Sunday, 23 November 2014

Realiti Hari ini

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng


Realiti Hari ini

Perselisihan dan perpecahan umat manusia berlaku di sepanjang zaman. Mari kita lihat realitinya hari ini.

Dari lebih kurang 7 ribu juta (billion) penduduk dunia hanya 3.71 ribu juta sahaja yang beragama dengan agama Samawi atau 53% dari penduduk dunia. Orang-orang Kristian 2.1 ribu juta orang, orang-orang Islam 1.6 ribu juta orang dan orang-orang Yahudi hanya 10 juta orang dan manusia lain selebihnya 47% menganut berbagai jenis agama atau tidak beragama.
1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul

8.      Seumpama Simiri



Walau bagaimana pun kebanyakan negara-nagara di dunia ini walaupun penduduknya menganut agama tertentu, pemerintahnya berfahaman sekular dengan mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Perpisahan ini tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekular itu ialah faham keduniaan semata-mata. la tidak ada sangkut paut dengan Akhirat.

Ertinya, bagi orang yang berfaham sekular, hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun hanya berlaku di dunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata.

Bagi agama samawi terutamanya orang-orang Yahudi dan Kristian telah diratah oleh fahaman sekular hingga tidak bersisa lagi. Yang tinggal adalah harapan akan munculinya Nabi Ilya (Elia) (as) bagi orang-orang Yahudi dan Jesus Kristus (Isa Al-Masih) (as) bagi orang-orang Kristian yang akan menyelamatkan mereka dari penindasan Taghut penzalim dan kerosakan agama meraka..
                                                
Bagi umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah agama mereka hanya tinggal amalan Syari’ah Khususiyah tanpa Khalifah Allah (Imam lantikan Allah) dan Akidah tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran. Ia antara haq dan batil. Bagi umat Islam Syi’ah dalam menunggu munculnya Imam Mahdi (as) telah ada Wilayah Faqih, Marji’eiyah mendahului Wilayah Imam-Imam Ahl Al-Bait Rasulullah tak ubah seperti saudara umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah. Berttaklid kepada Wilayah Faqih, berubah kepada Syi’ah Marji’eiyah. Tetapi masih ada umat Islam yang berjalan menyungsung arus kedua saudara mereka Syi’ei dan Sunni. Ia antara haq dan batil!!??


Iltizam dengan Islam


1.   Negara Arab Saudi (Milik anak-anak Muhammad ibn So3ud (ALSaudiyah)) bermazhab  serpihan Al_Sunnah (mazhab Muhammad ibn Abdul Wahab – Wahabi) dengan slogan Salafi, mengurus Haramain tetapi malangnya berkiblatkan Amerika. Mereka sangat memusuhi Ahl Bait Rasulullah. Rabitah Alam Al-Islami membelanjakan jutaan Dolar Amerika untuk menyebar faham mereka ke serata dunia di Negara-negara Umat Islam.
2.   PAergerakan-pergerakan Islam Antarabangsa yang ingin mengembalikan Khalifah Allah di bumi seperti Hizbu Tahrir, atau seperti pergerakan Al-Ahbash yang ingin memperteguh fahaman Mazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah dan berbagai pergerakan antarabangsa yang lain.
3.   Parti-parti politik di setiap Negara umat Islam dengan tekad menubuhkan Negara Islam sehingga ada yang Berjaya memerintah walaupun kemudiannya jatuh kembali.
4.   Tidak kurang yang Islam mereka berjubahkan kesufian atau apa-apa budaya Islam dalam mendekatikan diri kepada Allah.
5.   Selebihnya (atau kesemuanya) adalah Negara-negara umat Islam yang diperintah oleh kerajaan Sekular yang pro Amerika dan Barat, mengamalkan demokrasi pilihan raya untuk melantik pemerintah mereka.

Itu dari satu sudut dan mungkin ada banyak peepecahan lagi jika ...


Masyarakat Islam Sunni dan Syi’ei


Bagi umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah sumber ilmu Akidah dan Syariah mereka adalah sumber tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran. Khalifah-khalifah atau pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya memerintah umat Islam di bawah lantikan mereka sendiri dan menguasai Ulamak dan umat Islam (Sunni dan Syi’ei)

Negara umat Islam semakin berpecah kerana perebutan kuasa sehinggalah banyak negara umat Islam samada sunnah atau syi’ah yang rakyatnya campuran antara Sunni dan Syi’ei mengikut keadaan semasa. Mereka tetap berpecah kepada mazhab atau aliran yang lebih kecil.

Umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah menunggu Imam Mahdi, anak Fathimah binti Muhammad (Ahl Al-Bait) bernama Muhammad atau Ahmad bin Abdullah yang akan keluar di akhir zaman sebagai Khalifah Allah yang akan memerintah dunia dan memenuhinya dengan keadilan dan kemakmuran setelah (sebelumnya) dipenuhi dengan kerosakan dan kezaliman.

Bagi umat Islam Syiah Agama mereka merujuk kepada para Imam yang maksum (as) selepas Nabi (S). Bermula dari Imam Ali dan Al-Hasan, dan kemudian di bawah Imam Al-Hussain yang sentiasa diburu dan dimusuhi pemerintah semasa sehingga 9 Imam-imam anak-anak Al-Hussain (as) dan yang terakhir adalah Imam Muhammad bin AL-Hassan ‘Askari (Al-Mahdi). Imam Mahdi ini diangkat (dighaibkan) Allah SWT seperti Allah mengangkat Nabi Isa , Nabi Elia (Iliya) dan Khidir (as)

Semasa berlakunya Ghaibah Kecil (sughra) mereka telah merujuk kepada wakil (safir) Imam (as), dan ketikamana berlakunya Ghaybah Utama (Kubra) mereka telah merujuk kepada ahli-ahli Feqah (ulama) yang meriwayatkan daripada Maksumin (as).

Namun setelah berlalunya masa sebahagian ulama Syiah mula merujuk kepada kaedah-kaedah rasional yang dimulakan penulisannya oleh ulama Ahlus Sunnah. Dikatakan bahawa orang pertama yang menulis (sejak abad ke 20 Masehi (1900an) ) berkenaan kaedah-kaedah rasional di kalangan Syiah adalah Al-Allamah Al-Hilli, bilamana dia membuat ringkasan salah satu kitab Ahlus Sunnah di bidang Usul Fiqh. Seterusnya menyebabkan berlaku perbezaan pendapat yang besar di kalangan ulama Syiah selepas itu, iaitu samada cukup dengan hukum-hukum Muhkamat di sisi Al Quran dan hadits-hadits yang diriwayatkan daripada maksumin (as) dalam mengeluarkan hukum Syariat atau diharuskan menggunakan dalil akal dan sebahagian yang lain pula menambahkan “Ijmak”.
                                                                
a)  Ijtihad oleh Hakimiyah Al-Nas bukan syariat Allah, contoh betul dapat 2 pahala, jika salah dapat satu pahala – menggalakkan kefasikan. Atau Pemimpin umat dipilih oleh manusia.
b)  Bagi orang Syiah setelah berlalu Ghaibah yang panjang (255 H – 1337 H (869M-1919 M)) dari Akhbari (berpandu-bertaqlid hanya dari yang bersumber pada tsaqalain) bertukar kepada aliran Ushuli yang mencipta aliran wilayatu Faqih yang berfatwa/berijtihad dan tidak hanya bertaqlid pada Ar-Rasul dan Ahlul bait lagi dan mewujudkan Wilayah Al-Faqih atau Marji3iyah. Itulah kebanyakan Syiah yang ada pada hari ini.
                                  
Taqlid dan Ijtihad

Ijtihad adalah kefahaman (faqih) terhadap Agama Allah dari segi Syariah dan Akidah. Ijtihad (Mujtahid Mutlaq) hanya diberikan pada Khalifah Allah kerana mereka menerima pimpinan (hidayah) Allah sebagai Hujjah Allah yang dilantik Allah di bumiNya. Bukan dilantik oleh manusia. Mereka adalah (‘Itrahku - Ahl AL-Baitku) seperti kata Rasulullah (S), adalah pemegang Tali Allah yang merentang dari langit dan ke bumi yang tidak berpisah sehingga di Al-Haudh.

Bertaqlid hanya dari yang bersumber pada Khalifah Allah – bukan yang telah dipinda atau dicipta oleh sesiapa pun. Orang beriman kepada al-‘amilin bukan gair ul-‘amilin – Konsep sami’na wa atha’na (Kami dengar dan kami taat).

Umat Islam yang bermazhab Syi’ah Imamiyah (Syi’ah Itsna ‘Asyara atau Jaafari) ini mengakui bahawa Khalifah Allah adalah Khalifah Rasulullah yang dilantik Rasulullah melalui wasiat baginda kepada Ali bin Abi Talib dan sebelas anak-anaknya. Imam ke 12 adalah Imam Muhammad  Al-Hasan Askari menjadi Imam Zaman atau Khalifah Allah (Khalifah Rasulullah) dengan dua keghaiban.

Keghaiban Sughra (Kecil) sejak berumur 5 tahun (255 H ketika wafat Imam Al-Hasan Askari) dengan 4 wakil (naib) dan
Keghaiban Kubra (325H) sehinggalah keluar di akhir zaman. Umat Islam Syiah Ahl Al-Bait hanyalah berpandukan ulamak yang hanya bertaklid kepada Imam-imam 12 iaitu berpandukan Al-Quran dan Hadits-hadits  Rasulullah dan Imam-imam 12, ini juga menunggu keluarnya Imam Mahdi (as) dari ghaibnya seperti Khidir (as), Ilya (as) dan Isa (as).

Ringkasnya

Kerosakan Agama sudah sampai ke tahap memenuhi bumi. Sejahat-jahat makhluk di bawah lindungan langit adalah Fuqahak, yang sepatutnya memahami Agama mengikut Tauhid dan Risalah Nubuwah tetapi kosong tiada akhlak Ilahiyah tetapi berakhlak dengan akhlak duniawi ala syaitaniy.

Dunia dikuasai oleh taghut penzalim, dajjal terbesar binaan Iblis, menekan, menghimpit dan memaksa umat manusia mengutamakan Aku dirinya sendiri sehingga jauh dari Dia Pemilik segalanya SWT.

Masa-masa Adam (as) telah berlalu. Dia Khalifah Allah Pertama dan Hujjah  Allah contoh yang patut dibaca (Al-Quran) manusia untuk mengenal para utusanNya (Rasul). Utusan-utusan Agung (Uulu Al-3adzmi) Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (as) dan Muhammad penutupnya (Khataman Nabiyin) telah diutusNya. Islam bawaan Nabi penutup telah lengkap dan di akui lengkap oleh Rabb Al-Jalil setelah Nabi penutup mengumumkan Pengganti baginda (Khalifah Al-Rasul) di Perairan Al-Ghadir. “Jika Aku Maula-mu, (sambil menagangkat tangan penggantinya) ini adalah Maula kamu sesudah ku” iaitu Ali bin Abi Talid (as)

Mereka yang ada agenda sendiri telah membuat tekad. Sebaik sahaja mangkat Sang Nabi penutup itu, belum pun sempat disemadi, olah mereka yang sangat rapat dengan baginda, mereka yang sangat taat, mereka yang ada di kiri dan kanan di hadapan dan berlakang malah yang mengelilingi baginda mula beraksi. Tanpa mempedulikan wasiat, Tanpa mempedulikan amanat, Tanpa mempedulikan semuanya. Takkan yang tak bertaring akan bangkit, takkan yang sedang mengurus jasad mulia untuk di semadi sempat bertindak...

Bertukarlah pemegang dustur ummah (Al-Quran), tali yang merentangi langi dan bumi dari wakilNya, KhalifahNya, HujjahNya yang disebut lebih 20 dekad kepada pemilik agenda, terus memakai jubah Pengganti Utusan Allah. Kemudian menunjukkan belangnya memperkukuh kedudukannya. Rupanya ia ulangan yang telah biasa dan selalu berlaku sejak Nabi Pertama, Khalifah Pertama dilantik Sang Yang Mencipta, kata lainNya:

 (Ingatlah) ketika Aku Bicara pada malaikat-malaikat, “Aku akan cipta seorang Pengganti di Tanah Rendah (Bumi)” Mereka menyanggah, “Mengapa Engkau akan cipta di atasnya yang merosak dan menumpahkan darah, pada hal kami menyanjung, memuji dan mensucikan Engkau?” KataNya, “Aku lebih tahu, apa yang tidak kamu tahu!”

Mujurlah makhluk-makhluk tinggi (malaikat-malaikat) itu, menarik balik kata mereka dan akur sujud pada Khalifah Pertama kecuali Iblis. Dia (Iblis) dijatuh hukum, tapi diberi tangguh ke suatu hari yang ditentukan.

