Renungan 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و
بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
Saudara-saudari.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam
ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala
pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan
Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, A’immah dan Mahdiyyin serta limpahan
salam kesejahteraan.
Saya
berlindung pada Allah dari sifat Keakuan dan kejahilan saya, mengharapkan
limpah rahmat nurNya. Agar mengenal hakikat qudrah dan IradahNya, hakikat
PenciptaanNya, mengenal Hakikat ‘Perjanjian dan Persetian, penciptaan. Makrifah
dan Hakikat Qul Hua, Makrifah dan Hakikat Allah fi al-Khalq, Makrifah dan
Hakikat alam ghaib dan syahadah, Makrifah dan Hakikat Imtihaan yang telah
sedang dan akan dilaksana pada tsaqalaan.
Makrifah
dan Hakikat risalah Rasul dan Mursalin. Iaitu risalah Anbiak dan Auliak dalam
perjalanan kehidupan jin dan ins di muka bumiNya. Para Nabi dan Rasul telah
ditamatkan oleh Muhammad (sawas) sebagai An-Nabi Al-Khatimah. Kini fajar mula
menyinsing, Al-Washiy Al-Khatimah akan zuhur, kita menunggunya, ia dijemput
oleh utusannya Ahmad Al-Hassan (as) kepada manusia, kerana seluruh alam
melorongkan kedatangannya, untuh meneguhkan Ad-Daulah Al-‘Adil Al-Ilahiy dari
Masyrik ke Maghrib oleh al-Imam al-Mahdi (as).
Saudara-saudari,
Beberapa
tahun sebelum bersara dari bidang perguruan, saya kurang aktif di bidang
politik. Saya dikejutkan oleh pertanyaan adik perempuan saya dan bapa mertua
saya dengan pertanyaan tentang tanda-tanda kiamat yang begitu heboh pada masa
itu, sehingga ada sesetengah orang yang telah membuat persiapan menghadapi
kemungkinan peristiwa besar yang mungkin dihadapi. Di akhir alaf 2 (akhir abad
ke 20) dan menjelang alaf baru, alaf 3 (awal abab 21). Tragedi Pengeboman WTC di
Amerika Syarikat, 11 September, 2001 diekori oleh Tsunami di Lautan Hindi di
mana penduduk dan Daerah Aceh mengalami korban besar pada tahun 2004. Ia
mungkin kejutan dari Allah kepada penduduk bumi. Seluruh korban mencecah 26,000
mangsa.
Penemuan
seorang bekas pelajar Sekolah Sains dan Graduan Amerika Syarikat bidang
kejuruteraan dan pakar dalam teknologi maklumat perkomputeran mencanangkan, Era
Akhir akan berkesudahan dengan Era Bab Al-Jannah, di mana sebelum seluruh manusia
ke Syurga dan Iblis, Syaitan dan Nas Kuncu-kuncunya ke Neraka, satu kiamat
kecildan penghakiman kecil akan berlaku dan diikuti satu alam baru Bab (Pintu)
Syurga akan di lalui oleh manusia. Semua manusia di ampunkan Tuhan akibat
penipuan Iblis dan Yagog Magog (Yakjuj Makjuj) yang merusakkan agama, kemudian
setelah era ini baru manusia masuk era Syurga dan Neraka. Beliau bukan nabi dan
rasul Tuhan tetapi tokoh yang akan memimpin alam baru Bab (Pintu) Syurga itu.Menggunakan
Kitab nota (note book) yang memproses Kitab-kitab Samawiyah, Torah, Ingil dan
Il-Qorin (Istilah yang digunakannya). Ia membongkar pergerakan dajjal dengan
begitu terperinci. Ia meninggal dunia di Indonesia 2011. Ini saya lalui pada tahun-tahun
2004 – 2005. Ia berakhir apabila beliau mula kehilangan.arah dan matlamat.
