Friday, 30 January 2015

Selesaikan misteri kisah Pohon Adam (as) selepas beribu-ribu tahun sebagai misteri!




Selesaikan misteri kisah Pohon Adam (as) selepas beribu-ribu tahun sebagai misteri!

بسم الله الرحمن الرحيم
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung
Ya Allah, selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلاَ مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ * فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلاَّ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ * وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ * فَدَلاَّهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ 

(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim".* Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)". * Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua", * Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" [Al-A3raaf 7:19-22] 

 وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلاَ مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ * فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُواْ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ * فَتَلَقَّى آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ * قُلْنَا اهْبِطُواْ مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ * وَالَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. * Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan". * Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. * Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". * Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [Al-Baqarah 2:35-39] 

Akhir sekali, penyelesaian di sebalik kisah pohon teka-teki Adam (as) selepas beribu-ribu tahun menjadi misteri! Yang hairannya semua orang, tanpa pengecualian!

Kisah pohon Nabi Allah Adam (as) tidak terhad kepada hanya orang Islam, tetapi disebut sejak Perjanjian Lama (Taurat) lagi, dan dipercayai oleh semua, orang-orang Yahudi, Kristian dan Muslim.

Cerita ini membingungkan semua orang; yang membawa kepada beberapa kepercayaan bahawa ianya hanya mitos dan khayalan manusia semata-mata tidak mempunyai apa-apa campur tangan ilahi Rabbani (ketuhanan), dan agama ilahi hanya memikirkan kodifikasi (susunan catatan) apa yang telah ada sejak awal pemulihan tamadun manusia.

Jadi apakah sebenarnya pokok ini?
Apa yang membezakannya? Apakah buahnya?
Dan mengapa ia diharamkan kepada Adam (as), yang merupakan salah seorang dari nabi Allah dan Saidatina Hawa yang suci (as) menghampirinya dan makan buahnya?!
Mengapa mereka makan sehingga terbuka aurat mereka?!
Di manakah syurga ini?
Dan bagaimana Iblis mampu membisikan kepada Adam dan Hawa (as), yang boleh mengusir mereka berdua?!

Dan yang paling penting dari semua itu, adalah apa yang dikehendaki oleh Allah SWT yang disebut dalam kitabNya yang mulia dan mengingatkan kita dengannya dan dan pengulangannya yang hampir secara berterusan?!?!
Dalam erti kata lain, apakah hikmah dari kisah yang menakjubkan ini?

Soalan yang membingungkan ..
Ya hampir mustahil untuk dijawab;

Tetapi tidaklah sukar bagi mereka (as) atas Kesaksamaan Quran dan menterjemahkannya, oleh Ahl Bait Nabi (S) ‘Itrah dan Khalifah baginda, dan perkara penting (berat) yang kedua bagi agama Ilahi dan petunjuk Allah SWT  

بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ

Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. [Al-Ankabut 29:49] 

Ia adalah lampu yang menerangi kegelapan, dan pelita yang bercahaya Al-Mahdi anak Fatimah (as) dan Yamani Aali (keluarga) Muhammad (as), iaitu Imam Ahmad Al-Hassan (as),

Dia telah menyelesaikan simbol-simbol (lambang atau kod) dan maknanya tanpa melihat jurang dan tidak tinggal soalan-soalan saudara melainkan dijawabnya. Selawat (sanjungan) Allah atasnya dan bapa-bapanya yang disucikan (as).

Kami tinggalkan saudara dengan kalimat-kalimat Nur (Pencerahan) Ahmad Al-Hassan (as):
                                                                                                

Soalan 3 - Dari Kitab Mutasyabihat - Adam dan Pohon Terlarang
     
Soalan 3:

A)  Adalah diketahui bahawa Iblis telah diharamkan dari syurga kerana keengganannya sujud kepada Adam (as). Jadi bagaimana dia dapat masuk ke Syurga, dan berbisik kepada Adam, dan membuat Adam makan dari pohon yang dilarang? Kata-kata iblis kepada Adam menunjukkan bahawa dia ada bersama dengan Adam di syurga, kerana dia menunjukkan pokok dengan menggunakan ganti nama "ini," Suara hati pembicara yang menunjukkan berkata-kata secara langsung kepada pembicara yang ada (hadir).?!

