Hakimiyah Allah: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
Dipetik dari tulisan Imam Ahmad a.s: Ketuanan Allah, Bukan Ketuanan
Manusia, dengan beberapa penambahan dari penulis sebagai
contoh.
Dari awal hingga ke akhir, Al Quran secara penuh megiktiraf ketuanan
Allah, dan menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat dengan persepsi
sonsang sesetengah orang yang menafsir ayat Allah sesuka hati mereka, dan
begitu juga mereka yang mempertahankan orang-orang dan aqidah tertentu,
sedangkan korupnya orang yang dipertahankan itu, dan batilnya aqidah tersebut,
walaupun korupsinya jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat untuk melihatnya.
Mari kita telusuri ayat yang mendokong ketuanan Allah di muka bumi.
Pertama Allah Memberi Pemerintahan
﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ
وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن
تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa
yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam
kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran 3:26]
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu milik Allah,
dan Dia berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai khalifah di muka
bumi. Allah swt berfirman:
﴿وَإِذۡ
قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ﴾
“Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah 2:30)
Jadi, bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat ini, untuk
melantik raja, presiden atau perdana menteri melainkan dirinya adalah lantikan Allah
swt.
Kepimpinan ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki,
namun tidak semestinya seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat memerintah,
kerana berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh manusia,
seperti yang kerap kali berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim a.s tidak
memerintah, namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa a.s tidak memerintah, namun
ia dipegang oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak memerintah, namun Yazid l.a yang
memerintah, maka Allah swt berfirman:
﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن
فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia
disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah
kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim:
Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
(Al-Nisa’ 4:54)
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.
Al Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman Allah: {..yang
kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya..(27:60)} Dia
berfirman menyatakan bukanlah menjadi hak kamu untuk memilih siapa Imam kamu,
menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang benar atas kehendak dan keingingan
kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda: “Akan ada tiga kumpulan yang mana
Allah tidak akan bercakap dan memandang mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak
akan menyucikan mereka, iaitu mereka yang menanam pohon yang tidak ditanam
Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik Imam yang tidak dilantik Allah, atau
tidak mengimani Imam lantikan Allah.” (Tahaq al Uqul, hal 325)
Kedua: Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah Talut:
﴿أَلَمْ
تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا
لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّه﴾
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad),
tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa,
ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk
kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah”
(Al Baqarah 2:246)
Sekumpulan mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan Allah swt, maka
mereka tidak mendahului Allah swt dalam melantik, tetapi menyerah dan memohon
kepada Allah, agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan ini adalah bukti
paling besar, bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak lantikan pemimpin
berada di tangan Allah, bukanlah di tangan manusia melalui syura, pilihan raya
dan sebagainya
Ketiga: Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi
﴿وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al
Baqarah 2:30)
Khalifah Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di muka bumi, dan
khalifah pertama Allah di muka bumi adalah Adam a.s. Dan di setiap zaman, ada
khalifah Allah yang yang dilantik, seperti firman Allah swt
﴿إِنَّمَا
أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾
Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk. (Ar
Ra’d 13:7)
Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah Imam Mahdi a.s. Jadi manusia
perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana sesungguhnya beliau merupakah
lantikan Allah swt, dan beliau seharusnya tidak ditentang oleh pilihanraya dan
demokrasi.
Keempat: Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah swt berfirman:
﴿وَمَن
لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah
orang-orang kafir. (Al-Maidah 5:44), kemudian, dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim. (Al-Maidah 5:45).
Allah swt meneruskan, dan sesiapa yang
tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik. (Al-Maidah 5:47)
Sudah semestinya, khalifah Allah swt akan berhadapan dengan
permasalahan yang baru, tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya, beliau
diberikan pandangan dan inspirasi istimewa, kurniaan Allah swt, yang mana
dengannya, Dia akan membuatkan ketuanannya diketahui dalam peristiwa-peristiwa
yang akan terjadi. Malahan bagaimana mungkin seseorang selain dari khalifah
lantikan Allah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt?
Kisah Musa a.s dan kaumnya
﴿وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا
لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ
شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ
السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن
تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ﴾
Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang
lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang
telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu
dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan
mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan
kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara
kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu
Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu
ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik Pemberi ampun.(7:155)
Lihatlah sendiri bagaimana Musa a.s, seorang Nabi yang ma’sum, yang
memilih 70 lelaki terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur dan memberontak
terhadap beliau dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti
Musa, yang memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati
tiada dari kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka bagaimana dapat
manusia biasa memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin memilih makhluk
Allah yang paling jahat tanpa diketahui.
