Friday 13 December 2013

Bagaimana Dikatakan Aku Meminta Dunia?

Bagaimana Dikatakan Aku Meminta Dunia? (lengkap)
5 Januari 2013
super User








Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam dari Allah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad para Imam dan Mahdi-Mahdi .
                  
Salam ke atas kamu, rahmat Allah dan keberkatanNya.

Semoga Allah membalas kebaikan kamu, kamu telah memilih jalan mencari kebenaran dan menelitinya dan ini adalah jalan dari orang yang mengerti dan tabah, dan Allah tidak menyebabkan orang tersebut sesat dari jalanNya, Insya Allah. Dengan itu saya memberikan khabar gembira dari hari akhirat dan dunia ini, selama ini adalah kaedah kamu dan ini adalah adab kamu yang ditunjukkan dalam surat kamu.

Dan semoga Allah membantu kamu, dan mengetahui bahawa saya membawa wasiat Rasulullah sawas sebagai bukti (hujjah), yang digambarkan untuk mencegah kesesatan. Dan kami membuktikan kesahihan hadith dan kepastian itu terjadi kepada seorang yang menuntutnya, untuk tujuan yang perlu dipenuhi. Dan di tangan kamu ada dua jawapan di mana saya menjelaskan buktinya dan ia telah disusun dan di ulas oleh sheikh yang bersih, Alaa al-Salim, semoga Allah melindunginya. Dan pihak lawan kita tidak mempunyai bukti yang sah atau rasional mengikut apa yang dinyatakannya; bahawa boleh bertaqlid kepada bukan ma'sum. Selain itu, dia tidak berupaya untuk menyangkal bukti yang saya bawa dengan meyakinkan. Jadi tidak ada bukti (hujjah) di hadapan Allah untuk sesiapa yang mengikuti pembohongan mereka iaitu mereka tidak dapat mengajukan bukti yang sah atau rasional, dan meninggalkan hak dan kebenaran agama kita yang suci, agama para nabi dan Muhammad dan keturunan Muhammad as, yang mana kami telah menyediakan bukti muktamad.

Dan orang-orang yang menggelar diri mereka Ayatullah dan ulamak-ulamak, terus melarikan diri dari menghadapi saya dan berdebat dengan saya. Saya berada di al-Najaf di Hayy al-Nasr, dan pintu saya dibuka siang dan malam dan saya menerima semua orang, dan saya mengajak mereka untuk berbahas secara langsung dan mengumumkan bahawa saya telah bersedia untuk itu di mana-mana tempat yang mereka memilih, walaupun di pejabat mereka sendiri. Dan saya menunggu bertahun-tahun tanpa jawapan.

Apabila mereka dapati diri mereka sudah tidak berupaya, mereka mula menggunakan kuasa wang mereka untuk cuba dan membunuh atau menangkap saya. Dan mereka diserang Pejabat Panggilan berdekatan (Maqam) Imam Ali as dan metangkap sekumpulan orang yang beriman tanpa sebab, hanya kerana kejahilan para ulamak dan tidak upaya mereka untuk menghadapi ilmu yang telah disampaikan dan didedahkan oleh Ahmed al-Hasan.

Oleh itu mereka melakukan semua ini untuk lari dari debat awam kerana ia akan menunjukkan fahaman mereka yang tidak sah dan pembohongan agama ala ulamak mereka, yang dibina di atas fahaman yang mewajibkan untuk bertaqlid kepada bukan ma'sum. Dan apabila mereka menggunakan senjata untuk memaksa saya memecilkan diri (pengasingan) di rumah saya di pinggir al-Najaf, saya tidak menutup pintu untuk perbahasan tetapi sebaliknya membuka satu lagi yang lain yang masih terbuka sehingga hari ini, kerana saya menerbitkan ajaran sebenar dalam kitab-kitab (buku-buku) dan meminta mereka menjawab (membahas) kepada mereka dan menjalankan perbahasan bertulis, tetapi mereka juga enggan melakukannya sehingga ke hari ini, seperti yang kamu lihat .

Dan akhirnya, kitab Al-Washiah Al-Muqaddasah (The Sacred Will-Wasiat Suci) dikeluarkan beberapa hari lalu dan ia termasuk dua jawapan di mana saya menjelaskan pengeluaran wasiat dan bukti kemuktamadannya untuk pihak menuntut yang hak apabila dia mendakwanya, jadi marilah kita tinggalkan segala yang telah berlalu dan hendaklah mereka itu memenuhi kedua-dua jawapan, dan saya menyeru mereka untuk melakukan usaha (perbahasan) saintifik (pengkajian) dan penilaian, dan membiarkan ulama al-Najaf mendapatkan bantuan daripada ulamak Qom dan hendaklah mereka itu memenuhinya, dan membiarkan perdebatan bertulis di antara mereka dan saya sendiri dimulakan.

