Monday 22 June 2015

Adakah Imam Ahmad Al Hassan (as) Ghaib Atau Bersembunyi?

Adakah Imam Ahmad Al Hassan (as) Ghaib Atau Bersembunyi?



Kiriman Tn. Muhammad Eshraq

Mahdi Pertama bersembunyi (as) adalah sunnah Allah yang tidak akan berubah.

Imam Ahmad Al Hassan a.s bukan ghaib. Beliau sekarang bersembunyi daripada musuh-musuhnya setelah sekian lama berada di tengah-tengah mereka dan terdapat beberapa kali percubaan membunuhnya. Bersembunyi itu bukanlah ghaib kerana beliau a.s wujud di muka bumi Allah dan berjumpa dengan para ansar-ansarnya. Tetapi Imam Ahmad a.s tidak memunculkan diri di hadapan musuh-musuhnya dan juga orang-orang yang tidak beriman dengannya disebabkan mereka menuntut darahnya sambil menyatakannya secara terang-terangan. Bahkan dalam salah satu percubaan membunuhnya yang disertai oleh jet-jet Amerika Syarikat, mereka cuba membunuhnya sehingga ribuan manusia terbunuh di Iraq. Berita ini dilaporkan dalam saluran-saluran tv satelit yang popular termasuk Al Jazeera dan Al Arabiyya.

Ini adalah jawapan Imam Ahmad Al Hassan a.s ketika ditanya untuk melihatnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala pujian bagi Allah, Penjaga sekalian alam.

Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para imam dan para Mahdiyyin dengan kesejahteraan dan keterpeliharaan.
Berkenaan dengan permintaan melihat Ahmad Al Hassan, saya bermohon kepada Allah agar mempersediakan kita tempat yang selamat dan cukup bilangan mukmin yang beriman dengan kebenaran, yang kebal dan dapat menghalang dari musuh-musuh Allah dan iblis serta tenteranya yang menguasai bumi ini. Bagi membolehkan mukminin dan mukminat mendirikan solat, berjumpa dengan mereka, menjelaskan kebenaran kepada umat manusia dan mendedahkan kebatilan orang-orang yang menyeleweng dari agama Allah, terutamanya yang terdiri daripada ulama-ulama sesat. Sebagaimana Allah mempersediakan Yathrib (Madinah) dan golongan ansar buat Muhammad Rasulullah (S). Bertahun-tahun lamanya sebelum Muhammad (S) berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda berada dalam keadaan yang tidak aman dan ketakutan sehingga terpaksa bersembunyi daripada kafir Quraish di perkampungan dan gua. Berhijrah ke Thaif yang penduduknya juga mahu membunuhnya, lalu baginda melarikan diri daripada mereka. Sebahagian muslimin pula berhijrah ke Habsyah, lalu Najasyi yang Allah berikan kelebihan ke atasnya telah mengizinkan keamanan buat mereka. Inilah yang berlaku sehinggalah Allah mengkehendaki rasulNya dan Islam beroleh kekuasaan dan kemenangan, apabila kaum Aus dan Khazraj membantu Rasulullah (S) dan membuka kota mereka buat baginda. Lantas baginda mendiaminya dalam keadaan aman dan tenang sambil menyeru umat manusia kepada agama yang benar. Dari situ terzahirlah hujahnya buat semua umat manusia, menangnya kebenaran dan lenyapnya kebatilan. Inilah sunnah Allah, dunia adalah negeri ujian dan peperiksaan yang diganjari mengikut kadar kesukaran. Manusia yang paling utama kesukaran dan kepayahannya, serta tertinggi ganjarannya adalah Khalifah Allah di muka bumiNya:

﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴾

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah 2:214)

Perhatikan sehingga rasul itu berkata “bilakah datangnya pertolongan Allah?” yakni sehingga urusan pertolongan itu sampai ke ambang putus asa dan sehingga rasul itu hampir-hampir kehilangan sabar, lalu memohon pertolongan kerana hampir-hampir tidak mampu menahan sabar dalam keadaan terpinggir dan diburu:

﴿حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ  وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ﴾

Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa. (Yusuf; 110)

Umumnya, penyampaian risalah-risalah itu dimulai dengan seruan dakwah. Ketikamana seseorang rasul itu sendiri mampu muncul terang-terangan menyampaikan dakwahnya di hadapan umat manusia dan menyerukan mereka kepada kebenaran selama beberapa tempoh waktu. Apabila seruannya mendapat sambutan dan semakin ramai ansarnya, orang-orang agama yang mula takut kehilangan kedudukan mereka yang batil akan membuat tipu daya dan mengeluarkan fatwa kepada penyembah-penyembah mereka selain Allah supaya membunuh rasul itu. Pengikut-pengikut kesesatan tidak berfikir bahawa fatwa-fatwa ini keluar disebabkan kelemahan marajik sesat dan kebatilan mereka yang tidak mampu berhadapan dengan kebenaran, lantas memaksakan rasul-rasul itu bersembunyi sehingga Allah memperkasakan mereka. Ia adalah sirah bahawa rasul-rasul diburu dan bersembunyi selama tempoh tertentu sehinggalah Allah memberi pembukaan kepada mereka, iaitu apabila bertambahnya bilangan orang yang beriman dan kelengkapan yang mencukupi untuk melindungi serta mempetahankan diri dari kejahatan tentera iblis yang terdiri daripada orang-orang agama yang bersifat keiblisan dan penyembah-penyembah mereka selain Allah.

