Tahniah di atas Ulang Tahun Ke10
HashemStudios
Berikut adalah trailer untuk
beberapa deretan program 2015 kami, berharap anda menikmati:
Salam atas Semua!
Tahniah kepada semua anggota
HashemStudios atas Ulang Tahun ke 10 Filem Hashem ini!
Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua sekali lagi atas
persahabatan anda dalam perjalanan ini sejak 10 tahun yang lalu.
Pada tahun 2005 kami memulakan
pengeluaran "Little Claudy", sebuah dokumentari mengenai Gerakan
Raelian dan kami mendapat perhatian antarabangsa kerananya, ia telah muncul di
FOX, Majalah berwayar, siaran Strange Days Indeed Radio dan "A Current
Affair" di UPN.
Kemudian pada tahun 2006 kami
memulakan pengeluaran "Nabi-nabi Allah", sebuah dokumentari mengenai
Nabi Yahweh, dan sekali lagi kami telah diketengahkan di dalam akhbar-akhbar
dan berita-berita utama di Amerika Syarikat, seperti Mooresville Times dan kami
juga dipaparkan sebagai tetamu pada sebuah rancangan radio "Zon X ".
Kemudian pada tahun 2007 kami
memulakan perjalanan kami dengan TADS Semester pertama, dan kami dedahkan
pemujaan, persatuan rahsia, Dunia Order Baru (New World Order), Illuminati, Star
gates (Gerbang-gerbang Bintang) dan berbagai jenis konspirasi.
Pada tahun 2008, saya berhijrah
ke Mesir dan memulakan pengeluaran pada "The Arrivals" yang telah
ditonton oleh puluhan juta di seluruh dunia. Saya adalah punca segala maklumat
dalam dokumentari itu dan mengajar Noreagaaa, Achernahr dan Freedomtou semua
yang mereka tahu. Tidak terkira banyaknya surat khabar dan majalah dan
rancangan televisyen radio yang bercakap tentang "The Arrivals". Saya
juga mengasaskan Projek Wake Up, yang malangnya, kemudian saya terpaksa
menjauhkan diri daripadanya, selepas saya telah dipaksa untuk meninggalkannya kerana
membincangkan Imam Ali (as) oleh beberapa admin Nasibi.
Pada tahun 2009, saya melaporkan dalam usaha sama mengeluarkan " The Arrivals Reloaded " untuk saluran ARY di ibu pejabatnya di DUBAI. Selepas ditipu pada perjanjian itu dan dikoyakkan semua kredit oleh ARY dan oleh Noreagaaa dan Achernahr dan Freedomtou, saya berhenti bekerja-sama dengan mereka. Dan ketiga-tiga mereka menarik diri. Apabila kami semua mula bekerjasama, matlamat kami adalah untuk membawa manusia kepada Imam Mahdi (as), Ahlul Bayt (as) dan kebenaran. Malangnya ini bukan niat mereka.
Pada tahun 2009, saya melaporkan dalam usaha sama mengeluarkan " The Arrivals Reloaded " untuk saluran ARY di ibu pejabatnya di DUBAI. Selepas ditipu pada perjanjian itu dan dikoyakkan semua kredit oleh ARY dan oleh Noreagaaa dan Achernahr dan Freedomtou, saya berhenti bekerja-sama dengan mereka. Dan ketiga-tiga mereka menarik diri. Apabila kami semua mula bekerjasama, matlamat kami adalah untuk membawa manusia kepada Imam Mahdi (as), Ahlul Bayt (as) dan kebenaran. Malangnya ini bukan niat mereka.
Selepas mereka masing-masing
memulakan kerjaya baru mereka membuka restoran dan bekerja dengan siri
televisyen Kuwait, saya terus menjejaki impian saya untuk mencari Imam Mahdi
(as) sendirian dan hampir tidak ada sokongan. Saya mengimbas kembali sepanjang
perjalanan saya 10 tahun yang lalu, bahawa semua kerja saya tersedia untuk
online secara percuma.
Pada tahun 2010 saya mulakan
TADS Semester 2 dan selepas berjalan 40 hari saya jumpa Kitab "Al Haft Al
Shareef" yang membawa saya kepada Imam Ahmad Al Hassan (as) dan membawa saya
dalam perjalanan rohani yang sangat mendalam.