Dan saya memberitahu kamu lebih awal bahawa mereka tidak akan menyahutnya, kerana mereka memanggil tentera untuk menyerang pejabat dan menutupnya dan menyerang rumah saya di al-Najaf, dan atas alasan hanya bagi mereka untuk melarikan diri dari perdebatan dan perbahasan. Jadi bagaimana saya boleh menunggu mereka untuk menyahutnya pada hari ini? Hanya ada satu cara yang boleh membuahkan hasil, iaitu kamu memaksa mereka untuk menyahutnya dan membuat mereka melakukannya.
Dan jika mereka tidak mahu perdebatan mengenai kedua-dua jawapan yang disebutkan di atas dan apa yang kita imani, biarkan perdebatan bertulis di antara mereka dan saya sendiri dimulakan iaitu mengenai fahaman (ajaran) mereka pada kewajipan untuk bertaqlid kepada bukan ma'sum.

Adapun yang kecil-kecil dari mereka dari pembicara dan pihak yang menuntut Ijtihad dan sebagainya, lidah dan pena ulamak dari ansar Imam al-Mahdi menjadi letih semasa meminta perbahasan awam di televisyen daripada mereka, agar ajaran yang sebenar dijelaskan kepada masyarakat. Dan mereka melarikan diri dan datang semula dengan alasan setiap kali untuk membenarkan kenapa mereka lari dari berbahas dengan ansar Imam al-Mahdi as.

Dan saya berharap mereka melarikan diri dari berbahas dengan ansar dan menjadi tenang, tetapi tidak, mereka mula berbohong untuk menipu masyarakat.

Sebagai contoh, al-Korani dan dari pihak al-Sistani mula mengatakan bahawa nama salah satu bapa-bapa saya adalah Gati' dan dia mengulangi nama itu di televisyen dan berkata "Anak Gweiti'". Dan ini menunjukkan sikap semborono manusia ini jika tidak bagaimana seorang lelaki boleh memakai serban dan berumur berdusta dan dengan cara yang kasar? Walaupun pada hakikatnya bahawa nama saya dalam rekod rasmi adalah Ahmed – Ismail - Saleh –Husain - Salman, dan tidak ada Gati 'atau Qati ' jadi dari mana al-Korani dapat nama ini ?

Jadi ini adalah satu pembohongan dari siri pembohongan dari pihak al-Sistani dan al-Korani!

Ia adalah satu percubaan murah dari pihak mereka untuk berbohong kepada masyarakat, menipu mereka dan memanggil nama-nama seolah-olah mereka tidak pernah membaca al-Quran yang melarang akhlak yang buruk itu, walaupun nama yang betul, apatah lagi tidak ada nama Gati' antara nama-nama bapa-bapa saya dan ia bukan nama saya sama sekali. Saya percaya bahawa pembohongan dan tingkah laku ini tidak layak walaupun untuk kanak-kanak lelaki sembrono, tetapi mereka adalah orang-orang tua berjanggut putih dan berserban, jadi ia adalah memalukan jika mereka bersikap semborono dan berbohong itu, memfitnah dan memanggil nama yang datang daripada mereka yang tidak matang.

Allah Yang Maha Kuasa berfirman, {dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.} Surah Al-Hujuraat 49:11.

Di dalam kitab Wasail al-Syiah, Jilid. 21 halaman 400, di dalam bab yang dinamakan "Perbuatan Yang Tidak Digemari Dari Menyebut Nama Atau Nama Samaran Yang Dibenci oleh Empunya Nama Atau Mungkin Membenci", Muhammad bin Yahya bin Abi Abbad meriwayatkan daripada bapa saudaranya dari Imam al-Redha as bahawa dia as membaca tiga baris puisi dan dia jarang akan membaca puisi, jadi saya bertanya kepadanya siapa mereka dan dia berkata, {"Seorang lelaki Iraq dari kalangan kamu." Jadi saya mengatakan bahawa Abu al-Atahiyya membaca untuk dirinya sendiri, jadi dia as berkata, "Sebut nama sebenarnya dan tinggalkan nama samaran itu, kerana Allah swt berkata, { dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk} mungkin lelaki itu tidak menyukainya. "}

Adakah ia berakhir di sini? Tidak.

Al-Korani juga berkata bahawa Ahmed al-Hasan adalah Zionis dan bukti bagi tuduhan ini ialah Ahmed al-Hasan mempertahankan bintang berbucu enam dan berkata ia adalah diwarisi dari para nabi.

Dalam hal ini walaupun hakikat bahawa bintang berbucu enam ditemui dalam artifak Sumeria yang merupakan tamadun tertua yang diketahui di bumi dan ia wujud sebelum Musa Ibn Imran as dilahirkan, dan sebelum sesuatu yang dinamakan orang-orang Yahudi wujud. Tetapi al-Korani menegaskan bahawa bintang berbucu enam adalah khusus kepada Zionis sahaja dan tidak ada bangsa lain, dan sesiapa yang mempertahankan atau menunjukkan kebenaran dan berkata ia adalah diwarisi daripada nabi-nabi adalah Zionis.

Oleh itu, menurut kaedah al-Korani ini membuktikan sesuatu, Hawza al-Najaf dan kerajaan Iraq sekarang dan kerajaan Karbala sekarang dan pengurusan muzium Imam al-Husain di Karbala semua dituduh Zionis oleh al-Korani, kerana Peti Fatimah al-Zahraa as yang dihiasi dengan bintang berbucu enam besar ada di sebuah muzium di Turki dan replikanya diletakkan di dalam muzium Imam al-Husain as di Karbala, Iraq, dengan pengetahuan Hauzah al-Najaf. Lebih-lebih lagi, dengan (kaedah) piawai al-Korani, beliau menuduh Muhammad Rasulullah dan Fatima al-Zahraa Zionis, kerana Fatimah as meletakkan kotaknya ini yang mempunyai bintang berbucu enam padanya di rumahnya yang terbuka ke Masjid Nabi Muhammad di al-Madinah. Ini bermakna bahawa bintang berbucu enam adalah di Masjid Nabi.

Jadi seperti yang kamu lihat, semoga Allah merubah kamu, mereka menyahut seruan kebenaran dengan pembohongan dan fitnah. Dan setiap orang yang rasional akan menghukum dan mengatakan bahawa sesiapa yang sengaja berbohong untuk menjawab seruan lawannya, maka dengan tindakannya dia mengakui bahawa dia tidak berupaya untuk membahas secara ilmiah, dengan itu beliau memilih kaedah berbohong.

Satu lagi salah satu pembohongan mereka memberitahu masyarakat adalah perawi wasiat yang tidak diketahui, dan dengan itu rantaian perawi wasiat lemah. Dan ini adalah walaupun pada hakikatnya kita telah membuktikan kepada mereka kesahihan keluarnya wasiat oleh kekerapannya [dalam meriwayatkannya] dan hakikat bahawa ia disebut di beberapa tempat lain. Dan Ansar menerangkan secara terperinci isu ini kepada mereka dan menjelaskan bahawa wasiat itu tidak masuk klasifikasi terdiri diri empat ciri untuk digambarkan sebagai lemah, ini adalah walaupun pengetahuan Penilaian Perawi # yang mereka bercakap gah mengenainya adalah pembohongan besar mereka untuk menipu masyarakat, kerana mereka asalnya tidak mempunyai rujukan tunggal untukyang mencukupinya dan layak dipertimbangkan, tetapi untuk berbincang dengan mereka di peringkat mereka dan dalam usaha dusta mereka tidak boleh diabaikan masyarakat dari ditipu dan dianiaya, kita menjelaskan kepada mereka bahawa wasiat itu mempunyai satu rantaian perawi yang sah, dan bahawa kesaksian Sheikh al-Tousi memihak kepada perawinya sudah memadai, semoga Allah merahmatinya, dan dia menyatakan bahawa mereka adalah dari orang-orang tertentu, bermakna dari Syiah yang beriman kepada Imam, dan kamu bergantung kepada kenyataan al-Tousi mengenai perawi, jadi apa yang berubah? Mengapa kenyataan al-Tousi tentang perawi dalam kes ini menjadi tidak bernilai kepada kamu? Atau adakah keinginan melanda kamu dan dengan itu kebenaran tidak lagi kamu pertimbangkan!

Walau bagaimanapun, berikut ini adalah satu soalan yang telah dihantar kepada saya sebentar tadi dan saya menjawabnya, dan saya menyampaikan kamu akan soal jawab itu,

Soalan: Saudara Jafar al-Shabeeb bertanya tentang pengertian Imam Penyataan as, bahawa Wasiat mempunyai rantaian perawi yang sahih.

Jawapan:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam dari Allah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad para Imam dan Mahdi-Mahdi .
                  
Sebelum menjawabnya, perlulah diambil perhatian bahawa bukti (hujjah) Allah tidak memerlukan kaedah bid'ah yang menyimpang dari kebenaran untuk membuktikan kebenaran, tetapi disebabkan rahmat terhadap orang ramai, dai berhujah dengan beberapa orang-orang yang sesat menggunakan kaedah mereka dan dia membincangkannya dan menunjukkan kelemahannya serta membezakan pernyataan yang betul daripada yang tidak sah, agar mereka kembali kepada kebenaran.

Menurut mereka, jika perawinya dari orang Syiah yang benar atau jujur, riwayat itu mempunyai rantaian penyampai yang sahih .
Oleh itu, untuk kesahihan riwayat dibuktikan, ia sudah cukup untuk membuktikannya:
A. perawinya adalah Syiah .
B. Mereka jujur.
Dan untuk membuktikan bahawa penyampai wasiat adalah Syiah, adalah cukup bahawa Sheikh al-Tousi yang meriwayatkan Wasiat di kalangan perawi daripada Syiah , yang bererti bahawa Sheikh al-Tousi menganggap perawi Syiah . Di dalam kitab Al-Ghayba, al-Tousi berkata, "Seperti apa yang diriwayatkan dari Syiah, mereka terlalu banyak untuk dikira, tetapi saya menyebut sebahagian daripada mereka ... " (halaman 137). Dan selepas beliau menyebut riwayat daripada Syiah termasuk wasiat itu beliau mengulas, " Seperti apa yang membuktikan kesahihannya, Syiah meriwayatkan sebagai riwayat yang kerap; anak meriwayatkan dari bapanya. Dan kaedah untuk mengesahkan yang ada di kitab- Syiah dalam teks-teks mengenai Amirul Mukminin Ali as, dan kaedahnya ialah satu." ( Halaman 156).

