Tuesday, 4 November 2014

SIRAH KEHIDUPAN IMAM AHMAD AL HASSAN (AS) DAN SEJARAH DAKWAHNYA SECARA RINGKAS

SIRAH KEHIDUPAN IMAM AHMAD AL HASSAN (AS) DAN SEJARAH DAKWAHNYA SECARA RINGKAS


Pengenalan dan Gambaran Secara Ringkas.


Dia adalah Mahdi Pertama, adalah Washi dan Rasul (Pemegang Amanah dan Utusan) Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as) yang disebutkan dalam Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda.

Namanya Al-Imam Ahmad Ibn Ismail Ibn Al-Syed Saleh Ibn Al-Syed Hussein Ibn Al-Syed Salman Ibn Al-Imam Muhammad Ibn Imam Hassan Ibn Imam Ali, Ibn Imam Muhammad anak kepada Imam Ali, anak kepada Imam Musa Ibn Imam Ja'far Ibn Imam Muhammad Ibn Imam Ali, Ibn Imam Hussein, anak kepada Imam Ali Ibn Abi Thalib 3alihimu Al-Shalaati Wa Al-Salaam..

(Sila lihat jalur keturunan (Syajaratun Nasab) Imam Ahmad al-Hassan Al-Yamani (as) dan kesaksian Al-Syed Muhsin Saleh Hussein Salman, ketua kerabat Aali Mahdi (Bapa saudara Imam Ahmad Al-Hassan (as)), suara dan gambar dalam garis keturunan yang dinasabkan kepada Imam Mahdi (as) link (nasab keturunan) di sini.

Imam Ahmad Al Hassan (as) sebelum ini menetap di Basrah yang terletak di selatan Iraq. Menyempurnakan pengajian akademiknya dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau (as) kemudian berpindah ke kota suci Najaf dan menetap di sana bagi meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu keagamaan. Namun setelah menghadiri beberapa siri halaqah pengajian dan menyemak sukatan pelajaran di Hauzah (pusat pengajian ilmu agama) Al Najaf. Beliau (as) dapati kecacatan yang besar dalam manhaj pembelajaran yang digunapakai. Ini kerana mereka mempelajari bahasa Arab, Mantiq, Falsafah, Usul Fiqh, Ilmu Kalam (Aqidah) dan Fiqh (hukum-hakam syariat) tetapi mereka tidak mempelajari Al Quran dan Al Sunnah yang mulia (hadis-hadis Rasulullah (S) dan para Imam (as). Begitu juga mereka tidak mempelajari Akhlak Ilahiyah yang wajib diamalkan oleh setiap mukmin.

Oleh itu, beliau (as) membuat keputusan untuk mengasingkan diri di rumahnya dan mempelajari sendiri ilmu-ilmu keagamaan tanpa pertolongan mereka. Beliau (as) tetap berada di kalangan mereka dan saling berkomunikasi sesama mereka tetapi tidak belajar di Hauzah. Bahkan situasi beliau (as) di kalangan ulamak-ulamak di Hauzah Al Najaf  adalah seumpama Maryam yang suci (as) di kalangan ulamak Yahudi di Haikal Sulaiman (tempat ibadah suci yang dibina oleh Nabi Sulamakin as). 

Tujuan utama beliau (as) memasuki Hauzah Ilmiah di Najaf adalah berdasarkan rukya (mimpi) yang dilihatnya, yang mana Imam Al Mahdi (as) mengarahkannya supaya memasuki Hauzah Ilmiah di Najaf dan mengkhabarkan kepadanya apa yang bakal diperolehinya, dan terbukti ianya berlaku sepertimana yang telah dikhabarkan kepadanya.


Permulaan Dakwah

Sebelum memasuki tahun 1999, Al-Syed Ahmad Al Hassan (as) telah bertemu dengan bapanya Imam Al Mahdi (as) di alam nyata. Imam Al Mahdi (as) telah memperturunkan ilmunya dan mengarahkan beliau (as) mengikut arahannya. Pada penghujung tahun 1999 dengan arahan Imam Al Mahdi (as), beliau (as) telah mengkritik hebat kebatilan yang berlaku di Hauzah dan menuntut mereka melakukan pembaharuan dari segi keilmuan, amalan dan kewangan. Protes dan kritikan bagi menuntut pembaharuan ini berterusan sehingga ke tahun 2002, apabila Imam Mahdi (as) mengarahkan Al-Syed Ahmad Al Hassan untuk memberitahu orang ramai bahawa dia (as) adalah utusan Imam Mahdi (as) dan seterusnya mengajak mereka beriman kepadanya.  Pada tahun yang sama di bulan Julai bersamaan Jamadil Awwal 1423 hijrah di kota suci Najaf, bapanya Imam Mahdi (as) mengarahkannya (as) supaya mengajak keseluruhan manusia bahawa namanya disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (S) di malam sebelum kewafatannya.

Percubaan untuk melakukan pengislahan di Hauzah Ilmu telah dilakukan di permulaan dakwah sebelum menjadi secara terbuka, ianya tertumpu kepada tiga perkara:

1.      Pengislahan Ilmu:

Dengan menggunakan dua kaedah utama:

Pertama: Dengan menulis buku yang bertajuk “Jalan Menuju Allah” (Al Thariq Ila Allah). Buku ini telah memberi kesan yang amat baik sekali sehingga menyebabkan Sheikh Muhammad Al-Ya’qubi berasa teruja dengannya dan ingin mengulang cetakannya semula, sepertimana yang diceritakan oleh sebahagian Sheikh-sheikh dan Syed-syed di kalangan pengikutnya kepada Imam Ahmad Al Hassan (as).

Kedua: Ucapan dan perbincangan dengan penuntut-penuntut Hauzah dan ulamak-ulamak berkenaan kecacatan ilmiah yang wujud di Hauzah. Ini menyebabkan sebahagian mereka telah beriman dengannya dan sebahagian yang lain pula telah terkesan dengan kata-katanya kerana apa yang dikatakannya adalah kebenaran.

