Thursday 8 May 2014

Misteri 1: Kerosakan dan Kezaliman

Misteri Imam Mahdi (as)


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
        
Saudara-saudari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, A’immah dan Mahdiyyin serta limpahan salam kesejahteraan.

Saya berlindung pada Allah dari sifat Keakuan dan kejahilan saya, mengharapkan limpah rahmat NurNya.

Aku seorang Islam, aku menganut semua mazhab, semua firqah, semua manhaj, semua tariq, semua .... kerana aku anak zaman ini. Semua saudara Islamku di bumi Allah Azza wa Jalla ini sejak 1435 ditambah 10 tahun Hijrah terlalu ramai bilangannya sejak Nabi kita diutus.

Semua mereka adalah saudara-saudaraku, haram darah dan harta mereka bagi ku, kerana semua mereka saudara seIslamku. Masing-masing mereka semuanya punyai martabat di sisi Allah Azza wa Jalla. Ada di antara mereka yang pura-pura Islamnya mereka digelar munafiq oleh Allah aku tidak mengenalnya. Mereka bukan ‘Inad yang hatinya setuju dengan Islam tapi tidak pernah mengucap dua kalimah syahadat. Ada yang benar Islamnya, mereka ini diakui oleh Allah Islamnya dan ada yang digelar dengan berbagai gelar oleh Allah. Ada di antara mereka mencapai martabat Insan sempurna oleh Allah Taala. Sebahagian gelaran mereka di alam Kitab Allah yang mulia adalah:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab 33:35] 

Di akhir zaman ini aku dan saudara-saudara Islamku sangat resah, sangat keliru ia amat menghairankan. Seolah-olah tiada lagi dahan untuk berpaut. Begitu banyak permusuhan, pergaduhan malah peperangan berlaku di muka bumi ini. Antaranya ada yang berlaku sesama Islamku. Aku mesti melangkah dan terus melangkah membedah dan mencari rahsia dan misteri ini sehinggalah aku menyahut seruan Ilahi. Satu janji dari Allah melalui Nabi Pilihannya, HambaNya dan RasulNya tentang Khalifahnya di akhir zaman. Sekarang aku seorang Islam Islam, aku menganut semua mazhab, semua firqah, semua manhaj, semua tariq, semua .... dengan sedikit pembetulan.

Apakah Misteri Imam Mahdi (as) yang aku maksudkan....??!!

Misteri Pertama - Kerosakan dan Kezaliman

Terlalu banyak hadits-hadits mengenainya di samping ayat-ayat Allah

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ * وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾

Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka Imam-imam (pemimpin) dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu. [Al-Qashash: 28: 4-6] 

Fir'aun dan Haman zaman ini lebih zalim dan lebih merusak dari Fir'aun dan Haman zaman Musa (as).


وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka Khalifah di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [Al-Nur 24:55] 

Perhatikan sirah perjalanan Anbiak dan Mursalin, sejarah mereka berulang, itulah sunnah Allah dan menjadi tabiat penghuninya. Kini giliran kita pula...

Perhatikan pula hadith di bawah:

Hadith no 788 dalam Musnad Al Harith bin Abi Usamah (Zawaed Al-Haithami);


حدثنا داود بن المحبر بن قحذم حدثني أبي عن أبيه قحذم بن سليمان عن معاوية بن قرة عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لتملأن الأرض جورا وظلما فإذا ملئت جورا وظلما بعث الله عز و جل رجلا مني اسمه اسمي أو اسم نبي يملؤها قسطا وعدلا كما ملئت جورا فلا تمنع السماء شيئا من قطرها ولا الأرض شيئا من نباتها فيلبث فيكم سبعة أو ثمانية فان كثر فتسعة يعني سنين


Dari Daud bin Al-Muhabbar bin Qa7zham dari ayahnya dari Muawiyah bin Qurrah dari ayahnya, Rasulullah bersabda;

Dunia akan dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman, maka apabila ia dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman, Allah akan mengutus seorang lelaki dariku, namanya adalah namaku, atau nama nabi, dia akan memenuhkan dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia penuh dengan kejahatan dan kezaliman. Lalu langit tidak akan dihalang dari buminya, dan tanah dari tumbuhannya, dan dia akan memerintah selama tujuh atau lapan tahun, paling lama selama sembilan tahun.


Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,” Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah. Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi. 
                  
