Kepercayaan
(Kedatangan) Al-Mahdi (as)
المهدي
(ع) عقيدة
Umat
Islam sepakat mengatakan dengan kewujudan Al-Mahdi di akhir zaman, yang akan
memenuhi bumi dengan keadilan dan persamaan sebagaimana ia dipenuhi dengan Kezaliman
dan Kerosakan, tetapi selepas sepakat dalam kepercayaan yang shahih ini mereka
berselisih dalam memperincikannya.
Mungkin
punca khilaf (perbezaan) yang asas antara mereka pada masyarakat umum (Al-Sunnah)
yang tidak mwmpercayai Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as), dan mereka terus
mengatakan bahawa Imam Al-Mahdi adalah seorang lelaki yang akan lahir pada
zamannya.
Apa-apa
usaha untuk mencari keabsahannya ini adalah daya usaha yang menggabungkan
kedua-dua pandangan, Perkataan Al-Mahdi adalah gelaran atau perihalan (sifat)
yang sesuai kepada Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) dan sesuai juga
kepada pewarisnya (washiy) yang lahir di akhir zaman, yang namanya disebut Rasulullah
(S) adalah Ahmad, dia adalah Al-Qaim (Penegak) yang diisytiharkan dengan
nama-Nya dan dibai'ah di antara Rukun (Hajar Aswad) dan Maqam (Ibrahim).
Pemerhatian
penting: bahawa gabungan yang disebut tidak bermula dari kaedah yang ditentang tanpa
memahami hakikatnya, tetapi ia adalah hakikat menyaksikan nash-nash yang riwayatnya
jelas dan menjelaskan dengan terang benderang seperti matahari di siang hari:
Dan
telah dikeluarkan sekumpulan hadits-hadits Al-Mahdi dari ulamak Ahl Al-Sunnnah
Wal-Jamaah seperti Abu Daud, Tirmizhi, Ibnu Majah, Al-Bizzar, Al-Hakim, Al-Thabrani,
dan Abu Ya3la Al-Mushli, di mana sanad-sanadnya (perawi) adalah terdiri dari sekumpulan
sahabat seperti Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar, Thalhah dan
Abdullah bin Mas3ud, Abu Hurairah, Anas bin Malik dan Abu Sa'id Al-Khudri, Umm
Habibah dan Ummu Salamah, Tsaubaan dan Qurrah bin Ali Al-Hilaali, dan Abdullah
bin Al-Harits di mana sebahagian daripada hadits-hadits mereka itu di antara shahih,
hasan dan dha’if (lemah).
Tidak
terdapat hadits-hadits mengenai Al-Mahdi dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim
secara terperinci (langsung) tetapi datang dalam ayat seperti dalam hadits ini dari
kedua-dua Shahih (Al-Shahihain) tersebut, diriwayatkan dari Abu Hurairah:
قال رسول
الله (ص) :"كيف أنتم إذا نزل ابن مريم فيكم وإمامكم منكم"
الصحيحين
Rasulullah (S) berkata:
"Bagaimana keadaanmu jika telah diturunkan (’Isa) Ibni Maryam padamu
sedangkan imammu dari kamu” riwayat Al-Shahihain.
عن أبو
سعيد الخدري قال رسول الله (ص) : "المهدي مني أجلى الجبهة
أقنى الأنف يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما يملك سبع سنين"
Dari
Abu Sa'id Al-Khudri berkata:
Rasulullah (S):
bersabda: “Al-Mahdi dariku, dahinya lebar, hidungnya mancung, memenuhi bumi
dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) telah dipenuhi dengan kedzaliman,
berkuasa selama 7 tahun.” - Sunan Abi Daud, berkata Al-Albaani hadits ini hasan.
عن علي بن
أبي طالب قال رسول الله (ص)، لو لم يبق من الدهر إلا يوم لبعث الله رجلا
من أهل بيتي يملؤها عدلا كما ملئت جورا "
Dari
Ali bin Abi Talib berkata,
Rasulullah (S) bersabda,
Sekiranya tidak tersisa umur dunia kecuali satu hari saja, maka
pasti Allah mengutus seseorang dari kami yang akan memenuhi bumi dengan
keadilan sebagaimana (sebelumnya) telah penuh dengan kazaliman", - Sunan
Abi Daud. Dishahihkan oleh Al-Albaani.