2.      Pengislahan Amali:

Ianya berkaitan dengan perintah bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, sebagai contoh ketikamana penzalim Saddam (l.a) mencemarkan kesucian Al Quran dengan perbuatannya menulis Al Quran menggunakan darahnya (sendiri) yang najis, sedangkan muslimin telah sepakat bahawa darah adalah najis dan diharamkan daripada  mengotorkan (menajiskan) Al Quran.  Imam Ahmad Al Hassan (as) telah menuntut para ulamak ketika itu untuk mengambil pendirian paling minima iaitu mengeluarkan kenyataan (fatwa), tetapi mereka beralasankan “Taqiyyah”, seolah-olah diri mereka lebih mulia di sisi mereka berbanding Al Quran. Jika mereka beriman dengan kalimah “tiada kekuatan melainkan Allah” sudah tentu mereka menetapkan pendirian mereka dan berkeyakinan penuh bahawa Allah akan melindungi mereka. Hanya beliau (as) satu-satunya peribadi yang meletakkan pendirian dan mengingkari perbuatan keji penzalim Saddam (l.a). Malahan beliau (as) berkali-kali menyatakan di dalam khutbahnya di majlis-majlis bahawa Saddam (l.a) telah menuliskan kematiannya dengan tangannya ketikamana menulis Al Quran dengan darahnya yang najis. Sebaliknya mereka bertindak menjauhkan diri daripada beliau (as) dan menolaknya dengan secara terhormat kerana mereka lebih takutkan siksaan Saddam (l.a) yang bakal melibatkan mereka, sekiranya mengetahui mereka bersama-sama dengan beliau (as). Dalam hal ini (pembaharuan Amali) tidak didapati sebarang jawapan balas dari mereka.

3.      Pengislahan Kewangan:

Ianya berkaitan dengan pembahagian wang pemberian sedekah ke atas faqir miskin. Ini adalah peringkat terakhir sebelum dakwah secara terang-terangan dan terdapat banyak sekali penuntut-penuntut Hauzah Ilmiah yang turut membantunya disebabkan kemiskinan mereka dan sebahagian besarnya mengalami sendiri diskriminasi pemberian kewangan yang dipraktikkan di Hauzah Ilmiah. Banyak kemajuan yang diperolehi dalam hal ini setelah Imam Ahmad (as) dan sebahagian penuntut Hauzah berkali-berkali bersemuka dan berunding dengan maraji’ agama di Najaf. Di antara mereka adalah Al-Syed Sistani, Al-Syed Muhammad Sa’id Al Hakim dan Sheikh Muhammad Ishak Al Fayyad. Kebanyakan mereka bersetuju secara lisan dan ini dibenarkan oleh Sheikh Al Ya’kubi tanpa sebarang bantahan malahan mengakui apa yang berlaku adalah salah dan amat memerlukan kepada pembaharuan kewangan bilamana salah seorang yang mempercayai Imam Ahmad (as) mengingatkannya bagaimana Amirul Mukminin Ali (as) menguruskan polisi kewangan.

Hal ini berjaya dipermudahkan dan memperolehi natijah segera, namun sebilangan mereka tidak mahu mengambil langkah seterusnya sepertimana yang dikehendaki oleh Imam Mahdi (as).


Akhlaknya (as) dan Sirah Kehidupannya

"Saya mengasihi manusia dan hati saya pada ibu saya, saya tidak pernah meninggalkannya sebelum seruan (dakwah) ini. Saya terpaksa meninggalkan dia sehingga dia meninggal dunia, dan saya jauh darinya dan tidak mengebumikannya. Adakah sesiapa yang mencari dunia pergi sejauh ini, ke jalan yang sangat sepi dan sakit, pedih dan pilu." - Imam Ahmad Al-Hassan (as) 

Imam Ahmad Al-Hassan (as) berkata dalam jawabannya ketika ditanya tentang, apakah mungkin untuk mengejar dunia.....

(((Tetapi bagaimana saya, dikatakan mengejar dunia?

Saya tidak percaya bahawa seseorang yang mengejar darjat (kedudukan) mengambil jalan yang saya telah ambil, kerana sebelum seruan (dakwah) ini saya terpencil dan saya lebih terpencil lagi sekarang dan kehilangan tempat tinggal di bumi Allah, saya dan keluarga saya, sama seperti para penzalim lakukan kepada bapa-bapa saya para Imam (as) alami, dan mereka adalah contoh tugas saya, kerana kebenaran meninggalkan pemiliknya tanpa kawan melainkan Allah SWT.

Dan saya terpaksa berpisah dari salah seorang yang paling dicintai di hati saya; ibu saya. Saya tidak pernah berpisah dengannya walaupun satu hari sebelum seruan (dakwah) ini, tetapi saya terpaksa berpisah dengannya sehingga dia meninggal dunia, dan saya jauh darinya, dan saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Begitukah orang yang meminta (mengejar) perjalanan dunia ini sebagai jalan yang sukar dan suram, dan dia dapat bertolak ansur dengan kesakitan dan kesedihan?

Dan saya tidak percaya bahawa seseorang yang meminta (mengejar) wang membuat Bait Al-Maal untuk orang yang beriman di setiap negara, dan sistem akaun dan tempat-tempat yang diketahui untuk pengeluaran dan setiap jumlah yang masuk ke Bait Al-Maal direkodkan dan setiap jumlah keluar darinya juga direkodkan, dan wakil-wakil yang dibenarkan memungut khums (khumus -seperlima), orang-orang yang dikenal, seperti Syed Hassan Al-Hamaamiy dan Syiekh Shadiq Al-Mohammadi, dan mereka tidak menyerahkannya kepada saya tidak juga mereka ambil untuk diri mereka sendiri, sebaliknya ia diberi kepada Bait Al-Maal dan diedarkan dari sana kepada fakir miskin, anak-anak yatim, janda-janda, pelajar dan lain-lain, dan juga untuk orang-orang yang tidak beriman dengan seruan (dakwah) ini.