Dan kamu boleh merujuk kepada buku “Dalam Sokongan Wasiat” oleh Sheikh Nazem, semoga Allah melindunginya, yang membuktikan secara terperinci bahawa perawi wasiat adalah Syiah. Untuk menilai kejujuran perawi sebagai individu, dan kejujuran adalah cukup untuk kita supaya ia dibuktikan, ia adalah cukup bahawa tidak ada bukti sah yang salah seorang daripada mereka tidak boleh dipercayai, sebagai orang yang beriman itu adalah jujur ​​dalam apa yang berkata sehingga dia terbukti seorang pembohong dengan bukti yang sah.

Dan mereka tidak mengatakan bahawa orang yang beriman itu adalah pendusta sehingga terbukti jujur , dan sesiapa yang berkata begitu ia mengumumkan pengikutnya sebagai orang-orang yang fasik dan pendusta sehingga setiap seorang daripada mereka terbukti jujur!

Oleh kerana di antara mereka mengatakan bahawa taraf orang yang beriman itu tidak diketahui dengan jelas sehingga dia terbukti jujur​​, dan mereka maksudkan bahawa sama ada dia jujur ​​atau pendusta berdasarkan pada keadaannya yang terlihat adalah tidak diketahui sehinggalah jika ada bukti yang sah, kenyataan daripada mereka ini bertentangan dengan al-Quran dan cara Rasulullah dan bagaimana baginda mendengar dari orang yang beriman dan mempercayai mereka tanpa memeriksa lebih dahulu iman mereka. Dan ayat al-Quran yang menjelaskan cara Rasulullah dalam isu ini adalah terang dan jelas, Allah Yang Maha Kuasa berfirman,

وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ


{Dan di antara mereka ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} Surah at-Taubah 9:61 .

Ini bermakna bahawa ucapan orang-orang yang membantah perbuatan Rasulullah Muhammad sawas adalah seperti ucapan mereka yang mengatakan taraf orang yang beriman adalah yang tidak diketahui dan kata-katanya tidak perlu digunapakai sehingga kejujurannya terbukti . Jadi mereka mengkritik Rasulullah Muhammad sawas kerana dia mendengar dan percaya orang yang beriman, {dan berkata, " Dia mendengar." Katakanlah, " Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin."} bermakna Muhammad sawas mendengar setiap orang yang beriman dan percaya apa yang dia kata dan tidak mengatakan bahawa taraf orang yang beriman adalah yang tidak diketahui atau dia adalah pendusta sehingga terbukti jujur. Sebaliknya , menurut Rasul di dalam ayat, orang yang beriman itu adalah jujur ​​sehingga terbukti pembohong {dan berkata, "Dia mendengar." Katakanlah, " Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin"} . Dan keputusan Quran ini mengenai kejujuran orang yang beriman dalam keadaan yang jelas dan bukan taraf yang tidak diketahui seperti mereka yang dakwa sudah cukup untuk kita, sebagai perawi Wasiat yang mempercayai Syiah dan orang yang beriman yang jelas jujur ​​ seperti yang dinyatakan dalam Quran. Oleh itu, perawi Wasiat adalah Syiah dan jelas jujur ​​dan ini membuktikan kesahihan rantaian perawi bagi mereka yang komited untuk mengesahkan isu rantaian perawi dan bergantung kepadanya. Bagi isu hati orang yang beriman itu dan sama ada dia benar-benar jujur ​​atau pendusta, ini bukan satu isu yang Allah telah diberikan kepada manusia dan tidak ada yang tahu mengenainya kecuali Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang dalam hati dan dimaklumkan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Saya percaya bahawa perkara di atas adalah mencukupi, tetapi untuk lebih jelas lagi, saya katakan bahawa kenyataan mereka yang beriman adalah pendusta sehingga jelas dibuktikan ia jujur, atau bahawa tarafnya tidak diketahui dengan jelas sehingga dibuktikan ia jujur, bertentangan dengan kemurahan agama Islam dan ia sering mematikan keperluan undang-undang mahkamah, bidang kuasa dan perjanjian kerana kita tidak akan dapat mencari saksi untuk perkahwinan, perceraian atau pengakuan kecuali dengan usaha keras. Ini adalah andaian timbang terima mereka ketika datang syarat-syarat untuk membuktikan keadilan dan kejujuran. Jika tidak, tidak ada seorang pun yang akan terbukti adil selain daripada pemeriksa dan penyiasat sendiri, berdasarkan kenyataan mereka bahawa keadilan dan kejujuran hanya terbukti selepas pemeriksaan dan penyiasatan. Jadi penyiasat dan pemeriksa itu sendiri memerlukan seseorang untuk memberi keterangan bahawa dia adalah jujur ​​dan adil agar keterangannya mengenai orang lain diterima, dan sebagainya; perkara ini berterusan dan oleh itu ia menjadi tidak sah. Jadi dengan menggunakan kaedah ini, tiada siapa yang boleh membuktikan keadilan orang lain kecuali orang yang memberi keterangan dari salah satu daripada hujjah-hujjah Allah yang terbukti sahih. Atau, keadilan seseorang dapat dibuktikan kepada pemeriksa sahaja, dan bidang kuasa hakim tidak boleh memeriksa keadilan semua orang, dengan demikian kesaksian seorang hakim menjadi tidak sah dalam Islam.