Sekarang dapat kita lihat bagaimana seruan-seruan dakwah yang dilalui oleh para rasul? Muhammad (S) dan Musa (as) sebagai contohnya? Bukankah di sana wujudnya dakwah secara sembunyi-sembunyi, yang disusuli dengan dakwah terang-terangan dan selepas itu ketakutan serta menghilangkan diri daripada penindas-penindas serta pembantu-pembantu mereka sebagai menjaga peribadi yang diutuskan kerana dia adalah pembawa risalah. Seterusnya penghijrahan ke padang pasir sepertimana yang berlaku ke atas Musa (as) atau ke negeri yang aman di mana penduduknya membantu peribadi yang diutuskan sepertimana yang berlaku kepada Muhammad (S)?

Umat Islam seluruhnya mengetahui bahawa Rasulullah (S) bersembunyi dari pandangan musyrikin yang menghalang dakwahnya secara terang-terangan. Baginda bersembunyi dan berhijrah ke Thaif tetapi tidak diterima oleh penduduknya, lalu baginda kembali semula ke Mekah dan tidak dapat memasukinya sehinggalah beberapa orang penduduk Mekah memajaknya supaya baginda tidak dibunuh oleh mereka yang menghendapnya.

Bacalah sirah Nabi (S) dan lihatlah bagaimana baginda disembunyikan di perkampungan Bani Abi Talib untuk menghilangkan peribadi Nabi (S) dari pandangan musyrikin dan bagi melindunginya. Kisah hijrah baginda juga diketahui umum, bagaimana baginda menyembunyikan diri di dalam gua. Sebagaimana peristiwa Nabi (S) bersembunyi adalah jelas lagi terang, begitulah juga buat Ahmad Al Hassan yang melalui sunnah datuknya Rasulullah (S). Bahkan ianya sunnah yang sentiasa berulang sejak dari Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (S). Ianya juga mesti berlaku kepada Mahdi Pertama (as), sunnah Allah yang tiada perubahan padanya. Sekiranya kalian dapat menerima Musa, Isa dan Muhammad (S) bersembunyi daripada pandangan para penindas, maka wajib ke atas kalian untuk menerima bahawa Ahmad Al Hassan juga bersembunyi.

----------------------------------------

Sebagaimana yang telah kami jelaskan bahawa mereka telah beberapa kali cuba membunuh Ahmad Al Hassan sebagaimana yang telah dilaporkan dalam saluran-saluran tv satelit.


Kejadian Al Zarkah: Berlaku di kota suci Najaf semasa tentera Amerika yang bergandingan dengan tentera Iraq pada waktu itu menyangka Ahmad Al Hassan (as) termasuk dalam kelompok penziarah-penziarah yang berjalan kaki ke makam Imam Hussein (as). Lalu mereka melakukan operasi pembunuhan ribuan manusia kerana menyangka mereka (penziarah-penziarah) adalah Ahmad Al Hassan (as) dan ansar-ansarnya. Apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak membunuh Ahmad Al Hassan (as) dan ansar-ansarnya, maka mereka mencipta alasan bahawa yang mereka bunuh adalah terdiri dari kelompok Jundus Sama’. Pada ketika itu mereka membunuh hattakan para wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua.

Kejadian kedua: Beberapa hari selepas kejadian ini, satu briged tentera Iraq telah menjalankan operasi yang disokong dengan jet pengebom Amerika telah menyerang rumah kediaman Imam Ahmad Al Hassan (as) secara mengejut di waktu subuh pada Muharram 1428 hijrah, yang pada malam sebelumnya Imam Ahmad Al Hassan (as) telah pun mengosongkan rumahnya bersama-sama dengan ahli keluarganya. Jiran-jiran tetangga Imam Ahmad Al Hassan (as) telah ditangkap sedangkan ada di antara mereka yang langsung tidak mengenali orang yang tinggal berjiran dengan mereka adalah Ahmad Al Hassan (as) dan mengenakan penyiksaan yang teruk terhadap mereka.



Serangan ketiga: Ianya adalah peristiwa yang berlaku pada bulan Muharram tahun 1429, yang mana mereka telah membunuh sebilangan ansar di samping menangkap ratusan ansarnya dan ramai dari kalangan mereka yang dijatuhi hukuman bunuh serta penjara seumur hidup. Seseorang yang dituntut darahnya secara aktif dan kejam, bagaimanakah kalian meninginkannya muncul secara terang-terangan atau berbuat sesuatu yang memungkinkan tempatnya diketahui?

Benar bahawa beliau telah muncul selama beberapa tahun sebagaimana Rasulullah (S) dan beliau sekarang menyembunyikan diri dari pandangan penzalim-penzalim, namun beliau bukanlah menghilangkan diri atau bersembunyi dari ansar-ansarnya. Bahkan beliau berjumpa dengan ansar-ansarnya, berhadapan dengan mereka dan menerbitkan buku-buku. Antara bukunya yang terkini adalah buku “Pengikut ketigabelas” dan beliau juga mengisukan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan akidah dan fekah yang diperturunkan ke dalam web rasmi ansar. Apabila nanti terdapat negeri yang mengalu-alukannya, beliau akan berhijrah ke negeri tersebut dan sekali lagi akan memunculkan dirinya secara terang-terangan, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S) apabila baginda berhijrah ke kota Madinah dan muncul terang-terangan kerana wujud ansar-ansar dan pembantu-pembantunya.

Segala pujian hanya bagi Allah..
Top of Form


No comments:

Post a Comment