Tuesday, 9 December 2014

Tentang Berita Yang Besar

Soalan 70: Apakah yang dimaksudkan dalam Surah Al-Naba ' (78)? Pada firman Allah SWT:

﴿بسم الله الرحمن الرحيم
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)} [92]
صدق الله العظيم

Pengirim: Misaa' Ja'far Al-Sa3idi

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani.
Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat sanjungan Allah, atas  Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan..

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. *} [93]

Ini adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah yang diutus Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang diperselisihkan oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka – iaitu yang terdiri dari para Nabi, Washiy-washiy dan Rasul-rasul (as) -, atau seperti Allah telah menamakannya:
﴿النَّبَأِ الْعَظِيمِ﴾
{Berita yang besar} [94]. Maka Khalifah pertama dari khalifah-khalifah Allah adalah Nabi Adam (as). Diperselisihkan oleh Para Malaikat antara mentaati perintah Allah dan penerimaan Khalifah Nya dan sujud kepadanya oleh kumpulan ini adalah malaikat, dan di antara mereka yang tidak taat perintah Allah dan menolak Khalifah-Nya dari orang yang sombong takbur terhadapNya adalah Iblis (la) [95], dan Iblis yang'ketaatan sebelumnya telah dianggap di kalangan malaikat pada hal [asalnya] dia dari kalangan jin [96].

Dan Iblis (la) telah berjanji bahawa dia akan menyesatkan mereka, anak-anak Adam dan dia telah menyebabkan mereka (manusia) untuk mengikuti jejak langkahnya dengan menjadi sombong terhadap Khalifah Allah SWT di sepanjag zaman. Oleh itu, di sepanjang zaman manusia dibahagikan antara sebahagian yang mengikut jejak langkah Malaikat iaitu mereka yang taat kepada Khalifah Allah, dan bahagian yang lain yang mengikuti Iblis (la) dengan kesombongannya terhadap Khalifah Allah. Dan kelak akan diketahui mereka yang mengikut Iblis (la) dalam kesombongan mereka terhadap khalifah Allah, ke tempat mana mereka akan kembali

﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾

{Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.} [Al-Syhu'araa' 26::227] [97].

﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kiamat Kecil, [hari] (kebangkitan Qaim).

﴿ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa [hari] kiamat besar, Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa
﴿إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾
{Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba' 78:31],
mereka adalah orang-orang yang beriman kepada khalifah Allah, dan taat kepada mereka dan mengikuti jejak langkah mereka pada jalan yang lurus, dan mereka mengenal Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk mengenal Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Seperti yang telah disampaikan oleh Muhammad dan keluarga Muhammad (as), bahawa mereka adalah Wajah Allah, Nama-nama-Nya Yang Baik (Asmaa’ Al-Husna), dan kemunculan Allah di Faran dan melalui merekalah Allah dikenali. Maka, berita atau khabar yang mana yang paling layak untuk dipanggil berita yang besar selain daripada berita dan khabar yang membawa peraturan-peraturan mengenal Allah, dan berita yang membawa peraturan-peraturan mengenal Khalifah Allah, yang dibawa dari Muhammad (S) (ظهور الله في فاران - kemunculan Allah di Faran), atau Allah di dalam penciptaan atau Shurah Allah?!!

Dan dalam Al-Quran penjelasan berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang yang mengambil peringatan dan pengajaran  untuk orang yang mengambil pengajaran , mudah-mudahan dia akan sedar dan menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang sujud, dan supaya dia tidak kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan supaya ia menjadi salah seorang daripada orang-orang yang memberi peringatan kepada orang lain seperti firmanNya SWT:
﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui.},

dan seperti dalam firmanNya:

﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ  *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾
{Katakanlah: "Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[99].

-------------------------- Nota kaki ----------------------- ---
[92] - Al-Naba' 78:1-5.
[93] - Al-Naba' 78:1-5.
[94] - Dari Ali bin Abi Talib, beliau berkata:. (Sakhar bin Harb mendekati ke arah Nabi sehingga dia duduk sebelah baginda (S) Lalu Sakhar berkata: Wahai Muhammad, adalah perkara ini selepas engkau [Khilafah], untuk kami  atau untuk siapa? Baginda bersabda:. Wahai Sakhar, perkara itu selepas ku adalah untuk orang yang mempunyai pangkat seperti Harun pada Musa. Baginda bersabda: Maka Allah SWT turunkan ayat:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini}, sebahagian mereka menerima Wilayah dan Khilafahnya, dan sebahagian dari mereka menafikan keduanya (Wilayah dan Khilafahnya). Kemudian baginda bersabda: Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui bahawa KhilafahNya adalah benar selepas itu Sekali lagi, kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, dan baginda bersabda:. mereka akan mengenal Wilayah dan KhilafahNya apabila ditanya mengenainya di dalam kubur mereka; sehingga setiap orang yang mati sama ada di Timur dan Barat, di bumi dan laut, akan ditanya oleh Munkar dan Nakir mengenai Wilayah Amir Al-Mukminin, selepas kematian kedua-dua (malaikat) akan berkata kepada orang yang mati. Siapa Tuhan kamu? Apakah Agama kamu? Siapakah Nabi kamu? Dan Siapakah Imam kamu?) Manaqib Ali Abi Talib oleh-Ibn Syahr Asyub Jilid 2 halaman 276.