Oleh itu, kenyataan mereka bahawa taraf orang yang beriman tidak diketahui menjadikannya sukar untuk memperoleh keterangan di mahkamah dan dalam kes perjanjian dan sebagainya. Kenyataan mereka adalah palsu dan bertentangan dengan kaedah Rasulullah Muhammad sawas dan para Imam as, dan ia bertentangan dengan kemurahan Islam, al-Quran memudahkan aturan-aturan itu. Selain itu, kenyataan mereka bahawa taraf orang yang beriman adalah tidak diketahui menyebabkan tidak perlu dipercayai orang beriman awam, apatah lagi orang Islam awam, manakala riwayat dianggap dibolehkan mempercayai pasaran orang Islam, tetapi ulamak mereka dibolehkan. Ini bermakna bahawa riwayat dari para Imam as menganggap orang Islam jujur​​ di dalam mengatakan ikan atau daging halal dan sebagainya, apatah lagi orang beriman!

Oleh itu apa yang betul adalah untuk menghakimi orang yang beriman adalah jujur ​​sehingga terdapat bukti kukuh bahawa dia adalah pendusta.

Orang-orang yang menegaskan bahawa taraf orang yang beriman tidak diketahui atau fasik sehingga terbukti jujur ​​atau adil walaupun selepas apa yang dinyatakan di atas, iaitu hal kedegilan dan penghakiman tanpa bukti mereka. Selain itu, bukti yang dibawa orang beriman yang jujur ​​dan kata-katanya perlu dipercayai dan membiarkan pengikut mereka mendengar ucapan mereka dan tahu bahawa mereka adalah fasik, tidak bernilai dan tarafnya tidak diketahui dan bahawa mereka tidak jujur ​​di mata ulamak yang sesat, walaupun mereka membuktikan diri mereka adalah orang yang beriman, sebagaimana ulamak sesat mewajibkan setiap seorang daripada mereka untuk membuktikan kejujurannya yang tidak dapat dibuktikan oleh kaedah mereka dengan bukti yang betul dan logik, kerana jika mereka mengatakan bahawa keadilan seseorang terbukti oleh kesaksian orang yang adil, maka yang berikut akan memerlukan bukti juga dan perkara ini berterusan, dan oleh itu tidak sah.

Dari keterangan di atas, mereka yang bercakap gah tentang Penilaian riwayat tidak mempunyai bahan untuk menilai sejumlah besar para sahabat Muhammad dan keturunan Muhammad as, bagi membolehkan mereka mempunyai hak untuk menilai orang. Jadi dari awal lagi, mereka tidak mempunyai bahan yang boleh dipercayai untuk menilai orang lain, kerana terdapat beratus-ratus ribu sahabat Rasulullah dan para Imam as, dan Kitab-kitab Penilaian Perawi menyebut hanya sebilangan kecil orang terdahulu, dan jika ini berlaku, maka mereka dengan mudah boleh menolak mana-mana riwayat yang sebahagian daripadanya yang mereka tidak suka dan yang bertentangan dengan hawa nafsu mereka, dengan alasan bahawa taraf (kedudukan) perawi tidak diketahui dan tidak disebut dalam Kitab Penilaian Perawi (ilm al-Rijal) yang menyebut para sahabat awal, manakala majoriti daripada mereka tidak disebut . Selain itu, kebenaran bahawa kebanyakan orang tidak tahu ialah bahawa kebanyakan ulamak asalnya tidak mempunyai bahan dokumentasi yang digunapakai secara logik dan yang mereka boleh gunakan sebagai rujukan. Dan sesiapa yang mahu maklumat lanjut boleh merujuk kepada apa yang Sheikh Nathem tulis tentang isu ini, semoga Allah melindunginya . Dan puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Oleh itu , semoga Allah menyokong kamu :

"Kami telah membuktikan hujah kami dengan bukti yang sah dan rasional, dan ia diterbitkan dalam buku dan yang terbaru adalah Kitab Wasiat Suci, dan mereka tidak mempunyai bahasan lain selain daripada berdusta dan kelicikan kerana tidak berupaya yang mempersoalkan rantaian perawi Wasiat, Wasiat yang sering diriwayatkan dan disebut di tempat-tempat lain dan rantaian perawi telah diisytiharkan sahih oleh al-Tousi, seperti mana yang beliau terangkan perawi adalah syiah (yang tertentu). Dan mereka, dan semua ulama selepas al-Tousi, bergantung kepada penyata al-Tousi mengenai perawi, dan mereka tidak boleh menyangkal pernyataan al-Tousi tentang perawi dengan pernyataan mengenai ulamak yang disebut sebelum ini, sebaliknya, bahkan remeh-temeh di antara tangan mereka yang mereka panggil Penilaian Perawi (1) akan dimusnahkan, jadi kebenaran tentang kenyataan ulamak terkini mengenai perawi adalah bahawa ia betul-betul tidak bernilai apa-apa selagi kenyataan mereka tidak sah dalam membuktikan kesahihan.

