Islam
Dihidupkan Semula Dari Syariat Ibrahim a.s
(الإسلام أحياء لشريعة إبراهيم (ع )
﴿قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي
رَبِّي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ دِيناً قِيَماً مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفاً
وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ * قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ
وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا
أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ﴾
{Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku
kepada jalan yang lurus, (iaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus,
dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik". Katakanlah:
sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang
diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri
(kepada Allah)". } [1].
Sebelum
diutus Muhammad (sawas), terdapat di Semenanjung Arab tiga agama Ilahi dan iah
adalah: Hanif , Yahudi dan Kristian. Dan
mereka semua diputarbelitkan dari jalan yang lurus, oleh itu, pengikut mereka
menyimpang dari jalan yang benar, kecuali sebahagian kecil yang berpegang
kepada yang benar, dan mereka tetap ada dari masa ke suatu masa, dan kebanyakan
orang Mekah telah menerima pakai Hanif sebagai agama mereka, yang sebahagian daripada
ulama sesat menyelewengkannya apabila mereka membawa patung-patung batu dan
mendakwa bahawa patung-patung ini adalah imej-imej malaikat, dan orang-orang
memandang ringan dan menjadikannya suci, dan melakukan kepadanya dengan cara
sembahan yang berbeza, dan mereka membuat manusia percaya bahawa Allah mahu
mereka mendekatiNya dengan perantaraan palung-patung ini, dan menjadikan mereka
percaya bahawa ia memberi mudharat dan manfaat selain Allah, bahkan, mereka
menjadikan patung-patung itu tuhan-tuhan disamping Allah SWT, satu kezaliman
yang besar.
Dan
sebagai kepercayaan yang diselewengkan dalam Syariah Hanif dimana hukum Syariahnya juga diselewengkan, ia
diselewengkan dengan lebih mudah
.
Telah
diriwayatkan bahawa Rasulullah (sawas) bersabda kepada Aktham Bin Al-Jun:
“Aku melihat Imran
menyeret ususnya dalam neraka , dan dia adalah orang pertama yang mengubah
agama Ibraham , dan yang pertama untuk melindungi al-haam, dan meninggalkan
al-saa'ibah, melepaskan ke mana saja ia mahu, dan memotong telinga al-baheerah,
dan menjaga al-waseelah, dan untuk mengadakan berhala, dan untuk menukar agama
Ismail, jadi aku tidak lihat tiada siapa yang lebih menyerupainya selain kamu,
dia berkata: “Wahai Rasulullah tidakkah ini sesuatu membahayakanku,” baginda
bersabda: “tidak, kerana kamu seorang yang beriman dan dia seorang kafir) [2]
Dan
telah diriwayatkan bahawa Rasulullah (sawas) berkata:
(Aku melihat `Amr bin
`Amir Al- Khaza`i menarik usus di belakangnya dalam Neraka, dan dia adalah
orang pertama untuk memulakan amalan Sa'ibah ) [3].
.
Tidak
semua penganut Hanif (al-Ahnaf) di Mekah
menyeleweng, tetapi ada yang kekal dari mereka sekumpulan kecil yang telah
memegang kebenaran, mereka adalah Abd Al- Muttalib, datuk Nabi (sawas), dan
Abdullah bapa Nabi (sawas), dan Abu Talib, bapa saudara Nabi (sawas), telah
dinyatakan dalam wasiat Nabi (sawas). kepada Ali a.s.
“Wahai Ali, Abdul
Mutalib mengamalkan lima kebiasaan (Sunan) - semasa Jahiliah - yang Allah Azza
wa Jal jalankan dalam Islam: Haram mengahwini (bekas) Isteri bapa. Oleh itu,
Allah Azza wa Jal turunkan
﴿وَلا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ﴾
{Dan janganlah kamu
kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu,} [4]
“Wahai Ali! Abdul
Mutalib tidak pernah berjudi cabutan anak panah (al-Azlaam), dan tidak
menyembah berhala, dan tidak makan persembahan pada peringatan,. Beliau pernah
berkata , 'Aku adalah pengikut agama bapaku - Ibrahim (as) ...) [5].