Perlantikan Khalifah Al-Rasul Muhammad (S) tersebut bukan kehendak baginda, tetapi kehendak Allah, semua umat Islam tahu, semua Muhajir tahu, semua Ansar tahu, tetapi mereka ikut kata hati, dan keinginan hati atau berkias dalam hati, Aku lebih baik dari yang dilantik itu. Seperti dahulu (Khalifah Pertama) ada yang sujud (patuh) dan ada yang tidak. Kalau Iblis berjanji menghuru-harkan iman, yang ini merampas hak Khalifah.

Mulalah babak-babak baru dari menyerah (Islam) kepada nifaq (Munafik), dari iman kepada ingkar.... Ia berlalu lebih dua dekad pula ... Setelah tiada pilihan Pengganti sebenar Ali bin Abi Talid (as) diikat Setia (dibai’ah). Tapi malangnya kali ini ia diperangi. Kalau 3 pengganti Al-Rasul sebelum dibunuh yang ini diperangi. Lebih 20 000 umat Islam mati.

Umat Islam telah terbiasa dengan bid’ah (mengubah amalan Rasulullah). Khalifah lantikan Allah melalui wasiat Rasulullah ini (Ali bin Abi Talib) cuba mengajak kembali balik kepada Sunnah Al-Rasul ia jadi mustahil!!??

Jika Imam Ali (as) cuba melarang sembahyang Tawarikh berjamaah dan menyuruh tentera sembahyang sendiri-sendiri di rumah, kerana itu sunnah Al-Rasul, nescaya tenteranya lari meninggalkannya. Ia diubah oleh Khalifah Kedua, yang malah menyebut ketika melihat sembahyang Tawarikh berjamaah di masjid, “Inilah bid’ah yang paling indah!!”

Itulah yang berlaku, dan ia berterusan, perang berlaku lagi (Siffin) 30 000 pula umat Islam terkorban ........ Al-Hassan menjadi Khalifah lantikan Allah melalui wasiat Rasulullah kedua .... sayangkan Agama Allah menyerahkan kepimanan kepada Muawiyah... begitu liku-liku khalifah Allah yang dijalani oleh ‘Itrah Ahl Bait Rasulullah. Imam Ali dikutuk di mimbar Jumaat puluhan tahun, mana mungkin ada yang mengasihi ‘Itrah, Ahl Bait Rasulullah!?

Ada pengikut-pengikut ‘Itrah Ahl Bait Rasulullah – Syi’ah Ali. Berjalan menyunsung arus kehidupan pengikut-pengikut Para sahabat Rasulullah, yang mendabik dada sebagai golongan yang berpegang sunnah Rasulullah beramai-ramai (Al-Sunnah dan Al-Jamaah).

Syi’ah Ali sesat dan batil, kerana percaya Ali Khalifah Rasulullah??!
Syi’ah Ali sesat dan batil, kerana percaya Itrah Ahl Bait Khalifah Rasulullah??!
Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah benar dan berada dijalan yang lurus kerana ia memegang Sunnah Rasulullah dan Sunnah Para Sahabat Rasulullah??!

Kini berita Besar datang lagi. Seorang yang mendakwa dia membawa wasiat Rasulullah.
Seorang yang mendakwa dia dari Itrah Ahl Bait Rasulullah.
Seorang yang mendakwa dari keturunan Ali dan Fatimah.

Ujilah dia, benarkah dia dilantik oleh Rasulullah melalui wasiat baginda?
Ujilah dia, adakah dia mempunyai Ilmu dan Hikmah??
Ujilah dia, adakah dia menyeru kepada Bai’atu Lillah???
       
Biarlah manusia sedar, dan janganlah sampai

يَوْمَ  تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا *
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Pada hari muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.* Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi (ajaran) ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar. (Al Ahzab 33:66-67)
:
Inilah akhir zaman,

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah, dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):

وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi).

Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.


Friday, 21 November 2014

Mukjizat Terbaru Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Abdullah Hashem (face book)
.
Semalam (21 Nov, 2014) di 9:29 am·
                                       
MUKJIZAT TERBARU IMAM AHMAD AL-HASAN (AS)


Saya Abdullah Hashem telah bercakap dengan salah seorang daripada saudara saya mengenai Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan mengenai seruan (dakwah) yang diberkati.

Saya dapati dia sedikit mengejek-ngejek kepada perkara tersebut dan tidak berminat,

Kemudian dia (orang yang sama) meminta saya pinjamkan dia wang supaya dia boleh pergi dan bertemu dengan tunangnya.

