Apakah
Agama Islam Juga Menyeleweng
Aluan
بسم
الله الرحمن الرحيم
السلام
عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى
الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
Kitab
Al-3Iijl Bahagian 2: (Anak Lembu)
Fitnah
Berhala Anak Lembu
العِجْــل
الجزء الثاني
|
Dari Kitab Imam Ahmad Al-Hassan Al-3ijl – Patung Anak Lembu
a. Muqaddimah
|
Saudara-saudari.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam
ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala
pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan
Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta salam pengiktirafan
sebanyak-banyaknya.
Saya
berlindung pada Allah dari kejahilan saya dan Al-Ana, mengharapkan limpah
rahmat nurNya. Agar mengenal hakikat qudrah dan IradahNya, hakikat
PenciptaanNya, mengenal Hakikat Al-3ahd wal Mitsaq, Hakikat janji dan kesetiaan
penciptaan. Makrifah dan Hakikat Qul Hua (Tauhid), Makrifah dan Hakikat Allah
fi al-Khalq, Makrifah dan Hakikat alam ghaib dan syahadah, Makrifah dan
Hakikat Imtihaan yang telah sedang dan akan dilaksana pada Tsaqalaan.
Kitab
ini membantu ansar Imam Mahdi (as) dan Ittiba3 (pengikut) Imam Ahmad
Al-Hassan (as) berdakwah diperingkat awal di Iraq khususnya dan ke serata
dunia.
Umat
Islam telah mengalami kerosakan dalam pemahaman Agama di samping
berada di dalam kezaliman pemerintah semasa. Tahrif (penyelewengan)
terhadap Agama Allah ini telah berulang sejak dari Khalifah Allah yang pertama sehinggalah wafatnya Khalifah
Allah, Al-Rasul, Nabi Penutup Muhammad (S). Khalifah Allah selepas Al-Rasul, Muhammad
(S) lebih dikenal dengan panggilan Khalifah Rasulullah menjadi kekeliruan
yang amat besar terhadap umat Islam.
Kini
di akhir zaman ini kita amat beruntung dengan terutusnya Imam Ahmad Al-Hassan
(as) yang dijanjikan:
Muslim
meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah,
dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa
sallam):
وإذا
رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه
المهدي
(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah
Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi)
[12].
Kerosakan
atau Penyelwengan di akhir zaman ini begitu parah, perpecahan dan
perselisihan umat bukan sahaja dari segi ikutan mazhab-mazhab malah telah
melibatkan sempadan-sempadan politik dan georgrafi yang memerlukan seorang Khalifah
Allah yang dijanjikan, yang akan mengislah dan menerangkan Kerosakan
atau Penyelwengan tersebut.
Saya
hanya membawakan sebahagian besar isi kitab bahagian 2 dari Kitab Al-3ijl
oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) untuk tatapan dan renung para pencari kebenaran
sekelian
Semoga
Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada saudara sekelian.
Penyusun
✡✡✡✡✡
------------------------------
[12]
- Shahih Muslim: 8 | 171, Bab kemusnahan Umat ini, sebahagian daripada
sebahagian mereka, Kitab Al-Fatan.Musnad Ahmad: 5 | 277.
|
No comments:
Post a Comment