للسنة والجماعة Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jawapannya 
Dalil Dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (as) untuk Ahli Al-Sunnah Wal-Jama’ah







Sesungguhnya waliy kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka rukuk

Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan Kekotoran dari kamu, hai ahlul bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya


Maka katakanlah: "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah, maka kita minta laknat Allah ditimpakan atas orang-orang yang dusta..


Hadits Al-Ghadir: barangsiapa yang aku menjadi Maulanya maka Ali pun menjadi Maulanya, Ya Allah, musuhilah orang yang memusuhinya dan dukunglah orang yang mendukungnya





















Bercakap tentang Al-Mahdi (as), yang merupakan Pemegang Amanah dari Pemegang-pemegang Amanah Allah SWT di bumi dan Khalifah dari Khalifah-khalifahNya. Bukan perkara yang begitu mudah melainkan dipermudahkan Allah SWT, maka tidaklah penafian orang yang menafikan kebenaran dia keluar dari kejahilan, dan konflik-konflik yang tercetus antara masyarakat Islam yang ditarik ke dalam isu Al-Mahdi (as) secara fanatik, dan terdapat pula pendakwa palsu pada kedudukan ini seperti yang telah banyak terjadi, dan kurangnya manusia menggunakan pendekatan yang jelas tentang undang-undang Ilahi untuk mengenal Imam Mahdi (as) andalah petugas pengadilan dan semua orang yang membai’ah dan mendokongnya.

                          
Diriwayatkan kepada kami bahawa Abu Abdullah Al-Saffaar menceritakan kepada kami Muhammad bin Ibrahim bin Arumah menceritakan kepada kami Al-Hussein bin Hafash menceritakan kepada kami Sufian dari Khalid Al-Hazhaa’ dari Abi Qilabaah dari Abi Asmaa’dari Tsauban (ra) katanya, Rasulullah (S) bersabda:


يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ ، كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ - ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ - فَقَالَ : فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ ، فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ


“Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi. ” Hadits ini sahih dengan syarat-syarat Al-Syeikhain. Al-Mustadrak – Al-Hakim Al-Naisaburiy - Jilid 4 - halaman 463-464


Dan jika kita mempunyai tanggungjawab yang besar dengan Imam Mahdi (as), bagaimana kita boleh mengenalinya? Dan bagaimana kita menerima Pendakwa yang Sebenar dan menolek Pendakwa Batil? Dan bagaimana kita tahu bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (S) Ibn Al-Syed Ismail adalah Mahdi, yang dilahirkan di akhir zaman di dalam Kitab Al-Sunnah dan dia juga adalah Mahdi Pertama Pewaris (wahiy) dan utusan Imam Mahdi, Muhammad bin al-Hasan (as) yang disebutkan dalam Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatannya?


Di sebelah Laman ini anda boleh baca jawapannya ...


Wahai manusia, janganlah kamu diperdayakan oleh fuqahaak (alim ulamak) yang sesat dan sekutu mereka. Bacalah, renunglah, amatilah dan belajarlah mengenali kebenaran dengan diri kamu sendiri. Jangan percaya kepada sesiapa kerana kamu yang mesti membuat keputusan untuk akhirat kamu, Kerana penyesalan esok nanti tidak berguna lagi bagi kamu.


(وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلا)



(Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).).







No comments:

Post a Comment