“meskipun masa keberadaan dunia ini telah habis dan hanya tersisa satu hari sebelum hari kiamat tiba, Allah akan memperpanjang hari itu hingga waktu tertentu untuk menegakkan kerajaan orang yang berasal dari ahlul-baytku yang akan dinamai dengan namaku. Ia akan mengisi dunia ini dengan kedamaian dan keadilan sebagaimana dunia ini akan dipenuhi ketidak-adilan dan penindasan setelahnya”(Shahih Tirmizhi, jld 2, hal 86; Al-Majma’ oleh At-Thabrani, hal 217; Al-Sawaiq Al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar, bab 11, bag. 1, hal 249)

Jadi Misteri Pertamanya dia akan zahir ketika dunia dipenuhi Kerosakan dan Kezaliman

Dunia dipenuhi dengan Kerosakan dan Kezaliman kerana manusia telah melanggar Perjanjian dan Persetiaan dengan Allah. Maka dengan pelanggaran ini manusia sendiri menerima akibatnya, ia rosak dan dirosakan dan ia zalim dan di zalimi.  Dan lebih malang lagi jika saat yang paling berharga ini mereka tidak mahu kembali.

Pernahkah kita mengetahui apa itu Perjanjian dan Persetiaan dengan Allah? Apakah di saat menempuh Kerosakan dan merasai Kezaliman para penzalim ini kita menuding jari menyalahkan puak itu puak ini, aku benar dia salah, mazhab aku betul dan mazhab mereka salah dan... itu dan ...ini?

الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّـهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ 

(Iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian (‘Ahd) Allah sesudah persetiaan (Mitsaq)nya itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi. [Al-Baqarah 2:27] 

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ 

Dan, ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "Dan dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".[ Al-Baqarah 2:124] 

وَمَا وَجَدْنَا لِأَكْثَرِهِم مِّنْ عَهْدٍ ۖ وَإِن وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقِينَ

Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. [Al-A’raf 7:102] 

Dalam mengenal misteri pertama ini kita perlu memahami beberapa istilah yang negatif dan positif tersebut

01. Melanggar Perjanjian dan Persetiaan [عَهْدَ  dan  مِيثَاقِ]
02. Melakukan Fasad (rosak) dan Fasiq (jahat) – [فْسِدَُ dan  فَاسِقِ ]
03. Dipenuhi Kerosakan dan Kezaliman
04. Diganti dengan Kebenaran dan Keadilan Al-Mahdi

Semua umat Islam, tidak kira dia bermazhab atau berfaham apa pun tahu bahawa zuhur Imam Mahdi (as) dan akan dibai’ah baina Rukn wal Maqam di Rumah Allah yang mulia. Di antara Batu Penjuru (Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim. Jika saudara dapat makrifat apa itu Ka’bah Allah Al-Haram dan Al-Hajar Al-Aswad saudara boleh memahami misteri Perjanjian dan Persetiaan atau saya ringkaskan sebagai sujud dan kucup. Saya akan buka rahsia ini di masa yang lain.

Al-Qur’an ada menyebut dalam banyak tempat kisah sujud kepada Adam dan sujud Ya’kub (as) bersama anak dan isterinya kepada Yusuf (as).  Al-Qur’an sentiasa menceritakan kisah perjalanan Anbiak dan Mursalin bersama umatnya, yang sentiasa ada perosak dan penzalim di sepanjang perjalanan manusia di muka bumi. Tetapi malang bagi kita terlalu jauh dengan Al-Quran.


MISTERI IMAM MAHDI>>Kuliah Akhir Zaman>>001

Di akhir zaman dunia akan dipenuhi dengan Kerosakan dan Kezaliman Imam Mahdi akan menggantikannya dengan kedamaian dan keadilan: Ada terlalu banyak hadits seperti ini dari mazhab umat Islam:

Rasulullah (S) bersabda:

“Meskipun masa keberadaan dunia ini telah habis dan hanya tersisa satu hari sebelum hari kiamat tiba, Allah akan memperpanjang hari itu hingga waktu tertentu untuk menegakkan kerajaan orang yang berasal dari ahlul-baytku yang akan dinamai dengan namaku. Ia akan mengisi dunia ini dengan kedamaian dan keadilan sebagaimana dunia ini telah dipenuhi kerosakan dan penindasan sebelumnya”
                                  
(Shahih Tirmidzi, jld 2, hal 86; Al-Majma’ oleh At-Thabrani, hal 217; Al-Sawaiq Al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar, bab 11, bag. 1, hal 249)

Kerosakan dan Kezaliman
                         
Kuliah ini dipetik dari Kitab Al-3ijl (Al-‘Ijl – Anak Lembu) oleh Imam Ahmad Al-Hassan Washi dan Utusan Imam Mahdi (as) Jilid 2. Di bawah tajuk:

Orang-Orang Yang Menyeleweng
المحرّفــون

Mereka adalah pemerintah yang pada zahirnya Islam dan ulamak suuk yang tidak beramal.