Dan dari Sadir berkata: Aku bertanya kepada Abu Abdullah (as) atas Ayat Allah Tabarak Wa Taala:
(بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ)
{Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu.} [Al-3ankabut 29:49]
dan firmanNya:
(قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ * أَنتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ)
{Katakanlah: Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya }. [Shaad 38:67dan 68]
Baginda bersabda: (Orang-orang yang beroleh ilmu tentang para Imam, dan Berita mengenai Imamah) Bihar al-Anwar Jilid 32 halaman 203.

Dan dari Abdullah ibn Kathir, dari Abu Abdullah (as) mengenai firmanNya SWT: 
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ)
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar }.
Beliau berkata: (berita yang besar adalah Wilayah.
Dan aku bertanya kepadanya tentang firmanNya SWTini:
(هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ)
{Di sana Al-Wilayah itu hanya bagi Allah Yang Hak.}.[Al-Kahf 18:44] 
Beliau berkata: (Wilayah Amir Al-Mukminin (as)). Bihar al-Anwar Jilid 42 halaman 352.

Dan dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini)
Beliau (as) berkata: " Amir Al-Mukminin (as) telah berkata: Allah tidak mempunyai Berita yang lebih besar daripada Berita )mengenai)ku dan Allah tidak mempunyai tanda (ayat) yang lebih besar daripada ku, dan telah ditunjukkan kepada umat terdahulu atas yang mereka perselisihkan perjalanannya tetapi tidak menerima kelebihanku) Mustadrak Safinah Al-Bihar – oleh Al-Syeikh Ali Al-Namaazi:. Jilid 9 halaman 509.
[95] Al-Shadiq (as) berkata: (Iblis telah diperintahkan supaya sujud kepada Adam, Iblis berkata: Wahai Tuhan, demi KemuliaanMu, jika Engkau mengecualikan aku daripada sujud kepada Adam, nescaya aku akan beribadah pada Mu dengan ibadah yang tidak pernah dilakukan pada Mu seorangpun sepertinya. Maka Allah Jalla Jalalah berfirman:. Aku lebih suka ditaati dengan cara yang Aku ingini) Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 262..
[96] Dari Jamil bin Daraj berkata: Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as), adakah iblis dari malaikat? Dan adakah ia mengikuti sesuatu perintah (urusan) dari langit?Dan dia (as) berkata: (Dia bukan dari malaikat, dan dia tidak mempunyai sesuatu dari perintah (urusan) Langit.  Dia adalah dari jin dan ada bersama malaikat, dan seluruh malaikat memandang sebagai sebahagian dari kalangan mereka, dan Allah mengetahi  bahawa Iblis bukan dari kalangan mereka. Oleh itu, apabila dia diperintah dengan sujud, dia melakukan apa yang dia lakukan [enggan sujud]). Bihar al-Anwar Jilid 11. halaman 119.
[97] - Al-Syhu'araa' 26::227
[98] - Al-Naba' 78:31
[99] - Shaad 38:67,68 dan 88

Nasihat Imam Ahmad Al Hassan As Buat Para Ansar

Soalan 234: Nasihat Imam Ahmad Al Hassan As Buat Para Ansar


: بسم الله الرحمن الرحيم، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Berikut adalah nasihat Sayyid Ahmad Al Hassan buat para ansar, yang didatangkan sebagai jawapan atas pertanyaan dan permintaan daripada saudara 'Alaa' yang dimuliakan. Ianya bertarikh: Rabu, 16 safar 1430 hijrah.

Jawapan:


بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين كما هو أهله وكما ينبغي لكرم وجهه وعزّ جلاله، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين الهداة الأطهار وسلم تسليماً.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta sanjungan Allah atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi. Yang ditenangkan dan disucikan serta limpahan salam pengiktirafan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya, Tuhan yang Satu, lagi Maha Esa, yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, yang tidak pernah mengambil sebarang teman dan anak. Dan aku bersaksi bahawa tuan dan maulaku Muhammad bin Abdullah hambaNya dan pesuruhNya kepada seluruh alam.

Aku bertahmid kepada Dia SWT yang menganugerahkanku dengan kurniaanNya yang tidak diketahui tentangnya melainkan Dia swt, yang menjadikanku hambaNya. KepemurahanNya ke atasku yang menjadikanku dari kalangan orang-orang yang sujud dan mentakdirkanku di kalangan orang-orang yang ingat. Pada hakikatnya, aku mendapati diriku hanyalah seorang yang lalai serta tidak layak untuk kemuliaan ini yang dilimpahkan ke atasku oleh Dia SWT. Namun, Dia yang maha pemurah memberi balasan yang banyak. Demi Allah, aku tidak mendapati diriku telah mengemukakan melainkan sedikit untuk aku mengatakan bahawa Dia telah memberikanku balasan yang banyak, berbanding sedikit yang telah aku kemukakan.

Seterusnya adalah kehendak Dia SWT yang telah menghimpunkanku di kalangan tuan-tuanku keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin alaihimussalam. Mentakdirkanku bersama-sama mereka dan menghimpun wajahku yang gelap di kalangan wajah-wajah mereka yang bersinar dengan cahayaNya swt. Lalu aku meletakkanku di antara perintahNya swt yang mengekangku di antara makrifat tentang diriku yang meresahkanku. Ia adalah apa yang Allah swt kehendaki untuk menguji makhluk dengan batu yang menjadi hitam akibat dosa-dosa, yang tidak memberi mudharat dan tidak juga memberi manfaat.

Apakah yang telah aku katakan kepada kalian: (Janganlah kalian menjadi ansar Ahmad Al Hassan, seorang hamba yang akan mati, yang tidak berkemampuan atas sesuatu pun. Tetapi jadilah ansar kepada yang sentiasa hidup, yang tidak mati dan yang berkemampuan atas segala sesuatu). Bermaksud: Janganlah kalian disibukkan oleh kiblat berbanding Hakikat yang kalian tujui. Jadikanlah hati-hati kalian melekat kepadaNya swt dan bukannya dengan salah seorang hamba-hambaNya, walau hamba ini adalah khalifah Allah di bumiNya. Kalian mentaati khalifah Allah kerana Allah memerintahkan kalian sedemikian. Jadikanlah pengorbanan-pengorbanan kalian bersama khalifah Allah; kerana Allah memerintahkan kalian sedemikian, bukan kerana kalian mencintai insan ini yang Allah jadikannya sebagai khalifahNya di bumiNya. Ini adalah syirik yang menghalang manusia mukmin soleh daripada meningkat naik ke jalan-jalan langit (samawaat).

﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ﴾

"Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah." (47 Surah Yusuf: 106)

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan perasaan kasih dan cinta kepada kami di dalam hati-hati orang yang beriman, yang membelasi hati-hati mereka untuk mengingati kami dan dan air mata mereka mengalir kerana kerinduan pada kami. Kalian diuji dengan ini juga, maka janganlah kalian disibukkan dengan ini berbanding Allah. Janganlah kalian menjadi seperti orang yang disibukkan dengan cermin berbanding gambaran yang ada di dalamnya, kerana cermin itu hanya wujud untuk menyampaikan kepada kalian gambaran tersebut.

Ketahuilah, semoga Allah merahmati kalian bahawa khalifah Allah di bumiNya, hanyalah bukti-bukti yang mereka dikenal oleh orang yang mengenali mereka dan Allah dikenali melalui mereka. Matlamat dan tujuan kalian adalah Allah dan untuk mengenaliNya swt. Oleh itu, awaslah kalian dan berwaspadalah daripada disibukkan dengan bukti-bukti (Semoga Allah mensejahterakan kesemua mereka) berbanding tujuan kalian yang telah mereka tunjuki dan halakan kepadanya.

Aku ringkaskan kata-kataku dengan dua kalimat yang aku letakkan di leher-leher kallian: (Berwaspadalah kalian dan berasa cemaslah dengan kiblat, kerana ia adalah kiblat yang diarahkan kalian untuk menghadap wajah melaluinya. Berwaspadalah kalian dan berasa cemaslah dengan kiblat, kerana ia kiblat yang diinginkan adalah apa yang disebaliknya).

Aku mengingatkan kalian agar tidak menghalusi khalifah Allah di bumiNya kerana dia hanyalah kiblat kalian kepada Allah dan aku juga takut kalian berasa cemas dengan khalifah Allah berbanding daripada mengingati Allah swt; kerana khalifah Allah hanyalah kiblat kepada Allah.

Seterusnya, jadikanlah kesibukan kalian pada berbuat baik sesama kalian dan bersifat belas ihsan sesama mukmin, semoga Allah merahmati kalian. Dengan izin Allah, tiada di kalangan kalian orang yang beriktikad bahawa Allah swt mempunyai sekutu dan tiada juga di kalangan kalian yang beriktikad bahawa Allah swt, yang mana Dia adalah cahaya (Nur) yang tiada kegelapan (zhulmah) padaNya bertahalul (bertempat) di salah satu alam makhluk di mana kegelapan bercampur aduk dengan cahaya. Bahkan ia tertegak dengan cahayaNya swt yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Sebagaimana aku menganggapi kalian mengetahui bahawa Allah berkata-kata kepada orang yang ikhlas kepadaNya daripada kalangan makhlukNya: Aku Hidup yang tidak mati dan Aku telah menjadikan kamu hidupan yang tidak mati, Aku berkata kepada sesuatu "Jadilah", lalu ia jadi dan Aku menjadikan kamu berkata kepada sesuatu "Jadilah", lalu ia jadi".[48]

Firman Allah Taala:

﴿لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ﴾

"Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali kematian di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka." [49

Mereka semua tidak mati dan tidak mengenal kematian melainkan keluarnya mereka daripada dunia ini.

Firman Allah Taala:

﴿وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاء اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُم قِيَامٌ يَنظُرُونَ﴾

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu." [50]  

Mereka semua tidak mati, bahkan mereka tidak terperanjat dan tidak mati ketika Israfil meniupkan sangka kala.

Firman Allah Taala lagi:

﴿يَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." [51

Mereka tidak binasa kerana mereka adalah wajah Allah, bermaksud: bahawa Allah berhadapan dengan makhluk lain melalui mereka.

Tetapi, di manakah hidupan yang tidak mati selainNya? Siapakah yang Hidup tidak mati itu sendiri? Di manakah yang mengatakan kepada sesuatu "jadilah" lalu ia jadi dengan daya dan kekuatan selainnya, bahkan memerlukan izin selainnya? Siapakah yang berkata "jadilah" lalu ia jadi dengan daya dan kekuatanNya sendiri:

﴿ ... قَالَ اللّهُ يَا عِيسى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ ............... وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِي﴾

[Ingatlah], ketika Allah mengatakan: "Wahai Isa putera Maryam, ingatlah nikmatKu kepadamu.......dan [ingatlah pula] di waktu kamu membentuk dari tanah [suatu bentuk] yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung [yang sebenar] dengan izinKu." [52]

Hendaklah Kalian tinggalkan perbahasan dan pertengkaran, semoga Allah merahmati kalian, serta berkata-katalah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka.

Aku berpesan kepada kalian supaya menyampaikan kebenaran kepada orang yang menuntutnya dengan lemah lembut, belas ihsan dan bertimbangrasa. Kalian membawa makanan daripada langit kepada mereka, oleh itu, janganlah kalian menyertakan pemberian kalian dengan ungkitan dan menyakiti perasaan si penerima:

﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى﴾

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima]" [53]

Jangan kalian jadikan hidayah mereka sebagai keinginan kalian, tetapi jadikanlah keinginan kalian untuk menjadi pembantu kami di lapangan hari kiamat. Jadilah kalian daripada kalangan orang yang para Malaikat berbangga dengan mereka.

Bantulah kami dengan ilmu dan amal, serta ikhlas sesama kalian. Jadilah sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat umat manusia. Sekiranya kalian tidak menjadi Ashabul Kahfi, maka kalian jadilah orang-orang yang menakjubkan mereka yang sebelum dan sesudah kalian.

Firman Allah Taala:

﴿أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾

Adakah engkau menyangka, bahawa "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?" [54].

Dan hanya mendengarkan kepala Hussein bin Ali as membacakan: "Bahawa Ashaabul Kahfi dan Ar-Raqiim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?." Bermaksud: Ashabul Kahfi yang lain, mereka adalah sahabat-sahabat Qoim yang menuntut bela dan berpegang teguh dengan agama Hussain yang dibunuh kerananya iaitu ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah).

Kalian telah berpegang dengan agama keseluruhannya iaitu ketuanan Allah. Tiada sesuatu pun yang dapat memudharatkan orang yang datang dengan ketuanan Allah di hari kiamat kelak dan orang yang mencuaikannya tidak mendapat manfaat suatu apa pun. Pada hakikatnya, orang-orang yang mencuaikan ketuanan Allah dituliskan mereka daripada kalangan orang yang menentang Muhammad, walau mereka mendakwa diri mereka sebagai pengikutnya. Mereka dituliskan dari kalangan penentang-penentang Ali, walau mereka mendakwa sebagai pengikutnya (syiahnya). Mereka dituliskan sebagai penentang-penentang Hussein, yang mengorbankan hatta anak kecilnya yang masih menyusu dan menjulang kepalanya dihujung tombak, demi memastikan ketuanan Allah.

Demi Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia, merekalah yang membawa kepala Hussain dihujung tombak pada zaman ini. Cukuplah buat mereka kehinaan dan keaiban, apabila mereka mendapati diri mereka di penghujung perjalanan, yang mana mereka tidak memahami sesuatu pun daripada agama Tuhan ataupun revolusi Hussain as.

Bertahun-tahun lamanya kalian mendengar mereka berkata terang-terangan di atas mimbar bahawa Hussain tidak pernah keluar demi kekuasaan. Mereka meyakini bahawa dengan ini mereka mensucikan Hussein as dari kekejian, sedangkan tuntutan khalifah Allah terhadap ketuanan Allah adalah tugas yang ditetapkan ke atasnya, dengan cara ia adalah aib dan penuh kekurangan bagi selainnya; kerana khalifah Allah berdasarkan tuntutannya terhadap ketuanan Allah adalah perlaksanaan kehendak Allah, sedangkan tuntutan selainnya berdasarkan ketuanan manusia adalah bertentangan dengan kehendak Allah. Orang yang dilantik Allah sebagai Imam, Allah tidak meredhai mereka menolak Imamah atau meninggalkan tugasnya dalam menunjukkan hidayah kepada manusia ke jalan yang lurus.

Oleh itu, bagaimana mereka mewajibkan bahawa Hussein as tidak pernah menuntut ketuanan Allah dan tidak pernah menuntut kekuasaan, yang disebabkannya manusia diuji dan terbahagi kepada dua bahagian pada setiap zaman; di kalangan mereka ada yang seperti Iblis mengatakan "aku" atau "kami" dan di kalangan mereka ada yang seperti Malaikat, yang di dalam sujud mereka mengatakan HUA.

Seterusnya, lihatlah musibah yang menimpa mereka pada masa lalu, yang menganggap bahawa Hussein as tidak pernah keluar menuntut kekuasaan dan menurut pemikiran mereka menganggap berketuakan Hussein as, adakah mereka pada hari ini mempunyai pegangan yang sama dengan mereka di masa lalu???!!!

Aku tinggalkan kalian dan manusia sekaliannya untuk menilai iaitu melihat mereka melompat-lompat di atas kerusi kekuasaan seperti monyet.

Wahai ansar Allah yang dikasihi, kalian telah tahu kejahilan mereka dan kebinasaan mereka. Mereka telah binasa dan membinasakan, maka bertimbang rasalah kepada orang yang telah mereka binasakan, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk:

﴿ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." [55]. 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al Hassan..

-------------------------------------
[47] - Yusuf:106.
[48] – Beliau as menunjukkan kepada hadis Qudsi yang terdapat di dalamnya: (wahai anak Adam, Akulah yang hidup tidak mati, taatilah aku pada apa yang telah perintahkan kamu sehingga Aku menjadikan kamu hidup tidak mati. Wahai anak Adam, Aku berkata kepada sesuatu "jadilah maka ia jadi", taatilah Aku pada apa yang telah perintahkan kamu sehingga Aku menjadikan kamu berkata kepada sesuatu "jadilah maka ia jadi". (Mustadrak Al Wasail: jilid 11, ms 258. Bihar Al Anwar: jilid 90, ms 376)
[49] - Ad Dukhan:56.
[50] - Al-Zumar:: 68.
[51] – Al-Rahman: 27.
[52] - Al Maidah 5:110
[53] – Al-Baqarah:2: 264.
[54] - Surah Al Kahf: 9.
[55] - Surah An Nahl: 125.

Dari Kitab Imam Ahmad Al-Hassan Al-3ijl – Patung Anak Lembu

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng

Aluan 
بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين         
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا


Kitab Al-3Iijl Bahagian 2: (Anak Lembu)
Fitnah Berhala Anak Lembu
العِجْــل الجزء الثاني


Dari Kitab Imam Ahmad Al-Hassan Al-3ijl – Patung Anak Lembu
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      



Saudara-saudari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.

Saya berlindung pada Allah dari kejahilan saya dan Al-Ana, mengharapkan limpah rahmat nurNya. Agar mengenal hakikat qudrah dan IradahNya, hakikat PenciptaanNya, mengenal Hakikat Al-3ahd wal Mitsaq, Hakikat janji dan kesetiaan penciptaan. Makrifah dan Hakikat Qul Hua (Tauhid), Makrifah dan Hakikat Allah fi al-Khalq, Makrifah dan Hakikat alam ghaib dan syahadah, Makrifah dan Hakikat Imtihaan yang telah sedang dan akan dilaksana pada Tsaqalaan.

Kitab ini membantu ansar Imam Mahdi (as) dan Ittiba3 (pengikut) Imam Ahmad Al-Hassan (as) berdakwah diperingkat awal di Iraq khususnya dan ke serata dunia.

Umat Islam telah mengalami kerosakan dalam pemahaman Agama di samping berada di dalam kezaliman pemerintah semasa. Tahrif (penyelewengan) terhadap Agama Allah ini telah berulang sejak dari Khalifah Allah yang  pertama sehinggalah wafatnya Khalifah Allah, Al-Rasul, Nabi Penutup Muhammad (S). Khalifah Allah selepas Al-Rasul, Muhammad (S) lebih dikenal dengan panggilan Khalifah Rasulullah menjadi kekeliruan yang amat besar terhadap umat Islam.

Kini di akhir zaman ini kita amat beruntung dengan terutusnya Imam Ahmad Al-Hassan (as) yang dijanjikan:

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah, dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):

وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) [12].


Kerosakan atau Penyelwengan di akhir zaman ini begitu parah, perpecahan dan perselisihan umat bukan sahaja dari segi ikutan mazhab-mazhab malah telah melibatkan sempadan-sempadan politik dan georgrafi yang memerlukan seorang Khalifah Allah yang dijanjikan, yang akan mengislah dan menerangkan Kerosakan atau Penyelwengan tersebut.

Saya hanya membawakan sebahagian besar isi kitab bahagian 2 dari Kitab Al-3ijl oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) untuk tatapan dan renung para pencari kebenaran sekelian

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada saudara sekelian.


Penyusun


✡✡✡✡✡


------------------------------
[12] - Shahih Muslim: 8 | 171, Bab kemusnahan Umat ini, sebahagian daripada sebahagian mereka, Kitab Al-Fatan.Musnad Ahmad: 5 | 277. 

                

Mahdi (as) Dalam Agama-Agama Ilahiyah

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng

Mahdi (as) Dalam Agama-Agama Ilahiyah
المهدي (ع) في الأديان الإلهية



Imam Mahdi (as) sebagai seorang Penyelamat Yang Dinantikan, dan sebagai penyelamat kepada Syariat Allah di bumiNya wujud dalam hampir semua agama samawi sebelum Islam, seperti Yahudi dan Nasrani (Kristian).

1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul
8.      Seumpama Simiriiri

Di dalam Taurat, saudara akan dapat dalam (kitab Daniel dalam suatu penglihatan (mimpi) Nebukadnezar), yang ditabir (tafsir mimpi) oleh Daniel (as) selepas melihatnya. Sebaik sahaja saudara dapati (Ruya Daniel - kerajaan dan empayar yang besar) yang bangkit di bumi selepasnya (as), dan juga perkara ini terdapat di dalam adalah Al-Kitab (Taurat Perjanjian Lama) ini dalam edaran hari ini.

Dalam Al-Kitab, ia adalah (Injil - Perjanjian Baru) Penyelamat Yang Dinantikan yang akan turun bersama Isa ( AS) dari langit, terdapat di dalam Injil iaitu dalam (Ruya - Mimpi Tuhan, Yohana). Saudara juga akan dapati Isa (as) disebut dalam Injil iaitu tanda-tanda turun kembali ke bumi. Terdapat juga tanda-tanda tertentu yang dinyatakan oleh Rasulullah (sawas) dan para Imam yang suci (as) bagi Zuhur Imam Mahdi (as) dan kebangkitannya, seperti gerhana bulan dan gerhana matahari, dan peperangan dan khabar perang-perang beliau; dan sebagainya; Nabi Isa (as) akan turun dari langit pada masa kemunculan Imam Mahdi (as), dan menjadi wazirnya dan penyokong kebenarannya.

Sebagai umat Islam, Mahdi (as) satu keperluan agama dan ingkar kepadanya adalah ingkar kenabian Muhammad (sawas), kedatangannya diriwayatkan secara mutawatir dari Nabi (sawas), sama ada dari Sunnah atau Syiah. Tetapi Sunnah berpaling dari Aushiak Nabi (sawas) dan meninggalkan hadith mereka terperangkap dalam syak wasangka, bahawa ia akan dilahirkan di akhir zaman, tetapi mengakui bahawa ia lahir daripada Ali dan Fatimah (as).

Kemudian ada pula ulamak Sunnah dalam masa Ghaibah Kubra Imam Mahdi mengakui bahawa Imam al-Mahdi (as) adalah Imam kedua belas Imam Ahl al-Bayt (as), dan dia masih hidup dan ghaib dari penglihatan seperti al-Khidhir (as).

Di antaranya, Shafi'ei di dalam kitabnya (Muthalib  Al-Suúl), di mana beliau berpegang pada bab akhir dalam kitab tersebut yang mempertahankan iktikadnya, Imam Mahdi adalah Muhammad bin Hasan al-Askari (as).

Adapun Syiah Imamiyyah Al-Itsna Asyariyah, mereka telah merujuk kepada Aushiak Nabi (sawas) selepas baginda dan mematuhinya imam demi imam, sehingga mereka sampai ke al-Imamah dan Khalifah Nabi dan Khalifah Allah di bumiNya sehingga kepada Khatam Aushiak Imam Muhammad bin al-Hasan al-Mahdi (as), namun dia ghaib dari pandangan umum dan berhubung dengan pengikutnya melalui satu jalan (cara) keikhlasan orang-orang mukmih, bagaimanapun, bahawa hanya Syiah menerima keadaan (perkara) ini; kerana Nabi (sawas) dan para Imam (as) selepas beliau membuka keghaibannya (as), dan ia disebut di dalam hadits-hadits mereka.

Kehidupan Imam Mahdi (as) sebelum Ghaibah hampir lima tahun beliau bersama dengan bapanya, Imam Al-Hassan Al-Askari (as), dia (as) dilahirkan pada 15 Syaaban 255 Hijrah. pada sebahagian riwayat, dan mula Ghaibahnya pada hari pertama Imamahnya, pada sembilan Rabi3 Al-Awwal 260 H.

Dalam masa lima tahun pertama itu, tiada yang tahu kelahirannya tiada yang dapat melihatnya melainkan Syiah yang ikhlas. Mungkin empat puluh atau lebih atau kurang, kerana beliau (as) terlindung (terhijab) dari (pandangan) manusia sejak lahir untuk memelihara kehidupannya, dan ini adalah kerana imam-imam yang tidak adil dan sesat dari orang-orang Abbasiyyah (lanahumu Allah) telah menunggu kelahiran untuk menghapuskannya dan membunuhnya, seperti Firaun (lanahu Allah) menunggu kelahiran Musa (as) untuk membunuhnya, dan seperti juga gabenor Rom mahu membunuh Isa (as) apabila diketahui kelahirannya, dan mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut busuk mereka, dan hanya Allah yang menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang Umaiyah dan Abbasiyah dan imam-imam sesat dan taghut penzalim yang memerintah umat Islam.

Urusan Imam (as) adalah urusan yang besar, kedatangannya disebut dalam banyak hadits dari Nabi (sawas) di dalam Kitab-kitab Sunni dan Syiah, bahawa Isa (as) akan bersolat di belakang beliau dan menjadi wazirnya. Lebih-lebih lagi, Hamba Soleh ini penyelamat yang menegakkan keadilan di bumi dan membawa Kalimah

لا إله إلاّ الله محمد رسول الله

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah (sawas)
- untuk semua manusia di bumi. Telah dipilih oleh Allah dari semua anak-anak Adam dalam urusan ini, sebagai mana diriwayatkan, bahawa yang pertama membaiah dalam urusan ini ketika kebangkitannya adalah Jibrail (as), dan bahawa ketika dibangkitkan Jibrail di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kirinya.

Dari Salim Al-Asyal, beliau berkata : Aku mendengar Aba Jafar berkata: (Diperlihatkan Musa bin Imran pada perjalanan pertama sejak memandang Qaim Aali Muhammad diperkasakan dan dilebihkan, Musa berkata: Tuhanku, jadikanlah aku Qaim Aali Muhammad, dikatakan kepadanya: Itu dari zuriat Ahmad. Kemudian diperlihatkan perjalanan kedua, ditemui di dalamnya seperti itu, maka dia meminta perkara yang sama, dikatakan kepadanya perkara yang sama. kemudian diperlihatkan perjalanan ketiga, dia melihat perkara yang sama, maka dia meminta perkara yang sama, dikatakan kepadanya perkara yang sama) [136].

Dan dari Muhammad bin Ali (as), beliau berkata: (Adalah tongkat Musa (as) dari Adam (as), menjadi milik Shuaib, dan kemudian datang kepada Musa bin Imran, dan bahawa ia ada pada kita, dan perjanjianku dengan yang di atas, Di sini telah diwujudkan berwarna hijau apabila dikeluarkan daripada pokoknya, dan ia untuk melafazkan jika dipersoalkan, yang disediakan bagi Qaim kita, dibuat sepertimana telah dibuat untuk Musa, dan ia adalah untuk mengganas dan menelan apa yang mereka pura-pura adakan (sihirkan), dan dibuat seperti yang diperintahkan , dan ia adalah di mana dia datang kembali meraih apa yang mereka pura-pura adakan, pada bibirnya [137], satu dalam tanah dan yang lain di langit-langit, dan di antara empat puluh hasta , dan meraih apa yang mereka pura-pura adakan (sihirkan) dengan lidahnya ) [138].

Dan dari Jabir al-Ansari berkata : Aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: (Bahawa Zhi Al-Qarnain (yang ada dua tanduk) adalah seorang Hamba Soleh, Allah menjadikan beliau hujah pada hamba-hambaNya, dia menyeru kaumnya kepada Allah Azza wa Jalla dan memerintahkan mereka untuk bertaqwa kepadaNya, dipukulnya mereka dengan tanduk itu, dan dia ghaib dari mereka berzaman-zaman, sehingga ada yang mengatakan dia telah mati atau terkorban dalam mana-mana arus lembah? Kemudian dia muncul dan kembali kepada kaumnya, dipukulnya mereka dengan tanduk itu, bukankah pada kamu, merupakan suatu sunnah, dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, dari Timur sampai ke Barat, dan bahawa Allah Tabaraka wa Taala akan meneguhkan sunnahNya pada al-Qaim dari anakku dan menyampaikan padanya di muka bumi dari Timur sampai ke Barat, sehingga tidak ada yang tinggal dengan mudah atau tidak ada keadaan yang mudah dan tidak ada Gunung yang tidak dipijak melainkan Zhi Al-Qarnain memijaknya, dan Allah menunjukkan kepadanya perbendaharaan bumi dan galian, dan menyokong beliau dengan ketakutan, bumi ini dipenuhi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman ) [139].
Bertanya kepada Abu Abdillah (as) : Adakah telah lahir al-Qaim? Beliau berkata : (Belum, meskipun aku sudah menyadari untuk hari-harinya dalam hidupku) [140].

Semoga Allah berselawat kepada sesiapa yang berkata kepada Imam ma'sum: Jika aku sedar untuk hari-harinya dalam hidupku.


✡✡✡✡✡


------------------------------
[136] - Ghaibah An-Nu3mani : halaman 246, Bihar Al-Anwar: Jilid 51 halaman 77, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 246.
[137] - dalam sebahagian salinan Al-Kafi: dua bahagian.
[138] - Al-Kafi: Jilid 1 halaman 231, Bihar Al-Anwar: Jilid 26 halaman 219, dan: Jilid 52 halaman 318, dan diriwayatkan seperti dalam matan dari Bashair Al-Darajat, manakala Diriwayatkan dalam Bashair Al-Darajat: halaman 203, dan dalam Al-Imamah wa Al-Tabshirah: halaman 116, dan Kamal Al -Din: halaman 674, denga khilaf kepada pada akhir riwayat. Dan telah diriwayatkan dalam Hamasy Mukhtashar Bashair Al-Darajat dari naskhah Al-Bihar.
[139] - Kamal Al-Din : halaman 393 , Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 323 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 1 halaman 256.
[140] - Ghaibah An-Nu3mani: halaman 252 , Bihar Al-Anwar: Jilid 15 halaman 148, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 385.


                

Penyelamat Yang Dinantikan (as)

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng

Penyelamat Yang Dinantikan (as)
( (ع  لمصلح المنتظر

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ * وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾

1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul

8.      Seumpama Simiri


Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu. [Al-Qashash: 28: 4-6]   [134].

Imam Mahdi (as) Washiy kedua belas dari Aushiak Nabi al-Khatim (Penutup Nabi-nabi) (sawas), Imam yang terlalu lama selama bertahun-tahun, sehingga di kalangan Syiah memperkatakan tentang keimaman dan kekhalifahannya kepunyaan Allah di muka bumiNya. Penyelamat, yang ditunggu-tunggu semua umat manusia, umat Islam dan lain-lain, pengikutnya dan musuhnya. Manusia sedang menunggu kezuhurannya untuk menyokong beliau, dan yang lain pula menunggu-nunggunya untuk menimpakan marabahaya dan menghapuskannya jika dia zuhur dan bangkit, dan mereka fikir mereka boleh mengubah sunnah Allah.

Orang yang beriman sedang membuat persediaan untuk kezuhurannya dan yang lain juga membuat persediaan untuk kezuhurannya. Sebahagian orang Islam yang lalai tidak tahu menahu sedikit pun mengenai beliau, dan sebahagian pengikutnya atau daripada orang yang memanggil mereka dengan nama Syiah tidak mengetahui (mengenal)nya, melainkan sebagai simbol sahaja, berputus asa daripada kemunculannya dan kebangkitannya, pengharapan ini jelas kelihatan daripada tindakan (amalan) mereka, walaupun tidak menyatakannya dengan kata-kata.

Dalam saat-saat yang genting, yang terlalu hampir dengan kiraan jam menunjukkan sifar, kita perhatikan orang-orang yang jauh dari kebenaran mula mendekati beliau perlahan-lahan malah seolah-olah mereka telah masuk ke dalamnya. yang lain pula di tengah-tengah bulatan kebenaran mula menjauhinya sedikit demi sedikit sehingga mereka terkeluar darinya. Oleh itu, orang dalam lembah jurang mula naik ke gunung perlahan-lahan, dan yang lain pula mendapati diri mereka berada di puncak mula turun malah seperti mereka mungkin telah jatuh ke dalam jurang.
.
Dalam erti kata lain: dunia dan di akhirat, dan semua yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang memilih kebenaran akan memeluk kematian dan berjalan menuju akhirat, tidak kira sama ada kematian berlaku atau berlaku kematian ke atasnya. sesiapa yang memilih kebatilan tertarik dengan kehidupan dan mengabdi kepada dunia. Dan orang-orang di antara kedua-dua golongan pula terasa bahangnya seperti mabuk, tidak masuk kepada golongan ini dan tidak (pula) kepada golongan itu, mereka mengenal kebenaran tetapi tidak menyokongnya, dan mereka membenci kepalsuan tetapi tidak memusuhinya. Rugi di dunia dan diakhirat, itulah kerugian yang nyata.

﴿إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيراً﴾

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, [135].



✡✡✡✡✡


------------------------------
[134] Al-Qashash: 4-6.
[135] Al-Nisa: 97.