Misteri
Imam Mahdi (as)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
Saudara-saudari.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam
ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala
pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan
Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, A’immah dan Mahdiyyin serta limpahan
salam kesejahteraan.
Saya
berlindung pada Allah dari sifat Keakuan dan kejahilan saya, mengharapkan
limpah rahmat NurNya.
Aku
seorang Islam, aku menganut semua mazhab, semua firqah, semua manhaj, semua
tariq, semua .... kerana aku anak zaman ini. Semua saudara Islamku di bumi
Allah Azza wa Jalla ini sejak 1435 ditambah 10 tahun Hijrah terlalu ramai
bilangannya sejak Nabi kita diutus.
Semua
mereka adalah saudara-saudaraku, haram darah dan harta mereka bagi ku, kerana
semua mereka saudara seIslamku. Masing-masing mereka semuanya punyai martabat
di sisi Allah Azza wa Jalla. Ada di antara mereka yang pura-pura Islamnya
mereka digelar munafiq oleh Allah aku tidak mengenalnya. Mereka bukan ‘Inad
yang hatinya setuju dengan Islam tapi tidak pernah mengucap dua kalimah
syahadat. Ada yang benar Islamnya, mereka ini diakui oleh Allah Islamnya dan
ada yang digelar dengan berbagai gelar oleh Allah. Ada di antara mereka
mencapai martabat Insan sempurna oleh Allah Taala. Sebahagian gelaran mereka di
alam Kitab Allah yang mulia adalah:
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ
وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ
وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ
وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا
وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya laki-laki
dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan
yang mukmin, laki-laki dan perempuan
yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan
perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan
yang sabar, laki-laki dan perempuan
yang khusyu', laki-laki dan
perempuan yang bersedekah, laki-laki dan
perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan
yang memelihara kehormatannya,
laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)
Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
[Al-Ahzab 33:35]
Di
akhir zaman ini aku dan saudara-saudara Islamku sangat resah, sangat keliru ia
amat menghairankan. Seolah-olah tiada lagi dahan untuk berpaut. Begitu banyak
permusuhan, pergaduhan malah peperangan berlaku di muka bumi ini. Antaranya ada
yang berlaku sesama Islamku. Aku mesti melangkah dan terus melangkah membedah
dan mencari rahsia dan misteri ini sehinggalah aku menyahut seruan Ilahi. Satu
janji dari Allah melalui Nabi Pilihannya, HambaNya dan RasulNya tentang
Khalifahnya di akhir zaman. Sekarang aku seorang Islam Islam, aku menganut
semua mazhab, semua firqah, semua manhaj, semua tariq, semua .... dengan
sedikit pembetulan.
Apakah
Misteri Imam Mahdi (as) yang aku maksudkan....??!!
Misteri
Pertama - Kerosakan dan Kezaliman
Terlalu
banyak hadits-hadits mengenainya di samping ayat-ayat Allah
Yang
Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا فِي
الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ
أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ *
وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ
أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾
Sesungguhnya Fir'aun
telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah
belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki
mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun
termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Dan Kami hendak
memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di
bumi itu dan hendak menjadikan mereka Imam-imam (pemimpin)
dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami
teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun
dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka
itu. [Al-Qashash: 28: 4-6]
Fir'aun
dan Haman zaman ini lebih zalim dan lebih merusak dari Fir'aun dan Haman zaman
Musa (as).
وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم
مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي
شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Dan Allah telah berjanji kepada
orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh
bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka Khalifah di
muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka
berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi
mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan)
mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa.
Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan
Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah
(janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[Al-Nur 24:55]
Perhatikan
sirah perjalanan Anbiak dan Mursalin, sejarah mereka berulang, itulah sunnah
Allah dan menjadi tabiat penghuninya. Kini giliran kita pula...
