OLEH IMAM AHMAD AL
HASSAN AL YAMANI (A.S)
WASHI DAN UTUSAN
IMAM MAHDI (A.S)
بسم
الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين
وسلم تسليما كثيرا .
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan selawat Allah atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktirafan.[i]
﴿وَقَالُوا مَالِ هَـٰذَا
الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا أُنزِلَ إِلَيْهِ
مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا﴾
Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di
pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat
kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama
dengannya. (Surah Al Furqan 25:7)
﴿وَمَا أَرْسَلْنَا
قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ
وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً
أَتَصْبِرُونَ ۗوَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا* وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءنَا لَوْلَا
أُنزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ أَوْ نَرَى رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي
أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْ عُتُوّاً كَبِيراً* يَوْمَ يَرَوْنَ الْمَلَائِكَةَ لَا بُشْرَىٰ
يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا * وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ
فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا ﴾
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad)
melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan
Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang
lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu
sentiasa Melihat. Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan
menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat
melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh
dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang
sebesar-besarnya. (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari
itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah dan mereka
akan berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan.
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari
jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai
debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan: 20-23)
Malangnya itulah
kesudahan bagi kebanyakan ulama sesat di akhirat kelak. Mereka akan mendapati
amalan mereka menjadi debu yang berterbangan kerana tidak mempunyai keikhlasan.
Mereka akan mendapati tanah mereka tandus dan hasil tuaian mereka penuh
berongga dek anai-anai oleh idea mereka sendiri, idea-idea mereka dalam
menentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Semoga Allah memberikan kalian
perlindungan dari kesudahan yang buruk.
Mereka yang
disebut dalam ayat-ayat tersebut adalah ulama-ulama sesat. Permintaan siapa
lagi untuk melihat malaikat dan menentang para Nabi (a.s) dengan meminta
mukjizat, serta meninggalkan pilihan untuk beriman kepada yang ghaib? Siapa
lagi yang pertama untuk menentang panggilan Ilahi para Nabi dan Washi selain
daripada ulama-ulama agama? Tiada seorang insan yang waras dan menghormati
kepintaran dirinya di dalam masyarakat akan mengharapkan orang-orang lain yang
menentang dakwah Ilahi ini melainkan daripada ulama agama. Allah merujuk kepada
ulama ini dalam al-Quran sebagai ketua-ketua atau sarjana, manakala masyarakat
sesat biasanya mengkategorikan mereka sebagai pakar dan yang paling kompeten
dalam membuat rumusan.
Masyarakat sangat
bergantung kepada orang-orang seperti mereka untuk mengiktiraf kesahan dan
ketidaksahan panggilan baru agama yang dibawa oleh Nabi atau Washi. Malangnya,
individu-individu ini menerima penghakiman mereka tanpa ilmu pengetahuan,
pemikiran atau penyelidikan dan juga tanpa melihat bahawa ketua-ketua atau
sarjana atau ulama sesat ini adalah orang yang paling rosak di sisi pengislahan
dakwah Ilahi dan pengislahan utama para Nabi dan Rasul.
Jadi bagaimana
manusia dapat memastikan keselamatan mereka sendiri dengan menyebelahi ulama
agama dan seterusnya menjadikan mereka hakim bagi menentukan siapa yang benar
dan yang salah, dalam urusan yang mana ulama mewakili salah satu daripada dua
pihak yang berlawanan? Dan bagaimana manusia dapat memastikan keselamatan
mereka dengan menyebelahi ulama, dan dalam masa yang sama mengetahui bahawa
mereka (ulama) sentiasa mempunyai sikap yang sama terhadap dakwah para Nabi dan
Washi (a.s)?
قَالَ الْمَلأُ مِن قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ
فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ
Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai
Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (Surah Al A’raf: 60)
قَالَ
الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي سَفَاهَةٍ
وِإِنَّا لَنَظُنُّكَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami (wahai
Hud) nampakmu berada dalam kebodohan dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah
dari orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Araf: 66)
فَقَالَ
الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قِوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلاَّ بَشَراً مِّثْلَنَا
وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلاَّ الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ
وَمَا نَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ
Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak
memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami dan kami
tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin
hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai
sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang
pendusta. (Surah Hud: 27)
فَقَالَ
الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قِوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلاَّ بَشَراً مِّثْلَنَا
وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلاَّ الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ
وَمَا نَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ
Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri):
Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia bertujuan hendak melebihkan
dirinya daripada kamu dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang
Rasul) tentulah Dia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah
mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
(Surah Al-Mumenoon: 24)
وَانطَلَقَ
الْمَلَأُ مِنْهُمْ أَنِ امْشُوا وَاصْبِرُوا عَلَى آلِهَتِكُمْ إِنَّ هَذَا
لَشَيْءٌ يُرَادُ
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk
neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka
lalai. (Surah Ya Seen: 6)
Bagaimana manusia
langsung tidak mengambil kisah dan tidak memberi perhatian atau
sekurang-kurangnya mengarahkan diri mereka untuk membuat penyelidikan, dan
bukannya secara membuta tuli mengikuti dan meniru ulama sesat? Bagaimana mereka
jatuh berkali-kali ke dalam kesilapan yang sama dan menderita akibat yang
sama?
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami
telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka
menyesatkan kami dari jalan yang benar. (Surah Al-Ahzab: 67)
Ulama-ulama sesat
yang Quran rujuk sebagai tuan-tuan atau ketua-ketua ini tidak pernah mengubah
ungkapan mereka ketika menentang para Nabi dan Washi. Malahan Allah swt
berfirman:
أَتَوَاصَوْا
بِهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
Adakah
mereka semua telah berpesan-pesan untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka
semuanya adalah kaum yang melampaui batas. (Surah Adh-Dahriyat: 57)
Apakah yang telah
terjadi kepada manusia sehingga mereka langsung tidak mengambil perhatian dan
tidak belajar daripada pengalaman lalu untuk menyelamatkan diri mereka dari
ulama-ulama ini dan membebaskan diri daripada perangkap-perangkap mereka? Dalam
ayat tersebut, Allah mahu mengarahkan perhatian individu kepada kebenaran
bahawa itu adalah kaedah ulama sesat dalam menentang dakwah para Nabi dan Washi
yang tidak pernah berubah, justeru jangan mengikuti atau meniru mereka seperti
orang buta. Kaji sejarah umat-umat terdahulu dan lihat bagaimana mereka telah
disesatkan oleh ulama-ulama sesat. Ulama-ulama ini membawa umat supaya
memerangi Nabi dan Washi, dan dalam masa yang sama memperdaya sebahagian besar
umat manusia bahawa mereka telah berbuat baik.
