Wednesday, 6 August 2014

Kelebihan Rasulullah

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنْ الشَّاهِدِينَ * آل عمران (81)
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”.

ALLAH
AL-KHALIQ
AT-TAUHID
RUBUBIYAT
ULUHIYAT
AL-MULK
AL-HAMD

AL-KALQ (PENCIPTAAN)
AWALAN
Nur,Aqal,
Nutfah, Aali Muhammad
Dzulumaat, Jahil
Malaikat
Jin
ALAM GHAIB
AS-SAMAWAAT
Al-Malakutiyah
Umm AL-Kitab
Al Mutsyabih
Imtihan
ALAM SYAHADAH
AL-ARDIYAH
Al-Jisim

TUJUAN PENCIPTAAN
AD-DUNYA
AR-RISALAT
AL-AKHIRAT
As-Saah
Kiamat

PERLAKSANAAN
KHALIFAH
AR-RISALAT
Ar-Rasul
Al-Ilmu ddan Al Hikmah –Aqidah dan Syariah
Al-Mitsaq dan Al-‘Ahd
ULU AL-‘ADZIM
Nuh
Ibrahim
Musa
Isa
Muhammad

Ar-Rasul
Al-Ilmu ddan Al Hikmah –Aqidah dan Syariah
Al-Mitsaq dan Al-‘Ahd
KHATAMAN NABIYIN
AL-WILAYAH
KHATAMAN AUSHIAK
ALHIDAYAH
         
ASH SHIRATT AL MUSTAQIM
         

Seruan

Ansar


Al-Imam Mahdi
Sebelum
Semasa
Tanda-ta


Al-Adyaan
Sujud
Risalah
Tauhid
Agama (Tasyri’)
Khilafah
Musuh
Muhammad
Al-Wilayah
Al-Hidayah

Posted on Februari 3, 2012 by albakriah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسوله المؤيد ببرهان القرآن, سيدنا و حبيبنا محمد و على آله و أصحابه أجمعين
PENDAHULUAN
Kesilapan dan keterlanjuran bukanlah suatu perkara yang asing bagi setiap orang sehingga para ulama yang merupakan pewaris nabi sekalipun. Ini adalah suatu hakikat yang telah dinyatakan oleh agama bahawa sifat maksum (terpelihara daripada kesilapan) hanyalah milik para nabi dan rasul. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Thobarani dengan sanad yang hasan berbunyi:
 ما من أحد إلا يؤخذ من قوله و يترك غير رسول الله 
Ertinya: “ Tiada seorang pun melainkan diambil dan ditinggalkan perkataannya selain Rasulullah صلى الله عليه وسلم “.
Imam Malik رحمه الله berkata:
 كل أحد يؤخذ من قوله و يرد عليه إلا صاحب هذا القبر يعنى رسول الله
Yang bererti: “Setiap orang dipegangi perkataannya dan ditolak melainkan tuan empunya makam ini ( iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم ).
Para ulama silam ditegur dan dikritik oleh ulama yang sezaman atau kemudian, merupakan realiti yang diketahui umum, malah perkara ini pun berlaku di zaman para sahabat رضى الله عنهم . Kritikan dan teguran itu bukanlah bertujuan memburuk-burukkan dan mengaibkan peribadi tetapi sebagai menzahirkan kebenaran yang wajib dianuti demi amanah ilmu yang dipikulkan ke atas bahu ahli ilmu.
Di antara mereka yang menerima teguran dan kritikan hebat daripada para ulama setiap zaman ialah Ibnu Taimiyah disebabkan fatwa-fatwanya yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fatwanya yang mengharamkan bermusafir untuk menziarahi Maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم jelas sekali bertentangan dengan nas syarak lagi membawa kepada merendah-rendahkan kehormatan Nabi s.a.w.
