Saturday, 8 November 2014

Adakah Dibolehkan Syura Dalam Menentukan Pelaksana Bagi Menjalankan Syariat Allah Di Muka Bumi?

Adakah Dibolehkan Syura Dalam Menentukan Pelaksana Bagi Menjalankan Syariat Allah Di Muka Bumi?



Soalan: Berdasarkan firman Allah SWT 

﴿وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat di antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.[Al-Syuraa 42:38]

Adakah dibolehkan Syura dalam menentukan pemerintah bagi melaksanakan syariat Allah di muka bumiNya, atau mungkinkah kedua-duanya dibolehkan iaitu pada satu masa Allah SWT menentukan khalifahNya dan di masa lain manusia menentukannya melalui Syura?

Jawapan:
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما
Ketuanan Allah (Hakimiyah Allah) bermaksud kekuasaan Allah dalam menetapkan syariat dan pelaksananya. Dia lah yang menetapkan syariat dan Dia jugalah yang melantik pelaksana bagi syariat ini samada ianya di kalangan Nabi-nabi, Aushiyak, Imam-imam atau raja (malik) sepertimana Thalut a.s, yang disebutkan dalam Al-Quran: 

﴿وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكاً﴾

“Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu”(Al-Baqarah 2:247).

Ketuanan Allah juga bermakna hukum syariat (Tasyri3) dan pelaksananya (Tanfiz) adalah Syari’ah  Al-Ilahiyah yang mesti dilaksanakan semasa memerintah mestilah dilaksanakn oleh seorang Maksum (terpelihara) dari sebarang kesalahan, kerana kesalahan dalam memerintah akan dikaitkan kepada Allah kerana ia adalah kekuasaanNya Yang Maha Suci. Untuk ini, semua orang setuju pada bahagian pertama kekuasaan darr mana-mana undang-undang Ilahi, dan ia tidak boleh ada campur dengan tangan-tangan manusia padanya atau ditetapkan dengan kemahuan mereka. Tetapi mereka berselisih dari segi pelaksanaannya, atau pelaksana yang dikhususkan walaupun tidak diambilalih oleh Abu Bakar dan Umar atas kerusi pelaksana akibat dari perselisihan di kalangan orang-orang Islam sekalipun ianya telah dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran bahawa Allah SWT yang menentukan Khalifah di bumiNya sepertimana disebutkan dalam Al-Quran; 

﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di muka bumi seorang khalifah”[Al-Baqarah 2:30]
.
Mereka yang mengatakan bahawa Pelaksanaan atau pelaksana boleh dipilih oleh manusia dan tidak disyaratkan ismah (kemaksuman) padanya,. Oleh itu mereka berasa perlu untuk menetapkan syarat tambahan pada pelaksananya iaitu mereka ditaati selama mana mereka mentaati Allah SWT dan diingkari sekiranya mereka berbuat maksiat kepada Allah SWT. Pengabaian ini adalah dengan akal fikiran kerana ia yang akan menentukan bahawa pemerintah (pelaksana) boleh melanggar undang-undang atau tidak melanggarnya untuk samada melampaui batas atau mentaatinya?

Apakah hak setiap insan untuk menetapkan samada seseorang itu mentaati atau mengingkari Allah SWT mengikut pandangannya? Atau perlukah manusia merujuk kepada fuqahak atau ulamak sebagai contoh? Sedangkan mereka ini bertelagah sesama sendiri tentang hukum halal atau haram berkaitan satu-satu perkara, contoh paling baik adalah dalam bab Ibu susuan bagi orang dewasa, perkahwinan Misyar, musik dan nyanyian pada hari ini? Sekiranya di Arab Saudi majlis Ulamak mereka menghukumkan bahawa ibu susuan bagi orang dewasa adalah halal dan di tempat lain pula para faqihnya memfatwakan bahawa hukumnya adalah haram. Jadi apakah dibolehkan bagi umat islam di Arab Saudi dan menganggap pemerintah mereka mentaati Allah SWT lalu mereka mentaatinya atau mengingkari Allah lalu mereka mengingkarinya? (Persoalan penyusuan orang dewasa berkaitan undang-undang dan status peribadi hal-hal yang boleh dihukum di bawah undang-undang Arab Saudi, seperti khalwat)

Kemudian dengan menghadkan (menetapkan) undang-undang ini bagi manusia dan yang diikut dan yang ditolak, di sana ada pula yang menerima kata pemerintah lalu mentaatinya dan yang tidak menerima lalu melanggarnya, Bukankah ini dikhaskan kepada yang paling utama yang patut menjadi pemerintah kerana dia mengetahui Syariat dan pemerintah itu adalah pelaksana undang-undang? Oleh itu pada hakikatnya tiada penyelesaian dalam hal ini melainkan satu sahaja iaitu Syariat (Undang-undang) dan pelaksananya (Pemerintah) kedua-duanya mestilah yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Adapun pada Firman Allah SWT: 
﴿وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.[Al-Syuraa 42:38]

Persoalannya apakah urusan penentuan khilafah atau pelaksana hukum Allah SWT ini dikira sebagai urusan manusia atau urusan Allah SWT? Untuk menerangkan keadaan ini, saya letakkan perumpamaan agar senang difahami: Apakah penentuan pengganti Zaid di rumahnya dikira sebagai urusan Zaid atau urusan Umar? Sudah tentu ianya urusan Zaid dan bukannya Umar, maka Zaidlah yang berhak menentukan siapa yang bakal menggantikannya. Campurtangan Umar dalam hal penggantinya tidak membawa sebarang makna, bahkan boleh dianggap sebagai penceroboh, tidak berakhlaq, tidak mengikut hukum dan tidak dapat diterima oleh mana-mana norma (nilai) kebiasaan dan akal yang sihat.

Begitulah halnya berkaitan penentuan khilafah Allah kerana bumi dan seluruh alam ini adalah urusan Allah dan bukan urusan manusia. Maka Allah sajalah yang berhak untuk menentukan siapakah yang berhak menggantikannya (menjadi khalifahNya) di bumiNya dan bukan manusia yang menentukan khalifah Allah. Maka kalau ia ditentukan oleh manusia (hal khalifahNya) tidak membawa sebarang makna, bahkan boleh dianggap sebagai penceroboh, tidak berakhlaq, tidak mengikut hukum dan tidak dapat diterima oleh mana-mana norma kebiasaan dan akal yang sihat.

Seterusnya, Allah telah menetapkan bahawa Adam a.s adalah khalifahNya yang pertama dan tidak membenarkan para Malaikat untuk memilih khalifah Allah atas muka bumiNya di kalangan mereka atau selain mereka. Sekiranya para Malaikat yang suci lagi maksum tidak dibenarkan memilih khalifah bagi pihakNya di bumiNya, maka apakah yang menyebabkan kita berfikir bahawa Allah SWT akan membenarkan manusia yang tidak maksum iaitu boleh jadi benar atau salah dalam semudah-mudah urusan untuk memilih khalifah bagi pihakNya?

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".”[Al-Baqarah 2:30]

Sedarlah bahawa penentuan khilafah Allah di atas muka bumiNya adalah urusan Allah SWT dan tiada siapapun berhak mengatakan ini adalah urusan manusia melainkan mereka benar berhati batu dan ingin menunjukkan kedegilan mereka.

Firman Allah SWT ((إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً )). Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Bagi mereka yang mengatakan bahawa ayat ini bermaksud setiap manusia adalah khalifah-khalifah Allah di atas muka bumi iaitu mereka bertindak bagi pihak Allah untuk memakmurkan muka bumi ini dengan binaan-binaan dan tanaman-tanaman. Maka bagi mereka persoalan ini, apakah Allah SWT itu petani atau pekerja binaan? Bukankah Allah SWT itu adalah Pencipta sekalian makhluk, Pemilik mereka dan Pemerintah sebenar mereka? Maka barangsiapa yang ditentukanNya selaku khalifah Allah akan bertindak bagi pihakNya di atas muka bumi ini kerana mereka adalah pemerintah dan pelaksana hukumNYA, dan Allah SWT adalah Empunya pemerintah (Malik al-Mulk).

Sekiranya benar khalifah Allah di atas muka bumi adalah untuk setiap manusia sepertimana dakwaan mereka, maka Daud a.s juga adalah di kalangan manusia tetapi kenapa perlu Allah SWT mengulangi pernyataanNya sekali lagi dalam ayat ini:

﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ


Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
jalankanlah hukum di antara manusia dengan Al-Haq (yang benar) dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. [Shad 38:26]


Ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa khilafah meliputi hak Kerajaan dan perlaksanaan hukum Allah di antara manusia dengan Al-Haq (kebenaran). Ayat ini menerangkan dan menjelaskan bahawa khilafah-khilafah Allah di atas muka bumiNya ini.kerana merekalah yang melaksanakan hukuman Allah SWT



No comments:

Post a Comment