Satu soalan sahaja
sudah mencukupi sebagai contoh dan peringatan kepada orang-orang yang mempunyai
hati yang memahami: Apakah perbezaan antara seorang yang bertanya kepada Ali
(a.s), "Berapa bilangan helai janggut saya?" Meminta beliau (a.s) melaksanakan
mukjizat, dan yang seorang lagi meminta Washi dan utusan Imam Al-Mahdi (a.s)
untuk "menukarkan janggut saya supaya kembali berwarna hitam". Dengan
tujuan meminta beliau untuk melaksanakan mukjizat? Apakah ada perbezaan di
antara kedua-duanya?
وَقَالَ
الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءنَا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ أَوْ
نَرَى رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْ عُتُوّاً كَبِيرا
* وَقَالَ
الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءنَا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ أَوْ
نَرَى رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْ عُتُوّاً كَبِيرا
Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan
menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat
melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh
dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang
sebesar-besarnya. (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu
tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah dan mereka akan
berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk). Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan. (Surah Al Furqan: 21-23)
Amalan mereka
menjadi debu yang berterbangan kerana tidak mempunyai keikhlasan. Mereka
sombong dan telah dijangkiti dengan penyakit iblis. Sebagaimana kita telah
dapati dan ketahui hari ini bahawa mereka telah dijangkiti dengan penyakit
iblis, iaitu dengan membandingkan kaedah kedua-dua mereka dalam mengkonfrontasi
para Nabi dan Washi adalah jelas sama. Perhatikan kata-kata iblis:
أَنَا
خَيْرٌ مِّنْهُ
"Aku lebih baik daripada dia." (Surah Al-Araf:
12)
dan perhatikan
pula kata-kata ulama:
وَقَالُوا
مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا
أُنزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيراً
Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan
berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan
malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran
bersama-sama dengannya. (Surah Al-Furqan: 7)
Kita dapati bahawa
permintaan mereka sepanjang masa adalah mukjizat yang dapat memaksa mereka
untuk percaya dan mewajibkan mereka untuk tunduk kepada ketuanan Rasul, dan
tidak lagi mempunyai pilihan. Tidak sepertimana Malaikat dan iblis yang
mempunyai pilihan sama ada untuk sujud atau tidak.
لَاهِيَةً
قُلُوبُهُمْ وَأَسَرُّواْ النَّجْوَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ هَلْ هَذَا إِلَّا
بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan
maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan
berkata: Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu?
Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu
nampak dan mengetahui karutnya? (Surah Al-Anbiya: 3)
Kesimpulan
permintaan tidak masuk akal mereka ini adalah tuntutan untuk membatalkan ujian
di dunia ini, yang sebenarnya menunjukkan kebodohan yang bertingkat-tingkat dan
kesedaran yang lemah. Itu adalah cara kebiasaan ulama sesat yang mahir dalam
kejahatan. Mereka tidak pernah menerima nabi dan rasul untuk menjadi manusia
biasa sepertimana diri mereka, iaitu manusia biasa yang ikhlas kepada Allah dan
Dia memberkati mereka, bercakap dengan mereka, dan menjadikan mereka maksum[ii]. (2)
قُلْ
إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ
وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا
يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia
mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah Al-Kahf:
110)
Di sebalik
kenyataan Allah yang jelas di dalam al-Quran ini, kita dapati bahawa mereka
pada hari ini mensifatkan para Nabi dan Washi yang terdahulu dengan sifat-sifat
mutlak Allah seperti tidak lalai dan lupa sehingga kepada tahap seratus
peratus, berkeupayaan untuk melakukan apa-apa sahaja, mengetahui segala-galanya
dan sebagainya dari sifat mutlak Allah. Segala puji hanya buat-Nya.
Mereka melakukan
ini, iaitu satu pada hari ini dan begitu juga satu lagi yang sebelum ini, hanya
kerana mereka enggan diterajui oleh manusia yang menyerupai diri mereka, iaitu
seorang manusia yang menjadi tulen dan suci oleh amal dan keikhlasannya kepada
Allah, yang bersebabkan itu Allah memberi keistimewaan dan menganugerahkannya
ketuanan ke atas orang lain. Mereka mensifatkan mereka (a.s) dari masa lalu,
yang mereka dakwa untuk percayai bukan sebagai manusia biasa seperti diri
mereka, tetapi berbeza dari awal lagi melalui anugerah-anugerah dan sifat-sifat
ketuhanan. Justeru tanpa menyedari bahawa kepercayaan jahil mereka ini
membatalkan ketuanan maksumin ke atas manusia lain dan menuduh Allah swt
sebagai tidak adil.
Oleh itu,
kebenaran jelas terbentang di hadapan semua individu yang waras bahawa siapakah
orang-orang yang langsung tidak percaya kepada Ali (a.s) atau Hussein (a.s)
pada hari ini. Apakah orang-orang jahil ini memerlukan peribadi maksum datang
membawakan mukjizat yang dapat memaksa mereka supaya beriman kepadanya dan
menyertai Hussein (a.s) di Karbala, iaitu pihak Hussein (a.s) yang ditewaskan,
dikalahkan, dibunuh, dijatuhkan panjinya, yang dicuri khemah-khemahnya dan
wanita-wanitanya yang ditindas?
