Contoh Dari Al-Quran Mengenai Keluarga-Keluarga Terpilih
Pertama: Aali
Ibrahim (Keluarga Ibrahim) (as):
Allah
Ta’ala berfirman:
﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ
وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾
(Sesungguhnya Allah
telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran atas sekalian
alam) [1]
Adalah
jelas terpilihnya Aali Ibrahim (as), demikianlah Allah Ta’ala berfirman dalam
surah Al-Nisaa’
﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ
عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ
آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا
عَظِيمًا﴾
(Ataukah mereka dengki
kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia
yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab
dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepada mereka
kerajaan yang besar.) [2].
Ia
dari ayat-ayat yang dinyatakan Allah memilih nabi-nabi dari zuriat Ibrahim (as)
Allah berfirman kepada Ibrahim (as):
﴿وَوَهَبْنَا لَهُ
إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ
وَآتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ
الصَّالِحِينَ﴾
(Dan Kami anugrahkan
kepadanya (Ibrahim), Ishak dan Ya'qub, dan Kami jadikan kenabian dan Al-Kitab
pada keturunannya, dan Kami berikan kepadanya balasannya di dunia; dan
sesungguhnya dia di akhirat, termasuk orang-orang yang sholeh.) [3].
Dan
seperti firmanNya yang lain:
﴿وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا
نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ
وَالْكِتَابَ ۖ فَمِنْهُم مُّهْتَدٍ ۖ وَكَثِيرٌ
مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ﴾
(Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan
keduanya kenabian dan Al-Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima
petunjuk dan banyak di antara mereka fasik.) [57:26] [4].
Adapun
asas yang diingatkan Al-Quran untuk menurunkan Imamah tersebut kepada zuriat
Ibrahim (as) disahkan oleh firman Allah Ta’ala:
﴿وَإِذِ ابْتَلَىٰ
إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ
إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا
يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾
(Dan
(ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim
menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam
bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari
keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang
yang zalim")
[2:124]
[5].
Sebaliknya,
Allah telah berfirman bahawa ia akan kekal di
tumit, berkata:
﴿وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَة فِي عَقِبِهِ﴾
(Dan
(lbrahim) menjadikan kalimat itu kalimat yang kekal pada keturunannya.)
[43:28]
[6].
Seperti
yang diminta Ibrahim (as) kepada Tuhannya supaya menjadikan keturunannya Imam-imam
kepada manusia juga meminta kepadaNya supaya hati manusia cenderung kepada
mereka dalam firmanNya SWT:
﴿رَّبَّنَا إِنِّي
أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ
رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي
إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ﴾
(Ya Tuhan kami,
sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak
mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya
Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati-hati
manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan,
mudah-mudahan mereka bersyukur) [14:37] [7].
Dan
tersembunyi dalil-dalil dalam lafaz (أفئدة من الناس – hati-hati manusia) bermaksud bahawa hati-hati ini mereka suka
dengan mereka sesuai sebagai Imam petunjuk di kalangan manusia, jika tidak,
mengapa diminta kepadaNya, terutamanya apabila Al-Quran tiada menyukai orang-orang
yang berdosa dalam firmanNya SWT
﴿لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ﴾
(Kamu tidak
akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling
berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya)
[Al-Mujadalah
58:22]
[8].
Kedua:
(Keluarga) Aali Musa dan Aali Harun (as):
Telah
disebut Aali Musa (as) dalam firmanNya SWT:
﴿وَقَالَ لَهُمْ
نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ
مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَىٰ وَآلُ هَارُونَ
تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم
مُّؤْمِنِينَ﴾
(Dan Nabi mereka
mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah
kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan
sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa
malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu
orang yang beriman.)
[2:248] [9].
Adalah
diterangkan dalam Al-Quran Al-Karim Tempat Kedudukan yang khusus bagi Harun pada
Musa menjadi pengganti (Khalifah Musa) dalam
firmanNya SWT:
﴿وَوَاعَدْنَا مُوسَىٰ
ثَلَاثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ
أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ۚ وَقَالَ
مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ
سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾
(Dan
telah Kami janjikan kepada Musa sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan
Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah
waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada
saudaranya iaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan
perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat
kerusakan") [7:142] [10].