Dan saya tidak mempunyai wang sara sendiri yang melebihi keperluan saya untuk sara hidup setiap hari dan sewa untuk kehidupan keluarga saya. Ya, yang saya miliki adalah sebahagian kecil tanah pertanian yang saya beli di pinggir Al-Najaf untuk didiami, dan saya bina sebuah rumah yang sangat kecil di sana dalam simpati dengan orang-orang miskin, dan saya fikir oleh kerana saya tinggal di Iraq, saya harus hidup seperti kehidupan orang-orang miskin lain di Iraq. Dan mungkin hari-hari akan berlalu dan saudara akan melihat rumah ini satu hari nanti. Dan wang yang saya dapat untuk membelinya adalah sebahagiannya dihadiahkan kepada saya oleh abang saya lebih tua, (Hafidzahu Allah – semoga Allah melindungnya), dan saya pinjam bahagian yang lain dari salah seorang sahabat saya yang juga seorang yang beriman pada seruan (dakwah) yang benar ini, dia adalah Al-Syeikh Abu Muhammad Al-Ziyadi (Hafidzahu Allah). Dan saya bayar balik dengan pendapatan hasil daripada tanah (tanaman) selepas menuainya. Dan apabila Al-Syeikh Abu Muhammad memberikan saya wang dengan dihadiri oleh beberapa orang ansar, Kalimah Fadak telah dicop pada nota bank (banknotes), dan pada hari yang sama beliau telah memberikan saya hadiah dari Kitab Al-Ghaybah yang juga dicap dengan Kalimah Fadak, jadi saya berkata Subhan Allah, tanda-tanda mengikuti satu sama lain. Dan perkara ini telah disaksikan oleh sekumpulan ansar tersebut, semoga Allah melindungi mereka, termasuk Al-Syeikh Abu Muhammad Al-Ziyadi dan Al-Syeikh Abu Al-Hasan al-Ziyadi dan Al-Syeikh Abu Al-Husain (Hafidzahuma Allah). Bagaimanapun, saya meninggalkan tanah ini pada tahun 2007 dengan isteri dan anak-anak saya beberapa jam sebelum ia diserang oleh angkatan tentera pengikut ulamak dan oleh hasutan ulamak, dan apabila mereka tidak menemui saya, mereka telah mengepungnya dan pengawal diletakkan sekelilingnya dan meninggalkannya selepas beberapa ketika. Dan bagaimana ia sama dengan Fadak, dan bagaimana tindakan hodoh mereka yang sama dengan tindakan mereka menyerang rumah ibu saya Al-Zahara (as). Dan sejak tahun 2007, saya tidak tahu apa-apa tentang tanah itu sehingga beberapa hari lalu, dari salah seorang daripada orang-orang mukmin iaitu Al-Syeikh Abu Hasan dan beberapa orang ketua-ketua puak Al-Najaf, semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka dengan kebaikan yang berusaha untuk mendapatkannya kembali. Dan puji-pujian tertentu bagi Allah yang menjadikan saya sama seperti ibu saya Fatimah Al-Zahara (as). dan bapa saya Amirul Mukminin Ali (as).

"Fadak (kamu manfaatkan) apa yang dimiliki di bawah langit. karena kerakusan hati sebagian orang sementara sebagian yang lain menutup mata darinya.. Tetapi Allah adalah Hakim yang terbaik dan diciptakan apa yang kamu manfaatkan dan yang tidak kamu manfaatkan dan tempat tinggal diri (jiwa) kamu dalam kubur esok nanti? Yang terganggu dalam akibat kegelapannya dan tidak ada berita yang kedengaran. kerana kubur adalah sebuah lubang yang walaupun ia luas, akan disempitkan oleh batu-batu dan jurang yang akan dipenuhi dengan tanah. Sesungguhnya  jiwa yang diredhainya adalah dengan takwa, supaya ia tiba dengan selamat pada Hari Ketakutan Besar, dan supaya ia akan berada di jalan yang lurus."}))

Mungkin sebahagian daripada mereka yang mengejar dunia ini dengan memenuhi keinginan nafsu mereka, dan sejak masa sebelum seruan (dakwah) lagi, saya telah berkahwin dengan seorang isteri dan dia adalah ibu kepada anak-anak saya dan saya tidak pernah mengenali sesiapa selain dari dia, tidak oleh perkahwinan tetap ataupun perkahwinan sementara. Jadi di manakah boleh dikatakan mengejar dunia ini di sini?

Saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana – ego) sehingga hari ini pada bila-bila masa pun, apabila saya bersama beberapa orang ansar dan kami perlu memasak makanan, saya yang masak dan ketika kami perlu mencuci pinggan mangkuk, saya akan cuci dengan tangan saya, walaupun mereka ingin melayan saya tetapi saya amat berbesar hati untuk berkhidmat kepada mereka. Apakah ini dikatakan perbuatan mengejar dunia?!

Dan saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana – ego):

Saya sendiri pergi ke pasar membeli keperluan rumah. Saya tidak mempunyai pengawal bersenjata dan tidak mempunyai senjata, Alhamdu Lillah, Allah mengurniakan saya keselamatan dan tidak membuatkan saya memerlukannya. 

Saya tidak menerima seseorang yang ingin mencium tangan saya dan tidak menyuakan tangan saya untuk dicium oleh orang lain seperti yang dilakukan oleh Al-Maraji3 (Marajik) dan sebahagian wakil-wakil mereka

Ini semua adalah hakikat (kenyataan) yang dilihat oleh ansar (pendokong) terdahulu dan sekarang terdapat ansar yang rapat dengan saya dan melihatnya, dan ia bukanlah perkara yang tersembunyi, bahkan dilihat dan disaksikan oleh sebilangan manusia pada masa lalu dan sekarang ini.

Di manakah dunia yang saya kejar?

Dan bagaimana dikatakan mengejarnya dan yang bagaimana pula dikatakan membawa kepada Allah?

Hadith-hadith mengatakan bahawa tangan tidak boleh dicium kecuali tangan seorang nabi atau washiy, jadi adakah munasabah orang-orang yang bukan nabi atau washiy dan yang menghulurkan tangan mereka untuk orang-orang menciumnya, meminta (mengejar) akhirat?! Manakala Ahmad Al-Hassan, yang enggan sesiapa mencium tangannya walaupun dia washiy, meminta (mengejar) dunia ini?! Demi Allah, saya tidak mengatakan bahawa kamu tidak adil kepada Ahmad Al-Hassan, sebaliknya kamu tidak adil kepada akal kamu jika beginilah cara kamu berfikir dan menghakiminya.

Kasihanilah diri kamu, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu. Mereka yang mewajibkan bertaqlid ke atas kamu adalah para pedagang ayam dan harta benda, mereka adalah pengikut hawa nafsu dan bukan pencari yang mengejar akhirat dan mereka tiada kaitan dengan akhirat dan kamu mengetahui perkara ini. Dan kamu telah melihat mereka dengan diri kamu sendiri di Iraq dan kalau kamu berada di luar Iraq, kamu melihat bahawa mereka menghantar anak-anak mereka dengan mengambil dari khums (khumus) dan wang dan menghabiskan masa berseronok di Barat dengan alasan menyebarkan agama. Saya ingin kamu akan bertanya kepada mereka mengapa mereka hanya menghantar anak-anak mereka semua belajar di Barat di luar dari Hauzah Al-Najaf, dan mengapa pejabat mereka diuruskan oleh anak-anak mereka yang melakukan apa yang mereka ingin dengan wang tanpa pemantauan, peraturan, kira-kira atau pengawasan?

Kasihanilah diri kamu, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu, dan gunakanlah kecerdasan kamu untuk membezakan dan mengenali kebenaran (hakikat), kerana para pengejar dunia kamu akan mengenalnya dari penyelewengan mereka, cara (jalan) mereka dan tindakan (perbuatan) mereka.)))