B ) Apakah pokok yang Adam (as) makan?

C) Adakah aurat Adam dan Hawa itu kelihatan tanpa pakaian dan setelah apabila mereka memakan (buah) dari pohon itu yang menjadikan mereka sedar aurat mereka lalu mereka menutupinya dengan daun Syurga? Dan apakah daun yang mereka gunakan untuk menutupinya?


Untuk menjawab soalan-soalan ini beberapa pengenalan diperlukan iaitu:

Jika Adam (as) diciptakan daripada tanah, maknanya dari muka bumi ini. Walau bagaimanapun beliau tidak tinggal hanya di bumi ini, malahan dia naik sehingga ke langit rendah (Al-Sama’ Al-Dunya) iaitu dia naik ke langit pertama atau di pintu Langit Kedua di Syurga Kerajaan (Al-Jannah Al-Malakutiyah) atau seperti yang dinyatakan dalam riwayat Ahlul Bayt (as),

"Dia diletakkan di Pintu Syurga (iaitu Syurga Kerajaan) dibawa malaikat. " [38]

Dan kenaikan tanah Adam ini memerlukan tanah beliau disinar oleh cahaya Tuhan dan yang akan menyenangkannya. Oleh itu, apabila Allah meniupkan roh pada Adam buat kali pertama tubuhnya merasa senang, menikmati Syurga Kebendaan Jasmani, dan tidak ada kegelapan di syurga ini yang memerlukan pelepasan kekotoran dari tubuh Adam (as).

Bagi roh Adam (as), ia telah menikmati Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah Al-Malakutiyah), [39] atau Syurga-syurga Kerajaan Langit, kerana ia banyak:

﴿جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ﴾

{Syurga-syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawah} [40]


Dan Syurga Jasmani dan Kerajaan Syurga adalah dua yang disebut dalam Surah Al- Rahman :

﴿وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ ... ذَوَاتَا أَفْنَانٍ﴾

{Tetapi orang yang takut Kedudukan Tuhannya hendaklah disediakan baginya dua syurga... yang berjenis-jenis (pohon dan buah-buahan)} [41]
                                    
dan ia juga,

﴿وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ... مُدْهَامَّتَانِ﴾

{Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi ... kedua-dua hijau gelap (subur tanamannya)} [42]
.
Dan kenaikan ini merupakan kenaikan tajalli (perwujudan) kezahiran dan bukan kenaikan kasar (tempat - lokasi). [43]

Oleh itu Adam bukanlah tidak wujud di bumi jasmani (jisim-jisim) yang kita hidup di dalamnya, sebaliknya dia wujud di dalamnya , dan jika dia tidak wujud di dalamnya [bumi fizikal], dia telah mati.

Oleh itu , Adam (as) hidup di dunia ini dengan badan yang menyenangkan (Jisim Lathif – jisim halus) pada mulanya, tetapi dia kemudian kembali ke bumi yang padat setelah sebelumnye dia dinaikkan apabila dia mengingkari Tuhannya SWT.


B) Pokok yang Adam (as) makan darinya adalah gandum, epal, kurma, buah tin, dsb.dan ia adalah Pohon Pengetahuan Aali (Keluarga) Muhammad (as). [44]

Oleh itu, buah-buahan ini di alam-alam yang lebih tinggi yang melambangkan (ilmu) Pengetahuan. Dan pokok yang mulia ini yang disebutkan dalam al-Quran yang membawa Pengetahuan tertentu untuk Muhammad (S) dan (Aali) keluarga Muhammad (as).

C) Allah swt berfirman,

﴿وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْر﴾

{dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya}[45]
.             
Pakaian yang telah tertanggal dari Adam dan Hawa adalah Pakaian Taqwa. Jadi, dalam alam-alam yang lebih tinggi yang mereka gunakan untuk kehidupan di dalamnya, aurat dilindungi dengan taqwa. Ini adalah kerana ketakwaan menjadi pakaian yang meliputi tubuh manusia di alam-alamnya).