Perhatikan
pula hadith di bawah:
Hadith
no 788 dalam Musnad Al Harith bin Abi Usamah (Zawaed Al-Haithami);
حدثنا
داود بن المحبر بن قحذم حدثني أبي عن أبيه قحذم بن سليمان عن معاوية بن قرة عن
أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لتملأن الأرض جورا وظلما فإذا ملئت
جورا وظلما بعث الله عز و جل رجلا مني اسمه اسمي أو اسم نبي يملؤها قسطا وعدلا كما
ملئت جورا فلا تمنع السماء شيئا من قطرها ولا الأرض شيئا من نباتها فيلبث فيكم
سبعة أو ثمانية فان كثر فتسعة يعني سنين
Dari Daud bin Al-Muhabbar bin Qa7zham dari ayahnya dari Muawiyah bin Qurrah dari ayahnya, Rasulullah bersabda;
Dunia akan dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman, maka apabila ia dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman, Allah akan mengutus seorang lelaki dariku, namanya adalah namaku, atau nama nabi, dia akan memenuhkan dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia penuh dengan kejahatan dan kezaliman. Lalu langit tidak akan dihalang dari buminya, dan tanah dari tumbuhannya, dan dia akan memerintah selama tujuh atau lapan tahun, paling lama selama sembilan tahun.
Daripada
Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,” Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya
namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.
Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.
Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “.
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
“meskipun masa keberadaan dunia ini telah habis dan hanya tersisa satu hari sebelum hari kiamat tiba, Allah akan memperpanjang hari itu hingga waktu tertentu untuk menegakkan kerajaan orang yang berasal dari ahlul-baytku yang akan dinamai dengan namaku. Ia akan mengisi dunia ini dengan kedamaian dan keadilan sebagaimana dunia ini akan dipenuhi ketidak-adilan dan penindasan setelahnya”(Shahih Tirmizhi, jld 2, hal 86; Al-Majma’ oleh At-Thabrani, hal 217; Al-Sawaiq Al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar, bab 11, bag. 1, hal 249)
Jadi
Misteri Pertamanya dia akan zahir ketika dunia dipenuhi Kerosakan dan Kezaliman
Dunia
dipenuhi dengan Kerosakan dan Kezaliman kerana manusia telah melanggar
Perjanjian dan Persetiaan dengan Allah. Maka dengan pelanggaran ini manusia
sendiri menerima akibatnya, ia rosak dan dirosakan dan ia zalim dan di
zalimi. Dan lebih malang lagi jika saat yang paling berharga ini mereka
tidak mahu kembali.
Pernahkah
kita mengetahui apa itu Perjanjian dan Persetiaan dengan Allah? Apakah di saat
menempuh Kerosakan dan merasai Kezaliman para penzalim ini kita menuding jari
menyalahkan puak itu puak ini, aku benar dia salah, mazhab aku betul dan mazhab
mereka salah dan... itu dan ...ini?
الَّذِينَ
يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّـهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ
اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَـٰئِكَ
هُمُ الْخَاسِرُونَ
(Iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian
(‘Ahd) Allah sesudah persetiaan
(Mitsaq)nya itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada
mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di
muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi. [Al-Baqarah 2:27]
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ
فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ
وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Dan, ketika Ibrahim
diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah
berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh
manusia". Ibrahim berkata: "Dan dari keturunanku". Allah
berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".[
Al-Baqarah 2:124]
وَمَا
وَجَدْنَا لِأَكْثَرِهِم مِّنْ عَهْدٍ ۖ وَإِن
وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقِينَ
Dan Kami tidak mendapati
kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami
mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
[Al-A’raf 7:102]
Dalam
mengenal misteri pertama ini kita perlu memahami beberapa istilah yang negatif
dan positif tersebut
01. Melanggar
Perjanjian dan Persetiaan [عَهْدَ dan مِيثَاقِ]
02. Melakukan
Fasad (rosak) dan Fasiq (jahat) – [فْسِدَُ dan فَاسِقِ ]
03.
