Ketuanan Allah Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Dipetik
dari tulisan Imam Ahmad a.s: Ketuanan Allah, Bukan Ketuanan Manusia, dengan
beberapa penambahan dari penulis sebagai contoh.
Dari
awal hingga ke akhir, Al Quran secara penuh megiktiraf ketuanan Allah, dan
menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat dengan persepsi sonsang
sesetengah orang yang menafsir ayat Allah sesuka hati mereka, dan begitu juga
mereka yang mempertahankan orang-orang dan aqidah tertentu, sedangkan korupnya
orang yang dipertahankan itu, dan batilnya aqidah tersebut, walaupun korupsinya
jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat untuk melihatnya.
Mari
kita telusuri ayat yang mendokong ketuanan Allah di muka bumi.
Pertama
Allah Memberi Pemerintahan
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ
الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ
وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari
sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran:26]
Ayat
ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu milik Allah, dan Dia berhak
melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai khalifah di muka bumi. Allah swt
berfirman:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi” (Al Baqarah:30)
Jadi,
bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat ini, untuk melantik raja,
presiden atau perdana menteri melainkan dirinya adalah lantikan Allah swt.
Kepimpinan
ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun tidak
semestinya seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat memerintah, kerana
berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh manusia, seperti yang
kerap kali berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim a.s tidak memerintah,
namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa a.s tidak memerintah, namun ia dipegang
oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak memerintah, namun Yazid l.a yang memerintah,
maka Allah swt berfirman:
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan
nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan
hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. (An Nisa’:
54)
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.
Al
Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman Allah: {..yang kamu tidak
dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya..(27:60)} Dia berfirman
menyatakan bukanlah menjadi hak kamu untuk memilih siapa Imam kamu,
menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang benar atas kehendak dan keingingan
kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda: “Akan ada tiga kumpulan yang mana
Allah tidak akan bercakap dan memandang mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak
akan menyucikan mereka, iaitu mereka yang menanam pohon yang tidak ditanam
Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik Imam yang tidak dilantik Allah, atau
tidak mengimani Imam lantikan Allah.” (Tahaq al Uqul, hal 325)
Kedua:
Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah
Talut:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن
بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ
لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” (Al Baqarah: 246)
Sekumpulan
mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan Allah swt, maka mereka tidak
mendahului Allah swt dalam melantik, tetapi menyerah dan memohon kepada Allah,
agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan ini adalah bukti paling besar,
bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak lantikan pemimpin berada di tangan
Allah, bukanlah di tangan manusia melalui syura, pilihan raya dan sebagainya
Ketiga:
Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ
خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)
Khalifah
Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di muka bumi, dan khalifah pertama
Allah di muka bumi adalah Adam a.s. Dan di setiap zaman, ada khalifah Allah
yang yang dilantik, (seperti firman Allah swt di dalam surah Ar
Ra’d:7) Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah Imam Mahdi a.s. Jadi
manusia perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana sesungguhnya beliau
merupakah lantikan Allah swt, dan beliau seharusnya tidak ditentang oleh
pilihanraya dan demokrasi.
Keempat:
Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah
swt berfirman:
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang
kafir.(5:44),
kemudian, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.(5:45).
Allah swt meneruskan, dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik.(5:47)
Sudah
semestinya, khalifah Allah swt akan berhadapan dengan permasalahan yang baru,
tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya, beliau diberikan pandangan dan
inspirasi istimewa, kurniaan Allah swt, yang mana dengannya, Dia akan
membuatkan ketuanannya diketahui dalam peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.
Malahan bagaimana mungkin seseorang selain dari khalifah lantikan Allah
berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt?
Kisah
Musa a.s dan kaumnya
وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ
سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ
قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ
وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ
مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ
وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ
خَيْرُ الْغَافِرِينَ
Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari
kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami
tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan
berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka
bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami
disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?
(Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau
sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami
dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi
ampun.(7:155)
Lihatlah
sendiri bagaimana Musa a.s, seorang Nabi yang ma’sum, yang memilih 70 lelaki
terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur dan memberontak terhadap beliau
dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti Musa, yang
memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati tiada dari
kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka bagaimana dapat manusia biasa
memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin memilih makhluk Allah yang
paling jahat tanpa diketahui.
Ini
sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi mereka yang mencari apa yang benar dan
mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang berada di tangannya menyeru mereka yang
tidak memberi perhatian:
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan
sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi
oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi
keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya)
mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu). Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam.
Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu”.(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (21:105-112)
Beberapa
point tambahan yang lain:
Kelima:
Pilihan Di Tangan Allah
اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ
رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari
manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj:75)
Tanpa
perlu menerangkan dengan lebih lanjut, ayat ini secara eksplisit menyatakan
bahawa pilihan berada di tangan Allah swt, bukan manusia.
Keenam:
Perlantikan Ibrahim a.s sebagai Imam, Daud a.s Sebagai Khalifah
Allah
swt berfirman:
وَإِذِ
ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي
جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh
Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun
menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu
menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. (Al Baqarah: 124)
Di
tempat lain, Allah swt melantik Daud sebagai khalifahnya
يَٰا دَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي
ٱلۡأَرۡضِ
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu
khalifah di bumi..” (Sad: 26)
Contoh-contoh
ini menjelaskan lagi bahawa kepimpinan dan kekhalifahan adalah hak Allah swt.
InsyaAllah, di bab berikutnya, kita akan membahaskan, adakah masih ada
perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.a, setelah artikel
ini membuktikan hak melantik adalah di tangan Allah swt.
Di dalam artikel yang lepas, kami telah
mengemukakan bukti bahawa hak perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi
adalah semata-mata milik Allah swt, dari awal penciptaan manusia sehinggalah
hari kiamat. Tiada sama sekali hak ini pernah berada di tangan manusia untuk
menentukan siapakah pemimpin mereka, samada sistem monarki, syura, demokrasi
atau apa sahaja.
Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt yang
berhak ke atas lantikan khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan membawa
kita kepada beberapa persoalan yang berat.
Adakah masih ada lantikan dari Allah swt
selepas Nabi Muhammad (S)?
Jika ada, siapakah yang dilantik itu?
Bukankah Muhammad (S) itu adalah Rasul yang
terakhir? Mengapa masih ada?
Pertama sekali, jangan kita terkeliru antara
tugas Nabi, Rasul dan seorang Imam(pemimpin). Masing-masing mereka mempunyai
tugasan yang berbeza, namun mereka semua adalah khalifah Allah, yakni wakilNya
di muka bumi. Namun ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam satu isu,
menjadi panduan kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.
Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa, selain
dari ketiadaan bukti bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi melantik
pemimpin mereka, langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan khalifah
Allah terhenti selepas Muhammad (S).
Rasional perlantikan khalifah adalah sebagai
panduan kepada umat manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt tidak
akan membiarkan ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka bumi.
Benar, Muhammad (S) adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk membawa
syariat terakhir bagi umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa selepas
pengutusan Rasul setiap zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan, terbukti
dari sejarah setiap para Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani Israel, sejarah
agama Yahudi dan Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt, atas dasar
rasional akan sentiasa memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk bagi umat
manusia untuk menerangkan dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH sebelumnya. Agar
manusia dapat merujuki mereka dalam segala hal, tidak kiralah samada yang
dilantik itu, adalah Nabi, Rasul atau Imam.
Bagi menjawab semua persoalan ini, kami
bawakan ayat-ayat Quran sebagai bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas
Rasulullah (S), dan bukti bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia
tanpa seorang pemberi petunjuk yang dilantiknya.
إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ
ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
“Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk”(13:7)
Ayat di atas menunjukkan Muhammad (S) hanyalah
pemberi peringatan,dan bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan ada
“hadi”nya, yakni orang yang memberi petunjuk.
Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang memberi
petunjuk ini tidak semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja manusia
biasa dari kalangan ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”
Bantahan Pertama
Ini adalah satu penghujahan manusia tersepit,
yang bersandarkan tekaan dan sangkaan, malah jika mereka menujukan ayat ini
kepada para ulama, hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan perpecahan
kepada setiap umat, sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam setiap hal
fiqh, amalan, aqidah dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt berfirman apa
sahaja yang datang daripadanya tidak akan ada percanggahan.
أَفَلَا
يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا
فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Kalaulah Al-Quran itu
bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di
dalamnya.(4:82)
Bantahan Kedua
Malah, di dalam Al Quran sarat dengan kecaman
kepada Bani Israel yang menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada para ulama
mereka. Maka, masakan Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi kepada umat
ini?