Pada
tahun 2008 satu kejutan di youtube dua pemuda Arab-AmeriKa (American-Egyptian),
Noreagaaa and Achernahr meneribit sebuah dokumentari yang mengagumkan
yang mendapat idea dari seorang pengusaha Film Abdullah Hashem (HASHEMSFILMS). Siri
di youtube ini mengandungi ± 50 klip lebih kurang 11 minit di youtube video
subtitle B. Melayu, mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi
kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan
imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal
oleh sebuah sistem rahsia yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang
sebenar. Pergerakan dajjal (tersembunyi) didedahkan ke tahap penyokongnya menantikan
kedatangannya. Noreaga & Achernahr yang bertungkus-lumus menghasilkan siri
ini memberikan persoalan dajjal tentera Iblis dan Jahiliah disokong dan
ditunggu, di mana pengikut Imam Al-Mahdi, apakah ia telah muncul
..................?
.
Mulai
saat itu tidak putuslah pencarian saya mengenai Al-Mahdi tidak henti-henti.
(2010-2013) Seorang Ulamak Sheikh Imran Nazar Hosein dikenali berikutan
penyebaran klip video syarahannya dalam YouTube. Sheikh Imran, 69, penulis
buku, penceramah dan tokoh pemikir Islam yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa sebagai pakar dalam bidang politik dan kewangan Islam serta
hubungan antarabangsa. Beliau cukup kuat menentang Orde Baru Dunia (New World Order)
dan fahaman Zionisme. Beliau yang berkelulusan dari Institut Aleemiyah di
Karachi, Pakistan dilahirkan di Republik Trinidad dan Tobago iaitu negara
kepulauan di selatan Laut Caribbean dan nenek moyang beliau adalah golongan
penghijrah yang berasal dari India. Anak murid dan pengikutnya ada di seluruh
dunia. Beliau banyak mengulas Ilmu Akhir Zaman termasuk Imam Mahdi.
Saya
teringat mafhum sebuah hadits bahawa Imam Mahadi boleh menghubingi semua
pengikut (ansar)nya di seluruh dunia. Zaman Internet ini ia tidak mustahil.
Lebih
kurang sebulan selepas pencen saya terjumpa satu maklumat capaian
Alhamdu
Lillah, Akhirnya Allah Azza Wa Jalla, menemukan kepada saya, sesuatu yang dikaji,
difahami dari berbagai kaca mata Islam yang berbagai bingkai, galas kanta dan
warna, dicari dan ditunggu. Sebagai pengkaji Alhamdu Lillah saya orang positif,
walau pun terkadang terjumpa yang keliru yang palsu, kalau saya negatif saya tidak
dapat gunakan sedikit ilmu, neraca dan hidayah Allah yang ada pada saya, sebab
menolak sebelum mendalaminya. Petunjuk yang saya dapat ini agak berbeza dari tuntutan
yang lain. Kerana Kali ini seseorang yang lain yang mengaku sebagai Al Yamani,
Keluarga Muhammad, wakilnya panji Imam Mahdi (as) iaitu Imam Ahmad Al-Hassan
(as).
Pemerhatian
I
Saya
terus ke [www.yamani.org] yang sekarang bertukar alamat www.eramahdi.net . Pertamanya saya muat
turun buku dialog “Mempertahankan Yamani”, dialog seorang ayah yang menyanggah
anaknya membai’ah Syed Ahmad Al-Hassan (as) sebagai washiy (Pemegang Wasiat)
dan utusan Imam Mahdi (as). Mereka Muslim Syi’ei Iraq. Saya tidak hairan jika
si bapa seorang Muslim Sunni menyanggah anaknya yang Syi’ei apatah lagi si bapa
seorang Muslim Sunni menyanggah anaknya seorang Muslim Sunni. Inilah fenomena
umat Islam hari ini.
Ada
beberapa tanggapan yang berbeza mengenai pemerhatian Imam Mahdi di antara Muslim
Sunni dan Muslim Syi’ei tetapi banyak juga persamaannya.