Sesungguhnya umat ini tidak dapat menerima apa-apa sahaja yang boleh mengurangkan kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana sejak daripada zaman salaf lagi mereka diasuh dan dididik agar mencintai baginda صلى الله عليه وسلم . Apabila perasaan ini semakin malap daripada jiwa umat Islam, maka para ulama bertungkus lumus mengarang dan menyusun kitab-kitab sirah dan maulid di samping para umara (pemerintah) menghidupkan majlis sambutan kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan tujuan supaya perasaan kasih sayang terhadap baginda tidak terhakis.Paraulama mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana kehidupan yang berlandaskan syariat dan sunnah tidak akan tertegak di kalangan muslimin tanpa wujudnya sifat mahabbah kepada Nabi s.a.w.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, berbunyi:
 لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب اليه من أهله وماله والناس أجمعين “Ertinya: “ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dikasihinya daripada keluarganya, hartanya dan manusia sekaliannya.”
Kecintaan yang subur di dalam diri para sahabat r.a.d adalah melalui pergaulan mereka dengan Nabi s.a.w. Mereka menyaksikan sendiri ketinggian dan keluhuran peribadi baginda. Jenerasi terkemudian memupuk sifat tersebut dengan mendengar serta menghayati kelebihan dan keistimewaan Nabi s.a.w, seperti yang dilakukan di dalam majlis Maulid.
Keistimewaan Rasulullah s.a.w amat banyak sekali, memadailah firman Allah Taala (Al-Anbiyaa 107) menjadi bukti bagi hati-hati yang bersih daripada syak dan keraguan:
 وما أرسلناك الا رحمة للعالمين 
Adakah kemuliaan lain lagi setelah baginda diutuskan sebagai rahmat ke seluruh alam dan bagaimanakah dapat digambarkan sekiranya alam ini tidak dinaungi rahmat ilahi?Sungguhpun Nabi s.a.w dibangkitkan dari kalangan manusia, akan tetapi martabat baginda melebihi kedudukan manusia biasa seperti kata pujangga:محمد بشر لا كالبشر* بل الياقوت بين الحجر
Bermaksud:
“Muhammad itu seorang manusia tidak seperti segala manusia
Bahkan dia permata delima Di antara batu-batu biasa”Kelebihan Nabi Muhammad s.a.w bermula sejak di alam ruh lagi dimana baginda sudah bergelar seorang nabi seterusnya dalam kandungan, selepas kelahiran, di zaman kanak-kanak dan di alam dewasa sehingga baginda dilantik sebagai Rasul akhir zaman, bahkan kelebihannya mengatasi para malaikat dan para rasulNya yang lain. Maka bagaimanakah mungkin disamakan baginda dengan manusia biasa?
Di Alam Ruh Nabi Muhammad s.a.w ketika di alam ruh dipanggil ‘Nur’ dimana Allah Taala telah pun memberi pangkat kenabian kepadanya.Perlantikan baginda sebagai nabi di alam ruh adalah termasuk di antara sifat-sifat keistimewaan (خصوصيات) yang dikhususkan kepada Nabi akhir zaman ini.Daripada Nur inilah, dijadikan perkara-perkara lain dan dengannya, Allah Taala mengikat perjanjian dengan para nabi yang lain.
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنْ الشَّاهِدِينَ * آل عمران (81)
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”.
Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”.Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.
قال على: ” لم يبعث الله نبيا من آدم فمن بعده الا أخذ عليه العهد في محمد صلى الله عليه وسلم لئن بعث وهو حي ليؤمنن به ولينصرنه ويأخذ العهد بذلك على قومه.”

