(Menentukan
Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam 12 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi
di akhir zaman sebagai Khalifah Allah –
Pent.)
Hadits Manzilah: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa
Tidak engkau
senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa
- Hadits Manzilah:
Ibn Abd Al-Barr
dalam Al-Isti3ab mengenai hadits ini: adalah dari khabar yang sah dan sahih.
Beliau berkata: Jalan hadits Saad bin Abi Waqas terlalu banyak. Beliau menyebut
beberapa orang sahabat yang meriwayatkan Hadits ini, kemudian berkata: kumpulan
yang panjang (ramai) menyebutnya [1].
Sama seperti itu
juga yang diperkatakan Al-Mazi dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin (as) dalam Tahzhib
Al--Kamaal [2].
Dan hadits ini disebut
oleh Al-Hafidz Ibn 3asakir dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin dari Tarikh Dimsyq (sejarah
Damsyik) atas banyak jalan, dan sanadnya hampir dua puluh sahabat [3].
Al-Hafidz Ibn Hajar Al-3asqalaniy berkata dalam Syarah Al-Bukhari selepas dia menyebut
sebilangan nama-nama sahabat, dan meriwayatkan kisah-kisah pengumpulan daripada
mereka mengatakan, telah diambil dalam jalan Ibn 3asakir dalam Tarjamah Ali [4].
Tambahan pula hadits ini adalah mutawatir di sisi Imamiyyah, ia adalah hadits-hadits
shahih yang dikenali dan masyhur di sisi Ahl Al-Sunnah, hadits-hadits ini juga
adalah mutawatir di sisi mereka. Kata Al-Hakim Al-Naisaburiy: Hadits ini mencapai
tahap tawatur (mutawatir) [5]. Al-Hafidz Al-Suyuthi juga melaporkan
Hadits ini dalam kitabnya Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar
(hadits) yang mutawatir [6], diikuti oleh Syeikh Ali Al-Muttaqi
di dalam kitabnya Quthf Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar
(hadits) yang mutawatir. Dan di antara yang mengakui hadits ini adalah Syah
Waliullah Al-Dahlawiy Muhadits India dalam kitabnya Izalah Al-Khafaa’ Fi Sirah
AL-Khulafaa’.
Perawi masyhur yang
meriwayatkan hadits ini pada abad-abad yang berbeza:
1 - Muhammad bin
Ishaq, penulis Al-Sirah.
2 - Sulaiman bin
Daud Tayaalisi Abu Dawood Tayaalisi, di dalam Musnad
3 - Muhammad bin
Saad, Pemilik Al-Thobaqaat.
4 - Abu Bakar Ibn
Abi Syaibah, pemilik Al-Mushnaf.
5 - Ahmad ibn
Hanbal, pemilik Al-Musnad.
6 - Bukhari dalam
Shahih-nya.
7 - Muslim dalam
Shahih-nya.
8 - Ibn Majah,
dalam Shahih-nya.
9 - Abu Hatem Ben
Habban, dalam Shahih-nya.
10 - Tirmizhi,
dalam Shahih-nya.
11 - Abdullah bin
Ahmad bin Hanbal, Imam besar ini yang mungkin mendahulukan sedikit pada ayahnya,
beliau meriwayatkan hadits ini dalam Ziadaat Musnad Ahmad dan Ziadaat Manaqib Ahmad.
12 - Abu Bakar Al-Bazar,
pemilik Al-Musnad. 13 - Al-Nasaaei, pemilik Al-Shahih
14 - Abu Ya3la Al-Mushli,
pemilik Al-Musnad.
15 - Muhammad bin
Jarir Al-Thabari, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.
16 - Abu 3awanah,
pemilik Al-Shahih.
17 - Abu Syeikh Al-Ishfahani,
pemilik Thabaqaat Al-Muhaditsin.
18 - Abu Al-Qasim Al-Thabaraani,
pemilik Al-Mu3ajam Al-Tsalatsah.
19 - Abu Abdullah Al-Hakim
Al-Naisaburiy, pemilik Mustadrak 3ala Al-Shahihain.