Mereka tidak berupaya untuk memberikan bukti yang sah atau rasional pada fahaman taqlid mereka di mana mereka membina agama ulamak mereka. Jadi mereka tidak mempunyai ayat Quran yang membawa bukti yang jelas atau hadith sahih dengan bukti kukuh dan mereka tidak mempunyai bukti rasional yang lengkap. Jadi peraturan yang merujuk kepada yang berpengetahuan adalah wajib tidak terpakai apabila ia datang kepada mereka kerana mereka yang tunjukkan andaian dan mereka pembuat andaian, yang terbaik. Dan yang benar adalah bahawa mereka kadang-kadang tidak tunjukkan apa-apa kecuali khayalan seperti waktu solat di kawasan berhampiran kutub utara atau selatan. Selain itu, beberapa orang-orang yang menggelar diri mereka ulamak tidak faham apa yang diperkatakan kepada mereka, maka ketika kami menuntut bukti dari mereka mengenai ajaran taqlid bukan maksum mereka, kita dapati mereka menyampaikan bukti iaitu sesuatu yang dirujuk secara rasional kepada pakar dalam bidang tertentu [merujuk ulama kerana mereka adalah pakar-pakar bidang agama]. Dan kenyataan ini bermakna ia dibenarkan dan baik, tetapi tidak wajib. Dan juga ada perbincangan mengenai keharusan ini. Dan apabila mereka membentangkan kenyataan ini sebagai bukti rasional, ini bermakna sama ada mereka tidak faham apa yang kita katakan kepada mereka atau mereka mengakui bahawa ajaran mereka adalah inovasi (bid’ah) dan ia adalah palsu dan tidak berasas, dan mereka melepaskan fahaman kewajipan bertaqlid bukan ma'sum selepas kami menjelaskan kepalsuan kepada mereka, dan mereka telah mengharuskan fahaman atau bahawa ia adalah disukai. Dan jika ini berlaku, mereka perlu mengumumkan bahawa mereka melepaskan fahaman mereka yang salah dan bertukar daripada beriman kepadanya adalah wajib kepada mempercayai ia dibenarkan, dalam usaha kami untuk beralih perbincangan kami dengan mereka pada ketika itu dan membincangkan fahaman baru mereka."

Demi Tuhanmu, bagaimana orang yang rasional takut hari akhirat meninggalkan kebenaran yang disampaikan kepadanya oleh Ahmed al-Hasan dan berpaut kepada khayalan dan kejahilan yang disampaikan oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka ulamak? Demi Allah, saya kasihan keadaan orang-orang yang memanggil diri mereka ulamak dan berada dalam kenyataan mereka yang lemah dan mereka tidak mampu mempertahankan fahaman mereka yang telah jatuh keluar dari nikmat Allah dan pertolonganNya kepada kita.

Dan saya memanggil mereka untuk menyemak semula diri mereka sendiri, kerana kita semua akan mati dan kita akan ditanya, dan mereka juga akan ditanya. Dan saya tidak fikir bahwa kepemimpinan dan kedudukan duniawi layak mengganggu semua ini atau bernilai untuk menjual akhirat mereka deminya dan secara sadar memilih jalan kesesatan dan menyesatkan orang dan mendapatkan kemarahan Allah dan murka-Nya, maka hendaklah mereka bertakwa kepada Allah untuk demi orang-orang lemah yang mereka sesatkan dan jauh dari kebenaran dengan pembohongan dan khayalan tanpa kebenaran atau bukti, seperti fahaman dusta mereka tentang taqlid kepada bukan ma'sum. Adapun kata-kata kamu, semoga Allah menolong kamu, "Tetapi jika kamu dari orang-orang yang meminta dunia ini, maka urusan kamu telah gagal dan kamu tidak akan menang," ia benar jika saya daripada orang-orang yang meminta dunia ini.

Tetapi bagaimana saya, sebagai contoh, dikatakan meminta dunia ini?

Saya tidak percaya bahawa seseorang yang meminta darjat (kedudukan) mengambil jalan yang saya telah ambil, kerana sebelum seruan ini saya terpencil dan saya lebih terpencil lagi sekarang dan kehilangan tempat tinggal di bumi Allah, saya dan keluarga saya, sama seperti para penzalim lakukan kepada bapa-bapa saya para Imam as alami, dan mereka adalah contoh tugas saya, kerana kebenaran meninggalkan pemiliknya tanpa kawan melainkan Allah swt. Dan saya terpaksa berpisah dari salah seorang yang paling dicintai di hati saya; ibu saya. Saya tidak pernah berpisah dengannya walaupun satu hari sebelum seruan ini, tetapi saya terpaksa berpisah dengannya sehingga dia meninggal dunia, dan saya adalah jauh darinya, dan saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Begitukah orang yang meminta perjalanan dunia ini sebagai jalan yang sukar dan suram, dan dia dapat bertolak ansur dengan kesakitan dan kesedihan?

