Beberapa
keterangan mengenai penerusan Khalifah Allah selepas Rasulullah (S)
(Menentukan
Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam !2 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi
di akhir zaman sebagai Khalifah Allah –
Pent.)
Selepas
membuktikan tanggapan mengenai Imamah di dalam Al-Quran Al-Karim adalah lantikan
Allah, dan imam yang dilantik selepas Rasulullah (S) adalah Ali bin Abi Talib (as),
akan dibuktikan pula di sini kemimpinan Aimmah (Imam-imam) dua belas (as),
seperti berikut:
Dalil-dalil
yang boleh membuktikan kebenaran ini melalui jalan yang pertama ayat Al-Quran,
dan jalan yang kedua melalui riwayat-riwayat (Hadits).
Jalan
Pertama: Ayat-ayat Al-Quran:
Ayat pertama: FirmanNya SWT :
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ
لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الاْرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا
مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَ يَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ
نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ﴾
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman
kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui".}.[Al-Baqarah
2:30]
Ayat
yang diberkati ini menunjukkan:
Pertama, bahawa Khalifah di bumi ini, ia wujud
pada setiap zaman, dan penunjuk katanya adalah: [جَاعِلٌ - jadikan] kerana ia Al-Jumlah Al-Ismiyah (Ayat namaan - kalimat
yang didahului oleh kata nama), dan menjadi khabar atas kata kerja «aktif –
bangun membuat» dan ia adalah kata kerja kala kini, dengan menyatakan kekekalan
dan berkesinambungan, dan apabila membandingkan Al-Ja3ala ini dengan
yang terdapat (persamaan) dalam Al-Quran Al-Karim, kita dapati bahawa ia
membantu makna sunnah Allah sebagaimana firmanNya SWT:
﴿جَعَلَ
لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِـلَـلاً﴾
{menjadikan bagimu
dengan diciptakan tempat bernaung,}
﴿وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا﴾
{Dan
menciptakan padanya bulan sebagai cahaya}
dan
seumpamanya.
Kedua, Khalifah ini bukanlah hak mutlak manusia,
untuk itu sebagaimana firmanNya SWT:
﴿هُوَ الَّذِى جَعَلَكُمْ
خَلَـئِفَ فِى الاْرْضِ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ﴾
{Dialah
yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir,
maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. }. [Fathir 35:39]
Bahawa
yang dimaksudkannya pada manusia secara khususnya, dan Itulah keterangan
ayat-ayat berikut yang membuktikan bahawa mesti wujud di bumi ini Khalifah
Allah kerana dia tahu semua nama-nama secara terus dariNya Yang Maha Tinggi:
﴿وَ عَلَّمَ ءَادَمَ الاْسْمَآءَ كُلَّهَا﴾
(Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,),
Kemudian
Allah menempelak malaikat-malaikat-Nya
﴿يَـــَادَمُ أَنبِئْهُم
بِأَسْمَآئِهِمْ﴾
(Hai
Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama semuanya itu")
Dari
sini adalah jelas ia tidak boleh ditujukan kepada semua manusia, sehingglah
orang-orang itu diibaratkan oleh Al-Quran Al-Karim, dengan firmanNya SWT:
﴿أُولَـئِكَ كَالاَنْعَـمِ
بَلْ هُمْ أَضَلُّ﴾
(Mereka
itu seperti ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi),
maka,
ayat ini menunjukkan keperluan untuk kesinambungan Khalifah Allah, dan adalah
khalifah itu dari setiap zaman, maka hendaklah mengkajinya semula,
kami akan menunjukkannya kemudian.
Ayat Kedua: FirmanNya SWT kepada Ibrahim Al-Khalil (as):
﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾
(Sesungguhnya
Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia"), dan Imamah ini bukanlah
nubuwah dan Risalah yang diperuntukkan bagi Ibrahim (as). Saksikanlah atas yang
demikian itu.:
1
«Meminta Al-Imamah bagi zuriat di mana FirmanNya SWT:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan
dari keturunanku),
adalah
jelas bahawa ia berlaku kepada Ibrahim (as) pada zuriat, semasa lemah karena usia
tuanya, sebagaimana FirmanNya SWT:
﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى الْكِبَرِ
إِسْمَـعِيلَ وَ إِسْحَـقَ﴾
(Segala
puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan
Ishaq.), [Ibrahim 14:39]
dan
Dia SWT menceritakan
isteri Ibrahim
﴿قَالَتْ يَـوَيْلَتَى ءَأَلِدُ وَ أَنَا عَجُوزٌ وَ هَـذَا
بَعْلِى شَيْخًا إِنَّ هَـذَا لَشَىْءٌ عَجِيبٌ﴾
(Isterinya
berkata: "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal
aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah
tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh".). [Hud 11:72]
Permintaan
ini tidak betul melainkan kepada orang-orang yang tidak mempunyai anak,
manakala tanda memperoleh anak itu adalah jawapan yang mengembirakan, Dia SWT
berfirman:
﴿أَبَشَّرْتُمُونِى عَلَى أَن مَّسَّنِىَ الْكِبَرُ فَبِمَ
تُبَشِّرُونَ﴾
(Berkata
Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah
lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu
kabarkan ini?"), [Al-Hijr 15:54]
Maka
tidak benar dari keadaan ini untuk meminta sesuatu selain dari keturunannya).