20 - Abu Bakar
Al-Syiraziy, pemilik Kitab Al-AlQaab.
21 - Abu Bakar bin
Mardawiyah Al-Ishfaahaniy, pemilik Al-Tafsir.
22 - Abu Naim Al-Isfahani,
pemilik Haliyah Al-Auliak.
23 - Abu Al-Qasim
Al-Tanwakhi, dalam Kitabnya Fi Thariq Ahadits Al-Manzilah
24. Abu Bakar Al-Khathib,
pemilik Tarikh Baghdad.
25 - Ibn Abd Al-Barr,
pemilik Al-Isti3ab.
26 – Al-Baghawi, digelar
sebagai yang menghidup Al-Sunnah, pemilik Mashabih Al-Sunnah.
27 – Ruzain Al-3abdariy,
pemilik Al-Jami3 Baina Al-Shihah.
28 - Ibn 3asakir,
pemilik Tarikh Dimasyq.
29 – Al-Fakhr Al-Raziy,
pemilik Al-Tafsir Al-Kabir.
30 - Ibn Al-Atsir Al-Jazariy,
pemilik Jami3 Al-Ushul.
31 – Akhwah Ibn
Al-Atsir, pemilik Asad Al-Ghaabah.
32 - Ibn Al-Najar Al-Baghdadi,
pemilik Tarikh Baghdad.
33 – Al-Nawawiy,
pemilik Syarah Shahih Muslim.
34 - Abu Al-Abbas Muhibb
Al-Din Al-Thabariy, pemilik Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaaqib Al-3asyarah
Al-Mubasyirah.
35 - Ibn Syed
Al-Nas, dalam Sirahnya.
36 – Ibn Qiyim Al-Jauziyah,
dalam Sirahnya.
37 – Al-Yaafaei,
pemilik Miraah Al-Jinan.
38. Ibn Katsir Al-Damsyiqi,
pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.
39 - Al-Khatib Al-Tabrizi,
pemilik Misykaat Al-Mashbih.
40 - Jamal Al-Din
Al-Mazi, pemilik Tahzhim Al-Kamal.
41 – Ibn Al-Syahnah, pemilik Al-Tarikh Al-Ma3ruf.
42 – Zain Al-Din
Al-Iraqi Al-Muhadits Al-Ma3ruf, pemilik Al-Mualafaat, pemilik Al-Alfiah dalam 3ulum
Al-Hadits.
43 - Ibn Hajar
Al-3asqalaani, pemilik Al-Mualafaat.
44 – Al-Suyuthi,
pemilik Al-Mualafaat Kal-Dar Al-Mantsur dan lain-lain.
45 – Al-Diyaribkariy,
pemilik Tarikh Al-Khamis.
46 - Ibn Hajar Al-Makki,
pemilik Al-Shawa3iq Al-Muharraqah.
47 – Al-Muttaqi
Al-Hindiy, pemilik Kanz Al-3amal.
48 – Al-Manaawi,
pemilik Faidh Al-Qadir Fi Syarah Al-Jami3 Al-Shaghir.
49 - Waliullah Al-Dahlawi,
pemilik Al-Mualafaat penulis Kitab Hujjah Allah Al-Balighah Wa Azalah
Al-Khifaa’.
50 - Ahmad Zaini
Dahlan, pemilik Al-Sirah Al-Dahlaniyah. Dan yang lain-lain dari ahli sejarah, ahli
hadits dan Ahli Tafsir dari abad dan lapisan masyarakat yang berbeza.
Teks Hadits dalam
Shahih Bukhari:
حدثنا
محمد بن بشار ، حدثنا غندر ، حدثنا شعبة ، عن سعد قال : سمعت إبراهيم بن سعد عن أبيه
[ أي سعد بن أبي وقاص ] قال النبي ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أما ترضى أن تكون
مني بمنزلة هارون من موسى
Muhammad bin Bashar, diberitahu oleh Gundar, diberitahu oleh Syu3bah, dari
Saad katanya: Aku mendengar Ibrahim bin Saad daripada bapanya [iaitu, Sa3ad bin
Abi Waqash] Nabi (S) bersabda kepada 'Ali: Tidakkah engkau senang di sisiku
seperti kedudukan Harun di sisi Musa [7] .
