Bagaimana Dikatakan Aku Meminta
Dunia? (lengkap)
5 Januari 2013
super User
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam dari Allah ke
atas Muhammad dan keturunan Muhammad para Imam dan Mahdi-Mahdi .
Salam ke atas kamu, rahmat
Allah dan keberkatanNya.
Semoga Allah membalas kebaikan kamu,
kamu telah memilih jalan mencari kebenaran dan menelitinya dan ini adalah jalan
dari orang yang mengerti dan tabah, dan Allah tidak menyebabkan orang tersebut sesat
dari jalanNya, Insya Allah. Dengan itu saya memberikan khabar gembira dari hari
akhirat dan dunia ini, selama ini adalah kaedah kamu dan ini adalah adab kamu yang
ditunjukkan dalam surat kamu.
Dan semoga Allah membantu kamu,
dan mengetahui bahawa saya membawa wasiat Rasulullah sawas sebagai bukti
(hujjah), yang digambarkan untuk mencegah kesesatan. Dan kami membuktikan
kesahihan hadith dan kepastian itu terjadi kepada seorang yang menuntutnya, untuk
tujuan yang perlu dipenuhi. Dan di tangan kamu ada dua jawapan di mana saya
menjelaskan buktinya dan ia telah disusun dan di ulas oleh sheikh yang bersih,
Alaa al-Salim, semoga Allah melindunginya. Dan pihak lawan kita tidak mempunyai
bukti yang sah atau rasional mengikut apa yang dinyatakannya; bahawa boleh
bertaqlid kepada bukan ma'sum. Selain itu, dia tidak berupaya untuk menyangkal
bukti yang saya bawa dengan meyakinkan. Jadi tidak ada bukti (hujjah) di
hadapan Allah untuk sesiapa yang mengikuti pembohongan mereka iaitu mereka tidak
dapat mengajukan bukti yang sah atau rasional, dan meninggalkan hak dan kebenaran
agama kita yang suci, agama para nabi dan Muhammad dan keturunan Muhammad as,
yang mana kami telah menyediakan bukti muktamad.
Dan orang-orang yang menggelar
diri mereka Ayatullah dan ulamak-ulamak, terus melarikan diri dari menghadapi
saya dan berdebat dengan saya. Saya berada di al-Najaf di Hayy al-Nasr, dan
pintu saya dibuka siang dan malam dan saya menerima semua orang, dan saya
mengajak mereka untuk berbahas secara langsung dan mengumumkan bahawa saya
telah bersedia untuk itu di mana-mana tempat yang mereka memilih, walaupun di
pejabat mereka sendiri. Dan saya menunggu bertahun-tahun tanpa jawapan.
Apabila mereka dapati diri
mereka sudah tidak berupaya, mereka mula menggunakan kuasa wang mereka untuk
cuba dan membunuh atau menangkap saya. Dan mereka diserang Pejabat Panggilan berdekatan
(Maqam) Imam Ali as dan metangkap sekumpulan orang yang beriman tanpa sebab,
hanya kerana kejahilan para ulamak dan tidak upaya mereka untuk menghadapi ilmu
yang telah disampaikan dan didedahkan oleh Ahmed al-Hasan.
Oleh itu mereka melakukan semua
ini untuk lari dari debat awam kerana ia akan menunjukkan fahaman mereka yang
tidak sah dan pembohongan agama ala ulamak mereka, yang dibina di atas fahaman yang
mewajibkan untuk bertaqlid kepada bukan ma'sum. Dan apabila mereka menggunakan
senjata untuk memaksa saya memecilkan diri (pengasingan) di rumah saya di
pinggir al-Najaf, saya tidak menutup pintu untuk perbahasan tetapi sebaliknya
membuka satu lagi yang lain yang masih terbuka sehingga hari ini, kerana saya
menerbitkan ajaran sebenar dalam kitab-kitab (buku-buku) dan meminta mereka menjawab
(membahas) kepada mereka dan menjalankan perbahasan bertulis, tetapi mereka
juga enggan melakukannya sehingga ke hari ini, seperti yang kamu lihat .
Dan akhirnya, kitab Al-Washiah
Al-Muqaddasah (The Sacred Will-Wasiat Suci) dikeluarkan beberapa hari lalu dan
ia termasuk dua jawapan di mana saya menjelaskan pengeluaran wasiat dan bukti kemuktamadannya
untuk pihak menuntut yang hak apabila dia mendakwanya, jadi marilah kita
tinggalkan segala yang telah berlalu dan hendaklah mereka itu memenuhi
kedua-dua jawapan, dan saya menyeru mereka untuk melakukan usaha (perbahasan) saintifik
(pengkajian) dan penilaian, dan membiarkan ulama al-Najaf mendapatkan bantuan
daripada ulamak Qom dan hendaklah mereka itu memenuhinya, dan membiarkan
perdebatan bertulis di antara mereka dan saya sendiri dimulakan.
