SIAPA IMAM
AL-MAHDI ???
SEJAK dahulu
hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti
menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah
golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi.
Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan
seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada
urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya
sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Bagi menjelaskan
siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para
ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab
tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil
Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami,
At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan
Al-Allamah AsSyaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab
lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi
sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.
Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin
Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah
Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah
tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana
yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud
dalam Sunannya,
“Telah berkata Ali
sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid
sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir
seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam
perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di
dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah,
Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul
Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di
dalam kitabnyaAqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik
kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan
bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah
Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-Hafiz Imanuddin yang menyebut
bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait
Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab
‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang
mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di
dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari
keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.
Terdapat juga
hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdidari keturunan Al-Abbas bin Abdul
Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu
hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali
adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan
Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh
Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.
Hadith Tentang
Al-Mahdi
1. Dari Jabir bin
Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, :
"Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas
kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian
turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi),
silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa
sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam)
. Hadtih riwayat Muslim.
2. Dari Ali
bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul
bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat
Imam Ahmad.
3. Dari Dzar
dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal
sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga
bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang
namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan
keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith
riwayat Abu Daud dan Turmizi.
4. Dari
Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan
sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil
dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat
ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat
At-Tabarani.
5. Dari Aishah ra
katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari
cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith
riwayat Na'im bin Hammad
6. Dari Said bin
Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu
Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i,
At-Tabarani dan Al-Hakim
Namun, tidak
terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi
terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata, “Sebab
ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri
Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat.
Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan
mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk
Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.
Daripada Ka’ab bin
Alaqamah berkata, “Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu
perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah
(peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin
Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.
Al-Muhaddits Sayid
Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil
Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah
serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah
satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera
As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan
dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari
berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di
antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Tanda-tanda
keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said,
Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.
Di antara
tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:
1. Pecah
Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.
2. Gerhana bulan
pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan
Ramadhan.
3. Gerhana bulan
dua kali dalam bulan Ramadhan
4. Naik tanduk di
langit umpama beberapa gigi.
5. Naik
bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur
6. Zahir api
yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam
7. Zahir
kelam pada langit.
8. Zahir merah
pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada
merah di tepi langit yang biasa.
9. Seruan yang
umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa
Al-Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam
kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).
11. Diserukan
daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga
didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi
jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri
di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.
12. Zahir jemaah
dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara
yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai
sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Zahir banyak
gempa bumi.
14. Datang dua
seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan
katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang
bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah
seruan syaitan dengan katanya, “Ketahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar
pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat AdDuratun
Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)
Setengah-tengah
ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang
mereka maksudkan ialah pemimpin-peminipin Islam yang adil selepas Rasulullah
SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,
“Tetaplah kamu
dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat
petunjuk).” — Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi
Berpandukan hadits
ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yangmenentukan seseorang sebagai
Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut
oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.
Hassan Ibrahini
Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407
menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa
Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada
beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”
Al-Imam Ahmad
Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak
syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar diakhir
zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan kebenaran dan kebajikan” (sila
lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79).
Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari
sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul
di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan
memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud
juzu’ II ms 382)
No comments:
Post a Comment