Adakah
Imam Ahmad Al Hassan (as) Ghaib Atau Bersembunyi?
Kiriman
Tn. Muhammad Eshraq
Mahdi
Pertama bersembunyi (as) adalah sunnah Allah yang tidak akan berubah.
Imam
Ahmad Al Hassan a.s bukan ghaib. Beliau sekarang bersembunyi daripada
musuh-musuhnya setelah sekian lama berada di tengah-tengah mereka dan terdapat
beberapa kali percubaan membunuhnya. Bersembunyi itu bukanlah ghaib kerana
beliau a.s wujud di muka bumi Allah dan berjumpa dengan para ansar-ansarnya.
Tetapi Imam Ahmad a.s tidak memunculkan diri di hadapan musuh-musuhnya dan juga
orang-orang yang tidak beriman dengannya disebabkan mereka menuntut darahnya
sambil menyatakannya secara terang-terangan. Bahkan dalam salah satu percubaan
membunuhnya yang disertai oleh jet-jet Amerika Syarikat, mereka cuba
membunuhnya sehingga ribuan manusia terbunuh di Iraq. Berita ini dilaporkan
dalam saluran-saluran tv satelit yang popular termasuk Al Jazeera dan Al Arabiyya.
Ini
adalah jawapan Imam Ahmad Al Hassan a.s ketika ditanya untuk melihatnya:
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala pujian bagi Allah, Penjaga sekalian alam.
Segala pujian bagi Allah, Penjaga sekalian alam.
Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para imam dan para Mahdiyyin dengan kesejahteraan dan keterpeliharaan.
Berkenaan
dengan permintaan melihat Ahmad Al Hassan, saya bermohon kepada Allah agar
mempersediakan kita tempat yang selamat dan cukup bilangan mukmin yang beriman
dengan kebenaran, yang kebal dan dapat menghalang dari musuh-musuh Allah dan
iblis serta tenteranya yang menguasai bumi ini. Bagi membolehkan mukminin dan
mukminat mendirikan solat, berjumpa dengan mereka, menjelaskan kebenaran kepada
umat manusia dan mendedahkan kebatilan orang-orang yang menyeleweng dari agama
Allah, terutamanya yang terdiri daripada ulama-ulama sesat. Sebagaimana Allah
mempersediakan Yathrib (Madinah) dan golongan ansar buat Muhammad Rasulullah (S).
Bertahun-tahun lamanya sebelum Muhammad (S) berhijrah ke Yathrib (Madinah),
baginda berada dalam keadaan yang tidak aman dan ketakutan sehingga terpaksa
bersembunyi daripada kafir Quraish di perkampungan dan gua. Berhijrah ke Thaif
yang penduduknya juga mahu membunuhnya, lalu baginda melarikan diri daripada
mereka. Sebahagian muslimin pula berhijrah ke Habsyah, lalu Najasyi yang Allah
berikan kelebihan ke atasnya telah mengizinkan keamanan buat mereka. Inilah
yang berlaku sehinggalah Allah mengkehendaki rasulNya dan Islam beroleh
kekuasaan dan kemenangan, apabila kaum Aus dan Khazraj membantu Rasulullah (S)
dan membuka kota mereka buat baginda. Lantas baginda mendiaminya dalam keadaan
aman dan tenang sambil menyeru umat manusia kepada agama yang benar. Dari situ
terzahirlah hujahnya buat semua umat manusia, menangnya kebenaran dan lenyapnya
kebatilan. Inilah sunnah Allah, dunia adalah negeri ujian dan peperiksaan yang
diganjari mengikut kadar kesukaran. Manusia yang paling utama kesukaran dan
kepayahannya, serta tertinggi ganjarannya adalah Khalifah Allah di muka bumiNya:
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ
وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ
الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ
آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴾
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk
surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang
terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan
Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al
Baqarah 2:214)
Perhatikan
sehingga rasul itu berkata “bilakah datangnya pertolongan Allah?” yakni sehingga
urusan pertolongan itu sampai ke ambang putus asa dan sehingga rasul itu
hampir-hampir kehilangan sabar, lalu memohon pertolongan kerana hampir-hampir
tidak mampu menahan sabar dalam keadaan terpinggir dan diburu:
﴿حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ
وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ وَلَا
يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ﴾
Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai
harapan lagi dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah
kepada para rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami
kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang
berdosa. (Yusuf; 110)
Umumnya,
penyampaian risalah-risalah itu dimulai dengan seruan dakwah. Ketikamana
seseorang rasul itu sendiri mampu muncul terang-terangan menyampaikan dakwahnya
di hadapan umat manusia dan menyerukan mereka kepada kebenaran selama beberapa
tempoh waktu. Apabila seruannya mendapat sambutan dan semakin ramai ansarnya,
orang-orang agama yang mula takut kehilangan kedudukan mereka yang batil akan
membuat tipu daya dan mengeluarkan fatwa kepada penyembah-penyembah mereka
selain Allah supaya membunuh rasul itu. Pengikut-pengikut kesesatan tidak
berfikir bahawa fatwa-fatwa ini keluar disebabkan kelemahan marajik sesat dan
kebatilan mereka yang tidak mampu berhadapan dengan kebenaran, lantas
memaksakan rasul-rasul itu bersembunyi sehingga Allah memperkasakan mereka. Ia
adalah sirah bahawa rasul-rasul diburu dan bersembunyi selama tempoh tertentu
sehinggalah Allah memberi pembukaan kepada mereka, iaitu apabila bertambahnya
bilangan orang yang beriman dan kelengkapan yang mencukupi untuk melindungi
serta mempetahankan diri dari kejahatan tentera iblis yang terdiri daripada
orang-orang agama yang bersifat keiblisan dan penyembah-penyembah mereka selain
Allah.
