Imam
Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as)
Pewaris (Washiy) dan Rasul (utusan) Imam Mahdi (as).
Al-Yamani Imam Ahmed Al-Hasan as berkata:
Aku membuat kenyataan bagi pihak Imam Muhammad Al Mahdi as bahawa sesiapa
sahaja selepas tarikh 13 Rajab, 1425 H yang tidak mengikut Imam Ahmad Al Hassan
Al Yamani as adalah
1. Terkeluar dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi
penghuni neraka dan semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak.! Dan semua
ibadahnya tertolak, secara keseluruhannya maupun satu persatu. Tidak pada Haji,
solat, puasa, zakat, tidak juga pada Wilayahnya.
2. Rasulullah s.a.w.a Muhammad ibn Abdullah berlepas tangan dari sesiapa
yang menjadi milik baginda namun tidak menyertai seruan suci dan
mengisytiharkan kesetiaannya. "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan
binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat
menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan
juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali,
dari tali-tali yang dipintal.
Dan pujian bagi Allah yang Esa
وَإِذَا وَقَعَ
الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ
أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ
82. Dan apabila sampai
masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis
binatang dari bumi, Yang akan menyatakan kepada mereka, Bahawa manusia telah
tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran kami. (An-Naml 27:82)
Semua orang-orang yang membai'ah selepas 1425 AH bai’ah kesetiaan mereka
adalah diterima insyaallah. Semoga Allah swt menjadikan kita tetap teguh.
Dan juga pada kenyataan: "Tidak ada Yamani kecuali tangan kananku"
Al-Yamani as berkata:
Sesungguhnya, kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita akan kembali, dan
tiada daya atau kekuatan (upaya) kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung, dan beroleh laknat yang berpanjangan ke atas semua orang-orang yang
berpaling dari ikrar taat setia mereka kepada keluarga Muhammad (as), dan ikrar
taat setia kepada Mahdi mereka, Muhammad ibn Al-Hasan (as), dan ikrar taat
setia kepada khalifah, dan wasi-wasi baginda, dua belas Imam selepas baginda.
Dan beroleh laknat yang berpanjangan ke atas semua orang-orang yang berpaling
dari (syahadah) taat setia dengan Allah yang mereka telah sandarkan atau
janjikan kepada Allah yang dengannya untuk mempertahankan wasi Imam Al-Mahdi
Muhammad bin Al-Hassan (as), yang datang dan berada di belakang kamu.
"Dan Imam Muhammad bin Al- Hassan (as) adalah pengamal al-Quran, jauh sekali dari menentang Al-Quran itu! Jadi
jangan benarkan si jahil yang terkutuk menipu kamu. Dan sesungguhnya, saya
berada di leher setiap individu dari kalangan Ansar Imam Al-Mahdi yang
membai’ahnya. Saya tidak menolak seorang pun daripadanya dan saya akan bertanya
kepada mereka mengenainya pada hari kiamat. dan ada perjanjian yang diikat di
leher setiap orang yang telah diambil ke atas mereka di alam zarrah (Zarr).
Maka sesiapa yang berpaling daripada ikrar taat setia mereka dan melanggar
Perjanjian, sesungguhnya ke atas mereka laknat Allah dan laknat para Nabi dan
Rasul, dan laknat para malaikat dan orang-orang yang soleh."
Maka ketahuilah wahai manusia, bahawa tidak ada Yamani kecuali bagi saya
adalah seperti tangan kanan saya sendiri, orang yang menyeru kepada seruan
saya, orang yang memimpin ke jalan Allah yang saya berjalan di atasnya dengan
bimbingan bapa saya Imam Al-Mahdi Muhammad ibn Al-Hasan (as). Jadi, jika satu
hari orang yang di sebelah kanan saya condong ke kanan atau ke kiri, Bida' akan
berlaku kepadanya dan dia akan menjadi sesat dan hilang perhitungan dari jalan
Allah yang lurus, menyeru ke jalan neraka, dan Iblis (semoga Allah mengutuk
mereka) akan berbisik kepadanya, dan jadilah dia tentera terkutuk dari kalangan
manusia dan jin selepas dia mengikuti mereka , dan berkata dengan kata-kata
mereka,
{Aku lebih baik daripada dia, Engkau ciptakan aku daripada api sedangkan
dia Engkau ciptakan dari tanah lumpur }
Dan orang-orang yang bersalah akan mengetahui dengan apa yang mengubah
mereka dan membuatkan mereka akan berbalik, dan pengakhiran yang baik adalah untuk
orang yang soleh, dan tidak ada kuasa dan tidak kekuatan terselamat dari Allah,
Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa ...
Imam Al-Saadeq as mengatakan " (sehingga) apabila ia dibacakan
kepadanya ayat-ayat kami, ia berkata:" ini ialah dongeng orang-orang
dahulu kala!"" Mutafifeen - 13.Imam berkata: "Ini bermakna
mendustakan Al-Qa'em as dengan ia berkata kepada Al-Qa'em Al-Qa'em " Kami
tidak kenal kamu dan kamu bukan dari anak-anak Fatima as, seperti bagaimana
orang-orang musyrik berkata kepada Nabi Muhammad (saw). Mujam Ahadeeth Imam Al mahdi as v.5
p.385 Mustadrak Safeenat Al Bihar hal.1
*Ini bermakna mereka akan mendustakan
keturunannya , apabila yang jelas dalam kitab-kitab beliau adalah dari anak
Fatimah as kepada beliau.
Yang dinyatakan di dalam hadith Qudsi :
Iblis telah diperintahkan sujud kepada Adam, maka dia berkata: "Ya Allah
Dengan Kuasa Mu, jika Engkau boleh menangguhkan aku dari sujud kepada Adam aku
akan menyembah Mu dengan ibadah yang tiada siapa pernah beribadah seperti itu!"
Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa
berfirman: ..... Aku mahu ditaati mengikut cara yang Aku kehendaki.
No comments:
Post a Comment