قال
: وحدثنا مسدد ، حدثنا يحيى ، عن شعبة ، عن الحكم ، عن مصعب - مصعب بن سعد بن أبي
وقاص - عن أبيه : إن رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) خرج إلى تبوك فاستخلف عليا
فقال : أتكلفني بالصبيان والنساء ؟ قال : ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من
موسى إلا أنه ليس بعدي نبي
Beliau berkata: kami diberitahu oleh Musdad, diberitahu kepada kami oleh
Yahya, dari Syu3bah,dari AL-Hakim dari Mush3ab – Mush3ab bin Sa3ad bin Abi
Waqash – dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) hendak berangkat dalam perang Tabuk,
baginda menugaskan ‘Ali untuk menggantikannya (mengurus Madinah) Ali berkata: Adakah
engkau menugaskan aku degan kanak-kanak dan wanita? Baginda bersabda: Tidak
engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak
ada nabi sesudahku, [8].
Hadits Al-Manzilah
dalam Shahih Muslim:
Bagi lafaz Muslim,
ia meriwayatkan hadits ini dengan banyak sanad bukan pada satu dan dua sanad:
termasuk: yang diriwayatkannya dengan sanad
عن
سعيد بن المسيب ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : قال رسول الله ( صلى
الله عليه وسلم ) لعلي : أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي . قال
سعيد : فأحببت أن أشافه بها سعدا ، فلقيت سعدا فحدثته بما حدثني به عامر فقال :
أنا سمعته ، قلت : أنت سمعته ؟ قال : فوضع إصبعيه على أذنيه فقال : نعم ، وإلا
أستكتا
dari Sa3id ibn al-Musaiyib, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqash, dari bapanya
yang berkata: Rasulullah (S) kepada 'Ali: Kamu di sisiku seperti kedudukan
Harun pada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku. Sa3id berkata: “Aku ingin
sekali menceritakan ini kepada Sa3ad, kemudian aku pun bertemu dengannya. Aku
lalu menceritakan apa yang telah diceritakan 3amir kepadaku. Sa3ad berkata,
“Aku telah mendengarnya.” Aku (Sa3id) bertanya, “Benarkah engkau telah
mendengarnya?” Dia meletakkan kedua jarinya di telinganya seraya berkata, “Ya,
jika tidak, semoga kedua telinga ini menjadi tuli.” [9].
Dalam hadits ini,
dan di dalam lafaz jenaka ini perlu memberi perhatian kepada. Dan pada sanad
yang lain dalam Shahih Muslim:
عن
بكير بن مسمار ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : أمر معاوية بن أبي
سفيان سعدا فقال : ما منعك أن تسب أبا التراب ؟ فقال : أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له
رسول الله فلن أسبه . . . فذكر الخصال الثلاث ومنها حديث المنزلة
Dari Bakir bin Musamar,
dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqas, ayahnya berkata: Amir Muawiyah ibn Abi
Sufyan berkata kepada Sa3ad: Apa yang mencegahmu untuk mencaci Abu Turab (‘Ali as)?”
Sa’ad menjawab, “Adapun setelah aku mendengar tiga hal yang telah disabdakan
oleh Rasulullah (S), oleh karena itu aku tidak akan mencacinya,. . . Dia mengingat
semula tiga hal, termasuk Hadits Manzilah [10].
Dilalah (Penunjukan
Makna) Hadits Manzilah:
Perkara paling
penting kita mesti lihat apa kedudujan Harun pada Musa, sehingga membuatkan taraf
Ali pada Nabi (Muhammad) berbanding Harun pada Musa, dengan merujuk kepada
ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan mengambil manfaat daripada ayat-ayat yang
memberi berkat pada kedudukan Harun:
Manzilah I: Al-Nubuwah, FirmanNya SWT:
﴿وَوَهَبْنَا لَهُ مِن
رَّحْمَتِنَا أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا﴾
(Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya dari rahmat Kami, iaitu
saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.) [11].