Saya tiada wang kecil pada masa itu kecuali £ 100 (pound) Mesir lalu saya pinjamkan kepadanya dan berkata "Gunakan apa yang kau perlukan dan kembalikan kepada saya yang selebihnya apabila kau kembali nanti."

Jadi selepas beberapa jam dia kembali dan berkata kepada saya: "Sesuatu yang benar-benar luar biasa berlaku, saya berada di teksi dengan tunangan saya dan saya berfikir tentang apa yang kau katakan tentang Ahmad Al-Hassan dan saya kemudian membayar tambang kepada pemandu teksi dan dia memberikan saya wang lebihannya. Kemudian tiba-tiba tunang saya berkata, “Lihatlah apa yang tertulis pada wang kertas ini, ia ganjil!” dan saya melihatnya dan dapati bahawa ia tertulis pada wang kertas itu, "Ahl Al-Bayt - Taat kepada mereka adalah Iman dan durhaka kepada mereka adalah munafik!" Jadi saya terkejut dengan tulisan mengenai Ahlul Bayt ini, engkau tidakkan pernah terjumpa dan saya tidak pernah melihat sesuatu yang tulisan seperti ini pada wang kertas di negara Mesir ini. Dan apatah lagi pada suatu masa di mana engkau telah bercakap dengan saya mengenai Ahmad Al-Hassan dan Ahlul Bayt (as). Ini mesti suatu mukjizat (keajaiban)! "


سبحان الله العظيم و الحمد لله و أنا عبدالله هاشم أشهد أن كل هذا حصل

Maha Suci Allah Yang Maha Agung. Dan Segala Puji bagi  Allah dan saya Abdullah Hashem bersaksi bahawa semua ini berlaku.

Berikut gambar Wang kertas  £ 10 Mesir






Thursday, 20 November 2014

Orang-Orang Yang Menyeleweng

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng


Orang-Orang Yang Menyeleweng
المحرّفــون

Mereka adalah pemerintah yang pada zahirnya Islam dan ulamak suuk yang tidak beramal.


1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul

8.      Seumpama Simiri

Para pemerintah yang menyeru supaya memutarbelitkan Syariat tidak lain adalah para penguasa (raja). Setiap iktikad atau hukum Syariat adalah bertentangan dengan pengekalan kerusi kerajaan. Ini menurut pandangan mereka perlu dirosakkan dengan menyelewengkannya, dalam apa jua bentuk, sama ada ia membina hadits-hadits dan ditempelkan kepada Ar-Rasul (sawas), atau memadam ayat-ayat atau surah di dalam Al-Quran, jika mungkin, atau dengan mencegah meriwayatkan hadits-hadits sahih Rasulullah (sawas), atau menghalang dari membaca al-Quran seperti ia diturunkan dan ditafsirkan seperti yang dikehendaki Tuhan, atau dengan mengupah mereka yang dipanggil ulamak untuk memutarbelitkan Al-Quran dan mentakwilkan tafsirannya mengikut keinginan pemerintah yang zalim.

Dan juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah, bahkan ia membantu untuk terus berkuasa lebih lama dan untuk lebih mudah melaksanakannya, terutamanya jika yang membantu mereka dalam keadaan jahil agama dalam masyarakat Islam dan wujud ulamak suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku pada negara-negara Islam hari ini.

Para ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana pemerintah yang tidak adil kebanyakannya mengisyaratkan dari tindakan dan perbuatannya secara umum dalam usaha memerangi Auliak Allah untuk mengeluarkannya dan memerangi syariatnya, tetapi ulamak yang tidak beramal boleh mengenakan pakaian ahli abid pertapa, maka ia akan dapat misalnya, berpura-pura berjalan kaki, lemah lembut dalam ucapannya, dan mungkin berkelakuan dengan menghinakan diri dan bergaul bersama pengikutnya. Tetapi jika saudara menyiasat dengan lebih dekat lagi, saudara akan dapati ia sombong dan rosak (agamanya), mereka-reka kebaikan dan merendah diri, tetapi hanya pada zahirnya. Dia mengisyaratkan kepada sifat dalamannya, diterbitkan dari terlalu banyak untuk melepaskan dirinya yang akhirnya mendedahkan dalamannys yang Hitam, Maka (Apa yang dibina dalam tulang akan keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab - pentj].

