Berikut adalah Jawapan seorang ansar Imam Mahdi (as) Pengikut Imam Ahmad
Al-Hassan kepada soalan mengenai kaifiat Azan.
Soalan:
Assalamu ‘alaikum: Minta pencerahan bab azan:
1- azan ansar adakah di tambah?
2- zaman rasulullah adakah sama?.
1- azan ansar adakah di tambah?
2- zaman rasulullah adakah sama?.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi .
Berdasarkan soalan di atas kita tahu ia adalah soalan memancing (perbezaan
besar). Azan dan Iqamah adalah dilakukan sebelum sholat, di bawah Feqah (Fiqh)
di dalam Syariah Islam. Untuk menjawab soalan ini memerlukan penerangan yang
panjang.
Allah SWT mengutus Anbiak dan Mursalin (Khalifah Allah) untuk membetulkan Aqidah dan kemudian mengamal Syariah (Hukum-hakam). Aqidah adalah
kepercayaan dan Syariah sistem hidup
Begitulah Rislah Allah berlarutan sehingga ke Nabi Besar Muhammad (S).
Setelah baginda wafat umat Islam terbahagi kepada dua firqah (kumpulan) .....
sejarah telah membuktikannya. Perpecahan ini memuncak ketika Imam Ali (as)
mendapat kembali haknya setelah berlalu lebih 23 tahun setelah kewafatan
Rasulullah (S). Perpecahan tersebut adalah mengenai Khalifah Umat
Islam:
1. Khalifah hasil Syura di kalangan Muslimin – yang dikehendaki oleh Muslimin
(Sebahagian Ansar dan Muhajirin)
2. Khalifah Wasiat Rasulullah (Khalifah Rasul Allah – Al-Wilayah)
Ini menyebabkan terlalu banyak perbezaan kefahaman mengenai Islam dan
amalan mereka. Mereka berselisih mengenai Hakimiyah Allah dan ada yang
bersetuju dengan Hakimiyah manusia :
1. Ahli Sunnah Wal-Jamaah bersumberkan
a. Al-Quran
b. Al-Hadits
c. Al-Ijma3 Ulamak
d. Al-Qias
2. Syiah Ahl Al-Bait bersumberkan
a. Al-Quran
b. 3itrah Ahl Al-Bait (Al-Hadits Rasulullah dan 12 Imam)
Setiap zaman sejak Adam (as) ada Khalifah
Allah SWT dan sekarang kita
ada Khalifah Rasulullah (S). Khalifah Rasulullah juga Khalifah Allah SWT kerana ia dilantik melalui
lisan baginda (S) melalui wasiat sepanjang kerasulan baginda (ia dinafikan oleh
Ahli Sunnah walaupun terlalu banyak hadits riwayat mereka sendiri mengenainya)
dan wasiat
ini ditulis di malam kewafatan baginda. Imam-imam pemimpin umat Islam
adalah Urusan Allah SWT.
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا
صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Dan Kami jadikan di antara mereka itu Aimmah (imam-imam) yang memberi petunjuk (hidayah) dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka
meyakini ayat-ayat Kami. [Al-Sajadah 32:24]
Di dalam wasiat Rasulullah, (dalam hadits yang panjang):
Di dalam wasit itu, ia bermula dari Amir Al Mukminin Al-Imam Ali,
Al-Hasan Al-Mujtaba’, Al-Husain Al-Syahid, Ali Zain Al-3abidin, Muhammad
Al-Baqir, Ja’far Al-Shadiq, Musa Al-Kadzim, Ali Al-Ridha, Muhammad Al-Taqi
Al-Jawad, Ali Al-Hadi, Al-Hasan dan yang terakhir Imam Muhammad Al-Qaim Al-Mahdi
Al-Muntadzar (3alaihim Al-Shalatu wa Al-Salaam). Hinggalah kemudian zaman !2
Mahdi-Mahdi dengan yang pertamanya (Mahdi Pertama) bernama Ahmad.
Imam Muhammad Al-Mahdi Al-Muntadzar yang Ghaib
Kecil ketika berumur 5 – 75
tahun (pada tahun 255 H) dan Ghaib
Besar sejak beliau berumur 75
tahun hingga sekarang umat Islam menunggu kemunculannya. Ini tidak
menghairankan kerana Al-Khidir (as), Isa (as) dan Ilya (as) juga dighaibkan
Allah dan akan muncul di akhir zaman.