وَقَالُواْ رَبَّنَآ
إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠
Dan mereka berkata
lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua
dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang
benar.(33:67)
اتَّخَذُوا
أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ
مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ
إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan
pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain
dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal
mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
sekutukan.(Taubah 9:31)
Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara
fizikalnya tidak boleh mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim
atau bertempat. Maka logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia
melalui manifestasi DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia
utusannya, para khalifah lantikanNya di muka bumi.
Jadi menamakan ulama sebagai pemberi petunjuk
untuk setiap zaman dan setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti dan
fakta sejarah. Sudah berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan manusia
kepada mereka.
Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama
Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita
mengetahui tafsir ayat di atas adalah dengan menilai kata-kata manusia yang
diutuskan kepada kita, Muhammad Rasulullah (S), agar kita tidak tersesat.
حدثنا
عبد الله حدثني عثمان بن أبي شيبة ثنا مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في
قوله { إنما أنت منذر ولكل قوم هاد } قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر
والهاد رجل من بنى هاشم
Telah menceritakan
kepada kami ‘Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi
Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari
As Suddi dari Abdu Khair dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk].
[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu
‘alaihi wasallam] sang pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah
laki-laki dari bani Hasyim” [Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah
Abdullah bin Ahmad]
Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani dalam
Mu’jam Al Awsath 2/94 no 1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah 2/286
no 668 [dan Al Maqdisi menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan sanad
dari Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis ini
sanadnya hasan. Para perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin Ziyaad
seorang yang shaduq hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman
As Suddiy seorang imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.
‘Abdullah bin Ahmad
bin Hanbal telah dikenal sebagai perawi yang tsiqat. Al Khatib menyatakan ia
tsiqat tsabit. Nasai menyatakan ia tsiqat. Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat
[At Tahdzib juz 5 no 246]. Ibnu Hajar menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At
Taqrib 1/477]
Utsman bin Abi
Syaibah adalah Utsman bin Muhammad bin Ibrahim Al Absiy termasuk perawi Bukhari
dan Muslim. Ahmad bin Hanbal telah memujinya. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat.
Abu Hatim menyatakan ia shaduq. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At
Tahdzib juz 7 no 299]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]
·
Muthallib bin Ziyaad
adalah perawi yang shaduq hasanul hadits. Telah meriwayatkan darinya Ahmad bin
Hanbal dan Ibnu Ma’in dimana keduanya sepakat menyatakan Muthallib tsiqat. Abu
Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud
berkata “shalih”. Isa bin Syadzan dan Ibnu Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat begitu pula Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats
Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ady berkata “ ia memiliki hadis
hasan dan gharib tetapi aku tidak melihat riwayat mungkar, menurutku tidak ada
masalah padanya”. Utsman bin Abi Syaibah menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz
10 no 333]. Adz Dzahabi memasukkannya dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa
Muwatstaq no 328. Ibnu Hajar menyatakan dalam At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi
pernah melakukan kesalahan dan dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Muthallib
bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits [Tahrir At Taqrib no 6709]
As Suddiy adalah
Ismail bin ‘Abdurrahman bin Abi Karimah As Suddiy termasuk perawi Muslim dan
Ashabus Sunan. Ia telah ditsiqatkan oleh Syu’bah, Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan
Yahya bin Sa’id Al Qaththan [Sunan Tirmidzi 5/636 no 3721]. Ahmad bin Hanbal
menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ma’in mendhaifkannya. Abu Zur’ah berkata “layyin”.
Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Nasa’i
berkata “shalih” terkadang berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Adiy
menyatakan ia seorang yang hadisnya lurus shaduq dan tidak ada masalah padanya.
Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat dan
alim dalam tafsir. Al Uqailiy menyatakan ia dhaif dan Ath Thabari berkata “tidak
bisa dijadikan hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572]. Ibnu Hajar dalam At Taqrib
menyatakan ia shaduq terkadang salah dan tertuduh tasyayyu’ kemudian dikoreksi
dalam Tahrir At Taqrib kalau ia seorang yang shaduq hasanul hadis dan imam
dalam tafsir [Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]
Abdu Khair bin Yazid
termasuk orang yang menemui masa jahiliah bahkan ada yang menganggapnya
shahabat Nabi. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Al Ijli juga menyatakan ia
tsiqat dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 6 no 260].
Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat dan tidak benar kalau ia sahabat [At Taqrib
1/558]
Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir
Ibnu Hatim
حدثنا علي بن الحسين ثنا عثمان بن
أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي لكل قوم هاد قال الهاد
رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي الله عنه.
Telah menceritakan
kepada kami Aliy bin Husain yang berkata telah menceritakan kepada kami Utsman
bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin
Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada
orang yang memberi petunjuk”. [Ali] berkata “orang yang memberi petunjuk adalah
laki-laki dari bani Hasyim”. Ibnu Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib
radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu Abi Hatim 7/2225 no 12152].
Ali bin Husain bin
Junaid Ar Raziy adalah seorang yang shaduq tsiqat [Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no
981] dan ia menyatakan kalau laki-laki bani hasyim yang dimaksud adalah Imam
Ali sendiri. Tentu sebagai perawi yang meriwayatkan hadis ini maka
penafsirannya layak untuk diperhatikan dan ini sesuai dengan keutamaan yang
disandang oleh Imam Ali [alaihis salam].
Dari Tafsir Lain
Selain itu, beberapa tafsir yang lain
merekodkan bahawa Rasulullah (S) bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:
“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah
pemberi petunjuk”. Lalu baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali,
manusia akan mendapat petunjuk melalui mu.”
Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4
halaman 45; Tafsir al Kabir, oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat
ini; Tafsir Ruh al Ma’ani, Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim,
Vol 3 hadith 129 & 130
Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali a.s
sebagai pemberi petunjuk selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu
pada hakikat akan wujudnya manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki
manusia, dan mereka semua adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh
Rasul (S), maka penetapan mereka adalah dari Allah swt.
Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan
hadis berikut:
Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan Baihaqi,
dari Jabir bin Samurah, berkata, “Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata:
Setelah itu baginda(sawa) mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku
mendengarnya. Lantas bapaku berkata bahawa baginda
bersabda: “Semuanya dari Quraish.”
Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis
berikut:
و يقرئنا القرآن , فقال له رجل :
يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم ) كم يملك هذه
الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني عنها أحد منذ قدمت العراق
قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ” إثنا عشر كعد ة نقباء بني
إسرئيل “
“…Dari Masruq yang
berkata; saat kami duduk disebelah Ibnu Mas’ud yang ketika itu dia membacakan
Al Qur’an kepada kami, maka berkatalah seseorang kepadanya: “Wahai Abdurrahman!
Adakah kamu pernah tanya kepada Rosulullah saw tentang berapa orang yang
menjadi khalifah umat ini? Maka Abdulah ibnu Mas’ud menjawab: “Semasa
kedatanganku ke-Iraq tiada siapapun yang bertanya tentang persoalan ini
sebelumu, kemudian dia berkata; Ya, sesungguhnya kami telah bertanya kepada
Rasulullah dan dia saw bersabda; “(Bahwa jumlah khalifah umat ini) adalah Dua
Belas orang sepertimana bilangan pemimpin Bani Israel” Musnad Ahmad
bin Hanbal jilid 2 m/s 55 hadits 3781, Milal Wa Nihal Ja’far Subhani jilid 6
m/s 60
Maka setakat ini, apa yang dapat kita fahami
adalah Allah swt telah menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan Nabi (S)
dan mereka adalah dari kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan Allah
swt:
Dan Kami jadikan
mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan
perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan
mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat
kepada Kami.(21:73)
Dan Kami jadikan dari
kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada
hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu)
serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (32:24)
Kesimpulan
Berdasarkan pendalilan yang diberikan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa:
Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan Allah
yang menunjuk manusia
Selepas Rasulullah (S), mereka adalah dari
kalangan Bani Hashem
Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan
logik akal, Nabi (S) menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak menamakan
mereka? Tidak wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat untuk
bertanya kepada baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi (S)
tidak menyebut nama secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka.
InsyaAllah dalam bahagian seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa
kah mereka, dan nama-nama mereka.
Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam
konteks menyeluruh, bukan secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan
“jigsaw puzzle”, yang mana kita harus susun kepingan-kepingan ini secara
menyeluruh, barulah nampak gambarannya, bukan membuat andaian dan sangkalan
berdasarkan hanya sekeping dari kepingan-kepingan ini.
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah
sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al
Quran.
كُتِبَ
عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ
لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Diwajibkan atas kamu,
apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia
meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara
ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah:
180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi (S)
sebagai pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini.
Di saat akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta
pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari
Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن
عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن
الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال
عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب
الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله
عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو
والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم (
قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول
الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang
berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan
di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin
Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku
akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian
Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai
sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah”
kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka
berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar
beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”.
Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan
pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam,
Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu
berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk
mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim
no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih
Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم
الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟
قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا
لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر
استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata
“hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga
air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada
apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah (S) semakin berat,
kemudian Beliau (S) bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan
sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian
mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi.
Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau
tersebut?. Namun Rasulullah (S) bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku
lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn
Al Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan
terhadap apa yang Rasulullah (S) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan
menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (S)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan
kejadian ini, bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi (S)
itu Tsaqalain atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s.
Namun Syiah sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari
mereka sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi (S). Ini
turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa
Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi (S).
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak
tertulis? Para penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini
begitu penting, apa yang menghalang Nabi (S) dari menulis wasiati ini setelah
orang yang menghalang mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi
(S), kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan
wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan,
daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada
Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa
saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar
bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin,
daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis
salam telah berkata:
bersabda Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam
sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis
dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:
Wahai Ali
sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas
orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang
Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul
Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada
sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang
wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka
mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan
bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri
darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari
kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut
menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan
Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala
abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada
keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan
datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama
(sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama
seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan
namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman
(dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini
di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan
bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi
memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam
kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai
sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan
Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah
Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan
dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana
terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip
Amirul Mukminin Ali a.s
1. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat
Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al
Iqadh, ms 393.
3. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam
kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
4. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al
Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81,
hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut
menghampirinya”)
5. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al
‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
6. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat
Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al
insaf, ms 222.
8. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al
Akhbar, ms 294.
9. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al
Thaqib, jilid 2, ms 71.
10. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr
menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
11. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al
Rasul, jilid 2, ms 96.
12. Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam
Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi (S) dgn tema
“menjaga umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat
ini. Maka atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan
tema yang sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain
yang menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca
bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama.
Mustahil Nabi (S) tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia
bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi
sebagai contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah
Allah, tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya
para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan
bahawa Nabi (S) telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga
tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini
jelas bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka
sendiri, yang menunjukkan Nabi (S) menulis wasiat ini.
وروى
العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى رسول
لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari
Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah
satu kewajiban, dan Rasulullah (S) juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban
Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih,
Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap
mahu menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti
kepadanya, sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi (S)
meninggalkan wasiat. Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun
mengambil pendirian yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai
tiada penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis. Dan mereka
mempunyai dalil teks untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil
ini agak bercanggahan antara satu sama lain.
حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ
يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ سَأَلْتُ
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صلى
الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ
الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ اللَّهِ.
Telah bercerita
kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah
putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku
bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian
aku tanya lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia
atau mereka diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau
berwasiat dengan Kitab Allah”. Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin
bertanya kepada seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi (S) sendiri
tidak meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi
oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar
akan mengapa Nabi (S) tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan
melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan
para sahabat dan para tabiin, bahawa Nabi (S) telah berwasiat kepada Imam Ali
a.s. Ini direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ
إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ
رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا. فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ
كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ،
فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى
أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita
kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu
‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan
‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “.
Maka dia bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku
adalah orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat
Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air
dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku
tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat
kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya,
namun isu Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi (S) adalah satu isu yang
sememangnya menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan
masakan dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis
Nabi (S) yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema
“melindungi umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula
sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis.
Apakah hari Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya
membasahi kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah (S) sakit keras pada hari
Kamis, lalu beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat
kalian suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya.
Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada pertengkaran:
Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku; sesuatu yang
sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah lebih baik
daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau berwasiat
dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah Arab,
berilah hadiah kepada tamu (utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada
mereka. Dan aku lupa terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 |
KITAB JIHAD DAN PERJALANAN (PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah
tentu, perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi (S) dengan tema “melindungi umat
dari kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali
a.s dan Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi
umat dari kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah
mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan
kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti
dan berterusan selepas pengutusan Muhammad (S), kerana Allah swt tidak akan
meninggalkan manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis
wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi (S) tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat
kewafatan baginda, Nabi (S) ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat
dari kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya
ura-ura dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan
dan Nabi mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi
(s) yang selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui
dari hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada
12 Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika
diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita
meneliti hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk
melindungi umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas
mempunyai makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
Sumber:
EraMahdi Admin