Oleh itu, apabila Adam (as) dan Hawa (as) menderhaka dengan memakan dari pokok yang diberkati - Pohon Pengetahuan Aali Muhammad (as) yang menjadi sumpahan bagi sesiapa yang makan darinya tanpa izin Allah SWT - mereka kehilangan pakaian takwa dan aurat kedua mereka menjadi jelas.

Bagi daun syurga yang melindungi diri mereka, adalah agama mereka, di mana daun hijau di dalam alam-alam yang lebih tinggi mewakili agama. Dan daun-daun yang Adam (as) dan Hawa (as) gunakan sebagai penutup adalah dengan beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dengan hak Ahl Al Kisa’ (as). (Ahli di bawah Jubah Rasulullah iaitu ahli Bait) itu, yang nama-namanya telah dibaca oleh Adam (as) seperti yang ditulis di tiang Arasy.[46]

A) Syurga yang telah diharamkan pada Iblis (laknahu Allah) adalah Syurga Kerajaan Langit (Al Jannah Al Malakutiyah) dan juga Syurga Kerajaan Dunia (Al-Jannah Al-Mulkiyah (Al-Duniwiyah)), namun Adam (as) wujud di seluruh Alam-alam Kerajaan Duniawi (Al-‘Awalam Al-Malakiyah). Oleh itu, bisikan Iblis (laknahu Allah) adalah ke arah Adam ketika hadir di alam-alam duniawi yang di bawah Syurga Kerajaan Langit Dunia ini. .[47]


Dengan menunjuk ke arah pokok itu seolah-olah ia Iblis (laknahu Allah) ada, ia adalah buah-buahan bagi pohon-pohon yang ada di bumi ini tetapi hanya penampilan dan tajalli bagi  Pengetahuan Aali (Keluarga) Muhammad (as) sahaja. Ia adalah seperti  epal, gandum dan buah tin, dan lain-lain adalah berkat Ilmu Aali Muhammad (as). Seperti yang dinyatakan dalam wirid pada doa, "Dengan mereka kamu diberi rezeki." dalam riwayat dari mereka (as) .[48]



Ahmad Al-Hassan

Sumber: Dari Kitab Mutasyabihat - Adam dan Pohon Terlarang - Soalan 3 (bergambar –pent)


Soalan: Saya tidak faham hakikat bahawa pohom Adam (as) dan bagaimana seorang mukallaf diperintahkan untuk mengambil ilmu Aali Muhammad  (as) tidak dibolehkan baginya mengambilnya tanpa kebenaran

Dr.Taufiq Maghribi


Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Seorang mukmin diperintahkan untuk mengambil ilmu Aali Muhammad  (as) dengan  perantaraan mana-mana Aali Muhammad  (as). Oleh itu manusia diperintahkan mempelajari makrifah dengan jalan (cara) Muhammad dan Aali Muhammad  (as) dan mereka tidak boleh mengatasi perantaraan ini melainkan sehingga kalau ilmu ini disediakan dalam jangkauan tangan mereka tanpa perantaraan yang akan berfungsi sebagai tulisan lambang (thalasim). Manusia tidak dapat menyelesaikan atau melihat (mengetahui) keadaannya, dan kemudiannya ia tidak akan memberi nilai faedah sebenar kepada mereka. Maka apabila mereka berurusan tanpa mempertimbangkannya, namun berani dan mengulurkan tangan mereka kepadanya maka mereka akan jadi gila, berdosa dan rosak tanpa makrifah kerana mereka asalnya tidak mengenalnya tanpa perantaraan. Jika mereka berani mendakwa memiliki ilmu ini yang mereka tidak mengetahuinya maka dengan cara ini, dakwaan mereka adalah batil, mendakwa sesuatu yang bukan untuk mereka dan mereka adalah imam-imam yang sesat, penzalim yang dengki kepada Muhammad dan Aali Muhammad (as),

