Apa
Yang Misteri???!!!
Misteri
adalah sesuatu yang tersembunyi. Oleh kerana yang memberi khabar atau berita
kedatangannya di akhir zaman oleh Allah melalui Lisan Ar-Rasul (S) dan hadits
kedatangannya mencapai kedudukan tawatur atau mutawatir disebabkab lebih dari
30 sahabat meriwayatkannya, samada Shahih, hasan atau dhaif maka beriman kepada
khabar ghaib (tersembunyi) ini wajib bagi umat manusia.
Tidak
kurang Atsar para sahabat meriwayatkannya dan banyak buku-buka diterbitkan
mengenainya. Begitulah pekanya umat Islam mengenainya. Begitulah sunnah Allah apabila Dia Azza Wa Jalla ingin melantik
khalifahnya di muka bumiNya. Adam (as)
ketika masih berbentuk lembaga tanpa Ruh di letakkan di pintu langit pertama selama empat puluh tahun, dan semua malaikat
terpaksa melangkauinya sebelum lembaga Adam ditiupkan Roh kepadanya, begitu juga
dengan Iblis (la) melaluinya, sehinggalah berita menjadikan Adam khalifah di
BumiNya dirakam Allah dalam firmanNya.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ
لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
(Ingatlah) ketika
Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan di muka bumi seorang khalifah ". [Al-Baqarah 2:30]
Khabar
kedatangan Muhammad (S) sebagai Khalifah Allah iaitu seorang Rasul Allah bernama
Ahmad melalui Lisan Isa (as) dan Nabi-nabi-nabi terdahulu juga di rakam
oleh Allah
﴿ وَإِذْ قَالَ عِيسَى
ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقاً
لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّراً بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن
بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا
سِحْرٌ مُّبِينٌ ﴾
{Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani
Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang
Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka
tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata,
mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". } [4].[ Al-Shaf
61:6 ]
Begitulah
dengan Khalifah Allah Al-Mahdi juga dikhabarkan oleh Allah melalui Rasulullah
(S) dan Imam-imam Ahli Bait Rasulullah (as), terdapat begitu banyak
Hadits-hadits dan riwayat-riwayat di dalam masyarakat Islam, Sunni dan Syi3i,
Al-Atsaar sahabat Rasulullah dan Kitab-kitab yang begitu banyak pula. Saya
berikan contoh hadits
Dari
Abdullah,
عن عبد
الله، "لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي
" ]،سنن الترمذي
صححه الألباني[.
"Tidaklah hilang
dunia ini sehinggalah seorang lelaki daripada Ahl Al-Bait ku
menguasai dunia, namanya sama dengan nama aku.," [Sunan Al-Tirmizhi.
Dishahihkan oleh Al-Albaani]
Dalam
hadits Ibn Majah:
في
حديث ابن ماجة: "يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى
واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم
ذكر شيئا لا أحفظه فقال فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة
الله المهدي"
"Ada tiga orang
yang saling berbunuhan yang terpendam di sisi kamu, semua mereka adalah putera
kepada Khalifah, kemudian tidak akan kembali salah seorang dari mereka.
Akhirnya muncullah bendera-bendara hitam dari arah timur, lalu mereka akan
memerangi kalian dengan peperangan yang tidak pernah dilakukan oleh satu kaum
pun... (lalu beliau menuturkan sesuatu yang tidak aku fahami, kemudian beliau
berkata) Jika kalian melihatnya, maka bai'anlah dia! Walaupun
dengan merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah
Allah Al-Mahdi."
Jadi yang misteri
a) Malaikat
dan Iblis terbiasa dengan khabar kedatangan Khalifah Allah. Bani Israel juga terbiasa
dengan khabar kedatangan Muhammad (S) sebagai Khalifah Allah, sehingga orang-orang Yahudi membina kota Yathrib untuk menunggu kedatangan Muhammad (S) sebagai
Khalifah Allah. Dan mereka juga tahu baginda juga bernama Ahmad. Oleh
itu khalifah Allah Al-Mahdi mempunya nama Muhammad atau Ahmad.
Bagi Muslim Syi3i Muhammad
adalah Muhammad bin Al-Hassan Al-3askari (as) yang dighaibkan Allah AWJ. Imam
ke 12 Wilayah Ali dan Aushiak (para pewaris) Rasulullah yang dinanti
kezuhurannya. Dan Sebahagian Muslim Sunni mempercayainya. Dan Ahmad pula adalah
Al-Yamani dan Mahdi Pertama yang akan lahir di akhir zaman sebagai washiy dan
utsusan Imam Mahdi (Muhammad bin Al-Hassan Al-3askari (as)).
Berbeza dengan Muslim
Sunni, Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah adalah Mahdi
yang akan lahir di akhir zaman. Tetapi Al-Mahdi juga masih keturunan Ahl Bait. Rasulullah
(S).
b)
Malaikat
dan Iblis terbiasa mengenal Adam sebagai Khalifah Allah. Bani Israel juga
mengenal Muhammad (S) sebagai Khalifah Allah.
Tahap
kenal
Bani Israel (Yahudi) dan Nasrani mengenal Muhammad (S) sebagai Khalifah
Allah dirakam oleh Allah:SWT dengan firmanNya:
الَّذِينَ
آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ
أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ
يَعْلَمُونَ
Orang-orang yang telah
Kami beri Al Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal
anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan
kebenaran, padahal mereka mengetahui. [Al-Baqarah 2:146]
Tahap
kenal mesti
mencapai seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Atau dengan kata
lain mengenalnya dengan bersungguh-sungguh.