Manzilah II: Wazir, FirmanNya SWT dengan lisan Musa:
﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا
مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي﴾
(dan jadikanlah
untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku) [12],
dan dalam Surah Al-Furqan
FirmanNya SWT
﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى
الْكِتَابَ وَجَعَلْنَا مَعَهُ أَخَاهُ هَارُونَ وَزِيرًا﴾
(Dan sesungguhnya
kami telah memberikan Al Kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami telah menjadikan
Harun saudaranya, menyertai dia sebagai wazir (pembantu).) [13],
dan dalam Surah Al-Qashash
dengan lisan Musa:
﴿وَأَخِي هَارُونُ هُوَ
أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءًا يُصَدِّقُنِي﴾
(Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah
dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku;") [14].
Manzilah III: Khalifah, FirmanNya SWT :
﴿وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ
هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ
الْمُفْسِدِينَ﴾
(Dan berkata Musa kepada saudaranya Harun: "Gantikanlah aku dalam
(memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan
orang-orang yang membuat kerusakan") [15].
Manzilah IV: Kerabat berdekatan FirmanNya SWT dengan lisan
Musa:
﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا
مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي * اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي * وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي﴾
(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, *
Harun, saudaraku * teguhkanlah dengan dia kekuatanku, * dan jadikankanlah dia
sekutu dalam urusanku,) [16].
Rasulullah (S)
memberitahu dalam satu hadits Manzilah mengesahkan semua kedudukan-kedudukan Harun
dalam Al-Quran ini meyamai Ali kecuali nubuwah. Rasulullah (S) telah mengeluarkan
nubuwah untuk menegakkan keperluan kepada bahawa tiada nabi selepas baginda (S),
dan kekallah kedudukan (manzilah) selain kedudukan (manzilah) ini masih tetap ada
dan disahkan pada Ali (as).
Manzilah V: dari kedudukan Harun: Paling berilmu selepas
Musa atas semua Bani Israel, dan atas semua umatnya, telah membuktikan kedudukan
ini sesuai dengan penunjukan diturunkannya pada Ali dengan kedudukan Harun pada
Musa kepada Amir Al-Mukminin (as) [17].
Dilalah
(Penunjukan Makna) Hadits Manzilah
Pada Kemaksuman:
Adakah terdapat
apa-apa keraguan yang terbukti pada kemaksuman Harun? Rasulullah telah menyerahkan
pada Amir Al-Mukminin kedudukan Harun, tidak ada seorang sahabat pun yang diserahkan
pemilikan maksum, dan tidak diserahkan pemilikannya pada mana-mana sahabat, seperti
yang diberikan kepada Amir Al-Mukminin (as). Dan pada masa itu adakah diterima
akal (dibenarkan) menjadi Imam selepas Rasulullah yang tidak maksum ketika ada
yang maksum? Aadakah diterima akal seseorang yang tidak maksum menjadi pengantara
antara penciptaan dan Pencipta ketika ada yang maksum? Bolehkah mengikuti bukan
yang ma'sum ketika ada yang maksum?
Dilalah
(Penunjukan Makna) Hadits Manzilah
Pada Khalifah Amir Al-Mukminin
(as).
Kita beralih pula
kepada kepentingan hadits ini pada keutamaan Khalifah dan Wilayah, adalah
menjadi nash pada yang mendakwa. Tidak ada keraguan pada kedudukan Harun
sebagai Khalifah Musa (as),
Dia SWT berfirman
melalui Lisan Musa berucap kepada Harun::
﴿اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي
وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾
("Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan
janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan") [18].