Dan kemungkinan menjadi ulamak suuk berpanjangan walaupun selepas kematian mereka, akan kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan fatwa mereka yang tidak betul, dan akan kekal pengikut mereka kerana mereka mempunyai sifat-sifat munafik dan kerosakan yang tersembunyi di hati mereka, atas sebab-sebab banyaknya penyelewengan mereka, seperti menuntut kepimpinan agama, dan memuaskan keinginan nafsu diri.

Termasuk: Mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan (saya tidak tahu), tetapi tuntutan ini untuk mengetahui kitab Allah dan ilmu turunnya ayat dan tafsiran ayat muhkam dan mutasyabihat, walaupun mereka mempunyai fatwa setiap masalah syariah, dan menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah. Mungkin keangkuhan membawa mereka pada setiap apa yang dibawa, dengan melihat diri mereka sebagai ulamak dan yang lain-lain jahil. Dan mereka lebih baik daripada semua orang dan lebih tahu dari semua orang.

Mungkin dari anggapan terhadap penyelewengan kerana takut pemerintah taghut penzalim, mereka berfatwa untuk memuaskannya dan untuk mengelakkan pertembungan dengannya, sebagai contoh, keharusan terlibat dalam barisan angkatan tentera yang matlamat terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan melemahkan agama Allah di muka bumi dan menghapuskannya sama sekali jika boleh.

Mungkin ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji tambahan rasa bimbang terhadap dunia dan harta kekayaan, maka mereka akan bersikap lemah lembut kepada taghut penzalim, dan menyesatkan orang Islam dengan memutarbelitkan syariah.

Imam al-Shadiq (as) berkata: (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan merendahkan agama, kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.) [130].

Beliau (as) berkata: (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as), jangan jadikan di antara Aku dan orang berilmu yang terpesona dengan dunia kamu ini lebih kamu utamakan dari jalan mencintaiKu, kerana mereka termasuk jalan hamba-hambaKu yang lain, sesungguhnya paling rendah apa yang Aku buatkan untuk mereka, Aku telah mencabut dari rasa nikmatnya bermunajat kepada-Ku dari hati mereka ) [131].

Dan dari kata-kata Nabi Isa (as): (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk), dan kamu menerima ganjaran, tetapi membuang amalan, hampir-hampir Tuhan kamu menuntut untuk berbuat demikian, dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam kubur yang gelap dan sempit) [132].

Kedua-duanya adalah – di antara ulamak suuk yang tidak beramal, dan pemerintah taghut penzalim yang memerintah negara-negara Islam hari ini - yang lebih berbahaya dari Kafir Harbi seperti Zionis terhadap Islam; Ini adalah kerana kekalnya ulamak suuk yang bermakna kekalnya pemerintah taghut penzalim yang memerintah orang Islam, dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya kekalnya Zionis yang menduduki tanah umat Islam, dan kekalnya orang Amerika menguasai umat Islam untuk mengembalikan mereka dari kecelakaan dan kemusnahan; kerana pemerintah-pemerintah ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam, sama ada secara sedar atau janji-janji kekacauan yang melulu, dan seperti mana Zionis lakukan di sepanjang bulan-bulan perjuangan (intifadhah) yang diberkati di bumi Palestin, telah membunuh seratus orang atau lebih sedikit. Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka membunuh beratus-ratus orang sehari, malah beribu-ribu umat Islam. Seperti mana Zionis membunuh umat Islam untuk menjaga tanah yang dirampasnya, selama ini pemerintah taghut penzalim dan sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin, kerana mereka gemar menumpahkan darah. Mereka taghut penzalim ini dan penyokong mereka tenggelam dalam sifat kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal erti kebaikan sedikit pun

                                                    ﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾                                                  

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), [Al-Baqarah 2:18]  [133].

Pertempuran pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan ulamak suuk yang tidak beramal, dan kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang menguasai negara-negara Islam, dan kemudian diikuti dengan pemerintah taghut penzalim yang menguasai seluruh dunia, tetapi sebelum semua itu kita mesti bermula dengan diri kita sendiri dan menyingkiran tentera-tentera syaitan. Rasulullah (sawas) mulakan gerakan pengislahan di Ummu Al-Qura di Mekah, sebuah bandar yang mewakili pihak berkuasa agama Hanafi dan bandar tempat menunaikan haji bagi penganut Hanafi, kemudian pergi ke kampung-kampung sekitarnya di Semenanjung Arab, dan kemudian ke empayar di sekitar baginda shalawatu Allah 3laihi wa 3la Aalihi.

Adalah tabi’ei (lumrah) untuk menghadapi semua arus kejahilan dan menghadapi pemimpinnya yang sukar dan perlu kepada kekuatan dari Zat Allah, keazaman dan kesabaran dari mara bahaya.

Dan mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya melainkan dengan sokongan ma’shum dari Allah SWT dan dia adalah Imam Mahdi (as). Tugas kita hari ini adalah menyusun atur (mempersiapkan) kerajaannya (as), mengislah semua jenis penyelewengan yang wujud, sebanyak mungkin, atau sekurang-kurangnya mengenalkannya kepada manusia, bukan untuk leka berdiri, berpeluk tubuh dan hanya mengatakan لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.

Ya, لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.,
وإنّا لله وإنا إليه راجعون - dan kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,
tetapi Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan kita telah bermohon kepada Allah untuk mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as) yang memberkati kita dan dengan kelebihannya dan sebagai karuniaNya dan memulakan kemuliaanNya dengan kezuhurannya dan untuk memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus, dan membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada kita Manasik dan Hukum Syariat yang sebenarnya.



✡✡✡✡✡


-----------------------------------
[130] – 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 107.
[131] - 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46 dari Rasulullah (sawas).
[132] – Maniyah Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39, Sunan Al-Daramiy: Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.
[133] – Al-Baqarah:18.



Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng

Apakah Agama Islam Juga Menyeleweng


Penyelewengan Umat Islam Dari Jalan Yang Lurus

الانحراف في الأمة الإسلامية عن الصراط المستقيم


Yang Maha Tinggi Berfirman:
1.      Realiti Hari Ini
2.      Realiti Sejarah
a.       Muqaddimah
g.      Orang-orang yang Menyeleweng      
4.      Khalifah Allah –Khalifah Rasulullah
6.      Udul – Makshum
7.      Kedudukan Ahl Al-Bait Al-RAsul

8.      Seumpama Simiri
                            
بسم الله الرحمن الرحيم ﴿ الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ * مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. * Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? * Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. * Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. * Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba; dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. * Dan sesiapa yang berjuang (berjihad) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian makhluk. [Surah Al-Angkabut 29:1-6.].

Penyelewengan dari jalan yang lurus tidak dapat dielakkan berlaku pada umat Islam, sama ada dalam Aqidah-aqidah (al-‘Aqa’id) atau Hukum Syari’at (Al-Ahkam wa as-Syari’ah):

                  ﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾
                                                            
("Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. [Surah Al-Fath 48:23], 

﴿لَتَرْكَبُنَّ طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾

Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, [Surah Al-Iinsyiqaq 84:19]

وقال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة، حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم سنة بني إسرائيل)

Rasulullah (sawas) bersabda: (Demi Yang diriku ditanganNya dan Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu contoh setapak demi setapah Dan langkah demi langkah, Sehingga mereka merasa tidak berdosa dengan cara mereka, tidak sesat seperti sunnah (cara) Bani Israil,)  [27].


عن عبد الله بن عمرو قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لبأتين على أمتي ما أتى على بني اســــرائيل حذو النعل بالنعل حتى ان كان منهم من بأتي أمه علانية لكان في أمتي من يصنع ذالك , وان بني اســـرائيل تفرقت على ثنتين وســبعين ملة, وتفترق أمتي على ثلاث وســبعين ملة كلهم فى النار الا واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله  ؟ قال : " مـــا أنا عليه  وأصـــحابي". ( الترمذي و الآجري واللا لكائي وغيرهم. حـــسن بشــواهد كثيرة )

Artinya: Dari Abillah Bin ‘Amr berkata, Rasulullah (S) bersabda: “ Akan datang kepada umatku sebagaimana yang terjadi kepada Bani Israil.  Mereka meniru  perilakuan seseorang dengan sepadannya, walaupun diantara mereka ada yang menggauli ibunya terang-terangan niscaya akan ada diantara umatku yang melakukan seperti mereka. Sesungguhnya bani Israil berkelompok menjadi 72 golongan. Dan umatku akan berkelompok menjadi 73 golongan, semua di neraka kecuali satu. Sahabat bertanya; siapakah ia Ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: “ Apa yang Aku atasnya dan sahabat-sahabatku “ ( HR. At-Tirmidzi, Al-Ajiri, Al-lalkai. Hadits hasan)   

Pengajaran daripada riwayat di atas yang pertama perkara yang akan dilakukan Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah mengubah penyelewengan ini , mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (sawas), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As- Samiriyah.

عن أبي بصير، قال: قال الإمام الصادق (ع): (الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء. فقلت: اشرح لي هذا أصلحك الله. فقال (ع): يستأنف الداعي منّا دعاء جديداً كما دعا رسول الله (ص))


Dari Abu Basir, berkata: Imam Ash-Shadiq (as): “Islam dimulai sebagai sesuatu yang asing (ghariban) dan akan kembali asing sebagaimana  mulanya diberkati (beruntung) bagi yang asing.” Aku berkata: “Jelaskan kepadaku yang diislahkan Allah, “Dia (as) berkata: “Akan dibuka kembali dakwah dari kita seru (dakwah) baru seperti yang diseru Rasulullah (sawas).”
[28]..

Dan dari Ash-Shadiq (as), beliau berkata: “Dikerjakan - iaitu al-Qaim - apa yang dikerjakan Rasulullah (sawas), Akan dipadam apa yang datang sebelum beliau sebagaimana Rasulullah (sawas) memadamkan urusan Jahiliyah, Islam diperbaharui semula.” [29]..

وعن ابن عطاء، قال: (سألت أبا جعفر الباقر (ع) فقلت: إذا قام القائم (ع) بأي سيرة يسير في الناس؟ فقال (ع): يهدم ما قبله كما صنع رسول الله (ص)، يستأنف الإسلام جديداً)


Dan dari Ibn 'Ata' , bertanya: “Aku bertanya kepada Aba Jafar al-Baqir (as) dengan kataku, Jika al-Qaim (as) bangkit, sirah (perjalanan hidup) siapa yang diikutinya?” Dia (as) berkata: “Beliau menggantikan apa yang sebelumnya sebagaimana dikerjakan Rasulullah (sawas), Islam diperbaharui semula.” [30].


عن الباقر (ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا رسول الله (ص)، وإنّ الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء)


Dari Al-Baqir (as) , beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia perintah yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (sawas), dan bahawa Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing. [31].

Dan mungkin ada yang menyangka bahawa ia adalah penyelewengan yang jauh dari As-Sunnah, kerana mereka meninggalkan dari berpegang dengan Aali An-Nabi (keluarga Nabi) Imam dua belas (as), yang akibatnya membawa mereka kepada penyelewengan pada kedua-dua Aqidah atau Hukum-hakam, tetapi hakikat bahawa hadits-hadits dan riwayat dari Ahli Bait Nabi (Shalawatu Allah ‘alaihim) sebagai penunjuk penyelewengan masyarakat yang batil sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), seperti mana perselisihan dalam Aqidah atau Hukum-hukum Syariah dan di kalangan ulamak Islam, sama pada kedua-dua Sunnah dan Syiah, atau di antara para ulamak sendiri pada setiap firqah masing-masing.

Untuk itu, perlu diketahui masalah berlakunya perselisihan (khilaf) di antara para Ulamak Muslimin, walaupun secara ringkas, supaya tidak bebas atau berfungsi esok apabila kemunculan Imam Mahdi (as) menjadi mangsa mudah kepada salah satu imam-imam sesat As-Samiriyah, - mempengaruhi kita - kerana kejahilan kita tentang hakikat-hakikat - musuh-musuh Imam Mahdi (as) dan kita fikir kita berada di jalan yang lurus dan kita melakukannya dengan baik. Dengan itu berikut saya akan cuba paparkan sebahagian daripadanya, secara ringkas, dan mungkin keseluruhannya, Semoga Allah melimpahkan taufiqNya.

Dipetika dari mukadimah Kitab Al-3ijl (Berhala Anak Lembu) - Kitab Imam Ahmad Al-Hassan (as)


✡✡✡✡✡

----------------
[24] – Surah Al-Angkabut 29:1-6.
[25] - Surah: A-Fath 48:23.
[26] - Surah Al-Iinsyiqaq 84:19.
[27] – Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 304, Tafsir Al-Shafi: Jilid 2 halaman 26, Bihar Al-Anwar Jilid 13 halaman 180.
[28] - Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 303, Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 337, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.
[29] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 236 Cukup Mudah Khilaf, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 353.
[30] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 238, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 354. 
[31] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.