad (S)), Khalifah Allah, Khalifah Allah Al-Mahdi juga dikhabarkan oleh Allah melalui Lisan Rasulullah (S) dan Imam-imam Ahli Bait Rasulullah (as), terdapat begitu banyak Hadits-hadits dan riwayat-riwayat di dalam masyarakat Islam, Sunni dan Syi3i, Al-Atsaar sahabat Rasulullah dan Kitab-kitab yang begitu banyak pula. Saya berikan contoh hadits

Dari Abdullah,

عن عبد الله، "لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي " ،سنن الترمذي صححه الألباني‏.
                                        

"Tidaklah hilang dunia ini sehinggalah seorang lelaki daripada Ahl Al-Bait ku menguasai dunia, namanya sama dengan nama aku.,"
- Sunan Al-Tirmizhi. Dishahihkan oleh Al-Albaani..

Dalam hadits Ibn Majah:

في حديث ابن ماجة: "يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ‏ثم ذكر شيئا لا أحفظه فقال ‏‏فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله ‏‏المهدي"


"Ada 3 orang yang saling berbunuhan yang terpendam di sisi kamu, semua mereka adalah putera kepada Khalifah, kemudian tidak akan kembali salah seorang dari mereka. Akhirnya muncullah bendera-bendara hitam dari arah timur, lalu mereka akan memerangi kalian dengan peperangan yang tidak pernah dilakukan oleh satu kaum pun... (lalu beliau menuturkan sesuatu yang tidak aku fahami, kemudian beliau berkata) Jika kalian melihatnya, maka bai'anlah dia! Walaupun dengan merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."

Fahaman mudah dari Ayat Allah dan dua hadits di atas:

1.      Mengenal Al-Mahdi Akhir Zaman mesti mencapat tahap seperti mengenal anak-anak sendiri. Jangan sekali-kali menyembunyikan kebenaran - Belajar, cari dan kaji –

2.      Al-Mahdi Akhir Zaman adalah lelaki daripada Ahl Al-Bait ku, namanya sama dengan nama aku

3.      Apabila muncul bendera-bendara hitam dari arah timur,

4.      maka bai'anlah dia! Walaupun dengan merangkak di atas salji,

5.      kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."


Pada diriku untuk mengenal Al-Mahdi Akhir Zaman aku belajar, cari dan kaji – . Al-Mahdi Akhir Zaman memang pelik dan misteri! Di antara nama Muhammad dan Ahmad. Mengenal  Imam Zaman, Imam Muhammad bin Hassan Al-’Askari (as) tiba-tiba diseru oleh Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as). Dia sememangnya beliau lelaki daripada Ahl Al-Bait, namanya sama dengan nama Rasulullah, Ahmad bin Abdullah dengan Nama Ahmad bin Ismail ???!!! (kerana Rasulullah (S) sering bersabda:

أنا ابن الذبيحين عبدالله وإسماعيل، كما ورد في تفسير الثعالبي، قال: (ومنها قوله صلى الله عليه وسلم : " أنا ابن الذبيحين " وهو أبوه عبد الله ، والذبيح الثاني هو إسماعيل )
           
Aku anak dua sembelihan Abdullah dan Ismail, seperti yang dinyatakan dalam tafsir Al-Tsa3aalabiy, berkata: (Dan baginda (saw) bersabda: "Aku anak dua sembelihan." seorang bapanya, Abdullah, dan sembelihan kedua adalah Ismail) [Jilid 4 - halaman 24 dan lihat Al-Tashil dalam 3ulum Al-Tanzil Al-Ghurnathiy Al-Kalbiy - Jilid 3 - halaman 174 dan Tafsir Razi - Jilid 26  - halaman 153.
Dia membawa panji-panji  (bendera-bendara hitam) dari arah timur (Basrah dan Najaf adalah di Timur Mekah) dan aku telah membai’ahnya, Aku bersaksi  sesungguhnya  dia (Ahmad Al-Hassan Al-Yamani) adalah khalifah Allah Al-Mahdi.