Muslim
Sunni dan & Wahabi
|
Muslim
Syi’ei
|
|
1
|
Imam
Mahdi (as) adalah keturunan Ahlul-Bait. Anak Fatimah Galuran al-Hussein atau Al-Hassan
bin Ali bin Abi Talib (tidak perlu diperpanjang khilaf ini – Dia adalah ahli
bait.)
|
Imam
Mahdi (as) adalah keturunan Ahlul-Bait. Anak Fatimah Galuran Al-Hussein,
tetapi bernama Muhammad bin al-Hassan bin Ali ... bin Ali bin Al-Hussein bin
Ali bin Abi Talib.
|
2
|
Zuhur,
zahir, bangkit, keluar dan di bai’ah di antara Penjuru Hajar Aswad dan Makam
Ibrahim (as) (Baina Rukun wal Maqam) di Baitullah.. umat Islam sepakat dalam
pembai’atan ini.
|
|
3
|
Tanda
Besar, hampir, semasa, sekitar, selpas - pembai’atan
|
|
Penentang
utama As-Sufiyani
|
Penentang
utama As-Sufiyani
|
|
Sahabai,
pembantu – Al-Hashemi - 313
|
Sahabai,
pembantu = Al-Yamani- 313
|
|
Ash-Shaihat
–jeritan langit
|
Ash-Shaihat
–jeritan langit
|
|
Al-Baida’
– Peneggelaman tentera ...
|
(sama
rekahan bumi) .... As-Sufiyani.
|
|
Al-Qatlan
Nafsan Zakiyah
|
Pembunuhan
Jiwa Suci (sama)
|
Ada
terlalau banyak kitab-kitab umat Islam dan ribuan hadits-hadits yang membicarakan
Imam Mahdi (as). Tidak ada daya dan upaya kecuali izin Allah, rasanya untuk
kita membuat kesimpulan-kesimpulan atau apa jua ketetapan mengenal, menunggu
dan ... dan....apatah lagi membai’ah Imam Mahdi (as).di Baina Rukun wal Maqam di
Baitullah. Inilah dia beriman kepada yang ghaib, hanya pengharapan yang cukup
besar yang mungkin diperkenankan Allah, dan sudah tentu makan masa dan ada
terlalu banyak mehnah dan pancarobanya, wallahu a’lam.
Saya
teringat orang Yahudi yang membina Bandar Yathrib sebelum menjadi Madinatu
un-Nabi kerana menunggu kedatangan Nabi Muhammad (sawas) sebagai Nabi penutup
(Khataman nabiyin). Puak Aus dan Khazraj yang dititipkan Raja Yaman yang tinggal
bersama orang-orang Yahudi yang mendengar akan kedatangan Nabi besar ini telah
turut ghairah menunggu kedatangan Nabi penutup Muhammad (sawas) yang akhirnya
tiga kali berbai’ah kepada nabi di Musim Haji di Mekah yang membawa
penghijrahan baginda dan umat Islam (Muhajrin) ke pangkuan ansar di Yathrib.
Itu baru kemahuan besar untuk bai’ah dan menerima Islam belum lagi ujian dari
Tuhan dalam lain-lain perkara.
Pembunuhan
satu Jiwa Suci (Al-Qatlan Nafsan Zakiyah) sesuatu yang perlukan pemerhatian
yang teliti dan tidak ramai yang dapat menyaksikannya, Penenggelaman tentera As-Sufiyani
di Al-Baida’ hanya dua orang yang terselamat. Siapa yang dapat menyaksikannya.
Jeritan langit paling kurang dikacau atau ditiru oleh jeritan Syaitani. Yang
tinggal hanya musuh Imam Mahdi (as): As-Sufiyani dan Sahabat Imam Mahdi (as).Al-Hashemi
atau Al-Yamani. Rasulullah memang selalu menyebut-nyebut yang baginda adalah
dari keturunan Al-Hashemi (Bani Hashim) atau Al-Yamani (dari Yaman). Al-Yamani
adalah sahabat utama Al-Mahdi yang pertama dari Basrah memimpin 313 sahabatnya
yang akan membaitnya dan amat mengenalinya. Al-Hashemi atau Al-Yamani-lah yang
berperang dengan As-Sufiyani di Iraq dan ketika itu panji-panji dari Khurasan yang
dipimpin oleh Shuib bin Soleh, bani Tamim akan membai’at Al-Yamani dan
menghalau keluar As-Sufiyani.