Dan
darinya boleh diketahui hakikat yang ditekankan oleh Al-Rasul (S) atas
Kedudukan Ali (as) seperti Kedudukan Harun atas Musa sebagaimana dipersetujuai kesahihahannya pada keseluruhannya.
Ketiga: Aali
Ya’kub (as):
Walaupun
mereka dijelaskan adalah sebahagian daripada keluarga Ibrahim, tetapi Al-Quran
khusus menyebutnya apabila memperkatakan tentang Yusuf bin Yakub (as) dalam
firmanNya SWT:
﴿وَكَذَٰلِكَ يَجْتَبِيكَ
رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
وَعَلَىٰ آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَىٰ أَبَوَيْكَ مِن قَبْلُ
إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ ۚ إِنَّ
رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
(Dan
demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya
kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya
kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan
nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) [12:6] [11],
dan
juga apabila memperkatakan tentang Zakaria (as) apabila dipanggil kepada Allah AWJ
dan menuntut zuriat yang sholeh dalam firmanNya SWT:
﴿فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ
وَلِيًّا * يَرِثُنِي
وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ
رَبِّ رَضِيًّا﴾
(maka anugerahilah aku
dari sisi Engkau seorang putera,yang akan
mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya
Tuhanku, seorang yang diridhai")
[19:5-6] [12],
Allah
perkenankan doanya dan menganugerahkan Yahya seorang nabi yang sholeh.
Keempat: Aali
Daud (as):
Adapun
Aali Daud telah disebutkan dalam firmanNya SWT:
﴿اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ
مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ﴾
(Bekerjalah hai
keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari
hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.) [34:13] [13],
dan
yang dimaksudkan mereka sekurang-kurangnya seorang nabi Allah Daud dan anaknya
Sulaiman (as), Al-Quran Al-Karim telah menerangkan bahawa Nabi Sulaiman
mewarisi Daud dalam firmanNya SWT:
﴿وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ
دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ ﴾
(Dan
Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung) [27:16] [14],
ia
tidak dapat dielakkan untuk mengiktiraf dalam penurunan (kuasa) martabat Ilahiyah
pada keturunan yang Suci seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat ini.
Al-Quran
telah menyatakan dengan firmanNya SWT:
﴿قُلْ مَا كُنتُ بِدْعًا مِّنَ الرُّسُلِ﴾
(Katakanlah: "Aku
bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul ) [46:9] [15],
bahawa
Rasulullah (S) adalah seperti para rasul yang lain (as), mengapa diwarisi oleh nabi-nabi
yang lain dengan menngutamakan 3itrah (keluarga) mereka, apakah dihentikan kelebihan
baginda tanpa pergantian (perlantikan) dari keluarga baginda? Jauh, amatlah
jauh, dan Al-Quran saksi terbaik atas khalifah baginda seperti yang dibaca dan yang
membuat kesimpulan.
Kelima: Aali
Imran (as):
Mereka
telah disebut dalam ayat:
﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ
آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ * ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
(Sesungguhnya Allah
telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran atas sekalian alam, (sebagai)
satu keturunan yang sebagiannya (turunan) dari yang lain. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.)
Sebaliknya,
ayat ini menandakan dengan maksud untuk memperkatakan mengenai kisah Aali Imran
dan tujuan Imran bapa Maryam (as) sebagaimana diceritakan, Allah SWT berfirman kemudian:
﴿إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ
عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ
مِنِّي ۖإِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ﴾
((Ingatlah), ketika
isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada
Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang sholeh dan berkhidmat (di
Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui") [3:35]
[16]
Telah
ditulis di dalam Al-Bihar, diriwayatkan dari Al-Baqir (as) beliau telah ditanya
mengenai sama ada Imran itu seorang nabi? Beliau berkata: "Ya, beliau adalah
seorang nabi yang diutus kepada kaumnya."
Hasilnya
bahawa maksud dengan Aali Imran, mereka telah dipilih Allah AWJ. Imran bapa Maryam, Maryam dan Isa putera
Maryam, (as) - atas mereka dan atas Nabi serta keluarganya selawat dan salam yang
terbaik.
