Wednesday, 7 January 2015

Syarat Pertama Mengenal Khalifah Allah (Ahmad Al-Hassan (as))


1.      WASIAT

Ramai umat Islam terutama Muslim Sunni tidak tahu atau tidak diberitahu atau disalah-fahamkan kaedah Wasiat Firman Allah SWT

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾

 Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu mendatangi maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [2:180] 

Terjemahan إِن تَرَكَ خَيْرًا – In Taraka Khairan - jika ia meninggalkan kebaikan ...
Diselewengkan kepada
- jika ia meninggalkan harta yang banyak - Bahasa Indonesia
           
 - jika ia ada meninggalkan harta – Melayu, Basmeih

Apakah Khairan (kebaikan) hanya harta? Saya tidak ingin memperpanjangkannya ...                    

Wasiat wajib – Oleh itu Rasulullah (S) tentu berwasiat!!
Tetapi Sirah dan Hadits-hadits Rasulullah ada menyebutkan Tregedi Hari Khamis atau Bencana Khamis atau Khamis Kelabu:5 hari (Kh. Jum, Sab. Ahd, dan Isn) sebelum kewafatan Al-Rasul (S): (sila rujuk hadits riwayat Ibn Abbas ini)

·        Ketika ramai sahabat berada di rumah Al-Rasul (S)
·        Baginda meminta alatulis (kertas pena dan dakwat)
·        “Supaya kutuliskan sesuatu yang tidak akan menyesatkan kamu selamanya”
·        Terbahagi 2 kumpulan
o   Berikan kemahuan baginda
o   Tidak perlu kerana cukuplah dengan Kitab Allah
·        Terjadi Pertengkaran sehingga baginda menghalau mereka keluar.

Pada hari itu wasiat tidak dituliskan. Baginda menyuruh Ali bin Abi Talib menuliskannya pada malam kewafatan baginda: Hadits ini panjang (sila rujuk): Ringkasan Hadits

... bersabda Rasulullah (S) kepada Ali (as) di malam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama ....... Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ......
1.      Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah
2.      diserahkannya kepada anakku Al Hassan ....
3.      diserahkannya kepada anakku Al Hussain ....
4.      diserahkannya kepada anaknya Ali (Zain AL-3abidin). ....
5.      diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir......
6.      diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq....
7.      diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadzim.....
8.      diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha.....
9.      diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy......
10. diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih.....
11. diserahkannya kepada anaknya Al Hassan .. (Al-3askariy)......
12. diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad (as) . 

Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 

Wasiat ini hanya di dakwa oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) (yang kami Imani) setelah terpendam selama lebih 1000 tahun H.

Apabila Wasiat ini di dakwa oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), Muslim Syi3i kebanyakan menolaknya. Walau bagaimanapun dakwah (seruan) beliau mula disambut oleh Muslim Syi3i, Muslim Sunni, Orang-orang Keristian, Yahudi dan Atheis di seluruh dunia. (untuk mencapai 313 ditambah 10 000 orang)

Dia datang dengan Nash (lantikan):

Ahmad Hassan (as) datang, dengan Nash (lantikan) dalam Wasiat Nabi Muhammad (as) pada malam kewafatan baginda, dan baginda menamakannya untuk memilhara umat dari kesesatan, dan ia disebut dalam riwayat-riwayat (hadits-hadits) Muhammad dan Aali Muhammad dan di dalam Al-Taurat, Injil, Al-Quran dan Suhuf (Nabi-nabi).



2 ILMU

No comments:

Post a Comment