Ada
terlalu banyak hadits-hadits peperangan antara As-Sufiyani dengan Al-Hashemi atau
Al-Yamani ini. Jadi As-Sufiyani adalah tanda besar, tanda hampir dan tanda semasa
kedatangan Imam Mahdi (as), Al-Hashemi atau Al-Yamani pembantu yang akan
menyediakan kelengkapan permulaan, persediaan (ansar) yang akan memperkukuh
Mahdawiyah sehingga pembai’atan dan pergerakan sehingga tertubuhnya Daulah
Al-Adil Al-Ilahi (Negara Keadilan Ilahi). Di saat itu/ini yang tinggal hanya,
menyertai Al-Hashemi atau Al-Yamani atau terperangkap di bawah cengkaman As-Sufiyani
atau duduk di dalam keadaan seperti dinyata di dalam mafhum Hadits: Kiamat
tidak akan berlaku sehingga di utus Al-Mahdi yang memenuhi dunia dengan
kemakmuran dan keadilan setelah sebelumnya di penuhi dengan Penindasan
(kezaliman) dan Kerosakan. Atau dalam erti kata yang lain ditindas (Kezaliman)
oleh dajjal besar atau taghut besar atau menganut Agama yang tidak dapat
dipegang dengan perpecahan dan penyelewengan pada umat Islam, Keristian dan
Yahudi, apatah lagi agama-agama yang lain (Kerosakan)
Pemerhatian
II
As-Sufiyani:
Tanda-tanda kemunculan As-Sufiyani telah berlaku (tamat), pergolakan besar
negara-negara Arab (dalam hadits disebut Al-Abbasiy),seperti Iraq, Tunisia,
Libya, Mesir dan Syiria. As-Sufiyani akan lahir di Syam (Syiria). Apa yang
berlaku di Syiria membingungkan Umat Islam. Majoriti penduduk Syiria Muslim
Sunni dan 10-15% Muslim Syi’ei. Pemerintah Syiria Syi’ei, askar kerajaan Muslim
Sunni-Syi’ei, pemberontak, rakyat Syiria (Muslim Sunni), siapa yang membunuh
Ulamak besar Sheikh Said Ramadan Al-Buti (Rahimahullah) inilah ejen-ejen Wahabi
dibantu oleh dajjal besar yang sekarang bergerak cergas di Iraq dan Syam
(Syiria) yang amat memusuhi ahli bait Rasulullah (sawas) dan baginda menggelar
mereka As-Sufiyani. Akan muncul tanda-tanda besarnya ....!?
Pemerhatian
III
Al-Hashemi
atau Al-Yamani: Inilah tokoh yang menyebabkan sukarnya untuk memahamahi hadits Mahdawiyah
(keyakinan akan datangnya seorang juru selamat pada akhir zaman yang akan
menyelamatkan kehidupan manusia di muka bumi ini.).Sesiapa yang menyelidiki
kedatangan Imam Mahdi akan terjumpa Nama
Muhammad dan Ahmad. Antara Imam Mahdi Mahdi Al-Hadi (Mahdi Pertama). Tetapi
apabila di bai’ah di waktu mula bangkit (1999 M) orang ramai mendapat ru’yah
(penglihatan dan mimpi) dan berbai’ah kepada Sayed Ahmad al Hassan sebagai
washiy (pemegang wasiat) dan utusan Imam Mahdi waluapun beliau tidak menghendakinya
(bai’ah Pertama) Para ansar diuji sehingga mereka hanya tinggal sedikit dan
telah meninggalkan Sayed Ahmad al Hassan. Beliau kembali Uzlah. Kemudian
berlaku bai’ah kedua dan menjadi seperti itu perkara yang sama berulang Sayed
Ahmad al Hassan kembali beruzlah lagi Seterusnya berlaku bai’ah ketiga
barulah ansar tersebar ke seluruh dunia - (Negara-Negara Arab, Amerika, Korea,
Australia, Eropah, Mesir dan Negara-Negara yang lain). Ru’yah oleh ramai umat
Islam dan arahan Imam Mahdi (as) kepada Sayed Ahmad al Hassan memulakan dakwah
di Najaf Iraq. Imam Mahdi (as) adalah Auliak atau Aushiak ke 12 dan penutup
Aushiak 12 orang yang pertamanya adalah Imam Ali bin Abi Talib, mereka adalah
pemegang washiat.
Khalifah
Allah selepas Rasulullah (Khataman Nabiyin) bergelar khalifah Rasulullah.
Seditkit sahaja umat Islam yang menerima wasiat Rasulullah (sawas) ini. Mereka Rasulullah
(sawas) sendiri gelar Syiah Ali. Majoriti Umat Islam hingga ke hari ini memilih
sendiri khalifah Rasulullah dengan melantik pada mulanya di Saqifah Bani
Saadah. Setelah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman barulah Ali memegang
khalifah Rasulullah dan juga membawa wasiat Rasulullah. Dalam wasiat itu
menyebut kesemua 12 Imam-imam (Aushiak). Yang terakhir Muhammad bin Hasan (Imam
Mahdi (as) akan melantik Ahmad bin Abdullah bergelar Al-Yamani dan menjadi
pembantu Imam Mahdi (as). Hadits lengkap akan di bawa kemudian.
Pemerhatian
IV
Kerosakan:
Setelah Imam Muhammad bin Hasan (as) iaitu Imam Mahdi (as). yang telah lahir
pada bulan Sya’ban, 255 H yang keghaibannya telah berlangsung sebanyak dua kali
(Ghaibah Sughra, keghaiban kecil, umat Islam berjumpa dengannya melalui 4 orang
wakil dan Ghaibah Kubra, keghaiban besar setelah wakil ke 4 meninggal dunia).
Dengan demikian, Imam Mahdi telah ghaib selama lebih dari 1200 tahun. Muslim
Syi’ei yang kemuncaknya bangsa Salman Al-Firisi ini ketika tidak ada sebuah
negara pun menjalankan Hakimiyah Islam berjaya menubuhkan Republik Islam Iran.
Mereka mula gelisah dari hanya menggunakan rujukan Al-Qur’an, dan bertaqlid
pada Hadits Rasulullah (sawas) dan 12 Imam-imam (as) Itrah dan Ahli Baitt
Ar-Rasul yang memegang Tali Allah yang merentangi dari Langit kebumi,yang mereka
gelar Aliran Akhbari, mula berijtihad, berfatwa dan terdapat ulamak yang
dirujuk pada masalah agama semasa, mereka digelar Marajik dan juga dikenal
sebagai aliran Ushuli. Hadits Rasulullah
“Celakalah
ke atas umat ku dari Syura Besar dan Syura Kecil. Jadi kami bertanya tentangnya
dan baginda menjawab: “Berkenaan Syura Besar, ia akan berlaku di tanah ku,
selepas pemergian ku demi untuk mencuri kekhalifahan dari saudara ku dan hak
anak perempuan ku (Tanah Fadak). Dan Berkenaan Syura Kecil akan berlaku pada
masa Ghaibah Kubra di Zawra’ (Baghdad) demi untuk mengubah Sunnah ku dan
Undang-undang (Syariat)ku.
Amirul
Mukminin Ali (as). berkata: “Dan Pemerintahan akan pulang ke Zawra’ (Baghdad)
dan urusan ini akan kembali ke Syura (pilihanraya). Sesiapa yang menang di
dalam sesuatu (pilihanraya) akan melakukannya (memerintah). Maka selepasnya
akan muncul Sufyani, berada di muka bumi selama 9 bulan, memenuhi dengan
siksaan yang teruk. Sehinggalah kemunculan Mahdi Al Hadi (Al-Yamani) yang
mengambil panji dari Isa ibn Mariam.
Iraq
pernah dikuasai British (awal abad ke 20 -1900an) tetapi demokrasi dan pilihanraya
tidak persetujui oleh Ulamak Syiah. Malangnya 2005 M pilihanraya (Syura)
dijalankan kerana Marajik (Sistani) meluluskannya dengan pujukan Amerika
Syarikat.
Muslim
Syi’ei terlepas dari ikatan Rasulullah (sawas) merusak dan telah mengubah “Sunnah
ku dan Syariat ku”, kata Rasulullah (sawas). Mereka mula mengikut apa yang
diubah oleh ulamak tak ubah seperti orang-orang Kristian:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ
وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ
Mereka
menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain
Allah
يَوْمَ
تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ
وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
66.