Keenam: Aali
Zakaria (as):
Tidak
dapat ditolak di dalam Al-Quran Al-Karim kenyataan Aali Zakaria, melainkan
kisah mereka tidak berbeza dari Aali Dawud dan Aali Imran, bahkan mereka sezaman
dengan keluarga Imran, maka Isa dan Yahya bin Zakaria (as) adalah (sepupu) anak
ibu saudara.
Bahkan,
doa Zakaria kepada Allah bermohon zuriat telah diulangi selepas melihat kelebihan
Maryam anak perempuan Imran, begitu juga dengan urutan peristiwa-peristiwa ini dalam
kisah-kisah dalam Al-Quran, Allah berfirman:
﴿وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا
وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ﴾
{Dan (ingatlah kisah)
Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau
membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.} [17]
[21:89]
dan
demikian juga dalam firmanNya:
﴿كهيعص * ذِكْرُ
رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا * إِذْ
نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا * قَالَ رَبِّ
إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن
بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا * وَإِنِّي
خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِن وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِن
لَّدُنكَ وَلِيًّا * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ * وَاجْعَلْهُ
رَبِّ رَضِيًّا * يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ
اسْمُهُ يَحْيَىٰ لَمْ نَجْعَل لَّهُ مِن قَبْلُ سَمِيًّا﴾
(Kaaf Haa Yaa 'Ain Shaad * (ini adalah)
penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, * iaitu tatkala
ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. *Ia berkata "Ya
Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban,
dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. *Dan
sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku
adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang
putera, *yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan
jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai". * Hai Zakaria,
sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak
yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang
serupa dengan dia.) [19:1-7]
Ayat
ini, sebagai tambahan kepada yang disebutkan sebelumnya mengesahkan dakwaan bahawa
pemilihan keluarga-keluarga dan keturunan Nabi-nabi dan keluarga mereka perkara
dikenali (terdapat) dalam Al-Quran yang tidak menafikannya melainkan yang lalai lagi jahil.
Nota:
Semua keluarga tersebut kembali kepada bapa Al-Anbiak Ibrahim (as) bagaimanapun
setiap daripada keluarga mereka boleh dipanggil sekeluarga seperti mana
dijelaskan oleh Al-Quran Al-Karim, dan kita akan melihat bahawa Aali Muhammad (as)
juga dari Aali Ibrahim (as).
Di
sini dibawakan ayat-ayat yang penting yang ditujukan kepada Ahl Bait Rasulullah
(S) secara khusus:
Pertama: FirmaNya
SWT:
﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ
الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾
Sesungguhnya Allah
bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan mensucikan kamu
sesuci-sucinya.
[Al-Ahzab
33:33].
Ayat
ini diturunkan mengenai hak lima orang Ahli Al-Kisaa’ (Orang-orang di bawah
Jubah) iaitu Muhammad (S), Ali dan Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (as). Ayat
ini ditujukan kepada mereka tidak kepada yang lain, ia mempunyai pengertian yang
sama kepada apa yang telah diturunkan pada hak Maryam (as)]
﴿وَإِذْ قَالَتِ
الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ
عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ﴾
{Dan (ingatlah) ketika
Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih
kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia.} [Aali
Imran 3:42]
Yang
menunjukkan tidak boleh terpisah daripada kehendak Ilahiyah khusus untuk menyucikan
mereka.
Kehendak
yang suci ini berbeza dari kehendak umum yang tidak boleh terpisah dengan
setiap manusia seperti dalam firmanNya:
﴿مَا يُرِيدُ اللَّـهُ
لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ
نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ﴾
{Allah tidak hendak
menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak menyucikan kamu dan menyempurnakan
nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.}[Al-Maidah 5:6] ,
Yang
berkenaan dengan wudhuk, maka kesucian di sini dipanggil kehendak syariat (perundangan),
dan ia adalah secara umum.
Ada
pun kehendak kesucian bagi Maryam dan seperti kehendak Kesucian bagi Ahl
Al-Bait kedua-duanya adalah kehendak khusus yang dilantik, maka ia adalah kehendak
yang tidak akan ketinggalan dari yang dikehendaki Allah AWJ, seperti FirmaNya
SWT
﴿وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ﴾
{dan
Kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian dan Al Kitab}[Al-Hadid 57:26]
Itulah
apabila Dia mahu jadikan Imamah pada keturunan Ibrahim.