Dipenuhi Kerosakan dan Kezaliman
04. Diganti
dengan Kebenaran dan Keadilan Al-Mahdi
Semua
umat Islam, tidak kira dia bermazhab atau berfaham apa pun tahu bahawa zuhur
Imam Mahdi (as) dan akan dibai’ah baina Rukn wal Maqam di Rumah Allah
yang mulia. Di antara Batu Penjuru (Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim. Jika
saudara dapat makrifat apa itu Ka’bah Allah Al-Haram dan Al-Hajar Al-Aswad
saudara boleh memahami misteri Perjanjian dan Persetiaan atau saya ringkaskan
sebagai sujud dan kucup. Saya akan buka rahsia ini di masa yang lain.
Al-Qur’an
ada menyebut dalam banyak tempat kisah sujud kepada Adam dan sujud Ya’kub (as)
bersama anak dan isterinya kepada Yusuf (as). Al-Qur’an sentiasa
menceritakan kisah perjalanan Anbiak dan Mursalin bersama umatnya, yang
sentiasa ada perosak dan penzalim di sepanjang perjalanan manusia di muka bumi.
Tetapi malang bagi kita terlalu jauh dengan Al-Quran.
MISTERI
IMAM MAHDI>>Kuliah Akhir Zaman>>001
Di
akhir zaman dunia akan dipenuhi dengan Kerosakan dan Kezaliman Imam
Mahdi akan menggantikannya dengan kedamaian
dan keadilan: Ada terlalu banyak hadits
seperti ini dari mazhab umat Islam:
Rasulullah
(S) bersabda:
“Meskipun
masa keberadaan dunia ini telah habis dan hanya tersisa satu hari sebelum hari
kiamat tiba, Allah akan memperpanjang hari itu hingga waktu tertentu untuk menegakkan
kerajaan orang yang berasal dari ahlul-baytku yang akan dinamai dengan namaku.
Ia akan mengisi dunia ini dengan kedamaian dan
keadilan sebagaimana dunia ini telah dipenuhi kerosakan dan penindasan sebelumnya”
(Shahih Tirmidzi, jld 2, hal 86; Al-Majma’
oleh At-Thabrani, hal 217; Al-Sawaiq Al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar, bab 11, bag.
1, hal 249)
Kerosakan dan Kezaliman
Kuliah
ini dipetik dari Kitab Al-3ijl (Al-‘Ijl
– Anak Lembu) oleh Imam Ahmad Al-Hassan Washi dan Utusan Imam Mahdi (as) Jilid
2. Di bawah tajuk:
Orang-Orang Yang Menyeleweng
المحرّفــون
Mereka
adalah pemerintah yang pada zahirnya Islam dan ulamak suuk yang tidak beramal.
Para
pemerintah yang menyeru supaya memutarbelitkan Syariat tidak lain adalah para
penguasa (raja). Setiap iktikad atau hukum Syariat adalah bertentangan dengan
pengekalan kerusi kerajaan. Ini menurut pandangan mereka perlu dirosakkan
dengan menyelewengkannya, dalam apa jua bentuk, sama ada ia membina
hadits-hadits dan ditempelkan kepada Ar-Rasul (sawas), atau memadam ayat-ayat
atau surah di dalam Al-Quran, jika mungkin, atau dengan mencegah meriwayatkan
hadits-hadits sahih Rasulullah (sawas), atau menghalang dari membaca al-Quran
seperti ia diturunkan dan ditafsirkan seperti yang dikehendaki Tuhan, atau
dengan mengupah mereka yang dipanggil ulamak untuk memutarbelitkan Al-Quran dan
mentakwilkan tafsirannya mengikut keinginan pemerintah yang zalim.