Demi Allah swt saya
bersumpah bahawa saya bukan melulu, jika saya katakan bahawa orang-orang yang
jahil pada hari ini yang menetapkan peribadi-peribadi maksum sebagai maha hebat
dalam setiap perkara adalah orang pertama yang mencetuskan pembunuhan Hussein
(a.s). Bukan kerana taat kepada Yazid bin Muawyah tetapi dalam ketaatan kepada
hawa nafsu mereka sendiri dan bagi memuaskan jiwa mereka yang sombong serta iri
hati terhadap Awsiya Allah.
Jiwa-jiwa mereka
enggan mengakui kelemahan mereka seterusnya mendakwa bahawa hanya imam boleh
mencapai kemaksuman, bertujuan membatalkan ketuanannya ke atas orang lain dan
membatalkan isyarat yang datang dari manusia tulen dan suci ini berpunca dari
amalnya sendiri. Sehingga ke peringkat menganggapnya sebagai najis dan
kebencian yang mendalam di dalam diri semua orang. Sudah tentu isyarat ini
adalah agak menyakitkan kepada orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai
timbalan atau wakil maksum (a.s).
Mereka tidak
mempunyai jalan melarikan diri [dari isyarat] selain salah satu daripada dua
pilihan ini: iaitu sama ada mereka menganggap beliau sebagaimana tanggapan diri
mereka sendiri yang secara palsu mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan bodoh
dan perbuatan-perbuatan yang serupa dengan diri mereka sendiri seperti yang
dibuktikan dalam Taurat, Bukhari, dan buku-buku Islam yang orang-orang Yahudi
dan beberapa sunni (khususnya Wahabi) percayai. Atau mereka mengambil jalan
untuk membezakannya dengan meletakkan sifat-sifat ketuhanan yang beliau (a.s)
terpaksa bermula, iaitu dengan memansuhkan perbandingan dan menghapuskan
isyarat. Inilah apa yang telah dilakukan oleh penganut-penganut Kristian dan
orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai Syiah. Orang-orang Kristian telah
memanggil Isa (a.s) sebagai Allah (Pujian bagi Allah swt yang jauh melangkaui
batas itu), sedangkan orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah menyifatkan
peribadi maksum dengan kualiti mutlak ketuhanan yang hanya boleh disifatkankan
kepada Allah swt.
Berdasarkan
kepercayaan mereka tentang maksum tersebut, mereka sekaligus mengutuk Hussein sebenar
(a.s) yang telah syahid di Karbala sebagai penyamar lagi pendusta (Semoga Allah
menjauhkan hal sedemikian). Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa mereka
adalah adik-beradik kepada pembunuh Hussein. Jika mereka telah berpura-pura
menangis ke atas Hussein (a.s), maka saya bersumpah dengan nama Allah bahawa
mereka adalah pembohong dan orang-orang munafik. Mereka tidak menangis ke atas
Hussein bin Ali (a.s), yang syahid di Karbala di mana para wanitanya telah
dijadikan tawanan dan telah dicabuli kemuliaan mereka. Mereka menangis ke atas
Hussein yang tidak kita ketahui, iaitu Hussein yang merupakan pembikinan
khayalan dan diri mereka yang sakit, yang enggan percaya bahawa Hussein (a.s)
Imam sebenar yang dilantik oleh Allah swt adalah seorang yang lemah, yang
dirinya tidak boleh melakukan apa-apa kemudaratan atau kemanfaatan melainkan
apa yang Allah kehendaki.
Mereka menangis ke
atas Hussein yang tidak wujud dalam realiti, Hussein yang disifatkan dengan
sifat-sifat ketuhanan yang mutlak (Pujian bagi Allah swt yang jauh melangkaui
hal itu), kerana jika dia wujud di alam realiti maka sudah pasti iblis tidak
akan memberontak terhadapnya. Hussein yang mereka berpura-pura menangis ke
atasnya adalah satu ilusi minda mereka, yang secara tepatnya adalah sepertimana
ilusi Adam dalam fikiran iblis. Iblis berkata, "Inilah Adam yang telah
diperintahkan aku untuk sujud kepadanya adalah sama seperti aku. Sesungguhnya
penampilan[iii] aku adalah lebih baik
daripada dia, jadi aku tidak akan melakukan sujud kepada yang aku lihat jauh
lebih rendah dariku. Bagi Adam yang aku akan sujud kepada adalah Adam yang
lebih baik daripada aku. "Wahai orang beriman, lelaki dan wanita beri
perhatian dengan perkara ini kerana Iblis telah jelas membuat sebab untuk
enggan sujud kepada Adam atau taat kepadanya. Seperti yang dia berkata,
"Aku lebih baik daripada dia."
قَالَ
مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ
خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada
Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari
tanah. (Surah Al-Araf: 12)
Seolah-olah
berkata, jika sekiranya dia lebih baik daripada aku dari segi zahirnya, maka
tiada apa yang akan menghalang aku dari sujud kepadanya. Oleh itu terdapat satu
lagi Adam dalam fikiran dan ilusi Iblis, Adam yang dia akan sujud kepadanya dan
Adam yang lebih sempurna penampilannya daripada iblis. Seolah-olah, Adam
memerlukan kuasa maha hebat pada pandangan iblis sehingga boleh memaksa dia
untuk taat kepadanya, iaitu seolah-olah Adam adalah lebih baik daripada dia.
Mereka yang dahulu bersama dengan Rasulullah Muhammad (sawas) dan mereka yang
kalian lihat hari ini, kedua-duanya mempunyai kaedah yang sama seperti Iblis
dalam mengkritik dan menilai para Nabi dan Awsiya.
Ianya adalah
kaedah lapuk Iblis[iv] yang jelas
mengatakan kemaksuman (atau Awsiya Allah swt berbanding lain-lain) mesti
kelihatan lebih baik daripada yang lain, yang mempunyai kuasa ghaib, contohnya
satu keajaiban untuk memenuhi permintaan sesiapa sahaja dan berkeupayaan untuk
melakukan segala-galanya yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Sebab
itulah apabila mereka mengatakan: "Kami telah menangis ke atas Hussein dan
tangisan ke atas Hussein akan menjamin kita masuk ke syurga," maka Allah
swt mengatakan kepada mereka, "Wahai ulama sesat, amalan kamu adalah
seperti debu yang berterbangan."