Pengikut (Syiah) Khalifah Rasulullah memanggil Khalifah mereka (walaupun
tidak memimpim umat Islam) sebagai Auliak (Waliy-wali Allah dan RasulNya) atau Aimmah (imam-imam) atau Aushiak (washiy-washiy pemegang wasiat
Rasulullah (S)) yang memegang Al-Wilayah Amir Al Mukminin Al-Imam Ali.
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا
إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai Aimmah (imam-imam) yang memberi petunjuk dengan perintah
Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan,
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu
mengabdi, [Al-Anbiak 21:73]
Kesemua Imam-imam itu sama ada yang diperangi, dibunuh dengan pedang.
diracun atau disiksa sehingga mati. Itulah sebabnya Allah SWT ghaibkan Imam
yang ke 12 dan akan dizahirkan di akhir zaman
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى
الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ
Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka Aimmah (imam-imam) dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), [Al-Qishash 28:5]
Sementara Pengikut (syiah) Muawiyah, yang kemudiannya bergelar Ahli Sunnah hanya menerima, Abu Bakar, Umar,
Uthman dan Ali, Al-Hasan (tak sampai setahun) dan kemudian Muawiyah membina
Empayar Bani Umaiyyah dan kemudian terbina pula Empayar Bani
Abbasiyah.... dan .....dan sehingga ke hari ini umat Islam mempunyai berbagai
negara di dunia ini dengan ketua masing-masing.
Untuk merujuk Akidah dan Syariat Islam Ahli
Sunnah juga ada Aimmah (imam-imam) seperti Imam Abu Al-Hasan Ash’ari,
Abu Mansur Al-Maturidi untuk menjelaskan masalah Aqidah dan Aimmah (imam-imam) seperti Imam Ahmad Ibn Hanbal
(Hanbali), Imam Malik (Maliki), Imam Syafi’ei dan Imam Abu Hanifah (Hanafi) untuk rujukan
Syariah.
Itulah sebabnya terdapat berbagai perselisihan dalam Akidah dan Syariah
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُونَ
Dan Kami jadikan mereka Aimmah (imam-imam) yang menyeru (manusia) ke neraka
dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. [Al-Qishash 28:41]
Malah merekalah (para Khalifah)
memerangi Imam Ali (dua kali) yang menjadi Khalifah Rasulullah pada masa itu
walaupun telah dibai’ah (janji setia) oleh umat Islam. Lebih 50 ribu Umat Islam
terbunuh!!??
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا
بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي
تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ
وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara
keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain,
hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada
perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut
keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai
orang-orang yang berlaku adil. [Al-Hujuraat 49:9]
Tidak ramai umat Islam yang ingin
merenung kembali perselisihan antara golongan dari mereka yang beriman yang berperang itu.
Mereka (Khalifah Umaiyah) telah mengutuk Imam Ali (as) sepanjang
kekhalifahan mereka.
.
وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا
أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ
Jika mereka merusak sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah Aimmah (imam-imam) orang-orang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar supaya mereka berhenti. [Al-Taubah 9:12]
Kita tidak akan memperpanjang perbalahan para penguasa (Khalifah) dan
Imam-imam Umat Islam ini yang menindas (menzalimi) dan para ulamak yang merusak
Agama Islam ini. Sehiinggalah Allah AWJ mengutus Imam Al-Mahdi (as) yang
dinanti-nanti. Agama At-Tauhid ini yang mentauhidkan Allah telah
berlalu di dalamnya Al-Risalah yang dibawa oleh para rasul dan diteruskan olehRasulullah
(S), Al-Wilayah yang dipimpin oleh Imam Ali kesemuanya
12 Imam-imam pemegang washiat Rasulullah (S). Kini akan bermula pula
zaman Al-Hidayah, seperti yang dinyatakan di dalam Wasiat Rasulullah (S) selepas nama 12
Imam-imam akan ada 12 Mahdi-mahdi dan yang pertama darinya adalah yang pertama
beriman kepada Imam Al-Mahdi (Imam ke 12 dari ghaibnya). Dan di dalam
hadits-hadits menyatakan ia adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Mahdi dan
dialah Al-Yamani yang akan memerangi Al-Sufyani. Dialah yang akan mempersiapkan
tentera Imam Mahdi. Dan dia adalah utusan dan washiy Imam Mahdi (as), Al-Khidir
(as), Isa (as) dan Ilya (as) juga dighaibkan Allah dan akan muncul di akhir zaman.