Dan saya memberitahu kamu lebih
awal bahawa mereka tidak akan menyahutnya, kerana mereka memanggil tentera
untuk menyerang pejabat dan menutupnya dan menyerang rumah saya di al-Najaf,
dan atas alasan hanya bagi mereka untuk melarikan diri dari perdebatan dan
perbahasan. Jadi bagaimana saya boleh menunggu mereka untuk menyahutnya pada
hari ini? Hanya ada satu cara yang boleh membuahkan hasil, iaitu kamu memaksa
mereka untuk menyahutnya dan membuat mereka melakukannya.
Dan jika mereka tidak mahu
perdebatan mengenai kedua-dua jawapan yang disebutkan di atas dan apa yang kita
imani, biarkan perdebatan bertulis di antara mereka dan saya sendiri dimulakan iaitu
mengenai fahaman (ajaran) mereka pada kewajipan untuk bertaqlid kepada bukan
ma'sum.
Adapun yang kecil-kecil dari
mereka dari pembicara dan pihak yang menuntut Ijtihad dan sebagainya, lidah dan
pena ulamak dari ansar Imam al-Mahdi menjadi letih semasa meminta perbahasan
awam di televisyen daripada mereka, agar ajaran yang sebenar dijelaskan kepada masyarakat.
Dan mereka melarikan diri dan datang semula dengan alasan setiap kali untuk membenarkan
kenapa mereka lari dari berbahas dengan ansar Imam al-Mahdi as.
Dan saya berharap mereka
melarikan diri dari berbahas dengan ansar dan menjadi tenang, tetapi tidak,
mereka mula berbohong untuk menipu masyarakat.
Sebagai contoh, al-Korani dan dari
pihak al-Sistani mula mengatakan bahawa nama salah satu bapa-bapa saya adalah
Gati' dan dia mengulangi nama itu di televisyen dan berkata "Anak
Gweiti'". Dan ini menunjukkan sikap semborono manusia ini jika tidak
bagaimana seorang lelaki boleh memakai serban dan berumur berdusta dan dengan
cara yang kasar? Walaupun pada hakikatnya bahawa nama saya dalam rekod rasmi
adalah Ahmed – Ismail - Saleh –Husain - Salman, dan tidak ada Gati 'atau Qati '
jadi dari mana al-Korani dapat nama ini ?
Jadi ini adalah satu
pembohongan dari siri pembohongan dari pihak al-Sistani dan al-Korani!
Ia adalah satu percubaan murah
dari pihak mereka untuk berbohong kepada masyarakat, menipu mereka dan
memanggil nama-nama seolah-olah mereka tidak pernah membaca al-Quran yang
melarang akhlak yang buruk itu, walaupun nama yang betul, apatah lagi tidak ada
nama Gati' antara nama-nama bapa-bapa saya dan ia bukan nama saya sama sekali.
Saya percaya bahawa pembohongan dan tingkah laku ini tidak layak walaupun untuk
kanak-kanak lelaki sembrono, tetapi mereka adalah orang-orang tua berjanggut
putih dan berserban, jadi ia adalah memalukan jika mereka bersikap semborono
dan berbohong itu, memfitnah dan memanggil nama yang datang daripada mereka
yang tidak matang.
Allah Yang Maha Kuasa
berfirman, {dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang
lain dengan gelaran yang buruk. amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia
beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.}
Surah Al-Hujuraat 49:11.
Di dalam kitab Wasail al-Syiah,
Jilid. 21 halaman 400, di dalam bab yang dinamakan "Perbuatan Yang Tidak
Digemari Dari Menyebut Nama Atau Nama Samaran Yang Dibenci oleh Empunya Nama
Atau Mungkin Membenci", Muhammad bin Yahya bin Abi Abbad meriwayatkan
daripada bapa saudaranya dari Imam al-Redha as bahawa dia as membaca tiga baris
puisi dan dia jarang akan membaca puisi, jadi saya bertanya kepadanya siapa
mereka dan dia berkata, {"Seorang lelaki Iraq dari kalangan kamu."
Jadi saya mengatakan bahawa Abu al-Atahiyya membaca untuk dirinya sendiri, jadi
dia as berkata, "Sebut nama sebenarnya dan tinggalkan nama samaran itu,
kerana Allah swt berkata, { dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk} mungkin lelaki itu tidak
menyukainya. "}
Adakah ia berakhir di sini?
Tidak.
Al-Korani juga berkata bahawa
Ahmed al-Hasan adalah Zionis dan bukti bagi tuduhan ini ialah Ahmed al-Hasan
mempertahankan bintang berbucu enam dan berkata ia adalah diwarisi dari para
nabi.
Dalam hal ini walaupun hakikat
bahawa bintang berbucu enam ditemui dalam artifak Sumeria yang merupakan
tamadun tertua yang diketahui di bumi dan ia wujud sebelum Musa Ibn Imran as
dilahirkan, dan sebelum sesuatu yang dinamakan orang-orang Yahudi wujud. Tetapi
al-Korani menegaskan bahawa bintang berbucu enam adalah khusus kepada Zionis
sahaja dan tidak ada bangsa lain, dan sesiapa yang mempertahankan atau
menunjukkan kebenaran dan berkata ia adalah diwarisi daripada nabi-nabi adalah
Zionis.