Harun adalah Khalifah
kepada Musa, dan Ali menurut ketentuan Hadits Manzilah adalah Khalifah kepada
Rasulullah (S), maka Hadits ini menjadi nash pada Khilafah, Imamah dan Wilayah
selepas Rasulullah. Dan kesan dari ayat Khilafah ini: Wajib taat secara mutlak,
dan Wajib menyerah secara mutlak, dan ketaatan mutlak dan penyerahan mutlak
memerlukan (melibatkan) Khilafah, Imamah dan Wilayah secara awam. Tiada siapa
yang meragui pada kewajipan taat dan penyerahan mutlak kepada Harun, ia adalah
daripada kesan dan ketentuan nubuwah, bukan dari kesan dan dari ketentuan ia Khilafah
Musa, sehingga tidak diwajipkan ketaatan secara mutlak kepada Ali, kerana dia
bukan seorang nabi. Pemikiran ini adalah batil dan tertolak, jika terdapat
dalam beberapa kitab sebahagian ulamak mereka, yang demikian kerana kewajipan
ketaatan mutlak jikalah kesan nubuwah bukan daripada kesan khalifah. Jika
demikian mengesahkan tidak wajib pula taat kepada ketiga-tiga (khalifah)
terdahulu, kerana mereka bukan nabi, dan juga: mengesahkan tidak wajib taat mutlak
kepada Ali di tempat keempat, yang mereka katakan kepadanya (as), apabila pada
masa itu dia bukan seorang nabi, tetapi seorang khalifah. oleh sebab itu, wajib
taat mutlak kepada Harun dengan ketetapan sebagai khalifahnya dari Musa bukan
dengan ketetapan nubuwah, dan pada masa itu wajib taat mutlak kepada Ali (as) dengan
ketetapan dari Rasulullah, dan dengan ketetapan kedudukannya dari Rasulullah seperti
Kedudukan (Manzilah) Harun kepada Musa.
Perbincangan Pelbagai
Pihak Pada Hadits:
Perbincangan
Pertama: Bahawa hadits
ini tidak menunjukkan Manzilah umum, dan pada masa itu mencukupi persamaan
antara Ali dan Harun dari satu sudut, dan ia mencukupi dalam hadits yang shahih.
Adapun kedudukan Ali di sisi Rasulullah berbanding Harun di sisi Musa pada semua
kedudukan Harun tidak disepakati dalam perkara ini.
Jawapannya: Hadits yang termasuk dalam lafaz dan dari jenis
nama “Manzilah” bersandar kepada keunggulan “Harun”. Sabda
baginda: Kamu di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun, maka perkataan
Manzilah jenis nama yang bersandar kepada keunggulan Harun kemudian hadits itu
digabungkan dengan pengecualian, melainkan bahawa tidak ada nabi sesudahku. Hadits
tersebut terdiri daripada jenis nama bersandar kepada keunggulan, dan terdiri
daripada pengecualian secara lafaz yang kami telah sebutkan, ini matan (isi
kandungan) hadits. Jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Ushul Fiqh, jika
kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Balaghah (tata bahasa) dan kesusasteraan,
kita akan dapati mereka menyusun garis panduan Al-Istitsnaa’ (pengecualian) secara
umum, dan menyusun pada kata-kata umum jenis nama yang disandarkan, Maka apakah
makna bidang perbincangan ini? Jenis nama yang bersandar dengan kedudukan Harun
dari bentuk umum, dan pengecualian juga adalah secara umum, maka nash-nash
(teks) hadits adalah umum, kerana dalam hadits tidak ada lafaz yang lain: Lafaznya
أنت
مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي
(Kamu di sisiku seperti
Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi sesudahku.)
Dan oleh kerana
itu menghilangkan keraguan dan membatalkan perbincangan. Ini adalah 3ibarah Ibn
Al-Hijab, yang merupakan salah seorang imam (pembimbing) Ilmu Ushul dan imam (pembimbing)
Ilmu Nahu dan Sharaf (tata bahasa) dan Ilmu kesusasteraan, yang mengatakannya
di dalam Kitab Mukhtashar Al-Ushul (Ringkasan Ilmu Ushul) - sebuah kitab, Matan,
tulisan yang banyak memberi penjelasan dan keterkaitan: Kemudian rumusan yang
ditetapkan untuknya – iaitu secara umum – Pada pencari kebenaran ia adalah:
keadaan nama-nama dan kefahaman , yang berkaitan dengannya, Kumpulan besar yang
berpengetahuan mentakrifkan jenis bukannya pengetahuan, dan takrif jenis nama
ditakrifkan jenis atau sandaran [19].
