Hakimiyah
Allah.. Adakah Allah atau Manusia Yang Melantik Khalifah?
Pertama:
Allah Memberi Pemerintahan
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي
الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ
وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ
شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran 3:26]
Ayat
ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu milik Allah, dan Dia SWT berhak
melantik khalifah sesiapa yang dikehendakiNya. Allah berfirman:
﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي
ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ﴾
“Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah 2:30)
Jadi,
bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat ini, untuk melantik raja,
presiden atau perdana menteri melainkan dirinya adalah lantikan Allah SWT.
Kepimpinan
ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun tidak semestinya
seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat memerintah, kerana berkemungkinan
beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh manusia, seperti yang kerap kali
berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim (as) tidak memerintah, namun ia
dipegang oleh Namrud (la). Musa (as) tidak memerintah, namun ia dipegang oleh
Firaun (la), Hussain (as) tidak memerintah, namun Yazid (la) yang memerintah,
maka Allah SWT berfirman:
﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن
فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾
Atau patutkah mereka dengki
kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka
dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada
keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka
kerajaan yang besar. (An Nisaa’ 4:54)
Walaupun keluarga Ibrahim (as) diberikan kepimpinan dan Hakimiyah Ilahiyah,
malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak
mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan
menaikkan manusia pilihan Allah SWT pada kedudukan kepimpinan, kerana jika
mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah SWT akan terjadi, dan bencana akan
menimpa mereka.
Al-Shadiq
(as) bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman Allah:
مَّا كَانَ لَكُمْ أَن
تُنبِتُوا شَجَرَهَا
{..yang
kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya..(Al-Naml 27:60)}
Dia
berfirman menyatakan bukanlah menjadi hak kamu untuk memilih siapa Imam kamu,
menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang benar atas kehendak dan keingingan
kamu.” Kemudian Imam Shadiq (as) berkata: “Akan ada tiga kumpulan yang mana
Allah tidak akan bercakap dan memandang mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak
akan menyucikan mereka, iaitu mereka yang menanam pohon yang tidak ditanam
Allah SWT, yakni, sesiapa yang melantik Imam yang tidak dilantik Allah, atau
tidak mengimani Imam lantikan Allah.” (Tahaf al-3uqul, hal 325)
Kedua:
Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah
Talut:
﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ
مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي
سَبِيلِ اللَّه﴾
Tidakkah engkau ketahui,
tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa,
ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk
kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah”
(Al Baqarah 2:246)
Sekumpulan
mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan Allah SWT, maka mereka tidak
mendahului Allah SWT dalam melantik, tetapi menyerah dan memohon kepada Allah,
agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan ini adalah bukti paling besar,
bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak lantikan pemimpin berada di tangan
Allah, bukanlah di tangan manusia melalui syura, pilihan raya dan sebagainya
Ketiga:
Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي
الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi” (Al Baqarah:30)
Khalifah
Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di muka bumi, dan khalifah pertama
Allah di muka bumi adalah Adam (as) Dan di setiap zaman, ada khalifah Allah yang
yang dilantik, Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah Imam Mahdi (as) Jadi
manusia perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana sesungguhnya beliau
merupakah lantikan Allah SWT, dan beliau seharusnya tidak ditentang oleh
pilihanraya dan demokrasi.
Keempat:
Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah
SWT berfirman:
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْكَافِرُونَ﴾
dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya),
maka mereka itulah orang-orang kafir.[Al-Maaidah 5:44],
Allah
SWT berfirman
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الظَّالِمُونَ﴾
dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim [Al-Maaidah 5:45].
Allah
SWT berfirman
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْفَاسِقُونَ﴾
dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik [Al-Maaidah 5:47]
Sudah
semestinya, khalifah Allah SWT akan berhadapan dengan permasalahan yang baru,
tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya, beliau diberikan pandangan dan ilmu
Khusus, kurniaan Allah SWT, yang mana dengannya, Dia akan membuatkan ketuananNya
diketahui dalam peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Malahan bagaimana
mungkin seseorang selain dari khalifah lantikan Allah berhukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah SWT?
Adapun
yang membatalkan Ketuanan Manusia dan Pilihan raya ini sangat Banyak
Ini
adalah salah satu kisah bagi mereka yang boleh didengar dan dia akan
menyaksikannya.
Kisah
Musa (as) dan kaumnya
﴿وَاخْتَارَ مُوسَى قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلاً لِمِيقَاتِنَا
فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُمْ مِنْ
قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ
إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاءُ وَتَهْدِي مَنْ تَشَاءُ أَنْتَ
وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ ﴾
Dan Nabi Musa memilih tujuh
puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada
waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi
Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh
binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak
membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang
bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu.
Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri
petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami;
oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik Pemberi ampun.(Al-A3raaf 7:155)
Lihatlah
sendiri bagaimana Musa (as), seorang Nabi yang ma’sum, yang memilih 70 lelaki
terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur dan memberontak terhadap beliau
dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti Musa, yang
memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati tiada dari
kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka bagaimana dapat manusia biasa
memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin memilih makhluk Allah yang
paling jahat tanpa diketahui.
Ini
menjadi dalil-dalil yang mencukupi bagi mereka yang mencari kebenaran
Dan
sesiapa mahukan lebih lagi. Sungguh Al-Quran yang berada di tangannya menyeru
mereka supaya mendengar dan tidak lalai:
﴿وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ
الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ * وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا
رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ * قُلْ إِنَّمَا يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ
إِلَهٌ وَاحِدٌ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ * فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ
آذَنْتُكُمْ عَلَى سَوَاءٍ وَإِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ أَمْ بَعِيدٌ مَا تُوعَدُونَ
* إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنَ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَا تَكْتُمُونَ * وَإِنْ
أَدْرِي لَعَلَّهُ فِتْنَةٌ لَكُمْ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ * قَالَ رَبِّ احْكُمْ
بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ﴾
Dan demi sesungguhnya, Kami
telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada
Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang
soleh”. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang
cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah
dengan berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.* Katakanlah: “Sesungguhnya
yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan
kepadaku?” Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah
memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang
jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan
buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih
jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan
dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam
hati). “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang
dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang
menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga
ke suatu masa yang tertentu”.(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai
Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan
Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya
terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (Al-Anbiaak21:105-112)
Baca Kitab Hakimiyah Allah bukan Hakimiyah Al-Nas Oleh Imam Ahmad
Al-Hassan (as).
Hadits
Al-Firqah Al-Najiyah (Firqah golongan yang selamat)
Juga
bagi orang-orang yang mengingkari Hakimiyah Allah di sisi mereka ada riwayat
yang akan ditunjukkan dalam kitab-kitab mereka
Mereka
mengatakan bahawa Rasulullah (S) bersabda bahawa yang hak (benar) adalah
الحق ماعليه اليوم انا واصحابي
Apa-apa
yang aku dan para shahabatku berada di atasnya:
عبد الله بن عمرو قال قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم ليأتين على أمتي ما أتى على بني إسرائيل حذو النعل بالنعل حتى إن كان
منهم من أتى أمه علانية لكان في أمتي من يصنع ذلك وإن بني إسرائيل تفرقت على ثنتين
وسبعين ملة وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا
ومن هي يا رسول الله قال ما أنا
عليه وأصحابي
Abdullah Ibnu Amru berkata:
bahwa Rasulullah (S) bersabda: “Akan datang atas umatku apa yang datang atas
Bani Israil selangkah demi selangkah. Sehingga jika seseorang dari mereka menyetubuhi
ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya.
Kaum Bani Israil terpecah menjadi 72 golongan. “Akan berpecah umatku ini
menjadi tujuh puluh tiga golonan. Semuanya masuk neraka kecuali satu”. Mereka
(para shahabat) bertanya : “Siapakah ia wahai Rasulullah ?”. Baginda menjawab
: “Apa-apa yang aku dan para shahabatku berada di atasnya”.
Berkata
Abu Isa, “Ini adalah hadits hasan ghariib mufassar (yang dijelaskan). Kami tidak mengetahui
hadits yang seperti ini kecuali dari sisi ini”. 2641 Sumber
Hadits Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله - صلى الله
عليه وسلم - : " تفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة ، كلهن في النار إلا واحدة
" . قالوا : وما تلك الفرقة ؟ قال : " ما أنا
عليه اليوم وأصحابي
Abdullah
Ibnu Amru berkata: bahawa Rasulullah (S) bersabda: “Akan datang atas umatku menyerupai
Bani Israil selangkah demi selangkah. Bahkan jika seseorang dari mereka mengambil
sebagai isteri ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan melakukan
perkara yang sama.. Kaum Bani Israel terpecah menjadi 72 golongan. “Akan
berpecah umatku ini menjadi tujuh puluh tiga golonan. Semuanya masuk neraka
kecuali satu”. Mereka (para shahabat) bertanya : “Yang mana satu?”. Baginda menjawab:
“Apa-apa yang aku dan para shahabatku berada di atasnya pada hari ini....”.
عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله - صلى الله
عليه وسلم - : " تفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة ، كلهن في النار إلا واحدة
" . قالوا : وما تلك الفرقة ؟ قال : " ما أنا
عليه اليوم وأصحابي
Dari
Anas bin Malik ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu 3alaihi
wasallam :“Akan terpecah umat ini menjadi tujuhpuluh tiga kelompok
(firqah) yang kesemuanya masuk neraka kecuali satu”. Para shahabat
bertanya : “Kelompok yang mana (wahai Rasulullah)?”. Baginda menjawab : “Apa-apa
yang aku dan para shahabatku berada di atasnya pada hari ini”.
[Majmu3
Al-Zawaid Wa Manabi3 Al-Fawaid, halaman 189, 2-98-2, 899]. Sumber
Hadits Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم : " تفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة ، كلهم في النار إلا
واحدة " ، قالوا : وما تلك الفرقة ؟ قال:" ما أنا
عليه اليوم وأصحابي
Dari Anas bin Malik ia berkata
: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu 3alaihi wasallam :“Akan
terpecah umat ini menjadi tujuhpuluh tiga kelompok (firqah) yang kesemuanya
masuk neraka kecuali satu”. Para shahabat bertanya : “Kelompok yang mana (wahai
Rasulullah)?”. Baginda menjawab : “Apa-apa yang aku dan para shahabatku
berada di atasnya pada hari ini”.
[Al-Mu3jam
Al-Ausath halaman 460-4883]. Sumber
Hadits Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
أخرج الترمذي والحاكم وغيرهما عن عبد الله بن
عمرو ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ليأتين على أمتي ما أتى على بني
إسرائيل حذو النعل بالنعل ، حتى إن كان منهم من أتى أمه علانية لكان في أمتي من
يصنع ذلك ، وإن بني إسرائيل تفرقت على اثنتين وسبعين ملة ، وتفترق أمتي على ثلاث
وسبعين ملة ، كلهم في النار إلا ملة واحدة . قالوا : ومن هي يا رسول الله ؟ قال :
ما أنا عليه وأصحابي.
Dikeluarkan Al-Tirmizi, Al-Hakim
dan lain-lain dari Abdullah bin Amru berkata: bahawa Rasulullah (S) bersabda:
“Akan datang atas umatku menyerupai Bani Israel selangkah demi selangkah.
Bahkan jika seseorang dari mereka mengambil sebagai isteri ibunya secara
terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan melakukan yang demikian.. Kaum
Bani Israel terpecah menjadi 72 golongan. “Akan berpecah umatku ini menjadi
tujuh puluh tiga golonan. Semuanya masuk neraka kecuali satu”. Mereka (para
shahabat) bertanya : “Kelompok yang mana wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Apa-apa
yang aku dan para shahabatku berada di atasnya.”. Pada Al-Hakim, “Apa-apa yang
aku dan para shahabatku berada di atasnya pada hari ini.
Sunan
Al-Tirmizi 5/26 halaman 2641, Syarah Al-Sunnah 1/213. Misykaat Al-Mashaabih halaman
1/61 171. Al-Mustadrak halaman 1/128
روى البيقهي بسنده عن أبي هريرة عن النبي(ص) أنه
قال: «افترقت اليهود على إحدى أو اثنتين وسبعين فرقة. وتفرقت النصارى على إحدى أو
اثنتين وسبعين فرقة. وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة». وروى الهيثمي بسنده عن
أنس بن مالك قال: قال رسول الله (ص) تفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة كلهن في
النار إلا واحدة، قالوا وما تلك الفرقة قال ما أنا
عليه اليوم وأصحابي
Al-Baihaqi meriwayatkan dengan
sanad dari Abu Hurairah dari Nabi (S) Baginda bersabda: "Orang-orang
Yahudi berpecah pada tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan. Dan Nasrani
berpecah kepada tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua kumpulan. Umatku akan berpecah
kepada tujuh puluh tiga golongan. Dan Haytsami meriwayatkan dari Anas bin Malik
berkata: Rasulullah (S) bersabda Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
golongan semuanya di neraka kecuali satu, dan mereka berkata Golongan yang
mana? Baginda menjawab: “Apa-apa yang aku dan para shahabatku berada di
atasnya pada hari ini.
Al-Thabarani
dalam Al-Shaghir.
Mereka
menganggap hadits-hadits tersebut dalil bagi mereka atas Hakimiyah Allah
(Ketuanan Allah). Sehingga apa-apa yang berada di atas (pada) Rasulullah dan (pada)
para shahabat baginda. Baginda adalah Khalifah Allah dan para sahabat baginda mengakui
hal ini dan beriman dengannya. Jadi, agama dan kebenaran adalah apa-apa yang
berada di atas (pada) Rasulullah (S) dan (pada) para shahabat baginda, dan baginda
adalah Hakimiyah Allah. Maka nash ini adalah dalil yang mereka pegang dengan
kuat.
Dan
jika dikatakan bagaimana mereka menjadikannya Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah).
kami katakan renungkanlah:
Baginda
dan para shahabat baginda: apa-apa yang berada di atas (pada) baginda dan para
shahabat baginda... itu adalah urusan antara baginda dan shahabat-shahabat baginda?
Tidakkah ia mengatakan bahawasanya baginda utusan Allah (Rasul Allah) dan
shahabat-shahabat baginda adalah orang*orang yang beriman, atau ia
sesuatu yang berlainan?
Dan
menjadi utusan Allah (Rasul Allah) bererti bahawa baginda adalah Khalifah
Allah di bumiNya atau adakah Khalifah Allah di bumiNya dan bukan yang
lain daripada baginda?
No comments:
Post a Comment