Soalan 70: Apakah yang dimaksudkan dalam Surah Al-Naba ' (78)? Pada firman Allah SWT:
﴿بسم الله الرحمن الرحيم
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)} [92]
صدق الله العظيم
Pengirim: Misaa' Ja'far Al-Sa3idi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani.
Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat sanjungan Allah, atas Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan..
﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. *} [93]
Ini adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah yang diutus Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang diperselisihkan oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka – iaitu yang terdiri dari para Nabi, Washiy-washiy dan Rasul-rasul (as) -, atau seperti Allah telah menamakannya:
﴿النَّبَأِ الْعَظِيمِ﴾
{Berita yang besar} [94]. Maka Khalifah pertama dari khalifah-khalifah Allah adalah Nabi Adam (as). Diperselisihkan oleh Para Malaikat antara mentaati perintah Allah dan penerimaan Khalifah Nya dan sujud kepadanya oleh kumpulan ini adalah malaikat, dan di antara mereka yang tidak taat perintah Allah dan menolak Khalifah-Nya dari orang yang sombong takbur terhadapNya adalah Iblis (la) [95], dan Iblis yang'ketaatan sebelumnya telah dianggap di kalangan malaikat pada hal [asalnya] dia dari kalangan jin [96].
Dan Iblis (la) telah berjanji bahawa dia akan menyesatkan mereka, anak-anak Adam dan dia telah menyebabkan mereka (manusia) untuk mengikuti jejak langkahnya dengan menjadi sombong terhadap Khalifah Allah SWT di sepanjag zaman. Oleh itu, di sepanjang zaman manusia dibahagikan antara sebahagian yang mengikut jejak langkah Malaikat iaitu mereka yang taat kepada Khalifah Allah, dan bahagian yang lain yang mengikuti Iblis (la) dengan kesombongannya terhadap Khalifah Allah. Dan kelak akan diketahui mereka yang mengikut Iblis (la) dalam kesombongan mereka terhadap khalifah Allah, ke tempat mana mereka akan kembali
﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾
{Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.} [Al-Syhu'araa' 26::227] [97].
﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kiamat Kecil, [hari] (kebangkitan Qaim).
﴿ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa [hari] kiamat besar, Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa
﴿إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾
{Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba' 78:31],
mereka adalah orang-orang yang beriman kepada khalifah Allah, dan taat kepada mereka dan mengikuti jejak langkah mereka pada jalan yang lurus, dan mereka mengenal Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk mengenal Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Seperti yang telah disampaikan oleh Muhammad dan keluarga Muhammad (as), bahawa mereka adalah Wajah Allah, Nama-nama-Nya Yang Baik (Asmaa’ Al-Husna), dan kemunculan Allah di Faran dan melalui merekalah Allah dikenali. Maka, berita atau khabar yang mana yang paling layak untuk dipanggil berita yang besar selain daripada berita dan khabar yang membawa peraturan-peraturan mengenal Allah, dan berita yang membawa peraturan-peraturan mengenal Khalifah Allah, yang dibawa dari Muhammad (S) (ظهور الله في فاران - kemunculan Allah di Faran), atau Allah di dalam penciptaan atau Shurah Allah?!!
Dan dalam Al-Quran penjelasan berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang yang mengambil peringatan dan pengajaran untuk orang yang mengambil pengajaran , mudah-mudahan dia akan sedar dan menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang sujud, dan supaya dia tidak kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan supaya ia menjadi salah seorang daripada orang-orang yang memberi peringatan kepada orang lain seperti firmanNya SWT:
﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui.},
dan seperti dalam firmanNya:
﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾
{Katakanlah: "Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[99].
-------------------------- Nota kaki ----------------------- ---
[92] - Al-Naba' 78:1-5.
[93] - Al-Naba' 78:1-5.