Walaupun
pada awal-awal kehidupannya dan sebelum dikurniakan zuriat, menjadi suatu
kewajipan untuk mengatakan:
«dan
dari keturunanku jika dikurniakan zuriat», dan Al-Khalil (as) hanya perlu mengucapkan
kepada Al-Jalil TuhanNya termasuk apa yang tidak diketahuinya, dan ini adalah
apa yang berjalan pada maqam Ibrahim (as).
2
«Jika ayat ini:
﴿وَ إِذِ ابْتَلَى إِبْرَ
هِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَـت فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ
إِمَامًا﴾
(Dan (ingatlah), ketika Ibrahim
diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah
berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh
manusia".)
menunjukkan
bahawa Imamah ini dikurniakan tetapi selepas percubaan dengan berbagi
ujian dan cubaan Allah kepadanya, tetapi ini bukanlah satu-satunya ujian yang
telah diterima (as) dalam hidupnya, Al-Quran telah menyatakan bahawa sebab yang
paling jelas dari penyembelihan Ismail (as), Dia SWT berfirman:
﴿ قَالَ يَـبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ﴾
{Ibrahim berkata: "Hai anakku
sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.) [Al-Shaffaat 37:102]
Hinggalah
kepada firmanNya:
﴿إِنَّ هَـذَا لَهُوَ الْبَلَـؤُا الْمُبِينُ﴾
(Sesungguhnya ini benar-benar suatu
ujian yang nyata.). [Al-Shaffaat 37:106]
Imamah
ini disahkan untuk Ibrahim (as) yang meminta untuk keturunannya, di mana beliau
berkata:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan
dari keturunanku)
Allah
SWT telah benar-benar makbulkan doanya, tetapi tidak diperkenankan untuk para
penzalim dari keturunannya, dan juga pada orang lain.
Dari
penjelasan ini bahawa diperkenankan doa untuk zuriatnya, tidak khusus benih dalam
sulbinya sahaja, tetapi yang sempurna bagi semua keturunannya yang memenuhi syarat
dan yang tidak zalim. Ini telah disahkan oleh Imam Redha (as) yang berkata: «Imamah dikhaskan oleh Allah AWJ pada
Nabi Ibrahim (as) selepas nubuwah dan akhlak martabat ketiga, dan menurut kelebihan
dan kemuliaan memberi penghormatan dengan menyebutnya, Dia SWT berfirman:
﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾
(Sesungguhnya
Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia),
Maka
Al-Khalil (as), berkata
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan
dari keturunanku)
Allah
SWT berfirman,
﴿لاَيَنَالُ
عَهْدِى الظَّـلِمِينَ﴾
(Janji-Ku
(ini) tidak mengenai orang yang zalim") Maka ayat Imamah ini berlawanan dengan
semua orang yang zalim hingga hari kiamat dan menjadi golongan terpilih, maka
Allah yang menjadikannya kepada keturunan terpilih dan kemudian Allah SWT
memuliakannya dengan menjadikan keturunannya terpilih dan suci, Dia SWT
berfirman:
﴿وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَـقَ
وَ يَعْقُوبَ نَافِلَةً وَ كُلاًّ جَعَلْنَا صَــلِحِينَ * وَ جَعَلْنَـهُمْ
أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَ تِ
وَ إِقَامَ الصَّلَوةِ وَ إِيتَآءَ الزَّكَوةِ وَ كَانُوا لَنَا عَـبِدِينَ﴾
(Dan Kami telah memberikan
kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami).
Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh. * Kami telah
menjadikan mereka itu sebagai imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah
Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,),
[Al-Anbiak 21:72]
Maka
tidak akan tersilap keturunannya dalam mewarisi sebahagian dari sebahagian yang
lain dan generasi demi
generasi,
sehingga Allah SWT mewariskan Nabi Muhammad (S) dan keluarga baginda, maka Dia Jalla
Wa Taala berfirman:
﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ
بِإِبْرَهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـذَا النَّبِىُّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا
وَاللَّهُ وَلِىُّ الْمُؤْمِنِينَ﴾
(Sesungguhnya orang
yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi
ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah
adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman.) [Aali Imraan 3:68]
Maka
adalah ia secara khusus kepada baginda, dan begitu juga Ali (as) dengan perintah
Allah SWT atas perkiraan yang dibuat Allah ke atasnya, maka keturunannya
menjadi pilihan Allah yang memberi mereka ilmu dan iman, dengan firmanNta SWT:
﴿وَ قَالَ الَّذِينَ
أُوتُوا الْعِلْمَ وَ الاْيمَـنَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِى كِتَـبِ اللَّهِ إِلَى
يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَـذَا يَوْمُ الْبَعْثِ﴾
(Dan berkata
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang
kafir): "Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan
Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu.") [Al-Rum 30:56]
Maka ini adalah pada anak-anak Ali
(as) secara khusus hingga hari kiamat ».