Para pemerintah yang menyeru supaya memutarbelitkan Syariat tidak lain adalah para penguasa (raja). Setiap iktikad atau hukum Syariat adalah bertentangan dengan pengekalan kerusi kerajaan. Ini menurut pandangan mereka perlu dirosakkan dengan menyelewengkannya, dalam apa jua bentuk, sama ada ia membina hadits-hadits dan ditempelkan kepada Ar-Rasul (sawas), atau memadam ayat-ayat atau surah di dalam Al-Quran, jika mungkin, atau dengan mencegah meriwayatkan hadits-hadits sahih Rasulullah (sawas), atau menghalang dari membaca al-Quran seperti ia diturunkan dan ditafsirkan seperti yang dikehendaki Tuhan, atau dengan mengupah mereka yang dipanggil ulamak untuk memutarbelitkan Al-Quran dan mentakwilkan tafsirannya mengikut keinginan pemerintah yang zalim.

Dan juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah, bahkan ia membantu untuk terus berkuasa lebih lama dan untuk lebih mudah melaksanakannya, terutamanya jika yang membantu mereka dalam keadaan jahil agama dalam masyarakat Islam dan wujud ulamak suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku pada negara-negara Islam hari ini.

Para ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana pemerintah yang tidak adil kebanyakannya mengisyaratkan dari tindakan dan perbuatannya secara umum dalam usaha memerangi Auliak Allah untuk mengeluarkannya dan memerangi syariatnya, tetapi ulamak yang tidak beramal boleh mengenakan pakaian ahli abid pertapa (warak), maka ia akan dapat misalnya, berpura-pura berjalan kaki, lemah lembut dalam ucapannya, dan mungkin berkelakuan dengan menghinakan diri dan bergaul bersama pengikutnya. Tetapi jika saudara menyiasat dengan lebih dekat lagi, saudara akan dapati ia sombong dan rosak (agamanya), mereka-reka kebaikan dan merendah diri, tetapi hanya pada zahirnya. Dia mengisyaratkan kepada sifat dalamannya, diterbitkan dari terlalu banyak untuk melepaskan dirinya yang akhirnya mendedahkan dalamannys yang Hitam, Maka (Apa yang dibina dalam tulang akan keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab - pentj].

Dan kemungkinan menjadi ulamak suuk berpanjangan walaupun selepas kematian mereka, akan kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan fatwa mereka yang tidak betul, dan akan kekal pengikut mereka kerana mereka mempunyai sifat-sifat munafik dan kerosakan yang tersembunyi di hati mereka, atas sebab-sebab banyaknya penyelewengan mereka, seperti menuntut kepimpinan agama, dan memuaskan keinginan nafsu diri.

Termasuk: Mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan (saya tidak tahu), tetapi tuntutan ini untuk mengetahui kitab Allah dan ilmu turunnya ayat dan tafsiran ayat muhkam dan mutasyabihat, walaupun mereka mempunyai fatwa setiap masalah syariah, dan menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah. Mungkin keangkuhan membawa mereka pada setiap apa yang dibawa, dengan melihat diri mereka sebagai ulamak dan yang lain-lain jahil. Dan mereka lebih baik daripada semua orang dan lebih tahu dari semua orang.

Mungkin dari anggapan terhadap penyelewengan kerana takut pemerintah taghut penzalim, mereka berfatwa untuk memuaskannya dan untuk mengelakkan pertembungan dengannya, sebagai contoh, keharusan terlibat dalam barisan angkatan tentera yang matlamat terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan melemahkan agama Allah di muka bumi dan menghapuskannya sama sekali jika boleh.

Mungkin ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji tambahan rasa bimbang terhadap dunia dan harta kekayaan, maka mereka akan bersikap lemah lembut kepada taghut penzalim, dan menyesatkan orang Islam dengan memutarbelitkan syariah.

Imam al-Shadiq (as) berkata: (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan merendahkan agama, kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.) [130].

