Wednesday, 7 January 2015

Syarat Kedua Mengenal Khalifah Allah (Ahmad Al-Hassan (as))


2 ILMU

Dia Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) datang dengan Ilmu sebagai syarat kedua Khalifah Allah.
                   
Semua Khalifah Allah yang membawa Tauhid dan menyampaikan Risalah Allah kepada manusia yang sezaman dengannya. Ia adalah contoh yang dirakam Allah sewaktu akan mengutus Adam (as).

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:31] 

Lantikan Khalifah Allah ini diuji kepada penciptaan lain termasuk Malaikat dan Jin selain manusia di persoalkan oleh Malaikat sehingga Allah meninggikan Martabat Adam dengan:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31] 

(ALLAH) Mengajarkan Adam as akan Nama-Nama Allah, bermaksud dia (Adam as) dikenalkan dengan sesuatu daripada hakikat Nama-Nama Allah itu, yang mana para Malaikat tidak mampu mengenalnya dan dia dikenalkan juga dengan hakikat Nama-Nama Allah pada makhluk. Oleh itu, Muhammad dan Keluarga Muhammad alaihimusslam, para anbiya' dan para rasul alaihimusslam adalah Nama-Nama Allah pada makhluk, atau tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala

Sebagaimana seluruh kewujudan atau makhluk itu adalah tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah, hattakan hamparan permaidani yang kita duduk di atasnya (2). Fitrah Adam atau manusia secara umumnya menjadikan dia layak untuk mengenal Nama-Nama Allah pada kedudukan yang lebih tinggi, lebih banyak dan tersangat jauh berbanding kedudukan para Malaikat. Ini adalah kelebihan Adam as ke atas para Malikat, bahkan buat setiap insan jua yang berjalan kepada Allah dan sampai kepada makrifat Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala.

Ketundukan Malaikat dan kepatuhan mereka kepada Adam, serta menganggapnya sebagai kiblat yang memungkinkan mereka mengetahui Nama-Nama Allah secara pasti adalah disebabkan kelebihan-kelebihan (fitrah) Adam yang tidak berubah, melainkan jika insan itu sendiri menanggalkannya (fitrah itu). 

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ 


Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum: 30)

dipetik Kitab al-Mutasyabihat oleh Imam Ahmad Al Hassan, jilid 1, halaman 33-34.

Dia datang dengan Ilmu:

Dia datang dengan Ilmu untuk disebarkan kepada semua manusia dari riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan apa yang dinyatakan dan diturunkan di dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh (as) dan datang dengan ilmu dalam teori-teori saintifik (ilmiah), untuk menghujjah atheis yang tidak percaya kepada tuhan

·        Beliau telah mengajar secara langsung kepada ansar Imam Mahdi (as) iaitu pengikut yang membaiah beliau.
·         Menjawab semua soalan dari seluruh dunia mengenai (hadits-hadits) dan apa yang diturunkan di dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh (as) mahu pun ilmu dalam teori-teori saintifik moden . Dijawab dan disebarkan melalui Internet dan terbitan buku-buku (kitab-kitab)
·         Mencabar semua ulamak sedunia dari semua Agama Yahudi , Keristian dan Islam berdebat dan bermubahalah (sumpah laknat ditimpakan Allah)
·         Antara buku-buku (kitab-kitab) tulisannya adalah
1.      Perjalanan Musa (as) ke Pertemuan 2 Laut
2.      Kitab Tauhid
3.      Pencerahan dari Dakwah Rasul-rasul (as)
4.      Mutasyabihaat Jilid 1-4 (182 soalan)
5.      Bersama 3abd Al-Shaleh
6.      Berhala Anak Lembu 1 dan 2
7.      Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah
8.      Tafsiran Surah Yunus (as) 
9.      Jawapan Penerangan Melalui Internet Jilid 1 – 6 (648 soalan)
10. Hakimiyah (Ketuanan) Allah dan bukan Hakimiyah (Ketuanan) Manusia
11. Washiy dan Utusan Imam Al-Mahdi (as) dalam Quran, Taurat dan Injil
12. Sesat di Padang Gurun atau jalan kepada Allah
13. Syari3at Islam Jilid 1-3
14. An Advice to the Students of the Scientific Hawzas and Whoever Seeks the Truth
15. Risalah Al-Hidayah
16. Penutup Kenabian
17. Jihad, Pintu Syurga
18. Clarification of the Truth from the Numbers Part 1 and 2
19. Kitab Pengikut Isa Ke 13:
20. The Return is the 3rd of Allah's Greatest Days
21. Khutbah-khutbah Imam Ahmad Al-Hassan (as)
22. Kitab Delusi Atheisme (Secara Sainstifik Moden)
23. Dan lain-lain     
·        Ansarnya juga telah menerbitkan banyak kitab