وَقَدِمْنَا
إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُوراً
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah
kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia
terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan: 23)
Kerana kalian
tidak menangis ke atas Hussein (a.s) yang sebenar, tetapi kalian telah menangis
ke atas Hussein ilusi kalian yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Hussein
bin Ali (a.s). Sekaligus menjadikan amalan kalian seperti debu yang bertaburan.
Seperti seorang yang menanam sekeping besi di padang pasir dengan menyiram
minyak ke atasnya dan berkata dia telah menanam pohon kurma di dusun yang
diairi dengan air tulen, yang akhirnya mendapati kerjanya adalah sia-sia
seperti debu yang bertaburan. Kalian adalah sama seperti orang-orang sebelum
ini, yang meminta lelaki soleh memaksa kalian untuk mempercayai. Kalian tidak
akan menerima lelaki soleh untuk menjadi seperti anda, tetapi disukai oleh
Allah dari kalangan kalian kerana kesucian dan keikhlasan dirinya, justeru
Allah memerintahkan kalian untuk mengikutinya.
Padahal Allah
membalas piawaian salah kaedah Iblisi ini agar dapat difahami oleh sesiapa jua
yang mencari kefahaman, dengan hanya berfirman:
وَما
أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ
الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ
فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيراً
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai
Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di
pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi
sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi
ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. (Surah Al-Furqan:
20)
Kami jadikan
sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya
ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)?
Ianya adalah
mustahil. Sekiranya orang-orang pada masa lalu telah teguh bersabar, maka
orang-orang di masa kini juga akan melakukan tindakan yang sama.
أَتَوَاصَوْا
بِهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata
sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka semuanya adalah kaum yang
melampaui batas. (Surah Adh-Dahriyat: 53)
Oleh itu, Allah
swt telah memutuskan dengan kesederhanaan yang jelas lagi nyata bahawa Rasul
adalah ujian buat kalian. Adalah mustahil untuk lulus ujian ini secara rawak
dan tindakan sembrono dengan memusnahkan kertas ujian seperti yang kalian
lakukan, tetapi hendaklah dibaca kertas ujian untuk mengetahui jawapan yang
betul. Sekurang-kurangnya lihat kembali sejarah umat-umat terdahulu dan sikap
mereka terhadap Nabi-nabi mereka. Sekurang-kurangnya lihatlah situasi umat-umat
terdahulu lalu dan kelengkapan mereka ketika berdepan dengan para Nabi.
Lihatlah situasi mereka sebelum kalian dan kelengkapan mereka ketika berhadapan
dengan Muhammad (sawas) dan para Aimmah (a.s). Apakah bukti-bukti kerasulan
Muhammad (sawas) dan para Aimmah (a.s)?
وَجَعَلْنَا
بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيراً
Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan
bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar
(menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. (Surah
Al-Furqan: 20)
Apa yang Hussein
(a.s) telah lakukan pada hari Ashora untuk membuktikan bahawa dia adalah
seorang Imam Maksum, yang manusia harus taat kepadanya dan mereka dilarang
daripada menentangnya? Atau biarkan dulu soalan tersebut, bagaimana sekiranya
Hussein (a.s) telah menukarkan warna janggut Shimr bin Thul Jawshan kepada
hitam pada hari Ashura, apakah Shimr masih kekal bersama tentera Yazid atau dia
akan mendapati dirinya terpaksa menyertai Hussein (a.s) dan seterusnya
memenggal kepala Ibn Saad?
Demi Allah saya
bersumpah bahawa ianya adalah kebenaran yang memalukan dalam sejarah apabila
terpaksa mengulanginya dari satu titik ke satu titik dan mata dengan mata,[v] bagi orang ramai menyedari kebenaran dan
dapat membezakan Muhammad (sawas) dari Abu Sufyan, atau Ali (a.s) dari Muawiyah
atau Hussein (a.s) dari Yazid. Ia adalah satu tragedi bagi manusia untuk jatuh
semula ke tahap ini. Ia seolah-olah kita sedang bercakap dengan mayat yang
tidak mendengar, tidak sedar dan tidak memahami. Apakah yang telah Hussein
(a.s) bentangkan di Karbala adalah bagi membuktikan bahawa dirinya adalah
khalifah Allah swt di muka bumi-Nya. Wahai manusia, sudahkah kalian bertanya diri
sendiri soalan ini sebelum kalian mengikut ulama sesat membuta tuli tanpa
sebarang penilaian atau pemikiran? Apa yang telah Hussein (a.s) sampaikan di
Karbala? Beliau menyampaikan wasiat Rasulullah Muhammad (sawas), yang di
dalamnya disebutkan bapanya Ali (a.s), saudaranya Hassan (a.s), dirinya dan
anak-anaknya (a.s). Beliau mempamerkan pengetahuan dan menonjolkan panji
ketuanan Allah swt yang dibawanya, dalam membangkang panji-panji ketuanan
manusia, iaitu panji yang dibawa oleh barisan lawan yang menentang datuknya,
ayahnya dan saudaranya (a.s) sebelum itu.
Apa lagi yang
telah Hussein (a.s) bentangkan? Beliau membentangkan visi[vi] (rukyah) keluarganya yang suci dan
sahabat-sahabat-sahabatnya dan ayat-ayat (kasyaf) mereka.[vii] Beliau (a.s) membentangkan visi Wahab
Al-Nasrani yang melihat Isa (a.s) menggesa beliau untuk mengikuti dan menyokong
Hussein (a.s). Beliau menyampaikan wahyu (kasyaf) Al-Horr Al-Reyahi yang
mendengar suara menjanjikan kepadanya syurga ketikamana dia berangkat
Kufah.