Berakhir. anda boleh ... link soalan

Seorang ansar yang beriman dengan Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as), dia adalah Al-Syeikh Jihad Al-Asadi, Dia adalah di antara yang turut bersama-sama Imam (as) dan yang kesepuluh. Dia:telah menulis:

(((Dipetik dalam Kitab Al-Imaamah Wa Al-Tabshirah oleh Ibn Baabuwaih Al-Qummi halaman 138 Jilid 157 Dari Harits bin Al-Mughirah Al- Nadhariy, berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah Al-Shadiq (as), Dengan cara apa untuk mengenal pemilik urusan (Shohib Al-Amr) ini?

Katanya (as) (dengan ketenangan, kesungguhan (Al-Waqaar), Ilmu (Al-3ilm), dan Wasiat (Al-Washiah)) dan pemilik urusan (Shohib Al-Amr) itu adalah pemegang wasiat Nabi.

Sekarang saya ingin membawa kisah Imam Ahmad Al-Yamani, (as). Bagi ketenangan (Al-Waqaar): Adalah menjadi kebiasaan (kerap) bagi para penentangnya mengakui penyesuaian bahawa Al-Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani, dia adalah orang yang tenang, bersunggun dan amanah atas agama sehingga dia dipanggil sebahagian di kalangan Hauzah sebelum seruan (dakwah) dengan Al-Shadiq Al-Amin (Yang benar lagi Jujur).

Di antara mereka yang rapat dengannya bersaksi dan mengakui kenyataan bahawa Imam Ahmad Al-Yamani (as) ini adalah orang-orang yang paling bijaksana, paling bercita-cita, sangat mendorong mereka, paling adil dan paling penuh kasih sayang dan menyenangkan, murah hati, tidak akan meminta apa-apa, tetapi dia yang memberi, tidak terdapat tanda-tanda dia memiliki dinar maupun dirham, tidak kasar; tidak membosankan dan tidak mengutuk atau menghina, dan merupakan salah seorang yang boleh tidur di atas tanah dan makan di atasnya, dan seorang hamba duduk di depan makanan ketika makan dan makan apa yang ada, tidak minta apa yang tidak ada, duduk bersama orang-orang miskin dan sederhana dan menghormati mereka sebagai manusia dan makan bersama orang miskin dan menghulurkan kepada mereka dengan tangannya suci. Memuliakan anak-anak yatim dan janda-janda dan merawat (melayan) mereka. dan pada orang berilmu dan orang-orang terkemuka dihormati dan dilayan dengan baik, walaupun mereka berselisih dan dia mampu mendahului mereka, dan mewujudkan.orang-orang kehormat dengan kebaikan kepada mereka, dan memberkan kasih sayang tanpa menampakkan perbezaan antara mereka, melainkan atas apa yang diperintah Allah dan tidak membenci  sesiapa, menerima dan meminta maaf, dan tidak bersendawa dan tidak pernah menguap. Tidak duduk bersandar dan tidak membezakan penampilannya jika bercakap dan duduk bersama-sama, dan membuka pintu jika diketuk dan berkhidmat dengan panggilan ahlinya, dan jika anda duduk, penglihatannya tidak tepat pada wajah seseorang, tidak menimbulkan kemurkaan Tuhan tidak marah pada dirinya sendiri.

Dia peribadi yang banyak berfikir dan tidak bercakap kecuali mentafsir al-Quran atau menjawab soalan: atau tidak bergerak lidahnya kecuali yang bernas. Tidak meninggi (melebihi) sahabatnya pada makanan atau pakaian atau di majlis, dan apabila sampai salah seorang sahabatnya dia bergegas menemuinya, dan jika kehilangan salah seorang sahabatnya dia berusaha keras menasihatnya, dia tidak membalas keburukan dengan keburukan, tetapi memaafkan dan mengampunkan, dan memulakan pertemuan dengan ucapan salam, dan tidak datang seseorang yang bertujuan untuk keperluan kecil atau besar, melainkan dia berdiri menunaikannya, dan sesiapa yang ingin segera memerlukannya disabarkannya sehinggalah dia melakukannya, dan apabila seseorang menghulurkan tangannya (untuk bersalaman) segera akan disambutnya, dan menghalang orang dari mencium tangannya, dan jika salah seorang daripada para sahabatnya telah mula berjabat tangan, ia tidak akan berdiri dan tidak akan duduk melainkan dengan berzikir pada Allah, dan tidak duduk salah seorang padanya atau menerimanya, melainkan mengatakan kepadanya: Apa yang diperlukan? Dan kebanyakan duduknya dengan bersilang kaki, seperti datuknya, Rasulullah (S) dan yang terakhir duduk di dalam Majlis, dan kebanyakan duduknya akan menghadap kiblat, dan tidurnya tidur para nabi berbaring pada bahagian lambungnya (punggung), Dan meniru pada bantal-bantal yang di belakang punggungnya, dan pada keredhaan dan kemarahannya dia tidak mengatakan sesuatu melainkan kebanyakan dari kata-katanya adalah yang haq dan yang cemerlang. Alhamdu Lillah kebesaran KhalifahNya.))) tamat kata-kata Al-Syeikh Jihad Al-Asadi.

Terdapat kenyataan yang lain dari mereka yang bertemu dengan Imam Ahmad Al-Yamani (as) dan Klik di sini



Hubungan Imam Ahmad Al Hassan (as) dengan para Maraji3 Agama di kota suci Najaf dan selainnya.


Imam Ahmad Al Hassan (as) adalah seorang tokoh yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan ulamak-ulamak dan penuntut-penuntutnya di Hauzah. Mereka amat menghormatinya (as) kerana kemuliaan akhlak dan kesantunan yang diakui oleh banyak pihak. Kebanyakan mereka berasa takjub dengan kesungguhan, keutamaan dan ketegasannya kerana Allah serta kritikan-kritikan membinanya dalam usahanya mereformasi (mengislah) kerosakan-kerosakan yang berlaku di Hauzah. Namun begitu keadaan menjadi sebaliknya setelah beliau (as) memberitahu mereka bahawa dia (as) diutuskan oleh bapanya  Imam Al Mahdi (as) sehingga menyebabkan mereka menggelarnya sebagai ahli sihir dan pembohong (semoga Allah menjauhkan darinya), malah sebahagian maraji3 agama berfatwa agar dia dibunuh.


Percubaan kerajaan Saddam (l.a) menjejakinya (as):


Saddam (l.a) telah menangkap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Imam Ahmad Al Hassan (as) walaupun mereka tidak beriman dengannya. Bahkan ramai daripada penuntut Hauzah telah ditangkap setelah dakwah secara terbuka dijalankan walaupun mereka tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Imam Ahmad Al Hassan (as). Mereka ditangkap hanya untuk pengecaman dan soal siasat dalam usaha menjejaki dan menangkapnya (as). Segala puji bagi Allah yang telah memalukan Sadam dan tenteranya serta membalas mereka dengan kerugian.