Oleh itu, menurut kaedah al-Korani
ini membuktikan sesuatu, Hawza al-Najaf dan kerajaan Iraq sekarang dan kerajaan
Karbala sekarang dan pengurusan muzium Imam al-Husain di Karbala semua dituduh
Zionis oleh al-Korani, kerana Peti Fatimah al-Zahraa as yang dihiasi dengan
bintang berbucu enam besar ada di sebuah muzium di Turki dan replikanya diletakkan
di dalam muzium Imam al-Husain as di Karbala, Iraq, dengan pengetahuan Hauzah
al-Najaf. Lebih-lebih lagi, dengan (kaedah) piawai al-Korani, beliau menuduh
Muhammad Rasulullah dan Fatima al-Zahraa Zionis, kerana Fatimah as meletakkan
kotaknya ini yang mempunyai bintang berbucu enam padanya di rumahnya yang
terbuka ke Masjid Nabi Muhammad di al-Madinah. Ini bermakna bahawa bintang berbucu
enam adalah di Masjid Nabi.
Jadi seperti yang kamu lihat, semoga
Allah merubah kamu, mereka menyahut seruan kebenaran dengan pembohongan dan
fitnah. Dan setiap orang yang rasional akan menghukum dan mengatakan bahawa
sesiapa yang sengaja berbohong untuk menjawab seruan lawannya, maka dengan
tindakannya dia mengakui bahawa dia tidak berupaya untuk membahas secara ilmiah,
dengan itu beliau memilih kaedah berbohong.
Satu lagi salah satu
pembohongan mereka memberitahu masyarakat adalah perawi wasiat yang tidak
diketahui, dan dengan itu rantaian perawi wasiat lemah. Dan ini adalah walaupun
pada hakikatnya kita telah membuktikan kepada mereka kesahihan keluarnya wasiat
oleh kekerapannya [dalam meriwayatkannya] dan hakikat bahawa ia disebut di beberapa
tempat lain. Dan Ansar menerangkan secara terperinci isu ini kepada mereka dan
menjelaskan bahawa wasiat itu tidak masuk klasifikasi terdiri diri empat ciri untuk
digambarkan sebagai lemah, ini adalah walaupun pengetahuan Penilaian Perawi #
yang mereka bercakap gah mengenainya adalah pembohongan besar mereka untuk
menipu masyarakat, kerana mereka asalnya tidak mempunyai rujukan tunggal
untukyang mencukupinya dan layak dipertimbangkan, tetapi untuk berbincang
dengan mereka di peringkat mereka dan dalam usaha dusta mereka tidak boleh
diabaikan masyarakat dari ditipu dan dianiaya, kita menjelaskan kepada mereka
bahawa wasiat itu mempunyai satu rantaian perawi yang sah, dan bahawa kesaksian
Sheikh al-Tousi memihak kepada perawinya sudah memadai, semoga Allah
merahmatinya, dan dia menyatakan bahawa mereka adalah dari orang-orang tertentu,
bermakna dari Syiah yang beriman kepada Imam, dan kamu bergantung kepada
kenyataan al-Tousi mengenai perawi, jadi apa yang berubah? Mengapa kenyataan
al-Tousi tentang perawi dalam kes ini menjadi tidak bernilai kepada kamu? Atau
adakah keinginan melanda kamu dan dengan itu kebenaran tidak lagi kamu pertimbangkan!
Walau bagaimanapun, berikut ini
adalah satu soalan yang telah dihantar kepada saya sebentar tadi dan saya
menjawabnya, dan saya menyampaikan kamu akan soal jawab itu,
Soalan: Saudara Jafar
al-Shabeeb bertanya tentang pengertian Imam Penyataan as, bahawa Wasiat
mempunyai rantaian perawi yang sahih.
Jawapan:
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam dari Allah ke
atas Muhammad dan keturunan Muhammad para Imam dan Mahdi-Mahdi .
Sebelum menjawabnya, perlulah
diambil perhatian bahawa bukti (hujjah) Allah tidak memerlukan kaedah bid'ah
yang menyimpang dari kebenaran untuk membuktikan kebenaran, tetapi disebabkan
rahmat terhadap orang ramai, dai berhujah dengan beberapa orang-orang yang
sesat menggunakan kaedah mereka dan dia membincangkannya dan menunjukkan
kelemahannya serta membezakan pernyataan yang betul daripada yang tidak sah,
agar mereka kembali kepada kebenaran.
Menurut mereka, jika perawinya
dari orang Syiah yang benar atau jujur, riwayat itu mempunyai rantaian
penyampai yang sahih .
Oleh itu, untuk kesahihan
riwayat dibuktikan, ia sudah cukup untuk membuktikannya:
A. perawinya adalah Syiah .
B. Mereka jujur.
Dan untuk membuktikan bahawa
penyampai wasiat adalah Syiah, adalah cukup bahawa Sheikh al-Tousi yang
meriwayatkan Wasiat di kalangan perawi daripada Syiah , yang bererti bahawa
Sheikh al-Tousi menganggap perawi Syiah . Di dalam kitab Al-Ghayba, al-Tousi
berkata, "Seperti apa yang diriwayatkan dari Syiah, mereka terlalu banyak
untuk dikira, tetapi saya menyebut sebahagian daripada mereka ... "
(halaman 137). Dan selepas beliau menyebut riwayat daripada Syiah termasuk
wasiat itu beliau mengulas, " Seperti apa yang membuktikan kesahihannya,
Syiah meriwayatkan sebagai riwayat yang kerap; anak meriwayatkan dari bapanya.