Kedua FirmaNya
SWT:
﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ ۗ وَمَن
يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا ۚ إِنَّ
اللَّـهَ غَفُورٌ شَكُورٌ﴾
{Katakanlah: "Aku
tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali mengasihi pada
keluargaku". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan
baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Mensyukuri.} [Al-Syura42:23]
.
Ayat
ini menunjukkan sesuatu yang dilakukan dan berasal dari Rasul-rasul, mereka tidak
meminta upah (ganjaran) duniawi manusia atas amalan mereka dan telah dinyatakan
dalam Al-Quran Al-Karim bahawa mereka nabi-nabi seperti demikian di di beberapa
tempat:
﴿وَمَا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ﴾
{Dan aku sekali-kali
tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah
dari Tuhan semesta alam.} [Al-Syu3araa’ 26: 109
127 145 164 180]
Ya,
itulah perkara-perkara yang dikehendaki oleh Rasulullah (S) dari kaumnya, mereka
telah membuat sangkaan bahawa baginda menerima dan meminta ganjaran, tetapi
Al-Quran memberi ingatan kepada Rasul (S) untuk menerangkan kepada mereka:
﴿ قُلْ مَا
سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى
اللَّـهِ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾
{Katakanlah: "Upah
apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari
Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."}.
[Saba’ 34:47]
Al-Quran
Al-Karim juga menunjukkan bahawa segala yang diminta Al-Rasul (S) adalah sebelumnya
mengingatkan dan memimpin mereka kepada Allah AWJ dan inilah makna FirmaNya
SWT:
﴿قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاءَ أَن يَتَّخِذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا﴾
{Katakanlah: "Aku
tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu,
melainkan supaya orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya.} [Al-Furqaan
25:57]
Sama
ada pengecualian yang berkaitan dalam erti kata bahawa Al-Rasul (S) meminta suatu
ganjaran zahir, atau pengecualian yang tidak terhenti dalam erti kata bahawa baginda
tidak meminta upah, tetapi meminta perkara-perkara lain adalah dengan memperbaiki
(mengislah) manusia.
Maka
Dia SWT berfirman:
﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ﴾
{Katakanlah: "Aku
tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali mengasihi pada
keluargaku."} [Al-Syura42:23]
dalam
konteks pengecualian adalah serupa dengan pengecualian yang terdapat dalam FirmaNya
SWT:
﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلَّا
ذِكْرَىٰ لِلْعَالَمِينَ﴾
{Katakanlah: "Aku
tidak meminta kepadamu atasnya upah ".Bahawa ia tidak lain hanyalah
peringatan untuk seluruh alam.} [Al-An3am 6:90]
Dan
baginda hamba yang mengambil jalan kepada kepada Allah sebagai FirmaNya AWJ:
﴿قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاءَ أَن يَتَّخِذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا﴾
{Katakanlah: "Aku
tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu,
melainkan supaya orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya.} [Al-Furqaan
25:57]
Oleh
kerana mengasihi ahli Al-Bait adalah hasil dari kedudukan mereka sebagai Imam-imam
petunjuk adalah menjamin perkara-perkara yang memberi manfaat kepada manusia,
dan ia adalah peringatan untuk seluruh alam, Ia semestinya daripada jalan yang
diambil menuju Allah..
Ketiga: FirmaNya
SWT:
﴿فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن
بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا
وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ
نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّـهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ﴾
{Siapa yang membantahmu
tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah
(kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan
kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian
marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah
ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.} [Aali Imran 3:61]
Keempat:
FirmaNya SWT
﴿سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ﴾
{(iaitu):
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas?"} [Al-Shaafaat 37:130]
Saya
memperkatakan ayat-ayat yang mendahului ayat ini mengenai Ilyas (as), iaitu FirmaNya
SWT:
﴿وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ﴾
{Dan sesungguhnya Ilyas
benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul.} [Al-Shaafaat 37:123]
dengan
itu pentafsir umum berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk mentafsirkan [آل ياسين] Aal Yassin sebagai "
إلياس- Ilyas", dengan mendakwa
bahawa ia kebiasaan orang-orang Arab untuk menukar sebahagian lafaz kepada yang
menghampirinya dalam sebutan seperti di Sinai dan Sinain (سيناء وسينين).