Ansar Imam Mahdi (as) Itiba3 (pengikut) Imam Mahdi Pertama (as)


Rasulullah membawa Al-Risalah Allah. Semua pengikut Ahl Al-Bait Rasulullah adalah pengikutnya (Syi’ahnya) Imam Ali dan semua sebelas Imam-Imam di bawah Al-Wilayah Allah.
Semua umat Islam yang beriman dengan Imam Zaman, Imam Muhammad bin Hassan Al-’Askari (as) – yang sedang Ghaibah Al-Kubra ini ada yang beriman dengan menyahut seruan Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) sebagai Mahdi Pertama dan ada yang tidak. Namun begitu ada di kalangan Muslim Sunni, Orang-orang Yahu Keristian dan Atheis ada yang menyahut dakwah ini. Ini adalah penghujung zaman Al-Wilayah. Imam Mahdi telah mengutus washiy-nya (warisnya) Imam Ahmad Al-Hassan. Imam Mahdi akan turun dan memerintah 7 atau 9 tahun (menurut hadits) dan berakhirlah zaman Al-Wilayah. Maka Zaman Al-Hidayah akan menjelang.

Penolong Agama Allah (Ansar Allah) adalah penolong Khalifah Allah sejak Khalifah Pertama Adam (as). Para Khalifah Allah membawa Agama Al-Tauhid. Al-Risalah Al-Tauhid yang dibawa oleh Para Khalifah Allah adalah untuk membimbing manusia hidup dengan keyakinan-keyakinan (Aqidah) dan menjalani hidup (Syari’ah) kepada manusia. Mereka yang beriman, yang rapat dan mendokong Para Khalifah Allah menyebar dan meninggikan Al-Risalah Al-Tauhid adalah para ansar Allah.


Zaman ini apabila Imam Muhammad bin Hassan Al-’Askari (as) – yang sedang Ghaibah Al-Kubra mengutus washiy-nya (warisnya) Imam Ahmad Al-Hassan adalah zaman untuk menyediakan (mumahhidin) persiapan kepada Daulah Al-Adl Al-Ilahiyah (Negara Keadilan Ilahi). Sesiapa sahaja yang beriman, dan mendokong kerja tersebut (semoga Allah masukan kita ke dalam golongan in) adalah ansar Imam Mahdi dan mengikut Imam Ahmad Al-Hassan (as)


Kebenaran

Apa yang kesan dakwah Al-Yamani kepada ku

1.      Tauhid, risalah, wilayah dan hidayah
2.      Marifat Allah – Muhammad paling mengenal Allah
3.      Hakimiyah Allah dan Hakimiyah Manusia
4.      Khalifah Pertama Adam (as).
5.      Iblis dan hakikat sujud
6.      Sirah perjalanan Para Khalifah Allah dan manusia – sunnah Allah
7.      Alam-alam yang dilalui manusia sek dicipta
8.      Rahsia Adam dan Syajarah Al-Khuld, Yunus dan Nun dan perjalanan Musa ke pertemuan 2 laut
9.      Al-Mutasybihaat
10. Al-Mahdawiyah
11. Allah fi Al-Khalq
12. Bunuhlah diri kamu Al-Ana (al-ananiyah –ego – keakuan)
13. Kerosakan dan Kezaliman
14. Al-Dajjal Al-Akbar
15. Al-Aql wa Al-Jahl
16. Dan ........

Insya Allah akan disentuh kemudian.

Kebenaran itu Mulia dan dituntut oleh Allah
Kebenaran itu ghaib
Kebenaran itu iman yang sukar diyakini
Kebenaran itu Islam, Iman, taqwa dan Ikhlas yang amat getir, banyak kerenahnya, panjang masa mencapainya dan hanya Allah penentunya, dan Yang mengetahui siapa yang memilikinya.

Pujian bagi Allah semata-mata.

Fi Aman Allah

Aba Al-Hussaini

                                                               



No comments:

Post a Comment