Pendirian Imam Ahmad Al Hassan (as) terhadap perang menjatuhkan Saddam (l.a)


Ketikamana Saddam (l.a) mencemari Quran yang mulia dengan menulis menggunakan darahnya yang najis sempena menyambut ulangtahun  kelahirannya yang tercela itu. Imam Ahmad Al Hassan (as) telah mengatakan bahawa ini adalah ulang tahun kelahiran yang terakhir buat Saddam (l.a) dan dia tidak akan menyambutnya lagi selepas dari tahun tersebut kerana telah bertindak melampau ke atas Allah SWT dalam menentang hak KekuasaanNYA, maka Allah SWT tidak akan membiarkannya begitu sahaja.

Diriwayatkan di dalam Hadis Qudsi firman Allah SWT bahawa “Penzalim itu adalah pedang. Maka AKU menuntut bela daripadanya dan membalas bela ke atasnya.” Oleh itu Saddam (l.a) adalah penzalim dan dia mendapat balasannya dari Allah dengan pedang.


Hubungan Imam Ahmad Al Hassan (as) dengan kerajaan Iraq, Majlis Tertinggi dan  komunikasi massa Ahli-ahli Agama dalam memburuk-burukkan peribadi dan dakwahnya (as).


Pertama sekali, para pendokong Imam Mahdi (as) tidak terlibat dengan sebarang bentuk proses pilihanraya dan kerajaan kerana Imam Ahmad Al Hassan (as) tidak mengimani hak perlantikan oleh manusia. Beliau sebaliknya mengimani bahawa hanya Allah SWT yang berhak melantik para Nabi dan pewaris-pewaris (washiy) alaihim salam, walaupun dibenci oleh manusia. Kerap kali kerajaan Iraq membinasakan tempat-tempat Ibadah terutama yang melibatkan pendokong Imam Mahdi (as) dan menangkap sebilangan dari mereka. Malahan menutup pejabat rasmi pendokong Imam Mahdi (as) di Najaf dan menangkap puluhan pendokong  di sana sebelum peristiwa Al Zarkah. Sebahagian pendokong tersohor yang ditangkap adalah Al-Syed Hassan Al Hamami, yang juga merupakan ulamak besar di Najaf dan anak kepada marja3 agama yang telah meninggal dunia iaitu Al-Syed Muhammad Ali Al Hamami.

Mereka juga telah melarang media massa daripada mengambil gambar dan melaporkan peristiwa tersebut tatkala mereka membinasakan tempat-tempat Ibadah khusus bagi pendokong-pendokong di Karbala dan Najaf serta menutup pejabat rasmi di Najaf.  Beberapa ketika sebelum berlakunya peristiwa fitnah di Al Zarkah beberapa media massa telah melaporkan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai menutup jenayah mereka dengan meletakkan kesalahan ke atas pendokong-pendokong (ansar) Imam Mahdi (as) dan menuduh mereka sebagai bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi. Segala puji bagi Allah yang telah menyingkapkan hakikat sebenar dan mendedahkan jenayah mereka. Namun begitu penangkapan ke atas sebahagian pendokong-pendokong masih berterusan dan sehingga kini pejabat rasmi di Najaf masih lagi ditutup dan dilarang para pendokong bagi membukanya semula.

Pada bulan Zulhijjah tahun 1428, Majlis Tertinggi dan juga cawangan-cawangannya telah mengeluarkan resolusi semasa konvensyen di Najaf, yang menuntut sebahagian wakil Maraji3 agama yang hadir untuk memerangi dakwah Imam Ahmad Al Hassan (as). Resolusi ini telah disiarkan di dalam siaran-siaran TV satelit dan selang beberapa hari selepas itu berlakulah peristiwa penyerangan dan penangkapan ke atas para pendokong serta penutupan pejabat mereka oleh pihak berkuasa.

Di pihak yang lain pula, ahli-ahli agama mula melakukan penerangan secara besar-besaran bagi memberikan gambaran yang salah terhadap dakwah Imam Ahmad Al Hassan (as). Sebagai contoh gambaran salah dan pembohongan tersebut adalah sepertimana disiarkan di dalam tv satelit Al Kausar yang berpusat di Iran. Apabila mereka menjemput Ali Al Kurani sebagai tetamu khas dan keseluruhan rancangan didedikasikan bagi membicarakan mengenai Imam Ahmad Al Hassan (as)  serta memberikan gambaran yang salah terhadap mesej dakwahnya. Antara yang diperkatakan Ali Al Kurani adalah pertuduhan bahawa “Imam Ahmad Al Hassan mengatakan dirinya telah mengahwinkan kakaknya kepada Imam Mahdi”. Padahal dia mengetahui dengan yakin bahawa Imam Ahmad Al Hassan (as) tidak pernah mengatakan hal yang sedemikian dan menyedari bahawa dirinya telah berbohong, namun tidak segan melakukan pembohongan dan perbuatan keji tersebut tanpa memperdulikan umurnya yang telah tua dan serban yang melilit di kepalanya.

Begitu juga TV satelit Iraq (yang dibiayai oleh kerajaan Iraq bagi menyiarkan pendirian kerajaan dan mempertahankannya) di dalam program beritanya (beberapa hari selepas berlakunya peristiwa Al Zarkah yang menafikan adanya kaitan dengan Imam Ahmad Al Hassan as) telah menghubungi individu tertentu melalui telefon dan individu tersebut secara terangan  telah memfatwakan kewajipan membunuh Imam Ahmad Al Hassan (as). Perkara ini tidak pernah dinafikan penerbit rancangan atau stesen TV kerajaan tersebut, sekaligus menunjukkan kebersetujuan mereka dan menjelaskan niat mereka ketika itu, yang diikuti dengan perlaksanaannya tidak lama selepas itu.

Walaupun diperlakukan sedemikian, para pendokong Imam Mahdi (as) tidak pernah mengangkat senjata melawan kerajaan yang telah mengarahkan angkatan bersenjatanya meroboh dan membinasakan tempat-tempat ibadat mereka di Najaf dan Karbala, menutup pejabat mereka di Najaf, menangkap dan masih berterusan menahan sebilangan mereka sehingga kini. Ini disusuli pula dengan peristiwa pada bulan Muharram 1429 hijrah yang menyaksikan ramai pendokong yang telah syahid dan ditahan, Insya Allah akan diceritakan apa yang belaku dalam peristiwa ini kemudian nanti.