Tetapi
di sana ia terhalang oleh satu titik yang pada asasnya tidak dapat dibenarkan,
iaitu pemisahan perkataan "Aali - آل " dengan: "Yassin -
ياسين ".
Di mana didapati dalam Mushhaf Uthmaniyyah Al-Qadimah (Asal) dengan cara ini..
Ibn
Jarir berkata dalam tafsirnya: "Pembaca berselisih dalam membaca FirmanNya:
سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ
{Salaamun
3ala Il-Yaasin - Salam atas Ilyas}
Maka
bacaan umum pembaca Mekah, Basrah dan Kufah: Salamun 3ala Il-Yassin. bacaan
umum pembaca Madinah: Salamun 3ala Aali Yassin, iaitu terputus dari Yaasin.
Maka sebahagian mereka mentafsirkannya dengan makna salam atas keluarga (Aali)
Muhammad [18].
Pengetahuan
ini ada tiga golongan pembaca yang membaca Aali Yassin, mereka adalah Nafi3, Ibn
3amir dan Ya3kub [19], dan berkata Al-Wahidi dalam tafsirnya:
bacaan Nafi3 pada Aali Yaasin dan hujahnya dalam mushaf (Al-Quran) ia diasingkan
daripada Yaasin [20], dan disampaikan yang lain, ini adalah
suatu akuan dari semua orang bahawa dia dipisahkan dalam (mushaf) Al-Quran, Bagaimana
mereka boleh membaca dengan menyambungkan Yaasin?
Ini
telah disampaikan Ibn Abi Hatim dalam tafsirnnya dari Ibn Abbas pada FirmanNya
سَلَامٌ
عَلَىٰ آل يَاسِينَ
Salamun 3ala Aali Yassin,
berkata:
Kami adalah Aali Muhammad (Aali Yaasin) [21] dan Thabraani
menyebut dalam Mu3jam Al-Kabir-nya [22], Syaukaani berkata
dalam (Fath Al-Qadir): dan Al-Kalbi berkata: Maksud Aali Yaasin adalah Aali Muhammad
[23].
Secara
umum, semata-mata mereka mempercayai yang berlawanan dengan bacaan mutawatir,
kesemuanya dengan fakta bahawa lebih daripada satu pembaca membaca:
سَلَامٌ
عَلَىٰ آل يَاسِينَ
Salamun 3ala Aali Yassin,- Salam atas Aali
(keluarga) Yassin
cukuplah
kesimpulan sahihnya dalam ayat ini.
Kelima:
ayat
﴿إِنَّ اللَّـهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾
{Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [24].
[Al-Ahzab 33:56]
Telah
diriwayatkan dalam Sahih Bukhari Kitab Al-Tafsir, tafsiran Surah Al-Ahzab dari
Ka'ab bin 3ujrah bertanya,
Wahai
Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi
bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?
Rasulullah pun menjelaskan , Katakanlah:
Rasulullah pun menjelaskan , Katakanlah:
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد
مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد
Ya
Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan
ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ia
juga meriwayatkan dari Abu Sa'eed juga [25].
Ia
juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Al-Shalah, Bab Al-Shalah Al-Nabi
(S) selepas Al-Tasyahud, dari Abi Mas'ud Al-Ansari dan dari Ka'ab bin 3ujrah [26].