Dan mengenal jangan
sampai menyembunyikan kebenaran, atau dengan kata lain
mengenalnya dengan bersungguh-sungguh dengan segala wajah (aspek). Terutama
Sifat khalifah Allah SWT.
Jawapan Misteri:
a)
Imam
Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-3askari (as) adalah Imam Ke 12 Aushiak Rasulullah
(S) dalam Wilayah Ali bin Abi Talib (as) atau Amir ke 12 atau Khalifah 12 mengikut
pendapat Muslim Sunni (akan dibahas di ruang yang lain), seperti hamba-hamba
Allah yang lain yang di Ghaibkan:
i.
Imam
Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-3askari (as) itu sendiri
ii.
Nabi
Allah Isa Ibn Maryam (as)
iii.
Nabi
Ilya (Elia) (as) dan
iv.
Khidir
(as)
Dari Sufyan Al-Ka3bi
berkata:
يخرج على
لواء المهدي غلام حدث السن خفيف اللحية أصفر ، لو قاتل الجبال لهزها حتى ينزل
إيليا
(keluar atas
panji-panji Al-Mahdi seorang pemuda kekuningan janggutnya, walau memusnahkan
gunung dengan menggoncangnya sehingga turun Elia (Ilya)) [Ibn Hammad / 85 dan
dari Al-Hawiy: 2/68, dan Al-Qaul Al-Mukhtashar / 22, dan Fawaid Al-Fikr / 18].
b)
Al-Mahdi
yang keluar dari timur adalah dari Ahli Bait Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan
(as) yang keluar di Mekah.
Dengan membezakan
antara Al-Mahdi pemilik panji-panji hitam dan dia adalah Al-Mahdi yang lahir di
akhir zaman dan yang bernama Ahmad, dan bapanya adalah Imam Al-Mahdi Muhammad
bin Al-Hasan, membolehkan kita untuk mencari penyelesaian yang tepat kepada
banyak riwayat yang kelihatan bercanggah, seperti apa yang diriwayatkan daripada
Ali (as) [dan Al-3arif Al-Wardiy Hadits No 130],
katanya:
(( يفرج [ الله ] الفتن
برجل منا, يسومهم خسفا, لا يعطيهم إلا السيف, يضع السيف على عاتقه ثمانية أشهر, [
هرجا ] حتى يقولوا: والله ما هذا من ولد فاطمة, لو كان من ولدها لرحمنا, يغريه
الله ببني العباس وبني أمية))
(([Allah] melepaskan (melapangkan) kita dari fitnah melalui seorang lelaki daripada kita, mengenakan Kehinaan, Tidak diberikan kepada mereka melainkan pedang, dan meletakkan pedang di bahunya selama lapan bulan, [kekecohan] sehingga mereka berkata: Demi Allah, apakah ini anak Fatimah, jika dia anaknya, dia akan berlemah lembut, Allah memerangkapnya seperti Bani Abbas dan Bani Umaiyah)) [Al-Ziadah dari (Al-Fitan)].
Hadits ini, yang
menggambarkan Al-Mahdi, Ia terbabit dalam peperangan yang bertentangan dengan
apa yang dinyatakan oleh Abu Hurairah, katanya:
يبايع المهدي بين الركن
والمقام, لا يوقظ نائما, ولا يهريق دما
(Al-Mahdi dibai’ah di antara Rukun dan Maqam, tidak terjaga dari
tidur, dan tidak menumpah darah) [dan Al-3arif Al-Wardiy Hadits No 170.].
Maka yang terbabit
dalam peperangan dan terus membelenggu adalah Al-Mahdi akhir zaman yang membawa
panji-panji hitam, dan Al-Mahdi, yang tidak menumpah darah adalah Imam Mahdi
Muhammad bin al-Hasan (as) yang keluar di Mekah.
-
Untuk
mendapatkan penjelasan
yang lebih Lanjut Klik Di sini
Imam Ahmad Yang Zahir sekarang ini
Mereka
memudahkan Al-Mahdi sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Harith
bin Juz’i Al-Zubaidi berkata:
قال رسول الله : يخرج ناس من
المشرق ، فيوطئون للمهدي
(Rasulullah bersabda: keluar orang dari Timur, yang akan
memudahkan bagi Al-Mahdi) [Diriwayatkan oleh Ibn Majah: 2/1368].
Mereka
adalah ansarnya, seperti yang dinyatakan dari Ali (as) katanya:
ويحاً
للطالقان، فإن لله عز وجل بها كنوزاً ليست من ذهب ولا فضة، ولكنَّ بها رجالاً
عرفوا الله حق معرفته ، وهم أنصار المهدي آخر الزمان
"Berita gembira kepada Thaliqan, Allah AWJ mempunyai
khazanah yang bukan emas dan bukan perak, tetapi terdapat orang-orang yang
mengetahui haq makrifah Allah. Dan mereka adalah para ansar Al-Mahdi di akhir
Zaman." [lihat Al-Hawiy oleh Al-Suyuthiy: 2/82, dan Kanz Al-3amal: 7/262,
dan pada riwayat Yanabi3 Al-Mawaddah / 449: (Bakhkh Bakhkh oleh Al-Thalaqaan)].
Tiada
jalan keluar dari percanggahan - terutama dengan kesahan sebahagian riwayat
daripada Timur itu sekurang-kurangnya -sama dengan mengatakan bahawa Al-Mahdi,
yang datang dengan panji-panji Timur adalah anak Imam Al-Mahdi, Muhammad bin
Al-Hasan (as) yang muncul di Makkah.
Untuk
mendapatkan penjelasan
yang lebih Lanjut Klik Di sini
No comments:
Post a Comment