Telah berkata Imam Ahmad Al Hassan (as) ketika menjawab soalan seorang penanya: “Telah dilaknat Haidar Musyattat maka lihatlah apa yang telah terjadi kepadanya, kami telah dizalimi oleh Abdul Aziz Al Hakim dan anaknya maka lihatlah apa yang telah terjadi kepada mereka, kami telah dizalimi oleh tentera marja3 agama dan juga tentera Muqtada Sadr maka lihatlah apa yang terjadi kepada mereka dan tidak lama selepas itu, bahkan Allah tidak pernah melengahkan balasanNYA kepada semua mereka walau seharipun. Haidar Musyattat berkelakuan seperti orang gila, yang kemudiannya dipenjarakan di Iran kerana berkelakuan tidak senonoh dan diikuti dengan kematiannya di Iraq setelah melakukan sumpah laknat di dalam akhbar rasminya mengatakan aku (Imam Ahmad as) tidak benar. Manakala Abdul Aziz Al Hakim dan anaknya telah bertindak melampaui batas ke atas pejabat pendokong Imam Mahdi (as) dua tahun sebelumnya dan tidak berapa lama selepas itu mereka dihinakan oleh Amerika apabila tertangkapnya ejen mereka yang bernama Ammar bin Abdul Aziz serta dimasukkan ke dalam penjara. Sekiranya mereka menentang Amerika sudah tentu ianya suatu kebanggaan bila diperlakukan sedemikian, tetapi sebaliknya tunduk kepada mereka dan berbaik-baik pula bersama mereka. Malahan Abdul Aziz Al Hakim telah menziarahi Rumah Hitam (kediaman rasmi pemerintah Iraq) selepas itu dan bersalaman dengan musuh Allah George Bush dengan penuh kemesraan.

Perlakuan ini menunjukkan ketidakwarasan dan aib di dunia ini. Setahun sebelumnya iaitu sebelum berlakunya peristiwa Muharram di mana keseluruhan kami telah berkumpul, Abdul Aziz dan anaknya telah bertindak menutup pejabat kami selang beberapa hari kami membukanya dan menahan sebilangan besar pendokong yang memuji kami berdekatan dengan makam Amirul Mukminin Ali (as) secara zalim dan kasar. Setelah itu disempurnakan pula oleh tentera Marja3 agama yang didorong oleh Syaitan dan tentera Muqtadha yang berdosa yang melakukan pembunuhan dan pembinasaan tempat-tempat Ibadat kami di seluruh pelusuk Iraq, maka apakah balasan mereka beberapa hari selepas itu? Abdul Aziz Al Hakim menderita penyakit kanser dan ini adalah azab dan keaiban di dunia lagi sebelum akhirat. Manakala tentera Marja’ agama dan tentera Muqtada berbunuhan sesama mereka tidak berapa lama selepas itu sehingga tiada pihak yang menang atau mengalahkan yang lainnya. Bahkan tentera Muqtada telah melakukan pembunuhan sebilangan besar tentera Marja3 agama dan terjadi sebaliknya selepas itu bilamana tentera marja3 agama berjaya mengalahkan tentera Muqtada, bukankah semua ini adalah tanda-tanda? Atau apakah yang perlu Allah lakukan agar manusia beriman? Atau perlu diutuskan kepada setiap mereka Malaikat yang memukul kepala mereka dan bila ditanyakannya kenapa kamu memukul aku, Malaikat itu akan menjawab kerana kamu tidak beriman dengan Ahmad Al Hassan. Adakah ini yang mereka inginkan? Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Tinggi lagi Maha Agung.” 



Para pengikut Imam Ahmad Al-Hassan (as)


Para pengikut Imam Ahmad Hassan (as) tersebar di seluruh dunia di dalam banyak negara seperti: Iraq, Iran, Pakistan, Kuwait, Qatar, Bahrain, UAE, Mesir, Maghribi, Najd dan Hijaz (Semenanjung Arab), Lebanon, China, Australia, Kanada, England, Sweden, Amerika Syarikat, dan negara-negara lain

Selain kaum Syiah pengikutnya dari kalangan Sunni, Kristian dan Yahudi yang beriman dengan seruan (dakwah) ini

Sebahagian besar mereka yang beriman sama ada kerana mereka bertemu dengan ansar yang berada di luar negara dan mereka menerangkan dakwah tersebut atau mereka telah melihat di laman Internet dan kebanyakan dari mereka melihat penglihatan-penglihatan dalam mimpi (rukya) di dalam tidur dan mereka mengimaninya, atau sebahagian daripada mereka memiliki bukti dari yang tak terlihat. Contoh dari ini adalah surat daripada seorang lelaki Kristian dari Mesir yang beriman kepada seruan (dakwah) ini dan menghantar surat kepada saudara-saudara ansar melalui Internet.

Nama: Emanuel Raphael
Negara: Mesir

Isi surat tersebut adalah seperti berikut:

Kepada delegasi penyelamat, pada saya ada surat untuk anda ditulis 322 tahun yang lalu dari Uskup Sarkhees Mekha pembaptis yang disimpan dan dimaterai walaupun saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan misteri ini, tetapi nama Yang Mulia jelas di atasnya. Sila hantarkan kepada saya alamat yang sesuai.

Dengan rasa hormat saya,
Emanuel
Umur: 71



Sumber Kewangan Kagiatan Dakwah


Sumbangan dari ansar yang bilangan mereka tidak sedikit di Iraq dan di luar Iraq, Alhamdulillah.


Kisah pertemuan Imam Ahmad Al-Hassan (as) dengan Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari (as):

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam dengan salah satu ucapannya, berkata:

Di makam kedua-dua Imam, Al-Hadi dan Al-'Askari (as), adalah merupakan pertemuan pertama saya dengan Imam Al-Mahdi (as) di Dunia Nyata ini. Dan dalam pertemuan ini, saya mengenali Imam Al-Mahdi (as) dan pertemuan ini terjadi beberapa tahun yang lalu. Selepas pertemuan ini, saya mempunyai banyak pertemuan lagi dengannya (as), dan dia telah memberitahu dan menjelaskan kepada saya banyak perkara.

Tetapi dia tidak memerintahkan supaya menyampaikan sebarang risalah (dakwah) kepada sesiapa pun ketika itu, tetapi beliau mengarahkan saya supaya saya berakhlak dan taat dan supaya saya mencapai makam Akhlak Ilahiyah. Dan dia memberkati saya pengetahuan-pengetahuan dan memberitahu saya mengenai kesilapan dan kesalahan yang serius di Hauzah Najaf pada masa itu, sama ada kesilapan-kesilapan pengetahuan, kesilapan amalan, social, politik atau ekonomi. Atau sama ada ia adalah kemerosotan beberapa simbol-simbol Hauzah ini dan proses ini adalah sangat menyakitkan saya.