Bahawa dikatakan: Harus
untuk diangkat tangan di khalayak umum, berhubung dengan keutamaan Hadits Manzilah
ketika Perang Tabuk, dan jika hubungan atau keutamaan lafaz tidak sesuai atas Dilalah
(Penunjukan Makna) pada umum, maka Hadits itu adalah petunjuk pada melantik
pengganti menjadi pengurus kanak-kanak, wanita dan warga tua - kenyataan Ibnu
Taimiyyah – Tinggal di Madinah
Al-Munawarah adalah tidak lebih daripada itu. Tetapi menolak kemuskilan dan
tuntutan ini, dan mengada-adakan Hadits Manzilah selain masa Tabuk. Bahawa dikatakan juga:
Jika pengecualian ditunjukkan secara umum, maka pengecualian telah disambungkan,
manakala pengecualian ini tidak terhenti, kerana ayat tidak termasuk antara
nilai berita, dan tidak boleh dikecualikan kumpulan berita yang pengecualiannya
adalah pengecualian yang bersambung. Tetapi apabila disemak semula hadits ini kita
dapati ada kalimah nubuwah selepas perkataan melainkan Jika tidak, tidak ada
antara nilai berita, dan sanad (sandaran) hadits ini atau hadits-hadits ini sanadnya
muktabar (sandaran yang besar), dan nash hadits yang sahih sanadnya dengan lafaz
(kata-kata) ini: Ibn Kathir Al-Damsyiqiy dalam kitabnya Al-Tarikh Al-Bidayah wa
Al-Nihayah [20]. Itu adalah kerana mereka mengesahkan dalam Ilmu Al-Ushul
dan juga dalam Ilmu Balaghah: Asal pengecualian ini adalah untuk menghubungkan,
tidak diangkat tangan bagi ushul ini melainkan dengan dalil atau dengan
hubungan, bagaimanapun, anggapan, orang yang mempersoalkan dan mahu membuat tanggapan
laporan kumpulan berita dikecualikan, telah menjawab dengan nama pudar yang dikecualikan
yang tidak ada nilai berita. Jika anda ingin menjangkakan anggapan dan
kenyataan mereka mengenai usul pengecualian adalah sambungan yang tidak putus
yang memungkinkan anda mengkaji semula Kitab Kasyf Al-Asrar (Terbukanya Rahsia-rahsia)
dalam Syarah Ushul Al-Bazdawiy [21] oleh Syeikh Abdul Aziz Al-Bukhari,
yang berasal dari sumber Al-Ushuliyah. Anda juga boleh menyemak Kitab Mukhtashar
Al-Ushul oleh Ibn Al-Hajib [22] Juga, teks ini. bahkan jika jika
anda rujuk dalam Syarah-syarah hadits, yang anda boleh dapati daripada Muhaditsin
juga kepada fakta bahawa pengecualian ini disambung tidak terputus, kemudian
rujuk pendapat Al-Qisthalaniy dalam Irsyaad Al-Saariy [23].
Perbincangan
Kedua: Jika Hadits Manzilah
hanya dinyatakan khusus berhubung dengan peperangan Tabuk, dan Rasulullah (S) mengucapkannya
apabila baginda keluar dalam peperangan Tabuk dan meninggalkan kepada Ali hal
ehwal keluarganya dan tinggal di Madinah Al-Munawarah, maka menetapkan secara
khusus Hadits Manzilah hanya lantikan ini kes.
