Wednesday 19 November 2014

Soalan 36: Cara mohon petunjuk Allah tentang kebenaran.Al-Yamani

Soalan 36: Cara mohon petunjuk Allah tentang kebenaran.Al-Yamani
Soalan 36:
السلام عليكم ..
Salam Allah atas kamu ... Saya seorang Iraq menetap di Jerman, tinggal di Munich. Saya telah membaca sebahagian daripada apa yang tuan nyatakan, tetapi apakah cara untuk mempercayai apabila kita telah mendengar mengenai Mahdi [Semoga Allah menyegerakan bantuan beliau] dan terlalu banyak yang mendakwa sebagai Rasul Al-Mahdi (as) sedangkan mereka tidak lain hanyalah berdusta, maaf saya tidak maksudkan tuan.

Tetapi bagaimana saya boleh percaya dan bagaimana saya boleh mengetahui tuan apabila tuan mengatakan tuan telah belajar dari pengetahuan Imam Al-Mahdi? Soalan saya adalah: bolehkah tuan berjumpa dengan saya? Saya bersumpah saya takut, kerana saya mahu akhirat, bukan dunia ini. Maka demi Allah bawalah saya lebih dekat dengan Imam Mahdi, dan kepada kamu salam.

Thariq Al-Ansari
.Rabi3 Al-Tsani 1426 H.

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang, dan pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Saudara, Wujudnya kepalsuan tidak menunjukkan kebenaran itu palsu . Oleh kerana wujudnya Musailamah Al-Kazhzhab [laknahu Allah] tidak menunjukkan palsunya Muhammad [S]. Mandilah (ghusl) dan berpuasa tiga hari, dan berdoa dengan Du3a ini .. [Du3a adalah di dalam Kitab Answer: S14]. Saya memohon kepada Allah untuk membimbing saudara ke jalan yang benar dan menunjukkan kebenaran sebagai kebenaran, supaya saudara boleh mengikutnya, dan untuk menunjukkan kepalsuan (kebatilan) sebagai kepalsuan, supaya saudara boleh mengelak darinya.


Ahmad Al-Hassan
Jamadiy Al-Awwal / 1426 H



✡✡✡✡✡

No comments:

Post a Comment