·        Semua ansar dan umat manusia menghubunginya melalui Internet

Syarat Pertama Mengenal Khalifah Allah (Ahmad Al-Hassan (as))


1.      WASIAT

Ramai umat Islam terutama Muslim Sunni tidak tahu atau tidak diberitahu atau disalah-fahamkan kaedah Wasiat Firman Allah SWT

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾

 Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu mendatangi maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [2:180] 

Terjemahan إِن تَرَكَ خَيْرًا – In Taraka Khairan - jika ia meninggalkan kebaikan ...
Diselewengkan kepada
- jika ia meninggalkan harta yang banyak - Bahasa Indonesia
           
 - jika ia ada meninggalkan harta – Melayu, Basmeih

Apakah Khairan (kebaikan) hanya harta? Saya tidak ingin memperpanjangkannya ...                    

Wasiat wajib – Oleh itu Rasulullah (S) tentu berwasiat!!
Tetapi Sirah dan Hadits-hadits Rasulullah ada menyebutkan Tregedi Hari Khamis atau Bencana Khamis atau Khamis Kelabu:5 hari (Kh. Jum, Sab. Ahd, dan Isn) sebelum kewafatan Al-Rasul (S): (sila rujuk hadits riwayat Ibn Abbas ini)

·        Ketika ramai sahabat berada di rumah Al-Rasul (S)
·        Baginda meminta alatulis (kertas pena dan dakwat)
·        “Supaya kutuliskan sesuatu yang tidak akan menyesatkan kamu selamanya”
·        Terbahagi 2 kumpulan
o   Berikan kemahuan baginda
o   Tidak perlu kerana cukuplah dengan Kitab Allah
·        Terjadi Pertengkaran sehingga baginda menghalau mereka keluar.

Pada hari itu wasiat tidak dituliskan. Baginda menyuruh Ali bin Abi Talib menuliskannya pada malam kewafatan baginda: Hadits ini panjang (sila rujuk): Ringkasan Hadits

... bersabda Rasulullah (S) kepada Ali (as) di malam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama ....... Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ......
1.      Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah
2.      diserahkannya kepada anakku Al Hassan ....
3.      diserahkannya kepada anakku Al Hussain ....
4.      diserahkannya kepada anaknya Ali (Zain AL-3abidin). ....
5.      diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir......
6.      diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq....
7.      diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadzim.....
8.      diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha.....
9.      diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy......
10. diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih.....
11. diserahkannya kepada anaknya Al Hassan .. (Al-3askariy)......
12. diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad (as) . 

Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 

Wasiat ini hanya di dakwa oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) (yang kami Imani) setelah terpendam selama lebih 1000 tahun H.

Apabila Wasiat ini di dakwa oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), Muslim Syi3i kebanyakan menolaknya. Walau bagaimanapun dakwah (seruan) beliau mula disambut oleh Muslim Syi3i, Muslim Sunni, Orang-orang Keristian, Yahudi dan Atheis di seluruh dunia. (untuk mencapai 313 ditambah 10 000 orang)

Dia datang dengan Nash (lantikan):

Ahmad Hassan (as) datang, dengan Nash (lantikan) dalam Wasiat Nabi Muhammad (as) pada malam kewafatan baginda, dan baginda menamakannya untuk memilhara umat dari kesesatan, dan ia disebut dalam riwayat-riwayat (hadits-hadits) Muhammad dan Aali Muhammad dan di dalam Al-Taurat, Injil, Al-Quran dan Suhuf (Nabi-nabi).



2 ILMU

Tuesday, 6 January 2015

Apakah Dalil-dalil Penentuan Imam Ahmad Al-Hassan (as)?




Apakah Dalil-dalil Penentuan Imam Ahmad Al-Hassan (as)?

Dia datang dengan Nash (lantikan):

Ahmad Hassan (as) datang, dengan Nash (lantikan) dalam Wasiat Nabi Muhammad (as) pada malam kewafatan baginda, dan baginda menamakannya untuk memilhara umat dari kesesatan, dan ia disebut dalam riwayat-riwayat (hadits-hadits) Muhammad dan Aali Muhammad dan di dalam Al-Taurat, Injil, Al-Quran dan Suhuf (Nabi-nabi).

Dia datang dengan Ilmu:

Dia datang dengan Ilmu untuk disebarkan kepada semua manusia dari riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan apa yang dinyatakan dan diturunkan di dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh (as) dan datang dengan ilmu dalam teori-teori saintifik (ilmiah), untuk menghujjah atheis yang tidak percaya kepada tuhan.
       
Dia datang dengan Panji-panji:

Keistimewaan untuk membawa panji-panji bai'ah kepada Allah dan seruan (dakwah) kepada Hakimiyah Allah dan Pemerintah dipilih oleh Pemilik Kerajaan dan Perlembagaan adalah kitab Allah, setelah semua manusia memilih pilihan raya, Permesyuratan dan demokrasi Amerika dan menjelaskan bagaimana perlembagaan ditulis oleh pakar-pakar Amerika.


Pada tahun 1420 Hijrah iaitu Tahun 1999 menjelang Alaf Baru Tahun Masehi, setelah beberapa siri pertemuannya dengan dengan Imam ke 12, Imam Muhammad bin Al-Hassan 3askari, seorang pemuda berasal dari Basrah, bernama Al-Syed Ahmad bin Ismail, lepasan Ijazah Kejuruteraan memasuki Hauzah Najaf, suatu pusat pengajian Agama Islam di Najaf Al-Syarif, Iraq mula diarahkan supaya berakhlak dan taat dan supaya dia mencapai makam Akhlak Ilahiyah.

Pada peringkat permulaan dia tidak diperintahkan supaya menyampaikan sebarang risalah (dakwah) kepada sesiapa pun ketika itu. Dia diberkati dengan pengetahuan-pengetahuan dan diberitahu mengenai kesilapan dan kesalahan yang serius di Hauzah Najaf pada masa itu, sama ada memperbetul kesilapan-kesilapan pengetahuan, kesilapan amalan, social, politik atau ekonomi. Atau sama ada ia adalah kemerosotan beberapa simbol-simbol Hauzah ini dan proses ini adalah sangat menyakitkannya. Antara Pengislahah, Perbaikan dan revolusi awal:

·        Pengislahah (Perbaikan) Ilmu,
·        Pengislahah Amali
·        Pengislahah Kewangan

Hauzah ini mewakili keruntuhan tembok terakhir yang difikirnya mewakili kebenaran di dunia ini. Ia mewakili kerosakan Garam, kerana semua yang rosak boleh diperbaiki dengan Garam tetapi bagaimana pula jika Garam pula yang rosak? Ia adalah satu proses yang menyakitkan, menyedihkan dan menakutkan, dan itu semua berlaku dalam masa yang sama, Imam Muhammad bin Al-Hassan 3askari membuat dia melihat Penindasan, Kezaliman dan Kerosakan.

Berikutnya sejak hari ke-30 Bulan Sya3ban, tahun 1420 Hijrah (7, Disember, 1999), mulakan dakwahnya secara umum hingga Bulan Jamadi Tahun 1423 Hijriah (Ogos 2002), Selama lebih kurang 3 tahun berlalu tanpa sebarang penyokong pada beliau dari pelajar Hauzah. 

·        Dia amat dikenali sehingga mendapat julukan sebelum seruan (dakwah) dengan Al-Shadiq Al-Amin (Yang benar lagi Jujur).
·        Ramai orang yang samada mengenalinya atau tidak mendapat rukya (mimpi) dari Malakut kebenaran dakwahnya meningkat dari puluhan, ratusan malah ribuan orang.
·        Orang mula membai’ahnya (berjanji setia) – Bai’ah Pertama
·         Tekanan-tekanan terhadap pengikutnya menyebab beliau ditinggalkan tetapi kemudian beliau di bai’ah lagi (Bai’ah Kedua) dan sekali lagi beliau ditinggalkan tetapi akhirnya beliau di bai’ah lagi (Bai’ah Ketiga)
·        Perisytiharan 13 Rajab: Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as membuat kenyataan bagi pihak Imam Muhammad Al Mahdi as bahawa sesiapa sahaja selepas tarikh13 Rajab, 1425 H yang tidak mengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as adalah

1.      Terkeluar dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi penghuni neraka dan semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak.
2.      Rasulullah Muhammad bin Abdullah (S) berlepas tangan dari sesiapa yang menjadi milik baginda namun tidak menyertai seruan suci baginda ini.

·        Tahun 2011 Seruan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani tersebar keseluruh dunia

Tidak adakah penolong pada agama Allah?
Tidak adakah pendokong pada Al-Qur'an?
Tidak adakah penolong pada Khalifah Allah?
Tidak adakah penolong Allah

Bersambung Klik di sini

Thursday, 1 January 2015

Beberapa keterangan mengenai penerusan Khalifah Allah selepas Rasulullah (S)

Beberapa keterangan mengenai penerusan Khalifah Allah selepas Rasulullah (S)

(Menentukan Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam !2 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi di  akhir zaman sebagai Khalifah Allah – Pent.)   

Selepas membuktikan tanggapan mengenai Imamah di dalam Al-Quran Al-Karim adalah lantikan Allah, dan imam yang dilantik selepas Rasulullah (S) adalah Ali bin Abi Talib (as), akan dibuktikan pula di sini kemimpinan Aimmah (Imam-imam) dua belas (as), seperti berikut:

Dalil-dalil yang boleh membuktikan kebenaran ini melalui jalan yang pertama ayat Al-Quran, dan jalan yang kedua melalui riwayat-riwayat (Hadits).


Jalan Pertama: Ayat-ayat Al-Quran:

Ayat pertama: FirmanNya SWT :

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الاْرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَ يَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ﴾

{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".}.[Al-Baqarah 2:30]
                                                 
Ayat yang diberkati ini menunjukkan:

Pertama, bahawa Khalifah di bumi ini, ia wujud pada setiap zaman, dan penunjuk katanya adalah: [جَاعِلٌ - jadikan] kerana ia Al-Jumlah Al-Ismiyah (Ayat namaan - kalimat yang didahului oleh kata nama), dan menjadi khabar atas kata kerja «aktif – bangun membuat» dan ia adalah kata kerja kala kini, dengan menyatakan kekekalan dan berkesinambungan, dan apabila membandingkan Al-Ja3ala ini dengan yang terdapat (persamaan) dalam Al-Quran Al-Karim, kita dapati bahawa ia membantu makna sunnah Allah sebagaimana firmanNya SWT:
﴿جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِـلَـلاً
{menjadikan bagimu dengan diciptakan tempat bernaung,}
﴿وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا﴾    
{Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya}
dan seumpamanya.

Kedua, Khalifah ini bukanlah hak mutlak manusia, untuk itu sebagaimana firmanNya SWT:

﴿هُوَ الَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَـئِفَ فِى الاْرْضِ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ﴾

{Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. }. [Fathir 35:39]

Bahawa yang dimaksudkannya pada manusia secara khususnya, dan Itulah keterangan ayat-ayat berikut yang membuktikan bahawa mesti wujud di bumi ini Khalifah Allah kerana dia tahu semua nama-nama secara terus dariNya Yang Maha Tinggi:
﴿وَ عَلَّمَ ءَادَمَ الاْسْمَآءَ كُلَّهَا
(Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,),
Kemudian Allah menempelak malaikat-malaikat-Nya
﴿يَـــَادَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ﴾
(Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama semuanya itu")
Dari sini adalah jelas ia tidak boleh ditujukan kepada semua manusia, sehingglah orang-orang itu diibaratkan oleh Al-Quran Al-Karim, dengan firmanNya SWT:
﴿أُولَـئِكَ كَالاَنْعَـمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ﴾
(Mereka itu seperti ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi),
maka, ayat ini menunjukkan keperluan untuk kesinambungan Khalifah Allah, dan adalah khalifah itu dari setiap zaman, maka hendaklah mengkajinya semula, kami akan menunjukkannya kemudian.

Ayat Kedua: FirmanNya SWT kepada  Ibrahim Al-Khalil (as):

﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾

(Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia"), dan Imamah ini bukanlah nubuwah dan Risalah yang diperuntukkan bagi Ibrahim (as). Saksikanlah atas yang demikian itu.:

1 «Meminta Al-Imamah bagi zuriat di mana FirmanNya SWT:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan dari keturunanku),
adalah jelas bahawa ia berlaku kepada Ibrahim (as) pada zuriat, semasa lemah karena usia tuanya, sebagaimana FirmanNya SWT:
﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَـعِيلَ وَ إِسْحَـقَ﴾
(Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq.), [Ibrahim 14:39] 
dan Dia SWT menceritakan isteri Ibrahim
﴿قَالَتْ يَـوَيْلَتَى ءَأَلِدُ وَ أَنَا عَجُوزٌ وَ هَـذَا بَعْلِى شَيْخًا إِنَّ هَـذَا لَشَىْءٌ عَجِيبٌ﴾
(Isterinya berkata: "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh".). [Hud 11:72] 
Permintaan ini tidak betul melainkan kepada orang-orang yang tidak mempunyai anak, manakala tanda memperoleh anak itu adalah jawapan yang mengembirakan, Dia SWT berfirman:
﴿أَبَشَّرْتُمُونِى عَلَى أَن مَّسَّنِىَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ﴾
(Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"), [Al-Hijr 15:54] 
Maka tidak benar dari keadaan ini untuk meminta sesuatu selain dari keturunannya).

Walaupun pada awal-awal kehidupannya dan sebelum dikurniakan zuriat, menjadi suatu kewajipan untuk mengatakan:
«dan dari keturunanku jika dikurniakan zuriat», dan Al-Khalil (as) hanya perlu mengucapkan kepada Al-Jalil TuhanNya termasuk apa yang tidak diketahuinya, dan ini adalah apa yang berjalan pada maqam Ibrahim (as).

2 «Jika ayat ini:

﴿وَ إِذِ ابْتَلَى إِبْرَ هِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَـت فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾

(Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".)

menunjukkan bahawa Imamah ini dikurniakan tetapi selepas percubaan dengan berbagi ujian dan cubaan Allah kepadanya, tetapi ini bukanlah satu-satunya ujian yang telah diterima (as) dalam hidupnya, Al-Quran telah menyatakan bahawa sebab yang paling jelas dari penyembelihan Ismail (as), Dia SWT berfirman:

﴿ قَالَ يَـبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ﴾

{Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.) [Al-Shaffaat 37:102]

Hinggalah kepada firmanNya:

﴿إِنَّ هَـذَا لَهُوَ الْبَلَـؤُا الْمُبِينُ﴾

(Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.). [Al-Shaffaat 37:106] 

Imamah ini disahkan untuk Ibrahim (as) yang meminta untuk keturunannya, di mana beliau berkata:
                                                                   ﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan dari keturunanku)
Allah SWT telah benar-benar makbulkan doanya, tetapi tidak diperkenankan untuk para penzalim dari keturunannya, dan juga pada orang lain.

Dari penjelasan ini bahawa diperkenankan doa untuk zuriatnya, tidak khusus benih dalam sulbinya sahaja, tetapi yang sempurna bagi semua keturunannya yang memenuhi syarat dan yang tidak zalim. Ini telah disahkan oleh Imam Redha (as) yang  berkata: «Imamah dikhaskan oleh Allah AWJ pada Nabi Ibrahim (as) selepas nubuwah dan akhlak martabat ketiga, dan menurut kelebihan dan kemuliaan memberi penghormatan dengan menyebutnya, Dia SWT berfirman:
﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾
(Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia),
Maka Al-Khalil (as), berkata
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan dari keturunanku)
Allah SWT berfirman,
﴿لاَيَنَالُ عَهْدِى الظَّـلِمِينَ﴾          
(Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim") Maka ayat Imamah ini berlawanan dengan semua orang yang zalim hingga hari kiamat dan menjadi golongan terpilih, maka Allah yang menjadikannya kepada keturunan terpilih dan kemudian Allah SWT memuliakannya dengan menjadikan keturunannya terpilih dan suci, Dia SWT berfirman:

﴿وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَـقَ وَ يَعْقُوبَ نَافِلَةً وَ كُلاًّ جَعَلْنَا صَــلِحِينَ * وَ جَعَلْنَـهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَ تِ وَ إِقَامَ الصَّلَوةِ وَ إِيتَآءَ الزَّكَوةِ وَ كَانُوا لَنَا عَـبِدِينَ﴾

(Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh. * Kami telah menjadikan mereka itu sebagai imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,), [Al-Anbiak 21:72] 

Maka tidak akan tersilap keturunannya dalam mewarisi sebahagian dari sebahagian yang lain dan generasi demi generasi, sehingga Allah SWT mewariskan Nabi Muhammad (S) dan keluarga baginda, maka Dia Jalla Wa Taala berfirman:

﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـذَا النَّبِىُّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَاللَّهُ وَلِىُّ الْمُؤْمِنِينَ﴾

(Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman.) [Aali Imraan 3:68] 

Maka adalah ia secara khusus kepada baginda, dan begitu juga Ali (as) dengan perintah Allah SWT atas perkiraan yang dibuat Allah ke atasnya, maka keturunannya menjadi pilihan Allah yang memberi mereka ilmu dan iman, dengan firmanNta SWT:

﴿وَ قَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَ الاْيمَـنَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِى كِتَـبِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَـذَا يَوْمُ الْبَعْثِ﴾

(Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): "Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu.") [Al-Rum 30:56] 

Maka ini adalah pada anak-anak Ali (as) secara khusus hingga hari kiamat ».

Ayat ketiga:

﴿وَ إِذْ قَالَ إِبْرَ هِيمُ لاِبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ * إِلاَّ الَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ * وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

(Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah, * tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menjadikanku; karena sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku". * Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimah itu.). [Al-Zukhruf 43:26] 

«Semua Ahli tafsir mentafsirkan perkataan
الكلمة الباقية في عقب إبراهيم
(Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimat tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat tauhid itu).
Al-Kalimah adalah Kalimah Tauhid. apabila dia tidak bertanggung jawab terhadap apa yang disembah kaumnya, dan hala tuju ke arah yang menciptanya adalah pengertian teras kepada Kalimah Tauhid (لا إلـه إلاّ الله - Tiada Tuhan selain Allah), dan pada firmanNya:
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
(supaya mereka kembali), iaitu supaya mereka kembali dari mensyirik kepada seruan (dakwah) mentauhid Allah Taala.».

Jadi, Allah Taala telah menjadikan Tauhid berterusan pada keturunan lbrahim (as) dan anak cucunya, Tidak boleh tanpa keturunannya atas orang-orang yang bertauhid, dan kekalnya Tauhid yang dijadikan Allah Taala atas anak cucu Ibrahim (as) mestilah Tauhid sebenar (haqiqi), yang tidak dicemari oleh sesuatu yang syirik selamanya, yang layak mendapat pujian dalam Al-Quran, jika tidak ia tidak mungkin bertauhid seperti yang dikehendaki dan yang diterangkan Allah SWT dengan firmanNya
﴿وَ مَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلاَّ وَ هُم مُّشْرِكُون
(Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah.). [Yusuf 12:106] 

Ini adalah tambahan kepada ayat yang jelas bahawa Tauhid yang diteruskan oleh anak cucunya ini adalah Tauhid lbrahim (yang disampaikan lbrahim), yang tidak bercampur dengan syirk kepada Allah Al-3adzim. Tetapi siapakah yang benar (nyata) memiliki Tauhid Al-Haqiqi seperti itu dari segi ilmu dan amalannya ? Sesiapa yang membawa antara sayapnya apa yang dibawa Sheikh yang bertauhid, iaitu
﴿قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَــلَمِينَ﴾
(Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" dia (Ibrahim) menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.")? [Al-Baqarah 2:131] 

Tidak ada keraguan lagi bahawa yang membawanya adalah yang telahpun dikurniakan janji Allah SWT dari keturunan Al-Khalil (as) ketika Dia berfirman:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِى الظَّــلِمِينَ﴾
 (“dan dari keturunanku.” KataNya “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim”).

Adalah jelas di sini bahawa berterusannya Imamah yang dijadikan (dilantik) Allah SWT untuk khalilNya (KekasihNya) Ibrahim (as), dengan berterusannya Kalimah yang diberkati pada anak cucu dan keturunannya ».

Atas dasar ini, banyak dari riwayat hadits wujud yang telah menunjukkan bahawa Kalimah Al-Baqiyah (Kalimah yang berterusan) pada keturunannya (as) ini adalah Imamah.

عن أبي هريرة قال : سألت رسول الله (صلى الله عليه وآله) عن قوله عزّ وجلّ : ( وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ ) قال : « جعل الامامة في عقب الحسين يخرج من صلبه تسعة من الائمّة ، ومنهم مهدي هذه الامّة

Dari Abu Hurairah katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah (S) pada FirmanNya AWJ
( وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ )
(Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang kekal pada keturunannya). Baginda bersabda: «Dijadikan Imamah dari anak cucu Al-Hussein yang keluar dari sulbinya sembilan Imam-imam, dan dari mereka Mahdi umat ini».

- Jalan kedua: Hadits-hadits: Hadits Taaqalain (daripada dua perkara penting): -

Kami akan membicarakannya secara terperinci dalam artikel yang lain