Iaitu zaman Al-Al-Hidayah.
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى
الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ
Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka Aimmah (imam-imam) dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), [Al-Qishash 28:5]
Azan dan Iqamah
Dipetik dari Kitab Al-Syarai3 Al-Islam Bhg 1 (Imam Ahmad Al-Hassan (as))
وفصول الأذان هي: التكبير أربع، والشهادة بالتوحيد (أشهد أن لا اله
إلا الله)، ثم بالرسالة (أشهد أن محمداً رسول الله)، ثم بالولاية (أشهد أن علياً
والأئمة من ولده حجج الله)، ثم بالهداية (أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج
الله)، ثم يقول: حي على الصلاة، ثم حي على الفلاح، ثم حي على خير العمل، والتكبير
بعده، ثم التهليل، كل فصل مرتان….
Bahagian-bahagian azan adalah: membaca Takbir (الله اكبر) empat kali,
dan kemudian membaca Syahadah Al-Tauhid (أشهد أن لا اله إلا الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Risalah (أشهد أن محمداً رسول الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Wilayah (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Hidayah (أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله),
dan kemudian membaca: (حي على الصلاة)،
dan kemudian membaca (حي على الفلاح)
dan kemudian membaca (حي على خير العمل)
dan kemudian membaca Takbir (الله اكبر)
dan kemudian membaca Al-Tahlil (لا اله إلا الله)
setiap bahagian dibaca dua kali.
Ia adalah mengenai Al-’Ahd dan Al-Mitsaq (Perjanjian dan Pesetiaan) yang
kurang dibincang di kalangan Sunni. Inilah yang menyebabkan Nabi Adam (as)
diturunkan ke bumi Al-Maddiah (Fizikal) ini dan Nabi Yunus (as) di telan
Ikan Nun. Pada hal semua nabi telah berikrar dan bersaksi dengannya walaupun
mereka tidak bertemu di alam nyata ini, firman SWT:
وَإِذْ أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن
كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ
لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ ۚ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي ۖ قَالُوا أَقْرَرْنَا ۚ قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ
Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil persetiaan dari para nabi: "Sungguh, apa
saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu
seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan
sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman:
"Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian
itu?" Mereka menjawab:
"Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu
saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama
kamu".[Aali Imran 3:81]
أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ
كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ * الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَلَا يَنقُضُونَ الْمِيثَاقَ
Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa
yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta?
Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,* (iaitu)
orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak persetiaan, [Al-Ra3du 13:19-20]
Tetapi Nabi Adam (as) tidak kuat dalam ikrarnya
﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ
فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾
{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam
dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.},
Dari Abi Ja'far (as) berkata: "Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil
atas para nabi, maka Dia SWT berkata: “Bukankah Aku Tuhan kamu? Dan bahawa Muhammad
ini RasulKu? Dan Ali ini Amir Al-Mukminin (Ketua Orang Beriman).” Mereka
berkata: Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan
(Al-Mitsaq) diambil atas Uulu Al-3azm: Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan Muhammad
adalah RasulKu, dan. Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan Aushiak selepasnya adalah
Wilayah UrusanKu dan Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa Al-Mahdi yang akan
monolong agama Ku dan memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku,
dan supaya Aku disembah dengan sukarela atau terpaksa.” Maka mereka berkata:
“Kami mengakui, wahai Tuhan kami, dan kami menyaksikannya.”
Adam tidak menafikan, dia tidak mengakuinya untuk mengitsbat (mengesahkan)
kebesaran kelima-lima perkara mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai
keazaman untuk berikrar (mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla: وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ
لَهُ عَزْمًا - {Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan
kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang
kuat.}, [Thaha 20:115]. Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga
dia meninggalkannya... " Al- Kafi jilid 2, halaman 8
عن حبة العرني ، قال : قال أمير المؤمنين (ع) : ( إن الله عرض ولايتي
على أهل السماوات وعلى أهل الأرض أقر بها من أقر وأنكرها من أنكر أنكرها يونس ،
فحبسه الله في بطن الحوت حتى أقر بها ) بصائر الدرجات : ص95.
