Tiada pengesahan sebenar pada Khataman Nubuwah yang ditunjukkan di atas dan tiada kaitan khusus dengan soalan dan jawapan di bawah.
Soalan 324: Dari Soalan melalui Internet (Al-Jawab Al-Munir
ختم النبوة
Khataman Al-Nubuwah (Mohor Kenabian), dan Mahdi Pertama adalah yang pertama daripada 313, dan dia dari Basrah, dan dia mempunyai tanda di pipi kanannya, dan dia mempunyai kelemumur di kepalanya, dan tubuhnya seperti susuk tubuh Musa bin Imran (as), dan di belakangnya ada Mohor Kenabian, dan dia terdapat di dalam wasiat Rasulullah (S), dan dia adalah yang paling berilmu di kalangan penciptaan, selepas Imam-imam, tentang Al-Quran dan Taurat dan Injil, dan pada awal kemunculannya beliau adalah seorang pemuda, Rasul Allah (S) bersabda: ".... kemudian beliau menyebut seorang pemuda dan bersabda, jadi jika kamu melihatnya berbai’ah kepadanya kerana dia adalah Khalifah Al-Mahdi " [60]
Adakah terdapat mohor jelas di belakang Al-Yamani (as) yang boleh dilihat dengan mata dan padanya ada wasiat seperti yang telah disampaikan dalam riwayat ini? Bagaimana pula dengan sifat-sifat yang lain seperti kelemumur di kepala, adakah jelas boleh dilihat?
Penghantar: Abu Al-Rahmaat- Arab Saudi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan
Bagi Mohor Kenabian, ia ada di belakang (badan) setiap washiy dari Aushiak Muhammad (S) dari Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), dan ia adalah Mohor Rasulullah Muhammad (S). Adapun adakah ia zahir (jelas) pada zahir penciptaan (pada badan) atau tidak?. Tetapi, ia mungkin dizahirkan Allah (menjadikannya jelas) bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan dijadikannya jelas supaya ia boleh dilihat. Selain itu, ia mungkin dilihatkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya sama seperti rukya (semasa tidur) atau Kasyaf (semasa jaga).
Bagi tanda dan kelemumur dan persamaan bentuk tubuh Musa (as), maka ini adalah jelas dan boleh dilihat dengan mata. Begitu juga, terdapat tanda-tanda lain, dan ia adalah tanda-tanda, sebahagiannya sentiasa boleh dilihat dengan mata dan kekal, tetapi keadaannya berubah, kerana mungkin peredaran darah boleh mempengaruhinya kadang-kadang untuk menunjukkan satu peristiwa yang berlaku pada masa lalu, dan sebahagiannya tidak dapat dilihat dengan mata tetapi Allah tunjukkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya
Bagi Mohor Kenabian, diharapkan saudara tahu bahawa Allah mungkin boleh membuat suatu tanda jelas yang boleh dilihat dengan mata di belakang Al-Makshum sebagai petunjuk Mohor Kenabian, tetapi ia bukanlah Mohor Kenabian yang sebenar, sebaliknya, ia hanyalah menjadi petunjuk (isyarat) padanya; kerana Mohor Kenabian bukanlah pada jasad benda yang fana (binasa), tetapi, ia adalah dalam ruh, dan darinya memancarkan sinar cahaya ke langit-langit dari ia dilihat oleh malaikat dan hamba-hamba Allah yang shalih yang dikehendaki Allah untuk mendedahkan (kasyaf) hijab dari penglihatan mereka supaya mereka boleh melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya, Yang Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi.
Ahmad Al-Hassan
Sya3ban Al-Khair / 1430 Hijrah
✡✡✡✡✡
---------------------------
[60] - Bisyarah Al-Islam: halaman 30
No comments:
Post a Comment