Tuesday, 9 December 2014

Penyelamat Yang Dinantikan (as)

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng

Penyelamat Yang Dinantikan (as)
( (ع  لمصلح المنتظر

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ * وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾

1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul

8.      Seumpama Simiri


Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu. [Al-Qashash: 28: 4-6]   [134].

Imam Mahdi (as) Washiy kedua belas dari Aushiak Nabi al-Khatim (Penutup Nabi-nabi) (sawas), Imam yang terlalu lama selama bertahun-tahun, sehingga di kalangan Syiah memperkatakan tentang keimaman dan kekhalifahannya kepunyaan Allah di muka bumiNya. Penyelamat, yang ditunggu-tunggu semua umat manusia, umat Islam dan lain-lain, pengikutnya dan musuhnya. Manusia sedang menunggu kezuhurannya untuk menyokong beliau, dan yang lain pula menunggu-nunggunya untuk menimpakan marabahaya dan menghapuskannya jika dia zuhur dan bangkit, dan mereka fikir mereka boleh mengubah sunnah Allah.

Orang yang beriman sedang membuat persediaan untuk kezuhurannya dan yang lain juga membuat persediaan untuk kezuhurannya. Sebahagian orang Islam yang lalai tidak tahu menahu sedikit pun mengenai beliau, dan sebahagian pengikutnya atau daripada orang yang memanggil mereka dengan nama Syiah tidak mengetahui (mengenal)nya, melainkan sebagai simbol sahaja, berputus asa daripada kemunculannya dan kebangkitannya, pengharapan ini jelas kelihatan daripada tindakan (amalan) mereka, walaupun tidak menyatakannya dengan kata-kata.

Dalam saat-saat yang genting, yang terlalu hampir dengan kiraan jam menunjukkan sifar, kita perhatikan orang-orang yang jauh dari kebenaran mula mendekati beliau perlahan-lahan malah seolah-olah mereka telah masuk ke dalamnya. yang lain pula di tengah-tengah bulatan kebenaran mula menjauhinya sedikit demi sedikit sehingga mereka terkeluar darinya. Oleh itu, orang dalam lembah jurang mula naik ke gunung perlahan-lahan, dan yang lain pula mendapati diri mereka berada di puncak mula turun malah seperti mereka mungkin telah jatuh ke dalam jurang.
.
Dalam erti kata lain: dunia dan di akhirat, dan semua yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang memilih kebenaran akan memeluk kematian dan berjalan menuju akhirat, tidak kira sama ada kematian berlaku atau berlaku kematian ke atasnya. sesiapa yang memilih kebatilan tertarik dengan kehidupan dan mengabdi kepada dunia. Dan orang-orang di antara kedua-dua golongan pula terasa bahangnya seperti mabuk, tidak masuk kepada golongan ini dan tidak (pula) kepada golongan itu, mereka mengenal kebenaran tetapi tidak menyokongnya, dan mereka membenci kepalsuan tetapi tidak memusuhinya. Rugi di dunia dan diakhirat, itulah kerugian yang nyata.

﴿إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيراً﴾

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, [135].



✡✡✡✡✡


------------------------------
[134] Al-Qashash: 4-6.
[135] Al-Nisa: 97.


                

No comments:

Post a Comment