Jawapannya: Hadits Manzilah tidak diketengahkan terhad pada
Peperangan Tabuk sahaja, tetapi kita dapati dalam khabar-khabar muktabar dan riwayat-riwayat
Shahih bahawa Nabi (S) mengumumkan Hadits Manzilah pada masa-masa lain, seperti
pada Hari Mempersaudarakan di mana hadits ini diriwayat oleh Al-Suyuthi dalam
Al-Daar Al-Mantsur: dari Al-Baghawi, dan Al-Bawaridiy, dan Ibn Qani3, Al-Thabraani,
dan Ibn 3asaakir. Ia juga:ada dalam Manaqib Ali oleh Ahmad, dan dalam Al-Riyadh
Al-Nadhirah dalam Manaqib sepuluh yang dijanjikan, dan dalam Kanz Al-3amal juga
dalam Manaqib Ali [24]. Dan baginda (S) bersabda dalam satu hadits
di sekitar Hari Al-Inzhar pada riwayat Abi Ishaq Al-Tsa3labiy dalam Kitab Tafsirnya
Al-Kabir menyebut perkataan ini:
فأيكم
يقوم فيبايعني على أنه أخي ووزيري ووصيي ويكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه
لا نبي بعدي
Maka kepada kamu
wahai kaum maka bai’ahlah Ali, bahawa dia adalah saudaraku dan wazirku dan washiyku
dan dia bagi-ku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepas ku.
Dan baginda (S) bersabda
dalam khutbah Al-hadir Khum. Di pintu-pintu (di-hadapan) sebuah lembah empangan
air, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Faqih Ibn Al-Mughazaliy dalam Manaqib
Amir Al-Mukminin [25]. Dalam satu hadits dari Jabir yang berkata,
جاء
رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) ونحن مضطجعون في المسجد قال رسول الله : أترقدون
بالمسجد ! إنه لا يُرقد فيه ، فحينئذ خاطب عليا وكان علي فيهم قال: تعال يا علي ،
إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي ، أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا
النبوة
telah datang Rasulullah
(S) dan kami sedang berbaring di dalam masjid, Rasulullah (S) bersabda: berbaringlah
di masjid! Bahawa tidak berbaring di dalamnya, pada masa itu baginda bercakap
kepada Ali dan Ali bersama mereka: baginda (S) bersabda: Marilah wahai Ali, adalah
dibenarkan kamu di dalam masjid apa yang dibenarkan kepadaku, adakah kamu redha
di sisi-Ku seperti manzilah (kedudukan) Harun pada Musa melainkan nubuwah. Ini
adalah juga dalam Tarikh Damsyik [26].
وقاله
لأم سلمة : يا أم سلمة ، إن عليا لحمه من لحمي ودمه من دمي ، وهو مني بمنزلة هارون
من موسى إلا أنه لا نبي بعدي
Dan baginda (S) bersabda
kepada Ummu Salamah: Wahai Ummu Salamah, daging Ali adalah dari darah dan daging
ku, dan dia di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi
selepasku [27]. Terdapat sumber-sumber lain.
Perbincangan
Ketiga: Riwayat dari Qiz3ah
bin Suwaid, dari Abi Malikah, dari Ibnu Abbas, Rasulullah (S) bersabda: Abu
Bakr dan Umar kepada saya seperti Harun kepada Musa.
Jawapan: hadits ini adalah satu pembohongan, seperti kata
Al-Zhahabiy di dalam kitabnya "Mizaan Al-I3tidal," katanya dalam
terjemahan Qiz3ah bin Suwaid: pemindahan Hadits Manzilah ini kepada kedua-dua
Shahih (Al-Shahihain), Ammar bin Harun menafikannya dan berkata: Ini adalah
satu pembohongan.
Perbincangan
Keempat: Ibn Taimiyyah menyebut
hadits yabg sama sepertinya di sisi Rasulullah, Abu Bakar dengan Ibrahim, dan menyamakan
Umar dengan Nuh, dan berkata hadits ini di dalam (Al-Shahihain) kedua-dua
Shahih (Bukhari dan Muslim).
