Thursday, 6 November 2014

Imam Ahmed Hassan (as) seperti Yang Dikenal Oleh Sheikh Al-Syeikh Jihad Al-Asadi dari Iraq

Imam Ahmed Hassan (as) seperti Yang Dikenal Oleh Sheikh Al-Syeikh Jihad Al-Asadi dari Iraq

                  
Pusat himpunan dakwah Sirah Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Himpunan mengenal J Imam Ahmad Al-Hassan (as)
Telah dibuat pada 29 April, 2010
Tarikh akhir dikemaskini: 18 April, April 2012
   ,


Al-Syeikh Jihad Al-Asadi dari Iraq

بسم الله الرحمان الرحیم
اللهم صل على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat (sanjungan)  Allah atas Muhammad dan keluarga baginda, para Imam dan Mahdi- Mahdi dan Salam pengiktirafan.


Dipetik dalam Kitab Al-Imaamah Wa Al-Tabshirah oleh Ibn Baabuwaih Al-Qummi halaman 138 Jilid 157

عن الحارث بن المغيرة النصري ، قال : قلت لأبي عبد الله الصادق عليه السلام ، بما يعرف صاحب هذا الأمر؟
قال(ع) (بالسكينة والوقار، والعلم ، والوصية) وصاحب الامر هو النبي و الوصي .


Dari Harits bin Al-Mughirah Al- Nadhariy, berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah Al-Shadiq (as), Dengan cara apa untuk mengenal pemilik urusan (Shohib Al-Amr) ini?

Katanya (as) (dengan ketenangan, kesungguhan (Al-Waqaar), Ilmu (Al-3ilm), dan Wasiat (Al-Washiah)) dan pemilik urusan (Shohib Al-Amr) itu adalah pemegang wasiat Nabi.

Sekarang saya ingin membawa riwayat Imam Ahmad Al-Yamani, (as). Bagi ketenangan (Al-Waqaar): Adalah menjadi kebiasaan (kerap) bagi para penentangnya mengakui penyesuaian bahawa Al-Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani, dia adalah orang yang tenang, bersunggun dan amanah atas agama sehingga dia dipanggil sebahagian di kalangan Hauzah sebelum seruan (dakwah) dengan Al-Shadiq Al-Amin (Yang benar lagi Jujur).

Di antara mereka yang rapat dengannya bersaksi dan mengakui kenyataan bahawa Imam Ahmad Al-Yamani (as) ini adalah orang-orang yang paling bijaksana, paling bercita-cita, sangat mendorong mereka, paling adil dan paling penuh kasih sayang dan menyenangkan, murah hati, tidak akan meminta apa-apa, tetapi dia yang memberi, tidak terdapat tanda-tanda dia memiliki dinar maupun dirham, tidak kasar; tidak membosankan dan tidak mengutuk atau menghina, dan merupakan salah seorang yang boleh tidur di atas tanah dan makan di atasnya,

Dia seorang hamba duduk di depan makanan ketika makan dan makan apa yang ada, tidak minta apa yang tidak ada, duduk bersama orang-orang miskin dan sederhana dan menghormati mereka sebagai manusia dan makan bersama orang miskin dan menghulurkan kepada mereka dengan tangannya suci. Memuliakan anak-anak yatim dan janda-janda dan merawat (melayan) mereka. dan pada orang berilmu dan orang-orang terkemuka dihormati dan dilayan dengan baik, walaupun mereka berselisih dan dia mampu mendahului mereka, dan mewujudkan.orang-orang kehormat dengan kebaikan kepada mereka, dan memberkan kasih sayang tanpa menampakkan perbezaan antara mereka, melainkan atas apa yang diperintah Allah dan tidak membenci  sesiapa, menerima dan meminta maaf, dan tidak bersendawa dan tidak pernah menguap. Tidak duduk bersandar dan tidak membezakan penampilannya jika bercakap dan duduk bersama-sama, dan membuka pintu jika diketuk dan berkhidmat dengan panggilan ahlinya, dan jika anda duduk, penglihatannya tidak tepat pada wajah seseorang, tidak menimbulkan kemurkaan Tuhan tidak marah pada dirinya sendiri.

Dia peribadi yang banyak berfikir dan tidak bercakap kecuali mentafsir al-Quran atau menjawab soalan: atau tidak bergerak lidahnya kecuali yang bernas. Tidak meninggi (melebihi) sahabatnya pada makanan atau pakaian atau di majlis, dan apabila sampai salah seorang sahabatnya dia bergegas menemuinya, dan jika kehilangan salah seorang sahabatnya dia berusaha keras menasihatnya, dia tidak membalas keburukan dengan keburukan, tetapi memaafkan dan mengampunkan, dan memulakan pertemuan dengan ucapan salam, dan tidak datang seseorang yang bertujuan untuk keperluan kecil atau besar, melainkan dia berdiri menunaikannya, dan sesiapa yang ingin segera memerlukannya disabarkannya sehinggalah dia melakukannya, dan apabila seseorang menghulurkan tangannya (untuk bersalaman) segera akan disambutnya, dan menghalang orang dari mencium tangannya, dan jika salah seorang daripada para sahabatnya telah mula berjabat tangan, ia tidak akan berdiri dan tidak akan duduk melainkan dengan berzikir pada Allah, dan tidak duduk salah seorang padanya atau menerimanya, melainkan mengatakan kepadanya: Apa yang diperlukan? Dan kebanyakan duduknya dengan bersilang kaki, seperti datuknya, Rasulullah (S) dan yang terakhir duduk di dalam Majlis, dan kebanyakan duduknya akan menghadap kiblat, dan tidurnya tidur para nabi berbaring pada bahagian lambungnya (punggung), Dan meniru pada bantal-bantal yang di belakang punggungnya, dan pada keredhaan dan kemarahannya dia tidak mengatakan sesuatu melainkan kebanyakan dari kata-katanya adalah yang haq dan yang cemerlang. Alhamdu Lillah kebesaran KhalifahNya.))) tamat kata-kata Al-Syeikh Jihad Al-Asadi.


No comments:

Post a Comment