Bagi apa yang berlaku pada Adam dia pada martabat pertama iaitu dia menghulurkan tangannya kepada ilmu yang dilarang dari menghulurkan tangannya kepadanya dan dia berada pada maqam (kedudukan) yang dia tidak layak untuk mengenalinya yang hanya akan membawa kerugian (kerosakan), tetapi Adam (as) tidak mendakwa mempunyai mana-mana maqam Muhammad dan Aali Muhammad (as), yang dengan ini menggambarkan iri hati (hasad) adalah rasa yang membawa jalan iri hati dan jejak langkah pertamanya iaitu berani mendekati pokok itu tidaklah bermakna bahawa dia ingin pergi ke maqam Aali Muhammad (as), sebahagian dari mereka (as) jika dia (as) mencapainya.

Jadi apa yang berlaku pada Adam (as) adalah ujian baginya (as) di mana ujian itu yang mewakili adanya ilmu ini yang boleh dicapai dengan tangan Adam (as). Pada masa yang sama yang diperintahkan Allah supaya jangan menghulurkan tangannya kepadanya dan ini tidak masuk akal, tetapi kerana Adam asalnya, dia tidak boleh mendapat manfaat daripada ilmu ini kerana ilmu pada maqam yang lebih tinggi daripadanya, dan dia (as) tidak berupaya melihatnya melainkan melalui perantaraan, iaitu Muhammad dan Aali Muhammad (as).
.
Diriwayatkan dari mereka, (alaihimu s-salam)

Dipetik dari Kitab Ma3ani Al-Akhbar (..... Ahmad bin Al-Haitsam dari Ibn Zakariya Al-Qathan dari Ibn Habib dari Ibn Buhilul dari bapanya Muhammad bin Sanan dari Al-Mufadhdhal berkata Abu Abdullah (as) berkata: Allah TWT (Tabaraka Wa Taala) mencipta ruh-ruh sebelum jasad-jasad dua ribu tahun maka ditinggikan dan dimuliakan ruh-ruh Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan Imam-imam selepas mereka (sholawatu Allah alaihim). Maka diperlihatkan kepada langit-langit dan bumi serta gunung-ganang maka diliputi cahaya mereka, Allah TWT berfirman kepada langit-langit dan bumi serta gunung-gunung, mereka ini kekasih-kekasihKu, auliakKu, hujah-hujah Ku atas penciptaanKu  dan Imam-imam dengan kuasaKu atas penciptaan yang Kucipta adalah lebih dikasihi oleh mereka dan bagi sesiapa yang berwaliykan mereka Aku telah ciptakan syurgaKu dan bagi yang menentang mereka dan memusuhi mereka Aku telah ciptakan nerakaKu, bagi yang mendakwa kedudukannya dari Ku dan menggantikan dari keagunganKu akan Ku azab dengan azab yang tidak pernah Ku azab di seluruh alam dan menjadikan dia orang-orang musyrik dan ditempatkan di bahagian paling bawah dan gelap di nerakaKu..

Bagi sesiapa yang mengakui wilayah mereka aan tidak mendakwa kedudukan mereka di sisiKu dan tempat mereka dari keagunganKu, Aku jadikan dia bersama  mereka di taman-taman syurga-syurgaKu. Dan sekiranya mereka mahukan sesuatu dariKu di dalamnya mereka mencari kemuliaanKu dan Aku halalkan mereka PembantuKu dan memberi syafaat pada mereka yang berdosa dari hamba-hambaKu dan beriman denganKu. Wilayah mereka adalah amanah pada penciptaanKu, maka sesiapa di antara kamu yang memikul bebanannya dan dia menyeru dirinya sendiri tanpa limpahanKu,  Pada hal, langit dan bumi dan gunung-gunung enggan memikulnya dan dan mereka khuatir dari mendakwa kedudukannya dan mereka yang ingin keagungan Tuhannya,

Ketika Allah AWJ menempatkan  Adam dan isterinya di Syurga berfirman kepada kedua-dua mereka:

dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

Maka terpandang kepada kedudukan Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan Imam-imam selepas mereka. Maka didapatinya ahli syurga memuliakannya. Mereka berdua berkata: Ya Tuhan kami, untuk siapakah kedudukan ini, maka Allah Jalla Jalalah berfirman: Angkatlah kepala kamu berdua pada tiang 3arasyKu. Meka keduanya mengangkat kepala mereka)

Mereka dapati nama Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan imam-imam (sholawatu Allah alaihim). tertulis pada cahaya di tiang (kaki) 3arasy dari cahaya Al-Jabbar Jalla Jalalah. Mereka berdua berkata, Ya Tuhan kami, siapakah yang dimuliakan dengan kedudukan ini pada Mu, bagaimana kasih mereka pada Mu dan apa kemuliaan mereka di sisi Mu, Allah Jalla Jalalah berfirman ,Kalau bukan kerana mereka kamu berdua tidak akan Ku ciptakan, Mereka adalah Khazanah (Perbendaharaan) Ilmu Ku dan Pemegang AmanahKu atas RahsiaKu. Aku peringatkan kamu berdua jangan memandang mereka dengan pandangan iri hati (hasad) dan inginkan kedudukan mereka di sisiKu dan tempat mereka dari kemuliaan Ku. Maka jika jadi seperti itu kamu menentang Ku dan berdosa padaKu, Maka kamu nanti menjadi dari orang-orang yang zalim. Keduanya berkata: Ya Tuhan kami: Siapakah orang-orang yang zalim?

Dia SWT berfirman: Yang mendakwa pada kedudukan mereka tanpa hak. Keduanya berkata Ya Tuhan kami tunjukkanlah kepada kami kedudukan-kedudukan mereka yang zalim di dalam neraka Mu sehingga kami dapat melihat seperti yang kami lihat kedudukan mereka dalam syurgaMu, diperintahkan Allah SWT pada neraka supaya mengetengahkan semua penghuninya dari warna-warna hukuman dan azab dan Allah AWJ berfirman, dan sebahagian besar tempat orang-orang yang zalim mereka mendakwa pada kedudukan tersebut,mereka di bahagian paling bawah dan gelap, Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya, setiap kali kulit mereka masak akan diganti dengan yang lain untuk merasakan azabnya. Wahai Adam dan Hawa jangan memandang cahaya-cahayaKu dan hujah-hujahKu dengan pandangan iri hati (hasad). Maka kamu berdua merendahkan PembantuKu dan kamu berdua membenarkan penghinaan atasKu.

﴿فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ * وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ * فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ...

Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)" * Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua", * maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. [Al-A3raaf 7:20-22] 


Dan membawa mereka kepada inginkan kedudukan tersebut. Disebabkan mereka memandang dengan pandangan iri hati (hasad). Maka keduanya mengambil dan memakan dari buah pohon gandum. Maka kembali di suatu tempat makan barli. Gandum asal yang tidak boleh di makan, dan barli asal yang keseluruhannya, yang mengembalikan ke suatu tempat yang tidak boleh di makan. apabila keduanya makan dari pohon dan terangkatlah perhiasan pakaian dari kedua tubuh mereka dan tinggal telanjang

                                                               
dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"* Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

Dia SWT berfirman< kamu merendahkan PembantuKu, maka kamu tidak boleh berjiran denganKu dalam SyurgaKu disebabkan kamu berdosa padaKu. Maka ditugaskan untuk menyelamatkan diri kamu berdua dalam mencari kehidupan.Maka apabila Allah AWJ mahu menerima taubat mereka datanglah Jibril, berkata kepada mereka, Bahawa kamu berdua telah menzalimi diri kamu sendiri kerana ingin kedudukan yang lebih utama dari kamu berdua. Maka balasan kamu berdua telah diputuskan dan kamu berdua disingkirkan daripada berjiran dengan Allah AWJ turun ke muka bumiNya kerana tidak mengambil kira peringatan dari Tuhan kamu terhadap hak nama-nama yang telah kaulihat di tiang (kaki) 3arasy itu sehingga diterima taubat kamu berdua, mereka berdua berkata,

اللهم إنا نسألك بحق الأكرمين عليك محمد و علي و فاطمة و الحسن و الحسين و الأئمة إلا تبت علينا و رحمتنا

Ya Allah, kami bermohon kepadaMu dengan hak orang-orang yang Engkau muliakan, Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan imam-imam, terimalah taubat kami dan rahmatlah kami.