Sekarang
dapat kita lihat bagaimana seruan-seruan dakwah yang dilalui oleh para rasul?
Muhammad (S) dan Musa (as) sebagai contohnya? Bukankah di sana wujudnya dakwah
secara sembunyi-sembunyi, yang disusuli dengan dakwah terang-terangan dan
selepas itu ketakutan serta menghilangkan diri daripada penindas-penindas serta
pembantu-pembantu mereka sebagai menjaga peribadi yang diutuskan kerana dia
adalah pembawa risalah. Seterusnya penghijrahan ke padang pasir sepertimana
yang berlaku ke atas Musa (as) atau ke negeri yang aman di mana penduduknya
membantu peribadi yang diutuskan sepertimana yang berlaku kepada Muhammad (S)?
Umat
Islam seluruhnya mengetahui bahawa Rasulullah (S) bersembunyi dari pandangan
musyrikin yang menghalang dakwahnya secara terang-terangan. Baginda bersembunyi
dan berhijrah ke Thaif tetapi tidak diterima oleh penduduknya, lalu baginda kembali
semula ke Mekah dan tidak dapat memasukinya sehinggalah beberapa orang penduduk
Mekah memajaknya supaya baginda tidak dibunuh oleh mereka yang menghendapnya.
Bacalah
sirah Nabi (S) dan lihatlah bagaimana baginda disembunyikan di perkampungan
Bani Abi Talib untuk menghilangkan peribadi Nabi (S) dari pandangan musyrikin
dan bagi melindunginya. Kisah hijrah baginda juga diketahui umum, bagaimana
baginda menyembunyikan diri di dalam gua. Sebagaimana peristiwa Nabi (S)
bersembunyi adalah jelas lagi terang, begitulah juga buat Ahmad Al Hassan yang
melalui sunnah datuknya Rasulullah (S). Bahkan ianya sunnah yang sentiasa
berulang sejak dari Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (S). Ianya juga mesti
berlaku kepada Mahdi Pertama (as), sunnah Allah yang tiada perubahan padanya.
Sekiranya kalian dapat menerima Musa, Isa dan Muhammad (S) bersembunyi daripada
pandangan para penindas, maka wajib ke atas kalian untuk menerima bahawa Ahmad
Al Hassan juga bersembunyi.
----------------------------------------
Sebagaimana
yang telah kami jelaskan bahawa mereka telah beberapa kali cuba membunuh Ahmad
Al Hassan sebagaimana yang telah dilaporkan dalam saluran-saluran tv satelit.
Kejadian
Al Zarkah: Berlaku di kota suci Najaf semasa tentera Amerika yang bergandingan
dengan tentera Iraq pada waktu itu menyangka Ahmad Al Hassan (as) termasuk
dalam kelompok penziarah-penziarah yang berjalan kaki ke makam Imam Hussein
(as). Lalu mereka melakukan operasi pembunuhan ribuan manusia kerana menyangka
mereka (penziarah-penziarah) adalah Ahmad Al Hassan (as) dan ansar-ansarnya.
Apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak membunuh Ahmad Al Hassan (as) dan
ansar-ansarnya, maka mereka mencipta alasan bahawa yang mereka bunuh adalah
terdiri dari kelompok Jundus Sama’. Pada ketika itu mereka membunuh hattakan
para wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua.
Kejadian
kedua: Beberapa hari selepas kejadian ini, satu briged tentera Iraq telah
menjalankan operasi yang disokong dengan jet pengebom Amerika telah menyerang
rumah kediaman Imam Ahmad Al Hassan (as) secara mengejut di waktu subuh pada
Muharram 1428 hijrah, yang pada malam sebelumnya Imam Ahmad Al Hassan (as)
telah pun mengosongkan rumahnya bersama-sama dengan ahli keluarganya.
Jiran-jiran tetangga Imam Ahmad Al Hassan (as) telah ditangkap sedangkan ada di
antara mereka yang langsung tidak mengenali orang yang tinggal berjiran dengan
mereka adalah Ahmad Al Hassan (as) dan mengenakan penyiksaan yang teruk
terhadap mereka.
Serangan
ketiga: Ianya adalah peristiwa yang berlaku pada bulan Muharram tahun 1429,
yang mana mereka telah membunuh sebilangan ansar di samping menangkap ratusan
ansarnya dan ramai dari kalangan mereka yang dijatuhi hukuman bunuh serta
penjara seumur hidup. Seseorang yang dituntut darahnya secara aktif dan kejam, bagaimanakah
kalian meninginkannya muncul secara terang-terangan atau berbuat sesuatu yang
memungkinkan tempatnya diketahui?
Benar
bahawa beliau telah muncul selama beberapa tahun sebagaimana Rasulullah (S) dan
beliau sekarang menyembunyikan diri dari pandangan penzalim-penzalim, namun
beliau bukanlah menghilangkan diri atau bersembunyi dari ansar-ansarnya. Bahkan
beliau berjumpa dengan ansar-ansarnya, berhadapan dengan mereka dan menerbitkan
buku-buku. Antara bukunya yang terkini adalah buku “Pengikut ketigabelas” dan
beliau juga mengisukan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan akidah dan fekah yang
diperturunkan ke dalam web rasmi ansar. Apabila nanti terdapat negeri yang
mengalu-alukannya, beliau akan berhijrah ke negeri tersebut dan sekali lagi
akan memunculkan dirinya secara terang-terangan, sebagaimana yang dilakukan
oleh Rasulullah (S) apabila baginda berhijrah ke kota Madinah dan muncul
terang-terangan kerana wujud ansar-ansar dan pembantu-pembantunya.
Segala
pujian hanya bagi Allah..
Top of
Form