Jawapannya: Ia adalah satu pembohongan, hadits ini tidak
ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), dan anda perhatikan; kepada kitab
Bukhari dan Muslim, dan dilihat ianya dalam Kitab Minhaj Al-Sunnah, Edisi baru yang
dihasilkan oleh Dr. Mohamed Rashad Salim, dicetak di Arab Saudi dalam sembilan
bahagian (juzuk), kajilah ungkapannya, dan akan menyaksikan Ibn Taimiyyah menenisbahkan
hadits ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), yang disahkan pada nota kaki: bahawa hadits ini ada
dalam Musnad Ahmad, dikatakan yang disahkan dalam Al-Musnad Al-Syeikh Ahmad Syakir dalam
edisi baru: hadits ini adalah dhaif. Ia juga ada dalam Manaqib Al-Shahabah oleh
Ahmad ibn Hanbal, yang dicetak dalam dua bahagian di Arab Saudi yang lain, Rujuklah
dan lihatlah apa yang ditulis pada nota kaki: Sanadnya dhaif. Jadi hadits tersebut
tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), untuk menentang Hadits Manzilah
yang ada dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain),, tetapi ia ada dalam beberapa buah
kitab, dan disahkan teksnya dalam huraian mereka pada kitab yang mendhaifkan hadits
ini.
-------------------------------
[1] - Al-Isti3ab 3/1097
– Dar Al-Jil - Beirut --1412 H.
[2] – Rahzhib Al-Kamal
2/483 – Muassasah Al-Risalah - Beirut --1 413 H.
[3] - lihat dalam Tarjamah
Al-Kitab Imam Ali (as) 1 / 306-393.
[4] – Fath Al-Baari
dalam Syarah Shahih Al-Bukhari, 7/60 – Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy - Beirut.
[5] - lihatlah dalam
Kifayah Al-Thalib dalam Manaqib Ali bin Abi Talib oleh Al-Hafidz Al-Kinjiy:
283.
[6] – Al-Azhaar Al-Mutanatsirah dalam Al-Ahadits
AL-Mutawatirah: Huruf ALif.
[7] - Shahih Al-Bukhari
5/24 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy -
Beirut.
[8] - Shahih Al-Bukhari
6/3.
[9] - Shahih
Muslim 4/1870 No. 2404 - Daar AlFikr-- Beirut --1398 H.
[10] - Shahih
Muslim 4/1871
[11] – Surah Maryam
18:53.
[12] - Surah Taha
20:29.
[13] - Al-Furqan
25:35
[14] - Al-Qashash
28:34
[15] - Surah Al-A3raaf
7:142.
[16] - Surah Taha
20:31.
[17] - Lihatlah kepintaranHarun
selepas Musa dalam tafsiran ayat:
(قال إنما
أوتيته على علم عندي)
(ia berkata:
"Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". ) dalam:Tafsir Al-Baghawi 4/357 - Daar AlFikr--
Beirut --1405 H. Tafsir Al-Jalalain 2/201 - Tafsir Mustafa Al-Baabi Al-Halabi,
Mesir --1388 H.
[18] - Surah Al-A3raaf
7:142.
[19] – Al-Mukhtashar
(Biyaan Al-Mukhtashar 2): 111 – Markaz Ihyaa’ Al-Islamiy - Mekah Al-Mukarramah.
[20] – Al-Bidayah
Wa Al-Nihayah, jilid 4 Bahagian 7/340.
[21] – Kasyf Al-Asrar
3/178 Bab Biyaan Al-Taghir - Daar Al-Kitab - Beirut --1418.
[22] - Al-Mukhtashar
(Biyaan Al-Mukhtashar 2): 246.
[23] – Irsyaad Al-Saariy
6 / 117-118 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy - Beirut.
[24] - Lihat: Al-Dar
Al-Mantsur 6 / 76-77. Fadhaail Amir Al-Mukminin (as): 142 No 207. Al-Riyadh Al-Nadhirah
3/182, sebahagian dari. Kanz Al-3amal 9/167 No. 25 554 dan 13/105 No. 36345.
[25] - Manaqib
Imam Ali (as) oleh Al-Mughazliy: 255-257.
[26] - Tarjamah Al-Imam
Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/290 No. 329.
[27] - Tarjamah Al-Imam
Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/365 No. 406
No comments:
Post a Comment