Jadi
walaupun ayat tersebut tidak merujuk kepada keluarga Muhammad (S), seperti yang
dijelaskan, tetapi kesepakatan umat Islam pada bentuk selawat kepada Nabi dan
melibatkan hak keluarga (Aali) baginda dengannya, malah mereka disamakan dengan
keluarga (Aali) Ibrahim (as) sesungguhnya ia adalah kehendak menghantar (selawat)
semuanya untuk Ibrahim dan keluarganya kepada Muhammad dan keluarganya. Adakah keberkatan
Ibrahim pada isteri-isterinya sehingga dikatakan membawa maksud dengan Aali Muhammad
isteri-isteri baginda? Atau keberkatan Ibrahim pada anak-anaknya seperti FirmanNya
SWT::
[وَمِن ذُرِّيَّتِي - dan dari keturunanku]
dan
FirmanNya:
[وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ
وَالْكِتَابَ - dan
Kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya]
dan
FirmaNya:
[إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ
ذِي زَرْعٍ
- sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman]
Keenam: Aali
Muhammad (S) mereka adalah Aali Ibrahim (as)
FirmanNya
SWT:
﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ
بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ
آمَنُوا وَاللَّـهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ﴾
{Sesungguhnya
orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan
Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang beriman, dan Allah adalah waliy
orang-orang beriman.} [Aali Imran 3:68]
Maka
diperhatikan bahawa istilah [هذا النبي والذين آمنوا - Nabi ini dan orang-orang
yang beriman] di dalam ayat, adalah sama seperti FirmanNya:
إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا
[Sesungguhnya
waliy kamu, Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman], dan melalui hadits
bahawa ia adalah Ali (as) dan mereka yang mengikuti Ibrahim telah disebut di
dalam FirmanNya:
﴿وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ
الْأَصْنَامَ*رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ
النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ
غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾
{Dan (ingatlah), ketika
Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang
aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah
berhala-berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan
kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka
sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai
aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Ibrahim 14:35-36]
yang
dimaksudkan dengan baik keturunannya yang dimakbulkan doanya pada mereka, maka benarlah
katanya "
فإنه مني - maka
sesungguhnya orang itu termasuk golonganku," Apa yang kita mahu katakan
bahawa ayat-ayat pada akhirnya saya rujukkan dan tunjukkan, mereka pada
hakikatnya Aali Ibrahim, yang merujuk kepada mereka dalam ayat:
﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ
وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾
(Sesungguhnya Allah
telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran atas sekalian
alam) [Al-Imran 3:33]
bahawa
Tuhan telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Imran di dunia .
Kebanyakan
dalil hakikat bahawa Muhammad (S) adalah dari Aali Ibrahim dari doa Ibrahim (as):
﴿رَبَّنَا وَابْعَثْ
فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ
الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ﴾
{Ya Tuhan kami, utuslah
untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada
mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al-Hikmah serta
mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.}
[Al-Baqarah 2:129]
Ahmad
meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abi Amamah berkata: Aku bertanya, Wahai
Rasulullah, apa yang pertama memulakan urusan engkau? " Baginda menjawab,
“Aku adalah buah dari doa Nabi Ibrahim dan khabar gembira nabi Isa. Ketika
ibuku mengandungku, ia melihat dari tubuhnya keluar sebuah cahaya yang
menerangi istana-istana di negeri Syam. " [27].
Ia
adalah penting bahawa kita dapati dalam Al-Quran disebut dengan terang akan
wujudnya yang terpilih selepas rasul penamat, seperti dalam FirmanNya:
﴿ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ
عِبَادِنَا﴾
{Kemudian Kitab itu
Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.} [Fathir
35:32]
dan
FirmanNya:
﴿هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا
جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ
إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ﴾
{Dia telah memilih kamu
dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian
orang-orang muslim dari dahulu}
Bahkan
adalah zahir FirmanNya SWT:
﴿وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِي عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ
يَرْجِعُونَ﴾
{ Dan
(lbrahim as) menjadikan kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka
kembali kepada kalimat itu.}[Al-Zukhruf 43:28]
walaupun
ia bermakna perkataan "benteng/
kesukaran"
iaitu selepasnya, dan pada huruf "
في – dalam/pada"
makna pada ayat ini, jadi ia adalah lebih tepat untuk mempunyai makna tumit iaitu
zuriatnya yang selaras dengan ayat-ayat yang kita cakapkan sebelumnya.
Berdasarkan
atas apa yang dinyatakan di dalam Sahih Muslim Kitab AL-Fadhail Bab Kelebihan Nasab
Nabi (S) dari Watsilah bin Al-Asqa3, katanya: Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:
"Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah
dipilih daripada kaum Quraisy Bani Hashim dan aku terpilih dari Bani Hashem
"[28].
Mestilah
bahawa orang-orang yang Allah pilih terdiri dari Bani Hashim berbanding Quraisy
yang lain, dan mestilah dua belas khalifah yang disebut dalam riwayat Bukhari
dan Muslim adalah dari Bani Hashim, Quraisy tidak dari keturunan lain.
