Orang-Orang Yang
Tergelincir (Murtad) Dari Landasan Dakwah
Perhatikan
jawapan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani a.s kepada soalan yang diajukan
kepadanya berkenaan orang-orang yang tergelincir (murtad) dari landasan dakwah
selepas mereka menerimanya dan penentangan mereka terhadap dakwah.
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil Alamin
Wa sollalLahu 'ala Muhammad wa Aali Muhammad Al Aimmah wal Mahdiyyin wa sallim tasliman kathira.
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil Alamin
Wa sollalLahu 'ala Muhammad wa Aali Muhammad Al Aimmah wal Mahdiyyin wa sallim tasliman kathira.
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?
وَقَالَت
طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ ءَامِنُواْ بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ عَلَى
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَجۡهَ ٱلنَّهَارِ وَٱكۡفُرُوٓاْ ءَاخِرَهُ ۥ لَعَلَّهُمۡ
يَرۡجِعُونَ
Dan berkatalah
segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): Berimanlah kamu kepada Al-Quran
yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: Pada sebelah pagi dan
kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu)
kembali menjadi kafir semula. (Aali Imran: 72)
Beramallah
dan semoga Allah mengurniakan taufiq kepada kamu serta meluruskan kamu pada apa
yang diredhaiNya, dan janganlah kamu mempedulikan orang yang telah dituliskan
kesesatan ke atasnya. Amalan-amalan mereka hari ini akan dibalasi esok hari
(hari pembalasan). Beramallah dan keluarnya mereka yang telah murtad daripada
jalan kebenaran tidak sekali-kali memudharatkan kamu. Mereka dibalasi hari ini
dengan dosa kejahatan yang telah mereka lakukan semalam dengan tidak menjadikan
mereka layak untuk berada di kedudukan suci di kalangan Ansar para Anbiya dan
Awsiya (a.s):
قَالَ يَا
نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ
لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ
مِنَ الْجَاهِلِينَ
Allah berfirman: Wahai
Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah
terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya
bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang
engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari
menjadi orang yang jahil. (Surah Hud: 46)
Dan
simpati buat kamu di dalam firman Alah Taala:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُم مَّن
ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang
beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat
kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali
semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Semoga
Allah membalasi kamu dengan sebaik-baik pembalasan wahai orang-orang yang
berbuat kebaikan dan mengurniakan taufik pada apa yang diredhaiNya, serta
semoga Allah membantu kamu ke atas orang-orang yang tidak mampu memahami
kata-kata.
Ahmad Al Hassan
Ramadhan 1429 H
Ahmad Al Hassan
Ramadhan 1429 H
No comments:
Post a Comment