عن عبد
الله، "بينما نحن عند رسول الله (ص)، إذ أقبل فتية من بني هاشم
فلما رآهم النبي اغرورقت عيناه وتغير لونه قال فقلت ما نزال نرى في وجهك شيئا
نكرهه فقال إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون
بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود فيسألون
الخير فلا يعطونه فيقاتلون فينصرون فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى
رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما ملئوها جورا فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو
حبوا على الثلج"
Dari
Abdullah,
Ketika kami berada di
sisi Rasulullah (S), tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terpandang pada mereka, maka kedua air mata Rasulullah
berlinang dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “mengapakah kami melihat
pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, kami Ahl Al-Bait
telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan
menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum
dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna
hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun
berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang
lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka
datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.''
- Sunan Ibn Majah, riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak
dengan jalan Umar bin Qais dari Al-Hakim dari Ibrahim.
عن عبد
الله، "لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي
" ،سنن الترمذي صححه الألباني.
Dari
Abdullah,
"Tidaklah hilang
dunia ini sehinggalah seorang lelaki daripada Ahl Al-Bait aku menguasai dunia,
namanya sama dengan nama aku.,"
-
Sunan Al-Tirmizhi. Dishahihkan oleh Al-Albaani..
في حديث ابن
ماجة: "يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم
تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم ذكر شيئا لا
أحفظه فقال فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله
المهدي"
Dalam
hadits Ibn Majah:
"Ada 3 orang yang
saling berbunuhan di sisi simpanan mereka, semua mereka adalah putera kepada
Khalifah, kemudian tidak akan kembali ke salah seorang dari mereka. Akhirnya
muncullah bendera-bendara hitam dari arah timur, lalu mereka akan memerangi
kalian dengan peperangan yang tidak pernah dilakukan oleh satu kaum pun...
(lalu beliau menuturkan sesuatu yang tidak aku fahami, kemudian beliau berkata)
Jika kalian melihatnya, maka bai'anlah dia! Walaupun dengan merangkak di atas
salji, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."
وكما في حديث ابن ماجة أيضا:
"بينما نحن عند رسول الله إذ أقبل فتية من بني هاشم فلما رآهم
النبي اغرورقت عيناه وتغير لونه قال فقلت ما نزال نرى في وجهك شيئا نكرهه فقال
إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء
وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود فيسألون الخير فلا
يعطونه فيقاتلون فينصرون فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل
بيتي فيملؤها قسطا كما ملئوها جورا فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبوا على
الثلج"
والحديث الذي رواه أحمد: "إذا رأيتم
الرايات السود قد جاءت من خراسان فأتوها فإن فيها خليفة الله
المهدي".
Dan
juga dalam hadits Ibn Majah:
“Ketika kami berada di
sisi Rasulullah (S), tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terpandang pada mereka, maka kedua air mata Rasulullah
berlinang dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “mengapakah kami melihat
pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, kami Ahlul Bait
telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan
menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum
dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna
hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun
berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang
lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka
datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji."
dan
hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad:
"Jika kamu melihat
bendera-bendera hitam datang dari Khurasan kerana sesungguhnya dia adalah
khalifah Allah Al-Mahdi."
Dan
kita lihat ramai Ulamak yang membawa hadits-hadits Imam Mahdi dan mencapai
tahap Tawatur (Mutawatir) secara maknawi, sebahagian dari mereka adalah
Al-Qadhi Al-3alamah Muhammad bin Ali Al-Syaukani yang berkata dalam menjelaskan
tahap Tawatur (Mutawatir) khabar yang datang pada Al-Mahdi, Dajjal dan Al-Masih:
"Hadits-hadits yang diterima pada Al-Mahdi yang boleh berdiri di sampingnya
adalah Lima puluh hadits-hadits Shahih, hasan dan dhaif yang mutawatir, tidak
diragukan lagi dan tidak terjejas bahkan sifat tawaturnya diterima dengan baik kerana
tanpa menghimpunkan istilah-istilah bebas dikemukakan. Adapun Al-Atsaar dari sahabat
yang menerangkan tentang Al-Mahdi juga banyak meningkatkan penentuan sehingga
tidak ada bidang kesungguhan yang seperti itu."
Ibn
Khaldun melihat dalam penjelasannya pada hadits-hadits Al-Mahdi dengan mengatakan
bahawa hadits-hadits Al-Mahdi tidak dapat dipegang; termasuk yang diusahakan
dan fitnah dengan memetik ucapan Anas bin Malik, Nabi bersabda: "Tidak ada
Mahdi melainkan Isa Ibni Mariam" ini hadits dhaiif, didhaifkan oleh Al-Albaani.
No comments:
Post a Comment