Ertinya: Saidina Ali Abi Talib berkata: “Tidak pernah sebelum ini, Allah Taala mengutuskan nabi semenjak daripada Adam dan para nabi selepasnya melainkan Allah Taala mengikat perjanjian keatas mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w iaitu jika ia dibangkitkan semasa hidup maka hendaklah kamu beriman dengannya sertamembantunya.Allah juga akan mengikat perjanjian tersebut keatas umatnya.
عبدالرزاق عن معمر عن ابن المنكدرعن جابر قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أول شيء خلقه الله تعالى؟ فقال : هو نور نبيك يا جابر! خلقه الله ثم خلق فيه كل خير و خلق بعده كل شيء….”
Ertinya: Abdul Razzak meriwayatkan daripada Mua’ammar daripada Ibnu Munkadir seterusnya daripada Jabir berkata:” Aku bertanya kepada Rasululallah S.A.W tentang seawal-awal sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala? Baginda menjawab: “Iaitu Nur nabi engkau wahai Jabir! Allah Taala telah menjadikannya kemudian menjadikan padanya segala kebaikan dan menjadikan selepas itu setiap sesuatu……..

عن ابن عباس ان قريشا كانت نورا بين يدي الله تعالى قبل أن يخلق آدم بألفى عام و يسبح ذلك النور و تسبح الملائكة بتسبيحه فلما خلق الله آدم ألقى ذلك النور فى صلبه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فأهبطنى الله الى الأرض فى صلب أدم
وجعلني فى صلب نوح وقذف بى فى صلب ابراهيم ثم لم يزل الله تعالى ينقلني من الأصلاب الكريمة والأرحام الطاهرة حتى أخرجنى من بين أبوي لم يلتقا على سفاح قط.”
Ertinya: Daripada Ibnu Abbas: ” Sesungguhnya bangsa Quraish adalah ia satu nur di sisi Allah Taala sebelum Dia menjadikan Adam di antara jarak dua ribu tahun. Nur tersebut bertasbih memuji Allah dan para malaikat bertasbih dengan sebab tasbihnya itu. Setelah Allah mencipta Adam, Dia melontarkan nur itu ke dalam sulbinya, maka Rasulullah S.A.W bersabda: Allah menurunkan daku ke muka bumi kepada sulbi Adam dan Dia menjadikan daku ke dalam sulbi Nuh seterusnya melontarkan daku ke sulbi Ibrahim. Kemudian sentiasalah Allah Taala memindahkan daku daripada sulbi-sulbi orang yang mulia dan rahim-rahim perempuan yang suci sehinggakan Dia mengeluarkan daku daripada keturunan kedua ibubapaku yang terpelihara daripada zina.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى وَجَبَتْ لَكَ النُّبُوَّةُ قَالَ وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ قَالَ أَبو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ…..
Ertinya: Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: ” Nabi S.A.W pernah ditanya: Bilakah ditetapkan bagi engkau pangkat kenabian? Baginda menjawab: Ditetapkan bagi ku kenabian antara diciptakan Adam dan ditiupkan ruh padanya.” Imam Turmizi menyatakan:” Hadis ini Hadis Hasan-Sahih yang Gharib…..
عن ميسرة الفجر قال: قلت : ” يا رسول الله ! متى كنت نبيا؟ قال: وآدم بين الروح والجسد.
”Ertinya: Daripada Maisarah Al-Fajri katanya :” Kataku : Wahai Rasulallah! Bilakah engkau jadi nabi? Baginda menjawab: Aku menjadi nabi sedangkan Adam masih di antara ruh dan jasad.
رواه أبو نعيم في الدلائل وغيره من حديث أبى هريرة مرفوعا :” كنت أول النبيين في الخلق وآخرهم في البعث.”
Ertinya:”Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam kitab Ad-Dalaail dan selainnya ada meriwayatkan daripada hadis Marfu’ Abu Hurairah: ” Aku adalah seawal-awal kejadian di kalangan para nabi dan terakhir diutuskan di kalangan mereka.”Abdul Razzaq berkata: “ Ibnu Uyainah mengkhabarkan kepadaku daripada Malik yang sentiasa berselawat :
اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
Ertinya: “ Ya Allah! Rahmatkan keatas Saidina Muhammad yang terdahulu Nurnya daripada makhluk lain.”Imam Qasthallani menerangkan tentang sifat ketentuan baginda: “Adalah Muhammad s.a.w sudah menjadi nabi ketika Adam masih di antara ruh danjasad.Para nabi yang lain tidak dilantik menjadi nabi melainkan pada ketika perlantikan sebagai nabi dan waktu diutuskan menjadi rasul.”
Dalam Kandungan
عن إبن عباس أن أمنة بنت وهب قالت لقد علقت به تعني رسول الله صلى الله عليه وسلم فما وجدت له مشقة حتي وضعته
Ertinya: Daripada Ibnu Abbas: ” Bahawa Siti Aminah Binti Wahb berkata: Demi Allah! Sesungguhnya Aku mengandungkannya (yakni Rasulullah s.a.w) maka aku sedikitpun tidak merasai kesulitan sehinggakan aku melahirkannya”.
ورؤيا أمي الذي رأت حين حمل بي كأنه خرج منها نور أضاءت له قصور الشام
Ertinya: ” Mimpi bondaku yang melihat ketika mengandungkan daku, seolah-olah keluar daripadanya cahaya yang menerangi istana-istana negeri Syam”.Siti Aminah Mengetahui Kandungannya Adalah Nabi

عن يزيد بن عبد الله بن زمعة عن عمته قالت كنا نسمع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما حملت به آمنة بنت وهب كانت تقول إني ما شعرت أني حملت به ولا وجدت له ثقلا كما تجد النساء الا أني أنكرت رفع حيضي وربما كانت ترفعني وتعود وأتاني آت وأنا بين النائم واليقظان فقال هل شعرت أنك حملت فكأني أقول ما أدري فقال انك قد حملت بسيد هذه الأمة ونبيها وذلك يوم الإثنين
Ertinya:” Daripada Yazid Bin Abdullah Bin Zam’ah daripada ibu saudaranya berkata:” Kami mendengar bahawa Rasulullah صلى الله عليه و سلم ketika dalam kandungan ibunya, Aminah Binti Wahb berkata:” Aku tidak terasa mengandungkannya dan tidak merasa bebanannya (seperti yang dirasai oleh perempuan-perempuan yang mengandung) melainkan aku tidak mengetahui berhentinya haidku, barangkali ia berhenti daripadaku dan kembali pula. Aku telah didatangi seseorang ketika antara tidur dan sedar, ia berkata:” Adakah engkau sedar bahawa engkau sedang mengandung? Seolah-olah aku menjawab: Aku tidak tahu! Lantas ia berkata: Sesungguhnya engkau mengandungkan penghulu dan nabi umat ini. Demikian itu pada hari Isnin.” (Hadis ini telah dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad)
Saat kelahiran
لما كانت الليلة التي ولد فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم إرتجس إيوان كسرى وسقطت منه أربع عشرة شرفة وخمدت نار فارس ولم تخمد قبل ذلك بألف عام وغاضت بحيرة ساوة ورأى الموبذان إبلا صعابا تقود خيلا عرابا قد قطعت دجلة وانتشرت في بلادها
Ertinya:” Ketika malam kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bergoncang istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung serta padam api yang disembah oleh penganut Majusi Negeri Parsi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun dan kering tasik bandar Sawah (sebuah tempat di negeri Parsi), di mana seorang Pendita Majusi yang bijaksana bermimpi unta-unta yang tidak ditunggangi, diekori belakangnya oleh kuda-kuda arab merentasi sungai Dajlah dan bertebaran keseluruh pelusuk negerinya.
فلما فصل مني خرج معه نور أضاء له ما بين المشرق والمغرب ثم وقع على الأرض معتمدا على يديه ثم أخذ قبضة من تراب فقبضها ورفع رأسه إلى السماء: أخرجه أبن سعد
Ertinya:” Tatakala ia dilahirkan, keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian ia duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit.” (Dikeluarkan oleh Ibnu Saad)
عن أنس قال: ” قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من كرامتي على الله أني ولدت مختونا و لم ير سوأتى أحد ” رواه ابن عساكر

Ertinya:” Daripada Anas berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara kemuliaanku di sisi Allah bahawa aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan tidak seorang pun melihat auratku.” (Riwayat Ibnu Asaakir)
عن ابن عباس عن أبيه العباس قال: ” ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم مختونا مسرورا ” رواه أبو نعيم
Ertinya:” Riwayat Ibnu Abbas daripada bapanya berkata: “Dilahirkan Nabi صلى الله عليه و سلم berkeadaan sudah berkhitan dan tertanggal tali pusat.” (Riwayat Abu Nu’aim)
Di Zaman Kanak-Kanak
 ” فما هو الا أن أخذته فجئت به إلى رحلي فأقبل عليه ثدياى بما شاء من لبن فشرب حتى روي وشرب أخوه حتى روي وقام صاحبي الى شارفنا تلك فاذا انها لحافل فحلب ما شرب وشرب حتى روينا فبتنا بخير ليلة فقال صاحبي يا حليمة والله ! اني لأراك قد أخذت نسمة مباركة ألم ترى ما بتنا به الليلة من الخير والبركة حين أخذناه ؟ فلم يزل الله عز وجل يزيدنا خيرا حتى خرجنا راجعين الى بلادنا فوالله لقطعت أتاني بالركب حتى ما يتعلق بها حمار حتى أن صواحباتي ليقلن ويلك! يا إبنة أبي ذؤيب ! هذه أتانك التي خرجت عليها معنا؟ فأقول نعم والله ! انها لهي فقلن والله ان لها لشانا حتى قدمنا أرض بني سعد وما أعلم أرضا من أرض الله أجدب منها فان كانت غنمي لتسرح ثم تروح شباعا لبنا فنحلب ما شئنا وما حولنا أحد تبض له شاة بقطرة لبن….
”Ertinya: “Aku (Halimatus-Sa’diah) mengambilnya (Muhammad) dan membawa ke tempat singgahanku. Kedua buah dadaku (yang kekeringan) menjadi penuh lalu ia meminumnya sehingga puas dan adik susuannya meminum pula sehingga puas juga. Suamiku pergi kepada unta betina tua kepunyaan kami tiba-tiba penuh labu susunya lalu dia memerah serta meminumnya, aku juga meminumnya sehingga puas. Kami bermalam di dalam kebaikan. Suamiku berkata: “Wahai Halimah! Demi Allah! Sesungguhnya aku berpendapat bahawa engkau telah mengambil seseorang diberkati.Tidakkah engkau melihat apa yang kita dapati pada malam ini daripada kebaikan dan keberkatan?”Sentiasalah Allah menambah kepada kami dengan kebaikan sehingga kami keluar pulang ke negeri kami. Demi Allah! Keldai tungganganku mendahului tunggangan-tunggangan lain sehinggakan teman-temanku berkata: “Wahai anak perempuan Abu Zuaib!Inikah keldai yang engkau tunggangi ketika keluar bersama kami tadi?” Aku menjawab: “Ya! Demi Allah! Lalu mereka berkata: “Demi Allah! Ia sungguh bertuah.” Sehinggalah kami sampai perkampungan Bani Saad. Tidak pernah aku ketahui suatu kawasan daripada bumi Allah yang terlebih gersang daripadanya. Sesungguhnya kambing-kambingku keluar mencari makan dan balik dalam keadaan gemuk kekenyangan lagi penuh dengan susu, lalu kami memerahnya sekehendak kami.Adapun penduduk sekitar kami , tidak ada seorang pun kambingnya mengeluarkan setitik susu……
فبينما أنا مع أخ لي خلف بيوتنا نرعى بهما إذ أتاني رجلان عليهما ثياب بيض بطست من ذهب مملوءة ثلجا ثم أخذاني فشقا بطني واستخرجا قلبي فشقاه فاستخرجا منه علقة سوداء فطرحاها ثم غسلا قلبي و بطني بذلك الثلج حتى أنقياه ثم قال أحدهما لصاحبه زنه عشرة من أمته فوزنني بهم فوزنتهم ثم قال زنه بمائة من أمته فوزنني بهم فوزنتهم ثم قال زنه بألف من أمته فوزنني بهم فوزنتهم فقال دعه فوالله لو وزنته بأمته لوزنها
Ertinya: ” Sedang aku (nabi s.a.w) mengembala ternakan bersama saudaraku di belakang rumah kami, tiba-tiba didatang kepadaku dua orang lelaki berpakaian putih membawa bekas daripada emas yang dipenuhi salji, kemudian kedua-duanya memegangku lalu membelah perutku dan mengeluarkan jantungku. Mereka membelahnya lalu mengeluarkan satu darah hitam dan membuangnya. Mereka kemudiannya membasuh jantung dan perutku dengan salji tersebut sehingga bersih, kemudian salah seorang daripada mereka berkata kepada rakannya:” Timbanglah ia dengan sepuluh orang umatnya.” Lalu ia menimbang aku dengan mereka maka bersamaan timbangan aku dengan mereka itu, kemudian ia berkata:” Timbanglah ia dengan seratus orang umatnya.” Lalu ia menimbang aku dengan mereka maka bersamaan timbangannya, kemudian ia berkata lagi:” Timbanglah ia dengan seribu orang umatnya lalu ia menimbang aku dengan mereka maka timbangannya bersamaan. Kemudian ia berkata:” Tinggalkan dia, demi Allah! sekiranya engkau menimbangnya dengan sekalian umatnya nescaya timbangan bersamaan dengan mereka itu.
قال الواقدي…: ” لما توفى عبد المطلب قبض أبو طالب رسول الله صلى الله عليه وسلم فكان يكون معه وكان أبو طالب لا مال له وكان يحبه حبا شديدا لا يحبه ولده وكان لا ينام الا الى جنبه ويخرج فيخرج معه وصب به أبو طالب صبابة لم يصب مثلها بشىء قط وكان يخصه بالطعام وكان اذا أكل عيال ابي طالب جميعا أو فرادى يشبعوا واذا أكل معهم رسول الله صلى الله عليه وسلم شبعوا….”
Al-Waqidi menyebut: “Tatakala Abu Muttalib meninggal dunia, Rasulullah s.a.w diambil oleh Abu Talib lalu sentiasalah ia bersamanya. Adalah Abu Talib tidak mempunyai harta dan ia sangat menyayangi Rasulullah melebihi anaknya sendiri, dia tidak tidur melainkan baginda di sisinya. Apabila baginda keluar, ia pun turut keluar bersamanya. Abu Talib menyayanginya di mana tidak pernah dia menyayangi suatu pun seperti itu sebelum ini. Abu Talib mengkhususkan makanan kepada baginda. Apabila keluarga Abu Talib makan beramai-ramai atau berasingan, mereka tidak kenyang, tetapi bila Rasulullah makan bersama-sama, mereka kekenyangan.
وذكر الواقدي بأسانيده أن النبي صلى الله عليه وسلم خرجت به أمه الى المدينة ومعها أم أيمن وله ست سنين فزارت أخواله قالت أم أيمن فجاءني ذات يوم رجلان من يهود المدينة فقالا لي أخرجي الينا أحمد ننظر اليه فنظرا اليه وقلباه فقال أحدهما لصاحبه هذا نبي هذه الأمة وهذه دار هجرته وسيكون بها من القتل والسبي أمر عظيم فلما سمعت أمه خافت وانصرفت به فماتت بالأبواء وهى راجعة
Al-Waqidi menyebut dengan sanad-sanadnya bahawa Nabi s.a.w keluar bersama ibunya ke negeri Madinah, menyertai bersamanya Ummu Aiman, bertujuan menziarahi ibu-ibu saudaranya sedangkan ketika itu baginda berumur enam tahun. Ummu Aiman berkata: “Suatu hari aku didatangi oleh dua lelaki daripada kalangan yahudi Madinah. Mereka berkata kepadaku: “Bawakan Ahmad kepada kami, ingin kami melihatnya.” Maka mereka melihat kepadanya dan membeleknya lalu salah seorang daripada mereka berkata kepada rakannya: “Ini adalah nabi umat ini! Di sinilah tempat hijrahnya.Akan berlaku padanya peperangan dan tawanan yang dahsyat!” Tatakala Ibu baginda mendengar, ia merasa takut lalu membawanya beredar dan dia meninggal dunia di Abwa’ ketika perjalanan pulang ke Mekah.”
Pemeliharaan Allah Taala
 عن علي ابن أبي طالب: ” قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما هممت بشىء مما كان أهل الجاهلية يهمون به من النساء الا ليلتين كلتاهما عصمني الله عز وجل فيهما قلت ليلة لبعض فتيان مكة ونحن في رعاء غنم أهلها فقلت لصاحبي أبصر لي غنمي حتى أدخل مكة أسمر فيها كما يسمر الفتيان فقال بلى قال فدخلت حتى جئت أول دار من دور مكة سمعت عزفا بالغرابيل والمزامير فقلت ما هذا؟ قالوا تزوج فلان فلانة فجلست أنظر وضرب الله على أذني فوالله ما أيقظني الا مس الشمس فرجعت الى صاحبي فقال ما فعلت؟ فقلت ما فعلت شيئا ثم أخبرته بالذي رأيت ثم قلت له ليلة أخرى أبصر لي غنمي حتى أسمر ففعل فدخلت فلما جئت مكة سمعت مثل الذي سمعت تلك الليلة فسألت فقيل نكح فلان فلانة فجلست أنظر وضرب الله على أذني فوالله ما أيقظني الا مس الشمس فرجعت الى صاحبي فقال ما فعلت؟ فقلت لا شىء ثم أخبرته الخبر فوالله ما هممت ولا عدت بعدهما لشىء من ذلك حتى أكرمني الله عز وجل بنبوته
Ertinya: Daripada Ali bin Abi Talib berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Tidaklah aku ingin kepada apa yang digemari oleh masyarakat jahiliah terhadap hiburan yang dimainkan oleh kaum perempuan mereka, kecuali dua malam sahaja, di mana Allah memeliharaku daripadanya. Suatu malam, aku berkata kepada sesetengah pemuda Mekah ketika kami sedang menggembala kambing penduduk Mekah. Ujarku kepada temanku: “Tolonglah tengok-tengokkan kambingku, aku ingin memasuki Mekah untuk bersiar-siar seperti pemuda-pemuda lain.” Lalu ia menjawab: “Baiklah!” Maka aku pun memasuki Mekah, sampai saja aku pada rumah yang pertama di sekitar Mekah, aku mendengar bunyi gendang dan seruling, lalu aku bertanya: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Sifulan telah berkahwin dengan sifulan, lantas aku pun duduk melihat, tiba-tiba Allah menutup kedua telingaku dan demi Allah!tidaklah aku sedar melainkan cahaya matahari mengenaiku. Maka aku kembali kepada temanku, lalu ia bertanya: “Apa yang engkau buat?” Jawabku: “Aku tiada buat suatu pun.” Kemudian aku ceritakan kepadanya apa yang aku lihat. Di malam lain pula, aku berkata kepadanya: “Tolong tengok kambingku, aku ingin pergi bersiar-siar.” Tatakala aku memasuki Mekah, aku mendengar seperti yang telah aku dengar pada malam sebelumnya. Aku bertanya lalu dijawab bagiku: “Sifulan telah berkahwin dengan sifulan, lantas aku pun duduk melihat, tiba-tiba Allah menutup kedua telingaku dan demi Allah! Tidaklah aku sedar melainkan cahaya matahari mengenaiku. Maka aku kembali kepada temanku, lalu ia bertanya: “Apa yang engkau buat?” Jawabku: “Aku tiada buat suatu pun.” Demi Allah aku tidak ingin lagi dan tidak akan mengulangi selepas dari peristiwa itu sehingga Allah memuliakan daku dengan kenabian.”Rasulullah Mengetahui Dirinya Nabi

عن أبي ذر الغفاري قال: ” قلت: يا رسول الله! كيف علمت أنك نبي حين علمت ذلك واستيقنت أنك نبي؟ قال: يا أبا ذر أتاني ملكان وأنا ببعض بطحاء مكة فوقع أحدهما على الأرض وكان الآخر بين السماء والأرض فقال أحدهما لصاحبه أهو هو؟ قال هو هو؟ قال زنه برجل فوزنني برجل فرجحته
Daripada Abu Zar Al-Ghifari berkata: “Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Bagaimanakah engkau mengetahui bahawa engkau seorang nabi dan merasa yakin tentangnya? Nabi menjawab: “ Wahai Abu Zar! Aku didatangi oleh dua orang malaikat ketika aku di suatu kawasan di Mekah, yang mana salah seorang daripadanya berada di atas tanah manakala seorang lagi di antara langit dan bumi, maka salah seorang berkata kepada rakannya: “Adakah ini orangnya?” Lalu ia menjawab: “Dialah orangnya.” Ia berkata lagi: “Timbanglah dia dengan seorang lelaki.” Maka ia menimbang aku dengan seorang lelaki, lalu aku melebihi timbangannya…….”
Hukum merendahkan martabat Nabi s.a.w
Al-Qadi Eiyad menegaskan: “Sesiapa yang mencela Nabi s.a.w atau mengaibkannya atau menghubungkan kekurangan pada dirinya, keturunannya, agamanya dan salah satu daripada kelakuan-kelakuannya atau dengan sindiran atau menyamakannya dengan sesuatu bertujuan untuk mencela dan meremehkannya atau mengurangkan kedudukkannya, merendahkan dan mengaibkannya maka orang tersebut dikira sebagai mencela, sama ada secara kiasan atau terang-terangan.Seperti juga orang yang melaknat atau mendoakan sesuatu yang tidak baik terhadapnya atau mengharapkan berlaku kemudharatan ke atasnya atau menyandarkan kepadanya perkara-perkara yang tidak layak dengan martabatnya sebagai menghinanya atau berseloroh terhadapnya dengan perkataan yang tidak sopan atau dengan sesuatu musibah atau ujian yang pernah menimpanya ataupun merendah-rendahkannya dengan suatu daripada sifat-sifat kemanusiaan pada dirinya, nescaya orang yang melakukan perbuatan tersebut mesti dihukum bunuh (kerana murtad). Ini merupakan pendapat yang disepakati oleh para ulama dan imam-imam yang mengeluarkan fatwa semenjak zaman sahabat r.a.d hingga ke zaman seterusnya.”As-Syarqawi menyatakan dalam kitab Hasyiah Tahrirnya: “Di antara perkara-perkara yang menjatuhkan di dalam kekufuran ialah seseorang itu berkata: Nabi s.a.w telah kalah (peperangan). Sekiranya ia bertaubat nescaya dilepaskannya, jika tidak bertaubat maka dihukum dengan dipenggalkan lehernya. Para ulama mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat bahawa tetap dihukum bunuh sebagai Hukum Had sekali pun dia bertaubat (serta taubatnya diterima).Jika ia berkata: Nabi berpaling lari atau cabut lari atau bertempiran lari atau lari bersembunyi atau umpamanya maka jelasnya, hukum perkataan tersebut samalah seperti perkataan: Nabi telah kalah (peperangan) kerana sama dari segi pergertiannya. Kemudian aku merujuk pendapat As-Syeikh Ali Syabramalisi di dalam syarah Mawahib dimana beliau menerangkan perkara itu serta membuat alasan bahawa perkataan tersebut adalah sama dari segi membawa kekurangan kepada Nabi s.a.w.”
Keterangan
1) Apabila nyata kelebihan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w itu semenjak dari alam ruh lagi hingga seterusnya, tidak seharusnya mengeluarkan perkataan yang menyamakan baginda setaraf dengan manusia biasa. Ini boleh membawa kepada mengurangkan pangkat kemuliaan dan kelebihannya yang tertinggi di sisi Allah Taala.
2) Hubungan kita sebagai makhluk Allah dengan Nabi Muhammad s.a.w bermula semenjak daripada Nur baginda. Ini kerana setiap kejadian dicipta daripada Nurnya s.a.w malah Allah Taala telah mengikat suatu perjanjian di antara Nabi Adam dan sekalian nabi-nabi dengan Nur tersebut. Perjanjian ini bertujuan supaya para anbia beriman dengan Nur Muhammad s.a.w serta membantunya jika diutuskan ke dunia.
3) Sambutan Maulidurrasul telah difatwakan keharusannya oleh para ulama yang muktabar seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani yang bergelar ‘Amirul Mukminin’ dalam ilmu hadis, Al-Hafiz Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Al-Hafiz Imam Suyuti, Al-Allamah Ibnu Hajar Haitami dan lain-lain. Penekanan para ulama sebagai pewaris nabi terhadap keperluan mengadakan sambutan maulid ini ialah untuk menanamkan rasa kecintaan ke dalam jiwa umat Islam terhadap Rasulullah s.a.w seterusnya membawa kepada menjunjung syariat Allah Taala serta dapat mengalahkan golongan musyrikin. Perasaan cinta yang sangat mendalam terhadap baginda adalah sifat yang sebati dalam diri para salafussoleh dan merupakan kesempurnaan iman bagi mereka yang memilikinya.
4) Kesan daripada sambutan maulid adalah terletak di atas individu umat islam itu sendiri. Ianya bergantung kepada cara pengisian dan sejauhmana penghayatannya untuk melahirkan kecintaan terhadap baginda s.a.w. Keberkesanan sambutan ini boleh diumpamakan dengan nilai solat lima waktu terhadap individu kaum muslim itu sendiri. Bagaimanakah cara ia melaksanakannya serta sejauh mana penghayatannya terhadap solatnya itu. Adakah solatnya berkesan pada mencegah dirinya daripada melakukan perkara mungkar?? Walaubagaimana sekalipun, solat itu mesti dilaksanakan.
5) Di antara upacara sambutan maulid ialah membaca sejarah Nabi akhir zaman dan peristiwa-peristiwa yang berkenaan dengan kerasulanNya seperti penurunan Al-Quran, Israk Mikraj, Hijrah dan lain-lain. Kesemuanya itu terkandung di dalam Al-Quran dengan secara umum. Dengan mengadakan sambutan maulid yang mengandungi di dalamnya perkara-perkara tersebut, secara tidak langsung ianya berhubung rapat dengan Al-Quran itu sendiri. Oleh yang demikian, tidak timbullah saranan bahawa ‘Hari Nuzul Al-Quran’ terlebih utama disambut daripada ‘Maulidurrasul’.Justeru Nabi s.a.w yang diutuskan bersamanya Al-Quran dan ajaran syariat maka seolah-olah peribadi baginda s.a.w merupakan Al-Quran dan syariat itu sendiri. Ini terbukti di mana segala tingkah-laku dan akhlak Nabi s.a.w adalah gambaran serta terjemahan daripada isi kandungan Al-Quran untuk dijadikan contoh tauladan.Haram hukumnya mengeluarkan perkataan yang boleh menjejaskan ketinggian martabat Nabi Muhammad s.a.w serta boleh merosakkan akidah, sekalipun tanpa niat.

وان الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله ما يظن أن تبلغ به ما بلغت, فيكتب الله عليه بها سخطه الى يوم القيامة

Ertinya: “Sesungguhnya seseorang lelaki yang berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah dimana dia tiada menyangka perkataannya boleh pergi sejauh itu (mengundang kemurkaanNya), lalu Allah menetapkan kemurkaanNya dengan sebab perkataan itu hingga hari Qiamat kelak.”(Al-Hadis)
Kesatuan UmmahSebagai peringatan dan muhasabah bagi pihak-pihak yang berkenaan supaya berhati-hati dalam segala tindakan dan mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan dan merenggangkan perpaduan di kalangan umat Islam di kala mereka sedang berusaha menegakkan ‘Kalimah Allah Taala’ di atas muka bumi ini.Jangan membangkitkan isu-isu sensitif yang menafikan kesahihan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan isu-isu yang ternyata menyalahi syara’ atau boleh merosakkan akidah. Kita patut mengambil iktibar dengan isu yang pernah ditimbulkan yang meresahkan sebahagian umat Islam yang beraqidah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti isu ‘Tidak Wajib Pelajari Sifat Dua Puluh’, ‘Sifat Dua Puluh Ialah Falsafah Yunani’ dan sebagainya.Hendaklah kita memberikan penekanan terhadap apa-apa jua sambutan yang dapat membangkitkan semangat keagamaan di dalam diri umat Islam seperti Israk Mikraj, Nuzul Al-Quran, dan lain-lain, lebih-lebih lagi Maulidurrasul s.a.w kerana di dalamnya melengkapi sambutan-sambutan yang lain.Adakah wajar mengatakan sambutan maulid itu bukanlah perkara penting dan menganggap sama sahaja samada ianya diraikan ataupun tidak sedangkan baginda semulia-mulia Nabi untuk dijadikan model yang sempurna. Allah Taala berfirman:
 لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر “(Al-Ahzab : 21)
Ertinya: “ Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah merupakan contoh tauladan yang begitu baik untuk mereka yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat.”Kita sepatutnya mengwar-warkan tentang kelebihan Nabi s.a.w sebagai membenarkan firman Allah Taala:
” ” ورفعنا لك ذكرك (Al-Insyirah:4)
Ertinya: “Kami meninggikan sebutan tentang diri engkau.”
Tersebut di dalam tafsir Qurtubi: “Ditafsirkan ayat ini: “Kami meninggikan sebutan tentang dirimu di kalangan para malaikat, di kalangan orang mukmin di atas muka bumi dan Kami meninggikan sebutan tentang dirimu di Akhirat dengan mengurniakan kedudukan yang terpuji dan darajat-darajat yang mulia.”Siapakah lagi yang akan membela Nabi s.a.w dan mengagungkan kedudukannya ketika musuh Islam mencemar kehormatannya dengan tohmahan-tohmahan yang biadap sekiranya kita sebagai umatnya sendiri memandang remeh terhadap kemuliaannya?
DISEDIAKAN OLEH: