Friday, 30 January 2015

Selesaikan misteri kisah Pohon Adam (as) selepas beribu-ribu tahun sebagai misteri!




Selesaikan misteri kisah Pohon Adam (as) selepas beribu-ribu tahun sebagai misteri!

بسم الله الرحمن الرحيم
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung
Ya Allah, selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلاَ مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ * فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلاَّ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ * وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ * فَدَلاَّهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ 

(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim".* Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)". * Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua", * Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" [Al-A3raaf 7:19-22] 

 وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلاَ مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ * فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُواْ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ * فَتَلَقَّى آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ * قُلْنَا اهْبِطُواْ مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ * وَالَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. * Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan". * Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. * Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". * Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [Al-Baqarah 2:35-39] 

Akhir sekali, penyelesaian di sebalik kisah pohon teka-teki Adam (as) selepas beribu-ribu tahun menjadi misteri! Yang hairannya semua orang, tanpa pengecualian!

Kisah pohon Nabi Allah Adam (as) tidak terhad kepada hanya orang Islam, tetapi disebut sejak Perjanjian Lama (Taurat) lagi, dan dipercayai oleh semua, orang-orang Yahudi, Kristian dan Muslim.

Cerita ini membingungkan semua orang; yang membawa kepada beberapa kepercayaan bahawa ianya hanya mitos dan khayalan manusia semata-mata tidak mempunyai apa-apa campur tangan ilahi Rabbani (ketuhanan), dan agama ilahi hanya memikirkan kodifikasi (susunan catatan) apa yang telah ada sejak awal pemulihan tamadun manusia.

Jadi apakah sebenarnya pokok ini?
Apa yang membezakannya? Apakah buahnya?
Dan mengapa ia diharamkan kepada Adam (as), yang merupakan salah seorang dari nabi Allah dan Saidatina Hawa yang suci (as) menghampirinya dan makan buahnya?!
Mengapa mereka makan sehingga terbuka aurat mereka?!
Di manakah syurga ini?
Dan bagaimana Iblis mampu membisikan kepada Adam dan Hawa (as), yang boleh mengusir mereka berdua?!

Dan yang paling penting dari semua itu, adalah apa yang dikehendaki oleh Allah SWT yang disebut dalam kitabNya yang mulia dan mengingatkan kita dengannya dan dan pengulangannya yang hampir secara berterusan?!?!
Dalam erti kata lain, apakah hikmah dari kisah yang menakjubkan ini?

Soalan yang membingungkan ..
Ya hampir mustahil untuk dijawab;

Tetapi tidaklah sukar bagi mereka (as) atas Kesaksamaan Quran dan menterjemahkannya, oleh Ahl Bait Nabi (S) ‘Itrah dan Khalifah baginda, dan perkara penting (berat) yang kedua bagi agama Ilahi dan petunjuk Allah SWT  

بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ

Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. [Al-Ankabut 29:49] 

Ia adalah lampu yang menerangi kegelapan, dan pelita yang bercahaya Al-Mahdi anak Fatimah (as) dan Yamani Aali (keluarga) Muhammad (as), iaitu Imam Ahmad Al-Hassan (as),

Dia telah menyelesaikan simbol-simbol (lambang atau kod) dan maknanya tanpa melihat jurang dan tidak tinggal soalan-soalan saudara melainkan dijawabnya. Selawat (sanjungan) Allah atasnya dan bapa-bapanya yang disucikan (as).

Kami tinggalkan saudara dengan kalimat-kalimat Nur (Pencerahan) Ahmad Al-Hassan (as):
                                                                                                

Soalan 3 - Dari Kitab Mutasyabihat - Adam dan Pohon Terlarang
     
Soalan 3:

A)  Adalah diketahui bahawa Iblis telah diharamkan dari syurga kerana keengganannya sujud kepada Adam (as). Jadi bagaimana dia dapat masuk ke Syurga, dan berbisik kepada Adam, dan membuat Adam makan dari pohon yang dilarang? Kata-kata iblis kepada Adam menunjukkan bahawa dia ada bersama dengan Adam di syurga, kerana dia menunjukkan pokok dengan menggunakan ganti nama "ini," Suara hati pembicara yang menunjukkan berkata-kata secara langsung kepada pembicara yang ada (hadir).?!

B ) Apakah pokok yang Adam (as) makan?

C) Adakah aurat Adam dan Hawa itu kelihatan tanpa pakaian dan setelah apabila mereka memakan (buah) dari pohon itu yang menjadikan mereka sedar aurat mereka lalu mereka menutupinya dengan daun Syurga? Dan apakah daun yang mereka gunakan untuk menutupinya?


Untuk menjawab soalan-soalan ini beberapa pengenalan diperlukan iaitu:

Jika Adam (as) diciptakan daripada tanah, maknanya dari muka bumi ini. Walau bagaimanapun beliau tidak tinggal hanya di bumi ini, malahan dia naik sehingga ke langit rendah (Al-Sama’ Al-Dunya) iaitu dia naik ke langit pertama atau di pintu Langit Kedua di Syurga Kerajaan (Al-Jannah Al-Malakutiyah) atau seperti yang dinyatakan dalam riwayat Ahlul Bayt (as),

"Dia diletakkan di Pintu Syurga (iaitu Syurga Kerajaan) dibawa malaikat. " [38]

Dan kenaikan tanah Adam ini memerlukan tanah beliau disinar oleh cahaya Tuhan dan yang akan menyenangkannya. Oleh itu, apabila Allah meniupkan roh pada Adam buat kali pertama tubuhnya merasa senang, menikmati Syurga Kebendaan Jasmani, dan tidak ada kegelapan di syurga ini yang memerlukan pelepasan kekotoran dari tubuh Adam (as).

Bagi roh Adam (as), ia telah menikmati Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah Al-Malakutiyah), [39] atau Syurga-syurga Kerajaan Langit, kerana ia banyak:

﴿جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ﴾

{Syurga-syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawah} [40]


Dan Syurga Jasmani dan Kerajaan Syurga adalah dua yang disebut dalam Surah Al- Rahman :

﴿وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ ... ذَوَاتَا أَفْنَانٍ﴾

{Tetapi orang yang takut Kedudukan Tuhannya hendaklah disediakan baginya dua syurga... yang berjenis-jenis (pohon dan buah-buahan)} [41]
                                    
dan ia juga,

﴿وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ... مُدْهَامَّتَانِ﴾

{Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi ... kedua-dua hijau gelap (subur tanamannya)} [42]
.
Dan kenaikan ini merupakan kenaikan tajalli (perwujudan) kezahiran dan bukan kenaikan kasar (tempat - lokasi). [43]

Oleh itu Adam bukanlah tidak wujud di bumi jasmani (jisim-jisim) yang kita hidup di dalamnya, sebaliknya dia wujud di dalamnya , dan jika dia tidak wujud di dalamnya [bumi fizikal], dia telah mati.

Oleh itu , Adam (as) hidup di dunia ini dengan badan yang menyenangkan (Jisim Lathif – jisim halus) pada mulanya, tetapi dia kemudian kembali ke bumi yang padat setelah sebelumnye dia dinaikkan apabila dia mengingkari Tuhannya SWT.


B) Pokok yang Adam (as) makan darinya adalah gandum, epal, kurma, buah tin, dsb.dan ia adalah Pohon Pengetahuan Aali (Keluarga) Muhammad (as). [44]

Oleh itu, buah-buahan ini di alam-alam yang lebih tinggi yang melambangkan (ilmu) Pengetahuan. Dan pokok yang mulia ini yang disebutkan dalam al-Quran yang membawa Pengetahuan tertentu untuk Muhammad (S) dan (Aali) keluarga Muhammad (as).

C) Allah swt berfirman,

﴿وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْر﴾

{dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya}[45]
.             
Pakaian yang telah tertanggal dari Adam dan Hawa adalah Pakaian Taqwa. Jadi, dalam alam-alam yang lebih tinggi yang mereka gunakan untuk kehidupan di dalamnya, aurat dilindungi dengan taqwa. Ini adalah kerana ketakwaan menjadi pakaian yang meliputi tubuh manusia di alam-alamnya).

Oleh itu, apabila Adam (as) dan Hawa (as) menderhaka dengan memakan dari pokok yang diberkati - Pohon Pengetahuan Aali Muhammad (as) yang menjadi sumpahan bagi sesiapa yang makan darinya tanpa izin Allah SWT - mereka kehilangan pakaian takwa dan aurat kedua mereka menjadi jelas.

Bagi daun syurga yang melindungi diri mereka, adalah agama mereka, di mana daun hijau di dalam alam-alam yang lebih tinggi mewakili agama. Dan daun-daun yang Adam (as) dan Hawa (as) gunakan sebagai penutup adalah dengan beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dengan hak Ahl Al Kisa’ (as). (Ahli di bawah Jubah Rasulullah iaitu ahli Bait) itu, yang nama-namanya telah dibaca oleh Adam (as) seperti yang ditulis di tiang Arasy.[46]

A) Syurga yang telah diharamkan pada Iblis (laknahu Allah) adalah Syurga Kerajaan Langit (Al Jannah Al Malakutiyah) dan juga Syurga Kerajaan Dunia (Al-Jannah Al-Mulkiyah (Al-Duniwiyah)), namun Adam (as) wujud di seluruh Alam-alam Kerajaan Duniawi (Al-‘Awalam Al-Malakiyah). Oleh itu, bisikan Iblis (laknahu Allah) adalah ke arah Adam ketika hadir di alam-alam duniawi yang di bawah Syurga Kerajaan Langit Dunia ini. .[47]


Dengan menunjuk ke arah pokok itu seolah-olah ia Iblis (laknahu Allah) ada, ia adalah buah-buahan bagi pohon-pohon yang ada di bumi ini tetapi hanya penampilan dan tajalli bagi  Pengetahuan Aali (Keluarga) Muhammad (as) sahaja. Ia adalah seperti  epal, gandum dan buah tin, dan lain-lain adalah berkat Ilmu Aali Muhammad (as). Seperti yang dinyatakan dalam wirid pada doa, "Dengan mereka kamu diberi rezeki." dalam riwayat dari mereka (as) .[48]



Ahmad Al-Hassan

Sumber: Dari Kitab Mutasyabihat - Adam dan Pohon Terlarang - Soalan 3 (bergambar –pent)


Soalan: Saya tidak faham hakikat bahawa pohom Adam (as) dan bagaimana seorang mukallaf diperintahkan untuk mengambil ilmu Aali Muhammad  (as) tidak dibolehkan baginya mengambilnya tanpa kebenaran

Dr.Taufiq Maghribi


Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Seorang mukmin diperintahkan untuk mengambil ilmu Aali Muhammad  (as) dengan  perantaraan mana-mana Aali Muhammad  (as). Oleh itu manusia diperintahkan mempelajari makrifah dengan jalan (cara) Muhammad dan Aali Muhammad  (as) dan mereka tidak boleh mengatasi perantaraan ini melainkan sehingga kalau ilmu ini disediakan dalam jangkauan tangan mereka tanpa perantaraan yang akan berfungsi sebagai tulisan lambang (thalasim). Manusia tidak dapat menyelesaikan atau melihat (mengetahui) keadaannya, dan kemudiannya ia tidak akan memberi nilai faedah sebenar kepada mereka. Maka apabila mereka berurusan tanpa mempertimbangkannya, namun berani dan mengulurkan tangan mereka kepadanya maka mereka akan jadi gila, berdosa dan rosak tanpa makrifah kerana mereka asalnya tidak mengenalnya tanpa perantaraan. Jika mereka berani mendakwa memiliki ilmu ini yang mereka tidak mengetahuinya maka dengan cara ini, dakwaan mereka adalah batil, mendakwa sesuatu yang bukan untuk mereka dan mereka adalah imam-imam yang sesat, penzalim yang dengki kepada Muhammad dan Aali Muhammad (as),

Bagi apa yang berlaku pada Adam dia pada martabat pertama iaitu dia menghulurkan tangannya kepada ilmu yang dilarang dari menghulurkan tangannya kepadanya dan dia berada pada maqam (kedudukan) yang dia tidak layak untuk mengenalinya yang hanya akan membawa kerugian (kerosakan), tetapi Adam (as) tidak mendakwa mempunyai mana-mana maqam Muhammad dan Aali Muhammad (as), yang dengan ini menggambarkan iri hati (hasad) adalah rasa yang membawa jalan iri hati dan jejak langkah pertamanya iaitu berani mendekati pokok itu tidaklah bermakna bahawa dia ingin pergi ke maqam Aali Muhammad (as), sebahagian dari mereka (as) jika dia (as) mencapainya.

Jadi apa yang berlaku pada Adam (as) adalah ujian baginya (as) di mana ujian itu yang mewakili adanya ilmu ini yang boleh dicapai dengan tangan Adam (as). Pada masa yang sama yang diperintahkan Allah supaya jangan menghulurkan tangannya kepadanya dan ini tidak masuk akal, tetapi kerana Adam asalnya, dia tidak boleh mendapat manfaat daripada ilmu ini kerana ilmu pada maqam yang lebih tinggi daripadanya, dan dia (as) tidak berupaya melihatnya melainkan melalui perantaraan, iaitu Muhammad dan Aali Muhammad (as).
.
Diriwayatkan dari mereka, (alaihimu s-salam)

Dipetik dari Kitab Ma3ani Al-Akhbar (..... Ahmad bin Al-Haitsam dari Ibn Zakariya Al-Qathan dari Ibn Habib dari Ibn Buhilul dari bapanya Muhammad bin Sanan dari Al-Mufadhdhal berkata Abu Abdullah (as) berkata: Allah TWT (Tabaraka Wa Taala) mencipta ruh-ruh sebelum jasad-jasad dua ribu tahun maka ditinggikan dan dimuliakan ruh-ruh Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan Imam-imam selepas mereka (sholawatu Allah alaihim). Maka diperlihatkan kepada langit-langit dan bumi serta gunung-ganang maka diliputi cahaya mereka, Allah TWT berfirman kepada langit-langit dan bumi serta gunung-gunung, mereka ini kekasih-kekasihKu, auliakKu, hujah-hujah Ku atas penciptaanKu  dan Imam-imam dengan kuasaKu atas penciptaan yang Kucipta adalah lebih dikasihi oleh mereka dan bagi sesiapa yang berwaliykan mereka Aku telah ciptakan syurgaKu dan bagi yang menentang mereka dan memusuhi mereka Aku telah ciptakan nerakaKu, bagi yang mendakwa kedudukannya dari Ku dan menggantikan dari keagunganKu akan Ku azab dengan azab yang tidak pernah Ku azab di seluruh alam dan menjadikan dia orang-orang musyrik dan ditempatkan di bahagian paling bawah dan gelap di nerakaKu..

Bagi sesiapa yang mengakui wilayah mereka aan tidak mendakwa kedudukan mereka di sisiKu dan tempat mereka dari keagunganKu, Aku jadikan dia bersama  mereka di taman-taman syurga-syurgaKu. Dan sekiranya mereka mahukan sesuatu dariKu di dalamnya mereka mencari kemuliaanKu dan Aku halalkan mereka PembantuKu dan memberi syafaat pada mereka yang berdosa dari hamba-hambaKu dan beriman denganKu. Wilayah mereka adalah amanah pada penciptaanKu, maka sesiapa di antara kamu yang memikul bebanannya dan dia menyeru dirinya sendiri tanpa limpahanKu,  Pada hal, langit dan bumi dan gunung-gunung enggan memikulnya dan dan mereka khuatir dari mendakwa kedudukannya dan mereka yang ingin keagungan Tuhannya,

Ketika Allah AWJ menempatkan  Adam dan isterinya di Syurga berfirman kepada kedua-dua mereka:

dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

Maka terpandang kepada kedudukan Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan Imam-imam selepas mereka. Maka didapatinya ahli syurga memuliakannya. Mereka berdua berkata: Ya Tuhan kami, untuk siapakah kedudukan ini, maka Allah Jalla Jalalah berfirman: Angkatlah kepala kamu berdua pada tiang 3arasyKu. Meka keduanya mengangkat kepala mereka)

Mereka dapati nama Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan imam-imam (sholawatu Allah alaihim). tertulis pada cahaya di tiang (kaki) 3arasy dari cahaya Al-Jabbar Jalla Jalalah. Mereka berdua berkata, Ya Tuhan kami, siapakah yang dimuliakan dengan kedudukan ini pada Mu, bagaimana kasih mereka pada Mu dan apa kemuliaan mereka di sisi Mu, Allah Jalla Jalalah berfirman ,Kalau bukan kerana mereka kamu berdua tidak akan Ku ciptakan, Mereka adalah Khazanah (Perbendaharaan) Ilmu Ku dan Pemegang AmanahKu atas RahsiaKu. Aku peringatkan kamu berdua jangan memandang mereka dengan pandangan iri hati (hasad) dan inginkan kedudukan mereka di sisiKu dan tempat mereka dari kemuliaan Ku. Maka jika jadi seperti itu kamu menentang Ku dan berdosa padaKu, Maka kamu nanti menjadi dari orang-orang yang zalim. Keduanya berkata: Ya Tuhan kami: Siapakah orang-orang yang zalim?

Dia SWT berfirman: Yang mendakwa pada kedudukan mereka tanpa hak. Keduanya berkata Ya Tuhan kami tunjukkanlah kepada kami kedudukan-kedudukan mereka yang zalim di dalam neraka Mu sehingga kami dapat melihat seperti yang kami lihat kedudukan mereka dalam syurgaMu, diperintahkan Allah SWT pada neraka supaya mengetengahkan semua penghuninya dari warna-warna hukuman dan azab dan Allah AWJ berfirman, dan sebahagian besar tempat orang-orang yang zalim mereka mendakwa pada kedudukan tersebut,mereka di bahagian paling bawah dan gelap, Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya, setiap kali kulit mereka masak akan diganti dengan yang lain untuk merasakan azabnya. Wahai Adam dan Hawa jangan memandang cahaya-cahayaKu dan hujah-hujahKu dengan pandangan iri hati (hasad). Maka kamu berdua merendahkan PembantuKu dan kamu berdua membenarkan penghinaan atasKu.

﴿فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ * وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ * فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ...

Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)" * Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua", * maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. [Al-A3raaf 7:20-22] 


Dan membawa mereka kepada inginkan kedudukan tersebut. Disebabkan mereka memandang dengan pandangan iri hati (hasad). Maka keduanya mengambil dan memakan dari buah pohon gandum. Maka kembali di suatu tempat makan barli. Gandum asal yang tidak boleh di makan, dan barli asal yang keseluruhannya, yang mengembalikan ke suatu tempat yang tidak boleh di makan. apabila keduanya makan dari pohon dan terangkatlah perhiasan pakaian dari kedua tubuh mereka dan tinggal telanjang

                                                               
dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"* Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

Dia SWT berfirman< kamu merendahkan PembantuKu, maka kamu tidak boleh berjiran denganKu dalam SyurgaKu disebabkan kamu berdosa padaKu. Maka ditugaskan untuk menyelamatkan diri kamu berdua dalam mencari kehidupan.Maka apabila Allah AWJ mahu menerima taubat mereka datanglah Jibril, berkata kepada mereka, Bahawa kamu berdua telah menzalimi diri kamu sendiri kerana ingin kedudukan yang lebih utama dari kamu berdua. Maka balasan kamu berdua telah diputuskan dan kamu berdua disingkirkan daripada berjiran dengan Allah AWJ turun ke muka bumiNya kerana tidak mengambil kira peringatan dari Tuhan kamu terhadap hak nama-nama yang telah kaulihat di tiang (kaki) 3arasy itu sehingga diterima taubat kamu berdua, mereka berdua berkata,

اللهم إنا نسألك بحق الأكرمين عليك محمد و علي و فاطمة و الحسن و الحسين و الأئمة إلا تبت علينا و رحمتنا

Ya Allah, kami bermohon kepadaMu dengan hak orang-orang yang Engkau muliakan, Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein dan imam-imam, terimalah taubat kami dan rahmatlah kami.

Maka Allah menerima taubat mereka berdua. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang,. maka tidak diturunkan nabi-nabi Allah selepas itu melainkan memelihara amanah ini dan memberitahu aushiak mereka, dan dan imam-imam (pemimpin) mereka yang ikhlas, mereka enggan memikulnya kerana mereka khawatir akan mengkhianati tuntutannya dan dan dipikullah amanat itu oleh manusia.  yang telah mengenali asal semua kezaliman itu hingga hari kiamat dan itulah firman Allah AWJ:

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا﴾ 

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,)) [Al-Ahzab 33:72]  [Bihar Al-Anwar Jilid 11:halaman 173-174].


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Tsani 1434 H.

Sumber: Forum Jawapan Soalan Aqidah, pautan



Soalan 88- Dari Kitab Mutasyabihat -  Bisikan Iblis kepada Adam
                  
Soalan 88: Bagaimana Iblis memasuki syurga di antara lingkungan kehidupan untuk membisikan kepada Adam (as) seperti yang diriwayatkan dari Imam ‘Askari (as): (Adalah Iblis di antara lingkungan kehidupan dengan membisikan kepada Adam telah memasuki syurga...) [161]?

Jawapannya: Kehidupan adalah kehidupan di dunia ini, Iblis (la3nahu Allah) telah membisikan kepada Adam arah kehidupan di dunia. Kehidupan sebagaimana kehidupan di dunia ini, jika kamu mengikuti kehidupan sama ada dengan kamu memegangnya (terperangkap) maka ia akan menyakiti kamu, dan jika mengikutinya sehingga kamu pergi terlalu jauh ke padang pasir di mana tiada air, tiada padang rumput. Air: adalah ilmu, dan padang rumput: adalah agama. Iblis (la3nahu Allah) membisikan kepada Adam di satu arah kehidupan ini seperti yang telah dijawab dalam soalan sebelum ini, lihat [162].        
                    


Ahmad Al-Hassan
Sumber: Dari Kitab Mutasyabihat - Soalan 88:







✡✡✡✡✡


-----------------------------------------------
[38]. Kisah-kisah para Nabi oleh Sayed Nimatullah halaman Al- Jazairy 55.
[39]. Ini tidak menghairankan keran badan Ali bin Abi Talib (as) hampir dengan orang ramai dan di dunia jasmani ini, manakala rohnya di Kerajaan Syurga dan ini adalah jelas dari ucapannya sebelum syahidnya (as): "Sesungguhnya, aku hampir dengan kamu dalam badanku selama beberapa hari , dan selepas kematianku, kamu akan ada badan yang mati, kaku tidak bergerak, dan diam tidak berkata-kata. " Nahjul Balaghah :. Jilid. 2, muka surat 34.
[40]. Al-Quran Al-Baqarah 2:25
[42]. Al-Quran 55: 46,48
[43].. Al-Quran 55: 62,64
[44].. Kenaikan jasmani (fizikal) merupakan pergerakan benda dari tempat selepas kewujudannya di dalamnya. Dan manifestasi adalah kemunculan kebenaran sementara cerminan kebenaran itu tidak berubah dalam cerminannya dan ia tetap sama dan ia muncul sebagai asalnya. Ini seterusnya akan dijelaskan kemudian pada Jawapan 4. Imam Al-Hassan Al-Askari (as) berkata dalam tafsirannya terhadap {Dan janganlah kamu hampiri pokok ini}, "Ia adalah Pohon Ilmu dan ia adalah dikhususkan kepada Muhammad dan keturunannya dan tiada kepada yang lain. Dengan perintah Allah, tiada siapa yang boleh mengambil daripadanya kecuali mereka (as). Sesungguhnya, dari [pokok] inilah apa yang Nabi saw, Ali, Fatima, Al-Hassan dan Al Hussein (as) makan (selepas mereka beri makan orang-orang miskin, anak-anak yatim, dan para banduan) sehingga mereka tidak lagi merasakan kelaparan, dahaga, lemah atau keletihan. Dan ia adalah sejenis pokok yang berbeza dari semua pokok-pokok lain di syurga. Setiap pokok di syurga telah mengeluarkan sejenis buah-buahan, manakala pokok ini dan kumpulannya yang menghasilkan anggur, zaitun, kurma, dan semua jenis buah-buahan ... " BiharAl -Anwar : Vol. 11, halaman 189.
[45]. Al Quran, Al A’raf 7:26.
[46]. Mufaddal bin Omar berkata, Abu Abdullah (as) berkata, "... Oleh itu, apabila Allah swt menjadikan Adam dan isterinya tinggal di Syurga, Allah swt berkata kepada mereka , {dan makan dengan sesuka hati dari makanan di mana-mana kamu mahu dan jangan dekati pokok ini }, bermakna pokok gandum, {nanti kamu akan menjadi orang yang zalim}. Jadi mereka [Adam dan Hawa] melihat pangkat Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam selepas mereka (as) dan mereka dapati ia adalah pangkat yang paling mulia di syurga, lalu mereka berkata , “Wahai Tuhan, pangkat siapa ini?”  maka Allah swt berfirman, "Angkat kepala kamu ke arah tiang Arasy, 'maka mereka mengangkat kepala mereka dan mendapati nama-nama Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (as) tertulis di tiang Arasy dengan cahaya Allah swt ... Jadi apabila Allah swt menerima taubat mereka , Jibril (as) datang kepada mereka dan dia berkata kepada mereka, '”Kamu berdua telah menganiaya diri kamu sendiri dengan menginginkan pangkat mereka yang lebih disukai melebihi kamu, maka hukumannya adalah kamu turun [ke bawah] dari mendekatkan diri kepada Allah swt ke bumi-Nya. Jadi mintalah kepada Tuhan kamu, dengan hak nama-nama tersebut [dengan nama-nama] yang kamu telah lihat di tiang Arasy, supaya diterima taubat kamu.” Jadi mereka berdua (as) berkata, “Ya Allah, kami bermohon kepadaMu dengan hak mereka yang kamu kasihi, [iaitu] Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (as), terimalah taubat kami kepadaMU dan berilah kami rahmatMu.” Lalu Allah swt menerima taubat mereka . Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang ... "
Maani Al- Akhbar , oleh Sheikh Al- Sadooq : halaman 108 , Hadith 1.
[47]. Di sini, Sayyed Ahmad Al-Hasan (as) membezakan dengan jelas antara alam duniawi dan alam Syurga (Langit), atau Kerajaan-kerajaan Syurga . Oleh itu Iblis, yang dihalang dari pintu Syurga (Langit), berbisik kepada Adam (as) di alam dunia, bukan di dalam Syurga (Langit) yang paling rendah, atau disebut Langit Pertama.
[48]. Sebahagian dari Doa Imam Al-Baqir (as) adalah yang diriwayatkan oleh Al- Kulainy dalam buku Al- Kafi : Vol. 2, muka surat 244 dan Abu Abdullah (as) berkata, "Allah telah mencipta kita dalam bentuk yang terbaik dan Dia menjadikan kita mata-Nya pada hamba-hambaNya, lidah FirmanNya pada makhluk ciptaan-Nya, tangan Pengasih dan Penyayang -Nya pada hamba-hambaNya, Wajah -Nya yang dengannya Dia dipandang, pintu-Nya yang memberi petunjuk kepada-Nya, perbendaharan-Nya di langit dan bumi-Nya. Ia adalah melalui kami [Ahlul Bayt] bahawa pokok-pokok berbuah, buah-buahan yang masak ranum, dan sungai-sungai mengalir. Melalui kamilah hujan turun dari langit dan rumput-rumput tumbuh. Allah disembah melalui penyembahan kami. Dan jika ia bukan kerana kami, Allah tidak akan disembah "Al- Kafi :. Vol. 1, halaman 144.
[161] – Bihar AL-Anwar: Jilid 11 halaman 190.


Monday, 19 January 2015

Cara Berbai3ah






Cara Berbai3ah


Cara-cara untuk berbai'ah kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (as).

Ianya cukup dengan lafaz sekadar di dalam hati dengan mengucapkan kalimah:


.1.       اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله
Asyhadu An La Ilaha Ilallah
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah

2.       اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا الرّسولُ الله
Asyhadu Anna Muhammada r-Rasulullah
Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah

3.       اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله
Asyhadu Anna 3aliyyan Wal Aimmata Min Wuldihi Hujajullah
Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah

4.       اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله
Asyhadu Anna Al Mahdi Wal Mahdiyyin Min Wuldihi Hujajullah
Aku bersaksi bahawa Al Mahdi dan Mahdi-Mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah

Kemudian Mandi (Ghusl) Taubat dengan niat

نًوَيْتُ غَسْلِ التَّوْبَةَ قُرْبَةَ إِلَى الله
"Nawaitu Ghusl At Taubah Qurbatan Ilallah."
Aku berniat mandi Taubat untuk mendekatkan diri kepada Allah

Cara-cara Ghusl Taubah adalah sama sepertimana Ghusl Al-Janabah (mandi wajib selepas junub)


Kemudian sujud syukur kepada Allah SWT. Cukup sekadar membaca

الحمد لله "Al-Hamdu Lillah" atau

شُكْرًا  لله "Syukran Lillah"

sebanyak 3 kali semasa sujud


Sekian.

Contoh selawat

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا

Allahumm shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad Al-Aimmah Wal-Mahdiyin Wa Sallim Tasliiman Katsira
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ و ولدهی احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.




Ansar Allah dan Bai3ah

Jadilah Kamu Ansar Allah

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ  ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ *يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ *وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّـهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ *يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّـهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّـهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّـهِ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? * (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. * Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keuntungan yang besar. * Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. * Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu ansar Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah ansar Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. [Al-Shaaf 61:14] 


Bai3atu Lillah – للَّـهُ البيعة

﴿لَّقَدْ رَضِيَ اللَّـهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا﴾

Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai’ah (berjanji setia) kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan pembukaan (kemenangan) yang dekat (waktunya). [Al-Fath 48:18] 

﴿إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚفَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّـهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا﴾

Sesungguhnya orang-orang yang membai’ah kamu, mereka hanyasanya membai’ah Allah; Tangan Allah atas tangan mereka. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka bahaya tidak menyempurnakannya hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka akan diberi kepadanya pahala yang besar. [Al-Fath 48:10]


Mukminah Yang Berbai3ah

﴿يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَىٰ أَن لَّا يُشْرِكْنَ بِاللَّـهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ ۙفَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang untuk mem-bai’ah-mu, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah bai'ah mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Mumtahinnah 60:12] 


Allah Membeli Dari Orang-Orang Mukmin

﴿إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At Taubah 9:111)





Sunday, 11 January 2015

Hadits Manzilah: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa

(Menentukan Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam 12 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi di  akhir zaman sebagai Khalifah Allah – Pent.)   

Hadits Manzilah: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa

Tidak engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa



- Hadits Manzilah:

Ibn Abd Al-Barr dalam Al-Isti3ab mengenai hadits ini: adalah dari khabar yang sah dan sahih. Beliau berkata: Jalan hadits Saad bin Abi Waqas terlalu banyak. Beliau menyebut beberapa orang sahabat yang meriwayatkan Hadits ini, kemudian berkata: kumpulan yang panjang (ramai) menyebutnya [1].

Sama seperti itu juga yang diperkatakan Al-Mazi dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin (as) dalam Tahzhib Al--Kamaal [2].

Dan hadits ini disebut oleh Al-Hafidz Ibn 3asakir dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin dari Tarikh Dimsyq (sejarah Damsyik) atas banyak jalan, dan sanadnya hampir dua puluh sahabat [3]. Al-Hafidz Ibn Hajar Al-3asqalaniy berkata  dalam  Syarah Al-Bukhari selepas dia menyebut sebilangan nama-nama sahabat, dan meriwayatkan kisah-kisah pengumpulan daripada mereka mengatakan, telah diambil dalam jalan Ibn 3asakir dalam Tarjamah Ali [4]. Tambahan pula hadits ini adalah mutawatir di sisi Imamiyyah, ia adalah hadits-hadits shahih yang dikenali dan masyhur di sisi Ahl Al-Sunnah, hadits-hadits ini juga adalah mutawatir di sisi mereka. Kata Al-Hakim Al-Naisaburiy: Hadits ini mencapai tahap tawatur (mutawatir) [5]. Al-Hafidz Al-Suyuthi juga melaporkan Hadits ini dalam kitabnya Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar (hadits) yang mutawatir [6], diikuti oleh Syeikh Ali Al-Muttaqi di dalam kitabnya Quthf Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar (hadits) yang mutawatir. Dan di antara yang mengakui hadits ini adalah Syah Waliullah Al-Dahlawiy Muhadits India dalam kitabnya Izalah Al-Khafaa’ Fi Sirah AL-Khulafaa’.


Perawi masyhur yang meriwayatkan hadits ini pada abad-abad yang berbeza:

1 - Muhammad bin Ishaq, penulis Al-Sirah.
2 - Sulaiman bin Daud Tayaalisi Abu Dawood Tayaalisi, di dalam Musnad
3 - Muhammad bin Saad, Pemilik Al-Thobaqaat.
4 - Abu Bakar Ibn Abi Syaibah, pemilik Al-Mushnaf.
5 - Ahmad ibn Hanbal, pemilik Al-Musnad.
6 - Bukhari dalam Shahih-nya.
7 - Muslim dalam Shahih-nya.
8 - Ibn Majah, dalam Shahih-nya.
9 - Abu Hatem Ben Habban, dalam Shahih-nya.
10 - Tirmizhi, dalam Shahih-nya.
11 - Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Imam besar ini yang mungkin mendahulukan sedikit pada ayahnya, beliau meriwayatkan hadits ini dalam Ziadaat Musnad Ahmad dan Ziadaat Manaqib Ahmad.
12 - Abu Bakar Al-Bazar, pemilik Al-Musnad. 13 - Al-Nasaaei, pemilik Al-Shahih
14 - Abu Ya3la Al-Mushli, pemilik Al-Musnad.
15 - Muhammad bin Jarir Al-Thabari, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.
16 - Abu 3awanah, pemilik Al-Shahih.
17 - Abu Syeikh Al-Ishfahani, pemilik Thabaqaat Al-Muhaditsin.
18 - Abu Al-Qasim Al-Thabaraani, pemilik Al-Mu3ajam Al-Tsalatsah.
19 - Abu Abdullah Al-Hakim Al-Naisaburiy, pemilik Mustadrak 3ala Al-Shahihain.
20 - Abu Bakar Al-Syiraziy, pemilik Kitab Al-AlQaab.
21 - Abu Bakar bin Mardawiyah Al-Ishfaahaniy, pemilik Al-Tafsir.
22 - Abu Naim Al-Isfahani, pemilik Haliyah Al-Auliak.
23 - Abu Al-Qasim Al-Tanwakhi, dalam Kitabnya Fi Thariq Ahadits Al-Manzilah
24. Abu Bakar Al-Khathib, pemilik Tarikh Baghdad.
25 - Ibn Abd Al-Barr, pemilik Al-Isti3ab.
26 – Al-Baghawi, digelar sebagai yang menghidup Al-Sunnah, pemilik Mashabih Al-Sunnah.
27 – Ruzain Al-3abdariy, pemilik Al-Jami3 Baina Al-Shihah.
28 - Ibn 3asakir, pemilik Tarikh Dimasyq.
29 – Al-Fakhr Al-Raziy, pemilik Al-Tafsir Al-Kabir.
30 - Ibn Al-Atsir Al-Jazariy, pemilik Jami3 Al-Ushul.
31 – Akhwah Ibn Al-Atsir, pemilik Asad Al-Ghaabah.
32 - Ibn Al-Najar Al-Baghdadi, pemilik Tarikh Baghdad.
33 – Al-Nawawiy, pemilik Syarah Shahih Muslim.
34 - Abu Al-Abbas Muhibb Al-Din Al-Thabariy, pemilik Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaaqib Al-3asyarah Al-Mubasyirah.
35 - Ibn Syed Al-Nas, dalam Sirahnya.
36 – Ibn Qiyim Al-Jauziyah, dalam Sirahnya.
37 – Al-Yaafaei, pemilik Miraah Al-Jinan.
38. Ibn Katsir Al-Damsyiqi, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.
39 - Al-Khatib Al-Tabrizi, pemilik Misykaat Al-Mashbih.
40 - Jamal Al-Din Al-Mazi, pemilik Tahzhim Al-Kamal.
41 – Ibn  Al-Syahnah, pemilik Al-Tarikh Al-Ma3ruf.
42 – Zain Al-Din Al-Iraqi Al-Muhadits Al-Ma3ruf, pemilik Al-Mualafaat, pemilik Al-Alfiah dalam 3ulum Al-Hadits.
43 - Ibn Hajar Al-3asqalaani, pemilik Al-Mualafaat.
44 – Al-Suyuthi, pemilik Al-Mualafaat Kal-Dar Al-Mantsur dan lain-lain.
45 – Al-Diyaribkariy, pemilik Tarikh Al-Khamis.
46 - Ibn Hajar Al-Makki, pemilik Al-Shawa3iq Al-Muharraqah.
47 – Al-Muttaqi Al-Hindiy, pemilik Kanz Al-3amal.
48 – Al-Manaawi, pemilik Faidh Al-Qadir Fi Syarah Al-Jami3 Al-Shaghir.
49 - Waliullah Al-Dahlawi, pemilik Al-Mualafaat penulis Kitab Hujjah Allah Al-Balighah Wa Azalah Al-Khifaa’.
50 - Ahmad Zaini Dahlan, pemilik Al-Sirah Al-Dahlaniyah. Dan yang lain-lain dari ahli sejarah, ahli hadits dan Ahli Tafsir dari abad dan lapisan masyarakat yang berbeza.


Teks Hadits dalam Shahih Bukhari:

حدثنا محمد بن بشار ، حدثنا غندر ، حدثنا شعبة ، عن سعد قال : سمعت إبراهيم بن سعد عن أبيه [ أي سعد بن أبي وقاص ] قال النبي ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

Muhammad bin Bashar, diberitahu oleh Gundar, diberitahu oleh Syu3bah, dari Saad katanya: Aku mendengar Ibrahim bin Saad daripada bapanya [iaitu, Sa3ad bin Abi Waqash] Nabi (S) bersabda kepada 'Ali: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa [7] .

قال : وحدثنا مسدد ، حدثنا يحيى ، عن شعبة ، عن الحكم ، عن مصعب - مصعب بن سعد بن أبي وقاص - عن أبيه : إن رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) خرج إلى تبوك فاستخلف عليا فقال : أتكلفني بالصبيان والنساء ؟ قال : ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه ليس بعدي نبي

Beliau berkata: kami diberitahu oleh Musdad, diberitahu kepada kami oleh Yahya, dari Syu3bah,dari AL-Hakim dari Mush3ab – Mush3ab bin Sa3ad bin Abi Waqash – dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) hendak berangkat dalam perang Tabuk, baginda menugaskan ‘Ali untuk menggantikannya (mengurus Madinah) Ali berkata: Adakah engkau menugaskan aku degan kanak-kanak dan wanita? Baginda bersabda: Tidak engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku, [8].


Hadits Al-Manzilah dalam Shahih Muslim:

Bagi lafaz Muslim, ia meriwayatkan hadits ini dengan banyak sanad bukan pada satu dan dua sanad: termasuk: yang diriwayatkannya dengan sanad

عن سعيد بن المسيب ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي . قال سعيد : فأحببت أن أشافه بها سعدا ، فلقيت سعدا فحدثته بما حدثني به عامر فقال : أنا سمعته ، قلت : أنت سمعته ؟ قال : فوضع إصبعيه على أذنيه فقال : نعم ، وإلا أستكتا

dari Sa3id ibn al-Musaiyib, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqash, dari bapanya yang berkata: Rasulullah (S) kepada 'Ali: Kamu di sisiku seperti kedudukan Harun pada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku. Sa3id berkata: “Aku ingin sekali menceritakan ini kepada Sa3ad, kemudian aku pun bertemu dengannya. Aku lalu menceritakan apa yang telah diceritakan 3amir kepadaku. Sa3ad berkata, “Aku telah mendengarnya.” Aku (Sa3id) bertanya, “Benarkah engkau telah mendengarnya?” Dia meletakkan kedua jarinya di telinganya seraya berkata, “Ya, jika tidak, semoga kedua telinga ini menjadi tuli.” [9].

Dalam hadits ini, dan di dalam lafaz jenaka ini perlu memberi perhatian kepada. Dan pada sanad yang lain dalam Shahih Muslim:

عن بكير بن مسمار ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال : ما منعك أن تسب أبا التراب ؟ فقال : أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله فلن أسبه . . . فذكر الخصال الثلاث ومنها حديث المنزلة

Dari Bakir bin Musamar, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqas, ayahnya berkata: Amir Muawiyah ibn Abi Sufyan berkata kepada Sa3ad: Apa yang mencegahmu untuk mencaci Abu Turab (‘Ali as)?” Sa’ad menjawab, “Adapun setelah aku mendengar tiga hal yang telah disabdakan oleh Rasulullah (S), oleh karena itu aku tidak akan mencacinya,. . . Dia mengingat semula tiga hal, termasuk Hadits Manzilah [10].

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah:

Perkara paling penting kita mesti lihat apa kedudujan Harun pada Musa, sehingga membuatkan taraf Ali pada Nabi (Muhammad) berbanding Harun pada Musa, dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan mengambil manfaat daripada ayat-ayat yang memberi berkat pada kedudukan Harun:

Manzilah I: Al-Nubuwah, FirmanNya SWT:

﴿وَوَهَبْنَا لَهُ مِن رَّحْمَتِنَا أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا﴾

(Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya dari rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.) [11].

Manzilah II: Wazir, FirmanNya SWT  dengan lisan Musa:

﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي﴾

(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku) [12],

dan dalam Surah Al-Furqan FirmanNya SWT  

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَا مَعَهُ أَخَاهُ هَارُونَ وَزِيرًا﴾

(Dan sesungguhnya kami telah memberikan Al Kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami telah menjadikan Harun saudaranya, menyertai dia sebagai wazir (pembantu).) [13],

dan dalam Surah Al-Qashash dengan lisan Musa:

﴿وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءًا يُصَدِّقُنِي﴾

(Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku;") [14].

Manzilah III: Khalifah, FirmanNya SWT  :

﴿وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

(Dan berkata Musa kepada saudaranya Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan") [15].

Manzilah IV: Kerabat berdekatan FirmanNya SWT dengan lisan Musa:

﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي * اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي * وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي﴾

(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku * teguhkanlah dengan dia kekuatanku, * dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,) [16].

Rasulullah (S) memberitahu dalam satu hadits Manzilah mengesahkan semua kedudukan-kedudukan Harun dalam Al-Quran ini meyamai Ali kecuali nubuwah. Rasulullah (S) telah mengeluarkan nubuwah untuk menegakkan keperluan kepada bahawa tiada nabi selepas baginda (S), dan kekallah kedudukan (manzilah) selain kedudukan (manzilah) ini masih tetap ada dan disahkan pada Ali (as).

Manzilah V: dari kedudukan Harun: Paling berilmu selepas Musa atas semua Bani Israel, dan atas semua umatnya, telah membuktikan kedudukan ini sesuai dengan penunjukan diturunkannya pada Ali dengan kedudukan Harun pada Musa kepada Amir Al-Mukminin (as) [17].


Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah Pada Kemaksuman:

Adakah terdapat apa-apa keraguan yang terbukti pada kemaksuman Harun? Rasulullah telah menyerahkan pada Amir Al-Mukminin kedudukan Harun, tidak ada seorang sahabat pun yang diserahkan pemilikan maksum, dan tidak diserahkan pemilikannya pada mana-mana sahabat, seperti yang diberikan kepada Amir Al-Mukminin (as). Dan pada masa itu adakah diterima akal (dibenarkan) menjadi Imam selepas Rasulullah yang tidak maksum ketika ada yang maksum? Aadakah diterima akal seseorang yang tidak maksum menjadi pengantara antara penciptaan dan Pencipta ketika ada yang maksum? Bolehkah mengikuti bukan yang ma'sum ketika ada yang maksum?

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah Pada Khalifah Amir Al-Mukminin (as).

Kita beralih pula kepada kepentingan hadits ini pada keutamaan Khalifah dan Wilayah, adalah menjadi nash pada yang mendakwa. Tidak ada keraguan pada kedudukan Harun sebagai Khalifah Musa (as),

Dia SWT berfirman melalui Lisan Musa berucap kepada Harun::

﴿اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

("Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan") [18].

Harun adalah Khalifah kepada Musa, dan Ali menurut ketentuan Hadits Manzilah adalah Khalifah kepada Rasulullah (S), maka Hadits ini menjadi nash pada Khilafah, Imamah dan Wilayah selepas Rasulullah. Dan kesan dari ayat Khilafah ini: Wajib taat secara mutlak, dan Wajib menyerah secara mutlak, dan ketaatan mutlak dan penyerahan mutlak memerlukan (melibatkan) Khilafah, Imamah dan Wilayah secara awam. Tiada siapa yang meragui pada kewajipan taat dan penyerahan mutlak kepada Harun, ia adalah daripada kesan dan ketentuan nubuwah, bukan dari kesan dan dari ketentuan ia Khilafah Musa, sehingga tidak diwajipkan ketaatan secara mutlak kepada Ali, kerana dia bukan seorang nabi. Pemikiran ini adalah batil dan tertolak, jika terdapat dalam beberapa kitab sebahagian ulamak mereka, yang demikian kerana kewajipan ketaatan mutlak jikalah kesan nubuwah bukan daripada kesan khalifah. Jika demikian mengesahkan tidak wajib pula taat kepada ketiga-tiga (khalifah) terdahulu, kerana mereka bukan nabi, dan juga: mengesahkan tidak wajib taat mutlak kepada Ali di tempat keempat, yang mereka katakan kepadanya (as), apabila pada masa itu dia bukan seorang nabi, tetapi seorang khalifah. oleh sebab itu, wajib taat mutlak kepada Harun dengan ketetapan sebagai khalifahnya dari Musa bukan dengan ketetapan nubuwah, dan pada masa itu wajib taat mutlak kepada Ali (as) dengan ketetapan dari Rasulullah, dan dengan ketetapan kedudukannya dari Rasulullah seperti Kedudukan (Manzilah) Harun kepada Musa.


Perbincangan Pelbagai Pihak Pada Hadits:

Perbincangan Pertama: Bahawa hadits ini tidak menunjukkan Manzilah umum, dan pada masa itu mencukupi persamaan antara Ali dan Harun dari satu sudut, dan ia mencukupi dalam hadits yang shahih. Adapun kedudukan Ali di sisi Rasulullah berbanding Harun di sisi Musa pada semua kedudukan Harun tidak disepakati dalam perkara ini.

Jawapannya: Hadits yang termasuk dalam lafaz dan dari jenis nama “Manzilah” bersandar kepada keunggulan “Harun”. Sabda baginda: Kamu di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun, maka perkataan Manzilah jenis nama yang bersandar kepada keunggulan Harun kemudian hadits itu digabungkan dengan pengecualian, melainkan bahawa tidak ada nabi sesudahku. Hadits tersebut terdiri daripada jenis nama bersandar kepada keunggulan, dan terdiri daripada pengecualian secara lafaz yang kami telah sebutkan, ini matan (isi kandungan) hadits. Jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Ushul Fiqh, jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Balaghah (tata bahasa) dan kesusasteraan, kita akan dapati mereka menyusun garis panduan Al-Istitsnaa’ (pengecualian) secara umum, dan menyusun pada kata-kata umum jenis nama yang disandarkan, Maka apakah makna bidang perbincangan ini? Jenis nama yang bersandar dengan kedudukan Harun dari bentuk umum, dan pengecualian juga adalah secara umum, maka nash-nash (teks) hadits adalah umum, kerana dalam hadits tidak ada lafaz yang lain: Lafaznya
أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي
(Kamu di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi sesudahku.)
Dan oleh kerana itu menghilangkan keraguan dan membatalkan perbincangan. Ini adalah 3ibarah Ibn Al-Hijab, yang merupakan salah seorang imam (pembimbing) Ilmu Ushul dan imam (pembimbing) Ilmu Nahu dan Sharaf (tata bahasa) dan Ilmu kesusasteraan, yang mengatakannya di dalam Kitab Mukhtashar Al-Ushul (Ringkasan Ilmu Ushul) - sebuah kitab, Matan, tulisan yang banyak memberi penjelasan dan keterkaitan: Kemudian rumusan yang ditetapkan untuknya – iaitu secara umum – Pada pencari kebenaran ia adalah: keadaan nama-nama dan kefahaman , yang berkaitan dengannya, Kumpulan besar yang berpengetahuan mentakrifkan jenis bukannya pengetahuan, dan takrif jenis nama ditakrifkan jenis atau sandaran [19].

Bahawa dikatakan: Harus untuk diangkat tangan di khalayak umum, berhubung dengan keutamaan Hadits Manzilah ketika Perang Tabuk, dan jika hubungan atau keutamaan lafaz tidak sesuai atas Dilalah (Penunjukan Makna) pada umum, maka Hadits itu adalah petunjuk pada melantik pengganti menjadi pengurus kanak-kanak, wanita dan warga tua - kenyataan Ibnu Taimiyyah – Tinggal  di Madinah Al-Munawarah adalah tidak lebih daripada itu. Tetapi menolak kemuskilan dan tuntutan ini, dan mengada-adakan Hadits Manzilah selain masa Tabuk. Bahawa dikatakan juga: Jika pengecualian ditunjukkan secara umum, maka pengecualian telah disambungkan, manakala pengecualian ini tidak terhenti, kerana ayat tidak termasuk antara nilai berita, dan tidak boleh dikecualikan kumpulan berita yang pengecualiannya adalah pengecualian yang bersambung. Tetapi apabila disemak semula hadits ini kita dapati ada kalimah nubuwah selepas perkataan melainkan Jika tidak, tidak ada antara nilai berita, dan sanad (sandaran) hadits ini atau hadits-hadits ini sanadnya muktabar (sandaran yang besar), dan nash hadits yang sahih sanadnya dengan lafaz (kata-kata) ini: Ibn Kathir Al-Damsyiqiy dalam kitabnya Al-Tarikh Al-Bidayah wa Al-Nihayah [20]. Itu adalah kerana mereka mengesahkan dalam Ilmu Al-Ushul dan juga dalam Ilmu Balaghah: Asal pengecualian ini adalah untuk menghubungkan, tidak diangkat tangan bagi ushul ini melainkan dengan dalil atau dengan hubungan, bagaimanapun, anggapan, orang yang mempersoalkan dan mahu membuat tanggapan laporan kumpulan berita dikecualikan, telah menjawab dengan nama pudar yang dikecualikan yang tidak ada nilai berita. Jika anda ingin menjangkakan anggapan dan kenyataan mereka mengenai usul pengecualian adalah sambungan yang tidak putus yang memungkinkan anda mengkaji semula Kitab Kasyf Al-Asrar (Terbukanya Rahsia-rahsia) dalam Syarah Ushul Al-Bazdawiy [21] oleh Syeikh Abdul Aziz Al-Bukhari, yang berasal dari sumber Al-Ushuliyah. Anda juga boleh menyemak Kitab Mukhtashar Al-Ushul oleh Ibn Al-Hajib [22] Juga, teks ini. bahkan jika jika anda rujuk dalam Syarah-syarah hadits, yang anda boleh dapati daripada Muhaditsin juga kepada fakta bahawa pengecualian ini disambung tidak terputus, kemudian rujuk pendapat Al-Qisthalaniy dalam Irsyaad Al-Saariy [23].

Perbincangan Kedua: Jika Hadits Manzilah hanya dinyatakan khusus berhubung dengan peperangan Tabuk, dan Rasulullah (S) mengucapkannya apabila baginda keluar dalam peperangan Tabuk dan meninggalkan kepada Ali hal ehwal keluarganya dan tinggal di Madinah Al-Munawarah, maka menetapkan secara khusus Hadits Manzilah hanya lantikan ini kes.

Jawapannya: Hadits Manzilah tidak diketengahkan terhad pada Peperangan Tabuk sahaja, tetapi kita dapati dalam khabar-khabar muktabar dan riwayat-riwayat Shahih bahawa Nabi (S) mengumumkan Hadits Manzilah pada masa-masa lain, seperti pada Hari Mempersaudarakan di mana hadits ini diriwayat oleh Al-Suyuthi dalam Al-Daar Al-Mantsur: dari Al-Baghawi, dan Al-Bawaridiy, dan Ibn Qani3, Al-Thabraani, dan Ibn 3asaakir. Ia juga:ada dalam Manaqib Ali oleh Ahmad, dan dalam Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaqib sepuluh yang dijanjikan, dan dalam Kanz Al-3amal juga dalam Manaqib Ali [24]. Dan baginda (S) bersabda dalam satu hadits di sekitar Hari Al-Inzhar pada riwayat Abi Ishaq Al-Tsa3labiy dalam Kitab Tafsirnya Al-Kabir menyebut perkataan ini:

فأيكم يقوم فيبايعني على أنه أخي ووزيري ووصيي ويكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

Maka kepada kamu wahai kaum maka bai’ahlah Ali, bahawa dia adalah saudaraku dan wazirku dan washiyku dan dia bagi-ku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepas ku.

Dan baginda (S) bersabda dalam khutbah Al-hadir Khum. Di pintu-pintu (di-hadapan) sebuah lembah empangan air, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Faqih Ibn Al-Mughazaliy dalam Manaqib Amir Al-Mukminin [25]. Dalam satu hadits dari Jabir yang berkata,

جاء رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) ونحن مضطجعون في المسجد قال رسول الله : أترقدون بالمسجد ! إنه لا يُرقد فيه ، فحينئذ خاطب عليا وكان علي فيهم قال: تعال يا علي ، إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي ، أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا النبوة

telah datang Rasulullah (S) dan kami sedang berbaring di dalam masjid, Rasulullah (S) bersabda: berbaringlah di masjid! Bahawa tidak berbaring di dalamnya, pada masa itu baginda bercakap kepada Ali dan Ali bersama mereka: baginda (S) bersabda: Marilah wahai Ali, adalah dibenarkan kamu di dalam masjid apa yang dibenarkan kepadaku, adakah kamu redha di sisi-Ku seperti manzilah (kedudukan) Harun pada Musa melainkan nubuwah. Ini adalah juga dalam Tarikh Damsyik [26].

وقاله لأم سلمة : يا أم سلمة ، إن عليا لحمه من لحمي ودمه من دمي ، وهو مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

Dan baginda (S) bersabda kepada Ummu Salamah: Wahai Ummu Salamah, daging Ali adalah dari darah dan daging ku, dan dia di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku [27]. Terdapat sumber-sumber lain.

Perbincangan Ketiga: Riwayat dari Qiz3ah bin Suwaid, dari Abi Malikah, dari Ibnu Abbas, Rasulullah (S) bersabda: Abu Bakr dan Umar kepada saya seperti Harun kepada Musa.

Jawapan: hadits ini adalah satu pembohongan, seperti kata Al-Zhahabiy di dalam kitabnya "Mizaan Al-I3tidal," katanya dalam terjemahan Qiz3ah bin Suwaid: pemindahan Hadits Manzilah ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), Ammar bin Harun menafikannya dan berkata: Ini adalah satu pembohongan.

Perbincangan Keempat: Ibn Taimiyyah menyebut hadits yabg sama sepertinya di sisi Rasulullah, Abu Bakar dengan Ibrahim, dan menyamakan Umar dengan Nuh, dan berkata hadits ini di dalam (Al-Shahihain) kedua-dua Shahih (Bukhari dan Muslim).

Jawapannya: Ia adalah satu pembohongan, hadits ini tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), dan anda perhatikan; kepada kitab Bukhari dan Muslim, dan dilihat ianya dalam Kitab Minhaj Al-Sunnah, Edisi baru yang dihasilkan oleh Dr. Mohamed Rashad Salim, dicetak di Arab Saudi dalam sembilan bahagian (juzuk), kajilah ungkapannya, dan akan menyaksikan Ibn Taimiyyah menenisbahkan hadits ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), yang disahkan pada nota kaki: bahawa hadits ini ada dalam Musnad Ahmad, dikatakan yang disahkan dalam Al-Musnad Al-Syeikh Ahmad Syakir dalam edisi baru: hadits ini adalah dhaif. Ia juga ada dalam Manaqib Al-Shahabah oleh Ahmad ibn Hanbal, yang dicetak dalam dua bahagian di Arab Saudi yang lain, Rujuklah dan lihatlah apa yang ditulis pada nota kaki: Sanadnya dhaif. Jadi hadits tersebut tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), untuk menentang Hadits Manzilah yang ada dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain),, tetapi ia ada dalam beberapa buah kitab, dan disahkan teksnya dalam huraian mereka pada kitab yang mendhaifkan hadits ini.


-------------------------------
[1] - Al-Isti3ab 3/1097 – Dar Al-Jil - Beirut --1412 H.
[2] – Rahzhib Al-Kamal 2/483 – Muassasah Al-Risalah - Beirut --1 413 H.
[3] - lihat dalam Tarjamah Al-Kitab Imam Ali (as) 1 / 306-393.
[4] – Fath Al-Baari dalam Syarah Shahih Al-Bukhari, 7/60 – Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.
[5] - lihatlah dalam Kifayah Al-Thalib dalam Manaqib Ali bin Abi Talib oleh Al-Hafidz Al-Kinjiy: 283.
[6] – Al-Azhaar  Al-Mutanatsirah dalam Al-Ahadits AL-Mutawatirah: Huruf ALif.
[7] - Shahih Al-Bukhari 5/24 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.
[8] - Shahih Al-Bukhari 6/3.
[9] - Shahih Muslim 4/1870 No. 2404 - Daar AlFikr-- Beirut --1398 H.
[10] - Shahih Muslim 4/1871
[11] – Surah Maryam 18:53.
[12] - Surah Taha 20:29.
[13] - Al-Furqan 25:35
[14] - Al-Qashash 28:34
[15] - Surah Al-A3raaf 7:142.
[16] - Surah Taha 20:31.
[17] - Lihatlah kepintaranHarun selepas Musa dalam tafsiran ayat:
(قال إنما أوتيته على علم عندي)
(ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". ) dalam:Tafsir Al-Baghawi 4/357 - Daar AlFikr-- Beirut --1405 H. Tafsir Al-Jalalain 2/201 - Tafsir Mustafa Al-Baabi Al-Halabi, Mesir --1388 H.
[18] - Surah Al-A3raaf 7:142.
[19] – Al-Mukhtashar (Biyaan Al-Mukhtashar 2): 111 – Markaz Ihyaa’ Al-Islamiy - Mekah Al-Mukarramah.
[20] – Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jilid 4 Bahagian 7/340.
[21] – Kasyf Al-Asrar 3/178 Bab Biyaan Al-Taghir - Daar Al-Kitab - Beirut --1418.
[22] - Al-Mukhtashar (Biyaan Al-Mukhtashar 2): 246.
[23] – Irsyaad Al-Saariy 6 / 117-118 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.
[24] - Lihat: Al-Dar Al-Mantsur 6 / 76-77. Fadhaail Amir Al-Mukminin (as): 142 No 207. Al-Riyadh Al-Nadhirah 3/182, sebahagian dari. Kanz Al-3amal 9/167 No. 25 554 dan 13/105 No. 36345.
[25] - Manaqib Imam Ali (as) oleh Al-Mughazliy: 255-257.
[26] - Tarjamah Al-Imam Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/290 No. 329.

[27] - Tarjamah Al-Imam Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/365 No. 406