Ini sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi mereka yang mencari apa
yang benar dan mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang berada di tangannya
menyeru mereka yang tidak memberi perhatian:
﴿وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ
مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ
وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي
لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ
فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang
yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia
sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia
telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia
benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan
menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan
sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji)
itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [Al-Nur 24:55]
﴿وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ
الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ * إِنَّ فِي هَـٰذَا
لَبَلَاغًا لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ* وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً
لِّلْعَالَمِينَ * قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ
إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ * فَإِن
تَوَلَّوْا فَقُلْ آذَنتُكُمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۖ وَإِنْ أَدْرِي
أَقَرِيبٌ أَم بَعِيدٌ مَّا تُوعَدُونَ * إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ
مِنَ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَا تَكْتُمُونَ* وَإِنْ أَدْرِي لَعَلَّهُ
فِتْنَةٌ لَّكُمْ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ * قَالَ رَبِّ احْكُم
بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا الرَّحْمَـٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا
تَصِفُونَ﴾
Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur
sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai
hamba-hamba-Ku yang saleh. * Sesungguhnya di dalam (surat) ini, benar-benar menjadi
peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah). * Dan tiadalah Kami mengutus kamu,
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. * Katakanlah:
"Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah: "Bahwasanya Tuhanmu
adalah Tuhan Yang Esa. maka hendaklah kamu berserah diri (kepada-Nya)". *
Jika mereka berpaling, maka katakanlah: "Aku telah menyampaikan kepada
kamu sekalian (ajaran) yang sama (antara kita) dan aku tidak mengetahui apakah
yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh?" * Sesungguhnya
Dia mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan dan Dia
mengetahui apa yang kamu rahasiakan. * Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal
itu cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu. * (Muhammad)
berkata: "Ya Tuhanku, hukumlah dengan sebenar. Dan Tuhan kami ialah Tuhan
Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu
sifatkan". [Al-Anbiak 21:105-112]
Beberapa perkara tambahan yang lain:
Kelima: Pilihan Di Tangan Allah
﴿اللَّهُ
يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ﴾
“Allah
memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj 22:75)
Tanpa perlu menerangkan dengan lebih lanjut, ayat ini secara eksplisit
menyatakan bahawa pilihan berada di tangan Allah swt, bukan manusia.
Keenam: Perlantikan Ibrahim a.s sebagai Imam, Daud a.s Sebagai Khalifah
Allah swt berfirman:
﴿وَإِذِ
ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي
جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ﴾
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji
oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim
pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku
melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. (Al Baqarah: 124)
Di tempat lain, Allah swt melantik Daud sebagai khalifahnya
﴿يَٰدَاوُۥدُ
إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ﴾
“Wahai
Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi..” (Sad: 26)
Contoh-contoh ini menjelaskan lagi bahawa kepimpinan dan kekhalifahan
adalah hak Allah swt. InsyaAllah, di bab berikutnya, kita akan membahaskan,
adakah masih ada perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.a,
setelah artikel ini membuktikan hak melantik adalah di tangan Allah swt.
Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah
Selepas Muhammad(s)?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين
وسلم تسليما كثيراً
Di dalam artikel yang lepas, kami telah mengemukakan bukti bahawa hak
perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi adalah semata-mata milik Allah swt,
dari awal penciptaan manusia sehinggalah hari kiamat. Tiada sama sekali hak ini
pernah berada di tangan manusia untuk menentukan siapakah pemimpin mereka,
samada sistem monarki, syura, demokrasi atau apa sahaja.
Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt yang berhak ke atas lantikan
khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan membawa kita kepada beberapa
persoalan yang berat.
Adakah masih ada lantikan dari Allah swt selepas Nabi Muhammad (S)?
Jika ada, siapakah yang dilantik itu?
Bukankah Muhammad (S) itu adalah Rasul yang terakhir? Mengapa masih
ada?
Pertama sekali, jangan kita terkeliru antara tugas Nabi, Rasul dan
seorang Imam(pemimpin). Masing-masing mereka mempunyai tugasan yang berbeza,
namun mereka semua adalah khalifah Allah, yakni wakilNya di muka bumi. Namun
ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam satu isu, menjadi panduan
kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.
Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa, selain dari ketiadaan bukti
bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi melantik pemimpin mereka,
langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan khalifah Allah terhenti
selepas Muhammad (S).
Rasional perlantikan khalifah adalah sebagai panduan kepada umat
manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt tidak akan membiarkan
ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka bumi. Benar, Muhammad
(S) adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk membawa syariat terakhir
bagi umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa selepas pengutusan Rasul
setiap zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan, terbukti dari sejarah
setiap para Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani Israel, sejarah agama Yahudi
dan Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt, atas dasar rasional akan
sentiasa memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk bagi umat manusia untuk
menerangkan dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH sebelumnya. Agar manusia dapat
merujuki mereka dalam segala hal, tidak kiralah samada yang dilantik itu,
adalah Nabi, Rasul atau Imam.
Bagi menjawab semua persoalan ini, kami bawakan ayat-ayat Quran sebagai
bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas Rasulullah (S), dan bukti
bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia tanpa seorang pemberi
petunjuk yang dilantiknya.
﴿إِنَّمَا
أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾
“Sesungguhnya
kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk”(13:7)
Ayat di atas menunjukkan Muhammad (S) hanyalah pemberi peringatan,dan
bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan ada “hadi”nya, yakni orang yang
memberi petunjuk.
Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang memberi petunjuk ini tidak
semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja manusia biasa dari kalangan
ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”
Bantahan Pertama
Ini adalah satu penghujahan manusia tersepit, yang bersandarkan tekaan
dan sangkaan, malah jika mereka menujukan ayat ini kepada para ulama,
hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan perpecahan kepada setiap umat,
sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam setiap hal fiqh, amalan, aqidah
dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt berfirman apa sahaja yang datang
daripadanya tidak akan ada percanggahan.
﴿أَفَلَا
يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا
فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا﴾
Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah,
nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.(4:82)
Bantahan Kedua
Malah, di dalam Al Quran sarat dengan kecaman kepada Bani Israel yang
menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada para ulama mereka. Maka, masakan
Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi kepada umat ini?
﴿وَقَالُواْ
رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠﴾
Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar
kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.(33:67)
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ
اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا
وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾
Mereka menjadikan pendita-pendita dan
ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga
(mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak
diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
sekutukan.(Al-Taubah 9:31)
Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara fizikalnya tidak boleh
mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim atau bertempat. Maka
logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia melalui manifestasi
DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia utusannya, para khalifah
lantikanNya di muka bumi.
Jadi menamakan ulama sebagai pemberi petunjuk untuk setiap zaman dan
setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti dan fakta sejarah. Sudah
berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan manusia kepada mereka.
Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama
Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita mengetahui tafsir ayat di atas
adalah dengan menilai kata-kata manusia yang diutuskan kepada kita, Muhammad
Rasulullah (S), agar kita tidak tersesat.
حدثنا عبد الله حدثني
عثمان بن أبي شيبة ثنا مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في قوله { إنما
أنت منذر ولكل قوم هاد } قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر والهاد رجل من
بنى هاشم
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah yang
berkata telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah
menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari As Suddi dari Abdu Khair
dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk].
[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] sang
pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim”
[Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah Abdullah bin Ahmad]
Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani dalam Mu’jam Al Awsath 2/94 no
1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah 2/286 no 668 [dan Al Maqdisi
menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan sanad dari Muthallib bin
Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis ini sanadnya hasan. Para
perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq
hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman As Suddiy seorang
imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.
‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal telah dikenal sebagai perawi yang
tsiqat. Al Khatib menyatakan ia tsiqat tsabit. Nasai menyatakan ia tsiqat.
Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat [At Tahdzib juz 5 no 246]. Ibnu Hajar
menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At Taqrib 1/477]
Utsman bin Abi Syaibah adalah Utsman bin Muhammad bin Ibrahim Al Absiy
termasuk perawi Bukhari dan Muslim. Ahmad bin Hanbal telah memujinya. Ibnu
Ma’in menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan ia shaduq. Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 7 no 299]. Ibnu Hajar menyatakan
ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]
·
Muthallib bin Ziyaad adalah perawi yang shaduq hasanul hadits. Telah
meriwayatkan darinya Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in dimana keduanya sepakat
menyatakan Muthallib tsiqat. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak
bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud berkata “shalih”. Isa bin Syadzan dan Ibnu
Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat begitu pula
Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat. Ibnu
Ady berkata “ ia memiliki hadis hasan dan gharib tetapi aku tidak melihat
riwayat mungkar, menurutku tidak ada masalah padanya”. Utsman bin Abi Syaibah
menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz 10 no 333]. Adz Dzahabi memasukkannya
dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa Muwatstaq no 328. Ibnu Hajar menyatakan dalam
At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi pernah melakukan kesalahan dan dikoreksi dalam
Tahrir At Taqrib kalau Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits
[Tahrir At Taqrib no 6709]
As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman bin Abi Karimah As Suddiy
termasuk perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ia telah ditsiqatkan oleh Syu’bah,
Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan Yahya bin Sa’id Al Qaththan [Sunan Tirmidzi 5/636
no 3721]. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ma’in mendhaifkannya. Abu
Zur’ah berkata “layyin”. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa
dijadikan hujjah”. Nasa’i berkata “shalih” terkadang berkata “tidak ada masalah
padanya”. Ibnu Adiy menyatakan ia seorang yang hadisnya lurus shaduq dan tidak
ada masalah padanya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli
menyatakan ia tsiqat dan alim dalam tafsir. Al Uqailiy menyatakan ia dhaif dan
Ath Thabari berkata “tidak bisa dijadikan hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572].
Ibnu Hajar dalam At Taqrib menyatakan ia shaduq terkadang salah dan tertuduh
tasyayyu’ kemudian dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau ia seorang yang
shaduq hasanul hadis dan imam dalam tafsir [Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]
Abdu Khair bin Yazid termasuk orang yang menemui masa jahiliah bahkan
ada yang menganggapnya shahabat Nabi. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Al Ijli
juga menyatakan ia tsiqat dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At
Tahdzib juz 6 no 260]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat dan tidak benar kalau ia
sahabat [At Taqrib 1/558]
Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir Ibnu Hatim
حدثنا علي بن الحسين ثنا
عثمان بن أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي لكل قوم هاد قال
الهاد رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي الله عنه.
Telah menceritakan kepada kami Aliy bin
Husain yang berkata telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abi Syaibah yang
berkata telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy
dari Abdu Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi
petunjuk”. [Ali] berkata “orang yang memberi petunjuk adalah laki-laki dari
bani Hasyim”. Ibnu Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib
radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu Abi Hatim 7/2225 no 12152].
Ali bin Husain bin Junaid Ar Raziy adalah seorang yang shaduq tsiqat
[Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no 981] dan ia menyatakan kalau laki-laki bani hasyim
yang dimaksud adalah Imam Ali sendiri. Tentu sebagai perawi yang meriwayatkan
hadis ini maka penafsirannya layak untuk diperhatikan dan ini sesuai dengan
keutamaan yang disandang oleh Imam Ali [alaihis salam].
Dari Tafsir Lain
Selain itu, beberapa tafsir yang lain merekodkan bahawa Rasulullah (S)
bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:
“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk”. Lalu
baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali, manusia akan mendapat
petunjuk melalui mu.”
Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4 halaman 45; Tafsir al
Kabir, oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat ini; Tafsir Ruh al Ma’ani,
Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim, Vol 3 hadith 129 & 130
Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali a.s sebagai pemberi petunjuk
selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu pada hakikat akan wujudnya
manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki manusia, dan mereka semua
adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh Rasul (S), maka penetapan
mereka adalah dari Allah swt.
Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan hadis berikut:
Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan Baihaqi, dari Jabir bin Samurah,
berkata, “Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata: Setelah itu baginda(sawa)
mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku
mendengarnya. Lantas bapaku berkata bahawa baginda
bersabda: “Semuanya dari Quraish.”
Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis berikut:
و يقرئنا القرآن , فقال
له رجل : يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم ) كم
يملك هذه الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني عنها أحد منذ قدمت
العراق قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ” إثنا عشر كعد ة
نقباء بني إسرئيل “
“…Dari
Masruq yang berkata; saat kami duduk disebelah Ibnu Mas’ud yang ketika itu dia
membacakan Al Qur’an kepada kami, maka berkatalah seseorang kepadanya: “Wahai
Abdurrahman! Adakah kamu pernah tanya kepada Rosulullah saw tentang berapa
orang yang menjadi khalifah umat ini? Maka Abdulah ibnu Mas’ud menjawab:
“Semasa kedatanganku ke-Iraq tiada siapapun yang bertanya tentang persoalan ini
sebelumu, kemudian dia berkata; Ya, sesungguhnya kami telah bertanya kepada
Rasulullah dan dia saw bersabda; “(Bahwa jumlah khalifah umat ini) adalah Dua
Belas orang sepertimana bilangan pemimpin Bani Israel” Musnad Ahmad
bin Hanbal jilid 2 m/s 55 hadits 3781, Milal Wa Nihal Ja’far Subhani jilid 6
m/s 60
Maka setakat ini, apa yang dapat kita fahami adalah Allah swt telah
menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan Nabi (S) dan mereka adalah dari
kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan Allah swt:
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke
jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka
mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan
mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang
membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap
sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat
keterangan Kami. (32:24)
Kesimpulan
Berdasarkan pendalilan yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa:
Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan Allah yang menunjuk manusia
Selepas Rasulullah (S), mereka adalah dari kalangan Bani Hashem
Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan logik akal, Nabi (S)
menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak menamakan mereka? Tidak
wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat untuk bertanya kepada
baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi (S) tidak menyebut
nama secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka. InsyaAllah dalam
bahagian seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa kah mereka, dan
nama-nama mereka.
Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam konteks menyeluruh, bukan
secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan “jigsaw puzzle”, yang mana
kita harus susun kepingan-kepingan ini secara menyeluruh, barulah nampak gambarannya,
bukan membuat andaian dan sangkalan berdasarkan hanya sekeping dari
kepingan-kepingan ini.
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat ditekankan oleh
Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.
﴿كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ
خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا
عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di
antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan,
berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah]
kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah 2:180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah tentu Nabi (S) sebagai pendahulu
pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat akhir hayat
baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta pena untuk menulis
wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis” yang
diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن عباس قال لما حضر
رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى
الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى
الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل
البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا
لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول
الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال
عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله
عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah
beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan
menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian
Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai
sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah”
kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka
berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar
beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”.
Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan
pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam,
Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu
berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan
keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما
يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما
يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب
لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له
أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah
kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir
seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia
menjawab “Hari itu sakit Rasulullah (S) semakin berat, kemudian Beliau (S)
bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk
kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian
mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi.
Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau
tersebut?. Namun Rasulullah (S) bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku
lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia
bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa yang
Rasulullah (S) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan menjaga umatnya dari
kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (S)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan
hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi (S) itu Tsaqalain atau perkara yang
berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s. Namun Syiah sendiri, dari kalangan
mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri tidak meyakini bahawa
wasiat itu ditulis oleh Nabi (S). Ini turut menyumbang argumen kepada Sunni
bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis
oleh Nabi (S).
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang
mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa yang
menghalang Nabi (S) dari menulis wasiati ini setelah orang yang menghalang
mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi (S), kerana baginda
telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan wasiat baginda.
Ianya adalah seperti berikut:
عن أبي عبد الله الحسين
بن علي بن سفيان البزوفري ، عن علي بن سنان الموصلي العدل ، عن علي بن الحسين ، عن
أحمد بن محمد بن الخليل ، عن جعفر بن أحمد المصري ، عن عمه الحسن بن علي ، عن أبيه
، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد ، عن أبيه الباقر ، عن أبيه ذي الثفنات سيد
العابدين ، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد ، عن أبيه أمير المؤمنين عليه السلام قال
: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم - في الليلة التي كانت فيها وفاته - لعلي
عليه السلام : يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة . فاملا رسول الله صلى الله عليه
وآله وسلم وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال :
يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا
عشر مهديا ، فأنت يا علي أول الاثني عشر إماما سماك الله تعالى في سمائه:
عليا المرتضى ، وأمير المؤمنين ، والصديق الاكبر ، والفاروق الاعظم ، والمأمون ،
والمهدي ، فلا تصح هذه الاسماء لاحد غيرك . يا علي أنت وصيي على أهل بيتي حيهم
وميتهم ، وعلى نسائي : فمن ثبتها لقيتني غدا ، ومن طلقتها فأنا برئ منها ، لم ترني
ولم أرها في عرصة القيامة ، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة
فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين
الشهيد الزكي المقتول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات
علي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر ، فإذا حضرته الوفاة
فليسلمها إلى ابنه جعفر الصادق ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه موسى الكاظم
، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الرضا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابنه محمد الثقة التقي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الناصح ،
فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه الحسن الفاضل ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد عليهم السلام . فذلك اثنا عشر إماما
، ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول
المقربين (وفي مصادر اول المهديين) له ثلاثة أسامي : اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد
الله وأحمد ، والاسم الثالث : المهدي ، هو أول المؤمنين.
