Tuesday, 9 December 2014

Ketiga: ‘Aqaid (Akidah-akidah)

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng

Ketiga: ‘Aqaid (Akidah-akidah)
ثالثاً: الـعقـائــد


Perselisihan (Khilaf) di antara ulamak Islam, Sunnah dan Syiah, dan lain-lain sangat meluas. As-Sunnah berpecah kepada Muktazilah dan Asy'ari [93], dan para ulamak yang tidak sependapat di antara mereka mewujudkan firqah, dan mungkin pertikaian utama antara mazhab Islam berkisar kepada pemerintah dan kepimpinan agama dan keduniaan selepas Rasulullah (sawas) bagi umat ini.

1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul

8.      Seumpama Simiri

Kemudian khilaf menyeret kepada perbezaan aqaid (akidah-akidah) lain yang disebabkan oleh Syiah yang merujuk akidah mereka kepada Aushiak (أوصياء - pemegang-pemegang wasiat) Rasulullah (sawas) al-Ma'sumin (as), dan As-Sunnah merujuk kepada dalil-dalil aqliyah (kesimpulan akal) seperti yang mereka dakwa, dan ditentang oleh akal (pendapat) puak lain.

Ia juga berlaku dalam masalah al-Jabbar (penguasaan) dan at-Tafwidl (penyerahan) yang terjadi di mana perbezaan pendapat antara Ash'ari dan Mu'tazilah yang telah dijawab oleh (keluarga) Aali Nabi (sawas) bahawa:

: (لا جبر ولا تفويض، ولكن أمر بين أمرين)

(Tidak Jabbar tidak tafwidh (tidak hanya tertakluk pada Kuasa Khaliq atau penyerahan makhluk semata-mata), tetapi antara kedua perkara ) (tidak penguasaan tidak penyerahan, tetapi antara dua perkara ) [94].

Atau pada masalah kewujudan Al-Quran makhluk, yang digunakan pemerintah Kuffar Bani Abbas untuk menyelinap di dalam darah orang Islam dan membantu mereka pada sebahagian Imam-imam sesat pengikut Samiri. [95].
Maka datang ahli Quran Aali Nabi Al-Mustafa bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah bukan lain daripada itu [96], untuk
membolehkan orang ramai berfikiran ala syaitan yang menyesatkan dan sia-sia, sebaliknya hanya suka pada penampilan dan ketinggian untuk mencari gelaran dunia
Juga terjadi perselisihan yang luas dalam Tauhid Al-Khaliq (Pencipta) Yang Maha Suci dan sifat-sifat -Nya, atau yang dikenali sebagai (Ilmu Kalam) itu.

Pada hakikatnya bahawa Ilmu Kalam hanyalah satu lagi bentuk falsafah pengembaraan (peripatetik) Yunani atau dalil-dalil (petunjuk-petunjuk), sesiapa yang mengikut falsafah Yunani purba tahu bahawa kedua-duanya adalah jalan utama, walaupun kedua-dua mencari kepada asal wujudnya:
Pertama: Inferensi (berdadasar iktibar kesimpulan) . Atau apa yang dikenali sebagai al-masyaei, bergantung kepada dalil-dalil akal.

Kedua: Penyeliaan (pengawasan). Dan bergantung kepada sifat-sifat diri daripada akhlak (tabiat) buruk, dan dengan itu manusia layak untuk dialu-alukan untuk menerangi dirnya sendiri.

Sarjana Islam telah dipengaruhi oleh falsafah al-masyaei Yunani selepas menterjemahnya dan ditulis semula setiap perkiraan mengikut apa yang dia percaya (iktikadkan) . Dan mula menunjukkan apa yang dikenali sebagai (falsafah Islam al-masyaeiyah) atau (الاستدلالية  dalil-dalil akal), yang berasal dari Ilmu Kalam, yang mencari wujud Pencipta dan Tauhid dan sifat sifatNya. Dan mungkin digunakan untuk mencari Keadilan dan Akhirat dan nubuwah dan Imamah (kepimpanan) dan lain-lain .

Apa yang dipanggil (Ilmu Kalam) adalah membahaskan keadaan wujud yang Maha mulia lagi Maha Suci, Maka biasanya dengan huruf Alif dan Lam membawa sifat-sifat, yang memungkinkan mereka mahu mengatakan bahawa ilmu ini menyelia kata-kata, dan wa Allahu alam .

Dan bagi Ilmu Kalam atau bagi ulamak Islam yang berjuang dalam falsafah Yunani memainkan peranan besar dalam permusuhan yang memecahkan orang-orang Islam, sehingga membuat tuduhan dengan mengkafirkan satu sama lain, dan setiap firqah telah menjadikan ulamak mendahului ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka untuk bersetuju dengan peraturan falsafah atau cara berfikir yang mereka percaya. Maka mereka jadikan diri mereka imam-imam (yang memimpin) Al-Kitab bukan Al-Kitab yang memimpin (mengimamkan) mereka, dan mendahului Al-Kitab selepas mendahului Al-Itarah [97], maka tersesatlah mereka..

Iaitu sesat selepas berpaling daripada wasiat Rasulullah (sawas) terhadap Hadits Tsaqalain (dua perkara berat) yang terkenal tetapi kaum tidak mempercayai kedua-duanya [98] ).
      
Sesungguhnya umat Islam telah menyia-nyiakan kebenaran yang nyata dan mengikuti mereka yang tidak berfaedah kepada mereka melainkan kerugian belaka kerana mereka tidak kembali kepada Rasulullah (sawas) dan pergantungan mereka pada dalil-dalil 3aqliyah (perbahasan) dan Falsafah Yunani atau Ilmu Kalam yang bersandarkan kepadanya dan yang berasal darinya, dengan itu dalam falsafah banyak yang menyesatkan dan banyak kesilapan-kesilapan dan perbahasan-perbahasan, dan kita katakan yang ia tidak akan berakhir, yang kebanyakannya tidak lebih daripada cakap-cakap yang sia-sia, dan tidak ketinggalan bahawa ia tidak berguna atau tidak memberi hasil kepada ilmu dan amal.

Dan kebenaran (al-haq) itu bukan dari kita - dan kita telah menanam benih-benih dalam kata-kata itu, dan tidak ramai daripada kita beruntung mempunya akal cemerlang selain dari mempunyai lindungan (bayangan) bercakap mengenai Kebesaran Al-Haiy, Al-Qaiyum (Yang Hidup dan Berdiri dengan Sendiri) keadaan diriNya, melainkan dengan had-had yang dibawa di dalam Al-Quran dan Hadits Nabi (sawas) dan Keluarga SuciNya (as), adalah dari Allah SWT dan ucapannya (sawas) itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Telah diberitahu maknanya  oleh Mulla Sadra (rahimahu Allah) dalam Al-Syawahid Al-Rububiyah.

Dan supaya mereka mengetahui bahwasanya orang-orang berselisih (khilaf) adalah mereka yang mendakwa mereka berhujah dengan akal, jika mereka berakal pada hakikatnya apa yang hendak diperselisihkan; kerana akal itu satu, ia adalah hak yang utama dari anak Adam yang diperlukan untuk mencapainya, dengan akal dirinya akan mengenal Tuhannya, tidak semua yang berilmu menafikannya. Firman Yang Maha Tinggi:

﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى مِنْ قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً مُسَمّىً وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [S Ghafir 40:67]  [99].         

Ada pun apa yang dikongsi oleh semua anak-anak Adam adalah bayangan fikiran, atau jiwa manusia bukanlah akal pada hakikatnya. Jiwa ini wujud dalam alam Malakut, dan ia adalah alam Mutanafiat (Penafian) sepenuhnya sama seperti alam syahadah, melainkan ia (alam syahadah) hanya benda semata-mata.

Kata Al-Mustafa (sawas) yang bermaksud: (Kalaulah Syaitan-syaitan tidak memperdulikan hati anak Adam, nescaya akan diperlihatkan kerajaan-kerajaan di Lelangit (al-Malakut al-Samawaat) [100], Iaitu jika anak Adam ikhlas kerana Allah nescaya akan diperlihatkan kerajaan-kerajaan di Lelangit (al-Malakut al-Samawaat), dan disebabkan yang menyahut merupakan cahaya akal, maka manusia mampu untuk mengenali banyak peraturan di alam benda-benda (dunia), dan mungkin sesuatu dari alam Malakut, tetapi tidak dapat untuk mengenal alam akal; kerana ia hanya mencapainya. Tidak akan mencapai hanya hamba yang ikhlas kerana Allah yang dijawab doanya (diterima) selepas itu ia pergi dan menanamkan di alam benda-benda (dunia) [101], apabila kita tahu bahawa mengenal kesilapan ini bagi orang-orang yang mendakwa akallah permulaannya bagi setiap anak-anak Adam, kemudian membuat undang-undang (mensyariatkan) selain Syariat Yang Maha Suci dari ayat-ayat kebesaran aqal, mahukah Pencipta kita mencipta alam aqal yang tidak suci selain muqarrabun),

﴿كَلَّا إِنَّ الْأِنْسَانَ لَيَطْغَى * أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى * إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى﴾
              
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, * karena dia melihat dirinya serba cukup.* Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu). [Al-3alaq 96:6-8]  [102],

Walaupun apa yang didakwa akalnya tidak lain selain bayang baginya dan bentuk rupanya yang berbeza-beza pada cermin yang menggambarkannya dan pada diri yang terbit padanya, dalam jiwanya terukirlah imej cermin tersebut, Amirul Mukminin Ali (as) berkata: (Dan akan bersungguh-sungguh dalam mensucikan bumi (dunia) ini dan menterbalikkan peribadi cerminan dan yang separuh itu sehingga keluar mutiara dari hasil yang digemarinya.) [103].

Dari sana, maka jika dipersetujui sepuluh perkara tertentu, maka yang tidak bersetuju pun sepuluh orang juga, walaupun mereka kembali (rujuk) kepada perbendaharaan Tauhid Muhammad dan Ali dan keluarga mereka (as) dan dan mempelajari kata-kata mereka secara perlahan dan cermat, supaya kata yang benar yang menjadikan Ilmu Kalam dalam Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang betul dari Nabi dan keluarga sucinya (sawas). Tiada apa yang salah dalam perbahasan (dalil-dalil) akal dengan bersandar dan mengenengahkan akidah (ajaran) Islam berasal dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

Diriwayatkan bahawa Imam Al-Shadiq (as) berkata kepada Yunus bin Yaqub "Aku mahu dari kamu wahai Yunus untuk melakukan yang lebih baik di dalam perbahasan. Maka Yunus berkata kepadanya: Aku jadi tebusanmu, aku mendengar tuan melarang perbahasan dan berkata, celakalah orang-orang . yang berbahas. Tuan telah berkata:. orang ini taat dan orang ini tidak taat, kepada orang ini mengikut dan orang ini tidak mengikut dan bahawa kami tidak boleh memahaminya. Abu Abdillah (as) berkata: dan aku katakan, celaka kepada mereka jika mereka meninggalkan kata-kataku dan melakukan perkara yang bertentangan dengannya.... ) [104].

Imam Shadiq (as) berkata: (Mereka berhujah dengan kata-kataku, maka sesungguhnya hujjaj kamu, maka akulah sebagai penghujjah.) [105].

Ash-Shadiq (as) berkata: (Sesiapa yang mengambil agamanya dari mulut seorang lelaki, lelaki itu boleh mengalihnya (mengubah), dan Sesiapa yang mengambil agamanya dari Al-Quran dan Sunnah gunung pun tidak boleh mengalihnya) [106].

Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang bertaqlid , maka sesungguhnya dia ditipu dalam agama yang rosak binasa, sesungguhnya Allah Taala berfirman:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah [Surah Taubah 9:31] [107],

Maka demi Allah tiada apa pada solat bagi mereka, tidak juga puasa, tetapi kerana mereka menjatuhkan sendiri yang dilarang kepada mereka dan mereka mengharamkan yang halal, dan mereka bertaklid (meniru, menurut) pada yang diabdi atau disembah (yang menipu dan memalsukan) dan mereka tidak menyedarinya ) [108].

Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang menjawab (menyahut) dari yang berbicara adalah hambanya, maka yang (menyahut) perbicaraan dari Allah akan menjadi hamba Allah, dan sesiapa yang (menyahut) perbicaraan dari syaitan menjadi hamba Syaitan) [109].

Adapun Irfan (Tasauf) dalam Islam, sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini. 

Dikatakan bahawa yang pertama sekali mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi (Ibnu 3arabi)  atau ulamak lain dari Ahlussunnah. 

Hakikat Irfan (Tasauf) yang difahami mereka amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendalami agama-agama Allah dan syariat-syariat dari langit. Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah hanya didatangkan melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang ditetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA: 

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ﴾

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka  sesungguhnya yang Haq (kebenaran) (Fussilat:53), [110]

Dan firmanNYA lagi:

﴿وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ * وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ ﴾

Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, * Dan juga pada diri kamu. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat? (Al Zariyyat: 20-21). [111]

Maka tanda-tanda itu ada dalam diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka. Sepertimana Nabi (sawas) dan Aushiak (a.s) mengingatkan orang mukmin dalam banyak hadits tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah, dan bukannya dengan lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg menulis tentang Irfan (Tasauf), yang mereka namakan mujahadah-mujahadah yang Allah tidak turunkan sebarang kuasa (hak) padanya.

Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan Allah dan menghias diri dengan akhlak yang mulia, kecintaan dan kebencian kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, dan berbelas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah Taala:

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴾

Allah Nur (yang menerangi) langit dan bumi. Bandingan nur (hidayat petunjuk) Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" (relung cahaya) yang ada sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Nur: 35).[112]

والحمد لله وحده،

Dan Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata,

﴿وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ﴾

Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. (Yunus: 82) [113]



✡✡✡✡✡


Keempat: Menolak Aushiak Rasulullah (sawas)
رابعاً: الإعراض عن أوصياء النبي) ص (

Pada kenyataannya, As-Sunnah telah menolak Imam-imam (Aimmah) (as), dan tidak menerima mereka dan tidak merujuk kepada mereka dalam al-Mutasyabihat.

Mengenai Imam Mahdi (as) mereka menolak sama pada zaman Ghaibah Sughra (kecil) atau pada zaman Ghaibah Kubra (besar), dan hampir-hampir hanya Syiah yang lebih mengutamakannya dari mereka dalam menyebutnya (mengingatnya).

Perbahasan mengenai penolakan umat dari kepimpinan penutup Aushiak Nabi (sawas), Al-Mahdi akan dibuat nanti.



✡✡✡✡✡

-----------------------------
93] kata-kata yang menjadi sebab mereka dipanggil dengan nama Muktazilah ialah: Bahawa Washil bin 3atha duduk bersama Hasan al-Basri, maka setelah muncul perbezaan (khilaf) dan orang-orang berkata Khawarij dicap dengan kafir kerana melakukan dosa besar, dan yang lainnya berkata, mereka orang mukmin kerana fasik dengan melakukan dosa besar, maka keluar Washil bin 3atha yang lain dari kedua-duanya, beliau mengatakan, orang yang fasik dari umat ini bukan orang yang beriman mahupun kafir, ia di antara kedua-duanya, Maka diusir Al-Hassan dari majlis yang dikotorinya, dan duduk pula 3amru bin 3ubaid memberitahu mereka dan pengikut mereka orang-orang Muktazilah. Nota: Dalam artikel awal Sheikh Al-Mufid: halaman 146, dan Fiyat Al-A3yan: Jilid 6 halaman 8.
Seperti mana Al-Asya3irah dinamakan Asya3irah dinisbahkan kepada Abu al-Hasan al-Asy3ari, lahir pada 260 H dan meninggal dunia pada 324 Hijrah, Salah seorang daripada cucu Abu Musa al-Asy3ari, Al-Asya3irah adalah pengikutnya. Dzilal Al-Tauhid oleh Al-Sub7ani (السبحاني): halaman 101.
[94] Al-Kafi: Jilid 1 halaman 160, Al-I3tiqadat, Al-Shaduq: halaman 29, Tauhid Al-Shaduq: halaman 206, 3uyun Akhbar Al-Ridha (as): Jilid 2 halaman 114, Bihar Al-Anwar: Jilid 5 halaman 12. Dan Hadits dari Imam Shadiq (as) .
[95] - Antara Hadits-hadits penting yang sezaman dengan Imam Al-Ridha (as) adalah fitnah Al-Quran,Makhluk yang merupakan masalah akidah, berasal dari Kerajaan Umaiyah, dan yang pertama membangkitkannya adalah Ja3d bin Dirham, guru Marwan bin Muhammad, Khalifah terakhir Umaiyah, dan tersebar di Damsyik, ia dicari penguasa dan melarikan diri dan kemudian ia turun ke Kufah dan Jahm bin Shafwan belajar darinya, yang kemudian dikaitkan dengan mazhab Jahmiyyah.

Ibn Al-Atsir berkata: Bahawa Hisham bin Abdul Malik menangkap Ja3d (Ja'd), diiringi dan dihantar kepada Khalid Al-Qisriy memaksa Pemerintah Iraq mengeluarkan perintah untuk membunuhnya, Khalid menahannya dan tidak membunuhnya, berita ini sampai ke pengetahuan Hisham yang menulis surat menyalahkan beliau dan mesti menyelesaikannya dengan membunuhnya, Lalu Khalid mengeluarkannya dari tahanan dan dirantai. Setelah solat pada hari Eid al-Adhha, dan dia berkata pada akhir khutbahnya: Allah telah memalingkan hati mereka dan dari pengorbanan kamu diterimaNya, aku mahu berkorbankan hari ini dengan Al-Ja3d, lalu dia berkata: Ketika Allah berkata-kata dengan Musa,, dan Allah mengambil Ibrahim (al-Khalil) kesayanganNya, Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan Al-Ja3d, kemudian turun dan menyembelihnya. Al-Kamil Fi At-Tarikh: Jilid 5 halaman 263.

Fikrah (pemikiran) ini kekal selepas kematian Al-Ja3d di bawah bayang-bayang dan secara rahsia kepada peranan Harun al-Rashid, dan ketika mana munculnya perkara Mu'tazilah, yang menyebarkan pemikiran mereka, mengisytiharkan dan mengatakan Al-Quran makhluk. Pemerintah Al-Maamun bergerak cergas dan mengambil pemikiran yang tumbuh dan meluas, maka Al-Maamun meluluskan untuk mengatakan Al-Quran makhluk, dan yang dekat dengan Al-Maamun, Aba Huzhayl Muhammad bin Huzhayl ​​Al-3alaf, salah seorang Imam Mu'tazilah, begitu  juga Abu Ishaq Ibrahim bin Siyar Al-Nidzam dia  juga merupakan salah seorang dari ketua-ketua Mu'tazilah yang terkenal. Dan Al-Maamun membebankan orang ramai dengan mengatakan sesiapa yang berbeza dengan beliau akan terdedah kepada kutukan dan siksaannya. Dia menulis kepada timbalannya di Baghdad, Ishaq bin Ibrahim bin Mush3ab, sebagai peqawai pemerintah memerintahkannya untuk menyeru orang ramai supaya mengatakan Al-Quran makhluk, dan di antara mereka yang mengalami bahaya dari Al-Maamun adalah Ahmad ibn Hanbal, ia telah dibelenggu dalam tangan Al-Maamun di Thus, tetapi Al-Maamun mati dalam perjalanan. Pemerintahannya diambil alih oleh Al-Muktasim (Al-Mu3tashim). Ibn Hanbal telah dipenjarakan Al-Maamun dua puluh lapan bulan kerana tidak mahu mengatakan Al-Quran makhluk, dan itu berlaku pada tahun 220 Hijrah. Tiada yang menghalang kerajaan daripada mencederakan Ahmad ibn Hanbal, selain dalam zaman Al-Mutawakkil .

Ketika mana Al-Maamun melaksanakan beberapa matlamat politik jangka panjang kebendaannya, dan wujud barisan orang-orang yang bertentangan dengan pemerintahan Abbasiyah dan lain-lain di dalam hujah ini, dan kemudian kembali ke ajaran ibu bapa (mereka) memandangkan Rawafid, Muktazilah dan Khawarij dari bendera neraka, Ibn Hajar menulis di dalam Lisan Al-Mizan: Bahawa Al-Maamun, berkata kepada penjaga pintu hari: lihatlah pada pintu ahli-ahli Pembahas (Al-Kalam)? Dia keluar dan datang semula kepadanya, dia berkata: Pada pintu Abu Huzhayl ​​Al-3alaf, dia Muktazilah-ku, dan Abdullah bin Ibadh al-Abadhiy, dan Hisham bin Al-Kalabiy Al-Rafidhi. Berkata Al-Maamun: apa yang tinggal dari bendera neraka hanya satu yang hadir. Berkata Ibn Hajar: bermakna Huzhayl ketua ​​Mu'tazilah, dan Bani Hasyim ketua Al-Rafidhah, dan anak Ibadh ketua kepada Khawarij. Lisan Al-Mizan Ibn Hajar: Jilid 5 halaman 413.

Bahawa di antara kata Imam Ridha (as) mengenai fitnah ini, maka telah diriwayatkan Al-Sheikh Shaduq: dari Muhammad bin Isa bin Ubaid Al-Yaqthini, beliau berkata, telah menulis Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa Al-Ridha (as) kepada sebahagian Syiah di Baghdad: (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dan Allah telah memelihara kami dan kepada kamu dari fitnah, maka sesungguhnya yang meagungkanNya adalah nikmat, dan yang tidak akan binasa, kita lihat bahawa perdebatan di dalam Al-Quran yang melibatkan soalan dan jawapan, maka banyak soalan yang tidak ada jawapannya tidak perlulah dijawab atas soalannya, dan bukanlah pencipta, selain Allah Azza wa Jalla, yang tidak sama dengan makhluk, dan Al-Quran adalah Kalam Allah, jangan dijadikan ia nama pada kamu, nanti kamu akan menjadi  orang-orang yang sesat, dan Allah telah menjadikan diri kami dan diri kamu termasuk dari orang-orang yang takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka tentang As-Saah, merasa takut.) Amaliy Al-Shaduq: halaman 640, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 118.

Dan Suleiman bin Ja3far al-Ja3fari: Aku berkata kepada Abi al-Hasan Musa bin Ja3far (as): Wahai anak Rasulullah, apa yang dikatakan dalam Al-Quran? Akan apa yang mereka perselisihkan padanya sebelum kami, dan ada kaum yang mengatakan ia makhluk dan ada kaum yang mengatakan ia bukan makhluk, beliau (as) berkata: (Adapun Aku tidak mengatakan apa yang mereka katakan, tetapi aku mengatakan bahawa ia adalah Kalam Allah Azza Wa Jalla ) Amaliy Al-Shaduq: halaman 647, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 118.
[96] - Nota kata-kata Imam Ridha (as) dalam nota kaki sebelumnya.
[97] Telah berkata Amirul Mukminin Ali (as) dalam khutbahnya yang panjang: (...: Dan sesungguhnya akan datang kepada kamu zaman selepas aku ketikamana tiada satu pun yang lebih tersembunyi melainkan kebenaran, tiada yang lebih terungkap melainkan kebathilan atau lebih terbiasa selain berbohong terhadap Allah dan juga RasulNya. Dan Tiada barangan jualan yang lebih murah harganya pada manusia zaman itu melainkan Al-Quran bila dibaca dengan pembacaan sebenar dan tiada yang lebih berharga melainkan bila ia diseleweng daripada maksud sebenarnya. Dan tiada yang lebih tertolak di bumi ini melainkan kebaikan serta lebih diterima ramai melainkan kemungkaran. 
Maka Al-Quran dikesampingkan oleh pembawanya, manakala dilupakan oleh orang yang menghafaznya. Al-Quran dan penjunjung sebenarnya pada zaman itu adalah orang buruan yang dinafikan, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan berjalan seiring di jalan yang sama, yang tiada tempat berteduh untuk berlindung.

Al-Quran dan penjunjungnya pada masa tersebut berada di tengah-tengah manusia kebanyakan tetapi tidak tergolong di dalam mereka atau bersama-sama dengan mereka. 
Kerana kesesatan dan petunjuk tidak mungkin akan bersetuju dan bersatu.  Begitu juga kaum manusia bersepakat atas perpecahan dan berpecah-belah dalam persatuan, seolah-olah mereka adalah imam (pemimpin) kepada Kitab (Al-Quran) dan bukan Kitab sebagai imam mereka. 

Justeru, tiada apa yang kekal pada mereka melainkan namanya, dan tidak diketahuinya melainkan tulisan dan manuskripnya. Sepertimana sebelumnya mereka telah mencacat celakan orang-orang yang soleh dengan pelbagai cara, dan menggelar kejujuran mereka tentang Allah sebagai fitnah, dan membalas perbuatan baik dengan perbuatan jahat.) Nahj Al-Balaghah Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 30, Al-Kafi: Jilid 8 halaman 388.

[98] - al-Tabarani dalam Mu3jam Al-Kabir meriwayatkan: Dari Zaid bin Arqam berkata: Rasulullah (sawas) bersabda: (sesungguhnya aku akan mendahului kalian dan kalian akan dibawakan kepada ku di al-Haudh, al-Haudh luasnya terbentang dari Sanaa ke Basrah, padanya bilangan bintang-bintang indah dan perak. Maka lihatlah bagaiman kamu menggantikan aku dalam kedua perkara berharga (Tsaqalain). Seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, apakah dia Tsaqalain? Rasulullah (sawas) bersabda: Yang besar Kitab Allah, sebab satu hujungnya di tangan Allah dan hujung satu lagi di tangan kamu. peganglah erat-erat supaya kamu tidak akan tertipu dan tersesat, dan yang kecil 3trati (Itrati)ku dan mereka tidak akan terpisah, sehingga di al Haudh, dan Aku akan ditanya mengenai keduanya oleh Tuhanku, maka janganlah kamu mendahului keduanya nescaya binasa, janganlah kamu mengajar keduanya kerana mereka lebih tahu dari kamu.) Mu3jam Al-Kabir: Jilid 3 halaman 65, ia dijelaskan dalam Kanz Al-3amal: Jilid 1 halaman 188.

Dan Riwayat 3iyasyiy: dari Abi Jamilah Al-Mufadhdhal bin Shaleh dari beberapa para sahabat berkata: Rasulullah (sawas) berkhutbah pada hari Jumaat selepas solat Dzuhur bersegera kepada orang ramai sambil bersabda: (Wahai manusia, bahawa yang Maha Lathif dan Khabir telah mengkhabarkanku  bahawa tidak akan memenuhinya seorang Nabi, melainkan separuh hayat yang diikuti, yang sebelumnya, dan aku fikir aku adalah kira-kira untuk menyahut panggilan itu, dan Aku bertanggung jawab, dan kalian pun bertanggung jawab pula, adakah telah disampaikan kepada kamu, bagaimana kamu mengatakannya? Katakanlah, bahawa kami telah nenyaksikan dan telah disampaikan nasihat dan sdisuruh berjuang, Maka semoga Allah memberikan balasan kepada kita dengan kebaikan, kemudian baginda bersabda: Ya Allah, aku menjadi saksi, dan kemudian baginda bersabda: Wahai manusia, tidakkak kamu menyaksikan bahawa, Tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dan bahawa syurga itu benar dan Neraka itu benar dan Hari kebangkitan itu berar selepas kematian kemudian baginda bersabda: [Ya Allah] Ya, baginda bersabda: Ya Allah, aku menjadi saksi, dan kemudian berkata: Wahai manusia, bahawa Allah Yang TerUtama, aku yang pertama beriman dari diri mereka sendiri, bahawa jika aku adalah maulanya maka Ali dari adalah maulanya, Ya Allah lindungilah orang yang melindunginya, dan musuhilah orang yang memusuhinya, maka baginda bersabda: Wahai manusia, Aku mendahului kalian dan kamu (sudah tetap) akan memasukinya al-Haudh, dan Haudhku luasnya terbentang dari Sanaa ke Basrah, padanya bilangan bintang-bintang indah dan perak. Aku akan bertanya kepada kalian tentang dua perkara berharga (Tsaqalain)., Maka lihatlah bagaiman kamu menggantikan aku dalam kedua perkara berharga (Tsaqalain), Mereka bertanya, Apakah dia Tsaqalain, Wahai Rasulullah,? Rasulullah (sawas) bersabda: Yang besar Kitab Allah, sebab satu hujungnya di tangan Allah dan hujung satu lagi di tangan kamu. peganglah erat-erat supaya kamu tidak akan tertipu dan tersesat, dan yang kecil 3trati (Itrah)ku dan bahawa yang Maha Lathif dan Khabir telah mengkhabarkanku  mereka tidak akan terpisah sehingga berjumpaku, dan Aku akan ditanya Allah mengenai keduanya, maka taatilah kepadanya janganlah kamu mengajar keduanya kerana mereka lebih tahu dari kamu) Tafsir Al-3iyasyiy: Jilid 1 halaman 4.