Dan
juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan peraturan-peraturan
yang bertentangan dengan syariat Allah, bahkan ia membantu untuk terus berkuasa
lebih lama dan untuk lebih mudah melaksanakannya, terutamanya jika yang
membantu mereka dalam keadaan jahil agama dalam masyarakat Islam dan wujud
ulamak suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku pada negara-negara Islam
hari ini.
Para
ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana pemerintah
yang tidak adil kebanyakannya mengisyaratkan dari tindakan dan perbuatannya
secara umum dalam usaha memerangi Auliak Allah untuk mengeluarkannya dan
memerangi syariatnya, tetapi ulamak yang tidak beramal boleh mengenakan pakaian
ahli abid pertapa (warak), maka ia akan dapat misalnya, berpura-pura berjalan
kaki, lemah lembut dalam ucapannya, dan mungkin berkelakuan dengan menghinakan
diri dan bergaul bersama pengikutnya. Tetapi jika saudara menyiasat dengan
lebih dekat lagi, saudara akan dapati ia sombong dan rosak (agamanya),
mereka-reka kebaikan dan merendah diri, tetapi hanya pada zahirnya. Dia
mengisyaratkan kepada sifat dalamannya, diterbitkan dari terlalu banyak untuk
melepaskan dirinya yang akhirnya mendedahkan dalamannys yang Hitam, Maka (Apa
yang dibina dalam tulang akan keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab -
pentj].
Dan
kemungkinan menjadi ulamak suuk berpanjangan walaupun selepas kematian mereka,
akan kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan fatwa mereka yang tidak
betul, dan akan kekal pengikut mereka kerana mereka mempunyai sifat-sifat
munafik dan kerosakan yang tersembunyi di hati mereka, atas sebab-sebab
banyaknya penyelewengan mereka, seperti menuntut kepimpinan agama, dan
memuaskan keinginan nafsu diri.
Termasuk:
Mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan (saya tidak tahu), tetapi tuntutan
ini untuk mengetahui kitab Allah dan ilmu turunnya ayat dan tafsiran ayat
muhkam dan mutasyabihat, walaupun mereka mempunyai fatwa setiap masalah
syariah, dan menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah. Mungkin keangkuhan
membawa mereka pada setiap apa yang dibawa, dengan melihat diri mereka sebagai
ulamak dan yang lain-lain jahil. Dan mereka lebih baik daripada semua orang dan
lebih tahu dari semua orang.
Mungkin
dari anggapan terhadap penyelewengan kerana takut pemerintah taghut penzalim,
mereka berfatwa untuk memuaskannya dan untuk mengelakkan pertembungan
dengannya, sebagai contoh, keharusan terlibat dalam barisan angkatan tentera
yang matlamat terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan melemahkan agama
Allah di muka bumi dan menghapuskannya sama sekali jika boleh.
Mungkin
ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji tambahan rasa bimbang
terhadap dunia dan harta kekayaan, maka mereka akan bersikap lemah lembut
kepada taghut penzalim, dan menyesatkan orang Islam dengan memutarbelitkan
syariah.
Imam
al-Shadiq (as) berkata: (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan
merendahkan agama, kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.) [130].
Beliau
(as) berkata: (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as), jangan jadikan di
antara Aku dan orang berilmu yang terpesona dengan dunia kamu ini lebih kamu
utamakan dari jalan mencintaiKu, kerana mereka termasuk jalan hamba-hambaKu
yang lain, sesungguhnya paling rendah apa yang Aku buatkan untuk mereka, Aku
telah mencabut dari rasa nikmatnya bermunajat kepada-Ku dari hati
mereka ) [131].
Dan
dari kata-kata Nabi Isa (as): (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk), dan kamu
menerima ganjaran, tetapi membuang amalan, hampir-hampir Tuhan kamu menuntut
untuk berbuat demikian, dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam kubur yang
gelap dan sempit) [132].
