Tuesday, 6 January 2015

Apakah Dalil-dalil Penentuan Imam Ahmad Al-Hassan (as)?




Apakah Dalil-dalil Penentuan Imam Ahmad Al-Hassan (as)?

Dia datang dengan Nash (lantikan):

Ahmad Hassan (as) datang, dengan Nash (lantikan) dalam Wasiat Nabi Muhammad (as) pada malam kewafatan baginda, dan baginda menamakannya untuk memilhara umat dari kesesatan, dan ia disebut dalam riwayat-riwayat (hadits-hadits) Muhammad dan Aali Muhammad dan di dalam Al-Taurat, Injil, Al-Quran dan Suhuf (Nabi-nabi).

Dia datang dengan Ilmu:

Dia datang dengan Ilmu untuk disebarkan kepada semua manusia dari riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan apa yang dinyatakan dan diturunkan di dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh (as) dan datang dengan ilmu dalam teori-teori saintifik (ilmiah), untuk menghujjah atheis yang tidak percaya kepada tuhan.
       
Dia datang dengan Panji-panji:

Keistimewaan untuk membawa panji-panji bai'ah kepada Allah dan seruan (dakwah) kepada Hakimiyah Allah dan Pemerintah dipilih oleh Pemilik Kerajaan dan Perlembagaan adalah kitab Allah, setelah semua manusia memilih pilihan raya, Permesyuratan dan demokrasi Amerika dan menjelaskan bagaimana perlembagaan ditulis oleh pakar-pakar Amerika.


Pada tahun 1420 Hijrah iaitu Tahun 1999 menjelang Alaf Baru Tahun Masehi, setelah beberapa siri pertemuannya dengan dengan Imam ke 12, Imam Muhammad bin Al-Hassan 3askari, seorang pemuda berasal dari Basrah, bernama Al-Syed Ahmad bin Ismail, lepasan Ijazah Kejuruteraan memasuki Hauzah Najaf, suatu pusat pengajian Agama Islam di Najaf Al-Syarif, Iraq mula diarahkan supaya berakhlak dan taat dan supaya dia mencapai makam Akhlak Ilahiyah.

Pada peringkat permulaan dia tidak diperintahkan supaya menyampaikan sebarang risalah (dakwah) kepada sesiapa pun ketika itu. Dia diberkati dengan pengetahuan-pengetahuan dan diberitahu mengenai kesilapan dan kesalahan yang serius di Hauzah Najaf pada masa itu, sama ada memperbetul kesilapan-kesilapan pengetahuan, kesilapan amalan, social, politik atau ekonomi. Atau sama ada ia adalah kemerosotan beberapa simbol-simbol Hauzah ini dan proses ini adalah sangat menyakitkannya. Antara Pengislahah, Perbaikan dan revolusi awal:

·        Pengislahah (Perbaikan) Ilmu,
·        Pengislahah Amali
·        Pengislahah Kewangan

Hauzah ini mewakili keruntuhan tembok terakhir yang difikirnya mewakili kebenaran di dunia ini. Ia mewakili kerosakan Garam, kerana semua yang rosak boleh diperbaiki dengan Garam tetapi bagaimana pula jika Garam pula yang rosak? Ia adalah satu proses yang menyakitkan, menyedihkan dan menakutkan, dan itu semua berlaku dalam masa yang sama, Imam Muhammad bin Al-Hassan 3askari membuat dia melihat Penindasan, Kezaliman dan Kerosakan.

Berikutnya sejak hari ke-30 Bulan Sya3ban, tahun 1420 Hijrah (7, Disember, 1999), mulakan dakwahnya secara umum hingga Bulan Jamadi Tahun 1423 Hijriah (Ogos 2002), Selama lebih kurang 3 tahun berlalu tanpa sebarang penyokong pada beliau dari pelajar Hauzah. 

·        Dia amat dikenali sehingga mendapat julukan sebelum seruan (dakwah) dengan Al-Shadiq Al-Amin (Yang benar lagi Jujur).
·        Ramai orang yang samada mengenalinya atau tidak mendapat rukya (mimpi) dari Malakut kebenaran dakwahnya meningkat dari puluhan, ratusan malah ribuan orang.
·        Orang mula membai’ahnya (berjanji setia) – Bai’ah Pertama
·         Tekanan-tekanan terhadap pengikutnya menyebab beliau ditinggalkan tetapi kemudian beliau di bai’ah lagi (Bai’ah Kedua) dan sekali lagi beliau ditinggalkan tetapi akhirnya beliau di bai’ah lagi (Bai’ah Ketiga)
·        Perisytiharan 13 Rajab: Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as membuat kenyataan bagi pihak Imam Muhammad Al Mahdi as bahawa sesiapa sahaja selepas tarikh13 Rajab, 1425 H yang tidak mengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as adalah

1.      Terkeluar dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi penghuni neraka dan semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak.
2.      Rasulullah Muhammad bin Abdullah (S) berlepas tangan dari sesiapa yang menjadi milik baginda namun tidak menyertai seruan suci baginda ini.

·        Tahun 2011 Seruan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani tersebar keseluruh dunia

Tidak adakah penolong pada agama Allah?
Tidak adakah pendokong pada Al-Qur'an?
Tidak adakah penolong pada Khalifah Allah?
Tidak adakah penolong Allah

Bersambung Klik di sini

No comments:

Post a Comment