Wahai manusia,
apakah yang telah kami bawakan kepada kalian hari ini? Adakah kami membawa
kalian satu bidaah (doktrin yang dicipta) yang tidak dibawa oleh Anbiya,
Awsiya, Rasulullah Muhammad (sawas), Ali (a.s), Hassan (a.s), Hussein (a.s)
atau Imam dari keturunan Al-Hussein as?
قُلْ مَا كُنتُ بِدْعًا مِّنَ الرُّسُلِ وَمَا
أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلَا بِكُمْ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا
يُوحَىٰ إِلَيَّ وَمَا أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama
yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu) dan
aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku
tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku dan aku
tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata. (Surah
al-Ahqaf: 9)
Atau adakah kami
membawa apa yang mereka bawa? Kami telah datang kepada kalian dengan membawa
keterangan-keterangan mereka, bukti-bukti yang terang benderang seperti
matahari bagi sesiapa yang meminta untuk mengetahui kebenaran. Adakah wasiat
Nabi Muhammad (sawas), yang merupakan khazanah terpelihara Muhammad dan
keturunannya (a.s), kepada lelaki Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Qaim (Pendiri)
Keluarga Muhammad (sawas) tidak mencukupi? Apakah pengetahuan atau
kebijaksanaan tidak mencukupi? Apakah tidak cukup bahawa dia adalah
satu-satunya yang menaikkan panji ketuanan Allah di kalangan semua manusia di
muka bumi ini? Adakah tidak cukup bahawa dia adalah satu-satunya tanda yang
terang benderang seperti matahari dari Allah swt?
Setelah
ulama-ulama sesat mengiktiraf panji ketuanan manusia dan meninggalkan panji
ketuanan Allah, tidak ada satu pun yang tinggal untuk menaikkan panji ketuanan
Allah selain daripada lelaki Kebenaran. Keperibadian Ini membuang sebarang
keraguan atau syak wasangka buat pencari kebenaran kerana bumi ini tidak pernah
kosong dari Kebenaran, dan Kebenaran itu terletak pada ketuanan Allah.
Adakah kami hari
ini tidak membentangkan apa yang telah Hussein (a.s) bentangkan di Karbala dari
visi (rukyah) dan ayat-ayat (kasyaf) sebagai bukti dalam mengenal pasti lelaki
Kebenaran? Apakah berulangnya visi (rukyah) beribu-ribu orang dari
negara-negara yang berbeza tidak mencukupi, visi yang menunjukkan Nabi, Awsiya,
Muhammad dan keturunannya (a.s) yang menggesa orang ramai untuk menyokong
lelaki Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Al-Qaim Ahlul Bait (a.s)? Apakah
berulangnya visi yang dilihat oleh lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah
dan hari kiamat tidak mencukupi?
Wahai manusia,
boleh jadi kalian menyerahkan kepimpinan ke atas syaitan, seolah-olah apabila
mereka memperolok-olok dan memperkecilkan visi dan ayat-ayat, memanggilnya
sebagai mimpi karut, maka kalian mengikuti mereka tanpa memberi perhatian
kepada fakta bahawa ayat-ayat (kasyaf) dan visi (rukyah) adalah perkataan dan
inspirasi Allah swt kepada hamba-hambaNya?
Adakah anda tidak
membaca Al-Quran dan memikirkan seluruh cerita Yusuf (a.s) dan bagaimana Yaakub
(a.s), yang merupakan seorang nabi di dalam Al-Quran (yang merupakan kitab
Allah), telah menganggap visi Yusuf (a.s) sebagai bukti untuk mengenal pasti
seseorang yang menjadi khalifah Allah iaitu Yusuf (a.s), dan bagaimana dia
telah memberi amaran kepada Yusuf (a.s) agar tidak memberitahu visinya kepada
saudara-saudaranya kerana mereka pasti akan mengenalnya berdasarkan visi ini,
dan seterusnya dia akan berada di kedudukan dan akibat yang sama seperti
Habil?
قَالَ
يَا بُنَيَّ لاَ تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُواْ لَكَ كَيْداً
إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan
mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan
sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang
nyata bagi manusia. (Surah Yusuf: 5)
Bukankah ini
adalah pengakuan yang jelas dari Al-Quran bahawa visi adalah bukti dalam
mengenal pasti khalifah Allah di bumi-Nya? Adakah Yusuf tidak bergantung kepada
visi Firaun dalam menguruskan ekonomi Mesir dan menyediakan rakyat dengan
rezeki? Adakah Allah tidak menawarkan diriNya sebagai saksi untuk membuat
Awsiya-Nya jelas di muka bumi ini dengan visi-visi dan ayat-ayat yang
kedua-duanya adalah laluan ilham ilahi?
قُلْ
كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيراً
بَصِيراً
Katakanlah lagi: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan
kamu; sesungguhnya adalah Dia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat
akan keadaan hamba-hambaNya. (Surah Al-Isra': 96)
هُوَ
الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً
Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan
membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi
Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu). (Surah Al-Fath:
28)
Bagaimana lagi
Allah akan menyaksikan? Bagaimana lagi Dia akan bercakap dan memberi keterangan
kepada hamba-hambaNya, dari kalangan mereka yang kafir dan yang beriman? Adakah
Dia swt tidak memberi keterangan untuk sahabat-sahabat karib (hawariyyin) yang
menyokong Isa (a.s)?
وَإِذْ
أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُواْ بِي وَبِرَسُولِي قَالُوَاْ
آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang
Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib Nabi Isa): Berimanlah kamu kepadaku dan
kepada RasulKu! Mereka menjawab: Kami telah beriman dan saksikanlah, bahawa
sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah). (Surah
Al-Maeda: 111)
Tidakkah Allah
membentangkan diriNya, malaikat-malaikat-Nya, dan Awsiya-Nya sebagai saksi dalam
visi-visi dan ayat-ayat untuk lelaki Kebenaran, khalifah-Nya di bumi ini?
لَّـكِنِ
اللّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنزَلَ إِلَيْكَ أَنزَلَهُ بِعِلْمِهِ وَالْمَلآئِكَةُ
يَشْهَدُونَ وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيداً
Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran
yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan
malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi. (Surah
An-Nisa: 166)
وَيَقُولُ
الَّذِينَ كَفَرُواْ لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي
وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ
Dan orang-orang yang kafir itu berkata: Engkau bukanlah
seorang Rasul dari Allah. Katakanlah (kepada mereka): Cukuplah Allah menjadi
saksi antaraku dengan kamu dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu
pengetahuan mengenai Kitab Allah. (Surah Ar-Rad: 43)
Wahai manusia,
kalian harus kembali semula kepada penderiaan kalian dan tidak membenarkan
sesiapa pun untuk merendahkan kalian sehingga kepada tahap yang sama dengan
orang-orang yang tidak percaya akan utusan dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Mereka menamakan inspirasi Allah melalui visi-visi dan ayat-ayat sebagai mimpi
karut, justeru Allah telah menyebutkan kata-kata ganas mereka ini
diulang-ulangi oleh orang-orang jahil pada hari ini tanpa berfikir:
بَلْ
قَالُواْ أَضْغَاثُ أَحْلاَمٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا
بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الأَوَّلُونَ
Bahkan mereka menuduh dengan berkata: Al-Quran itu perkara
karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya,
bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah dia sebenarnya seorang
Rasul) maka hendaklah dia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana
mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu. (Surah
Al-Anbiya: 5)
Wahai manusia,
janganlah kalian tertipu oleh ulama-ulama sesat dan pembantu-pembantu mereka.
Bacalah, selidikilah, terokailah, belajarlah, dan ketahuilah kebenaran dengan
diri kalian sendiri. Jangan kalian bersandar kepada sesiapa sahaja untuk
membuat keputusan berkaitan akhirat kalian supaya besok kalian tidak menyesal
apabila tiada lagi guna sesalan buat kalian.
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Dan
mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi
kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami
dari jalan yang benar. (Surah Al-Ahzab: 67)
Ini adalah nasihat
saya buat kalian, dan saya bersumpah demi Allah bahawa ianya adalah nasihat
seorang lelaki dengan simpati dan belas ihsan ke atas anda. Justeru fikirkanlah
nasihat saya ini dan bezakanlah gembala daripada serigala, fikir dan kenalilah
jalan dan pendekatan manakah milik Hussein (a.s), dan jalan serta pendekatan
manakah pula milik musuh-musuhnya. Mereka yang menentang Hussein (a.s) berada
di jalan ketuanan manusia dan telah pun mengakuinya. Manakala Hussein (a.s)
berada di atas jalan Ilahi walaupun sedikit bilangan pengikutnya iaitu jalan
ketuanan Allah. Amat malang pada hari ini apabila kita dapati bahawa orang
telah sesat ke tahap mereka menyokong dan berarak di jalan pembunuh Hussein
(a.s), yang kemudian berpura-pura untuk menjadi Syiah (pengikut) Hussein (a.s).
Mereka menziarahinya, memulihkan ritual yang dangkal dan tidak mempunyai
apa-apa nilai seta kosong dari matlamat dan tujuan sebenar revolusi Hussein
(a.s) iaitu ketuanan Allah.
Bagaimana mereka
hari ini memulihkan ritual Husseini dengan membawa bendera musuhnya yang
menjulang ketuanan manusia, yang mengakibatkan penyelewengan maksud sebenar
revolusi Husseini dan mengakibatkan tuduhan palsu bahawa Hussein (a.s) adalah
seorang penyokong ketuanan manusia, atau jalan demokrasi dan pilihanraya, atau
apa sahaja yang telah dicipta melalui jalan tidak sah ini dari orang-orang yang
seumpama Yazid bin Muawiyah?
Ianya adalah satu
perkara agak menyakitkan apabila ulama-ulama sesat hari ini berjaya
mengeluarkan kesedaran manusia sehingga ke satu tahap di mana pengikut-pengikut
yang jahil lagi sesat ini akan membawa panji ketuanan manusia dan setelah itu
menziarahi Hussein (a.s), yang telah disembelih kerana menyangkal ketuanan
manusia dan mewujudkan ketuanan Allah. Bolehkah seseorang itu menjadi
bercanggah sehingga ke tahap dia akan membuang panji orang yang telah dibunuh[viii] ke tanah dan kemudian membawa panji si
pembunuh[ix] ke makam orang yang
dibunuh untuk berdoa untuknya dan mengutuk pembunuhnya?
Maka bagaimana
kita hendak mengkategorikan individu sebegitu dan di pihak mana kita harus
meletakkan dia? Adakah kita hendak mengatakan bahawa dia menyebelahi pembunuh
dan menentang yang dibunuh disebabkan dia membawa panji pembunuh dan menghina
panji yang dibunuh? atau adakah kita hendak mengatakan bahawa dia menyebelahi
yang dibunuh dan menentang si pembunuh dengan alasan dia mendoakan untuk yang
dibunuh dan mengutuk si pembunuh?
Wahai manusia yang
berminda rasional, Wahai manusia yang waras fikirkanlah hal ini, ketuanan
manusia dan Yazid adalah satu, dan ketuanan Allah dan Hussein adalah satu, maka
sesiapa yang membawa, percaya, dan bertindak berdasarkan panji ketuanan manusia
adalah tidak dapat dielakkan dan pastinya Yazidiyyun.[x] Dia
secara asasnya adalah kepunyaan Yazid walaupun dia melawat Hussein (a.s) setiap
hari dan menghabiskan seumur hidupnya menangisi atas tragedi Hussein (a.s).
Dengan apa cara sekalipun kita tidak boleh mengasingkan Hussein (a.s) dari
revolusi dan tujuannya yang diberkati iaitu untuk mewujudkan ketuanan Allah di
bumi-Nya.
Hari ini, apabila
ulama-ulama sesat telah mengeluarkan fatwa (peraturan wajib) berkaitan syura
(perundingan) dan pemilihan menjadi cara yang sah untuk tadbir urus, dan telah
mengeluarkan fatwa mengenai kesahihan kerajaan yang dipilih oleh syura dan
pilihanraya, maka secara asasnya mereka adalah Yazidiyyun. Jika kegagalan untuk
mengklasifikasikan mereka sebagai Yazidiyyun adalah jenayah, maka
mengklasifikasikan mereka sebagai Husseiniyyun[xi] adalah
jenayah lebih utama yang dilakukan terhadap Hussein (a.s). Ianya adalah
penentangan terhadap revolusi dan matlamatnya yang diberkati iaitu untuk
menamatkan ketuanan manusia dan penegakkan ketuanan Allah di bumi-Nya, atas
alasan bahawa klasifikasi zalim dan menindas yang melanggar piawaian mudah
persepsi manusia yang bertujuan untuk membunuh Al-Hussein (a.s), yang Yazid
(semoga Allah mengutuk dia) sendiri gagal berbuat demikian.
Sebenarnya,
konfrontasi Hussein (a.s) di mana beliau telah syahid telah memberi sumbangan
yang besar kepada ketuanan Allah. Darah Hussein (a.s) yang suci mampu
mengekalkan dan mewujudkan negara Islam sebenar, umat Husseini Muhammadi yang
percaya dengan ketuanan Allah dan ingkar kepada ketuanan manusia. Setiap kali
mereka telah dipanggil dengan gelaran rafidha (ingkar) kerana mereka menolak
ketuanan manusia. Selama lebih daripada seribu tahun umat diberkati ini
terpaksa menanggung penindasan untuk membawa panji ketuanan Allah. Malangnya
hari ini, iblis melalui ulama-ulama sesat telah dapat menyesatkan keturunan
umat ini dari agama nenek moyang mereka dan orang-orang soleh yang terdahulu
dari mereka, iaitu mereka yang mengakui ketuanan Allah.
فَخَلَفَ
مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ
يَلْقَوْنَ غَيّاً
Kemudian
mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta
menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab
(dalam Neraka). (Surah Maryam: 59)
Iblis (semoga
Allah memalukan dia) hari ini dapat membahagikan umat Husseini Muhammadi ini
dengan tenteranya iaitu ulama sesat, yang telah memakaikan diri mereka dengan
kedudukan kepimpinan telah membolehkan matlamat Iblis untuk menyesatkan umat
hari ini, yang kebiasaannya mengakui ketuanan Allah selama lebih daripada
seribu tahun. Mereka hari ini telah membuat umat ini menerima ketuanan manusia
dan menolak ketuanan Allah.
Bencana yang kita
hadapi di hari ini adalah peristiwa Hussein (a.s) yang telah dirampas secara
khusus oleh mereka yang membawa panji pembunuh Hussein (a.s). Jurucakap bagi
Hussein (a.s) hari ini adalah pembunuh dan pembawa panji yang telah memerangi
Hussein (a.s) selama lebih 1000 tahun yang lalu. Hussein (a.s) telah dibunuh
ketika berjuang menentang dan mendedahkan ketidaksahannya, dan ketidaksahan
orang-orang yang mengasaskannya. Ianya adalah panji sama yang diperjuangkan
oleh Ali (a.s).
Panji yang
meminggirkan Ali (a.s) dan menjadikan beliau terpencil di rumahnya selama
hampir 25 tahun. Ia adalah panji yang diperangi oleh Muhammad (sawas) dan
kesemua Nabi dan awsiya (a.s) sebelumnya. Ia adalah panji-panji ketuanan
manusia, panji keakuan (ana) atau Kami (nahnu), atau panji Saqifah[xii] dan demokrasi, panji pilihan raya atau
apa yang manusia inginkan. Itu adalah panji yang sentiasa menentang apa yang
Dia mahukan, atau panji Dia swt, panji ketuanan Allah dan taat setia kepada
Allah, panji yang dibawa oleh para nabi dan awsiya, dan akan tetap dibawa oleh
mereka sehingga ke hari kiamat.
Bencana yang kita
hadapi hari ini, adalah rampasan revolusi Husseini oleh musuh-musuh, yang telah
membuatkan ianya tidak dapat dielakkan dalam rancangan Ilahi bagi mengulangi
pembunuhan beramai-ramai di Karbala, bagi menumpahkan lagi darah tulen
Husseini, yang menjadi sebab untuk memulihkan semula matlamat revolusi Husseini
(iaitu ketuanan Allah) dan juga menyebabkan rancangan Iblis (semoga Allah
mengutuk dia dan tentera nya dari ulama sesat serta memalukan mereka semua)
gagal.
Itu adalah
kehendak Allah swt dan apa yang berlaku dalam bulan Muharram Al-Haram. Berikut
adalah kebenaran yang jelas menunjukkan peningkatan dari hari ke hari untuk
dilihat oleh semua, walaupun di sebalik kempen menyesatkan dan penyembunyian
kebenaran yang telah diamalkan oleh ulama-ulama sesat dan pengikut-pengikut
mereka.
Segala puji bagi
Allah yang telah menghinakan iblis dan tenteranya dari ulama-ulama sesat dan
merosakkan harapan tinggi mereka, oleh sisa-sisa tulen yang berpegang teguh
kepada agama mereka dan agama nenek moyang mereka dari Syiah Muhammad dan
keturunannya (a.s) seperti berpegang teguh kepada bara api. Mereka menanggung
bebanan berat dan kesakitan dalam membawa mesej ketuhanan di sebalik kekurangan
penyokong dan banyaknya musuh yang bercerucuk di atas kepala mereka.
Salam sejahtera ke
atas Ansar Imam Mahdi (a.s) yang mengesahkan perjanjian mereka dengan Allah.
Dari kalangan mereka beberapa orang yang telah meninggal dunia dan beberapa
lagi yang masih menunggu dan mereka tidak gerun sedikitpun.
Salam sejahtera
kepada tawanan yang tertindas yang duduk di penjara golongan Abbasid zaman
moden (semoga Allah menghinakan mereka). Salam sejahtera bagi kamu, dan
kesabaran terbaik adalah milik kamu. Saya mengingatkan kamu dan diri saya untuk
mengambil Awsiya Allah sebelumnya (rahmat Allah ke atas mereka) sebagai contoh
dan model peranan kita.
Jika kamu berasa
sempit di dalam penjara, maka ingatlah nabi Allah Yusuf (a.s). Dan ingat Imam
Musa bin Jafar (a.s) yang telah dijadikan tawanan oleh tentera Abbasiyyah di
dalam sel yang gelap dan sempit di mana beliau menghabiskan tahun-tahun yang
menyakitkan tanpa sebarang aduan tetapi sebaliknya menghabiskan masa memuji
Allah dan menyembah-Nya sehingga dia meninggal dunia dan pergi kepada Tuhannya
dengan sabar dan mencukupi sekadar Allah.
Wahai orang-orang
tersayang sentiasalah ingat bahawa dunia ini adalah tempat ujian. Jangan
sekali-kali mengharapkan ganjaran daripadanya dan tidak seharusnya kamu
mencari-cari ruang untuk berehat di dalamnya. Ia adalah dunia ujian, justeru
berusahalah untuk berjaya, menang, dan mencapai hasil tertinggi yang kamu
mungkin capai dalam ujian ini. Berusahalah agar ia akan dimeterai dengan
baik.
Salam sejahtera ke
atas syuhada dan saksi Kebenaran di zaman kita ini.
Salam sejahtera ke
atas kamu yang tulen yang telah melintasi cahaya, kesedihan kami ke atas kamu
tidak pernah berhenti, Tidak, demi Allah kesedihan saya atas kehilangan kamu
adalah sebagaimana tangisan Amirul Mukminin, iaitu seperti seorang wanita yang
disembelih satu-satu anaknya di pangkuannya.
Salam sejahtera ke
atas kamu kerana kamu adalah orang-orang yang telah memisahkan diri dari dunia
ini dan segala perhiasan di dalamnya ketikamana orang lain terdesak
mencarinya.
Salam sejahtera ke
atas kamu kerana kamu adalah orang-orang yang menyokong Kebenaran ketikamana
penyokong adalah amat berharga dan terlalu sedikit.
Salam sejahtera ke
atas kamu dan darah kamu yang tertumpah dan ianya adalah sebab bagi memulihkan
semula matlamat revolusi Husseini.
Salam sejahtera ke
atas Hussein (a.s), Ali bin Hussein (a.s), keluarga suci Hussein (a.s), dan
sahabat Hussein (a.s) yang telah memberikan kehidupan mereka untuk Hussein
(a.s).
Salam sejahtera ke
atas kamu Wahai Abu Abdullah. Salam dari seorang yang mengetahui kesucian kamu,
yang setia dalam mengetahui Kebenaran kamu, yang mencapai Allah dengan
pengabdian kamu, dan yang memutuskan ikatan dengan musuh-musuh kamu. Salam dari
seorang yang hatinya amat terluka oleh tragedi yang menimpa kamu dan yang
menumpahkan air mata bila menyebut nama kamu. Salam dari seorang yang tertekan,
pilu, rindu dan damba.
Salam sejahtera
dari seorang yang sekiranya dia bersama dengan kamu di medan perang Tofoof,[xiii] akan melindungi kamu dengan dirinya
daripada pedang, yang memberikan kesemuanya kepada kamu sehingga kematian
mendatanginya, yang berusaha di bawah arahan kamu, yang menyokong kamu terhadap
pembunuh kamu, dan yang mengorbankan jiwa, badan, harta benda dan anak-anaknya
untuk kamu. Jiwanya adalah pengorbanan buat kamu. Keluarganya adalah perisai
buat kamu. Sebagai zarr menghalang saya daripada kamu, dan takdir menghalang
saya daripada menyokong kamu, dan saya bukan seorang pejuang terhadap
orang-orang yang memerangi kamu, mahupun lawan orang-orang yang menyatakan
permusuhan kepada kamu, saya akan meratapi kamu siang dan malam, dan menangis
air mata darah buat kamu, dalam menahan kesedihan untuk kamu dan kepiluan atas
apa yang telah menimpa kamu, sehingga saya mati dalam kesedihan disebabkan
tragedi itu, tercekik akibat dari kesedihan.
Kita kepunyaan
Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekalian alam. Ya Allah, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, wahai mereka yang
sekiranya kesusahan berlaku Dia membuka pintu-pintu yang tidak terjangkau oleh
imaginasi mereka.
Berselawatlah ke
atas Muhammad dan keturunan Muhammad dan bukakanlah pintu-pintu yang tidak
terjangkau oleh imaginasi untuk kesukaran kami.
Segala puji (dari
awal hingga akhir, yang zahir dan yang bathin) bagi Allah semata-mata. Salam
sejahtera ke atas mukminin dan mukminat di timur bumi dan barat, dan rahmat
Allah serta keberkatan-Nya [kepada mereka].
Ahmad Al Hassan Al
Yamani
Washi dan Utusan
Imam Mahdi (a.s)
Muharram 1432
hijrah.
___________________________________
[i]12 pengganti (12 Mahdis) selepas Imam 12,
seperti yang dinyatakan dalam wasiat.
[ii] iaitu beliau saw tidak akan memberi
petunjuk kepada kemungkaran, ataupun dia akan membimbing dari ketaatan.
[iii] Imam Ahmad a.s menambah perkataan ini
kepada ucapan iblis.
[iv] iaitu tergolong kepada Iblis
[v] Imam as cara sejarah akan berulang dalam
butiran terkecil.
[vi] dilihat semasa tidur.
[vii] dilihat semasa terjaga.
[viii] Al-Hussein a.s
[ix] Yazid
[x] Pengikut-pengikut Yazid
[xi] Pengikut-pengikut Hussein a.s
[xii] Rumah Bani Saeda mana beberapa sahabat
telah berkumpul sebaik selepas kematian pbuhap Muhammed untuk memilih khalifah
selain Ali as, yang Muhammad pbuhap, diberikan
No comments:
Post a Comment