Kedua-duanya adalah – di antara ulamak suuk yang tidak beramal, dan pemerintah taghut
penzalim yang memerintah negara-negara Islam hari ini - lebih berbahaya dari
Kafir Harbi seperti Zionis terhadap Islam; Ini adalah kerana kekalnya ulamak
suuk yang bermakna kekalnya pemerintah taghut penzalim yang memerintah orang
Islam, dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya kekalnya Zionis yang
menduduki tanah umat Islam, dan kekalnya orang Amerika menguasai umat Islam
untuk mengembalikan mereka dari kecelakaan dan kemusnahan; kerana
pemerintah-pemerintah ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam, sama ada
secara sedar atau janji-janji kekacauan yang melulu, dan seperti mana Zionis
lakukan di sepanjang bulan-bulan perjuangan (intifadhah) yang diberkati di bumi
Palestin, telah membunuh seratus orang atau lebih sedikit.
Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka membunuh beratus-ratus orang
sehari, malah beribu-ribu umat Islam. Seperti mana Zionis membunuh umat Islam
untuk menjaga tanah yang dirampasnya, selama ini pemerintah taghut penzalim dan
sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin, kerana mereka gemar menumpahkan
darah. Mereka taghut penzalim ini dan penyokong mereka tenggelam dalam sifat
kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal erti kebaikan
sedikit pun
﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ
فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾
Mereka tuli, bisu dan
buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), [Al-Baqarah
2:18] [133].
Pertempuran
pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan ulamak suuk yang tidak beramal,
dan kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang menguasai
negara-negara Islam, dan kemudian diikuti dengan pemerintah taghut penzalim
yang menguasai seluruh dunia, tetapi sebelum semua itu kita mesti bermula
dengan diri kita sendiri dan menyingkiran tentera-tentera syaitan.
Rasulullah (sawas) mulakan gerakan pengislahan di Ummu Al-Qura di Mekah, sebuah
bandar yang mewakili pihak berkuasa agama Hanafi dan bandar tempat menunaikan
haji bagi penganut Hanafi, kemudian pergi ke kampung-kampung sekitarnya di
Semenanjung Arab, dan kemudian ke empayar di sekitar baginda shalawatu Allah
3laihi wa 3la Aalihi.
Adalah
tabi’ei (lumrah) untuk menghadapi semua arus kejahilan dan menghadapi
pemimpinnya yang sukar dan perlu kepada kekuatan dari Zat Allah, keazaman dan
kesabaran dari mara bahaya.
Dan
mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya melainkan dengan sokongan ma’shum
dari Allah SWT dan dia adalah Imam Mahdi (as). Tugas kita hari ini adalah
menyusun atur (mempersiapkan) kerajaannya (as), mengislah semua jenis
penyelewengan yang wujud, sebanyak mungkin, atau sekurang-kurangnya
mengenalkannya kepada manusia, bukan untuk leka berdiri, berpeluk tubuh dan
hanya mengatakan لا حول
ولا وقوّة إلاّ بالله -
tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.
Ya, لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله - tidak ada daya dan tiada
kuasa kecuali dengan Allah.,
وإنّا لله
وإنا إليه راجعون - dan
kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,
tetapi
Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan kita telah bermohon kepada Allah
untuk mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as) yang memberkati kita dan
dengan kelebihannya dan sebagai karuniaNya dan memulakan kemuliaanNya dengan
kezuhurannya dan untuk memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus, dan
membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada kita
Manasik dan Hukum Syariat yang sebenarnya.
✡✡✡✡✡
-----------------------------------
[✡✡]
– Bintang Nabi Allah Daud (as) – The Star of David – Zionis mengelabui umat
umat manusia dialah pewaris Daud (Kisah Panglima Jaluth mengalahkan thaluth)
[130] – 3ilal
Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, Bihar
Al-Anwar: Jilid 2 halaman 107.
[131] - 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman
394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46
dari Rasulullah (sawas).
[132] – Maniyah
Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39, Sunan Al-Daramiy:
Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.
[133] – Al-Baqarah:18.