Ayat ketiga:
﴿وَ إِذْ قَالَ إِبْرَ
هِيمُ لاِبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ * إِلاَّ الَّذِى
فَطَرَنِى فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ * وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾
(Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata
kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab
terhadap apa yang kamu sembah, * tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang
menjadikanku; karena sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku". * Dan
(lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang kekal pada keturunannya
supaya mereka kembali kepada kalimah itu.). [Al-Zukhruf
43:26]
«Semua
Ahli tafsir mentafsirkan perkataan
الكلمة الباقية في عقب إبراهيم
(Dan
(lbrahim (as)) menjadikan kalimat tauhid itu kalimat yang kekal pada
keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat tauhid itu).
Al-Kalimah
adalah Kalimah Tauhid. apabila dia tidak bertanggung jawab
terhadap apa yang disembah kaumnya, dan hala tuju ke arah yang menciptanya
adalah pengertian teras kepada Kalimah Tauhid (لا إلـه إلاّ الله -
Tiada Tuhan selain Allah), dan pada firmanNya:
لَعَلَّهُمْ
يَرْجِعُونَ
(supaya
mereka kembali), iaitu supaya mereka kembali dari mensyirik kepada seruan (dakwah)
mentauhid Allah Taala.».
Jadi,
Allah Taala telah menjadikan Tauhid berterusan pada keturunan lbrahim (as) dan anak
cucunya, Tidak boleh tanpa keturunannya atas orang-orang yang bertauhid, dan kekalnya
Tauhid yang dijadikan Allah Taala atas anak cucu Ibrahim (as) mestilah Tauhid sebenar
(haqiqi), yang tidak dicemari oleh sesuatu yang syirik selamanya, yang layak mendapat pujian
dalam Al-Quran, jika tidak ia tidak mungkin bertauhid seperti yang dikehendaki dan
yang diterangkan Allah SWT dengan firmanNya
﴿وَ مَا
يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلاَّ وَ هُم مُّشْرِكُون﴾
(Dan
sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam
keadaan mempersekutukan Allah.). [Yusuf 12:106]
Ini
adalah tambahan kepada ayat yang jelas bahawa Tauhid yang diteruskan oleh anak
cucunya ini adalah Tauhid lbrahim (yang disampaikan lbrahim), yang tidak
bercampur dengan syirk kepada Allah Al-3adzim. Tetapi siapakah yang benar (nyata)
memiliki Tauhid Al-Haqiqi seperti itu dari segi ilmu dan amalannya ? Sesiapa
yang membawa antara sayapnya apa yang dibawa Sheikh yang bertauhid,
iaitu
﴿قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ
الْعَــلَمِينَ﴾
(Ketika
Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" dia (Ibrahim)
menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.")? [Al-Baqarah
2:131]
Tidak
ada keraguan lagi bahawa yang membawanya adalah yang telahpun dikurniakan janji
Allah SWT dari keturunan Al-Khalil (as) ketika Dia berfirman:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِى الظَّــلِمِينَ﴾
(“dan dari keturunanku.” KataNya “Janji-Ku
(ini) tidak mengenai orang yang zalim”).
Adalah
jelas di sini bahawa berterusannya Imamah yang dijadikan (dilantik) Allah SWT
untuk khalilNya (KekasihNya) Ibrahim (as), dengan berterusannya Kalimah yang
diberkati pada anak cucu dan keturunannya ».
Atas
dasar ini, banyak dari riwayat hadits wujud yang telah menunjukkan bahawa Kalimah
Al-Baqiyah (Kalimah yang berterusan) pada keturunannya (as) ini adalah Imamah.
عن
أبي هريرة قال : سألت رسول الله (صلى الله عليه وآله) عن قوله عزّ وجلّ : ( وَ
جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ ) قال : « جعل الامامة في عقب الحسين
يخرج من صلبه تسعة من الائمّة ، ومنهم مهدي هذه الامّة
Dari
Abu Hurairah katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah (S) pada FirmanNya AWJ
( وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً
بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ )
(Dan
(lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang kekal pada keturunannya). Baginda
bersabda: «Dijadikan Imamah dari anak cucu Al-Hussein yang keluar dari sulbinya
sembilan Imam-imam, dan dari mereka Mahdi umat ini».
-
Jalan
kedua: Hadits-hadits: Hadits Taaqalain (daripada dua perkara penting): -
Kami akan membicarakannya
secara terperinci dalam artikel yang lain
No comments:
Post a Comment