Maka Allah menerima taubat mereka berdua. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang,. maka tidak diturunkan nabi-nabi Allah selepas itu melainkan memelihara amanah ini dan memberitahu aushiak mereka, dan dan imam-imam (pemimpin) mereka yang ikhlas, mereka enggan memikulnya kerana mereka khawatir akan mengkhianati tuntutannya dan dan dipikullah amanat itu oleh manusia.  yang telah mengenali asal semua kezaliman itu hingga hari kiamat dan itulah firman Allah AWJ:

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا﴾ 

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,)) [Al-Ahzab 33:72]  [Bihar Al-Anwar Jilid 11:halaman 173-174].


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Tsani 1434 H.

Sumber: Forum Jawapan Soalan Aqidah, pautan



Soalan 88- Dari Kitab Mutasyabihat -  Bisikan Iblis kepada Adam
                  
Soalan 88: Bagaimana Iblis memasuki syurga di antara lingkungan kehidupan untuk membisikan kepada Adam (as) seperti yang diriwayatkan dari Imam ‘Askari (as): (Adalah Iblis di antara lingkungan kehidupan dengan membisikan kepada Adam telah memasuki syurga...) [161]?

Jawapannya: Kehidupan adalah kehidupan di dunia ini, Iblis (la3nahu Allah) telah membisikan kepada Adam arah kehidupan di dunia. Kehidupan sebagaimana kehidupan di dunia ini, jika kamu mengikuti kehidupan sama ada dengan kamu memegangnya (terperangkap) maka ia akan menyakiti kamu, dan jika mengikutinya sehingga kamu pergi terlalu jauh ke padang pasir di mana tiada air, tiada padang rumput. Air: adalah ilmu, dan padang rumput: adalah agama. Iblis (la3nahu Allah) membisikan kepada Adam di satu arah kehidupan ini seperti yang telah dijawab dalam soalan sebelum ini, lihat [162].        
                    


Ahmad Al-Hassan
Sumber: Dari Kitab Mutasyabihat - Soalan 88:







✡✡✡✡✡


-----------------------------------------------
[38]. Kisah-kisah para Nabi oleh Sayed Nimatullah halaman Al- Jazairy 55.
[39]. Ini tidak menghairankan keran badan Ali bin Abi Talib (as) hampir dengan orang ramai dan di dunia jasmani ini, manakala rohnya di Kerajaan Syurga dan ini adalah jelas dari ucapannya sebelum syahidnya (as): "Sesungguhnya, aku hampir dengan kamu dalam badanku selama beberapa hari , dan selepas kematianku, kamu akan ada badan yang mati, kaku tidak bergerak, dan diam tidak berkata-kata. " Nahjul Balaghah :. Jilid. 2, muka surat 34.
[40]. Al-Quran Al-Baqarah 2:25
[42]. Al-Quran 55: 46,48
[43].. Al-Quran 55: 62,64
[44].. Kenaikan jasmani (fizikal) merupakan pergerakan benda dari tempat selepas kewujudannya di dalamnya. Dan manifestasi adalah kemunculan kebenaran sementara cerminan kebenaran itu tidak berubah dalam cerminannya dan ia tetap sama dan ia muncul sebagai asalnya. Ini seterusnya akan dijelaskan kemudian pada Jawapan 4. Imam Al-Hassan Al-Askari (as) berkata dalam tafsirannya terhadap {Dan janganlah kamu hampiri pokok ini}, "Ia adalah Pohon Ilmu dan ia adalah dikhususkan kepada Muhammad dan keturunannya dan tiada kepada yang lain. Dengan perintah Allah, tiada siapa yang boleh mengambil daripadanya kecuali mereka (as). Sesungguhnya, dari [pokok] inilah apa yang Nabi saw, Ali, Fatima, Al-Hassan dan Al Hussein (as) makan (selepas mereka beri makan orang-orang miskin, anak-anak yatim, dan para banduan) sehingga mereka tidak lagi merasakan kelaparan, dahaga, lemah atau keletihan. Dan ia adalah sejenis pokok yang berbeza dari semua pokok-pokok lain di syurga. Setiap pokok di syurga telah mengeluarkan sejenis buah-buahan, manakala pokok ini dan kumpulannya yang menghasilkan anggur, zaitun, kurma, dan semua jenis buah-buahan ... " BiharAl -Anwar : Vol. 11, halaman 189.
[45]. Al Quran, Al A’raf 7:26.
[46]. Mufaddal bin Omar berkata, Abu Abdullah (as) berkata, "... Oleh itu, apabila Allah swt menjadikan Adam dan isterinya tinggal di Syurga, Allah swt berkata kepada mereka , {dan makan dengan sesuka hati dari makanan di mana-mana kamu mahu dan jangan dekati pokok ini }, bermakna pokok gandum, {nanti kamu akan menjadi orang yang zalim}. Jadi mereka [Adam dan Hawa] melihat pangkat Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam selepas mereka (as) dan mereka dapati ia adalah pangkat yang paling mulia di syurga, lalu mereka berkata , “Wahai Tuhan, pangkat siapa ini?”  maka Allah swt berfirman, "Angkat kepala kamu ke arah tiang Arasy, 'maka mereka mengangkat kepala mereka dan mendapati nama-nama Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (as) tertulis di tiang Arasy dengan cahaya Allah swt ... Jadi apabila Allah swt menerima taubat mereka , Jibril (as) datang kepada mereka dan dia berkata kepada mereka, '”Kamu berdua telah menganiaya diri kamu sendiri dengan menginginkan pangkat mereka yang lebih disukai melebihi kamu, maka hukumannya adalah kamu turun [ke bawah] dari mendekatkan diri kepada Allah swt ke bumi-Nya. Jadi mintalah kepada Tuhan kamu, dengan hak nama-nama tersebut [dengan nama-nama] yang kamu telah lihat di tiang Arasy, supaya diterima taubat kamu.” Jadi mereka berdua (as) berkata, “Ya Allah, kami bermohon kepadaMu dengan hak mereka yang kamu kasihi, [iaitu] Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (as), terimalah taubat kami kepadaMU dan berilah kami rahmatMu.” Lalu Allah swt menerima taubat mereka . Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang ... "
Maani Al- Akhbar , oleh Sheikh Al- Sadooq : halaman 108 , Hadith 1.
[47]. Di sini, Sayyed Ahmad Al-Hasan (as) membezakan dengan jelas antara alam duniawi dan alam Syurga (Langit), atau Kerajaan-kerajaan Syurga . Oleh itu Iblis, yang dihalang dari pintu Syurga (Langit), berbisik kepada Adam (as) di alam dunia, bukan di dalam Syurga (Langit) yang paling rendah, atau disebut Langit Pertama.
[48]. Sebahagian dari Doa Imam Al-Baqir (as) adalah yang diriwayatkan oleh Al- Kulainy dalam buku Al- Kafi : Vol. 2, muka surat 244 dan Abu Abdullah (as) berkata, "Allah telah mencipta kita dalam bentuk yang terbaik dan Dia menjadikan kita mata-Nya pada hamba-hambaNya, lidah FirmanNya pada makhluk ciptaan-Nya, tangan Pengasih dan Penyayang -Nya pada hamba-hambaNya, Wajah -Nya yang dengannya Dia dipandang, pintu-Nya yang memberi petunjuk kepada-Nya, perbendaharan-Nya di langit dan bumi-Nya. Ia adalah melalui kami [Ahlul Bayt] bahawa pokok-pokok berbuah, buah-buahan yang masak ranum, dan sungai-sungai mengalir. Melalui kamilah hujan turun dari langit dan rumput-rumput tumbuh. Allah disembah melalui penyembahan kami. Dan jika ia bukan kerana kami, Allah tidak akan disembah "Al- Kafi :. Vol. 1, halaman 144.
[161] – Bihar AL-Anwar: Jilid 11 halaman 190.


No comments:

Post a Comment