[94] - Dari Ali bin Abi Talib, beliau berkata:. (Sakhar bin Harb mendekati ke arah Nabi sehingga dia duduk sebelah baginda (S) Lalu Sakhar berkata: Wahai Muhammad, adalah perkara ini selepas engkau [Khilafah], untuk kami atau untuk siapa? Baginda bersabda:. Wahai Sakhar, perkara itu selepas ku adalah untuk orang yang mempunyai pangkat seperti Harun pada Musa. Baginda bersabda: Maka Allah SWT turunkan ayat:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini}, sebahagian mereka menerima Wilayah dan Khilafahnya, dan sebahagian dari mereka menafikan keduanya (Wilayah dan Khilafahnya). Kemudian baginda bersabda: Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui bahawa KhilafahNya adalah benar selepas itu Sekali lagi, kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, dan baginda bersabda:. mereka akan mengenal Wilayah dan KhilafahNya apabila ditanya mengenainya di dalam kubur mereka; sehingga setiap orang yang mati sama ada di Timur dan Barat, di bumi dan laut, akan ditanya oleh Munkar dan Nakir mengenai Wilayah Amir Al-Mukminin, selepas kematian kedua-dua (malaikat) akan berkata kepada orang yang mati. Siapa Tuhan kamu? Apakah Agama kamu? Siapakah Nabi kamu? Dan Siapakah Imam kamu?) Manaqib Ali Abi Talib oleh-Ibn Syahr Asyub Jilid 2 halaman 276.
Dan dari Sadir berkata: Aku bertanya kepada Abu Abdullah (as) atas Ayat Allah Tabarak Wa Taala:
(بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ)
{Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu.} [Al-3ankabut 29:49]
dan firmanNya:
(قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ * أَنتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ)
{Katakanlah: Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya }. [Shaad 38:67dan 68]
Baginda bersabda: (Orang-orang yang beroleh ilmu tentang para Imam, dan Berita mengenai Imamah) Bihar al-Anwar Jilid 32 halaman 203.
Dan dari Abdullah ibn Kathir, dari Abu Abdullah (as) mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ)
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar }.
Beliau berkata: (berita yang besar adalah Wilayah.
Dan aku bertanya kepadanya tentang firmanNya SWTini:
(هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ)
{Di sana Al-Wilayah itu hanya bagi Allah Yang Hak.}.[Al-Kahf 18:44]
Beliau berkata: (Wilayah Amir Al-Mukminin (as)). Bihar al-Anwar Jilid 42 halaman 352.
Dan dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini)
Beliau (as) berkata: " Amir Al-Mukminin (as) telah berkata: Allah tidak mempunyai Berita yang lebih besar daripada Berita )mengenai)ku dan Allah tidak mempunyai tanda (ayat) yang lebih besar daripada ku, dan telah ditunjukkan kepada umat terdahulu atas yang mereka perselisihkan perjalanannya tetapi tidak menerima kelebihanku) Mustadrak Safinah Al-Bihar – oleh Al-Syeikh Ali Al-Namaazi:. Jilid 9 halaman 509.
[95] Al-Shadiq (as) berkata: (Iblis telah diperintahkan supaya sujud kepada Adam, Iblis berkata: Wahai Tuhan, demi KemuliaanMu, jika Engkau mengecualikan aku daripada sujud kepada Adam, nescaya aku akan beribadah pada Mu dengan ibadah yang tidak pernah dilakukan pada Mu seorangpun sepertinya. Maka Allah Jalla Jalalah berfirman:. Aku lebih suka ditaati dengan cara yang Aku ingini) Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 262..
[96] Dari Jamil bin Daraj berkata: Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as), adakah iblis dari malaikat? Dan adakah ia mengikuti sesuatu perintah (urusan) dari langit?Dan dia (as) berkata: (Dia bukan dari malaikat, dan dia tidak mempunyai sesuatu dari perintah (urusan) Langit. Dia adalah dari jin dan ada bersama malaikat, dan seluruh malaikat memandang sebagai sebahagian dari kalangan mereka, dan Allah mengetahi bahawa Iblis bukan dari kalangan mereka. Oleh itu, apabila dia diperintah dengan sujud, dia melakukan apa yang dia lakukan [enggan sujud]). Bihar al-Anwar Jilid 11. halaman 119.
[97] - Al-Syhu'araa' 26::227
[98] - Al-Naba' 78:31
[99] - Shaad 38:67,68 dan 88
No comments:
Post a Comment