Dari Habbah Al-3arani bahawa dia berkata, Amir Al-Mukminin (as) berkata:
"Sesungguhnya Allah membentangkan Wilayahku ke atas penghuni langit dan ke atas
penduduk Bumi. Sesiapa yang mengakuinya akan diakui, dan sesiapa yang menafikan
akan dinafikan. Yunus menafikannya, maka Allah memenjarakan dia di dalam perut
ikan paus sehingga dia mengakuinya" Basair Al-Darajat:. halaman. 95.
Diriwayatkan dari Jabir dari Abi Ja'far (as) mengenai firman Allah Azza wa
Jalla:
﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ
فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾
{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa,
dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, beliau (as) berkata:
"beliau berjanji mengenai Muhammad dan para Imam selepasnya, sehingga dia
meninggalkannya dan tidak ada padanya kemauan yang kuat bahawa mereka adalah
seperti itu. Sebaliknya, yang dipanggil Uulu Al-3azm (5 Rasul Utama) yang telah
diambil perjanjian dari mereka mengenai Muhammad dan Aushiak selepas mereka dan
Mahdi dan perjalanannya jadi kesemua mereka berkumpul dengan azam tersebut dan
mengakuinya." Bashair Al-Darajat halaman 90.
Jadi kesaksian (syahadah) persetiaan (Al-Mitsaq) terpakai kepada semua Nabi
pada Umatnya mengikut zaman terlaksana syahadah tersebut,
Syahadah At-Tauhid ini (أشهد أن لا اله إلا الله), dan begitulah
di zaman Rasulullah di dalamnya ada Syhadah At-Tauhid dengan ditambah Syhadah Al-Risalah Rasulullah, (أشهد أن محمداً رسول الله),
dan di zaman Imam Ali Syhadah At-Tauhid, Syhadah Al-Risalah dengan ditambah Syhada Al-Wilayah (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله),
dan kini di zaman Imam Mahdi dan Mahdi-mahdi, akan bermula pula
Syhadah At-Tauhid, Syhadah Al-Risalah, Syhadah Al-Wilayah dengan ditambah Syhadah Al-Hidayah.
(أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله )
Malah Khalifah Umar Al-Khattab sendiri membuat Azannya sendiri dengan
alasannya sendiri dengan membuang (حي على خير العمل) Haiya ‘ala Khairi Al-‘Amal – Marilah kepada sebaik-baik ‘amal dan
menambah pada Azan Subuh dengan (الصلاة خير من النوم)
Solat lebih baik dari tidur – Wal Allah
A3lam.
Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.
ReplyDeleteAllahumma shalli ala Muhammad wa Aali-Muhammad.
Wal A'immata wal Mahdiyyin.
Wasallimu tasliman katsira.
Assalamu'alaikum wrwb....
Berharap kami sekeluarga bisa menjadi ANSHOR yang baik.
Serta diterima oleh Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (as) & Imam Al Mahdi Al Muntadzir (as).
Salam kami untuk para ANSHOR di seluruh dunia.
Semoga kita senantiasa dipersatukan dalam Tuhan.
Semoga kita semua "khusnul khothimah".
Wassalamu'alaikum wrwb....
_______
(siwo) Agus Hidayat.
Jl. Masjid Besar 07, Tengaran, Salatiga, Jawa Tengah, Indonesia, 50775.
Rumah : 0298-610087
HP (XL) : 0817449295
FB : www.facebook.com/siwosalatiga1
www.berebutkebenaran.blogspot.com
Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.
ReplyDeleteAllahumma shalli ala Muhammad wa Aali-Muhammad.
Wal A'immata wal Mahdiyyin.
Wasallimu tasliman katsira.
SALAM.
ReplyDeleteALLOHUMMA SHOLI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD AL AIMMATA WAL MAHDIYYINA WA SALIM TASLIMA KATSIRO. SALAM.
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
ReplyDeleteالحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثير