Sejak
dulu hingga kini, ramai pihak mahu pun individu yang mengaku dan mendakwa diri
mereka sebagai Imam Mahdi.
Syiah
juga mengaku mereka mempunyai Imam Mahdi yang bernama Muhammad Hassan Al Askari
yang ghaib.
Nostradamus
juga meramalkan di akhir zaman akan ada seorang lelaki berserban biru dan
mencetuskan peperangan. Asaari Mohamad dan pengikutnya menggunakan ramalan
Nostradamus sebagai dalil kebenaran perjuangan mereka dan menyatakan bahawa
ramalan Nostradamus itu adalah berkenaan Imam Mahdi.
Syeikh
Mahmud Al Kedahi pula mendakwa Imam Mahdi sudah lahir dan kini berada di Iran.
Ummu
Jah (isteri kepada Asaari Mohamad) pula berkata, dia setiap hari bertemu dengan
Imam Mahdi di rumah sewanya di Haramain.
Sheikh
Nazim berkata, beliau sudah bertemu dengan Imam Mahdi sejak kecil lagi.
Jika
disorot rentetan sejarah, terlalu ramai yang telah mendakwa bahawa diri mereka
Imam Mahdi.
Orang
yang pertama sekali mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi Muntadzar ialah Al-Harits
bin Suraij pada 128 H bagi mendapatkan sokongan dalam gerakannya
menentang pemerintahan Bani Umaiyah.
Di
Kufah pada tahun 278H, lahir golongan Qaramithah yang
dipimpin oleh Hamdan Qaramith seorang yang beraidah Syiah Ismailiyah. Pengikut
golongan ini juga mendakwa pemimpin mereka, Hamdan Qaramith sebagai Al-Mahdi.
Pada tahun 317H seorang lelaki dari golongan Qaramithah bernama Abu
Thahir AI-Janabi bersama 900 orang pengikutnya telah datang ke Mekah
atas alas an ingin menunaikan ibadah Haji. Setibanya di Mekah, beliau telah
menimbulkan huru-hara dan pertumpahan darah. Abu Thahir Al Janabi mengaku
dirinya Imam Mahdi. Dia bersama pengikutnya menceroboh masuk ke Baitul Haram,
merobohkan pintu Kaabah, menurunkan Hajar Aswad, melucutkan kain yang menudungi
Kaabah dan menguasai kota Mekah selama enam hari. Seramai 30,000 jemaah haji
dan penduduk tempatan terkorban.
Kerajaan
Muwahhidin di Afrika Utara juga mempunyai seorang pemimpin yang tegas dan keras
tindakannya terhadap penganut fahaman Mujassimah wal Musyabihah, dan
beliau mendakwa sebagai Al-Mahdi. Beliau ialah Muhammad bin Tumart yang
lahir di antara tahun 470 Hijrah. Namun ada sejarah menyatakan, beliau
dilahirkan pada tahun 480 Hijrah.
Di
samping itu seorang mulhid bernama Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah juga
mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Datuknya beragama Yahudi dan dia sendiri
berasal daripada keluarga beragama Majusi. Dalam banyak hal Ubaidullah bin
Maimun Al-Qaddah banyak melakukan pendustaan kepada umat Islam. Umpamanya ia
mengaku dirinya bernasab kepada ahli bait Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA
AALIHI WASSALLAM dan seterusnya mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Selepas
kematiannya, perjuangannya itu disambung oleh keturunannya sehingga mereka
berjaya menakluki Moroco, Mesir, Hijaz dan Syam. Akhirnya golongan ini terhapus
dengan kemunculan Salehuddin Al-Ayubiyang menumpaskan sama-sekali
golongan ini.
Di
zaman pemerintahan Sultan Fairuz Syah Tughluq di India
(752-798H), seorang lelaki bernama Ruknuddin telah mendakwa
dirinya sebagai Al-Mahdi yang zahir di akhir zaman dan membuat fatwa yang
bertentangan dengan aqidah dan syariat.Justeru itu, para ulama telah
mengeluarkan fatwa bahawa Ruknuddin adalah seorang kafir dan halal darahnya.
Lantas, Sultan Fairuz Syah Tughluq memerintahkan Ruknuddin serta
pengikut-pengikutnya ditangkap dan dihukum pancung.
Pada
tahun 790-an Hijrah, seorang lelaki bernama Al-Abbas telah
muncul dan mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi dengan mempunyai ramai pengikut.
Ia serta pengikut-pengikutnya telah melancarkan serangan ke atas bandar Fez di
Morocco dan membakar gudang-gudang perniagaan. Tetapi dia kemudiannya telah
dibunuh dan gerakannya dapat dipatahkan
Di
Afrika Utara pula, pada tahun 800H di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin
Yaakob, seorang lelaki dikenali sebagai Tuwaizuri telah
mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi.
Pada
abad ke 10H, muncul di India seorang lelaki bersama pengikutnya, Sayid Muhammad
Jaunpur yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Sayid
Muhammad Jaunpur dan Ia telah mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi
sebanyak tiga kali. Kali yang pertama ialah pada tahun 900H di Makkah dan kali
keduanya pada tahun 905H di Ahmadabad, India. Kali yang ketiganya ialah di
Barhli, India pada tahun 905H. Sesiapa yang menyalahkan pendirian mereka
akan dibunuh walaupun Ia sedang berada di hadapan orang ramai. Golongan ini
juga mempunyai kepercayaan lain yang dianggap bid’ah menurut Islam.
Pada
tahun 1166 H seorang Syiah Ithna Asyariah di Saudi bernama Ahmad Ahsaa’i
menyebarkan fahaman bahawa Imam Mahdi belum lahir dan berada di alam rohani.
Seleepas kematiannya, ajarannya diteruskan oleh muridnya Kazim
Ar-Rasyti. Selepas kematian Kazim Ar-Rasyti, tempatnya itu diganti
oleh Ali Muhammad Al-Bab. Ali Muhammad Al- Bab mendakwa dirinya
sebagai Al Mahdi. Para pengikutnya digelar sebagai kumpulan Babiyah iaitu
salah satu drp cabang agama Bahai.
Pada
abad 13 hingga menjelang abad ke 14H, muncul Mirza Ghulam Ahmad di India
mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Mirza Ghulam
Ahmad yang menjadi pengasas agama Qadiani atau Ahmadiah. Mirza
Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1307H.
Di
Sudan, pemberontakan menentang penjajah lnggeris diketuai oleh seorang ulama
bernama Muhammad Ahmad Al Mahdi. Pemberontakan itu dikenali sebagai
pemberontakanMahdiah mengambil sempena gelaran pemimpinnya yang mendakwa
dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1881.
Golongan Syiah
Al-Imamiah mengatakan bahawa Al-Mahdi itu ialah Muhammad bin
Hassan Al Askari keturunan Zainal Abidin anak Hussin bin Ali.
Dikatakan bahawa beliau pada suatu hari masuk ke dalam gua di bawah
rumahnya bersama-sama ibunya di Samira’. Menurut keyakinan mereka, Muhammad bin
Hassan Al-Askari adalah Al-Mahdi Muntadzar. Sementara itu golongan Syiah
Kaisaniyah pula menganggap Muhammad bin Hanafiahsebagai
Al-Mahdi.
Di
Malaysia juga tidak ketinggalan dalam isu Imam Mahdi. Terkini seorang mendakwa
Imam Mahdi telah menyerang Jabatan Perdana Menteri dengan pedang samurai.
Begitulah
antara rentetan peristiwa dan pendakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak.
Timbul pula persoalan ; Bagaimana hendak menentukan orang yang megaku dirinya
Imam Mahdi adalah Imam Mahdi yang sebenar ?
InsyaALLAH
persoalan Al Mahdi ini akan dikupas lebih lanjut dalam penulisan yang akan
datang.
To
be continue
Villa
Damansara
10
Ramadhan 1433H / 30 July 2012
4.47pm
No comments:
Post a Comment