Bencana Hari Khamis, Dan Wasiat Rasulullah (S) Di Malam
Kekewafatannya
Inilah
Wasiat Rasulullah (S) Pada Malam Kewafatan Baginda
Dikhabarkan
kepada kami satu kumpulan (Ia adalah sekumpulan yang disebut Al-Syeikh Al-Thusi
di tempat yang lain dan apa yang dikatakannya dari Abi Abdillah Al-Husayn bin
Sufyan Al-Bizufariy telah dikhabarkan pada saya, dari Ahmed bin Abdun dan Al-Hussein
bin Ubaidullah (Al-Ghdaúriy) darinya) Khatimah AlWasaail halaman 30),
عن أبي عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفري ، عن علي بن سنان الموصلي العدل ، عن علي بن الحسين ، عن أحمد بن محمد بن الخليل ، عن جعفر بن أحمد المصري ، عن عمه الحسن بن علي ، عن أبيه ، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد ، عن أبيه الباقر ، عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين ، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد ، عن أبيه أمير المؤمنين عليه السلام قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم - في الليلة التي كانت فيها وفاته - لعلي عليه السلام : يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة . فاملا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال |
· Apakah Omar dilihat meninggalkan hadirin dan membawa tinta dan kertas dahulu?
· Apakah Umar takut bahawa Nabi (S) menulis hal-hal manusia yang tidak boleh dijelaskan?
· Adakah anda takut dengan usia orang-orang munafik yang Ikdhawwa dalam kesihatan buku itu?
· Adakah anda memahami kehidupan Nabi memerintahkan (r) dengan cara yang berbeza?
· Arahan lain dari kejadian itu, dan jawabannya
· ... Dan aku lupa yang ketiga
· Tetapi adakah ditulis Wasiat itu?
· Dalil Wasiat mesti ditulis: Pertama - Ayat-ayat Al-Quran
· Kedua: Abu Bakar wasiatkan Umar dan kumpulan Umar yang cadangkan sekumpulan.
· Ketiga: sabda Rasulullah (S) Akan menulis yang tidak akan tersesat selepasnya
· Keempat: isi perintah itu disokong oleh Al-Quran dan banyak Hadits yang menunjukkan pelantikan kepimpinan ilahi
· Inilah Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda
|
: يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا عشر مهديا ، فأنت يا علي أول الاثني عشر إماما سماك الله تعالى في سمائه: عليا المرتضى ، وأمير المؤمنين ، والصديق الاكبر ، والفاروق الاعظم ، والمأمون ، والمهدي ، فلا تصح هذه الاسماء لاحد غيرك . يا علي أنت وصيي على أهل بيتي حيهم وميتهم ، وعلى نسائي : فمن ثبتها لقيتني غدا ، ومن طلقتها فأنا برئ منها ، لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة ، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد الزكي المقتول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه جعفر الصادق ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه موسى الكاظم ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الرضا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الثقة التقي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الناصح ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه الحسن الفاضل ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد عليهم السلام . فذلك اثنا عشر إماما ، ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول المقربين (وفي مصادر اول المهديين) له ثلاثة أسامي : اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد الله وأحمد ، والاسم الثالث : المهدي ، هو أول المؤمنين.
Daripada
Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Mushili, daripada
Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin
Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya,
daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir,
daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid,
daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda
Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal
Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah
menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah
berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada
selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi,
engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam
tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul
Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada
sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang
wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka
mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan
bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas
diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada
hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila
maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al
Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al
Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka
itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya
iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang
pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu
Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi,
dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
1. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat
wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah halaman 150 beserta himpunan riwayat
bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al
Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain
di dalam kitab yang sama pada halaman 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang
digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah
di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih
kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang
terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan
pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah
dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam
kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, halaman 549, hadis no. 376.
3. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam
kitabnya Al Iqadh, halaman 393.
4. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli
di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, halaman 159.
5. Al Allamah Al Majlisi di dalam
kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, halaman 147, hadis no. 6 (secara ringkas),
dan jilid 36, halaman 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap
“Apablia maut menghampirinya”)
6. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam
kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, halaman 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam
kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, halaman 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam
kitabnya Al insaf, halaman 222.
Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya
Nawadir Al Akhbar, halaman 294.
8. Sheikh Mirza Al Noori di dalam
kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, halaman 71.
9. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al
Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, halaman 641.
10. Sheikh Al Miyanji di dalam
kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, halaman 96.
Sheikh Al Kurani di dalam kitab
Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
11. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al
Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, halaman 641.
12. Sheikh Al Miyanji di dalam
kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, halaman 96.
13. Sheikh Al Kurani di dalam kitab
Mukhtashar Mu’jam Ahadits Al Imam Al Mahdi.
Di sini, Ahmed disebut dalam Wasiat bahawa
dia adalah Mahdi pertama dari Mahdi-mahdi dan Washiy Imam Mahdi (as)
digambarkan juga di dalam riwayat bahawa dia adalah ((Al-Yamani)) yang wujud
sekarang dan menyeru kamu semua untuk berbai’ah kepada Allah.
|
No comments:
Post a Comment