Dan saya tidak percaya bahawa seseorang yang meminta wang membuat baitul-mal untuk orang yang beriman di setiap negara, dan sistem akaun dan tempat-tempat yang diketahui untuk pengeluaran dan setiap jumlah yang masuk ke baitul-mal direkodkan dan setiap jumlah keluar darinya juga direkodkan, dan wakil-wakil yang dibenarkan memungut khums (seperlima) dikenal, seperti Sayyid Hasan al-Hamami dan Sheikh Sadiq al-Muhammadi, dan mereka tidak mengirimnya kepada saya tidak juga mereka ambil untuk diri mereka sendiri, dan sebaliknya ia diberi kepada baitul-mal dan diedarkan dari sana kepada yang miskin, anak-anak yatim, janda-janda, pelajar dan lain-lain, dan juga untuk orang-orang yang tidak percaya dengan seruan ini.

Dan saya tidak mempunyai wang sara sendiri yang di luar keperluan saya untuk hidup setiap hari dan sewa untuk kehidupan keluarga saya. Ya, yang saya milik adalah sebahagian kecil tanah pertanian yang saya beli di pinggir al-Najaf untuk didiami, dan saya membina sebuah rumah yang sangat kecil di sana dalam simpati dengan orang-orang miskin, dan saya fikir bahawa sejak saya tinggal di Iraq, saya harus hidup seperti kehidupan orang-orang miskin lain di Iraq. Dan mungkin hari-hari akan berlalu dan kamu akan melihat rumah ini satu hari nanti. Dan wang yang saya dapat untuk membelinya adalah sebahagiannya dihadiahkan kepada saya oleh abang saya lebih tua, semoga Allah melindunginya, dan saya pinjam bahagian yang lain dari salah seorang rakan saya yang juga seorang yang beriman pada seruan yang benar ini, dia adalah Sheikh Abu Muhammad al-Ziyadi, semoga Allah melindunginya. Dan saya bayar balik dengan pendapatan hasil daripada tanah selepas menuainya. Dan apabila Sheikh Abu Muhammad memberikan saya wang dengan dihadiri oleh beberapa orang Ansar, perkataan Fadak telah dicop pada nota bank (banknotes), dan pada hari yang sama beliau telah memberikan saya hadiah dari kitab al-Ghayba yang juga dicap dengan perkataan Fadak, jadi saya berkata Subhan Allah, tanda-tanda mengikuti satu sama lain. Dan perkara ini telah disaksikan oleh sekumpulan Ansar itu, semoga Allah melindungi mereka, termasuk Sheikh Abu Muhammad al-Ziyadi dan Sheikh Abu al-Hasan al-Ziyadi dan Sheikh Abu Husain, semoga Allah melindungi mereka. Bagaimanapun, saya meninggalkan tanah ini pada tahun 2007 dengan isteri dan anak-anak saya beberapa jam sebelum ia diserang oleh angkatan tentera pengikut ulamak dan oleh hasutan ulamak, dan apabila mereka tidak menemui saya, mereka telah mengepungnya dan pengawal diletakkan sekelilingnya dan meninggalkannya selepas beberapa ketika. Dan bagaimana ia sama dengan Fadak, dan bagaimana tindakan hodoh mereka yang sama dengan tindakan mereka menyerang rumah ibu saya al-Zahra as. Dan sejak tahun 2007, saya tidak tahu apa-apa tentang tanah itu sehingga beberapa hari lalu, dari salah satu daripada orang-orang mukmin iaitu Sheikh Abu Hasan dan beberapa orang ketua puak-puak al- Najaf, semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka dengan baik, berusaha untuk mendapatkannya kembali. Dan puji-pujian tertentu bagi Allah yang menjadikan saya sama seperti ibu saya Fatimah al- Zahra as dan bapa saya Amirul Mukminin Ali as,

{"Sesungguhnya, apa yang kita milik di bawah langit adalah Fadak. Jadi sesetengah orang bakhilkan untuk itu, manakala yang lain tidak zuhud mengenainya. Tetapi Allah adalah Hakim yang terbaik. Dan apa yang saya lakukan dengan Fadak atau mana-mana tanah lain apabila jiwa saya pasti bahawa ia akan akhirnya berada di dalam kubur? Dalam kegelapan itu, tiada kesan yang kekal dan tiada berita kedengaran. Dan kubur adalah sebuah lubang yang, walaupun ia luas, akan disempitkan oleh batu-batu dan jurang yang akan dipenuhi dengan tanah. Jadi saya menjinakkan jiwa saya dengan takwa, supaya ia tiba dengan selamat pada hari ketakutan terbesar, dan supaya ia akan berada di jalan yang lurus."}

Mungkin sebahagian daripada mereka meminta dunia ini dengan memenuhi nafsu mereka, dan sejak masa sebelum seruan, saya telah berkahwin dengan seorang isteri dan dia adalah ibu kepada anak-anak saya dan saya tidak pernah mengenali sesiapa selain dari dia, tidak oleh perkahwinan yang tetap ataupun satu sementara. Jadi di mana meminta dunia ini di sini?

Dan sehingga hari ini apabila saya dengan beberapa orang Ansar, dan aku berlindung kepada Allah dari “Ana”, dan kita perlu memasak makanan, saya memasak. Dan apabila kita memerlukan seseorang untuk membasuh pinggan mangkuk yang saya lakukan sendiri, walaupun mereka ingin melayan saya tetapi ia adalah penghormatan saya untuk berkhidmat kepada mereka, jadi adakah ini bagaimana perlakuan seseorang yang meminta dunia ini?

