Thursday, 6 November 2014

Encik Ahmad Hatab, Abu Ali

Encik Ahmad Hatab, Abu Ali


Lahir: Imara , Iraq
Guru di Hauzah Imam Mahdi (as) yang diberkati
Pengarang buku-buku seperti 'Faslul Khitab' yang dalam 2 jilid, 'Dabit al' ard', dan 'Tali Al Mashriq' dan 'Al Balagh Al Mubeen' 83
Menulis banyak artikel dalam akhbar 'Al Sirat Al Mustaqeem'.
Salah seorang pertama yang beriman dalam seruan Al Yamani (as)

Pada zaman Saddam, laknatullah alaih-(la), kami mendengar tentang dakwah itu. Saya berada di Karbalaa' pada tahun 2002 beberapa bulan sebelum kejatuhan Saddam (la) Haydar Mishatit telah memberi dakwah kepada orang-orang di rumahnya di bandar Imara. Abang saya datang kepada saya di Karbalaa' dengan beberapa orang dan mereka menangis tersedu-sedu, jadi saya berkata, "Apa yang tak kena, apa yang berlaku?" Mereka berkata utusan Imam Mahdi (as) ada di Imara dan dia berda'wah kepada kami. Mereka beritahu saya supaya melakukan istikhara untuk mengetahui kebenaran Ahmad (as) kerana pada masa itu tidak ada apa-apa buku yang diterbitkan atau bercetak termasuk buku al Baqarah.

Pada masa itu, Imam dipanggil Sheikh Ahmad (as), jadi saya berjanji setia (bai’ah) dengan serta-merta di hadapan mereka. Sehari sebelumnya, sebelum orang-orang ini datang kepada saya, saya bermimpi melihat Imam Hussain (as) di dalam kereta dan duduk di sebelah beliau adalah seorang lelaki yang saya tidak kenali. Jadi, saya berkata kepadanya, "Dengan darah dan nyawa saya, saya akan tebus diri saya untuk kamu wahai Imam." Oleh itu, apabila saya memberitahu mereka visi ini saya lebih yakin bahawa dakwah ini adalah benar. Pada masa itu kami adalah orang-orang biasa dan tidak mempunyai pengetahuan aqidah 84 dan hal-hal agama .

Sudah tentu mempercayai dakwah bermakna akan banyak tuduhan palsu akan dicipta kepada ansar seperti Zionis, Wahabi, Baathists dll. Kami menerima banyak tohmahan dan kutukan dari orang-orang, terutama di Najaf. SubhaanAllah! Pada masa itu, bukti-bukti utama seruan adalah keajaiban, visi dan bukti-bukti dari Kerajaan Langit, lebih daripada sekarang.

Abang saya Bashar pada zaman Saddam (la) menghidap kanser dalam nodus limfa dan kemoterapi walaupun peluangnya untuk hidup adalah sangat rendah. Imam (saw) menghantar sahabat yang paling dekat dengan abang saya mereka membantu beliau dan membaca beberapa bacaan kepada beliau dan Imam (as) berkata, "Beritahu dia, wahai ansar, bahawa dia harus kembali ke hospital untuk pemeriksaan." Para doktor terkejut tentang bagaimana abang saya telah sembuh padahal pada masa itu kami cukup berputus asa.

Jika saya bercakap tentang mukjizat Imam (as), maka buku-buku tidak akan cukup untuk membentangkan keajaiban ini. Sebelum dakwah, saya mempunyai visi di mana saya melihat di dalam visi, Imam Mahdi (as): Imam (as​​) memberitahu saya untuk menghentikan apa sahaja kerja yang saya lakukan yang berada di istana. Beliau berkata kepada saya,

----------------------------------------------
83 khususnya bahagian mengenai visi dan keajaiban
84 Kepercayaan adalah aqa'id      

---------------------------------------------- Halaman 33
"Datanglah kepada kumpulan saya." Visi ini benar-benar masuk akal dan banyak mempengaruhi saya terutamanya apabila saya menyertai seruan Yamani (as).

Selepas kejatuhan Saddam, tiga lelaki mengetuk pintu rumah saya. Apabila saya melihat mereka, seolah-olah saya kembali pada masa 300 ratus tahun dahulu. Mereka berpakaian secara pakaian Arab dengan debu di wajah mereka kerana mereka datang berjalan kaki dari Najaf ke Karbalaa’. Mereka adalah Haydar Mishatit, Ahmad Al Hassan (as), dan Sayed Mohammed Abu Zahraa' tetapi sudah tentulah pada mulanya saya tidak mengenali siapa mereka. Haydar Mishatit memperkenalkan dirinya dan dua yang lain bersamanya. Mereka memeluk saya dengan cara yang agak pelik bagi saya kerana saya tidak pernah melihat cara sedemikian dalam kehangatan menyambut seseorang.


En. Adel

1990-an
1999
2000
2001
2002 Di Karbalaa '
2003
2004
2005 Imam melatih beliau di pc
2006
2007

Haydar Mishatit apabila dia memberikan dakwah di Imara kami merasakan dia mempunyai sesuatu yang tersembunyi di dalam dirinya yang sepatutnya dia juga memberitahu bahawa dia juga bertemu Imam Kedua Belas (as). Bagaimanapun, ketiga-tiganya kemudian memasuki rumah saya tetapi malangnya saya hanya menumpukan perhatian pada Haydar Mishatit dan tidak pada Imam (as).

Imam (as) akan banyak diam masa itu berbanding Haydar Mishatit (la), mahu semua perhatian tertumpu pada dirinya sahaja. Haydar Mishatit dan orang-orang munafik dengannya akan menjalankan perkara-perkara yang Imam (as ) tidak benarkan. Mereka jelas menunjukkan niat mereka kemudian apabila murtad kedua berlaku, yang benar-benar menyakiti Imam (as). Apabila kami melawat Haydar Mishatit di Kufah, dia akan memberitahu kami "lelaki ini adalah Shuaib bin Salih ", "lelaki ini adalah Hassani " dan sebagainya dari nafsu dan penyakitnya sendiri.

Walaupun semua ini, kerana Imam (as) adalah manifestasi rahmat Allah dalam penciptaanNya, beliau sendiri serta lain-lain orang-orang yang rapat dengannya seperti Sheikh Hazim Mukhtar akan cuba untuk membimbing Haydar Mishatit dan orang yang bersamanya, sehingga saat-saat akhir .

Imam (as) akan datang ke rumah saya untuk melawat keluarga saya beberapa kali di Karbala dan Imara. Imam (as) adalah sangat sederhana dalam berpakaian. Sukar untuk


---------------------------------------------- Halaman 34        

membezakan dirinya dengan orang lain di jalan. Imam (as) akan bekerjasama dengan abang saya dalam menyediakan madu yang dia akan berikan kepada orang-orang ansar sebelum memikirkan untuk diberikan kepada dirinya sendiri. Beliau pernah ada 50,000 dinar Iraq dalam poketnya, apabila dia melihat salah seorang daripada ansar memerlukan, dia telah memberikan semuanya kepada ansar tersebut. Saya berkata kepadanya Sayyed sekurang-kurangnya berilah separuh sahaja kepadanya, katanya موشغلك "ini bukan isu yang perlu kamu bimbang."

Pada awal dakwah di Imara, terdapat orang-orang yang sentiasa mengejek dakwah. Salah seorang daripada mereka menyumpah seranah pada Sayyed (as), jadi saya tidak dapat menahan diri saya dan saya kembali kepadanya membalas perkataan yang sama beliau gunakan pada Imam (as). Keadaan menjadi panas tetapi alhamdulillah tiada sentuhan fizikal berlaku. Beberapa hari kemudian Imam (as) datang kepada kami dan bapa saya mengadu mengenai saya kepada Imam (as) kerana tindakan saya. Imam (as) tidak suka dengan tindakan saya, jadi saya berkata kepadanya, "Sayyed, lelaki yang melintasi garisan, perlukah saya berdiam diri?" Dia berkata kepada saya, "Ya, kamu perlu bertindak balas kepadanya dengan ayat-ayat dari Al-Qur'an terhadap orang-orang yang melawan rasul-rasul dan dengan riwayat dari Aali Muhammad as." Beliau (as) mahu mengajar saya akhlak al-Quran.

Orang-orang Muqtada mencederakan kami di Basrah dan Imara dan membunuh sebahagian daripada kami. Perdana Menteri Nuri al Maliki kemudian menyerang militia Muqtada dalam apa yang dipanggil Sawlat al Fursan yang benar-benar menyakiti tentera Muqtada al Sadr. Imam (as) akan memberitahu kami untuk membantu mereka menyembuhkan luka mereka, mengebumikan mereka yang mati, membantu janda dan anak-anak yatim mereka sama seperti datuknya Thul Thafanat 85 yang membuka pintu kepada Marwan ibn al Hakm (la).

Imam (as) adalah orang yang membimbing saya dalam penulisan buku-buku saya. Beliau memberikan saya susun atur dan asas yang paling penting untuk membantu saya menulis buku-buku saya seperti Faslul Khitab .

Beliau menunjukkan kepada saya bahawa صيحة seruan dari langit adalah sebenarnya visi (mimpi-alamat-pengelihatan). Saya pernah memberitahu Imam (as) mengenai visi saya, jadi dia berkata kepada saya, "Apa yang kamu fikir penglihatan ini?" Dia(as) akan membantu kita untuk bercermin, untuk berfikir, dan untuk meningkatkan minda kamu ke tahap yang lebih tinggi. Dia akan datang kepada saya berbulan-bulan selepas beliau memberitahu mengenai visi apabila saya terlupa mengenainya, dan akan mentafsirnya kepada saya secara terperinci.

Apabila saya memberitahu beliau mengenai visi yang membuat semua ansar ketawa: Saya melihat diri saya memasuki sebuah rumah lama. Di dalam rumah adalah lelaki berpakaian dalam pakaian Arab ( ثوب وعقال ). Mereka bertepuk tangan dan menjerit nama Ali (as), jadi saya bertepuk tangan lebih keras yang menggegarkan mereka dan menjadikan mereka berhenti. Imam (as) mentafsirkan visi ini dan memberitahu saya, "Orang-orang bertepuk tangan mempunyai sesuatu daripada wilayah 86 Aali Muhammad (as). Apabila kamu bertepuk tangan mereka melihat sesuatu dari wilayah yang mereka tidak dapat tanggung. "Beberapa tahun kemudian wawasan ini datang ke dalam realiti dan perkara yang sama berlaku kepada orang-orang Arab yang sama, subhaanallah.

----------------------------------------------
85 Rujukan kepada Imam Ali ibn al Husain Zain ul Abideen , Imam keempat dunia Islam, dari keturunan Muhammad Rasulullah (saw)
86 Penerimaan penjagaan dan successorship dari Keluarga Muhammad saw

---------------------------------------------- Halaman 35


Pada suatu tengah hari musim panas, cuaca sangat panas beliau memberitahu saya, "Ahmad adakah kamu mempunyai komputer di rumah kamu. "Saya berkata, "Tidak, tetapi ada satu di kedai saya." Beliau (as) mengiringi saya berjalan kaki sepanjang jalan ke kedai dan apabila kami memasuki kedai itu, beliau mengajar saya bagaimana untuk menggunakannya. Berjalan kaki sepanjang jalan di musim panas Iraq hanya untuk mengajar saya bagaimana untuk menggunakan komputer. Ini berlaku kira-kira pada 2005.

PENTING: -

Imam (as) memberi amaran kepada kita daripada mentafsir mimpi mengikut hawa nafsu kita sendiri. Beliau (as) akan sentiasa menafsirkan mimpi untuk kami sebagai visi seperti al-Quran dan hadith yang ​​mempunyai kiasan dan kejelasan dan hanya yang maksum boleh mentafsir. Pemahaman yang tertentu untuk penglihatan adalah berbeza daripada mentafsir visi.

Sekali semasa kami di dalam kereta, petrol hampir kehabisan. Kami mengambil beberapa tong minyak dan meletakkannya di tepi jalan dalam usaha untuk mereka yang memandu boleh berhenti dan membantu kami. Imam (as) akan menjadi sangat yakin dan akan memberitahu kami," Ia hanyalah tentang masa dan kita akan dapat teruskan perjalanan tidak lama lagi," dan subhaanallah, berapa kali ia berlaku ketika bersama dengannya.

Apabila saya mendengar azan 87 pada waktu Asar. Ia adalah sangat pelik tidak seperti azan yang saya pernah dengar sebelum ini. Beberapa bulan kemudian di Najaf apabila saya berada di rumah Sheikh Hazim, Imam (as) datang dan melaungkan azan dan saya teringat suara yang saya dengar pada bulan lepas walaupun belum melihat Imam (as) atau tetap akan mengetahuinya juga.

Saya mula menangis dan dia tersenyum pada saya memberitahu saya, "Ya, itu adalah suara saya yang kamu pernah mendengarnya sebelum ini." Imam (as) selepas kemurtadan Haydar Mishatit memberitahu kepada orang-orang yang kekal bahawa untuk sepuluh tahun akan datang tiada seorang pun yang akan mati.

Sekali di Imara ibu bapa saya telah datang ke rumah dan kereta berhenti di tengah-tengah jalan raya. Saya memandu dan terserempak mereka secara kebetulan. Imam (as) yang berlumuran dengan minyak kerana sedang memperbaiki kereta dan tidak membenarkan mereka menolongnya.










----------------------------------------------
87 Panggilan untuk solat


---------------------------------------------- Halaman 36         


>> Berikutnya Riwawat  Sdr Majid al Zaydi, Abu Nuh
<< Sebelumnya Riwawat Sdr Adil al Saedy



No comments:

Post a Comment