Sheikh Al-Thusi meriwayatkan dalam Al-Amaliy: Dar Rafi3 Muala Abi Zhar, berkata: Abu Zhar (ra) naik (panjat) Kaabah melalui Lingkaran pintunya, dan kemudian dia bersandar di belakangnya, beliau berkata: Wahai manusia, sesiapa yang mengenaliku tentu mengetahuiku dan sesiapa yang tidak mempercayaiku akulah Abu Zhar, aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: (Sesungguhnya perumpamaan Ahli Baytku pada umat ini seperti bahtera Nuh, sesiapa menaikinya terselamat, dan meninggalkannya akan binasa.), dan aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: ( Dijadikan Ahli Baytku kepada kamu seperti meletakkan kepala kepada badan, dan mata diletakkan di kepala, dan badan bukan sahaja berpandukan kepada kepala, tetapi berpandukan kepada mata) Al-Amaliy Sheikh Al-Thusi: halaman 482, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 121.
[99] - Ghafir: 67.
[100] - Bihar Al-Anwar: Jilid 56 halaman 163, Mustadrak Safinah Al-Bahar: Jilid 8 halaman 572, Al-3ilmu Fi al-Kitab dan Wa Al-Sunnah: halaman 120.
[101] - menunjukkan (as) perkataan ini yang diriwayatkan dari Ahli Baiyt (as), bahawa telah diriwayatkan Al-Sheikh Al-Kulayni dari Abu Ja'far (as) berkata: (Apabila Allah menciptakan Akal (al-3aql), Dia mengujinya. Sesudah itu Dia berfirman kepadanya: `Berjalanah'! Ia pun berjalan. Kemudian Dia berkata: `Kembalilah'! Ia kembali. Sesudah itu Dia berkata: `Dengan Jalaliy (Kuasa Ku) dan 3zzatiy (Kemuliaan Ku), Aku tidak cipta makhluk yang Aku lebih suka dari engkau! Aku tidak akan membuat engkau sempurna kecuali yang Aku suka. Sesungguhnya, engkau adalah Perintah Ku dan Larangan Ku. Dan kerana engkau diberikan ganjaran dan Hukuman yang ditetapkan) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 10.
[102] Al-3alaq 96: 6-8.
[103] - Nahj Al-Balaghah Mohammed Abduh: Jilid 3 halaman 73, Bihar Al-Anwar: Jilid 33 halaman 475.
[104] Tasha7i7 (Tashahih) Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 70, Al-Kafi: Jilid 1 halaman 171, dan di dalam:  Bahawa
Ditinggalkan apa yang dikatakan dan pergi dengan apa yang mereka mahu. dan juga pada yang bermakna bagi Syiah: Jilid 16 halaman 197. Al-Irsyad: Jilid 2 halaman 194, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 9.
[105] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 70, Al-I3tiqadat fi Din Al-Imamiyah AlShaduq: halaman 43, Di dalamnya: Maka sesungguhnya hujjah kamu adalah aku yang menjadi Penghujjah, bukan kamu.
[106] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 72, Al-Fashul Al-Muhimah, Al-3amili: Jilid 1 halaman 125, dan dalam Al-Kafi: Jilid 1 halaman 7 Bi Ikhtilaf Yasir.
[107] Surah Taubah 9:31.
[108] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 72, Tafsir Al-Burhan: Jilid 10 halaman 120.
[109] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 73, Al-Kafi: Jilid 6 halaman 434 Bi Ikhtilaf Yasir.
[110] - Fushlat: 53.
[111] Al-Zhariaat: 20-21 .
[112] Al-Nur: 35.
[113] - Yunus: 82


                

No comments:

Post a Comment