Saya membeli barang keperluan untuk rumah saya sendiri.
Saya tidak mempunyai pengawal bersenjata atau tidak bersenjata dan puji tertentu bagi Allah yang Dia memberikan saya keselamatan dan tidak pernah membuat saya memerlukan mereka.

Saya tidak menerima bahawa sesiapa sahaja mencium tangan saya dan saya pun tidak menghulurkan tangan saya untuk orang-orang menciumnya seperti ulama dan beberapa wakil-wakil mereka lakukan.

Ini semua adalah fakta yang ansar telah melihat sebelum dan pada masa ini terdapat Ansar yang rapat dengan saya dan melihatnya, bermakna perkara ini tidak tersembunyi, sebaliknya, ia telah dilihat oleh beberapa orang pada masa lalu dan pada masa sekarang.

Jadi bagaimana saya meminta dunia ini dan dengan apa yang saya lakukan itu, semoga Allah mengubah kamu?

Hadith-hadith mengatakan bahawa tangan tidak boleh mencium kecuali tangan seorang nabi atau yang wasi, jadi adakah munasabah orang-orang yang bukan nabi atau wasi dan yang menghulurkan tangan mereka untuk orang-orang menciumnya, meminta akhirat?! Manakala Ahmed al-Hasan, yang enggan sesiapa mencium tangannya walaupun dia wasi, meminta dunia ini?! Demi Allah, saya tidak mengatakan bahawa kamu tidak adil kepada Ahmed al-Hasan, sebaliknya kamu tidak adil kepada akal kamu jika beginilah bagaimana cara kamu berfikir dan menghakiminya.

Kasihanilah diri kamu, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu. Mereka yang mewajibkan bertaqlid kepada kamu kerana kamu para pedagang ayam dan harta, mereka adalah pengikut hawa nafsu dan bukan peminta-peminta akhirat dan mereka tiada kaitan dengan akhirat dan kamu mengetahuinya. Dan kamu telah melihat mereka dengan diri kamu sendiri di Iraq dan kalau kamu berada di luar Iraq, kamu melihat bahawa mereka menghantar anak-anak mereka untuk mengambil khums dan wang dan menghabiskan masa berseronok di Barat dengan alasan menyebarkan agama. Saya ingin kamu akan bertanya kepada mereka mengapa daripada semua pelajar Hawza al-Najaf, mereka hanya menghantar anak-anak mereka ke Barat, dan mengapa pejabat mereka diuruskan oleh anak-anak mereka yang melakukan apa yang mereka ingin dengan wang tanpa pemantauan, peraturan, akaun atau pengawasan?


Kasihanilah diri kamu, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu, dan gunakan kecerdasan kamu untuk membezakan dan mengenali kebenaran, seperti yang kamu tahu para peminta dari dunia ini dengan perilaku, sikap dan tindakan mereka.

Dan semoga kedamaian, rahmat dan berkah Allah atasmu.

Ahmed al-Hasan
Thul Hijjah, 1433 A.H.

Disahkan tepat oleh Jawatankuasa Terjemahan Bahasa Inggeris Ansar Imam al-Mahdi as.(Untuk Edisi B. Inggeris)

 --------------------------------
(1) Penilaian Perawi (ilm al-Rijal) secara literal: "Ilmu manusia", merujuk kepada satu disiplin pengajian agama Islam di dalam istilah hadith di mana perawi riwayat yang dinilai. Matlamatnya adalah untuk membezakan hadith sahih dari hadith tidak boleh diterima dalam mewujudkan ilmu agama yang disekat atau amalan. Ilm ar-Rijal sinonim dengan apa yang biasanya dirujuk sebagai al-jar wa al-tadīl (mencemar nama dan pengiktirafan) - kritikan dan mengisytiharkan penerimaan penyampai hadith [sumber Wikipedia]. -Trans.
- Lihat lebih lagi di:

Tuesday 3 December 2013

Sistani berkata: Sertai Yamani sebelum Kemunculan Imam Mahdi (as)

Sistani berkata: Sertai Yamani sebelum Kemunculan Imam Mahdi (as) 





Terjemahannya:

Soalan: Adakah Ansar Imam Mahdi [as] keluar sebelum kemunculan beliau?

Jawapan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
      
Saudara Muntazar Mawlah yang dihormati, Salam 3laykum waRa7matullah waBarakatuh

Terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa sebahagian penyokong beliau akan menyeru manusia untuk berbaiah dengan nya, dan [riwayat-riwayat itu] menyeru betapa perlunya menyertai seruan itu dan [dihalang] dari dari menentang mereka. Sebagai contoh, salah satu daripada perihal Yamani ialah beliau (menyeru penyertaan kamu) dan penegasan menyertai seruan beliau telah diriwayatkan.


Selain Jiwa Suci (Nafs Zakiyah), dihantar dari Imam Mahdi (Semoga Allah menyegerakan kemunculan semula beliau) ke Mekah hanya 15 hari sebelum penampilan suci, dan dia menyeru manusia untuk menyokong imam di Masjid Al-Haram ...