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan,
daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada
Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa
saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar
bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin,
daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis
salam telah berkata:
bersabda Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam
sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis
dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku
duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali
adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan
engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq
Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai
nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku
ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas
isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku
besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia
takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau
adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka
hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al
Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan
kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada
keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan
datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama
(sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama
seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan
namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman
(dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al
Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah
untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini
dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156.
Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan
tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan
bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara
tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa
terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam
kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali
a.s
1. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat
Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh,
ms 393.
3. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam
kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
4. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al
Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81,
hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut
menghampirinya”)
5. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al
‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
6. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat
Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al
insaf, ms 222.
8. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al
Akhbar, ms 294.
9. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al
Thaqib, jilid 2, ms 71.
10. Sayyid Muhammad
Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur,
ms 641.
11. Sheikh Al Miyanji di
dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
12. Sheikh Al Kurani di
dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi (S) dgn tema “menjaga umatnya dari
kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka atas sebab itu,
para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang sama, selepas
peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan kepada
Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan hadis
ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama. Mustahil Nabi (S) tidak
menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia bercanggahan dengan ayat
Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh manusia
terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak mempunyai
pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya para ulama mereka,
juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan bahawa Nabi (S) telah
banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu lagi baginda
menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini jelas bertentangan dengan
logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka sendiri, yang menunjukkan
Nabi (S) menulis wasiat ini.
وروى العلاء، عن محمد بن
مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى رسول لله (صلى لله
عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang
mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan
Rasulullah (S) juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk
melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu menolak hadis Wasiat
ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya, sedangkan dalam teks
mereka, ada menyebut bahawa Nabi (S) meninggalkan wasiat. Mereka mengaku Syiah
dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil pendirian yang bertentangan
dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan wasiat
selepas peristiwa hari Khamis. Dan mereka mempunyai dalil teks untuk
menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan
antara satu sama lain.
حَدَّثَنَا خَلاَّدُ
بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ
سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ
النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ
عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى
بِكِتَابِ اللَّهِ.
Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya
telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita
kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin
Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu
bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka diperintahkan
supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan Kitab
Allah”. Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada seorang
sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi (S) sendiri tidak meninggalkan wasiat
sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi oleh sahabat tersebut tidak
logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar akan mengapa Nabi (S) tidak
meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan melakukan perkara yang disebutkan
di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat dan para
tabiin, bahawa Nabi (S) telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini direkodkan di
dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ
زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ
الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ
كَانَ وَصِيًّا. فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ
إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ
فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah
telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad
berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu
‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia bertanya: “Kapan Beliau
memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang yang selalu menyandarkan
Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau dia berkata: “berada
dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga)
hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah
wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu Imam Ali a.s
menerima wasiat dari Nabi (S) adalah satu isu yang sememangnya menjadi buah mulut
di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan dahan bergoyang jika tiada
angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi (S) yang meninggikan kedudukan
Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema “melindungi umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat lain yang
membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari Kamis itu??
Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi kerikil, lalu dia berkata:
Rasulullah (S) sakit keras pada hari Kamis, lalu beliau bersabda: Bawalah alat
tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian suatu catatan yang sesudah itu kalian
tidak akan tersesat selamanya. Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya
disisi Nabi ada pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda:
Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat
dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat,
beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah orang-orang musyrik dari
jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu (utusan) sepadan aku (Nabi) memberi
hadiah kepada mereka. Dan aku lupa terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari |
No. 2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN (PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu, perkara ketiga ini
adalah wasiat Nabi (S) dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Sudah
tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan Ahlulbait a.s,
yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi umat dari kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini tidak pernah
di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan berterusan selepas
pengutusan Muhammad (S), kerana Allah swt tidak akan meninggalkan manusia tanpa
penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat, dan amat
bertentangan sama sekali jika Nabi (S) tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan baginda, Nabi
(S) ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Namun
niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura dikalangan masyarakat
bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi mewasiatkan 3 perkara
yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang selari dengan
tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari hadis ini bahawa
selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12 Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan wasiat
lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti hadis-hadis lain
yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi umatnya dari
kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai makna yang
mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
Sumber: EraMahdi
Admin