Kerana ia mewakili keruntuhan tembok terakhir yang saya fikir mewakili kebenaran di dunia ini. Bagi saya ia mewakili kerosakan Garam, kerana semua yang rosak boleh diperbaiki dengan Garam tetapi bagaimana pula jika Garam pula yang rosak? Ia adalah satu proses yang menyakitkan, menyedihkan dan menakutkan, dan itu semua berlaku dalam masa yang sama, Imam membuat saya melihat Penindasan, Kezaliman dan Kerosakan.
Dan dia meninggalkan saya untuk berhadapan dengan semua ini tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan. Patutkah saya kembali ke tempat dari mana saya datang?

Satu soalan yang setiap kali saya tanyakan kepada diri sendiri, jawapannya adalah bahawa saya kini telah menjadi orang asing di tengah-tengah Hauzah Najaf. Dengan apa yang saya tahu mengenai kebenaran, bagaimana boleh saya tidak melakukannya walaupun menjadi orang asing kepada manusia di dunia ini?

Masa telah berlalu, begitulah hari-hari dan bulan-bulan sehingga Allah menghendaki saya bertemu dengan Imam lagi dan kali ini dia menghantar saya ke Hauzah Ilmiah di Najaf, supaya saya boleh mencadangkan apa yang Imam beritahu kepada saya untuk sekumpulan kecil Pelajar Hauzah. Jadi saya melihat ia penting untuk pergi ke pertemuan ini walaupun ia singkat kerana pertemuan ini mewakili detik bersejarah dalam hidup saya kerana ia adalah kali pertama Imam Mahdi (as), mengarahkan saya bekerja untuknya secara umum di Hauzah Ilmiah Najaf.

Kepada orang-orang yang memuliakannya beribu-ribu ucapan dan salam.

Dan kisah pertemuan ini adalah, bahawa pada suatu hari saya sedang tidur dan dalam tidur saya, saya melihat satu rukya (mimpi). Bahawa Imam Mahdi berdiri berhampiran Makam Al-Syed Muhammad, saudara (abang/adik) Imam Ali 'Askari (as). Dan dia mengarahkan saya supaya bertemu dengannya dan selepas itu saya bangun, ia adalah pukul 2 pagi, dan saya solat 4 Rakaat Solat Malam, kemudian saya masuk tidur dan melihat satu lagi rukya (mimpi) yang juga terdapat Imam Mahdi di dalamnya meminta untuk berjumpa dengan saya. Dan saya bangun dan waktu itu adalah pukul 4 pagi lalu saya selesaikan Solat Malam saya dan kemudian solat Fajr (Subuh).

Kemudian selepas dua hari dari rukya (mimpi) itu, saya pergi ke Samara di mana saya bertemu (ziarah) kedua-dua Imam Al-Hadi dan Al-Askari (as). Kemudian saya kembali ke tempat di mana saya bertemu (ziarah) Al-Syed Muhammad (as) dan kemudian saya pergi ke Baghdad di mana saya bertemu (ziarah) Imam Kazim dan Al-Jawad (as​​), kemudian saya pergi ke Karbala di mana saya bertemu (ziarah) Imam Al-Hussein dan para syuhada (as). Dan saya bertemu dengan Imam Mahdi pada waktu malam di Makam Imam Al-Hussein (as). Kemudian saya bertemu lagi dengan Imam Mahdi pada waktu pagi di Maqam Imam Mahdi, yang terdapat di Karbala di hujung Jalan Khidra.

Oleh itu, kami berdua duduk di Maqam, yang hampir tiada orang, kecuali khadam (penjaga makam) yang berdiri di kawasan solat perempuan jauh dari kami.

Peristiwa ini, adalah pada hari ke-30 Bulan Sya3ban, tahun 1420 Hijrah (7, Disember, 1999), dan saya kembali selepas pertemuan ini, kemudian berpuasa pada bulan Ramadan dengan limpah kurnia dari Allah. Kemudian pada akhir bulan Ramadan saya menuju ke Najaf supaya saya boleh mencadangkan apa yang saya telah ketahui, maka perbualan menjadi hangat antara saya dan beberapa orang pelajar. Dan akibatnya telah memutuskan hubungan dengan sebahagian daripada mereka dan sejumlah dari mereka yang berbeza pendapat dengan orang lain daripada mereka pula. Dan beberapa orang yang bersetuju dengan saya tidak membantu saya sehingga berlalu hari-hari dan bulan-bulan dan hampir 3 tahun berlalu tanpa sebarang penyokong pada saya dari pelajar Hauzah. Dan memang terdapat beberapa orang yang bersetuju dengan saya mengenai masalah kewangan dalam Hauzah dan dari sini gerakan untuk membetulkan masalah kewangan ini bermula.

Tetapi ia tidak menyebabkan Pemulihan-pemulihan sebenar, beberapa dasar dari beberapa Marja3 berkaitan dengan wang telah diubah tetapi ia hanyalah perubahan kecil yang hampir tidak ada perkata yang sesuai untuk menyebutnya. Dan banyak para ulamak kekal sama keadaannya dan hasilnya masyarakat penuh dengan orang yang mengalami penyakit yang lapar jasmani dan rohnya. Dan tidak ada orang yang berusaha untuk mengubah keadaan tersebut sehinggalah beberapa bulan kemudian hubungan saya dengan Imam Mahdi (as) mula ditunjukkan. Iaitu bahawa saya seorang Rasul (utusan) yang diutus olehnya dan proses ini tidak melalui pengumuman hanya pada saya sahaja. Sebaliknya satu kumpulan pelajar Hauzah mendengar dan melihat (rukya) di Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut) yang mengesahkan perkara ini kepada mereka. Sebahagian mereka mengenali saya dan ada yang tidak mempunyai hubungan dengan saya tetapi mereka masih tetap berbai3ah kepada saya. Dan saya memberi amaran kepada mereka tentang betapa sukarnya perkara ini dan memberitahu mereka bahawa mereka akan berpaling dari saya dan meninggalkan saya sebagaimana penduduk Kufah meninggalkan Muslim bin Aqil, tetapi mereka tetap berbai3ah (berjanji setia) untuk berkhidmat kepada saya dengan diri, wang dan anak-anak mereka kerana mereka sendirilah yang mengakuinya walaupun saya tidak meminta sesuatu daripada mereka.

Itu adalah pada Bulan Jamadi Tahun 1423 Hijriah (Ogos 2002), dan selepas itu ramai pelajar Hauzah berbai3ah kepada saya, namun kemudian datang kepada mereka sesuatu yang menakutan kerana kuasa-kuasa (tekanan) Saddam mula datang ke atas saya lalu mereka berundur dari ikrar dan sumpah mereka. Kemudian setiap individu dan kumpulan mencari alasan untuk berundur dari ikrar mereka dan suatu dakwaan dibuat untuk menuduh saya. Tetapi akhirnya mereka bersetuju atas dua perkara. Pertama menuduh saya sebagai ahli sihir besar, dan tuduhan kedua ialah saya mengawal jin dan menggunakan mereka dan memberi mereka bekalan untuk mengawal mereka. Oleh itu, saya kembali ke rumah selepas kumpulan itu berpecah dan tiada yang kekal dengan saya kecuali beberapa orang pelajar Hauzah dan beberapa orang yang beriman.

Dan pada tahun 1424 H dan pada bulan Jamadi Al-Awwal, datang kepada saya sekumpulan orang yang beriman dan mereka memperbaharui bai3ah mereka kepada saya, dan mereka membawa saya keluar dari rumah saya dan Dakwah telah dimulakan semula. Dan pada dua hari terakhir bulan Ramadan pada tahun 1424 tahun Hijrah ini (pada bulan November 2004) Imam Mahdi (as), mengarahkan saya untuk menyeru penduduk Bumi keseluruhannya dan setiap satu yang berkaitan dengan arahan-arahan kepada mereka yang datang dari Imam Mahdi.

Dan pada hari yang ketiga bulan Syawal Imam Mahdi (as), memerintahkan saya untuk mengumumkan Revolusi (Islah) terhadap penindas (penzalim) dan untuk mengorak langkah dan supaya dengan secepat mungkin saya menyeru (berdakwah) orang ramai untuk menyokong kepada Kebenaran dan orang beriman dan untuk melaksanakan Kebenaran demi meninggikan kalimah "La Ilaha Illa Allah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah" kerana sesungguhnya kalimah Allah adalah yang tertinggi! Sesungguhnya kalimah Allah adalah yang tertinggi! Sesungguhnya kalimah Allah adalah yang tertinggi dan perkataan orang-orang kafir adalah Terendah! Jadi tolonglah Allah dan Dia akan menolong kamu dan meneguh (menetapkan) pendirian kamu.

Tidak adakah penolong pada agama Allah?
Tidak adakah pendokong pada Al-Qur'an?
Tidak adakah penolong pada Khalifah Allah?
Tidak adakah penolong Allah?

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 

Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa Dia akan menjadikan mereka mewarisi bumi sebagaimana Dia dijanjikan kepada orang-orang yang sebelumnya, dan memberi mereka memahami agama yang Dia buktikan kepada mereka dan untuk menjual (menukarkan) ketakutan mereka dengan keamanan dan keselamatan. Untuk menyembah-Ku (Allah) itu dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu dan sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, sesungguhnya mereka adalah orang yang melampaui batas. [Al-Nuur 24:55]



Kata-kata Imam Ahmad (as) dalam khutbah Haji tentang Bai’ah dari manusia kepadanya


Aku tidak pernah meminta sesiapa pun memberi taatsetia (Bai’ah) kepadaku di peringkat permulaan tersebut. Malah apa yang berlaku semasa era Taghut penzalim Saddam ada sekumpulan penuntut Hauzah Ilmiyah Najaf telah memutuskan untuk memberikan bai’ah (taat setia) kepadaku sebagai utusan Imam Mahdi (as) selepas mereka melihat melalui (rukya) mimpi, kasyaf dan mukjizat. Setelah itu mereka mula mengajak penuntut-penuntut lain di Hauzah Ilmiyah Najaf untuk berbai’ah kepadaku. Allah Maha Mengetahui begitu juga mereka mengetahui sedemikian. Itu adalah Bai’ah Yang Pertama.

Setelah itu ramai dari mereka mengundurkan diri melainkan sebilangan kecil yang masih setia dengan perjanjian Allah Yang Maha Suci. Mereka yang berundur ini mula mencanangkan bahawa apa yang mereka lihat melalui (rukya) mimpi dan kasyaf adalah daripada Jin, dan mukjizat sebagai amalan sihir. Mereka biasa menggelarkan aku sebagai Al-Shadiq Al-Amin (yang benar lagi jujur) sebelum mereka mula menggelar aku sebagai ahli sihir dan pendusta. Aku pulang semula ke rumahku dan duduk di rumahku malam dan siang menikmati keakraban hubungan dengan kekasihku Allah Yang Maha Suci, redha dengan Qadha dan QadarNya, serta sabar lagi yakin bahawa Allah tidak pernah mensia-siakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan. 

Dengan izin Allah setelah kejatuhan rejim penindas Saddam, sebilangan kecil yang masih setia dengan perjanjian Allah memutuskan untuk mengajak orang ramai tanpa mendapat arahan dan keizinan daripadaku untuk berbuat demikian, malah aku tidak pernah bertemu dangan mereka ketika itu. Mereka datang kembali memberi taat setia (bai’ah) kepadaku dan memaksaku keluar dari kediamanku. Maka ini adalah Baiah Yang Kedua. Setelah itu dakwah tersebar luas dan berkembang menyebabkan bertambahnya bilangan mereka yang beriman.    

Setelah berlakunya murtad Haider Al-Mushattat dan kelompoknya, tiada yang kekal dengan perjanjian Allah melainkan sedikit yang masih setia. Maka, aku kembali semula ke kediamanku sekali lagi sambil menikmati keakraban hubungan dengan kekasihku Allah Yang Maha Suci dan bersabar dengan ujian mulia yang diberikanNYA. Aku tidak pernah mengajak sesiapapun untuk memberikan taat setia (baiah) kepadaku, tetapi dengan kehendak Allah SWT telah datang sekumpulan mereka yang telah disucikan Allah dengan kesetian (walak) kepada Ahli Keluarga Muhammad (Aali Muhammad) untuk memperbaharui semula taatsetia (baiah) mereka, yang mana Allah telah memilih mereka sebelum diciptakan dunia ini lagi bagi membantu Qaim dari Ahli Keluarga Muhammad. Ini adalah Baiah Yang Ketiga setelah dua kali terpukul dengan teruk dikepalaku.      

Segala puji dipanjatkan kepada Allah yang menjadikan aku serupa dengan Zhul Qarnain dan juga serupa dengan Amirul Mukminin Ali (as). Segala puji juga kepada Allah yang tidak menjadikan aku meminta-minta kepimpinan (Imamah) sebaliknya kepimpinan mencariku. Segala puji juga kepada Allah yang tidak menghinakanku dengan mengejar dunia, sebaliknya menjadikan dunia yang mengejarku.

Demi Allah, aku tidak meminta sebarang kerajaan dan kekuasaan, pangkat kedudukan, menduduki jawatan atau ketaatan dan kepatuhan manusia kepadaku dan arahanku, melainkan dengan perintah Allah SWT dan perintah Imam Mahdi (as)..




No comments:

Post a Comment