Dan
di dalam buku Sejarah, bahawa Sayyid Abd Al-Muttalib mengetahui tempat Zamzam
selepas dia diilhamkan (wahyu) Ilahi, oleh (ru’ya – pengelihatan- visi), jadi
dia menggali di tempat yang dilihatnya sebagai tempat Zamzam [6],
Ada pun Abu Talib, dia adalah ketua Hanif dan wasi dari Ausiak Ibrahim a.s, bahkan dia
adalah penutup mereka dan dia merupakan (hujjah) bukti kepada Nabi sebelum
diutus, kemudian dia adalah seorang pengikut Rasulullah (sawas). selepas
diutus, jadi dia adalah ketua bagi umat Islam di Mekah, dan kaumnya
meriwayatkan banyak tentang kelebihannya , dan mereka meriwayatkan banyak syair
untuknya atas keIslamannya, dan mereka meriwayatkan banyak jawatan-jawatan
beliau dalam menyokong Islam , namun, mereka mengatakan bahawa Abu Talib
meninggal dunia sebagai orang kafir, tanpa alasan lain kecuali kebencian pada
anaknya Ali a.s, yang peringatan padanya dilindungi (disembunyikan) dan mereka
tidak menemui sebarang kesalahan untuk mencelanya dari makhluk, akhlak atau
agama, apa Abi Talib kata:
"Tidakkah kamu
tahu bahawa kita dapati Muhammad seorang nabi seperti Musa, di dalam permulaan
kitab."
Sudah
cukup untuk membuktikan keIslamannya, jadi bagaimana kedudukan beliau dalam
menyokong agama Islam adalah lebih jelas daripada matahari pada siang hari , walaupun
dia menyembunyikan keIslamannya satu tempoh masa, seperti orang yang beriman
dari keluarga Firaun. "[7].
---------------------------------------
[1] Surah Al-An'am (6): 161-163.
[2] Al-Awa'il dari Ahmad Bin Abi Asim:
Halaman 40, dan kajian: Musnad Ahmad: Jilid 2, Halaman 366; Sahih Al-Bukhari:
Jilid 4, Halaman 160.
al-haam (unta jantan – yang
dibebaskan dari kerja untuk berhala mereka selepas ia telah selesai beberapa
kali mengawan
al-saa'ibah (unta betina - dilepaskan
bebas di padang rumput untuk tuhan-tuhan palsu mereka, dan tidak ada yang boleh
diperlakukan atasnya)
al-baheerah (unta yang susunya yang
dikhaskan untuk berhala dan tiada siapa yang dibenarkan ambil susunya),
al-waseelah (seekor unta betina
dibebaskan untuk berhala kerana ia telah melahirkan seekor unta pada
penghantaran pertama dan sekali lagi melahirkan seekor unta pada penghantaran
kedua ),
[3] Al-Awa'il dari Ahmad Bin Abi Asim:
Halaman 26, dan mengkaji semula sumber dalam nota kaki sebelumnya.
[4] Surah An-Nisa' (5):22.
[5] Man La Yahdurhu Al-Faqih : Jilid 4,
Halaman 366; Makarim Al-Akhlaq: Halaman 440.