Antara 2011 dan 2012, dan selepas
saya telah berbai3ah kepada Imam (as) secara terbuka dan pada siri-siri saya,
ratusan jika bukan ribuan orang mula berbai3ah kepada Imam Ahmad Al Hassan (as)
dan menyertai Ansar Imam Mahdi (as). Malah kebanyakan daripada mereka juga
berhijrah ke Mesir untuk membantu saya memulakan Hauzah Ansar Imam Al Mahdi
(as) di mana kami semua belajar dan mengkaji bersama-sama selama 2 tahun dengan
dakwah ini.
Kemudian pada tahun 2013, Imam
Ahmad Al Hassan (as) melantik saya menjaga saluran youtube rasmi dakwah dan
saya serta pasukan di sini, dengan bersandar (bertawakkal) kepada Allah mula
bekerja dengan beberapa program dan filem-filem untuk Dakwah.
Pada tahun 2014, Imam (as)
membuka stesen satelitnya dan kami mulakan pusat dokumentari kami di sini
menyediakan pengaturcaraan untuk kedua-dua saluran tersebut dan saluran
youtube.
Alhamdu Lillah, ia telah menjadi
pengalaman yang paling menakjubkan setakat ini dan saya tidak terfikir Allah
SWT mencukupkannya. Saya juga bersyukur kepada Allah untuk orang-orang yang sangat
dikagumi di sini yang bekerja dengan saya dan yang telah membawa nilai
pengeluaran kami ke tahap yang seterusnya. Mereka telah menghabiskan beberapa
tahun yang berlalu dengan latihan intensif dan kini boleh dianggap profesional.
Pada tahun 2015, dan selepas 10
tahun berlalu, kami berazam kini untuk memberi tumpuan yang sangat serius
sekali lagi dengan menggunakan kuasa internet dan kuasa stesen satelit dan
menyediakan pengaturcaraan baru yang menakjubkan untuk kedua-dua HashemStudios
dan the Savior of Mankind TV. Kami percaya bahawa bencana akan datang dan
perubahan Bumi adalah sangat dekat dan kami mahu melakukan yang terbaik tahun
ini untuk bekerja seolah-olah kebangkitan itu esok.
Kami ingin mengucapkan terima
kasih di atas sokongan anda pada masa lalu, kami tidak boleh pergi sejauh ini
tanpa anda semua, dan sekali lagi, kami bergantung kepada sokongan anda untuk
melakukan semua yang kami rancang untuk dilakukan pada masa akan datang. Kerja
kami telah benar-benar menyentuh berjuta-juta jiwa dan membantu membimbing
ribuan manusia jika tidak lebih, kepada kebenaran. Melabur dalam HashemStudios
tidak pernah merugikan saya, ia adalah Batu Bertuah (Philosopher's
stone) saya dan perjalanan hidup saya. Saya berharap anda semua merasainya juga
dan saya berharap anda terus membantu dan menyokong HashemStudios pada masa
akan datang.
Jika anda pergi ke laman utama forum itu anda akan
melihat dua cara anda boleh membantu menyokong hashemstudios, dengan menjadi
pelanggan (subscriber) dan ia adalah komitmen untuk sumbangan wang bulanan
(anda boleh memilihnya sendiri) atau dengan membuat sumbangan sekali (donation).
Ia benar-benar akan membantu kami, terutama pada satu masa di mana kami cuba
untuk mereka bentuk semula laman web kami dan menghasilkan banyak filem baru.
Jika 50 orang melanggan
sumbangan bulanan $ 100 kepada HashemStudios, kami akan mempunyai kesediaan
semua yang kami perlukan untuk menjamin kami meneruskannya. Kadang-kala,
malangnya kelewatan dalam keupayaan kami untuk bekerja dengan lebih pantas,
datang kerana keperluan untuk mencari cara untuk mendapatkan wang untuk
menyokong apa yang kami lakukan. Saya mempunyai dan masih menghabiskan setiap
sen terakhir yang saya ada untuk keperluan HashemStudios dan saya tidak
menyesalinya. Ia adalah HashemStudios yang membantu membimbing saya kepada Imam
Zaman dan kepada kedudukan di mana saya hari ini. Diharapkan anda semua dapat
membantu dan melanggannya dan menikmati pengaturcaraan baru kami untuk
tahun-tahun yang akan datang! Semoga ia menjadi tahun-tahun yang melegakan kita
semua dan untuk keluarga Muhammad (as) Semoga Allah memberkati anda semua dan
saya amat kasihkan anda semua. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda untuk
10 tahun yang indah ini dan saya memohon maaf kerana berbicara terlalu banyak.
Fi Aman Allah
Abdullah Hashem
Pengasas dan Pemilik
HashemStudios
No comments:
Post a Comment