Beliau (as) berkata: (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as), jangan jadikan di antara Aku dan orang berilmu yang terpesona dengan dunia kamu ini lebih kamu utamakan dari jalan mencintaiKu, kerana mereka termasuk jalan hamba-hambaKu yang lain, sesungguhnya paling rendah apa yang Aku buatkan untuk mereka, Aku telah mencabut dari rasa nikmatnya bermunajat kepada-Ku dari hati mereka ) [131].

Dan dari kata-kata Nabi Isa (as): (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk), dan kamu menerima ganjaran, tetapi membuang amalan, hampir-hampir Tuhan kamu menuntut untuk berbuat demikian, dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam kubur yang gelap dan sempit) [132].

Kedua-duanya adalah  di antara ulamak suuk yang tidak beramal, dan pemerintah taghut penzalim yang memerintah negara-negara Islam hari ini - lebih berbahaya dari Kafir Harbi seperti Zionis terhadap Islam; Ini adalah kerana kekalnya ulamak suuk yang bermakna kekalnya pemerintah taghut penzalim yang memerintah orang Islam, dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya kekalnya Zionis yang menduduki tanah umat Islam, dan kekalnya orang Amerika menguasai umat Islam untuk mengembalikan mereka dari kecelakaan dan kemusnahan; kerana pemerintah-pemerintah ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam, sama ada secara sedar atau janji-janji kekacauan yang melulu, dan seperti mana Zionis lakukan di sepanjang bulan-bulan perjuangan (intifadhah) yang diberkati di bumi Palestin, telah membunuh seratus orang atau lebih sedikit. Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka membunuh beratus-ratus orang sehari, malah beribu-ribu umat Islam. Seperti mana Zionis membunuh umat Islam untuk menjaga tanah yang dirampasnya, selama ini pemerintah taghut penzalim dan sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin, kerana mereka gemar menumpahkan darah. Mereka taghut penzalim ini dan penyokong mereka tenggelam dalam sifat kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal erti kebaikan sedikit pun
                           
﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), [Al-Baqarah 2:18]  [133].

Pertempuran pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan ulamak suuk yang tidak beramal, dan kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang menguasai negara-negara Islam, dan kemudian diikuti dengan pemerintah taghut penzalim yang menguasai seluruh dunia, tetapi sebelum semua itu kita mesti bermula dengan diri kita sendiri dan menyingkiran tentera-tentera syaitan. Rasulullah (sawas) mulakan gerakan pengislahan di Ummu Al-Qura di Mekah, sebuah bandar yang mewakili pihak berkuasa agama Hanafi dan bandar tempat menunaikan haji bagi penganut Hanafi, kemudian pergi ke kampung-kampung sekitarnya di Semenanjung Arab, dan kemudian ke empayar di sekitar baginda shalawatu Allah 3laihi wa 3la Aalihi.

Adalah tabi’ei (lumrah) untuk menghadapi semua arus kejahilan dan menghadapi pemimpinnya yang sukar dan perlu kepada kekuatan dari Zat Allah, keazaman dan kesabaran dari mara bahaya.

Dan mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya melainkan dengan sokongan ma’shum dari Allah SWT dan dia adalah Imam Mahdi (as). Tugas kita hari ini adalah menyusun atur (mempersiapkan) kerajaannya (as), mengislah semua jenis penyelewengan yang wujud, sebanyak mungkin, atau sekurang-kurangnya mengenalkannya kepada manusia, bukan untuk leka berdiri, berpeluk tubuh dan hanya mengatakan لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.

Ya, لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.,
وإنّا لله وإنا إليه راجعون - dan kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,
tetapi Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan kita telah bermohon kepada Allah untuk mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as) yang memberkati kita dan dengan kelebihannya dan sebagai karuniaNya dan memulakan kemuliaanNya dengan kezuhurannya dan untuk memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus, dan membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada kita Manasik dan Hukum Syariat yang sebenarnya.



✡✡✡✡✡


-----------------------------------
[✡✡] – Bintang Nabi Allah Daud (as) – The Star of David – Zionis mengelabui umat umat manusia dialah pewaris Daud (Kisah Panglima Jaluth mengalahkan thaluth)
[130]  3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 107.
[131] - 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46 dari Rasulullah (sawas).
[132]  Maniyah Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39, Sunan Al-Daramiy: Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.
[133]  Al-Baqarah:18.