Dan
yang ajaibnya mereka menerima riwayat yang disampaikan oleh Al-Bukhari dalam Kitab
Al-Ahkam Bab Al-Umaraa’ Min Quraisy dari Ibn 'Umar bahawa Rasulullah (S) bersabda:
"Tiada hentinya urusan ini pada Quraisy apa yang tinggal (kekal) dua
daripada ianya" [29] dan tidak menerima untuk mengatakan
bahawa ia pada Bani Hashim dan mereka dianggap dari perwarisan tercela.
Salah
satu ayat paling besar yang menunjukkan ikatan antara Aali Ibrahim (as) dan Aali
Muhammad (S) adalah FirmanNya SWT:
﴿أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّنَ
الْمُلْكِ فَإِذًا لَّا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا *أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ
اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ
وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾
{Ataukah ada bagi mereka
bahagian dari kerajaan (kekuasaan)? Sekalipun ada, mereka tidak akan memberikan
sedikitpun (kebajikan) kepada manusia. ataukah mereka dengki kepada manusia
(Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya
Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah
memberikan kepadanya kerajaan yang besar.} [Al-Nisaa’ 4:53-54]
Ayat
ini membicarakan tentang sejumlah orang yang cemburu
pada zaman Rasulullah (S), dan sama seperti Aali Ibrahim dalam menangani
hak-hak keluarga. Jadi Al-Quran membuat bantahan kepada mereka yang dengki,
yang bermaksud bahawa memberi keutamaan kepada keluarga dari keluarga nabi-nabi
yang bukan tiada yang mendahuluinya, bahkan kamu semua tahu ia terjadi pada Aali
Ibrahim (as) .
Maka
tidak boleh untuk maksud selain dari, keluarga Muhammad (S), dan yang peliknya
di sini juga bahawa selepas ayat-ayat yang pendek dengan FirmanNya AWJ ini:
﴿إِنَّ اللَّـهَ
يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم
بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ
اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا* يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي
الْأَمْرِ مِنكُمْ﴾
{Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh
kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan
adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya
Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.* Hai orang-orang yang beriman,
taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. } [Al-Nisaa’ 4:58]
Lihatlah
urutan ayat-ayat
Pertama, larangan
dari dengki dan memberikan ketaatan kepada mereka, Allah melebihkan mereka dengan
kitab, hikmah dan Kerajaan yang besar seperti diberikan kepada Aali Ibrahim.
Kedua: Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan
(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil.
Ketiga dan
akhir sekali, Perintah taat kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Al-Amri.
Urutan
ini tidak mendedahkan siapakah mereka Ulil Al-Amri. dan siapakah orang-orang
yang berhasad dengki?
✡✡✡✡✡
-------------------------
[1]
- Al-Imran 3:33
[2]
– Al-Nisaa’ 4:54
[3]
– Al-Angkabut 27
[4]
– Al-Hadid 26
[5]
– Al-Baqarah 2:124
[6]
– Al-Zukhruf 28
[7]
- Ibrahim 37
[8]
– Al-Mujadalah 58: 22
[9]
- Al-Baqarah 2:248
[10]
– Al-A3raaf 142
[11]
- Yusuf 6
[12]
– Mariam 5-6
[13]
– Saba’ 13
[14]
– Al-Naml 16
[15]
– Al-Ahqaaf 9
[16]
– Aali Imran 35
[17]
– Al-Anbia’ 89
[18]
– Tafsir Al-Thabari -. Jilid 22, halaman 114
[19]
- Thaiyiyah Al-Nasyar fi Al-Qiraat Al-3asyar - Ibn Al-Jazari - halaman 303
[20]
– Al-Wasith Fi Tafsir Al-Quran – Al-Wahidi - Jilid 3, halaman 532
[21]
- Tafsir Ibn Abi Hatim Jilid 10, halaman 3225
[22]
– AL-Mu3jam Al-Kabir – Al-Thabraani - Jilid 11, halaman: 56
[23]
– Fath Al-Qadir – AL-Syaukaani - Jilid 4, halaman 470
[24]
– Al-Ahzab 33:56
[25]
- Sahih Bukhari - Jilid 6, halaman 151
[26]
- Sahih Muslim - Jilid 1, halaman 305
[27]
- Musnad Ahmad - Jilid 5, halaman 362
[28]
- Sahih Muslim - Jilid 4, halaman 1782
[29]
- Sahih Bukhari - Jilid 9, halaman 78
No comments:
Post a Comment