Dan kaedah untuk mengesahkan yang ada di kitab- Syiah dalam teks-teks mengenai Amirul
Mukminin Ali as, dan kaedahnya ialah satu." ( Halaman 156).
Dan kamu boleh merujuk kepada
buku “Dalam Sokongan Wasiat” oleh Sheikh Nazem, semoga Allah melindunginya,
yang membuktikan secara terperinci bahawa perawi wasiat adalah Syiah. Untuk menilai
kejujuran perawi sebagai individu, dan kejujuran adalah cukup untuk kita supaya
ia dibuktikan, ia adalah cukup bahawa tidak ada bukti sah yang salah seorang
daripada mereka tidak boleh dipercayai, sebagai orang yang beriman itu adalah
jujur dalam apa yang berkata sehingga dia terbukti seorang pembohong
dengan bukti yang sah.
Dan mereka tidak mengatakan
bahawa orang yang beriman itu adalah pendusta sehingga terbukti jujur , dan sesiapa yang berkata begitu ia
mengumumkan pengikutnya sebagai orang-orang yang fasik dan pendusta sehingga
setiap seorang daripada mereka terbukti jujur!
Oleh kerana di antara mereka
mengatakan bahawa taraf orang yang beriman itu tidak diketahui dengan jelas
sehingga dia terbukti jujur, dan mereka maksudkan bahawa sama ada dia
jujur atau pendusta berdasarkan pada keadaannya yang terlihat adalah
tidak diketahui sehinggalah jika ada bukti yang sah,
kenyataan daripada mereka ini bertentangan dengan al-Quran dan cara Rasulullah
dan bagaimana baginda mendengar dari orang yang beriman dan mempercayai mereka
tanpa memeriksa lebih dahulu iman mereka. Dan ayat al-Quran yang menjelaskan cara
Rasulullah dalam isu ini adalah terang dan jelas, Allah Yang Maha Kuasa
berfirman,
وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ
وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ
لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ
آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ
يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
{Dan di antara mereka ada
orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi
Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang
didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik
bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula
menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan
orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.} Surah at-Taubah 9:61 .
Ini bermakna bahawa ucapan
orang-orang yang membantah perbuatan Rasulullah Muhammad sawas adalah seperti
ucapan mereka yang mengatakan taraf orang yang beriman adalah yang tidak
diketahui dan kata-katanya tidak perlu digunapakai sehingga kejujurannya
terbukti . Jadi mereka mengkritik Rasulullah Muhammad sawas kerana dia mendengar
dan percaya orang yang beriman, {dan berkata, " Dia mendengar."
Katakanlah, " Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia
beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin."} bermakna Muhammad sawas
mendengar setiap orang yang beriman dan percaya apa yang dia kata dan tidak
mengatakan bahawa taraf orang yang beriman adalah yang tidak diketahui atau dia
adalah pendusta sehingga terbukti jujur. Sebaliknya , menurut Rasul di dalam
ayat, orang yang beriman itu adalah jujur sehingga terbukti pembohong {dan berkata,
"Dia mendengar." Katakanlah, " Dia
mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan
percaya kepada orang mukmin"} . Dan keputusan Quran ini mengenai kejujuran
orang yang beriman dalam keadaan yang jelas dan bukan taraf yang tidak
diketahui seperti mereka yang dakwa sudah cukup untuk kita, sebagai perawi Wasiat
yang mempercayai Syiah dan orang yang beriman yang jelas jujur
seperti yang dinyatakan dalam Quran. Oleh
itu, perawi Wasiat adalah Syiah dan jelas jujur dan ini membuktikan kesahihan rantaian perawi
bagi mereka yang komited untuk mengesahkan
isu rantaian perawi dan bergantung kepadanya. Bagi
isu hati orang yang beriman itu dan sama ada dia benar-benar jujur atau pendusta, ini bukan satu isu yang
Allah telah diberikan kepada manusia dan tidak ada yang tahu mengenainya
kecuali Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang dalam
hati dan dimaklumkan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
Saya percaya bahawa perkara di
atas adalah mencukupi, tetapi untuk lebih jelas lagi, saya katakan bahawa
kenyataan mereka yang beriman adalah pendusta sehingga jelas dibuktikan ia
jujur, atau bahawa tarafnya tidak diketahui dengan jelas sehingga dibuktikan ia
jujur, bertentangan dengan kemurahan agama Islam dan ia sering mematikan keperluan
undang-undang mahkamah, bidang kuasa dan perjanjian kerana kita tidak akan
dapat mencari saksi untuk perkahwinan, perceraian atau pengakuan kecuali dengan
usaha keras. Ini adalah andaian timbang terima mereka ketika datang
syarat-syarat untuk membuktikan keadilan dan kejujuran. Jika tidak, tidak ada
seorang pun yang akan terbukti adil selain daripada pemeriksa dan penyiasat
sendiri, berdasarkan kenyataan mereka bahawa keadilan dan kejujuran hanya
terbukti selepas pemeriksaan dan penyiasatan. Jadi penyiasat dan pemeriksa itu
sendiri memerlukan seseorang untuk memberi keterangan bahawa dia adalah jujur dan adil agar keterangannya mengenai orang
lain diterima, dan sebagainya; perkara ini berterusan dan oleh itu ia menjadi
tidak sah. Jadi dengan menggunakan kaedah ini, tiada siapa yang boleh
membuktikan keadilan orang lain kecuali orang
yang memberi keterangan dari salah satu daripada hujjah-hujjah Allah yang
terbukti sahih. Atau, keadilan seseorang dapat dibuktikan kepada pemeriksa
sahaja, dan bidang kuasa hakim tidak boleh memeriksa keadilan semua orang, dengan
demikian kesaksian seorang hakim menjadi tidak sah dalam Islam.
Oleh itu, kenyataan mereka
bahawa taraf orang yang beriman tidak diketahui menjadikannya sukar untuk
memperoleh keterangan di mahkamah dan dalam kes perjanjian dan sebagainya.
Kenyataan mereka adalah palsu dan bertentangan dengan kaedah Rasulullah
Muhammad sawas dan para Imam as, dan ia bertentangan dengan kemurahan Islam,
al-Quran memudahkan aturan-aturan itu. Selain itu, kenyataan mereka bahawa taraf
orang yang beriman adalah tidak diketahui menyebabkan tidak perlu dipercayai orang
beriman awam, apatah lagi orang Islam awam, manakala riwayat dianggap
dibolehkan mempercayai pasaran orang Islam, tetapi ulamak mereka dibolehkan.
Ini bermakna bahawa riwayat dari para Imam as menganggap orang Islam jujur di dalam mengatakan ikan atau daging
halal dan sebagainya, apatah lagi orang beriman!
Oleh itu apa yang betul adalah
untuk menghakimi orang yang beriman adalah jujur sehingga terdapat bukti kukuh bahawa dia
adalah pendusta.
Orang-orang yang menegaskan
bahawa taraf orang yang beriman tidak diketahui atau fasik sehingga terbukti
jujur atau adil walaupun selepas apa yang dinyatakan di atas, iaitu hal
kedegilan dan penghakiman tanpa bukti mereka. Selain itu, bukti yang dibawa orang
beriman yang
jujur dan kata-katanya perlu dipercayai
dan membiarkan pengikut mereka mendengar ucapan mereka dan tahu bahawa mereka
adalah fasik, tidak bernilai dan tarafnya tidak diketahui dan bahawa mereka
tidak jujur di mata ulamak yang sesat, walaupun mereka
membuktikan diri mereka adalah orang yang
beriman, sebagaimana ulamak sesat mewajibkan setiap seorang daripada mereka
untuk membuktikan kejujurannya yang tidak dapat dibuktikan oleh kaedah mereka
dengan bukti yang betul dan logik, kerana jika mereka mengatakan bahawa
keadilan seseorang terbukti oleh kesaksian orang yang adil, maka yang berikut
akan memerlukan bukti juga dan perkara ini berterusan, dan oleh itu tidak sah.
Dari keterangan di atas, mereka
yang bercakap gah tentang Penilaian riwayat tidak mempunyai bahan untuk menilai
sejumlah besar para sahabat Muhammad dan keturunan Muhammad as, bagi
membolehkan mereka mempunyai hak untuk menilai orang. Jadi dari awal lagi,
mereka tidak mempunyai bahan yang boleh dipercayai untuk menilai orang lain,
kerana terdapat beratus-ratus ribu sahabat Rasulullah dan para Imam as, dan Kitab-kitab
Penilaian Perawi menyebut hanya sebilangan kecil orang terdahulu, dan jika ini
berlaku, maka mereka dengan mudah boleh menolak mana-mana riwayat yang
sebahagian daripadanya yang mereka tidak suka dan yang bertentangan dengan hawa
nafsu mereka, dengan alasan bahawa taraf (kedudukan) perawi tidak diketahui dan
tidak disebut dalam Kitab Penilaian Perawi (ilm al-Rijal) yang menyebut para
sahabat awal, manakala majoriti daripada mereka tidak disebut . Selain itu,
kebenaran bahawa kebanyakan orang tidak tahu ialah bahawa kebanyakan ulamak
asalnya tidak mempunyai bahan dokumentasi yang digunapakai secara logik dan
yang mereka boleh gunakan sebagai rujukan. Dan sesiapa yang mahu maklumat
lanjut boleh merujuk kepada apa yang Sheikh Nathem tulis tentang isu ini,
semoga Allah melindunginya . Dan puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Oleh itu , semoga Allah
menyokong kamu :
"Kami telah membuktikan
hujah kami dengan bukti yang sah dan rasional, dan ia diterbitkan dalam buku
dan yang terbaru adalah Kitab Wasiat Suci, dan mereka tidak mempunyai bahasan
lain selain daripada berdusta dan kelicikan kerana tidak berupaya yang
mempersoalkan rantaian perawi Wasiat, Wasiat yang sering diriwayatkan dan
disebut di tempat-tempat lain dan rantaian perawi telah diisytiharkan sahih
oleh al-Tousi, seperti mana yang beliau terangkan perawi adalah syiah (yang
tertentu). Dan mereka, dan semua ulama selepas al-Tousi, bergantung kepada
penyata al-Tousi mengenai perawi, dan mereka tidak boleh menyangkal pernyataan
al-Tousi tentang perawi dengan pernyataan mengenai ulamak yang disebut sebelum
ini, sebaliknya, bahkan remeh-temeh di antara tangan mereka yang mereka panggil
Penilaian Perawi (1) akan dimusnahkan, jadi kebenaran tentang kenyataan ulamak
terkini mengenai perawi adalah bahawa ia betul-betul tidak bernilai apa-apa
selagi kenyataan mereka tidak sah dalam membuktikan kesahihan.
Mereka tidak berupaya untuk
memberikan bukti yang sah atau rasional pada fahaman taqlid mereka di mana
mereka membina agama ulamak mereka. Jadi mereka tidak mempunyai ayat Quran yang
membawa bukti yang jelas atau hadith sahih dengan bukti kukuh dan mereka tidak
mempunyai bukti rasional yang lengkap. Jadi peraturan yang merujuk kepada yang
berpengetahuan adalah wajib tidak terpakai apabila ia datang kepada mereka
kerana mereka yang tunjukkan andaian dan mereka pembuat andaian, yang terbaik.
Dan yang benar adalah bahawa mereka kadang-kadang tidak tunjukkan apa-apa kecuali
khayalan seperti waktu solat di kawasan berhampiran kutub utara atau selatan.
Selain itu, beberapa orang-orang yang menggelar diri mereka ulamak tidak faham
apa yang diperkatakan kepada mereka, maka ketika kami menuntut bukti dari
mereka mengenai ajaran taqlid bukan maksum mereka, kita dapati mereka
menyampaikan bukti iaitu sesuatu yang dirujuk secara rasional kepada pakar
dalam bidang tertentu [merujuk ulama kerana mereka adalah pakar-pakar bidang
agama]. Dan kenyataan ini bermakna ia dibenarkan dan baik, tetapi tidak wajib.
Dan juga ada perbincangan mengenai keharusan ini. Dan apabila mereka
membentangkan kenyataan ini sebagai bukti rasional, ini bermakna sama ada
mereka tidak faham apa yang kita katakan kepada mereka atau mereka mengakui
bahawa ajaran mereka adalah inovasi (bid’ah) dan ia adalah palsu dan tidak berasas,
dan mereka melepaskan fahaman kewajipan bertaqlid bukan ma'sum selepas kami
menjelaskan kepalsuan kepada mereka, dan mereka telah mengharuskan fahaman atau
bahawa ia adalah disukai. Dan jika ini berlaku, mereka perlu mengumumkan bahawa
mereka melepaskan fahaman mereka yang salah dan bertukar daripada beriman kepadanya
adalah wajib kepada mempercayai ia dibenarkan, dalam usaha kami untuk beralih
perbincangan kami dengan mereka pada ketika itu dan membincangkan fahaman baru mereka."
Demi Tuhanmu, bagaimana orang
yang rasional takut hari akhirat meninggalkan kebenaran yang disampaikan
kepadanya oleh Ahmed al-Hasan dan berpaut kepada khayalan dan kejahilan yang
disampaikan oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka ulamak? Demi Allah,
saya kasihan keadaan orang-orang yang memanggil diri mereka ulamak dan berada
dalam kenyataan mereka yang lemah dan mereka tidak mampu mempertahankan fahaman
mereka yang telah jatuh keluar dari nikmat Allah dan pertolonganNya kepada kita.
Dan saya memanggil mereka untuk
menyemak semula diri mereka sendiri, kerana kita semua akan mati dan kita akan ditanya,
dan mereka juga akan ditanya. Dan saya tidak fikir bahwa kepemimpinan dan kedudukan
duniawi layak mengganggu semua ini atau bernilai untuk menjual akhirat mereka
deminya dan secara sadar memilih jalan kesesatan dan menyesatkan orang dan
mendapatkan kemarahan Allah dan murka-Nya, maka hendaklah mereka bertakwa
kepada Allah untuk demi orang-orang lemah yang mereka sesatkan dan jauh dari
kebenaran dengan pembohongan dan khayalan tanpa kebenaran atau bukti, seperti fahaman
dusta mereka tentang taqlid kepada bukan ma'sum. Adapun kata-kata kamu, semoga
Allah menolong kamu, "Tetapi jika kamu dari orang-orang yang meminta dunia
ini, maka urusan kamu telah gagal dan kamu tidak akan menang," ia benar
jika saya daripada orang-orang yang meminta dunia ini.
Tetapi bagaimana saya, sebagai
contoh, dikatakan meminta dunia ini?
Saya tidak percaya bahawa seseorang
yang meminta darjat (kedudukan)
mengambil jalan yang saya telah ambil, kerana sebelum seruan ini saya terpencil
dan saya lebih terpencil lagi sekarang dan kehilangan tempat tinggal di bumi
Allah, saya dan keluarga saya, sama seperti para penzalim lakukan kepada bapa-bapa
saya para Imam as alami, dan mereka adalah contoh tugas saya, kerana kebenaran
meninggalkan pemiliknya tanpa kawan melainkan Allah swt. Dan saya terpaksa berpisah
dari salah seorang yang paling dicintai di hati saya; ibu saya. Saya tidak pernah
berpisah dengannya walaupun satu hari sebelum seruan ini, tetapi saya terpaksa
berpisah dengannya sehingga dia meninggal dunia, dan saya adalah jauh darinya,
dan saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Begitukah orang
yang meminta perjalanan dunia ini sebagai jalan yang sukar dan suram, dan dia dapat
bertolak ansur dengan kesakitan dan kesedihan?
Dan saya tidak percaya bahawa
seseorang yang meminta wang membuat baitul-mal untuk orang yang beriman di
setiap negara, dan sistem akaun dan tempat-tempat yang diketahui untuk pengeluaran
dan setiap jumlah yang masuk ke baitul-mal direkodkan dan setiap jumlah keluar
darinya juga direkodkan, dan wakil-wakil yang dibenarkan memungut khums (seperlima)
dikenal, seperti Sayyid Hasan al-Hamami dan Sheikh Sadiq al-Muhammadi, dan
mereka tidak mengirimnya kepada saya tidak juga mereka ambil untuk diri mereka
sendiri, dan sebaliknya ia diberi kepada baitul-mal dan diedarkan dari sana
kepada yang miskin, anak-anak yatim, janda-janda, pelajar dan lain-lain, dan
juga untuk orang-orang yang tidak percaya dengan seruan ini.
Dan saya tidak mempunyai wang sara
sendiri yang di luar keperluan saya untuk hidup setiap hari dan sewa untuk kehidupan
keluarga saya. Ya, yang saya milik adalah sebahagian kecil tanah pertanian yang
saya beli di pinggir al-Najaf untuk didiami, dan saya membina sebuah rumah yang
sangat kecil di sana dalam simpati dengan orang-orang miskin, dan saya fikir bahawa
sejak saya tinggal di Iraq, saya harus hidup seperti kehidupan orang-orang
miskin lain di Iraq. Dan mungkin hari-hari akan berlalu dan kamu akan melihat
rumah ini satu hari nanti. Dan wang yang saya dapat untuk membelinya adalah
sebahagiannya dihadiahkan kepada saya oleh abang saya lebih tua, semoga Allah
melindunginya, dan saya pinjam bahagian yang lain dari salah seorang rakan saya
yang juga seorang yang beriman pada seruan yang benar ini, dia adalah Sheikh
Abu Muhammad al-Ziyadi, semoga Allah melindunginya. Dan saya bayar balik dengan
pendapatan hasil daripada tanah selepas menuainya. Dan apabila Sheikh Abu
Muhammad memberikan saya wang dengan dihadiri oleh beberapa orang Ansar, perkataan
Fadak telah dicop pada nota bank (banknotes), dan pada hari yang sama beliau
telah memberikan saya hadiah dari kitab al-Ghayba yang juga dicap dengan
perkataan Fadak, jadi saya berkata Subhan Allah, tanda-tanda mengikuti satu sama
lain. Dan perkara ini telah disaksikan oleh sekumpulan Ansar itu, semoga Allah
melindungi mereka, termasuk Sheikh Abu Muhammad al-Ziyadi dan Sheikh Abu
al-Hasan al-Ziyadi dan Sheikh Abu Husain, semoga Allah melindungi mereka.
Bagaimanapun, saya meninggalkan tanah ini pada tahun 2007 dengan isteri dan
anak-anak saya beberapa jam sebelum ia diserang oleh angkatan tentera pengikut
ulamak dan oleh hasutan ulamak, dan apabila mereka tidak menemui saya, mereka
telah mengepungnya dan pengawal diletakkan sekelilingnya dan meninggalkannya
selepas beberapa ketika. Dan bagaimana ia sama dengan Fadak, dan bagaimana
tindakan hodoh mereka yang sama dengan tindakan mereka menyerang rumah ibu saya
al-Zahra as. Dan sejak tahun 2007, saya tidak tahu apa-apa tentang tanah itu
sehingga beberapa hari lalu, dari salah satu daripada orang-orang mukmin iaitu
Sheikh Abu Hasan dan beberapa orang ketua puak-puak al- Najaf, semoga Allah
memberi ganjaran kepada mereka dengan baik, berusaha untuk mendapatkannya
kembali. Dan puji-pujian tertentu bagi Allah yang menjadikan saya sama seperti
ibu saya Fatimah al- Zahra as dan bapa saya Amirul Mukminin Ali as,
{"Sesungguhnya, apa yang
kita milik di bawah langit adalah Fadak. Jadi sesetengah orang bakhilkan untuk
itu, manakala yang lain tidak zuhud mengenainya. Tetapi Allah adalah Hakim yang
terbaik. Dan apa yang saya lakukan dengan Fadak atau mana-mana tanah lain
apabila jiwa saya pasti bahawa ia akan akhirnya berada di dalam kubur? Dalam
kegelapan itu, tiada kesan yang kekal dan tiada berita kedengaran. Dan kubur
adalah sebuah lubang yang, walaupun ia luas, akan disempitkan oleh batu-batu
dan jurang yang akan dipenuhi dengan tanah. Jadi saya menjinakkan jiwa saya
dengan takwa, supaya ia tiba dengan selamat pada hari ketakutan terbesar, dan
supaya ia akan berada di jalan yang lurus."}
Mungkin sebahagian daripada
mereka meminta dunia ini dengan memenuhi nafsu mereka, dan sejak masa sebelum seruan,
saya telah berkahwin dengan seorang isteri dan dia adalah ibu kepada anak-anak
saya dan saya tidak pernah mengenali sesiapa selain dari dia, tidak oleh
perkahwinan yang tetap ataupun satu sementara. Jadi di mana meminta dunia ini
di sini?
Dan sehingga hari ini apabila
saya dengan beberapa orang Ansar, dan aku berlindung kepada Allah dari “Ana”,
dan kita perlu memasak makanan, saya memasak. Dan apabila kita memerlukan
seseorang untuk membasuh pinggan mangkuk yang saya lakukan sendiri, walaupun
mereka ingin melayan saya tetapi ia adalah penghormatan saya untuk berkhidmat
kepada mereka, jadi adakah ini bagaimana perlakuan seseorang yang meminta dunia
ini?
Saya
membeli barang keperluan untuk rumah saya sendiri.
Saya tidak mempunyai pengawal
bersenjata atau tidak bersenjata dan puji tertentu bagi Allah yang Dia
memberikan saya keselamatan dan tidak pernah membuat saya memerlukan mereka.
Saya
tidak menerima bahawa sesiapa sahaja mencium tangan saya dan saya pun tidak
menghulurkan tangan saya untuk orang-orang menciumnya seperti ulama dan
beberapa wakil-wakil mereka lakukan.
Ini
semua adalah fakta yang ansar telah melihat sebelum dan pada masa ini terdapat
Ansar yang rapat dengan saya dan melihatnya, bermakna perkara ini tidak
tersembunyi, sebaliknya, ia telah dilihat oleh beberapa orang pada masa lalu
dan pada masa sekarang.
Jadi
bagaimana saya meminta dunia ini dan dengan apa yang saya lakukan itu, semoga
Allah mengubah kamu?
Hadith-hadith mengatakan bahawa
tangan tidak boleh mencium kecuali tangan seorang nabi atau yang wasi, jadi
adakah munasabah orang-orang yang bukan nabi atau wasi dan yang menghulurkan tangan
mereka untuk orang-orang menciumnya, meminta akhirat?! Manakala Ahmed al-Hasan,
yang enggan sesiapa mencium tangannya walaupun dia wasi, meminta dunia ini?!
Demi Allah, saya tidak mengatakan bahawa kamu tidak adil kepada Ahmed al-Hasan,
sebaliknya kamu tidak adil kepada akal kamu jika beginilah bagaimana cara kamu
berfikir dan menghakiminya.
Kasihanilah diri kamu, semoga
Allah memberi rahmat kepada kamu. Mereka yang mewajibkan bertaqlid kepada kamu kerana
kamu para pedagang ayam dan harta, mereka adalah pengikut hawa nafsu dan bukan peminta-peminta
akhirat dan mereka tiada kaitan dengan akhirat dan kamu mengetahuinya. Dan kamu
telah melihat mereka dengan diri kamu sendiri di Iraq dan kalau kamu berada di
luar Iraq, kamu melihat bahawa mereka menghantar anak-anak mereka untuk
mengambil khums dan wang dan menghabiskan masa berseronok di Barat dengan
alasan menyebarkan agama. Saya ingin kamu akan bertanya kepada mereka mengapa
daripada semua pelajar Hawza al-Najaf, mereka hanya menghantar anak-anak mereka
ke Barat, dan mengapa pejabat mereka diuruskan oleh anak-anak mereka yang
melakukan apa yang mereka ingin dengan wang tanpa pemantauan, peraturan, akaun
atau pengawasan?
Kasihanilah diri kamu, semoga
Allah memberi rahmat kepada kamu, dan gunakan kecerdasan kamu untuk membezakan
dan mengenali kebenaran, seperti yang kamu tahu para peminta dari dunia ini
dengan perilaku, sikap dan tindakan mereka.
Dan semoga kedamaian, rahmat
dan berkah Allah atasmu.
Ahmed
al-Hasan
Thul
Hijjah, 1433 A.H.
Disahkan tepat oleh
Jawatankuasa Terjemahan Bahasa Inggeris Ansar Imam al-Mahdi as.(Untuk Edisi B. Inggeris)
--------------------------------
(1)
Penilaian Perawi (ilm al-Rijal) secara literal: "Ilmu manusia",
merujuk kepada satu disiplin pengajian agama Islam di dalam istilah hadith di
mana perawi riwayat yang dinilai. Matlamatnya adalah untuk membezakan hadith
sahih dari hadith tidak boleh diterima dalam mewujudkan ilmu agama yang disekat
atau amalan. Ilm ar-Rijal sinonim dengan apa yang biasanya dirujuk sebagai al-jarḥ
wa al-tadīl (mencemar nama dan pengiktirafan) - kritikan dan mengisytiharkan
penerimaan penyampai hadith [sumber Wikipedia]. -Trans.
- Lihat lebih lagi di:
No comments:
Post a Comment