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan
sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat
kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.67. Dan mereka berkata
lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang
besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar. (Al Ahzab
33:66-67)
Kerosakan
kerana mencampuri hak Hakimiyah Allah. Kata Rasulullah (sawas). mengubah “Sunnah ku dan Syariat ku”, Al-Yamani
telah menyeru mereka mengajak kembali kepada hanya bertaqlid kepada Maksumin (Rasulullah
(sawas) dan 12 Imam-imam (as) Itrah dan Ahli Baitt Ar-Rasul yang memegang Tali
Allah yang merentangi dari Langit ke bumi), sehingga ke tahap mubahalah (sumpah
bersaksi kepada Allah), tetapi tempat ibadah dan ,arkaz ansar (Hauza) di
musnahkan dan rumah Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani di kepung dan Allah
menyelamatkan auliaknya. Malah ada sesetengah ulamak Syiah menjatuhkan hukuman
halal membunuhnya.
Pemerhatian
V
Kerosakan:
Majoriti umat islam Muslim Sunni sehingga ke hari ini dikelirukan dan
diselewengkan pemahaman mengenai Khalifah Allah dan Khalifah Rasulullah. Siapa
pun yang mengkaji Sirah Rasulullah (sawas) akan memahaminya.
Sebelum
Rasulullah Wafat dan telah baginda melantik Khalifahnya dalam berbagai kesempatan
Sejak
mula dakwah Islam kepada kerabat terdekat kepada bani Hashem:
Siapa
di antara kamu yang ingin membantuku – nescaya dia akan jadi Khalifahku.............
Hijrah
ke Yathrib, Ali tidur di Katil Rasulullah dan pemegang wasiat (amanah)
Rasulullah
Ayat
Al-Mawaddah – siapa Qurbati
قُل لَّا
أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ ۗ وَمَن
يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا ۚ إِنَّ
اللَّـهَ غَفُورٌ شَكُورٌ
Katakanlah
(Ya Muhammad) "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu ganjaranpun atas
seruanku kecuali kasih sayang pada kerabatku.". Dan siapa yang mengerjakan
kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [S Syura 42:23]
Ayat
Khairul Bariyah – siapa? Safinah
Ayat
Tahirah - Ahlil- Bait?– Ismah apa?
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ
لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [A. Al-Ahzab 33:33]
Ayat
Mubahilah-Hadis Al-Kisa’
Ayat
Tabligh- Hadis Al Ghadir
Ayat
Taat Allah dan Rasul (bukan sunah Rasul) Hadits Tsaqalain
Innam
Waliyukum Allah .... Asbabun Nuzul
Selawat
dalam tasyahud
Ayat
Wasiat – Tragedi Khamis -Rasululullah ingin berwasiat
Wasiat
bertulis Rasul
Khalifah
Allah dilantik oleh Allah dan Khalifah Rasulullah dilantik oleh Rasulullah dan
hakikatnya ia adalah lantikan Allah. Memilih pemimpin adalah adalah urusan Kami
(Allah) bukan urusan mereka (manusia):
وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ
بَيْنَهُمْ
urusan
mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka;
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً
يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖوَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Dan
Kami jadikan dari mereka itu pemimpin-pemimpin (Imam-imam) yang memberi
petunjuk dengan urusan Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini
ayat-ayat Kami. [s. As [Sajdah32:24]
Kerosakan:
Mereka tidak menerima wasiat Ar-Rasul. Dengan mengatakan Rasulullah tidak
meninggalkan wasiat dan tidak melantik Khalifahnya (satu pembohongan yang
besar) Khalifah Rasulullah mereka pilih sendiri ini ujian Allah terhadap iman
mereka kita hanya membaca sejarah martabat Iman mereka di tentukan oleh Allah.
Dua kali Ibn Abbas bertanyakan Khalifah Umar mengapa menentang wasiat Rasulullah,
“Umar menjawab, “Quraish tidak mahu Nubuwah dan Khilafah hanya berada di tangan
Bani Hashim.” Sekali lagi selepas kematian Uthman apabila tiada pilihan terpak
menerima Kekhalifahan Ali bin Abi Talib umat Islam memeranginya dalam
peperangan Jamal dan Siffin dengan alasan fitnah Abdullah bin Sabak
Tidak
ubah seperti ketika Nabi Musa (as) mengadap Allah dan meninggalkan Bani Israel
di bawah jagaan Harun (as) Samiri mengajak kaumnya menyembah patung Anak Lembu
(Al-‘Ijl). Akibatnya pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah menerajui
Umat Islam tinggallah Qurba (Kerabat) Itrah dan Ahli Baitt Ar-Rasul yang
memegang Tali Allah yang merentangi dari Langit ke bumi, Masalah aqidah,
masalah fiqah dan masalah akhlak (Tasauf) mendatangi umat Islam. Fahaman
Khawarij, Dahri, Qadariah, Jabariah, Kalam Allah makhluk atau Khaliq, berpuluh-puluh
Mazhab Fiqh, puak batiniyah ratusan malah ribuan Tariqah Sufiyah sehingga hari
ada aliran (Mazhab Islam) yang membenci Ahli Bait merosak dan meruntuh maqam
ahli bait dengan alasan tiada syafaat dalam Islam. Mereka adalah Wahabi
menggelar diri mereka Salafi yang mengurus Haramain (Masjidil Haram dan Masjid An-Nabi)
Rasulullah menggelar mereka As-Sufiyani dengan slogan suci mereka yang banyak
mempengaruhui umat Islam iaitu ”Semua Bid’ah Sesat dan semua yang sesat ke neraka.”
(Kullu Bid’ah dhalalah, wa kullu dhalalah fin Nar). Itulah kerosakan. Itulah
Kebatilan. Itulah Kesesatan oleh Ulamak yang tidak menyeru kepada Ma’ruf dan
mencegah kemungkaran, Ulamak ghairul amilin (tidak beramal) yang lebih
mementingkan kemahuan diri dari kepentingan Ketuanan Allah, Hakimiyah Allah
merobek Persetiaan dan Perjanjian yang di ambil dari Allah.Bagaimana boleh
mengenal Hakikat dan Tauhid. Bagaimana boleh mereka mengenal Hakikat Rububiyah,
Bagaimana boleh mereka mengenal Hakikat Uluhiyah, Bagaimana boleh mereka Marifah
pada Allah, pada Hua (dia, Hu), Bagaimana boleh mencapai Li A’rafani (Supaya
Aku Dikenal), Kalau mereka menentang KekasiNya, Penciptaan PertamaNya Aqal dan
Nur Muhammad HambaNya dan Rasulnya; Kalau mereka menentang Kerabatnya,
Itrahnya, ahli baitnya dan Khalifah Pemegang Wasiatnya (Washiy) Imam-Imam dan
Mahdi-mahdi. Merekalah yang paling mengenal Hakikat Tauhid dan memiliki Makrifat
Allah. Kerana mereka Hujjaj (Tanda) Allah.
Ia
menyangkut Penciptaan Allah, Rahasia penciptaan Allah terhadap Alam, Langit dan
bumi diselewengkan. Kerajaan Allah dan WakilNya dibumi. KhalifahNya, dia yang
pilih sejak azali, Dia telah merakamnya di dalam Al-Quran. Memang semua manusia
KhalifahNya di bumi tetapi manusia mempunyai makam, amanah dan pengabdian
dikehendakiNya. Bukan ibadah yang kita pilih caranya, wasilahnya tetapi Din
yang Dia Amanahkan kepada WaliNya, RasulNya yang berwalikan Allah,
إِنَّمَا
وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ
الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
Sesungguhnya
Wali kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang
mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (ruku’)
Bukan
wali cara lain tetapi Wali Allah. Dia SWT berfirman
وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ
بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
وَعَلَّمَ
آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ
أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya
kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ
لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ
أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Mereka
menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa
yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
وَإِذْ
قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ
وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur
dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir..
Adam
akan jadikan seorang Khalifah (pengganti) Allah di Bumi. Malaikat mempersoalkan
Kehendak Allah..
Adam
diberi Ilmu Allah dan menempelak malaikat sebut ilmu (nama-nama) semuanya.
Malaikat
sedar Allah Al-Alim Al-Hakim
Perintah
Sujud kepada Pengganti Allah kepada Makhluk
Adam
dipilih oleh Allah
No comments:
Post a Comment