[6] Sheikh Al-Kulaini meriwayatkan, beliau
berkata: Ali Bin Ibrahim dan lain-lain yang membangkitkannya (disampaikan
rantaian riwayat yang tiba kepada perawi hadith), beliau berkata: (Di Ka’bah
ada dua rusa emas dan lima pedang emas. Apabila suku Khaza’ah memenangi ke atas
suku Jurham dan mereka bertujuan untuk mengambil alih al-Haram (Baitullah),
penduduk Jurham menanam dua rusa dan pedang di Telaga Zamzam dengan baik dan
menimbusnya dengan tanah dan batu dengan cara yang tidak ada tanda ke pada yang
melihatnya supaya mereka boleh keluarkan. Apabila Qusayy menguasai Khaza’ah dan
kembali mengawal Mekah tiada yang mengetahui tentang Telaga Zamzam hingga ke
masa Abdul Muttalib (as) dan dia menjadi pemilik Ka’bah. Baginya, membentang
permaidani di hadapan Kaabah- Tiada yang pernah berbuat demikian sebelumnya.
Satu malam ketika dia sedang tidur berhampiran Kaabah dia melihat dalam mimpi
bahawa seseorang telah memintanya , “Galilah Barrah.” beliau berkata:
“Apa dia Barrah? Kemudian dia datang kepadanya pada malam ke dua dan
memintanya: . Galilah Taibah.” Pada malam ketiga dia datang kepadanya dan
bertanya kepadanya: . “Galilah Masunah.” beliau berkata: Apa dia Masunah.”
Akhirnya pada malam keempat beliau diarahkan untuk menggali Telaga Zamzam, juga
yang tidak akan pernah kering; tidak kira berapa banyak diberikan kepada Jamaah
Haji; galilah di tempat di mana gagak putih datang setiap hari untuk makan
semut. Dan pada Zamzam ada batu tempat semut keluar, jadi gagak putih datang
kepadanya setiap hari untuk makan semut. Apabila Abdul Muttalib bermimpi
seperti itu dia mengikuti maksudnya dan juga dapat tempat Zamzam. Kemudian
katanya kepada Quraisy: Selama empat malam, saya telah bermimpi tentang
penggalian Telaga Zamzam yang harta berharga. Marilah kita menggalinya. Oleh
kerana mereka tidak bersetuju, dia mula melakukan kerja itu sendiri. Pada masa
itu dia hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Harith yang juga membantu
beliau. Apabila mereka merasakan ia adalah sukar untuk menggali , dia datang ke
pintu Kaabah dan berdoa kepada Allah Azza wa Jal untuk memberinya sepuluh anak
lelaki dan berikrar yang dia akan mengorbankan salah seorang tersayang daripada
mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jal. Kemudian dia mula
menggali telaga itu lagi sehingga dia jumpa batu asas Ismail (as) dan memahami
bahawa mereka telah mencapai air beliau berteriak "Allah Akbar "
Melihat keadaan ini orang Quraisy juga berulang bertakbir dan berkata: "Ya
Aba al-Harith! Kami juga berkongsi harta ini, tidak boleh hanya untuk kamu.
" Abdul Muttalib menjawab:" Kamu tidak membantuku menggalinyaa, ia
kini untukku dan anakku selamanya ") Al- Kafi : Jilid 4, halaman 219.
[7 ] Dari Imam Al-Hassan Bin Ali,
Al-Askari dari bapa a.s: (Allah Tabaraka wa Taala telah mewahyukan kepada
Rasul-Nya (sawas) bahawa: “Aku menyokong kamu dengan dua Syiah: Syiah yang
menyokong kamu dalam rahsia, dan Syiah yang menyokong kamu secara terbuka, bagi
yang menyokong kamu dalam rahsia, penghulu mereka dan yang terbaik daripada
mereka adalah bapa saudara kamu Abu Talib, dan bagi orang yang menyokong kamu
secara terbuka, penghulu mereka dan yang terbaik daripada mereka. adalah
anaknya Ali Ibn Abi Talib. Kemudian dia berkata: “dan bahawa Abi Talib adalah
seperti orang yang beriman dari keluarga Firaun, menyembunyikan imannya) Al-
Ghadir : Jilid 7 , halaman 395; dan mengkaji Al- Kafi : Jilid 1, halaman 448,
Bihal Al-Anwar : Jilid 17 , halaman 141, dan lain-lain .
No comments:
Post a Comment